Jumaat, 6 Mei 2011

JIKA MASUK MAHKAMAH...SEMUA AKAN TERBONGKAR...BETUL SALAH LAIN HAL...KALAH MENANG...TU BAB LAIN...YANG DIDAKWA NAK MENANG GAK...

Rais masuki penghakiman jika penulis blog tak respons
Mei 6, 11 4:21pm

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim akan memohon kepada mahkamah untuk memasuki satu penghakiman terhadap penulis blog dalam saman fitnah, jika penulis itu gagal hadir di mahkamah.

rais yatim pc 020709 01Peguam Norhani Nordin yang mewakili Rais berkata mahkamah telah mengarahkan mereka untuk menampalkan writ saman di alamat terakhir penganalisis politik dan juga penulis blog Ahmad Mutalib Mohamed Daud di Sabah.

Beliau berkata Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan 23 Mei untuk pengurusan kes bagi perkembangan perkara tersebut.

Ia merupakan percubaan terakhir untuk menyerahkan saman kepada penulis blog, setelah mereka gagal untuk menyerahkan saman itu secara peribadi kepadanya.

"Kita memfailkan notis penggantian penyampaian pada Mac lepas kerana kita tidak dapat menyampaikan saman itu secara peribadi kepadanya. Kita buat penyampaian gantian melalui pengiklanan pada 13, 14 dan 15 April di akhbar harian Sabah," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Selepas itu, katanya mereka telah menampalkan saman berkenaan di papan kenyataan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Dan kini, kita telah menampalkan saman itu di alamat terakhirnya, jika (penulis blog) itu gagal hadir di mahkamah, kita akan memasuki satu penghakiman terhadapnya," kata Norhani.

Rais memfailkan saman itu pada 10 Feb, selepas empat artikel yang beliau anggap sebagai memfitnah, bertarikh 1, 3, 5 dan 7 Jan, dimasukkan oleh Ahmad Mutalib dalam laman web Sabahkini di http://sabahkini.net.

Ahmad Mutalib, penulis blog yang menyediakan berita bebas melalui laman webnya, yang didaftarkan di Kota Kinabalu.

Dalam kenyataan tuntutan, Rais menyatakan bahawa sesetengah perkataan yang disiarkan dalam artikel itu adalah dengki dan memfitnah beliau yang sangat memudaratkan peribadinya dan reputasi profesionalnya di seluruh negara serta antarabangsa, menyebabkan beliau malu yang amat sangat, duka dan menjejaskan.

Beliau juga menyatakan bahawa artikel itu tidak masuk akal dan keji yang memberi gambaran salah mengenai kelakukan dan jawatanya.

Rais juga menuntut ganti rugi am, khas, memudaratkan dan kerugian teladan dan juga injunksi untuk memaksa Ahmad Mutalib mengeluarkan semua perkataan fitnah dan perenggan dalam artikel itu.

- Bernama



Pengebumian jenazah di laut satu penghinaan
Mei 6, 11 4:07pm

Pengebumian jenazah pemimpin Al-Qaeda Osama bin Laden di laut dianggap sebagai satu penghinaan kepada umat Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata hal seperti itu tidak wajar berlaku dalam apa keadaan sekalipun kerana jenazah perlu dihormati.

NONE"Kita tahu pengurusan jenazah dalam Islam, ia perlu diuruskan dengan cara yang sewajarnya.

"Zaman (umat Islam menunaikan haji dengan menaiki) kapal dulu, betullah (jenazah dilepaskan) masuk dalam laut tetapi zaman hari ini, (dikebumikan) atas darat. Jadi, ini sebagai satu perkara yang merupakan satu penghinaan kepada umat Islam.

"Saya rasa demikian untuk pengebumian jenazah sebab kita perlu menghormati jenazah itu juga," katanya kepada pemberita di Sepang hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jenazah Osama yang telah dikebumikan di utara Laut Arab dari atas geladak kapal pengangkut pesawat milik Amerika Syarikat, selepas dimandikan dan dilaksanakan mengikut cara Islam.

Di Kuala Lumpur, Panglima Angkatan Bersama, Laksamana Madya Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badarudin berkata kematian Osama tidak mungkin membawa kepada kekacauan di rantau ini.

osama bin laden dead protest 1Bagaimanapun, katanya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersiap sedia untuk menghadapi cabaran jika berlaku perkara tidak diingini.

"Kita telah mengambil langkah berjaga-jaga daripada keselamatan," katanya hari ini.

Terdahulu Ahmad Kamarulzaman hadir pada majlis Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan pembubaran Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa Kontinjen Malaysia 1 (MALCON ISAF 1) di Hospital ATM di Kuala Lumpur hari ini.

- Bernama


Menara kabel TNB: Perunding Australia tarik diri
Kow Gah Chie
Mei 6, 11
1:34pm

Sebuah firma perunding dari Australia yang dipertanggungjawab membekalkan laporan bebas kepada kerajaan negeri Selangor berhubung projek pembinaan menara kabel bervoltan tinggi oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB) di kampung baru Rawang telah menarik diri.

NONEMenurut ADUN Rawang, Gan Pei Nee (kanan) firma yang sepatutnya memulakan tugas itu pada akhir bulan April lalu - menjelaskan mereka diberi tekanan politik supaya tidak bekerjasama dengan kerajaan Pakatan Rakyat.

“Syarikat itu menelefon wakil kerajaan negeri Selangor dan beritahu tidak tahan ditekan,” kata Gan pada sidang akhbar di Rawang hari ini.

Sebelum ini, telah berulang kali penduduk sekitar yang melahirkan kebimbangan mereka kerana khuatir pembinaan menara berkenaan akan menjejaskan kesihatan mereka dan sekali gus juga menyebabkan kampung itu terbahagi dua mengadakan tunjuk perasaan dan bertempur dengan polis.

NONEKes berkenaan telah dibawa ke Mahkamah Persekutuan pada November lalu tetapi mahkamah memutuskan bahawa TNB mempunyai hak untuk meneruskan projek itu.

Mahkamah juga memerintahkan TNB supaya membayar pampasan berjumlah RM10.4 juta kepada penduduk terlibat yang telah mereka laksanakan.

Menurut Gan beliau percaya kerajaan Malaysia mengenakan tekanan melalui kerajaan Australia.

“Syarikat ini adalah syarikat kabel yang telah beroperasi sepuluh tahun. Mereka cuma hantar emel mengatakan tidak mahu meneruskan kerja dan beritahu mereka tidak akn datang ke Malaysia.

NONE“Tetapi dalam emel, tidak diberikan sebarang alasan. Namun melalui panggilan telefon baru mereka beritahu ada tekanan (politik),” katanya.

Apabila siap kelak, projek yang melibatkan pemasangan kabel voltan tinggi sepanjang 59km, kira-kira satu kilometer jaraknya dari Kampung Sg Terentang itu akan menyaksikan pembinaan lima menara satu tiang.

Projek itu akan meningkatkan pengeluaran tenaga elektrik daripada 33kV kepada 275kV dan membantu mengatasi kekurangan kuasa di Lembah Klang.

Pendaftaran HRP: Uthaya dibenar cabar ROS, KDN
Mei 6, 11 12:09pm

Peguam P Uthayakumar berjaya dalam percubaan permulaan untuk memaksa Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan dua yang lain bagi memberikan keputusan mengenai permohonannya bagi mendaftar Parti Hak Asasi Manusia (HRP) sebagai sebuah parti politik.Hakim Datuk Rohana Yusuf yang membenarkan permohonan itu dalam kamarnya juga bersetuju supaya mahkamah pada 16 Ogos nanti mendengar merit semakan kehakiman bagi pihak defenden meluluskan dan mendaftar HRP sebagai sebuah parti politik.

Uthayakumar berkata pihak responden selain ROS, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Kementerian Dalam Negeri mesti menjawab dalam tempoh 14 hari dari hari ini berhubung permohonannya pada 25 November lalu bagi mendaftarkan parti berkenaan.

MCCBCHST: Tiada siapa yang persoalkan Islam
Mei 6, 11 2:38pm

Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) menolak dakwaan kononnya ndakwa agama Islam sedang diancam dan digugat di negara ini.

Kumpulan itu juga berkata mereka amat “prihatin” dengan kenyataan gabungan NGO Melayu-Islam, Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang dibuat pada Rabu lalu.

NONE“Bagaimana kedudukan Islam boleh terancam apabila semua institusi awam dan organ kerajaan di bawah kawalan orang-orang Islam?” soal presiden majlis itu, Reverend Dr Thomas Philips.

Memetik tulisan presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim di blognya, beliau berkata orang Melayu kini memiliki kuasa politik yang sepenuhnya di negara ini.

Zaid juga dilaporkan berkata syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang lain seperti Maybank, Petronas, Telekom Malaysia juga berada di tangan kerajaan dan semua itu diterajui oleh golongan bumiputera-Melayu.

“Kumpulan itu sahaja sudah memiliki modal pasaran RM353 billion daripada keseluruhan Bursa Malaysia,” kata Zaid.

Dengan situasai itu, MCCBCHST berkata mereka “amat hairan” dengan dakwaan PEMBELA bahawa pelantikan exco bagi menangani hal ehwal bukan Islam di Pulau Pinang boleh mengancam dan menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi.

“Tidak ada peruntukan dalam perlembagaan persekutuan yang melarang jawatan exco bagi menangani hal ehwal bukan Islam. NONE"Malah, sekarang ini kebanyakan negeri-negeri yang diperintah BN mempunyai jawatankuasa hal ehwal bukan Islam bagi menyelesaikan masalah agama, tempat ibadat, kawasan perkuburan dan masalah lain yang berbangkit di kalangan bukan Islam,” kata Philips.

Jurucakap PEMBELA Yusri Mohamad (kanan) sebelum ini mendakwa pelantikan exco bagi menangani hal ehwal bukan Islam di Pulau Pinang dan pelantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang beragama Kritian Datuk Seri Idris Jala untuk menangani isu al-Kitab berbahasa Melayu mengancam dan menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi .

Kebetulan kerajaan negeri Perak yang diterajui BN adalah yang pertama mewujudkan jawatan exco hal ehwal bukan Islam.


11.11.11 - tarikh pilihan raya umum ke-13?
Mei 6, 11 10:35am

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencetuskan teka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum ke-13 apabila menyebut timbulnya ramalan ia akan diadakan pada 11.11.11 kerana angka 11 amat signifikan dalam hidup beliau.

Ketika ditanya pemberita, beliau tidak mengia mahupun menafikan ramalan itu, sebaliknya menyifatkan ramalan sedemikian memang menjadi kegemaran dalam arena politik sebelum ini.

NONE"Saya rasa elok diteruskan teka teki ini," katanya.

Bagaimanapun, Najib menekankan perlunya untuk kerajaan BN terus bekerja melaksanakan program-program transformasi bagi menyakinkan rakyat.

"Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tak semestinya pada (bulan) 11 ataupun 11 haribulan.

"Ini merupakan satu proses, selagi semboyan belum dibunyikan, kita masih buat kerja," katanya.

Apabila diminta mengulas lanjut sama ada kemungkinan tarikh tersebut besar, Najib berkata: "Tarikh itu ada kaitan dengan hidup saya, tapi sama ada pilihan raya itu...Wallahhualam".

Sebelum itu, Najib dalam usaha merapatkan hubungannya dengan golongan muda ke udara di rangkaian radio Hot FM pagi ini dan menceritakan signifikan angka 11 dalam hidupnya.

NONEKatanya, nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.

Antaranya ialah Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.

Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11.

Skim Rumah Pertamaku

Nombor plat kereta rasmi beliau juga bernombor 11.

Wawancara selama sejam bermula jam 7.30 pagi itu juga disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen 8TV.

DJ stesen radio berkenaan Fara Fauzana dan Faizal Ismail juga sempat bertanyakan mengenai pasukan bolasepak kegemaran perdana menteri Manchester United yang akan berentap dengan Chelsea bagi menentukan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Selain itu, Najib juga menceritakan tabiatnya yang gemar menghabiskan masa di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

NONEDalam nada yang serius, beliau juga mengumumkan kerajaan akan melancarkan satu program baru iaitu Rumah Mampu Milik Berkualiti bagi memantapkan Skim Rumah Pertamaku selewat-lewatnya Julai ini.

"Melalui program tersebut, kos rumah untuk Skim Rumah Pertamaku akan dipastikan berharga RM220,000 ke bawah.

"Kerajaan akan bertanggungjawab menyediakan tapak pembinaan manakala pihak pemaju akan melaksanakan projek-projek ini berdasarkan industrial building system.

"Dan saya kata kalau boleh, (syarikat swasta) jangan ambil untung dari projek ini. Jadikan sebagai corporate social responsibility (CSR)," katanya.

Najib berkata usaha mewujudkan rumah di bawah harga RM220,000 adalah berdasarkan komen dalam laman Facebook beliau serta laporan media bahawa amat sukar bagi golongan muda mendapat rumah dalam lingkungan harga tersebut terutama di Lembah Klang.

Di bawah Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 8 Mac lalu, golongan muda berumur 35 tahun ke bawah dengan gaji bulanan kurang daripada RM3,000 layak membeli rumah berharga RM220,000 ke bawah dengan pinjaman 100 peratus.

Ketika temu bual itu juga Najib turut meluangkan masa bermain 'Dam Aji' dengan DJ Faizal.

Tiada ulasan: