Sabtu, 1 Oktober 2011

DOA SENJATA ORANG MUKMIN...DOA ORANG YANG DIZALIMI...MAKBUL DAN TIADA HIJAB....

Hudud: Nik Aziz doa dapat majoriti di Parlimen
Susan Loone
Okt 1, 11
4:27pm

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau berdoa supaya memperolehi majoriti dua pertiga di Parlimen bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan di negara ini.

Mursyidul am PAS itu berkata hudud adalah perlu dan wajib seperti juga amalan penting yang lain dalam Islam, seperti solat, puasa atau mengerjakan haji.

Beliau berkata selepas mesyuarat baru-baru ini di antara pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor, DAP yang menentang undang-undang itu, telah menerima cadangan Kelantan untuk melaksanakannya di negeri itu.

Sekutu Pakatan Rakyat juga telah menerima hakikat bahawa undang-undang jenayah Syariah telah disokong oleh semua ADUN Kelantan, termasuk dua wakil rakyat Umno, katanya.

Undang-undang itu, katanya, akan dilaksanakan di mahkamah Syariah untuk orang Islam, dan bukannya di mahkamah sivil.

Bercakap kepada pemberita di majlis sambutan ulangtahun ke-60 PAS di Kepala Batas, Pulau Pinang, Nik Aziz berkata, adalah pelik hukuman mati diterima di Malaysia, tetapi tidak pula undang-undang hudud yang tidak menghukum orang dengan hukuman mati.

Apabila diberitahu bahawa Umno menuduh DAP menghalang PAS daripada melaksanakan hudud di negara ini, Nik Aziz berkata soalan itu harus ditujukan kepada DAP.

Menurutnya, di Kelantan, masyarakat Cina menerima hudud kerana ia akan memberi manfaat kepada mereka.

Sebagai contoh, dalam kes rompakan, orang Cina yang kaya akan gembira jika pelakunya dihukum mengikut undang-undang hudud, katanya.


  • Diplomatik Bebas · Pengulas Tertinggi · Friends with Azhar Arsad III
    Kami sebagai PENDOKONG AlQuran & Sunnah akan turut juga berdoa. Semoga Hukum Allah ini menjadi hukuman yg setimpal bagi mereka2 yg melakukan KESALAHAN.

    Hukum Hudud bukan sahaja dapat memerangi kes2 jenayah seperti bunuh, mencuri, berzina, malah ia juga dapat MENANGKIS sikap manusia yg sukakan RIBA, RASUAH, JUDI, TIPU di dalam PERNIAGAAN, TIPU di dalam PENGIRAAN KERTAS UNDI, LOBI AHLI2 POLITIK dan sebagainya.

    Semoga Allah memakbulkan doa TGNA.
    ...Lihat seterusnya..
    • Tercari Cari Kebenaran · Pengulas Tertinggi · UM
      REALITI YG HARUS KITA TERIMA ADALAH KEKUATAN ISLAM BILA KITA BERSATU...REALITINYA DAP ADALAH PARTI YG MAJORITI DALAM PR..PAS ADALAH PARTI YG PALING TERBAWAH DALAM BILANGAN KERUSI PARLIMENT DLM KERAJAAN PR...BAYANGKAN DALAM KEADAAN PR MENJADI KERAJAAN NEGERI BG KEDAH DAN SELANGOR PUN DAP TERUS TERUSAN MENIDAKAN HASRAT PAS DLM MENGHARAMKAN PENJUALAN MINUMAN ARAK SECARA TERBUKA DLM KAWASAN MAJORITI ORG MELAYU...DIHALANG UNTUK MELAKSANAKAN PENGHARAMAN MENJALANKAN OPERASI PUSAT HIBURAN DI DLM TEMPOH BULAN RAMADHAN DI NEGERI PEMERINTAHAN PAS YG MAJORITINYA MELAYU....INIKAN PULA UNTUK MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD YG TERANG2 DLM PERBINCANGAN DENGAN PR DIHALANG OLEH DAP.. PAS DAP HANYA AKUR DAN TERDIAM DIK KERANA TERLALU MENAGIH UNDI...INSAF2 LA...KAJI YG TERSIRAT,....BERSATU LAAA...
    • Diplomatik Bebas · Pengulas Tertinggi · Friends with Azhar Arsad III
      Tercari Cara Kebenaran: DB pernah terdengar, apabila dunia di akhir zaman, hanya minoriti yg berpaksi AlQuran dan Sunnah akan TERSELAMAT dan akan mereka bertemu kembali di Padang Masyar. Tak kirahlah mereka dari kaum mana, parti politik mana. Jika seseorang itu menjadikan pegangan AlQuran & Sunnnah sebagai panduan hidup mereka, InsyaAllah mereka terselamat dunia & akhirat. Wallahualam.
    • Tercari Cari Kebenaran · Pengulas Tertinggi · UM
      Diplomatik Bebas HAKIKANYA DIPLOMATIK BEBAS......KITA BERSATU....ALQURAN MENYARANKAN PERPADUAN...
  • Syco TheLogikal · Pengulas Tertinggi
    ape yang Allah dah tetap kan tu semuanye baik, semuanye cantik! nape mesti nak persoalkan hudud ni ketinggalan zaman la, apela? nape mesti nak ingkar? kenapa non muslim lebih berakal dari yang muslim ni? ni lah akibatnye kalau islam cume pada kad pengenalan... padahal akidah dah lama batal tanpa sedar.. kasihan sungguh!
    • Tercari Cari Kebenaran · Pengulas Tertinggi · UM
      YG PENTING UMAT ISLAM BERSATU... TU JER...BARU BANGSA LAIN ORMAT..
    • Syco TheLogikal · Pengulas Tertinggi
      mcmne umat islam nak bersatu kalau islam pun orang islam sendiri y tolak?
    • Tercari Cari Kebenaran · Pengulas Tertinggi · UM
      KITA UMAT ISLAM TERLALU BANYAK BERPOLITIK....KEKUATAN YG MEMANG SAH ADA KAT KITA SEBAGAI MAJORITY TD KITA KEJAR PEPECAHAN WALAU PUN TUNTUTAN ISLAM PENYATUAN....ANDA BAYANGKAN BOLEH KA KERAJAAN PR MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD SEDANGKAN DAP ADALAH MAJORITI DLM PR....DLM BANYAK ISUNYA SEKARANG NI PUNM DAP SERING MENGHALANG...KITA HANYA BOLEH LAKSANAAKAN BILA UMAT MELAYU BERSATU DLM SATU PARTI TU AJEERRR
  • Heng Chang Hok · Pengulas Tertinggi · Butterworth, Malaysia
    sokong....
    • Tercari Cari Kebenaran · Pengulas Tertinggi · UM
      SOKONG TP BANGSA ANDA YG SENTIASA MENHALANG DLM MELAKSANAKAN HUDUD...WALAU PU N IANYA DI LAKSANAKAN HANYA PADA UMAT ISLAM...JGN HIPOKRIT KAT SINI
    • Heng Chang Hok · Pengulas Tertinggi · Butterworth, Malaysia
      Tercari Cari Kebenaran, bukan semua orang cina yang bantah. Kami dah lama dipengaruhi oleh BN/MCA supaya takut akan hudud. Inilah teknik BN, mereka mau kita pecah, tidak bersatu-padu. MCA menggunakan cara untuk dapat sokongan daripada kaum cina.BN perlu jatuh pada PRU 13. Ramai kawan saya tidak bantah hudud. terima kasih. Kita perlu bersatu-padu.
    • Tercari Cari Kebenaran · Pengulas Tertinggi · UM
      Heng Chang Hok KALAU DAH RAMAI KAWAN ANDA SETUJU DGN NYA MENGAPA IANYA TIDAK DI REALISASI KAN DLM PERBINCANGAN DIANTARA PARTI YG ANDA WAKILI DLM PERBINCANGAN ITU....SAYA HANYA FOKUS PADA PERADUAN BANGSA SAYA...DAN SENTIASA MENGHORMATI ANDA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA...
  • Tercari Cari Kebenaran · Pengulas Tertinggi · UM
    WALAUPUN MAJORITY 2/3 DAPAT DIPEROLEHI OLEH KERAJAAN PR SAYA YAKIN HUKUM HUDUD TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN, KERANA DAP AKAN TERUS TIDAK BERSETUJU DAN MENGHALANG HUKUM HUDUD DILAKSANAKAN DI MALAYSIA...BAYANGKAN UNTUK MENGISTIARKAN MALAYSIA SEBAGAI NEGARA ISLAM, MENGHARAMKAN PENJUALAN MINUMAN KERAS DIKAWASAN MAJORITY ORG MELAYU DAN USAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH UNTUK MENGHENTIKAN SEMENTARA PUSAT IBURAN DI BULAN RAMADAN DI NEGERI YG MAJORITINYA UMAT ISLAM PUN KITA TERPAKSA MENGIKUT AMARAN DAN DESAKAN DAP..KITA KENA FAHAM REALITI UMAT ISLAM DIMALAYSIA HANYA MEWAKILI 65-68 % SAHAJA JIKA KITA TIDAK BERSATU DI BAWAH SATU PAYUNG JANGAN ARAP BANGSA LAIN AKAN MENGORMATI UGAMA KITA...PENYATUAN YG DITUNTUT TETAPI PERPECAHAN YG KITA CARI....UMAT ISLAM DIMALAYSIA TERLALU BANYAK BERPOLITIK SEHINGGA GAGAL MENYELAMI HASRAT YG TERSIRAT DALAM DAP....REALITI KALAU DILIHAT DARI KEDUDUKAN PAS DI DALAM PR HANYA PARTI MINORITI YG TERCOROT..HUDUD AKAN TERLAKSANA BILA MANA UMAT ISLAM BERSATU....SAYA AMAT KESAL DENGAN BANYAK STATEMENT TUAN GURU NIK AZIZ YG TERLALU MENJURUS KEARAH KEPENTINGAN POLITIK...SANGGUP MENGGADAI MARUAH ISLAM DEMI MENAGIH UNDI DR BANGSA ASING, SEDANG KEKUATAN ADA PADA BANGSA SENDIRI...INSAFLA WAAI BANGSA KU JANGAN BANYAK BERPOLITIK KAJI YG TERSIRAT DAHULUKAN KEPENTINGAN AGAMA DAN BANGSA DALAM APA2 TINDAKAN....JGN TUNDUK DENGAN MEREKA DIK KERANA UNDI,,,
    • Arggio Icanovic · Pengulas Tertinggi
      Kebodohan tak bertempat......kau ingat UMNO tu kafir ker? UMNO semua orang Islam mereka akan bersetuju bila PAS mengusulkan pinda perlembagaan persekutuan 1984 dalam bidang Mahkamah Syariah. Dan masa itu kau lihat bertapa indah nya Islam.....
    • Masaizam MdSom · Polytechnic Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
      Hukum hudud untuk orang Islam bukan hanya untuk PAS/PR... penyokong parti UMNO org Islam juga... napa tak sama2 sokong laksanakn hukum ini..
    • Adli Muhammad AlHasan · Pengulas Tertinggi · Stamford College
      orang yang tak percaya kepada Allah sahaja yang tak akan berdoa kepadaNya!
  • Pok Yei · Bekerja di Pesara
    insyaallah semoga tuhan merestui perjuangan Nik Aziz dan kita tengok sejauh mana rakyat kelantan menerimanya, dan juga seramai mana rakyat kelantan memohon taraf OKU kerana kecacatan akibat perlakuan jahatnya bila ia sedar nanti.
    • Zul Abiad · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi Malaysia
      Anda xterasa ayat anda menghina hukum hudud ke?
    • Medi Ehyak
      betul tu.... itu salah satu ayat mengejek hukum allah.... bertaubatlah... setiap perkataan, perbuatan , tulisan... disaksikan oleh allah dan para malaikat..... semoga allah memberi nur hidayah pada kamu... amin..
    • Jetli Man
      jahat sungguh statement kamu pok yeiii...Allah Maha Mengetahui...
  • Kong Bu Fenzi · Top Commenter
    Kah kah kah.
    Nik Aziz ini bukan tak tahu UMNO sudah tolak hudud mentah mentah , doa 3ribu kali pun tak gunalah. Jangan harap non muslim sokong hudu di parlimen... tapi tak mengapa , teruskan mimpi Nik Aziz. Teruskan doa mu. tengok Allah akan beri bantuan kah?
    • The Resident Engineer
      Salam sejahtera Kong. Saya tidak menyalahkan kamu jika kamu tidak menyokong hudud. Dan kami percaya Tuhan kami dan tuhan kamu iaitu Allah akan menolong kami. Untuk makluman saudara kong, sebagaimana tok nenek kami menerima kaum cina dan india sebagai keluarga di tanah melayu, kami tidak mengubah adat kepercayaan kaum kamu tetapi apa yg kami buat hanyalah untuk kaum kami sahaja. Untuk kamu agama kamu, untuk kami agama kami.
    • Tercari Cari Kebenaran · Top Commenter · UM
      APASAL SAUDARA TAK CAKAP DAP YG MENJADI MAJORITI KERUSI DLM PR YG MENOLAK DARI DALAM SENDIRI....
    • Nia Nashema · Top Commenter
      Dan Tuhan kamu berfirman, 'Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.' [Al-Mu'min: 60]. Kami yakin dan amat yakin dengan janjiNya.
  • Mujahid Pakatan
    Amin..Amin..Amin.. sokong 200% hukum Hudud dapat dilaksanakan...
  • Azwan Hashim · Top Commenter · Binary College
    Hamba mengaminkan doa TGNA. InsyAllah..
  • Mohd Ridwan · Top Commenter
    umno sekular..undang2 ikut kepala otak diaorg..harap songkok jer tinggi melangit..hahahaha.
    • Tercari Cari Kebenaran · Top Commenter · UM
      SUDAH2 LA MENYALAHKAN ORG LAIN JER...YG SALAHNYA KITA TAK NAK BERSATU....
    • Saaid Ramdzan · Top Commenter · Royal Military College, Sg Besi
      Tercari Cari Kebenaran nak bersatu tentu perlu ada wadah dan platform.platformnya harus samarata,masing pihak ada kesilapan,TGNA dah kata,sekiranya AQ yg dilandaskan ,diutamakan dan digunakan untuk penyatuan,PAS sanggup dibubarkan untuk memberi laluan kepada perlaksanaan tersebut,so sanggup ke pemimpin2 UMNO membuang perangai yg telah ditanam dulu,kini dan selamanya..rasuah,berbohong,lucah,fitanh dan banyak lagi kesenangan yg telah terbiasa olihnya.saya rasa dipihak PAS anytime,anywhere.
    • Amirul Hakim · Top Commenter
      Saaid Ramdzan tgk komennya, org kat atas tu nak soh bersatu nak menguatkan kuasa parti tertentu tu... nampak sgt
  • Adib Adam · Top Commenter · Universiti Teknologi Mara, Shah Alam
    selagi undang2 hudud x dilaksanakan di Kelantan selama itulah gejala sosial yg disebabkan UMNO bertambah teruk di Kelantan... sebat wajib dilakukan di khalayak ramai supaya pelaku zina mendapat malu dan insaf...
    • Tercari Cari Kebenaran · Top Commenter · UM
      SUDAH-SUDAH LA MENYALAH KAN SATU SAMA LAIN....YG PENTING KENA BERSATU....KALAU TERUS TERUSAN SALAH MENYALAHKAN TAK BAWA APA2 KEBAIKAN...
    • Xyza Caution · Top Commenter
      Adib Adam.....betul kata kamu itu...aku sngat2 setuju...tp aku nk tambah sikit....bukan sahaja pelaku je yg terkesan...malah masyarakat sekeliling pun akan terkesan dan ketakutan untuk membuat kerosakan dan kejahatan d bumi ini akan terbentuk dalam hati masyarakat sekeliling.....insyAllah manusia akan hidup aman dan damai....kita tidak memerlukan perpaduan dengan orang yg suka membuat kerosakan d bumi ini...sebab itulah malaysia tidak membuat pertalian dgn israel....cuba fikir2kan kenapa??
    • Wan Adib Wan Roslan · Top Commenter
      Undang2 hudud adalah utk kesejahteraan umat dan memelihara umat manusia dari gejala jenayah, juga utk memelihara harta bnda & nyawa umat manusia. Dgn berjalannya hukum ini, rakyat malaysia sudah pasti akan dpt hidup dlm suasana aman & sejahtera. Smentara jabatan polis bukan lagi sbagai ejen penguatkasa utk menghalang ssuatu jenayah dari berlaku, hanya sbagai ejen pemerhati & ejen bantuan. Krn hudud sendiri telah pun berjaya menghalang jenayah dari berlaku. Itu lah kehebatan undang2 ciptaan Tuhan berbanding undang2 ciptaan manusia...
  • Ramesh Rao Adari Naidu · Top Commenter
    Saya mohon nik aziz doakan ANWAR bertaubat dengan segera ataupun buat sumapah laknat& ujian LIE DETECTOR.
    • Aleeya Azizie · Top Commenter · Klang
      Ramesh ko ni ceta apa ngokkkk sgt tak ikut topik lansung apa kena mengena smua tu ........ada gak orang macam ko ni
    • Ramesh Rao Adari Naidu · Top Commenter
      Aleeya Azizie anwar penipu bangsat haram!kalau berani buat ujian LIE DETECTOR
  • Irkiz Rith
    DOA KITA KALAU TIDAK DIMAKBUL ALLAH JANGAN SEKALI-KALI KITA MENUDUH YANG PARTI BN TIDAK SOKONG. SEBENAR ALLAH YANG TIDAK MAKBUL DOA KITA. DI DALAM DUNIA INI NEGARA ARAB SAUDI SAHAJA YANG ADA HUKUM HUDUD.
  • Ikhwan Muslimun · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
    Mari kita Berdoa bersama Tok Guru
  • Azman Ishak · Top Commenter · UKM
    ISLAMLAH KAMU NASCAYA KAMU AKAN SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT...........
  • Hairi Amir Hasan · Top Commenter
    ...minta Majlis Fatwa Kebangsaan @ JAKIM tunjuk apa yang dikatakan "hudud " itu kemudian bentangkan di parlimen..kemudian kita lihat siapa yg menolak> Ialah kalau PAS yang bentangkan hududnya akan dikatakan bukan islam punya, tapi " HUDUD PAS "......
    • Tercari Cari Kebenaran · Top Commenter · UM
      UMAT ISLAM KENA BERSATU....JGN HARAP DAPAT SOKONGAN BANGSA LAIN UNTUK LAKSANAKAN HUDUD...JANGAN KITA MIMPI LA....
  • Farouk Harakiri · Top Commenter · Ground Support Engineer Team at MAS engineering Depot Subang
    apa apa pun yang utama sekali kita campak UMNo ke lubang kubur sebelom, kita boleh berbicara ttentang hukum Hudud ini..
  • Mohd Amir · Top Commenter · Supervisor at Epsb
    Insya Allah.Hukum Allah PASTI akan tertegak di Malaysia walau apa cabaran yg datang.
  • Ahamed Bashani · Top Commenter · Penang, Malaysia
    Bersam2 KITA TEGAKkan SYIAR ISLAM....Allahu Akbar!
  • Mazrab Kanan · Top Commenter
    amin..takbir...islam tinggi tidak ada yang lebih tinggi daripadanya, kia mesti optimis biarpun tidak sempat merasainya kerana kita semua milik allah
  • Ddy Fahmin · Top Commenter · Works at Berniaga
    Umno bimbang jika laksana hukum hudud orang pertama yang kena hukum adalah ketu bahagian umno dan ahli umno sendiri yang sering berkelakuan songsang dan sering melakukan maksiat dalam negara ini.
  • Rosmadi Abu Bakar · Top Commenter
    banyak la alasan nya nanti,, korang tengok la ding dong nya,,, semoga dibuka kan hati..
  • Jofri Junior · Top Commenter
    Semoga ALLAH perkenankan doa Tok Guru..Ameen.
  • Iefat Ghazali · Top Commenter · UUM
    Astagfirullahhalazim.., saya rasa pok yei elokla fikir baik2 komen anda tue.., kalau ikut pemahaman sy.., anda dh dikira tergelincir sudah...nak kena mengucap semula niee...lainla kalau dh kapir ? Komen anda melambgkan ceteknya pemahaman anda dlm hukum hudud.., anda ini adalah antara org2 yg merosakkan Islam....hudud adalah hukum Islam bukan hukum ciptaan PAS....ingt seng2 ke nak potong tgn., nak sebat., nak jatuhkan hukum hudud..? kena ada empat saksi yg cukup syrt2 ., andai ada keraguan brg sedikit pun.., tk boleh jatuhkan hukum hudud...dn lain2 lagi.., komen secara berilmiah ., jgn rasa nak komen., terus je komen.., malaikat sebelah tue pun dok komen jgk...
  • Mohd Nasir · Top Commenter
    Alhamdulillah..Tuan Guru dengan usaha dan doa terhadap Allah untuk menegakkan hudut di Malaysia. Dimana ulamak umno dalam isu ini ?
  • Mat Salleh
    Tapi saya yakin ada beberapa orang yang tidak menyokong, kerana takut tertutup jalan mereka untuk mencuri wang rakyat.
  • Wan Adib Wan Roslan · Top Commenter
    Undang2 hudud adalah utk kesejahteraan umat dan memelihara umat manusia dari gejala jenayah, juga utk memelihara harta bnda & nyawa umat manusia. Dgn berjalannya hukum ini, rakyat malaysia sudah pasti akan dpt hidup dlm suasana aman & sejahtera. Smentara jabatan polis bukan lagi sbagai ejen penguatkasa utk menghalang ssuatu jenayah dari berlaku, hanya sbagai ejen pemerhati & ejen bantuan. Krn hudud sendiri telah pun berjaya menghalang jenayah dari berlaku. Itu lah kehebatan undang2 ciptaan Tuhan berbanding undang2 ciptaan manusia. Tuan guru jgn bimbang la, klau sudah kita menang dlm PRU nnti, nescaya usaha kearah pelaksanaan hudud itu akan secara otomatik menjadi senang. Antaranya utk mendapat 2/3 majoriti dlm parlimen. Yg penting kita kena menang dlm PRU13 dl...
  • DQi Eusof · Top Commenter
    kita tengok sape x x setuju diparlimen.itulah musang berbulu ayam.ayam filipina&china dolls

DOA MERUPAKAN SENJATA ORANG MUKMIN



“Sesiapa yang ingin agar Allah memperkenankan doanya di saat-saat sempit & kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan berdoa di saat-saat ia senang" (Riwayat Tirmidzi)

Huraian Hadis :

  1. Kelebihan berdoa banyak diterangkan dalam al-Quran dan hadis. Selain menjadi intipati ibadah, doa adalah penghubung di antara hamba dan khaliq (pencipta).
  2. Berdoa juga adalah salah satu daripada keperluan bagi mendapat kekuatan, keyakinan, harapan, keberkatan, keredaan dan perlindungan Allah SWT dalam segala apa yang dilakukan. Orang yang tidak berdoa bererti menutup bagi dirinya berbagai-bagai kebaikan dan mendedahkan dirinya akan kemurkaan Allah SWT.
  3. Hanya dengan beberapa patah perkataan atau diniatkan segala permintaan dalam hati kepada Allah, hakikatnya ia tetap dikategorikan sebagai berdoa. Oleh itu, amalan berdoa bukan sesuatu yang sukar sebaliknya boleh dilakukan sepanjang masa dan di mana sahaj kita berada.
  4. Doa itu mampu mengubah yang tidak mungkin menjadi mungkin, yang biasa-biasa menjadi tidak terkata, yang berat jadi ringan, yang jauh menjadi dekat. Itulah ajaibnya kekuatan doa. Dengan doa segalanya menjadi mungkin atas izin ALLAH SWT.
  5. Kadangkala, apabila kita lapang dan senang, kita lupa untuk berdoa. Sedangkan, ketika itulah, Allah SWT memperkenankan doa hambaNya.
  6. Namun, perlu diingat, berdoa perlu diiringi dengan usaha. Yakinlah, Allah SWT pasti mengabulkan doa kita, cuma masanya sahaja yang perlu kita nantikan. JOM BANYAKKAN BERDOA!!

Doa adalah senjata orang mukmin


  1. Jalan menuju kejayaan dan keselamatan.
  2. Tangga untuk menuju kehadrat Allah.
  3. Tuntutan dan amalan para solihin dan arifin (golongan ahli sufi).
  4. Senjata untuk mengalahkan pihak musuh.
  5. Harapan golongan tertindas.
  6. Pembantu ketika senang dan susah.
  7. Bahtera pelayaran bagi orang yang melaksanakan perintah Allah dengan sebenar-benarnya.
  8. Pendamping antara seorang hamba dan tuhannya.
  9. Sebaik-baik penawar dan peyembuh yang mujarab.
  10. Intipati amal ibadat yang memiliki seribu rahsia dan fadhilat yang tidak terhitung banyaknya. Malah kata Nabi saw “Doa itu adalah ibadat seluruhnya” (H.R Tirmizi)
  11. Bukti seorang hamba itu menyerahkan diri kepada Allah dan bermunajat hanya kepadaNya.
  12. Bagi mereka yang tidak mahu berdoa, al-Quran menyifatkan mereka sebagai golongan yang angkuh dan sombong. Ia menepati ayat 60 surah Ghafir (al-mukminin) yang bermaksud: “Dan Tuhanmu berfirman : Berdoalah kepada Ku nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang yanag menyombongkan diri dari berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”

Tiada ulasan: