Selasa, 4 Oktober 2011

MAHKAMAH OH MAHKAMAH....SEMUA AKAN DIBICARA SEMULA DIPADANG MAHSYAR

Najib mungkin disepina ke mahkamah Perancis
Susan Loone
Okt 4, 11
8:29am

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin boleh disepina untuk hadir di mahkamah Paris berhubung kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan jutaan ringgit dalam bentuk komisen kepada pemimpin negara dan pegawai tentera.

military malaysia navy french built submarine scorpene classNajib adalah menteri pertahanan semasa urus niaga RM7.3 bilion bagi membeli dua buah kapal selam itu dijalankan.

Perjanjian pembelian senjata itu, yang juga termasuk jualan yang serupa kepada Pakistan dan Taiwan, telah memalukan Perancis di mana pegawai-pegawainya didakwa telah menerima 'komisen' jutaan dolar dari firma pembuat kapal selam Perancis, DCN.

Jika Najib disepina, dia terpaksa pergi ke Paris dalam tempoh satu atau dua bulan apabila kes ini didengar di mahkamah terbuka. Perkara ini pasti tidak akan menyenangkan perdana menteri.

NONEBagaimanapun ditanya jika Najib boleh diseret ke mahkamah, Joseph Breham (kiri), peguam yang mewakili NGO hak asasi manusia - Suaram - yang memfailkan kes terhadap pembuat kapal selam Perancis itu pada tahun 2009, berkata idea itu mungkin "sukar dilaksanakan".

"Najib boleh disepina, tetapi ia hanya satu kemungkinan pada masa ini," katanya kepada Malaysiakini dalam satu temu bual e-mel dari Paris.

"Sebaik sahaja 'hakim arahan' dicalonkan, kita boleh mempertimbangkan ini," kata peguam itu yang pernah melawat Kuala Lumpur pada tahun lalu untuk mengumpul keterangan dan bukti berhubung kes berkenaan.

Di bawah undang-undang Perancis, 'hakim arahan' adalah majistret yang bertanggungjawab untuk mengendalikan siasatan untuk menentukan sama ada sesuatu kes itu diteruskan menjalani perbicaraan jenayah.

Kes berkenaan dibuang jika hakim mendapati bukti yang tidak mencukupi.




Permohonan Najib, Rosnah diputuskan Khamis ini
Hafiz Yatim
Okt 3, 11
4:32pm

Permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, untuk mengketepikan sepina yang mahu mereka tampil memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai saksi pembelaan akan diputuskan pada Khamis ini.

Sehubungan itu, hakim Makamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga mengarahkan perbicaraan kes liwat II itu bersambung esok.

anwar sodomy saiful bukhari azlan allegations 290608Pada perbicaraan hari ini, peguambela utama Karpal Singh berkata sepina itu bertujuan mendapatkan penjelasan berhubung mesyuarat pada 24 Jun 2008, berikutan satu pertemuan yang diaturkan oleh pembantu Najib, Datuk Khairil Annas dengan pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Menurut Karpal, semestinya perdana menteri membincangkan pelbagai perkara dalam tempoh setengah jam hingga satu jam pertemuan itu.

Katanya, adalah pelik bagi Saiful tidak melaporkan dakwaan kejadian liwat itu kepada pihak polis tetapi memilih untuk berjumpa dengan Najib.

"Bantuannya (Najib) diperlukan. Keterangannya penting kerana sebagai orang Islam, beliau pergi ke Permatang Pauh pada Ogos 2008 dan menafikan beliau ada kena mengena dengan kematian (warga Mongolia) Altantuya (Shaariibuu)."

azlanSementara itu, menurut Karpal lagi, pertemuan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dengan rakan Saiful, Mohd Rahimi Osman, penting bagi membela Anwar.

Katanya, pegawai penyiasat DSP Jude Blacious Pereira juga telah merakamkan kenyataan daripada Rosmah.

"Ini tidak dinafikan oleh Rosmah."

Karpal berkata terdapat 112 kenyataan yang ditandakan sebagai dokumen istimewa dan pihak pembelaan tidak mempunyai akses terhadapnya.

"Justeru, Rosmah mesti tampil ke mahkamah kerana itu sahaja peluang yang tinggal bagi Anwar.”

"Kami berdoa Yang Arif menolak permohonan yang dibuat oleh Najib dan isterinya,” kata Karpal sambil menambah perdana menteri juga telah menimbulkan bukti lain pada pertemuan tersebut.

Sementara itu, berdasarkan penghujahan yang dibacakan di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah, peguam pasangan itu, Hisyam Teh Poh Teik berkata saksi yang dipanggil harus mempunyai maklumat yang relevan.

Dalam kes ini, menurut beliau keterangan yang akan diberikan perdana menteri dan isteri sekiranya menjadi saksi tidak akan membantu perbicaraan.

NONE"Persoalan sama ada mereka boleh beri maklumat yang relevan dan bukan disebabkan pendakwaraya menawarkan mereka sebagai saksi.

"Pada pandangan saya, mana-mana pihak tidak ada hak secara automatik untuk memanggil seseorang sebagai saksi. Ia adalah bidang kuasa mahkamah untuk menentukan saksi yang dicadangkan adalah relevan sebelum memberikan bukti. Ini bagi memastikan bukti maklumat tidak menyimpang daripada isu perbicaraan," kata Hisyam.



Karpal kecewa saman sivil Altantuya terus tertangguh
Susan Loone
Okt 3, 11
12:37pm
Tidak ada perkembangan berhubung saman sivil terhadap kerajaan dan mereka yang bertanggungjawab atas kematian warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

mongolian woman bombed altantuya 081106Peguam Karpal Singh berkata permohonan saman yang difailkan oleh bapanya Setev pada 4 Jun 2007 telah ditangguhkan kerana kedua-dua anggota polis yang didapati bersalah dalam pembunuhan itu telah memfailkan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.

Hakim berkenaan, menurut Karpal, juga masih belum menyerahkan penghakiman bertulis.

"Saya tidak nampak mengapa hakim masih belum selesai menulis hujah penghakimannya... ia telah masuk dua tahun," katanya.

"Saya telah bangkitkan isu ini di Parlimen tetapi hanya mendapat jawapan bertulis, yang tiada gunanya."

Karpal berkata kelewatan yang berlarutan dalam menyediakan penghakiman bertulis boleh menimbulkan masalah kerana tertuduh boleh memfailkan rayuan di mahkamah.

NONE"Mereka boleh membuat aduan prejudis - dan sama ada hakim mampu ingat apa yang beliau dengar semasa perbicaraan dulu... dan sebab ini penghakimannya dilambatkan.

"Jika mereka boleh membuktikan ada prejudis, maka mahkamah akan timbang semula kes itu. Saya pernah ada kes di mana, akhirnya, hukuman lebih berat yang dijatuhkan digantikan dengan yang lebih ringan."

Karpal berkata beliau telah berulang kali menulis kepada mahkamah untuk pengurusan kes saman itu, tetapi masih belum menerima jawapan.

Justeru, beliau merancang untuk menimbulkan perkara itu sekali lagi semasa persidangan Deawn Rakyat yang bermula hari ini.

"Keluarga (Altantuya) telah banyak kali menulis untuk bertanya bila kes itu akan dibicarakan tetapi saya terpaksa terus beritahu mereka bahawa ia akan mengambil masa. Malah kes rayuan daripada kedua-dua (anggota polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar) masih tidak diselesaikan lagi," katanya.

altantuya trial 160707 azilahSekiranya kedua-dua anggota polis itu menerima keputusan yang tidak memihak mereka, mereka masih boleh membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan dan seterusnya melambatkan lagi perbicaraan saman sivil.

Setev dan isterinya, Altantsetseg Sanjaa, kini adalah penjaga bagi anak-anak Altantuya.

Mereka menyaman defendan RM100 juta kerana menimbulkan penderitaan fizikal dan mental terhadap keluarga itu.

Mereka juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan teladan.





Saksi misteri akan beri keterangan esok
Hafiz Yatim
Okt 3, 11
6:02pm

Seorang saksi misteri dijadual memberi keterangan pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Peguambela Anwar enggan mendedahkan identiti individu berkenaan ketika ditanya oleh pihak pendakwaan dan mahkamah.

NONEPeguam Sankara Nair hanya berkata individu itu akan memberi keterangan selepas ketua pengarah Jabatan Kimia Lim Kong Boon berbuat demikian.

Sankara yang ditemui wartawan di luar mahkamah berkata saksi berkenaan bukan saksi alibi dan tidak berada di senarai saksi pendakwaan.

"Saya tak boleh dedahkan nama orang itu atau beritahu siapa dia kerana bimbang dia mungkin ditekan daripada sekarang sehingga esok,” katanya.

"Ini saksi kami. Apa yang saya boleh beritahu adalah saksi itu akan datang esok untuk memberi keterangan.”

Peguam pembelaan sebelum ini pernah memberitahu sesi perbicaraan bahawa saksi tambahan akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Mereka termasuk, pakar tulang belakang, Dr Thomas Hoogland, yang melakukan pembedahan ke atas Anwar pada 2004.


Tiada ulasan: