Isnin, 2 Mei 2011

KEAMANAN BUKAN DITANGAN MANUSIA TETAPI DALAM KUASA ALLAH..MALAH SEMUANYA DALAM KUASA..KITA MAMPU BERUSAHA..PENENTU ALLAH..JADI JANGAN LAWAN ALLAH

Utusan Melayu akhirnya pecat Hata Wahari
Mei 2, 11 5:23pm

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari akhirnya dipecat majikannya Utusan Melayu (M) Berhad setelah didapati bersalah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan syarat perkhidmatan yang ditetapkan.

Dalam surat yang ditandatangani Pengurus Besar Sumber Manusia Mohd Nazlan Osman bertarikh 21 April lalu, keputusan memecat Hata dibuat dengan mengambilkira keputusan siasatan dalaman terhadapnya.

NONE"Setelah mengambilkira faktor-faktor yang dikemukakan semasa siasatan dalaman dijalankan serta keadaan sekeliling tuduhan tersebut, syarikat tiada pilihan lain melainkan membuat keputusan tuan dibuang kerja serta merta, berkuatkuasa dari tarikh surat ini dikeluarkan," surat lapan halaman itu dipetik.

Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan, Hata dibenarkan merayu kepada pengarah eksekutif Utusan dalam tempoh 14 hari selepas surat pemecatan dikeluarkan.

Wartawan kanan yang berkhidmat di Utusan sejak 1995 itu juga diminta memulangkan segala harta benda syarikat milik Umno itu dengan segera.

Walaupun dipecat, menurut undang-undang tubuh NUJ, Hata masih kekal merupakan presiden NUJ sehinggalah pemilihan baru yang akan datang.

NONEHata sebelum ini menghadapi lapan pertuduhan berdasarkan kenyataannya yang disiarkan dalam Malaysiakini, akhbar The Sun dan dua lagi portal berita.

Hata juga sebelum ini sering mengutarakan pandangan yang lantan berhubung isu pemilikan akhbar Utusan Malaysia, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' dalam kepengarangan akhbar berkenaan.

Hata bagaimanapun bukan wartawan pertama dari Utusan yang akan menerima nasib sedemikian.

Pada 3 September 2009, Utusan turut menjalan siasatan, seterusnya memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

'Kami tonton lagi dan lagi, tapi bukan Anwar'
Hazlan Zakaria
Mei 2, 11
3:19pm

Pelaku dalam video seks bukanlah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Setiausaha Agung Parti Hak Asasi Manusia (HRP) P Uthayakumar selepas menonton daripada CD yang diterimanya melalui emel pada 29 April lalu.

Beliau merupakan yang kedua menerima salinan video itu selepas anggota parlimen Kapar S Manikavasagam menemuinya dalam peti surat di pejabatnya minggu lepas.

uthaya sex video pcUthayakumar sebaliknya perkara bahawa ia merupakan konspirasi politik yang didakwa digerakkan Umno dengan kerjasama polis Cawangan Khas.

Katanya, beliau menerima CD yang merakamkan aksi 22 minit yang ditunjukkan kepada wartawan di Carcosa Sri Negara pada 21 Mac melalui surat melalui penghantaran udara daripada Thailand.

Surat itu menggunakan setem Thailand dan mempunyai cop dipos pada 25 April daripada Songkhla, Thailand.

Beliau berkata menontonnya bersama beberapa aktivis HRP semalam.

"Kami hentikan CD untuk kedudukan strategik, beberapa kali, lihat pada muka pelaku; kami lihat padanya lagi dan lagi. Kami percaya ia bukan beliau (Anwar)," kata Uthayakumar dalam sidang media di pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.

PAS ambil tindakan pada 'anggota' keluar parti
Mei 2, 11 3:47pm

PAS Kedah hari ini menafikan sekumpulan 225 orang yang menyerahkan borang menyertai Umno bahagian Kuala Kedah semalam, adalah anggota parti itu.

Sehubungan itu, Naib Yang Dipertua PAS Kuala Kedah Nasir Mustafa berkata PAS bercadang mengambil tindakan undang-undang untuk menyekat pihak tertentu daripada mengaku sebagai anggota parti itu apabila mengisytiharkan keluar parti.

Bercakap pada sidang akhbar di Alor Setar, Nasir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kubang Rotan, berkata laporan mengenai 225 anggota PAS Kuala Kedah menyerahkan borang untuk menyertai Umno bahagian Kuala Kedah itu adalah kurang tepat.

Sementara itu, Naib Ketua Umno bahagian Kuala Kedah Datuk Abdul Muthalib Haron, ketika dihubungi Bernama berkata kumpulan tersebut adalah penyokong PAS dan sebahagian daripadanya merupakan anggota PAS berdaftar.

"Kita turut menyelidik mereka yang memohon menyertai Umno, bukan menerima dan membuat kenyataan tanpa usul periksa," katanya.

Semalam, 225 anggota PAS Kuala Kedah yang mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, mengisytiharkan keluar parti itu dan menyertai Umno.

Ahmad Marzuki, Ketua PAS cawangan Lahar Buluh, Kuala Kedah, mengetuai kumpulan itu menyerahkan borang menyertai Umno kepada Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah Datuk Latt Shariman Abdullah.

--Bernama


Polis tingkat kawalan di lokasi berkepentingan
Mei 2, 11 5:02pm

Polis kini meningkatkan kawalan keselamatan di lokasi penting di seluruh negara sebagai langkah berjaga-jaga berikutan laporan kematian pemimpin kumpulan pengganas Al-Qaeda Osama bin Laden.

Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata langkah itu bagi memastikan rakyat negara ini bebas daripada sebarang ancaman keselamatan yang mungkin timbul ekoran laporan tersebut.

"Pihak polis telahpun meningkatkan lagi langkah-langkah keselamatan di kawasan berkepentingan dan sensitif," katanya ketika dihubungi Bernama, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan bahawa kerajaan Amerika Syarikat kini meningkatkan kawalan dan langkah berjaga-jaga di kedutaannya di seluruh dunia berikutan kematian Osama.

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dilaporkan berkata pada Ahad, bahawa Osama terbunuh dalam satu operasi oleh pihak keselamatan negara itu di Islamabad, Pakistan dan mayatnya kini berada di bawah kawalan mereka.

--Bernama

Hisham harap kematian Osama bawa keamaman sejagat
Mei 2, 11 3:55pm


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap kematian pemimpin kumpulan pengganas Al-Qaeda Osama bin Laden dalam satu operasi ketenteraan Amerika Syarikat di Pakistan hari ini dapat membawa dunia ke arah keamanan dan keharmonian sejagat.

Namun, beliau memberi amaran bahawa perjuangan kumpulan yang terlibat di dalam beberapa serangan pengganas di seluruh dunia itu tidak berkisar kepada seorang individu sahaja.

"Saya harap ia (kematian Osama bin Laden) akan menjurus kepada keselamatan dan keamanan sejagat yang merupakan tanggungjawab bersama," katanya kepada pemberita selepas persidangan perwakilan Umno Bahagian Semberong yang dirasmikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Kluang.

Hishammuddin, yang juga Naib Presiden dan Ketua Umno Bahagian Semberong, berkata adalah amat penting bagi semua pihak untuk memahami punca yang menyebabkan kelahiran gerakan militan.

Pemimpin Al-Qaeda kelahiran Arab Saudi yang hidup di dalam persembunyian itu dilaporkan terbunuh di dalam satu operasi khas tentera Amerika Syarikat di sebuah rumah di bandar Abbotabad, berdekatan Islamabad.

--Bernama


Kini 40,000 pekerja asing di Felda
Mei 2, 11 12:49pm

Kira-kira 40,000 pekerja asing bekerja di ladang milik Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di seluruh negara berikutan tenaga kerja tempatan tidak berminat untuk bekerja di sektor perladangan, kata Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Beliau berkata jumlah itu mewakili 84 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja yang bekerja di ladang Felda dengan 29,000 orang daripadanya adalah tenaga kerja dari Indonesia, 10,000 dari Bangladesh dan selebihnya lain-lain bangsa.

isa samad interview 150509"Felda terpaksa menggunakan tenaga kerja asing terutama dari Indonesia kerana anak tempatan tidak berminat untuk berkerja di ladang milik Felda, malah Felda mendapat kerjasama baik daripada kerajaan Indonesia untuk membekal tenaga kerja mereka," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis makan malam sempena sambutan Hari Pekerja Kumpulan Felda Peringkat Nasional di Pusat Perkhidmatan Pertanian Tun Razak di Jerantut, malam tadi.

Bagaimanapun, katanya bagi kilang-kilang miliknya, Felda tidak berdepan dengan masalah itu berikutan penggunaan teknologi moden yang diuruskan 100 peratus oleh anak tempatan.

Sementara itu, Mohd Isa berkata Felda sentiasa memastikan kebajikan pekerja asing, malah mereka disediakan kemudahan tempat tinggal dan menerima gaji yang lumayan.

"Kebanyakan pekerja asing tersebut menerima gaji antara RM800 dan RM1,200 sebulan bergantung kepada tahap kecekapan masing-masing dan Felda sentiasa mengiktiraf pekerja Felda sama ada pekerja tempatan atau asing jika menunjukkan prestasi yang baik," katanya.

--Bernama

Tiada ulasan: