Khamis, 1 Mei 2014

SEMUA AKAN JALAN....SEMUA AKAN PADAM....IKUT GILIRAN MENGIKUT KETENTUAN ALLAH...MAKHLUK BUAT CARA MAKHLIK...LEMAH BUAT CARA LEMAH....TERIMA AJE LAH HUDUD...ORANG BUKAN ISLAM MENOLAK HUDUD SEBAB IA TAK ISLAM LAGI....TAK KAN ITU PUN TAK TAHU....KALAU ORANG ISLAM YANG MENOLAK ITU CARI NAHAS

Hudud: Setuju pelihara keharmonian dalam Pakatan Rakyat

NAZRI ABDULLAH | .
KUALA LUMPUR: Pertemuan antara PAS, PKR dan DAP di Pejabat Agung PAS semalam menyaksikan ketiga-tiga parti bersetuju untuk terus menjaga keharmonian dalam Pakatan Rakyat sekalipun berdepan isu Hudud.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar), berkata pertemuan khas antara ketiga-tiga parti dengan wakil kerajaan Kelantan itu, berlangsung dalam keadaan cukup harmoni.

"Ia satu penerangan yang sangat baik. Masing-masing telah mengutarakan pandangan mengikut perspektif masing-masing.

"Semua wakil ketiga-tiga parti mengutarakan pendirian bahawa perlu dipelihara suasana harmoni dalam Pakatan Rakyat supaya kekal kuat untuk menghadapi suasana politik mendatang," kata beliau kepada Harakahdaily.

Katanya, pertemuan khas semalam adalah anjuran Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat bagi mendapat pandangan lebih jelas berhubung cadangan Kelantan yang mahu melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II 1993 di negeri itu.

Tiga wakil Kerajaan Negeri Kelantan hadir termasuk Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob bersama timbalannya Datuk Mohd Amar Abdullah serta exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mohd Fadhli Hassan.

Selain Mustafa, turut bersama dalam perbicangan itu dua Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah dan Tian Chua, wakil DAP iaitu Timbalan Setiausaha Agung Datuk Ngeh Khoo Ham, Ahli Parlimen Kluang Liew Ching Tong dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.

"Kita nak kekal kerjasama baik antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat.

"Masing-masing semalam memberi pandangan secara terbuka dan jujur," kata Mustafa lagi.

Dalam pada itu beliau berkata, keputusan yang dicapai dalam mesyuarat semalam itu akan diangkat kepada Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi. - HARAKAHDAILY 30/4/2014

Hudud: Beranikah Najib bertelagah dengan Mahathir?

http://shahbudindotcom.blogspot.com/ | .
Tidaklah mustahil sebenarnya, jika Najib dan Umnp terus bersikap positif terhadap perlaksanan hukum hudud ini, serangan Mahathir akan lebih dihalakan kepada Najib berbanding PAS.

Najib akan diserang habis-habisan bukan saja kerana perubahan sikapnya yang positif terhadap hudud tetapi juga sebab pemimpin Umno yang lain juga seperti sama positifnya terhadap hukum itu.

Soalnya, beranikah Najib bertelagah dengan Mahathir?

Sejak menjadi Perdana Menteri, bukanlah rahsia lagi bahawa perkara yang paling ditakuti oleh Najib ialah berbeza pendapat, apatah lagi bertelagah dengan Mahathir.

Beliau bukan saja bersikap lembut dan menjaga hati Mahathir sejak dari awal, termasuk menjadikan anaknya Mukhriz sebagai MB Kedah, bahkan tidak berani mengulas banyak daripada kritikan bekas Perdana Menteri itu.

Baca di sini

Tahukah Nur Jazlan nenek moyang Umno sudah terima hudud

http://greenboc.blogspot.com | .

Minta Umno sokong laksana hudud kerja sia-sia - Nur Jazlan

KUALA LUMPUR: Usaha PAS mendekati Umno untuk menyokong pelaksanaan hudud adalah sia-sia kerana parti itu pasti telah melaksanakan hukum jenayah Islam itu jika ia menjadi satu keutamaan.

Walaupun terdapat sokongan jelas di kalangan beberapa pemimpin Umno untuk menyokong dua rang undang-undang persendirian yang bakal dibawa wakil PAS di Dewan Rakyat bagi mengetepikan halangan pelaksanaan hudud di Kelantan, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ia tidak termasuk dalam perancangan Umno bagi masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Jika tidak, datuk nenek kita telah melaksanakannya (hudud) sejak lama dulu. Secara peribadi saya tidak menyokong ini (pelaksanaan hudud)," kata Nur Jazlan kepada The Malay Mail Online ketika dihubungi.

Walaupun menentang, Nur Jazlan berkata adalah hak Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang Islam di negeri itu, namun beliau mencadangkan PAS untuk mendapatkan pandangan daripada negeri-negeri lain bagi memastikan konsistensi dalam sistem perundangan negara.

"Kita tidak boleh mempunyai dua sistem undang-undang yang berbeza di negara ini. Adalah bagus jika (PAS) mendapatkan referendum daripada negeri-negeri lain juga," ujarnya.

Beberapa Ahli Parlimen BN daripada Umno telah menyatakan sokongan terhadap cadangan Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum jenayah syariah termasuk hudud antaranya Ahli Parlimen Peringat, Tan Sri Annuar Musa, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar.

Malah Annuar berjanji untuk melobi sokongan anggota Parlimen BN daripada Umno bagi menyokong rang undang-undang persendirian yang bakal dibawa wakil Kelantan ke Dewan Rakyat bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan dilaksanakan.

ULASAN GB

Ketara sangat Ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan Mohamed Rahmat tidak tahu bahawa sejarah telah membuktikan kesultanan Islam awal seperti Kesultanan Kedah telah bermula 531H/ 1136M dan Kesultanan Kelantan yang bertapak pada tahun 577H/ 1181M membuktikan bahawa bermulanya era pentadbiran dan undang-undang Islam (hudud) di Rantau Melayu ini.

Menurut kajian para sejarahwan teks pada batu bersurat yang merupakan penanda kedatangan Islam di nusantara ini ada menyatakan mengenai tarikh ia ditulis, iaitu "Jumaat di bulan Rejab di tahun saratan di sasanakala Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua".

Menurut kajian yang dilakukan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, tarikh bagi batu bersurat ini ialah Jumaat, 4 Rejab 702 H, bersamaan dengan 22 Februari 1303M. Ia juga secara jelas mewartakan undang-undang jenayah Islam (hudud)yang diterima-pakai oleh pemerintah Terengganu ketika itu.

Ia juga bermakna Negeri Terengganu telah terbukti menegakkan hukum syariah sejak 7 abad yang lalu dan antara yang terawal di Malaysia. Seterusnya Di Terengganu, Undang-undang Jenayah Islam telah dilaksanakan khususnya semasa Sultan Zainal Abidin III (1881-1918). Pada masa itu terdapat beberapa mahkamah yang membolehkan menjatuhkan hukuman mengikut Undang-undang Islam.

Selain peraturan Islam yang tercatat di batu Bersurat Terengganu pada 702H/1303M, Kerajaan Melaka telah menggubal undang-undangnya sendiri yang berasaskan undang-undang Islam yang dikenali sebagai Risalah Hukum Qanun. Ia dikuat-kuasakan di Melaka. Qanun ini ditulis pada zaman pemerintahan Sultan MUzaffar Syah (1446-1456) dan ianya dilengkapkan oleh Hang Sidi Ahmad dizaman pemerintahan Sultan Melaka terakhir (1488-1511). Dalam masa yang sama Undang-undang Laut juga digubal yang menyentuh tentang peraturan pelabuhan, pelayaran di laut dan percukaian.

Menurut Ustadz Saiful Bahri, Hukum kanun Melaka meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. Hukuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir. Menurut beberapa orang pengkaji barat, seperti William R. Roff dan Alfred R. Rubin bahawa Undang-undang Melaka itu pada dasarnya berasaskan Undang-undang Islam di samping Hukum Akal dan Hukum Adat. Pendapat mereka ini adalah menepati kenyataan yang terdapat di dalam qanun tersebut; “Mengikut hukum Allah, pada hukum Allah, menurut dalil AlQuran dan menurut amar bil ma’ruf wa nahi munkar”.

Berdasarkan kepada teks Hukum Qanun Melaka yang diselenggarakan oleh Dr Ph. S. Rankel mengandungi 27 fasal , Kitab Undang-undang Melaka dari Muzium British mengandungi 44 fasal dan setelah diteliti dan dikaji Undang-undang Melaka, dapatlah disimpulkan bahawa , Undang-undang Qanun Melaka ini adalah pada keseluruhannya berdasarkan Undang-undang Islam menurut Mazhab Syafie.

Apabila kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada 1511M, undang-undang dan peraturan Islam ini masih diteruskan pemakaiannya oleh Kesultanan Melayu di negeri-negeri lain. Ia digubal di negeri masing-masing seperti Qanun Pahang (1596M), di Kedah dengan Tembera Dato Seri Paduka Tuan (1078H/ 1667M), Undang-undang 99 dan 12 di Perak. Hukum Qanun Dato Setar (1099H/ 1784M), Qanun Johor (1789M), Qanun Kelantan 1168H. Di Terengganu ia diguna pakai semenjak kesultanan pertama Terengganu yang mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin 1 (1708-1733) pada tahun 1120 hijrah (bersamaan tahun 1708) sehinggalah undang-undang Islam itu diperkukuhkan pada tahun 1911M iaitu dengan penggubalan Undang-undang diri Terengganu.

Sistem pentadbiran undang-undang Islam di Tanah Melayu sudah sofistikated dan tersusun kemas mengikut institusi pemerintahan di Timur Tengah. Ia telah matang sebelum kedatangan British lagi dan Britishlah yang telah merombak segala-galanya, menukar semua kanun dan undang-undang yang ada kepada undang-undang sekular yang memisahkan negara dan agama, dengan slogan sekularismanya -"give to Caesar what belongs to Caesar, and give to God what belongs to God" dimana kemudiannya UMNO yang menjadi kerajaan telah meneruskan pemakaian undang-undang tersebut sehingga kini.

Bukankah fakta di atas menjelaskan tentang kejahilan pemimpin UMNO sendiri terutama Nur Jazlan terhadap sejarah?

Biduanita Kartina Dahari meninggal dunia

BERNAMA | .
SINGAPURA: Biduanita Kartina Dahari meninggal dunia di sini petang ini.
  
Akhbar tempatan melaporkan ratu keroncong itu meninggal dunia kerana penyakit barah.
  
Beliau berusia 73 tahun.
  
Kali terakhir Allahyarham membuat persembahan untuk para peminatnya ialah di Konsert Sayang Di Sayang terbitan Esplanade Teater Di Pesisiran sempena Pesta Raya 2013.
  
Kartina ialah antara biduanita Melayu era 1960-an hingga 1980-an.
  
Allahyarham meninggalkan tiga orang anak dan jenazahnya akan dikebumikan esok. - Bernama

Hudud: MCA tidak bersedia kembali dalam kabinet BN?

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Liow Tiong Lai Liow dan pimpinan MCA kini di bawah ujian sukar adakah mereka sanggup untuk memberitahu Najib yang parti itu tidak bersedia untuk kembali ke Kabinet Barisan Nasional.

Ini sehinggalah prinsip muafakat dipulihkan dalam BN, dan Najib menarik balik pengumuman yang dibuatnya secara sembarangan pada Khamis lalu bahawa kerajaan persekutuan tidak pernah menolak hudud.

“Atau adakah pangkat menteri dan timbalan menteri serta faedah daripada jawatan itu lebih penting kepada Liow dan pimpinan MCA berbanding prinsip dan keteguhan politik, termasuk paling penting, iaitu BN bergerak menurut muafakat semua parti komponennya, bukan sekadar di bawah telunjuk Umno?” tanya Ketua Parlimen DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Rakyat Malaysia sedang menyaksikan kepura-puraan terbesar MCA sepanjang 65 tahun sejarahnya – parti itu mengancam untuk mengumpul ribuan orang dan mengepung Parlimen bagi menentang hudud, namun gagal membuatkan walau pun hanya seorang, iaitu Presidennya MCA sendiri, untuk berkata ‘Tidak’ kepada Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tentang isu itu.

Berdasarkan tafsiran salah dan menyeleweng ke atas kenyataan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat tentang hudud pada 28 September 2011, MCA melancarkan kempen agresif namun tidak jujur di seluruh negara ke atas DAP hingga akhirnya hanya menunjukkan kepura-puraan terbesar MCA sepanjang kewujudannya.

Sangat menyedihkan untuk menyaksikan kepura-puraan itu – kerana ia hanya berjaya secara terus-menerus menelanjangkan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan pimpinan MCA sebagai pemimpin tanpa keyakinan, prinsip, dan maruah – perkara-perkara yang menyebabkan MCA ditolak sepenuhnya oleh pengundi Malaysia pada Pilihanraya Umum ke-13 Mei lalu, dan akhirnya menjadi parti politik “7-11” di negara ini.

Liow dan pimpinan MCA kini di bawah ujian sukar – adakah mereka sanggup untuk memberitahu Najib yang parti itu tidak bersedia untuk kembali ke Kabinet Barisan Nasional sehinggalah prinsip muafakat dipulihkan dalam BN, dan Najib menarik balik pengumuman yang dibuatnya secara sembarangan dan sepihak pada Khamis lalu bahawa kerajaan persekutuan tidak pernah menolak hudud?

Atau adakah pangkat menteri dan timbalan menteri serta faedah daripada jawatan itu lebih penting kepada Liow dan pimpinan MCA berbanding prinsip dan keteguhan politik, termasuk paling penting, iaitu BN bergerak menurut muafakat semua parti komponennya, bukan sekadar di bawah telunjuk Umno?

Ketika Najib membuat pengumuman mengejutkan itu di Alor Star, Khamis lepas, bahawa kerajaan persekutuan tidak pernah menolak hudud, mengapa tiada bantahan daripada Presiden MCA?

Begitu juga, mengapa Majlis Presiden MCA yang mengadakan pertemuan semalam tidak berkata apa-apa tentang pengumuman Najib, yang jelas bertentangan dengan prinsip muafakat BN. Atau apakah Liow secara rahsia atau bersendirian telah memberikan persetujuan kepada kenyataan Najib, sebelum atau selepas kenyataan itu dikeluarkan?

Apakah mesyuarat tergempar Jawatankuasa Pusat MCA akan dipanggil untuk membantah dan menolak kenyataan Najib itu?

Atau apakah tiada keperluan untuk berbuat demikian kerana apa yang diumumkan Najib di Alor Setar telah secara automatik menjadi dasar BN, yang mana tidak akan dibantah atau dikritik secara terbuka oleh pemimpin MCA kerana itu akan mengancam peluang Liow dan pemimpin MCA lain untuk kembali ke Kabinet dan Kerajaan BN sebagai menteri dan timbalan menteri?

Tunggu sahaja Liow dan pimpinan MCA menjelaskan isu yang amat mudah ini, yang kini timbul dalam benak semua rakyat Malaysia yang berfikir.

Kes 533 peneroka saman Felda ditangguh ke 27 Ogos

KHAIRIL ABDUL RAHIM | .

Para peneroka bergambar bersama peguam setelah kes ditangguh mahkamah.
TEMERLOH:  Kes saman 533 peneroka Felda Gugusan Bera terhadap Felda yang sepatutnya mula dibicarakan hari ini, ditangguhkan ke 27, 28, 29 Ogos ini dan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan.

Peguam bagi pihak peneroka Nasar Khan Mirbas Khan berkata, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ab Karim Ab Rahman hari ini menangguhkan kes berkenaan berikutan wujud isu-isu awal antara kedua pihak yang belum diselesaikan.

“Sepatutnya perbicaraan bermula hari ini dengan keterangan daripada saksi, tetapi tadi berlaku sedikit pertikaian dan perselisihan faham antara pihak plaintif dan defendan dari segi isu-isu awal yang belum selesai.

“Pada mulanya hakim mencadangkan diselesaikan menerusi lisan sahaja tetapi dibantah oleh pihak defendan supaya dibuat secara bertulis.

“Jadi hakim menetapkan tarikh perbicaraan baru 27, 28 dan 29 Ogos juga 15, 17, 18 dan 19 September ini di Mahkamah Tinggi Kuantan,” jelasnya.

Kelmarin, hakim yang sama memutuskan pendengaran kes bermula hari ini selama tiga hari.

Kes mula difailkan pada 20 September 2012, seramai 550 peneroka dari 9 Tanah Rancangan Felda Gugusan Bera berkaitan kadar perahan gred (KPG) yang dibayar kepada peneroka dengan terdapat unsur penipuan kerana lebih rendah daripada gred sebenar.

Kemudian, 17 peneroka telah meninggal dunia menyebabkan hanya 533 orang sahaja yang meneruskan saman.

Selain daripada isu KPG, peneroka juga menuntut wang isi rong sawit, tandan yang ditolak tetapi diproses, keladak minyak dan abu tandan sawit yang semuanya mempunyai nilai tetapi tidak dibayar atau dikembalikan oleh Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd selaku defendan.

Kesemua peneroka menuntut pihak defendan membayar ganti rugi hasil penjualan sawit mereka sejak tahun 1995.

Peneroka diwakili peguam Nasar Mirbas Khan dan Diana Mat Radzai manakala seorang lagi peguam Hanipa Maidin, tidak hadir hari ini.

Felda pula diwakili oleh Datuk Firuz Hussien dari firma tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak. - HARAKAHDAILY, 30/4/2014

Tiada ulasan: