Sabtu, 15 Oktober 2011

BETULLAH PERTAHANKAN PRINSIP DAN MARUAH...TAPI CAKAP2 LOK2 JANGAN SOMBONG....KURANG ADAB...SOPAN2 KAN CANTIK

M'kini dijual pada Umno? Langkah mayat kami

Apabila kami melancarkan Malaysiakini 11 tahun lalu, kami sedar bahawa memang sukar bagi laman web yang masih bertatih untuk memberikan sebarang impak politik. Pengguna Internet masih sedikit, malah modem 56k ketika itu juga tidak membantu.

Rupa-rupanya kami salah.

Memberikan dampak politik kerja mudah. Hanya segelintir wartawan pada masa itu berani bertegas dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, sekaligus membuat kami begitu menonjol.

Yang sukar, untuk memastikan kewangan Malaysiakini selesa. Apabila keghairahan dot.com tiba-tiba mengendur - dua tahun selepas kami beroperasi - hakikat ini jadi lebih jelas: Malaysiakini tidak dapat bergantung kepada iklan semata-mata.

Keputusan untuk memperkenalkan langganan memang sukar dibuat. Semua orang berkata kami akan gagal. Benar, siapa sanggup membayar untuk kandungan Internet? Kami keseorangan. Tiada yang akan menghulurkan tangan. Kami harus membina teknologi pembayaran dari kosong.

Tetapi kami tiada pilihan. Pada 16 Ogos 2002 - hari pertama langganan diperkenalkan- kami menulis rayuan ini:

"Tiada laman berita dalam talian terbukti dapat bertahan. Yang paling berjaya, laman pelengkap kepada versi cetak, yang mendukungnya. Hanya sedikit benar-benar berbentuk dalam talian sepenuhnya. Sebahagian besarnya sangat tidak stabil.

"Ia meletakkan kami berdepan dengan pilihan tunggal: Kunci laman ini dan hadapi kemungkinan hilang pembaca - dan masih tiada jaminan akan dapat bertahan - atau terus pastikan Malaysiakini boleh dilayari secara percuma sehingga merempuh jalan mati.

"Wartawan di Malaysiakini sudah membuat pilihan. Seterusnya kini kami serahkan kepada pembaca untuk membuat pilihan mereka."

Dan pembaca yang budiman membuat pilihan. Ramai pendukung Malaysiakini menyumbangkan sejumlah kecil wang setiap bulan untuk membolehkan kami terus membuat liputan - dengan cara sederhana tetapi berpengaruh - mengenai peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam negara.

Berdepan gergasi sejagat

Kandungan bukan segala-galanya. Tetapi teknologi.

Pembekal kandungan - akhbar, televisyen dan stesen radio - menghadapi masalah di merata-rata tempat. Hanya syarikat telekomunikasi dan teknologi meraih ganjaran dari Internet.

Apabila pengiklanan dalam talian mula rancak, ruang maya menyediakan cabaran amat berbeza kepada pembekal maklumat.

Pengiklan tidak lagi bergantung kepada kewartawanan untuk mencuri tumpuan dengan cara yang sama dengan media lama, dan mereka tidak bergantung kepada laman tempatan untuk melaksanakan tugas itu. Pesaing kita untuk lubuk pengiklanan, antara lain, gergasi besar sejagat.

NONEMalah, tiada satu pun daripada empat syarikat gergasi dalam talian - Google, Microsoft, Facebook dan Yahoo - merupakan syarikat media. Mereka dan 45 lagi menguasai lebih 95 peratus pasaran pengiklanan dalam talian di seluruh dunia.

Semua di luar lingkaran elit ini menghadapi persaingan sengit untuk sejumlah wang yang tidak sebanyak mana. Malaysiakini, sama ada suka atau tidak, berdepan dengan gergasi seperti Google.

Oleh itu, hakikat pahit bahawa langganan ialah satu cara - dan buat masa sekarang, mungkin jalan tunggal - untuk menyokong media bebas.

Ini menjelaskan kenapa, harian bebas berbahasa Cina Merdeka Review, dengan bantuan Malaysiakini, beralih kepada kaedah langganan bulan ini. Tanpa langkah ini, Merdeka Review, mahu tidak mahu, terpaksa bergelut untuk terus beroperasi.

Dan untuk memastikan padang permainan sama rata, Malayiakini versi bahasa Cina - yang percuma sejak dilancarkan pada 2005 - juga memulakan langganan.

Pelbagai sumber pendapatan

Kami berulang kali menegaskan - media bebas memerlukan kebebasan kewangan. Perlu kami tegaskan lagi - kita sedang merintis langkah untuk memastikan nasib kebebasan media.

Kegagalan kami untuk memastikan model langganan ini berjaya bermakna masa depan media dalam talian bebas makin pudar.

Tetapi untuk menjadi benar-benar bebas, laman berita perlu bergantung kepada pelbagai sumber pendapatan. Untuk itu, Malaysiakini kini mengintai peluang melampaui langganan dan pengiklanan untuk mendanai operasi.

Antaranya, tambahan sumber pendapatan melalui jualan kandungan. Awal tahun ini, kami menandatangani perjanjian dengan Yahoo!, membenarkan enjin carian itu memuatkan kembali kandungan Malaysiakini dengan sejumlah bayaran.

Sementara itu, sudah diketahui umum bahawa Malay Mail akan dilancarkan semula sebagai harian pagi dan bukan lagi akhbar percuma edisi petang. Untuk itu, ia mendekati beberapa pemain dalam talian, blog dan agensi berita antarabangsa untuk mendapatkan kandungannya, Malaysiakini tidak terkecuali.

Jadi, ia benar-benar mengejutkan kami apabila perbincangan tentang kandungan - dan masih jauh untuk sebarang kata sepakat - diputar belit oleh beberapa laman berita menjadi isu pertukaran kandungan demi saham.

Biar kami tegaskan - kami tiada sebarang niat untuk memiliki sebarang saham dalam Malay Mail atau menyerahkan pemilikan dalam Malaysiakini.

Bagaimanapun, untuk menjual kandungannya - membolehkan Malaysiakini terus memberikan perkhidmatan lebih baik dan mensasarkan lebih banyak pembaca - menjadi keputusan niaga dan kewartawanan yang baik.

Lebih-lebih lagi, menjual kandungan tidak menjejaskan pendirian editorial kami. Pengguna kandungan kami tiada sebarang suara dalam sidang pengarang - ambil atau tinggalkan saja. Mereka juga tidak dibenarkan mengubah kandungan yang disiarkan.

Kami terkejut apabila pesaing kami gagal faham asas ekonomi ini. Tetapi, sekali lagi, mungkin mereka tidak perlu bimbang masalah wang kerana mendapatnya daripada suatu sumber.

Jadi, adakah Malaysiakini akan jatuh ke tangan Umno? Langkah mayat kami dahulu.

Dan kami katakan ini bukan saja pada Umno, tapi juga MCA, MIC, PAS, PKR dan DAP. Parti politik tiada urusan untuk memiliki media, dan wartawan tiada urusan untuk membuat perjanjian sebegini dengan ahli politik.

Ini prinsip yang kami sanjung di Malaysiakini, dan dengan susah payah mempertahankannya sejak sedekad lalu. Kami tidak akan mengetepikannya untuk apa pun. Walaupun dengan longgokan wang ringgit.


STEVEN GAN merupakan pengasas bersama dan ketua pengarang kumpulan Malaysiakini.


  • Eimzi Naque · Pengulas Tertinggi
    Umno nak beli Malaysiakini? hahaha.. dasar pengecut... nak tutup kebenaran sanggup cuba nak beli Malaysiakini..... boleh blahlah UMNO!
  • El-Haneef Abd El-Hameed · Pengulas Tertinggi · Friends with Umngok Apco
    Salute! Steven..... keep it work like that.

    Im now considering to pay for your service but I believe, price does matter. Your price not too expensive for me but there's thousands of free alternatives. I think u must start consider to play quantity. A price where people cant resist. You can say anything about your rank, quality or other achievements but the real deal is when people click on PAY button. Up to you buddy.....

    Just a suggestion.
    • Mohd Rizal Mnm
      TAKPA... JUAI BIAQ PI MAHAI-MAHAI... LEPAIH TU, GUNA DUIT TU BUAT PULAK 'MALAYSIA LA NI... HABAQ HANG'.... OK, JUAI CEPAT.. (aku 10%)
    • Agaknya La · Pengulas Tertinggi
      'In business, differences will make more profits in long terms' ..

      For not letting MK news portal in hands of any political parties, the MK news become more freedom..and freedom to all its viewers to post the commands, perspectives and suggestions..since in past years, Malaysia often look like semi-dictator country.. as criticism will caught in ISA.

      Thank you MK..to show the world that our beloved country Malaysia is not dictator..for this time in cyber world.. you're the first.
    • El-Haneef Abd El-Hameed · Pengulas Tertinggi · Friends with Umngok Apco
      I believe MK can stand as a good competitor with existing news provider in physical version. Time will tell.
  • Diplomatik Bebas · Top Commenter · Friends with Umngok Apco
    Terima kasih kepada MalaysiaKini kerana menyediakan ruangan Comment menggunakan FACEBOOK.

    Kita adalah Saudara.
    • Notakanan
      Mahu wujudkan Negara Islam? Langkah mayat kami dulu - Karpal Singh kata kepada PAS satu ketika dulu. tapi hari ini, PAS dan DAP saling menjilat antara satu sama lain.
      M'kini dijual pada UMNO? - Langkah mayat kami. nampak garang. tapi mungkinkah M'kini akan menjadi sebagaimana DAP, akan menjilat UMNO juga satu hari nanti?
      Politik serba kemungkinan, tiada kawan atau musuh yang kekal melainkan kepentingan. Pembaca nampak "kebebasan", editor nampak "keuntungan". Long live M'kini, ke nak jadi mayat untuk dilangkah? kalau tak seratus orang pun, akan ada beberapa orang yang berani :)
    • Soleh Zamani · Top Commenter · Uiam
      Itu maknanya non-Muslim dh mula nmpak apa itu Islam. Yg Amnuu ni apa cita? Heh! membabi-BUTA smpai bila2~
    • Anams Mainsolvils · Top Commenter · Works at Mizuden (M) SDN BHD
      Notakanan .. isu hudud nie xyah la nk diprovokkan kt coment anda nie.. adoyai...awak yg islam nie nk tolak hudud jgk ke? nk jd mcm pemimpin umno jgk?
  • Madzamtoklah Orangni · Top Commenter · Pegawai Jangan Cabar at Kementerian Jangan Cabar Nanti Demam
    Telus dalam berinformasi... itu yang diharapkan dari semua pengikut, pengemar dan pembaca Malaysiakini
    • Rahamah Raffar · Sts
      ada msg dari dr xavier office tadi - katanaya malaysiakini tak bulur walaupun 1 saham Malaymail.....
    • Sepat Laut · Top Commenter · University of Nottingham
      "Telus"? telur ade kot......... silap2 telur pn takde
    • Wan Adib Wan Roslan · Top Commenter
      Ini menunjukkan malaysiakini adalah portal berita no.1 malaysia, krn itu timbulnya spekulasi begini. Tahniah malaysiakini krn berkat anda melapurkan berita dgn telus, anda kini bukan saja setakat portal berita no.1, bahkan sumber berita no.1 secara 'amnya. Dan sudah tentu menyebabkan sumber2 berita lain (espesially media arus perdana) cemburu giler kat anda. Teruskan kecemerlangan, kami tetap bersama anda malaysiakini!...
  • Nordin Othman · Top Commenter · Works at Ns2 Network
    Suatu pendirian yang cukup tegas!
    • Notakanan
      Mahu wujudkan Negara Islam? Langkah mayat kami dulu - Karpal Singh kata kepada PAS satu ketika dulu. tapi hari ini, PAS dan DAP saling menjilat antara satu sama lain.
      M'kini dijual pada UMNO? - Langkah mayat kami. nampak garang. tapi mungkinkah M'kini akan menjadi sebagaimana DAP, akan menjilat UMNO juga satu hari nanti?
      Politik serba kemungkinan, tiada kawan atau musuh yang kekal melainkan kepentingan. Pembaca nampak "kebebasan", editor nampak "keuntungan". Long live M'kini, ke nak jadi mayat untuk dilangkah? kalau tak seratus orang pun, akan ada beberapa orang yang berani :)
  • Gikal Samud · Top Commenter · UITM
    wa caya sama luu malaysiakini.. teruskan perjuangan.. laporkan perkara yang sebenar-benarnya tanpa memilih buluh kerana kami kat pelusuk kampung yang sangat sukar mendapatkan informasi sentiasa bergantung penuh kepada Malaysiakini... teruskan
    • Mawar Berduri · Top Commenter · English collage johor bahru
      Aku pun sama... Bagi aku Malaysiakini is "PRICELESS". Tu sebab aku dapat Top Commenter...hahaha. Kalau aku nak bias baik aku gi Utusan M,sia ka, Tranungkita ka, Keadilan ka.... ahakahakahak. MalasiakinI best...best...best.
  • Rosmadi Abu Bakar · Top Commenter
    tahniah,, semoga terus memperjuangkan kebebasan maklumat,,, bukan wang berjuta yang di cari, tetapi kebenaran yang haqiqi..
  • Azmir Aziz · Top Commenter
    Semoga malaysiakini terus bertahan dengan kebebasan berita tanpa pengaruh politik. Saya adalah salah seorang pengunjung setia. Tapi....ayat "Langkah mayat kami dahulu" tu terlalu kasar. Semoga Steven Gan control sikit supaya lebih berhemah dalam menyatakan pendirian....apa2 pun....teruskan perjuangan demi kebebasan media dengan maklumat yg adil....
    • Corleone Don · Top Commenter · UTM Skudai
      setuju azmir..sbab ada sesetenah org tu yg dah bersumpah dgn confidentnya x kan masuk UMNO yg bakar jambatan pun ada tp dah terjun balik dlm tong UMNO atau jd bebas yg condong ke UMNO.
    • Corleone Don · Top Commenter · UTM Skudai
      Apa pun syabas penghargaan kpd mkini krana memberi ruang dan informasi alternati yg telus dan terkini..
    • Agaknya La · Top Commenter
      Setuju bererti kene langgan tanda 'support'
  • Syairul Heekmi Mohd Sharif · Top Commenter · UNIVERSITY KEBANGSAAN MALAYSIA
    Malaysiakini kalau bley jadik paper suratkhabar harian , mau lingkup Umno...
  • Amir Badsha · Top Commenter
    Tabik Steven..kalau betul ini pendirian anda. Inilah kita mahu...MEDIA FREE FROM any parties politics. IF I just say IF MK share adanya pembabitan any politics parties you won get reader as much as u do know. Tengooklah UTUSAN skrg di mana meraka berada...
  • Abdul Manan · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangor
    harap ni bukan sekadar penyedap penyokong2 reformasi.malaysiakini harus sentiasa bersifar reformis dulu, kini dan selamanya...
  • Mat Amin · Top Commenter · Sekolah Parti Rejimen Ke-10
    Tahniah Malaysiakini.... teruskan perjuanganmu!!!
  • Deansmen Dean · Top Commenter · CEO at Self Employed Contractor
    Do u consider your free press opinion commitment beyond any ' pengaruh ' from what ever political personal or group Mr Steven...whether its from the gov or oppositions...or from any religeous sentiment...we reader can notice clearly which side u ure in and portrayed your crew as the real player.....its nonsence in this days for us to talk about freedom of speech as at the contrary we re still favouring gruop or personalities that we consider suites our political perceptions....and as for the capitalist money can buy everything... LANGKAH MAYAT KAMI...is just a to lure more money from the symphytiser or vice versa to make the capitalist more anxious to put it more monet in your bzness....HA HA HA..WHAT A WORLD MR STEVEN GAN....
    • Sepat Laut · Top Commenter · University of Nottingham
      Kesimpulannye Malaysiakini ni lg cenderung ke arah pembangkang...........
    • Jashamsulnizam Md Jani · Top Commenter · Friends with Samsudin Baharom
      Sepat Laut : Ape ke bangang sgt ko ni, Msiakini pon penah siarkn berita n ulasan2 yg mengkritik PR, nk harapkn tv3suku, utusan meloya, berita hairan n NST jwb mengampu kt BN la, teruskn mencacai aku mmg suke tgok puak2 umno mcm ko ni menjadi semakin bodoh dan bodoh lg, hahaha...
  • Notakanan
    Mahu wujudkan Negara Islam? Langkah mayat kami dulu - Karpal Singh kata kepada PAS satu ketika dulu. tapi hari ini, PAS dan DAP saling menjilat antara satu sama lain.
    M'kini dijual pada UMNO? - Langkah mayat kami. nampak garang. tapi mungkinkah M'kini akan menjadi sebagaimana DAP, akan menjilat UMNO juga satu hari nanti?
    Politik serba kemungkinan, tiada kawan atau musuh yang kekal melainkan kepentingan. Pembaca nampak "kebebasan", editor nampak "keuntungan". Long live M'kini, ke nak jadi mayat untuk dilangkah? kalau tak seratus orang pun, akan ada beberapa orang yang berani :)

Tiada ulasan: