WASHINGTON, May 2: Lapan tahun selepas Presiden George Bush menyatakan "misi selesai" di Iraq, Osama bin Laden, dituduh oleh AS menjadi dalang di balik al-Qaeda dan serangan 11 September 2001, telah dibunuh oleh operasi AS pekan lalu, Presiden Barack Obama akan mengumumkan segera.
Osama tubuh adalah dalam pemilikan AS, yang telah tewas di Pakistan sebagai hasil dari sebuah pasukan khas AS dan operasi CIA, menurut kebocoran pertama laporan dari rangkaian televisyen AS.
Presiden Obama adalah dengan membuat kenyataan Minggu malam hidup untuk mengumumkan berita itu, sekitar 11:00 waktu timur (11:00 MYT).
Berita ini muncul lapan tahun untuk hari bahawa Presiden George Bush mengumumkan "Misi selesai" di Iraq. Sebagai presiden, Bush menyatakan ia ingin bin Laden "hidup atau mati" - tapi sekarang tidak mungkin sosok Barack Obama yang mengumumkan kemenangan akhir sebagai komander AS di kepala.
Berita ini muncul sebagai dorongan yang tak tertandingi untuk dasar luar negeri AS serta jatuh rating awam Obama. Ini juga menjamin Obama dari sebuah pemilihan-ulang dalam kontes presiden 2012.
OSAMA IS DEAD perasaan bercampur baur...nak sedih ke x....percaya ke x...sebab kematian PEMIMPIN TERTINGGI AL QAEDA... WASHINGTON, 2 Mei — Pemimpin rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden sudah meninggal dunia, demikian disahkan oleh Presiden Barack Obama sebentar tadi.
Jenazah Osama yang menjadi buruan Amerika Syarikat sejak lebih satu dekad lalu ditemui di sebuah rumah besar di Islamabad, Pakistan hari ini.
Obama mengesahkan laporan itu pada sidang media di sini hari ini (sebentar tadi, waktu Malaysia).
Osama mendahului senarai teratas orang dikehendaki oleh Washington sejak lebih satu dekad lalu.
Dalam pada itu laporan Reuters pula menyebut, menurut pegawai-pegawai Amerika Syarikat hari ini jenazah Osama telah dikesan oleh pihak berkuasa negara itu.
Laporan itu juga menyebut ia dilihat satu pencapaian besar bagi pentadbiran Obama dan pasukan keselamatan kebangsaannya.
Bekas Presiden George W. Bush telah berulang kali tertekad untuk membawa Osama, yang dilabel sebagai dalang peristiwa 11 September, sebelum tamat tempoh perkhidmatannya pada Januari 2009.
Obama menggantikan Bush pada awal 2009.
Osama, kelahiran Arab Saudi, berjaya membolosi buruan askar Amerika Syarikat dan militia Afghanistan di kawasan pergunungan Tora Bora sejak 2001.
Usaha mengesan Osama menjadi ‘dingin’ selepas beliau dikatakan hilang dan banyak maklumat risikan rasmi percaya beliau berselindung di Pakistan.
Sejak itu, Osama mencemuh Barat dan menyebarkan pandangan Islam militannya menerusi rakaman video.
Selain serangan 11 September, Osama juga dipertanggungjawabkan sebagai dalang serangan bom ke atas Kedutaan Amerika di Kenya dan Tanzania pada 1998 dan ke atas kapal perang USS Cole di Yemen dua tahun kemudian. sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/osama-anak-bangsawan-temui-ajal-dalam-buangan/ entah ah beb susah aku nak agak nie fake atau tak...but watak "OSAMA BEN LADEN"dah dimatikan...kenapa aku kata watak?aku leh kata 1 ja OSAMA ialah propaganda....wallahualam...CUBA korang search kat GOOGLE "TIM OSMAN" keluar apa.... sapa tim osman nie?asal taip "TIM OSMAN" keluar gambar OSAMA...aku search kat GOOGLE sapa TIM osman...rupa2 nya dia adalah OSAMA BEN LADEN...and TIM OSMAN nie ialah AGEN CIA...so watpa nak sedih...dia masih hidup dan WATAKNYA yang mati.... tak caya kan...??so watpa aku nak sedih kematian ajen cia nie...padahal dia bukan mati...MAJORITI RAKYAT PAKISTAN tak tahu kewujudan AL QAEDA dan OSAMA so nak wat pa sedih2 kematian dia...dia memang propaganda AMERIKA... pada sapa2 yang anggap OSAMA tu mujahid ah hero....lupakan ah...nampak sangat 9/11/2001WORLD TRADE CENTER RANCANGAN FREEMASON dan AMERIKA
Kematian Osama bin Laden : Respon TGNA berbanding dgn Pemimpim Negara Islam 1Malaysia Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.
Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.
Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.
Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.
Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?
Sekian, wassalam. TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, Menteri Besar Kelantan. Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M
DiBawah ini Ucapan dari Pemimpin NEGARA ISLAM 1Malaysia :
1. Kematian pemimpin kumpulan pengganas al-Qaeda, Osama bin Laden dalam satu operasi di Islamabad, Pakistan hari ini diharap akan membawa sinarkeamanan dan keharmonian kepada dunia sejagat. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein 2. Najib Setuju Islam ngganas? Keluar tv dan paper yang najib puji tindakan obama bunuh orang islam. Najib ada bukti ke islam osama yang lakukan semua kekacauan sebelum ini?
kenapa pemimpin2 kerajaan puji amerika? Orang islam apa ni? Semua pemimpin ni hidup2 ditipu oleh amerika! Gambar Mayat Osama Laden Diphotoshop? Salam...
Sekarang ni kecoh pasal Osama Laden meninggal dunia, x lama lepas tue kecoh pulak pasal gambar mayat Osama sebenarnya diedit menggunakan Photoshop, adeiiiiii. Korang dah tgk teknik2 nak menghasilkan gambar cmtu? Jom kita tgk kat bawah nie, gambar mengandungi unsur2 ngeri ye...
| Gambar gigi waktu hidup dan mati yg sama... | | Asal gambar luka dari muka orang lain... | | Sapa edit nie? Baik ngaku... |
Camna? Dah tengok kan? Kejap ja nk kantoi kalo buat keja jahat. Jap nak kol Presiden Obama tanya apa kes gambar2 nie diedit, he3...
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan