Selasa, 3 Mei 2011

DUNIA DAN SELURUHNYA DALAM KAWALAN DAN KETENTUAN TIADA SAPE BOLEH MENANDINGINYA...LIHATLAH TSUNAMI DI JEPUN DLL...

Najib: Dunia lebih selamat dengan kematian Osama
Mei 2, 11 10:17pm

Datuk Seri Najib Razak berkata dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osman bin Laden, dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad hari ini.

NONEPerdana Menteri berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.

"Saya berharap bahawa pada masa akan datang, dunia akan lebih sedar bahawa keganasan bukanlah satu pendekatan yang patut dilakukan untuk mencapai apa juga tujuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Rumah Terbuka Hari Vaisakhi 1Malaysia di Dataran Merdeka, di Kuala Lumpur.

Najib berkata kerajaan Malaysia telah mengambil sikap menentang sebarang bentuk keganasan dan kefahaman yang keterlaluan ataupun ekstrem.

NONE"Ini adalah selaras dengan prinsip agama Islam di mana perbuatan membunuh orang awam adalah dilarang dan ditegah dengan kerasnya oleh agama Islam," katanya.

Najib berkata Osama telah menggunakan Islam dalam perjuangannya dan telah memberi imej yang cukup negatif dan buruk terhadap Islam.

"Sebab itulah, sebagai negara di mana majoritinya umat Islam, kita mesti juga menunjukkan pendirian kita yang mana dalam kita memartabatkan Islam, dalam kita memperjuangkan ketidakadilan dan sebagainya, kita mesti berpegang pada prinsip yang dibenarkan atau selaras dengan kehendak Islam." katanya.

Perdana Menteri berkata serangan 9/11 di bangunan Pusat Dagangan Dunia New York pada 2001 yang dirancang oleh Osama tidak boleh diterima oleh sesiapa yang mempunyai nilai ketamadunan dan juga tidak boleh diterima di sisi agama Islam.

september 11 2001 wtc attack 911Katanya ketidakadilan tidak boleh diperjuangkan menerusi penggunaan ekerasan atau melalui perbuatan membunuh orang awam yang tidak berdosa.

Katanya rakyat negara ini perlu menolak sebarang bentuk keganasan kerana kebijaksanaan berdasarkan pendekatan Wassatiah atau kesederhanaan dapat mencapai esuatu yang diperjuangkan.

Mengulas tindakan pihak Amerika Syarikat itu, Najib berkata walaupun engambil masa 10 tahun, pihak yang menjadi mangsa akan tetap tuntut pembalasan erhadap keganasan yang dilakukan ke atas orang awam yang menjadi mangsa embunuhan.

Menyentuh tindakan rangkaian Al-Qaeda ke atas ancaman keselamatan negara, Najib berkata pada masa ini, tiada ada tanda-tanda yang anggota kumpulan itu berada di dalam negara.

Bagaimanapun, katanya polis akan berada dalam keadaan berjaga-jaga bagi mengesan mana-mana kumpulan yang mahu mengancam keselamatan negara kerana simpati dengan kematian pengasas kumpulan A-Qaeda itu.

jakarta terror suspects bomb"Ini satu tamparan yang hebat kepada Al-Qaeda, ini bukan bererti mereka akan terkubur sama sekali, kita tidak boleh anggap bahawa segala-galanya sudah pun tamat.

"Tetapi jelas bahawa kumpulan itu hilang kekuatan dengan kehilangan Osama bin Laden yang merupakan sumber inspirasi kepada pergerakan itu," katanya.

- Bernama



Berkat solat hajat, Umno kini kera sumbang
wfauzdin.blogspot.com

BERKAT kita di dalam PR sering melakukan sembahyang hajat dan tidak putus-putus berdoa, maka hari ini kita dapat melihat kesannya ke atas musuh kita. Najib, Muhyiddin dan Umno kini kepanasan tidak tahu lagi arah haluan mereka.

Umno kini boleh diibaratkan sebagai kera sumbang. Di dalam BN, Umno kini terpulau oleh MCA dan Gerakan akibat kelakuan Umno yang hanya pentingkan diri sendiri. MCA dan Gerakan telah melihat sendiri betapa kaum Cina yang diwakili oleh mereka selama ini telah berpaling kepada DAP. Kebijaksanaan kaum Cina berpolitik amat merunsingkan Umno, justeru itu akhbar milik mereka Utusan Malaysia serta dibantu oleh Perkasa terpaksa memainkan isu perkauman.

Najib berada di dalam dilema untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh BN. Maka, tanpa rasa segan silu mereka cuba mempengaruhi DAP untuk menyertai BN akibat tidak lagi percaya kepada MCA dan Gerakan. Apabila DAP tegas menolak cubaan BN yang penuh tipu muslihat itu, maka mereka terpaksa beralih arah kepada PAS pula.

Di Terengganu semalam (30 April), Najib dengan wajah penuh harapan menyeru agar PAS keluar dari PR. Beliau sedar, mustahil buat PAS untuk bersama dengan Umno yang sekular dan meredhai politik lucah itu maka Najib berkata tidak perlu PAS bersama Umno asalkan keluar dari PR. Hujah Najib kununnya DAP yang mengganti PAS kini, malangnya Najib gagal menyebut satu pun bukti di atas dakwaannya itu. Seperti biasa Najib hanya berani menyalak di gelanggang sendiri, dan saya percaya 110 % jika pemimpin PAS cabar Najib berdebat atas isu ini Najib pasti akan menyorok di belakang Rosmah.

Inilah yang dikatakan keberkatan solat hajat kita selama ini. Sikit demi sedikit Allah telah tunjukkan kepada kita betapa Umno kini kepanasan dan hilang arah. Umno tidak lagi tahu siapa sebenarnya kawan yang boleh dipercayai. Umno kini kera sumbang.


Juak Umno jenis 'sex maniac'
Fakhri Ali

NIBONG TEBAL, 2 Mei: Kemungkinan besar puak dan juak-juak Umno adalah sex-maniac sehingga mereka begitu seronok dengan berita, dakyah, fitnah, tohmahan yang bersandarkan kepada seks dan lucah.

Mereka juga tidak merasa malu apabila cerita-cerita aib yang memalukan itu didedahkan kerana beranggapan ia adalah suatu perkara biasa dan lumrah.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata demikian ketika menyampaikan ceramah beliau di Dewan JKKK, Bukit Panchor, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, malam tadi.

Katanya lagi, sepatutnya Umno sudah diarkibkan sebagai khazanah sejarah negara, setelah mereka tidak lagi mendapat sokongan majoriti rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

Beliau menambah, berdasarkan kepada sejarah, telah terbukti Umno dan BN sudah sampai ke tahap bankrap kerana ketandusan modal untuk berpolitik.

Akhirnya, kata beliau isu jijik, rendah moral, celah kain dan seumpamanya dijadikan bahan utama bagi media arus perdana mereka tanpa mempunyai rasa malu sedikit pun.

"Inilah akibatnya apabila pemimpin dan parti yang meletakkan perjuangan Islam di belakang dan memartabatkan sekularisme sebagai paksi.

“Akhirnya politik negara kelam kabut, rakyat bercelaru dan tidak hidup dalam aman dan harmoni, " tambahnya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.


Shafie minta Umno selesaikan masalah dalaman
Mei 2, 11 9:54pm
Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal mengingatkan anggota parti itu agar menyelesaikan masalah dalaman dengan baik bagi memastikan parti berkenan mendapat sokongan padu pada pilihan raya umum ke-13.

NONEMenteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata jika dibiarkan, masalah dalaman parti boleh menjejaskan prestasi BN pada pilihan raya nanti.

"Bimbang saya bahawa yang mengalahkan kita di Manik Urai bukan kerana PAS, yang mengalahkan kita di Kedah bukan kerana PKR, yang mengurangkan kerusi kita di Perak bukan kerana kuatnya PAS atau PKR, begitu juga di Kelantan.

"Tetapi masalah dalaman yang ada di dalam parti itu, sehingga mereka sanggup tidak turun mengundi untuk memberi sokongan kepada parti yang mereka sertai seperti UMNO," katanya semasa merasmikan mesyuarat Umno bahagian Kepong hari ini.

Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita Umno yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Shafie berkata anggota Umno juga perlu memberi komitmen sepenuhnya kepada parti tanpa mengira peruntukan yang diberikan kepada mereka.

NONEBeliau berkata walaupun BN memenangi beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, termasuk kemenangan majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 16 April lepas, anggota parti tidak harusnya mengambil mudah perkara itu.

"Kita tidak harus lalai dalam perjuangan kita, kerana dalam politik ini ada ayunannya," katanya.

Sementara itu, pada sidang akhbar, Shafie berkata beliau menyokong penuh usul Shahrizat yang mahu kuota calon wanita dinaikkan kepada 30 peratus pada pilihan raya umum akan datang berbanding 20 peratus sebelum ini.

"Saya yakin kita boleh memberi ruang kepada Pergerakan Wanita, tetapi yang penting bagi kita ialah kalaupun ada dari segi bilangan kerusi dan bilangan jawatan, mereka mesti berupaya menunaikan tanggungjawab, kalau untuk pilihan raya, dia mesti calon yang mampu menang," katanya.

- Bernama


1Melayu jejaskan 1Malaysia, kata Rafidah Aziz
Mei 2, 11 5:09pm

Gerakan idea "1Melayu, 1Bumi" boleh jejas gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Tan Sri Rafidah Aziz.

Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berharap orang Melayu tidak terikut-ikut dengan idea tersebut kerana ia boleh menggugat perpaduan yang semakin kukuh di negara ini.

Beliau berkata 1Malaysia adalah satu gagasan yang cukup jelas dan tidak menjejaskan kepentingan mana-mana kaum di negara ini.

"Ia bukan sekadar satu slogan, tapi realiti yang perlu dicapai bagi memastikan perpaduan dan kestabilan dalam negara dapat diwujudkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras, Kuala Lumpur hari ini.

Rafidah diminta mengulas saranan bahawa Umno perlu melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi".

Bekas Ketua Pergerakan Wanita Umno itu berkata 1Malaysia yang membawa gelaran "Melayu Malaysia", "Cina Malaysia" dan "India Malaysia" perlu diteruskan.

Turut hadir pada persidangan itu ialah Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Al Habshee dan Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras Datuk Faridah Abu Hassan.

Dalam pada itu, Rafidah berkata Wanita Umno perlu mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan bertemu pengundi secara bersemuka di kawasan masing-masing agar maklumat mengenai pelan strategi kerajaan dapat disampaikan dengan tepat.

"Kita perlu kekalkan kerajaan sekarang supaya pembangunan ekonomi dan sosial negara dapat diteruskan, jumpa pengundi paling minimum tiga kali sebelum PRU supaya pengundi lebih jelas dan tidak mudah mendengar fitnah pembangkang," katanya.

Beliau berkata walaupun strategi bertemu pengundi secara bersemuka agak ketinggalan, namun sejak dilaksanakan, ia membawa kejayaan kepada parti, oleh itu, strategi tersebut perlu diteruskan.

--Bernama

Isteri Osama turut terbunuh
Mei 3, 11 10:49am

White House percaya seorang wanita yang terbunuh apabila komando Amerika Syarikat menyerang dan menembak mati pemimpin al-Qaeda, Osama Laden, adalah seorang daripada isterinya.

osama bin laden dead compound of hideout 1John Brennan, penasihat utama Presiden Barack Obama dalam perang terhadap keganasan, memberitahu wartawan mayat wanita itu dalam kedudukan "beliau digunakan sebagai perisai manusia".

“Ketika itu anggota keluarganya berada di pekarangan kediaman mewah berkenaan, terdapat wanita yang bertindak menjadi 'perisai' kepada Osama yang ketika itu dihujani peluru," kata Brennan.

osama bin laden dead hide out in pakistan 1Ditanya lanjut mengenai seorang wanita ditembak mati oleh komando marin Amerika dalam serangan di Abbottabad, Pakistan itu adalah salah seorang daripada empat isteri Osama, Brennan dalam taklimatnya berkata: “Itu apa yang saya difahamkan."

Tangkap hidup-hidup

Menurutnya, pihaknya masih belum pasti sama ada anak Osama atau isterinya bertindak menghalang tembakan itu dalam kejadian serangan berkenaan.

osama bin laden dead protest 1“Daripada gambaran yang diperoleh, Osama yang kononnya berjuang sebenarnya hidup dalam rumah berjuta dollar, tinggal di kawasan mewah yang jauh berbeza dari anggotanya yang berjuang dan bersembunyi di belakang wanita yang menjadikan diri mereka perisai untuknya," katanya.

Dalam pada itu, seorang pegawai Amerika kepada AFP semalam, bahawa pihaknya sedia menangkap Osama hidup-hidup jika ketua kumpulan Al-Qaeda itu menyerah diri.

"Anggota pasukan elit AS, Navy SEAL bersedia untuk sebarang kemungkinan jika dia menyerah diri.

"Namun dia menentang sepanjang pertempuran dan akhirnya terbunuh setelah ditembak di kepala," katanya.

- Agensi

Tiada ulasan: