Ahad, 1 Mei 2011

APALAH HEBAT...SAMAN MANUSIA...DAKWAAN MANUSIA...DIAIBKAN OLEH MANUSIA....TUNGGULAH SAMAN..DAKWAAN...SERTA PERTUNJUKAN BUKTI DARI ALLAH SWT

Video seks: Wayang untuk mengaibkan seseorang
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Mei: Tindakan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang mengatakan bahawa polis tidak akan tunduk kepada desakan pelbagai pihak untuk mendedahkan kepada umum pelaku dalam video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kecuali ada keperluan undang-undang untuk berbuat demikian hanyalah mainan politik semata-mata untuk memburukkan seseorang.

“Kalaulah yang menyimpan dan membuat tayangan pun tidak dihukum, sedangkan ada peruntukan yang jelas mereka telah melakukan kesalahan; apatah lagi kepada yang berlakon yang tiada peruntukan undang-undang.

“Jelas, ianya hanya mainan politik bagi memburukkan seseorang,” bidas Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian semasa mengulas kenyataan Khalid baru-baru ini yang menyatakan bahawa pelakon seks dalam video tersebut akan didedahkan bergantung kepada keperluan undang-undang.

“Kita bukan dedahkan (pelaku video) atas desakan tetapi bergantung kepada keperluan undang-undang,” Khalid dipetik sebagai berkata.

Menurut Tuan Ibrahim, pelakon dalam klip video tersebut tidak akan didakwa kerana tiada peruntukan undang-undang boleh mendakwa pelaku, kecuali dalam mahkamah syariah.

“Di dalam undang-undang sivil, tiada kes untuk disabitkan kerana pelakon dan wanita bukan gadis bawah umur serta tiada unsur paksaan dan tidak dilakukan untuk edaran mahupun jualan,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Oleh sebab itu, kata Tuan Ibrahim, PAS lebih setuju untuk membawa kes ini ke mahkamah syariah kerana ada enakmen yang boleh disabitkan kesalahan sama ada atas kes qazaf atau perlakuan zina sekiranya dapat dibuktikan.

Sementara itu, Presiden Aliran, P Ramakrishan turut menempelak polis yang telah melakukan pelbagai kenyataan untuk mencipta persepsi awam bahawa Anwar terlibat dalam skandal video seks tersebut.

Setelah bukti jam Omega yang diwar-warkan kehilangan berita, P Ramakrishan membidas tindakan polis yang mengatakan bahawa mereka tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan kepada awam pelakon seks terbabit sehingga keadaan memerlukan untuk berbuat demikian.

“Dalam kata lain, apa yang mereka kata ialah mereka sudah mengenal pasti pelakon seks, tapi mereka tidak ingin mendedahkankannya kecuali keadaan memerlukan.

“Rakyat Malaysia kini keliru. Apa yang dimaksudkan ‘kecuali memerlukan’? Jika ya, mengapa mereka menyiasat jauh untuk mencari pemilik jam Omega? Mereka bertungkus-lumus sehingga mencarinya sehingga ke Taiwan. Apa tujuannya?

“Bukankah itu tujuan untuk mengaitkan pelakon seks dengan jam tersebut supaya mereka dapat mengesahkan identiti pelakon seks dan mendedahkannya?” soal Ramakrishan.

Beliau turut menambah bahawa Anwar tidak sepatutnya dipanggil untuk memberi keterangan untuk kali kedua, 28 April yang lalu sekiranya polis tiada bukti yang sahih untuk menunjukkan bahawa orang dalam video tersebut ialah Anwar.

“Jika ia adalah tidak penting untuk menentukan siapa pelakon tersebut, mengapa Anwar dilecehkan? Adakah ini kerana mereka inginkan episod memalukan ini berterusan?” selarnya.


Najib macam ketam minta PAS berpisah dengan DAP
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Mei: PAS menganggap cadangan Datuk Seri Najib Razak supaya PAS berpisah dengan DAP seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul kerana parti ini tidak sehaluan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, Najib perlu menyelesaikan masalah dalaman BN dahulu.

“Jangan cuba mengalih isu yang sedang melanda BN dengan rakan komponen BN mengenai isu 1Melayu 1Bumi telah menimbulkan kemarahan MCA.

“Apa sudah jadi slogan 1Malaysia tiba-tiba lahir pula gagasan 1Melayu 1Bumi, seolah-olah Umno menduakan suami,” ujarnya.

Beliau mengulas alasan Najib bahawa PAS perlu jauh dengan DAP kerana PAS bekerja, yang menang ialah DAP dan PAS perlu berpisah dengan DAP kerana PAS tidak boleh melaksanakan agenda Islam.

“PAS hendak bertanya sejak bila pula Umno iktiraf PAS sebagai sebuah parti Islam,” ujarnya.

Katanya, dengan kenyataan Najib sahlah teori yang mengatakan Umno akan bercakap Islam dan Melayu ketika orang Melayu menolak Umno.

“Ketika rakyat tolak Umno, baru mereka sedar, PAS parti orang Melayu. Selama ini merekalah membunuh kontraktor dan ahli perniagaan PAS, berapa ramai aktivis PAS diletakkan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),” katanya lagi.

Tambahnya, terbaru mereka menukar Cikgu Maaruf Mutalib, suami Cikgu Normala bekas calon PAS di Tenang.

“Siapa punya angkara?” soalnya.

Menuutnya, sekarang apabila lemas kerana pelampong Umno, iaitu pengundi bukan Melayu sudah meninggal mereka, baru mereka teringat kepada PAS.

PAS, ujarnya hendak mengingatkan Najib bahawa PAS membayar harga begitu mahal untuk berada bersama Pakatan Rakyat.

Katanya, kejayaan PAS yang menjinakkan orang bukan Islam kepada Islam satu imbuhan yang cukup berharga.

“Hendak harap kepada Umno memberi kefahaman Islam kepada orang bukan Islam di negara ini amat jauh sekali,” ujarnya.

Malahan, menurutnya merekalah yang meliarkan orang bukan Islam dengan Islam.

Tambahnya, sikap hipokrit mereka dengan berjumpa pengundi bukan Islam supaya menjauhkan dengan PAS kerana mereka hendak melaksanakan agenda Islam, apabila berjumpa pengundi Islam mereka mendakwa PAS sudah tidak bercakap Islam kerana takut kepada DAP.


Tinggalkan Umno, sertai PAS
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Mei: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti itu dan bersama PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan untuk semua bangsa di negara ini.

“Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Presiden PAS itu memberi respons terhadap kesekelian kalinya, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan tanpa segan silu mengulangi lagi seruannya supaya PAS bekerjasama dengan Umno BN dan meninggalkan kerjasama PAS menerusi Pakatan Rakyat (PR).

Najib berkata, pemimpin PAS perlu menerima kenyataan bahawa mereka mesti keluar daripada pakatan pembangkang jika benar-benar berjuang untuk kepentingan agama Islam.

Menurutnya, PAS tidak akan memperoleh apa yang dicita-citakan selama ini dan kerjasama dengan parti pembangkang lain hanya memberi keuntungan kepada DAP.

''Tak kisahlah sama ada PAS mahu bersendirian atau bergabung dengan Umno, yang penting mereka tidak boleh bergabung dengan DAP kerana usaha PAS dalam memperjuangkan Islam akan terhalang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perumahan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyung, Kuala Terengganu semalam.

Bagi PAS, tegas Tuan Guru Abdul Hadi seruan Najib itu adalah janggal dan aneh, kerana PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat yang telah menjadi bencana dalam negara kita yang tercinta ini.

Katanya, kerjasama atau penyatuan seharusnya dibina dengan bercirikan asas bertolong-tolong dalam melakukan kebajikan dan keadilan, dan bukan bertolong-tolong dalam melakukan maksiat, kezaliman dan memusnahkan harta negara.

“PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman,” tegasnya yang juga ahli Parlimen Marang.

Jelasnya lagi, kerjasama PAS selama ini dengan DAP contohnya, adalah di atas nama tahaluf siyasi yang dibenarkan agama dan tidak menggadaikan prinsip.

Ia, katanya tidak sama dengan kerjasama wala antara Umno dengan MCA dan MIC yang menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan seterusnya menghilangkan jati diri Melayu Islam dalam negara kita ini sejak puluhan tahun.

“Kita ingin bertanya, siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan, yang lebih dari 90% adalah orang Melayu-Islam?

“Siapakah pula yang mendiskriminasikan penyokong pembangkang di kalangan orang Melayu sehingga peluang berniaga, pendidikan, pengagihan ekonomi hanya tertumpu di kalangan Umnoputra?

“Siapakah yang menyekat Kelantan dan Terengganu melaksanakan syariat Islam sebelum ini?” soalnya.

Jawapannya, kata beliau adalah kerajaan pimpinan Umno BN itulah yang sebenarnya melemahkan orang Melayu itu sendiri.


Hisham teruskan niat saman Anwar
Mei 1, 11 5:46pm

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau akan meneruskan hasrat memfailkan saman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengaitkannya dengan video seks yang pelakunya mirip Ketua Pembangkang itu.

Beliau berkata dakwaan Anwar itu perlu dijawab di mahkamah agar masyarakat tahu kedudukan sebenar isu terbabit.

"Kita bawa ke mahkamah kerana kalau tidak, apa yang disebar melalui luar dan internet orang akan percaya kerana kita tidak jawab," katanya kepada pemberita selepas penutupan mesyuarat perwakilan Puteri Umno Sembrong, dekat Kluang hari ini.

Hishammuddin berkata tindakan ketua umum PKR mengaitkannya dengan video seks tersebut semata-mata untuk mengalihkan perhatian masyarakat.

"Itu strategi...dia (Anwar) tidak boleh jawab soalan wartawan, dia alih pandangan kepada orang lain. Kita tidak berdosa, kenapa hendak takut," kata Naib Presiden Umno itu.

Mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa PAS perlu keluar daripada pakatan pembangkang, Hishammuddin berkata perkara itu adalah realiti kerana pakatan itu hanya menguntungkan DAP.

"Lihat sahaja sewaktu pilihan raya negeri Sarawak di Beting Maro yang mana disebut akan menjadi tempat yang akan dimenangi PAS, mereka bertanding di lima kerusi semata-mata untuk membuktikan mereka berjaya bertapak di Sarawak tetapi akhirnya lihat apa yang berlaku...mereka kalah semua kerusi yang ditandingi.

"Kita hendak ingatkan kepada PAS bahawa apa yang dibuat ini tidak membawa manfaat dan saya harap mereka akan kaji dan buat pertimbangan yang terbaik," katanya.

Mengenai tindakan kerajaan Selangor mahu membelanjakan RM600,000 bagi memasang papan iklan dalam kempen memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Hishammuddin berkata ia perbuatan terdesak untuk mengalih perhatian orang ramai terhadap masalah yang dialami PKR.

Sambil meminta rakyat Selangor menilai tindakan kerajaan negeri itu membazirkan duit mereka, beliau berkata perbuatan tersebut bukan cara sebenar untuk berpolitik.

"Kerajaan mempertahankan ISA kerana ia ada kaitan rapat dengan jenayah rentas sempadan dan rakyat sendiri boleh terima, kerana kita telah menerangkan suasana hari ini yang menjadikan negara kita sebagai sasaran dan transit dalam soal jenayah antarabangsa memerlukan kita mempertahankan akta ini," katanya.

--Bernama



Dr M: Sumpah laknat Eskay betul
Susan Loone
Mei 1, 11
5:26pm

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammed berkata ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah mempunyai hak melakukan sumpah laknat untuk mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video seks yang dirakamkan pada Februari lalu.

NONEDalam sidang media di Alor Setar semalam, Mahathir berkata, perkara itu dilakukan kerana Eskay merasakan beliau mempunyai hak melakukannya.

Manakala pihak yang enggan bersumpah pula mungkin merasa melakukan kesalahan, kata Dr Mahathir (kanan) sambil menegaskan kedua-dua pihak mempunyai hak yang sama.

Bagaimanapun, tidak semua senada dengan pendapat Dr Mahahir itu. Terdapat pihak yang berpendapat bahawa kemuliaan masjid telah dicemari dengan tindakan yang diambil di Masjid Sentul semalam.

Bagi Naib Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang Syed Mikael Rizal Aidid, tindakan Eskay bersumpah di sebuah masjid di Sentul pada Jumaat sebagai propaganda terbaru tajaan Umno.

Beliau juga mendakwa majlis angkat sumpah itu merupakan Bidaah Dalalah (bidaah yang sesat) dalam Islam.


Eight-is-enuf: Saying 'no' to UMNO
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, May 1: How many no's it takes to reject a marriage proposal? In PAS's case, eight should have been enough.

Prime minister Najib Razak recently called on PAS to leave Pakatan Rakyat, saying its partnership with DAP would not enable the Islamic party to abide by its Islamic principles.

The move is widely seen as yet another attempt to get PAS to form a unity government with UMNO and join Barisan Nasional. The reactions from top PAS leaders have been almost uniform.

Below are 8 responses from PAS leaders.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Kelantan MB and PAS Murshidul Am:
This (leaving Pakatan Rakyat) is an old issue.

Tuan Guru Abdul Hadi Awang, President:
UMNO members and leaders should join PAS if they are really serious in implementing Islam and want to establish justice for people of all races in the country. If it were true that UMNO wants to implement Islamic governance and to act with full justice, the power is in its hand today, why don’t they implement it? Our conscience is clear, and our cooperation in PR is based on the policy of mutual cooperation in establishing justice and fighting injustice.

Mustafa Ali, Secretary General:
PAS is committed towards a two-party system in Malaysia and the process towards the evolution of such a system has been well on track, with Barisan Nasional on one side and we as Pakatan Rakyat on the other. As such, let it be clear that any attempt to disrupt this process will be stopped by PAS. More importantly, it is catastrophic to have a dichotomy of a Malay government on one side, and a Chinese-dominant opposition on the other.

Salahuddin Ayub, Vice President:
It is clear that Najib is already desperate and disappointed when Muslims as well as Chinese don't support BN, as seen in the recent Sarawak election. PAS will not take that kind of bait. It is a decoy and it is very dangerous for us to be with Umno.

Mahfuz Omar, Vice President:
UMNO is desperate. Invite PAS to join BN only when other component parties in BN are not supporting UMNO. It is time for BN to sack UMNO from the coalition.

Dr Dzulkefly Ahmad, Central Committee member:
UMNO’s Malay supremacy and narrow interpretation that 'Malay is Islam' is against PAS’s principle that Islam is universal, and for all races. UMNO has given a bad image to Islam and PAS must continue to ensure that the religion is safeguarded. PAS cannot accept UMNO’s exploitation of the name Allah and barring non-Muslims from entering mosque. PAS will not give a lifeline to UMNO and its fight for Malay supremacy. UMNO only wants to represent the Malays while PAS will fight for Islam, Malays, Chinese, Indians and other communities in the country.

Nizar Jamaluddin, Central Committee member:
PAS has no business with BN except to oust them out of Putrajaya! Najib is now completely desperate after allowing sex vcds to flood BN media.

Khalid Samad, Shah Alam PAS head:
He (Najib) is becoming crazy and has run out of ideas. He is no longer making sense. I really do not know what to say about his comments. He is very confused. I think this is a sign that they are facing an internal problem especially with Muhyiddin (Yassin) contradicting everything he does. And since when did DAP declare that they were championing Islam? DAP has always supported PAS in its efforts to bring Muslims to the teachings of Islam. But UMNO wants to pollute Islam with their practice of oath-taking and falsely accusing someone of committing extra-marital sex.


TERJEMAHAN
Lapan-is-enuf: Mengatakan 'tidak' untuk UMNO
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, April 1: Berapa banyak tidak ada yang diperlukan untuk menolak proposal pernikahan? Dalam kes PAS's, lapan seharusnya sudah cukup.

Perdana Menteri Najib Razak terkini dipanggil pada PAS untuk meninggalkan Pakatan Rakyat, mengatakan bekerjasama dengan DAP tidak akan membolehkan parti Islam untuk mematuhi prinsip-prinsip Islam tersebut.

Langkah ini secara meluas dilihat sebagai usaha lain untuk mendapatkan PAS untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO dan bergabung dengan Barisan Nasional. Reaksi dari para pemimpin PAS atas telah hampir seragam.

Di bawah ini adalah 8 tanggapan dari para pemimpin PAS.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, MB Kelantan dan PAS Murshidul Am:
Ini (meninggalkan Pakatan Rakyat) merupakan isu lama.

Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden:
ahli UMNO dan para pemimpin harus menyertai PAS jika mereka benar-benar serius dalam melaksanakan Islam dan ingin mendirikan keadilan bagi orang-orang dari semua bangsa di negara ini. Kalau benar bahawa UMNO ingin melaksanakan pemerintahan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa ada di tangan-nya hari ini, mengapa mereka tidak menerapkannya? Hati nurani kita jelas, dan kerjasama kami di PR didasarkan pada dasar kerjasama dalam membina keadilan dan memerangi ketidakadilan.

Mustafa Ali, Setiausaha Umum:
PAS komited menuju sistem dua parti di Malaysia dan proses evolusi menuju sistem seperti telah baik di trek, dengan Barisan Nasional di satu sisi dan kita sebagai Pakatan Rakyat di sisi lain. Dengan demikian, biarkan menjadi jelas bahawa setiap usaha untuk mengganggu proses ini akan dihentikan oleh PAS. Lebih penting lagi, adalah bencana mempunyai dikotomi kerajaan Melayu di satu sisi, dan pembangkang China-dominan di sisi lain.

Salahuddin Ayub, Naib Presiden:
Jelas bahawa Najib sudah putus asa dan kecewa ketika umat Islam serta China tidak menyokong BN, seperti yang dilihat dalam pemilihan Sarawak baru-baru ini. PAS tidak akan mengambil jenis umpan. Ini adalah umpan dan sangat berbahaya bagi kami untuk bersama UMNO.

Mahfuz Omar, Naib Presiden:
UMNO putus asa. Undangan untuk menyertai BN PAS hanya ketika pihak komponen lain dalam BN tidak menyokong UMNO. Sudah saatnya bagi BN untuk memecat UMNO dari koalisi.

Dr Dzulkefly Ahmad, ahli Jawatankuasa Pusat:
supremasi Melayu UMNO dan tafsiran sempit bahawa 'Melayu adalah Islam' adalah bertentangan dengan prinsip Islam PAS yang bersifat universal, dan untuk semua bangsa. UMNO telah memberikan citra buruk terhadap Islam dan PAS harus terus memastikan bahawa agama adalah terpelihara. PAS tidak boleh menerima eksploitasi UMNO nama Allah dan melarang non-Muslim masuk masjid. PAS tidak akan memberikan garis hidup untuk UMNO dan berjuang untuk supremasi Melayu. UMNO hanya ingin mewakili Melayu manakala PAS akan berjuang untuk Islam, Melayu, Cina, India dan komuniti yang lain di negeri ini.

Nizar Jamaluddin, ahli Jawatankuasa Pusat:
PAS tidak mempunyai perniagaan dengan BN kecuali untuk mengusir mereka keluar dari Putrajaya! Najib yang sekarang benar-benar putus asa setelah membiarkan VCD seks untuk banjir media BN.

Khalid Samad, Shah Alam PAS kepala:
Dia (Najib) adalah menjadi gila dan telah kehabisan idea. Dia tidak masuk akal lagi pembuatan. Aku benar-benar tidak tahu harus berkata apa tentang komentarnya. Dia sangat bingung. Saya rasa ini adalah tanda bahawa mereka menghadapi masalah dalaman terutamanya dengan Muhyiddin (Yassin) bertentangan dengan segala yang dilakukannya. Dan kerana bila-bila DAP menyatakan bahawa mereka membela Islam? DAP selalu menyokong PAS dalam usahanya untuk membawa umat Islam dengan ajaran Islam. Tapi UMNO ingin mencemarkan Islam dengan amalan mereka turun sumpah dan keliru menuduh seseorang melakukan seks di luar nikah.



Tiada ulasan: