Hasan Ali dakwa Pakatan ancaman kepada Islam
Bekas
pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali tampil dalam ceramah keduanya
di Bandar Baru Bangi pada malam tadi dengan amaran bahawa Pakatan
Rakyat merupakan ancaman kepada Islam.
Hasan mendakwa, Pakatan antara lainnya akan menyokong Israel dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.
"Kalau ikut bacaan saya, mengikut apa yang diberitahu kepada saya, kalau mereka berkuasa mereka akan jadikan Malaysia ini menjadi republik," katanya.
Hasan juga mendakwa, Pakatan akan menggugurkan Perkara 153 dalam perlembagaan Malaysia yang melindungi hak keistimewaan orang Melayu.
Bagaimanapun, parti berkenaan masih tidak boleh berbuat demikian, kerana tindakan itu memerlukan kelulusan daripada Majlis Raja-raja.
Oleh sebab itulah, katanya rakyat perlu menyokong gerakan JATI – kuasa ketiga yang memperjuang agenda Islam, Melayu dan Raja-raja dalam pilihan raya akan datang.
Hasan juga cuba meraih simpati dengan dakwaan bahawa beliau dipecat daripada PAS akibat tekanan daripada PKR dan juga dihalang daripada menjalankan hukum Islam ketika berada di dalam Pakatan.
Serang Anwar
Beliau juga giat menyerang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai "rakyat Malaysia yang tetap akan menjadi perdana menteri walau di dalam penjara."
Katanya, Anwar dalam syarahan di London School of Economics sebelum ini antara lainnya telah menyebut mengenai pluralisme agama – satu fahaman yang disifatkannya sebagai syirik.
"Bahaya orang ini. Kalau jumpa ular, bunuh yang mana dulu saya tak tahulah. Dalam satu cara, lebih bahaya daripada (pengerusi DAP) Karpal Singh," katanya lagi yang disambut ketawa oleh sebahagian daripada kira-kira 1,000 orang yang hadir.
Mengimbau kembali saat apabila Pakatan memenangi Selangor pada 2008, Hasan juga menceritakan bahawa beliau telah diberitahu oleh pemimpin Pakatan Rakyat supaya tidak menguatkuasa menguatkuasa enakmen jenayah Syariah di Selangor.
"Saya nak kuatkuasakan (undang-undang) yang berkaitan zina, rumah urut, arak, apa mereka kata? Bila kita menang kita bersetuju bahawa kita tidak boleh lakukan yang bertentangan dengan hak asasi manusia."
Lebih teruk lagi, kata Hasan, apabila diberitahu bahawa tindakan itu juga menyalahi hak asasi manusia sekiranya dilakukan ke atas orang Islam.
"Siapa yang halang? DAP dan PKR. DAP dan PKR saya faham kerana ia parti yang agak bercampur, yang saya tak faham orang parti saya.
"Siapa penghalang pertama?," soalnya yang disambut dengan laungan "Khalid Samad" oleh beberapa orang hadirin.
Katanya lagi, beliau sedih apabila orang bekas partinya itu sendiri boleh berdiri di belakang DAP – golongan yang menurutnya pernah berkata "kalau nak laksana hudud, undang-undang Islam, langkah mayat saya dulu."
"DAP kecam saya boleh terima, tapi orang pakai kopiah putih kecam saya, saya tak boleh terima," katanya lagi yang mengaitkannya dengan satu kunjungan yang diterimanya daripada seorang wakil PAS pusat.
Katanya, wakil yang tidak dinamakannya itu telah memberitahunya untuk mengurangkan penguatkuasaan dan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang diketuainya sebelum ini.
"Yang penting kita nak tawan Putrajaya dulu," katanya, mengulangi saranan yang dikemukakan oleh wakil tersebut.
Bekas timbalan pegawai daerah itu, yang mendabik dada sebagai pegawai pertama yang membaca khutbah Jumaat dalam sejarah Malaysia, juga berkata beliau tidak boleh menerima saranan tersebut.
"Biar tak sembahyang, zina, minum arak dulu asalkan pergi Putrajaya?," soalnya.
Turut berucap dalam ceramah tersebut ialah bekas ketua penerangan PAS Selangor, Hassan Basri yang turut membidas Anwar berhubung kenyataan yang didakwa mengiktiraf negara Israel.
1 Februari 2012
SHAH
ALAM - Dewan Pemuda Pas meminta bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor,
Datuk Dr Hasan Ali berperanan sebagai ‘kuasa ketiga’ dan tidak mewakili
sentimen mana-mana pihak yang berkepentingan jika beliau benar-benar
mahu menegakkan "amar ma’ruf nahi mungkar."
Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, jika benar beliau mahu memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja-raja dengan menubuhkan Jati, Hasan mestilah ikhlas tanpa mengira latar belakang sasaran.
Beliau berkata, jika tidak Hasan hanya dilihat sebagai ‘budak suruhan’ kepada pihak tertentu terutama kepada parti pemerintah, apabila hanya menjadikan Pakatan Rakyat (PR) dan pemimpinnya sebagai sasaran kecaman beliau.
“Apa yang menghairankan, beliau hanya menyerang pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat sedangkan kemungkaran lebih besar ada pada kuasa pemimpin utama di negara ini.
“Kami kecewa kerana beliau hanya melihat kesalahan yang ada dalam Pas dan menuduh segelintir pemimpin Pas sebagai ‘parasit’ sedangkan beliau tidak boleh ‘bias’ kepada mana-mana pihak jika ikhlas dan jujur dalam memperjuangkan Islam serta bangsa Melayu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Tambah Riduan, Dewan Pemuda Pas berpendapat Jati harus berdiri tegak atas platformnya sendiri dengan menjadi sebuah badan bukan kerajaan yang bebas dari kongkongan mana-mana parti politik tertentu.
Katanya, Hasan sebagai pengemudinya harus bertindak rasional dalam memperjuangkan Islam di negara ini dan tidak boleh memanjang sentimen isu pemecatannya kerana ia boleh dilihat sebagai agenda peribadi, bukan agenda umat Islam di negara ini.
“Jika betul beliau mahu memperjuangkan akidah umat Islam, seharusnya Umno terlebih dahulu dan patut diserang kerana ditangan pemimpin merekalah akidah umat tergoncang. Umno pemilik kuasa di negara ini telah memerintah berpuluh tahun dan mereka mempunyai kuasa dalam meluluskan akta, undang-undang, dan penguatkuasaan di negara ini," katanya.
1 Februari 2012
BANDAR BARU BANGI - Bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed
Ali akan membuat keputusan dalam masa beberapa hari lagi sama ada mahu
membuat rayuan ataupun tidak keputusan Pas memecat beliau awal bulan
lalu.
Beliau diberi 30 hari untuk mengemukakan rayuan. Pas memecatnya 8 Januari lalu.
Sambil bertanya pendapat kepada hadirin pada ceramahnya di Bandar Baru Bangi malam tadi, Hasan dilihat masih lagi tidak dapat membuat keputusan hingga hari ini.
"Saya akan putuskan dalam beberapa hari sama ada akan merayu atau tidak. Tetapi sebelum itu, saya nak tanya pendapat penduduk Bangi... adakah saya patut merayu atau tidak?" soalnya sambil dijawab "tidak".
Sekitar 500 orang hadir pada ceramah yang diadakan di Padang Balai Pahlawan.
Selain Hasan, turut hadir sama memberikan ceramah ialah bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hassan Basri.
Sementara itu, dalam ceramahnya, Hasan turut mempertikaikan tindakan Pas menghalang usahanya memerangi penjualan arak di Selangor pada tahun 2008.
Katanya, jika parti komponen lain seperti DAP atau PKR yang menghalang usahanya itu, beliau tidak kisah.
"Saya berasa hairan. Tuan-tuan tahukan macam mana saya memerangi arak? Jadi, siapa yang halang saya? Kalau DAP atau PKR yang nak halang saya, saya boleh faham. Tetapi bekas parti saya sendiri yang halang. Saya tak boleh terima," katanya.
Sambil mempersoalkan kembali tindakan Pas memecat beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini berkata, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan, yang dijadikan alasan untuk memecatnya.
"Kesalahan saya bukan meliwat orang. Kesilapan saya bukan gila kuasa. Tetapi kesalahan saya kerana melaksanakan enakmen jenayah Syariah.
"Itu salah saya. Terpulang pada saudara untuk menilai... saya tak tambah dan tak kurang apa yang saya katakan malam ini," katanya.
Justeru, sempena penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang dinamakan Jati untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu, beliau menyeru agar seluruh masyarakat menjadikan badan itu sebagai payung demi pembangunan negara.
1 Februari 2012
KUALA LUMPUR - Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menasihatkan
bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali supaya tidak
mengikut cara Umno dengan membuat serangan peribadi dalam ceramahnya.
Beliau berkata, Hasan sepatutnya menerangkan tentang dasar dan tidak menjadikan serangan peribadi sebagai modal ceramahnya.
"Modal dia serang peribadi… dia patut terang dasar. Tak payahlah ikut cara Umno. Saya rasa tak payah jawab soalan ini," kata beliau kepada Sinar Harian Online selepas menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Taman Sri Sentosa hari ini.Hasan mengadakan siri ceramah jelajahnya bagi untuk mendedahkan 'parasit' yang ada dalam Pas.
Beliau yang dipecat Pas pada 8 Januari lalu turut mendakwa, selain pemimpin DAP dan PKR, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad penghalang utama kerja beliau sewaktu menjadi Exco Agama Kerajaan Negeri, sebelum ini.
Sementara itu, ketika berucap di hadapan kira-kira 200 orang hadirin majlis rumah terbuka itu, Anwar berkata, jika beliau menjadi Perdana Menteri, cakap rakyat akan dituruti.
Menurutnya, dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan bahawa jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah akan ikut cakap DAP adalah tidak benar sama sekali.
"Mereka kata Anwar puji (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng. Ya memang... dia tak curi tanah. Dia buat kerja bagus. Dia jaga negeri dan ekonomi dengan baik. Saya sokong. Saya tak malu untuk cakap.
"Saya nak beritahu, kalau saya jadi ketua, saya akan ikut rakyat. Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan saya akan ikut," katanya.
1 Februari 2012
Hasan mendakwa, Pakatan antara lainnya akan menyokong Israel dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.
"Kalau ikut bacaan saya, mengikut apa yang diberitahu kepada saya, kalau mereka berkuasa mereka akan jadikan Malaysia ini menjadi republik," katanya.
Hasan juga mendakwa, Pakatan akan menggugurkan Perkara 153 dalam perlembagaan Malaysia yang melindungi hak keistimewaan orang Melayu.
Bagaimanapun, parti berkenaan masih tidak boleh berbuat demikian, kerana tindakan itu memerlukan kelulusan daripada Majlis Raja-raja.
Oleh sebab itulah, katanya rakyat perlu menyokong gerakan JATI – kuasa ketiga yang memperjuang agenda Islam, Melayu dan Raja-raja dalam pilihan raya akan datang.
Hasan juga cuba meraih simpati dengan dakwaan bahawa beliau dipecat daripada PAS akibat tekanan daripada PKR dan juga dihalang daripada menjalankan hukum Islam ketika berada di dalam Pakatan.
Serang Anwar
Beliau juga giat menyerang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai "rakyat Malaysia yang tetap akan menjadi perdana menteri walau di dalam penjara."
Katanya, Anwar dalam syarahan di London School of Economics sebelum ini antara lainnya telah menyebut mengenai pluralisme agama – satu fahaman yang disifatkannya sebagai syirik.
"Bahaya orang ini. Kalau jumpa ular, bunuh yang mana dulu saya tak tahulah. Dalam satu cara, lebih bahaya daripada (pengerusi DAP) Karpal Singh," katanya lagi yang disambut ketawa oleh sebahagian daripada kira-kira 1,000 orang yang hadir.
Mengimbau kembali saat apabila Pakatan memenangi Selangor pada 2008, Hasan juga menceritakan bahawa beliau telah diberitahu oleh pemimpin Pakatan Rakyat supaya tidak menguatkuasa menguatkuasa enakmen jenayah Syariah di Selangor.
"Saya nak kuatkuasakan (undang-undang) yang berkaitan zina, rumah urut, arak, apa mereka kata? Bila kita menang kita bersetuju bahawa kita tidak boleh lakukan yang bertentangan dengan hak asasi manusia."
Lebih teruk lagi, kata Hasan, apabila diberitahu bahawa tindakan itu juga menyalahi hak asasi manusia sekiranya dilakukan ke atas orang Islam.
"Siapa yang halang? DAP dan PKR. DAP dan PKR saya faham kerana ia parti yang agak bercampur, yang saya tak faham orang parti saya.
"Siapa penghalang pertama?," soalnya yang disambut dengan laungan "Khalid Samad" oleh beberapa orang hadirin.
Katanya lagi, beliau sedih apabila orang bekas partinya itu sendiri boleh berdiri di belakang DAP – golongan yang menurutnya pernah berkata "kalau nak laksana hudud, undang-undang Islam, langkah mayat saya dulu."
"DAP kecam saya boleh terima, tapi orang pakai kopiah putih kecam saya, saya tak boleh terima," katanya lagi yang mengaitkannya dengan satu kunjungan yang diterimanya daripada seorang wakil PAS pusat.
Katanya, wakil yang tidak dinamakannya itu telah memberitahunya untuk mengurangkan penguatkuasaan dan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang diketuainya sebelum ini.
"Yang penting kita nak tawan Putrajaya dulu," katanya, mengulangi saranan yang dikemukakan oleh wakil tersebut.
Bekas timbalan pegawai daerah itu, yang mendabik dada sebagai pegawai pertama yang membaca khutbah Jumaat dalam sejarah Malaysia, juga berkata beliau tidak boleh menerima saranan tersebut.
"Biar tak sembahyang, zina, minum arak dulu asalkan pergi Putrajaya?," soalnya.
Turut berucap dalam ceramah tersebut ialah bekas ketua penerangan PAS Selangor, Hassan Basri yang turut membidas Anwar berhubung kenyataan yang didakwa mengiktiraf negara Israel.
Jati: Hasan Ali perlu ikhlas, bukan jadi budak suruhan
1 Februari 2012
Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, jika benar beliau mahu memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja-raja dengan menubuhkan Jati, Hasan mestilah ikhlas tanpa mengira latar belakang sasaran.
Beliau berkata, jika tidak Hasan hanya dilihat sebagai ‘budak suruhan’ kepada pihak tertentu terutama kepada parti pemerintah, apabila hanya menjadikan Pakatan Rakyat (PR) dan pemimpinnya sebagai sasaran kecaman beliau.
“Apa yang menghairankan, beliau hanya menyerang pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat sedangkan kemungkaran lebih besar ada pada kuasa pemimpin utama di negara ini.
“Kami kecewa kerana beliau hanya melihat kesalahan yang ada dalam Pas dan menuduh segelintir pemimpin Pas sebagai ‘parasit’ sedangkan beliau tidak boleh ‘bias’ kepada mana-mana pihak jika ikhlas dan jujur dalam memperjuangkan Islam serta bangsa Melayu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Tambah Riduan, Dewan Pemuda Pas berpendapat Jati harus berdiri tegak atas platformnya sendiri dengan menjadi sebuah badan bukan kerajaan yang bebas dari kongkongan mana-mana parti politik tertentu.
Katanya, Hasan sebagai pengemudinya harus bertindak rasional dalam memperjuangkan Islam di negara ini dan tidak boleh memanjang sentimen isu pemecatannya kerana ia boleh dilihat sebagai agenda peribadi, bukan agenda umat Islam di negara ini.
“Jika betul beliau mahu memperjuangkan akidah umat Islam, seharusnya Umno terlebih dahulu dan patut diserang kerana ditangan pemimpin merekalah akidah umat tergoncang. Umno pemilik kuasa di negara ini telah memerintah berpuluh tahun dan mereka mempunyai kuasa dalam meluluskan akta, undang-undang, dan penguatkuasaan di negara ini," katanya.
Rayu?: Hasan Ali umum beberapa hari lagi
1 Februari 2012
Beliau diberi 30 hari untuk mengemukakan rayuan. Pas memecatnya 8 Januari lalu.
Sambil bertanya pendapat kepada hadirin pada ceramahnya di Bandar Baru Bangi malam tadi, Hasan dilihat masih lagi tidak dapat membuat keputusan hingga hari ini.
"Saya akan putuskan dalam beberapa hari sama ada akan merayu atau tidak. Tetapi sebelum itu, saya nak tanya pendapat penduduk Bangi... adakah saya patut merayu atau tidak?" soalnya sambil dijawab "tidak".
Sekitar 500 orang hadir pada ceramah yang diadakan di Padang Balai Pahlawan.
Selain Hasan, turut hadir sama memberikan ceramah ialah bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hassan Basri.
Sementara itu, dalam ceramahnya, Hasan turut mempertikaikan tindakan Pas menghalang usahanya memerangi penjualan arak di Selangor pada tahun 2008.
Katanya, jika parti komponen lain seperti DAP atau PKR yang menghalang usahanya itu, beliau tidak kisah.
"Saya berasa hairan. Tuan-tuan tahukan macam mana saya memerangi arak? Jadi, siapa yang halang saya? Kalau DAP atau PKR yang nak halang saya, saya boleh faham. Tetapi bekas parti saya sendiri yang halang. Saya tak boleh terima," katanya.
Sambil mempersoalkan kembali tindakan Pas memecat beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini berkata, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan, yang dijadikan alasan untuk memecatnya.
"Kesalahan saya bukan meliwat orang. Kesilapan saya bukan gila kuasa. Tetapi kesalahan saya kerana melaksanakan enakmen jenayah Syariah.
"Itu salah saya. Terpulang pada saudara untuk menilai... saya tak tambah dan tak kurang apa yang saya katakan malam ini," katanya.
Justeru, sempena penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang dinamakan Jati untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu, beliau menyeru agar seluruh masyarakat menjadikan badan itu sebagai payung demi pembangunan negara.
Anwar: Hasan Ali tak perlu ikut cara Umno
1 Februari 2012
Beliau berkata, Hasan sepatutnya menerangkan tentang dasar dan tidak menjadikan serangan peribadi sebagai modal ceramahnya.
"Modal dia serang peribadi… dia patut terang dasar. Tak payahlah ikut cara Umno. Saya rasa tak payah jawab soalan ini," kata beliau kepada Sinar Harian Online selepas menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Taman Sri Sentosa hari ini.Hasan mengadakan siri ceramah jelajahnya bagi untuk mendedahkan 'parasit' yang ada dalam Pas.
Beliau yang dipecat Pas pada 8 Januari lalu turut mendakwa, selain pemimpin DAP dan PKR, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad penghalang utama kerja beliau sewaktu menjadi Exco Agama Kerajaan Negeri, sebelum ini.
Sementara itu, ketika berucap di hadapan kira-kira 200 orang hadirin majlis rumah terbuka itu, Anwar berkata, jika beliau menjadi Perdana Menteri, cakap rakyat akan dituruti.
Menurutnya, dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan bahawa jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah akan ikut cakap DAP adalah tidak benar sama sekali.
"Mereka kata Anwar puji (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng. Ya memang... dia tak curi tanah. Dia buat kerja bagus. Dia jaga negeri dan ekonomi dengan baik. Saya sokong. Saya tak malu untuk cakap.
"Saya nak beritahu, kalau saya jadi ketua, saya akan ikut rakyat. Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan saya akan ikut," katanya.
Hasan: Khalid penghalang utama
1 Februari 2012
SHAH ALAM - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali
mendakwa, selain pemimpin DAP dan PKR, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid
Abdul Samad penghalang utama kerja beliau sewaktu menjadi Exco Agama
Kerajaan Negeri, sebelum ini.
Menurutnya, beliau memahami bantahan dibuat oleh DAP dan PKR kerana pemimpin tersebut terdiri daripada orang bukan Islam.
Sebaliknya, Hasan menegaskan beliau tidak faham mengapa Ahli Parlimen
Shah Alam dari Pas menentang beliau, termasuk pernah mempersoalkan
pengharaman penjualan arak di kawasan majoriti Melayu.
“Kalau DAP dan PKR itu saya faham kerana mereka bukan Islam, tetapi
yang saya tidak faham Ahli Parlimen Shah Alam berdiri di barisan hadapan
menentang apa yang saya lakukan.
“Tuan-tuan bayangkan, saya mahu bersihkan Shah Alam daripada judi,
tidak boleh, saya nak lihat rumah urut dibersihkan pun tidak boleh,”
katanya dalam ceramah Bicara Memurnikan Akidah Ummah di sini, kelmarin.
Turut hadir, bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri dan bekas
Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa (UIAM),
Datuk Aidit Ghazali.
Beliau berkata, penduduk di Shah Alam perlu menolak pemimpin yang
didakwa mengkhianati perjuangan Agama Islam dalam pilihan raya akan
datang.
“Kalau dia bertanding dalam pilihan raya akan datang ini, jangan beri satu undi pun kepadanya,” katanya.
Menurutnya, pelbagai pelan dan strategi telah dirangka bagi
menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah, sewaktu beliau menjadi Exco Hal
Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.
Beliau berkata, pelan ini termasuk usaha memelihara akidah dengan
mengadakan pemeriksaan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap
Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), 3 Ogos lalu.
Sementara itu, Hasan turut menegaskan dalam isu pemecatan beliau
sebagai ahli Pas, sehingga kini pertuduhan-pertuduhan terhadapnya masih
belum diketahui.
“Sehingga kini, saya masih lagi belum dipanggil membela diri atas pemecatan saya,” katanya.
Hasan berkata, beliau terima pemecatan beliau sebagai Exco Kerajaan
Negeri atas prinsip perjuangan memelihara akidah, syariah dan Agama
Islam.
“Isteri dan anak-anak saya tidak menitiskan air mata pun, atas pemecatan ini, kami reda kerana kami tahu apa yang kami lakukan.
“Tetapi sekiranya saya dilucutkan kerana rasuah, menipu dan mengumpul
kekayaan, pastinya saya tidak boleh tidur malam,” katanya.
31 Januari 2012
SHAH
ALAM - Bekas ahli Pas Datuk Dr Hasan Ali akan menubuhkan badan bukan
kerajaan (NGO) dinamakan 'Jati' untuk meneruskan agendanya
memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.
Hasan Ali tubuh 'Jati', tidak sertai parti politik
31 Januari 2012
"Secara peribadi orang tanya saya nak sertai Umno atau PKR (Parti
Keadilan Rakyat)...saya nak katakan, saya tidak akan sertai mana-mana
parti politik, saya akan sertai NGO yang namanya Jati," katanya kepada
pemberita di sini.
Beliau yang ditemui selepas berceramah di Seksyen 17 malam
tadi,turut mengakui masih sayangkan Pas dan mahu membantu parti itu
menghapuskan golongan 'parasit' yang cuba merosakkan perjuangan asal
Pas.
Sejak dipecat dari PAS pada 8 Jan lepas, spekulasi tersebar luas
bahawa bekas anggota exco kerajaan negeri Selangor itu akan menyertai
Umno.
Mengulas mengenai Jati, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu berkata NGO tersebut akan dilancarkan pada 21 Februari ini.

Beliau turut mengajak NGO lain untuk bergabung dengan Jati bagi
membentuk 'kuasa ketiga' yang diharapkan dapat mengimbangi kehadiran
Barisan Nasional dan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13.
Ditanya sama ada kuasa ketiga itu akan menyokong parti memerintah, Hasan berkata perkara tersebut belum diputuskan.
"Kita adalah kuasa ketiga kalau bertanding pun atas nama kuasa ketiga dan kita tak kisah sama ada kita bertanding bersama atau tidak bersama dengan mana-mana parti politik," katanya. - Bernama
29 Januari 2012
MUKADIMAH: Berita 8 Januari lalu menggemparkan dunia
politik tanah air. Pengumuman pemecatan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor,
Datuk Dr Hasan Mohamed Ali daripada parti menjadi berita utama.
Mengapa, kenapa dan bagaimana perkara itu boleh berlaku telah
diperjelaskan beliau. Tinggal lagi, rakyat termasuk ahli Pas yang akan
membuat penilaian. Eksklusif kepada Editor Sinar Harian Edisi Selangor /
Kuala Lumpur, KHAIRUL AMRI YASIN, Hasan jujur berkongsi rasa, meluah
kebimbangan dan mencongak masa depan perjuangannya.
SINAR HARIAN: 'Roadshow’ atas nama memurnikan akidah ini adakah hanya tertumpu di Selangor semata-mata atau adakah bersifat menyeluruh ke seluruh negara?
Hasan: Elok saya jelaskan mengenai ‘roadshow’ yang sedang diusahakan. Pertama adalah 'roadshow' yang bersifat kemasyarakatan. ‘Roadshow’ ini banyak menyentuh kehidupan harian terutama yang berkait dengan berbagai masalah sosial. Kedua, ‘roadshow’ memberi penerangan mengenai isu-isu semasa yang perlu diperjelaskan kepada anggota masyarakat. Ini termasuklah isu pemecatan saya dan pengguguran sebagai anggota Exco. Rakyat sedang menunggu untuk mendapat maklumat yang sebenarnya terutamanya daripada mulut saya sebagai orang yang terlibat.
Sehingga ini, tumpuan diberikan kepada Negeri Selangor. Walau bagaimanapun secara selektif ‘roadshow’ ini juga menyeberangi sempadan Negeri Selangor. Melalui berbagai NGO hampir semua negeri telah menghantar permohonan untuk mengadakan ‘roadshow’ di tempat masing-masing. Nampaknya mereka terpaksa menunggu giliran disebabkan jadual yang terlalu padat dan senarai menunggu yang agak panjang.
Program yang terkhusus kepada ancaman akidah yang saya sertai dikendalikan melalui Himpun. HUMPUN membariskan NGO-NGO Islam, para ulama, ahli akademik, karyawan dan kumpulan profesional. Program setengah hari ini dipenuhi dengan presentasi yang secara langsung menyentuh proses Kristianisasi yang kini begitu giat diusahakan oleh warga gereja dan pengembang agama Kristian.
SINAR HARIAN: Ada yang meragui misi sebenar ‘roadshow’ memurnikan akidah ini. Adakah benar memperjuangkan akidah dan menyelamatkan umat Islam daripada murtad atau bersifat serampang dua mata iaitu pentas ‘balas dendam’ terhadap Pas selepas kes dipecat daripada parti dan digugurkan jawatan Exco.
Hasan: Kepada siapa yang pernah menghadiri program memurnikan akidah di bawah Himpun, pastinya akan bersetuju bahawa Himpun tiada kaitan dengan mana-mana parti politik. Himpun juga tidak menyediakan ruang kepada mana-mana pemimpin politik Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) untuk menyampaikan ceramah. Sebaliknya, ruang yang luas diberi kepada mereka yang secara langsung pernah atau sedang terlibat menangani masalah murtad dalam kalangan orang Melayu dan Islam.
Ada pun penglibatan saya dalam Himpun dikaitkan dengan pengalaman saya dan teman-teman menangani masalah murtad di Negeri Selangor. Unit Selamat Akidah (USA) menjadi model menyekat kemaraan proses Kristianisasi yang ingin dikongsi oleh pihak-pihak yang terlibat di luar Selangor.
SINAR HARIAN: Sejauh mana kebenaran ‘roadshow’ ini bebas daripada tajaan Umno dan bersih daripada sebarang kerjasama dengan pemerintah?
Hasan: Seperti yang disebutkan tadi, kesemua bentuk ‘roadshow’ termasuk Himpun tidak ada kaitan dengan Umno atau mana-mana pertubuhan politik. Program-program tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh badan sukarela atau gabungan NGO. Percubaan mengaitkan program ‘roadshow’ termasuk Himpun dengan Umno memang telah dicanang sejak awal-awal lagi. Golongan ini bimbang kepada riak dan gelombang sokongan rakyat terhadap program yang melibatkan saya dan teman-teman seperjuangan. Sebagai contoh, saya hadir dalam satu majlis dalaman di Sungai Merab, seramai hampir 400 orang telah hadir terdiri daripada ahli-ahli akademik, golongan profesional dan anggota masyarakat yang ingin mengetahui kedudukan sebenar mengenai beberapa isu yang sedang panas diperkatakan.
SINAR HARIAN: Datuk akan terus kritik parti dan PR dari luar dengan misi memberi penjelasan kepada rakyat. Namun, biarpun dikritik, Pas atau PR mungkin pejam mata, kekal dengan apa yang mereka buat sekarang. Persoalannya, kalau sasarannya adalah rakyat, apa yang Datuk mahu rakyat buat dengan penjelasan Datuk. Adakah Datuk mahu rakyat jangan undi Pas atau komponen PR masa PRU13 nanti?
Hasan: Perjuangan saya dan teman-teman berlandaskan kepada IMR (Islam, Melayu dan Raja). Saya dan teman-teman akan menjelaskan persoalan mengenai keberlangsungan Malaysia dalam konteks mengagungkan Islam, memartabatkan Melayu dan mendaulatkan Raja serta Perlembagaan. Setakat yang telah dilaksanakan, seperti yang saya bayangkan, sambutan rakyat daripada berbagai golongan tanpa mengira fahaman politik begitu mengharukan. Sokongan yang ditunjukkan dalam beberapa bentuk seperti melalui media baru serta kehadiran dalam program ‘roadshow’ termasuk Himpun membayangkan betapa rakyat kini memerlukan aliran baru dalam berpolitik. Mereka telah lemas dengan aliran tradisi yang bersifat retorik serta politik kelompok yang akhirnya tidak menguntungkan rakyat. Saya dan teman-teman cuba mengetengahkan idea aliran baru berpolitik. Aliran tersebut bagi setengah pihak dinamakan sebagai kuasa ketiga. Idea kuasa ketiga atau ‘3rd Force’ setakat ini walaupun baru sahaja diutarakan, tetapi telah diberi sambutan hangat oleh golongan atasan, pertengahan dan bawahan.
Rakyat rata-ratanya bukan sahaja terpanggil untuk mendengar apa sebenarnya kuasa ketiga tetapi lebih dari itu bersedia untuk bersama-sama menjunjung IMR ini sebagai tonggak ‘nation-building’. Saya dan teman-teman tidak kisah seandainya Pas dan PR memejamkan. Tetapi, kami tidak rela melihat rakyat terus dipejamkan mata hati mereka buat sekian lamanya atas kehendak kepentingan politik. Mereka perlu tahu di mana mereka sekarang dalam dunia yang terus berputar. Sebagai seorang Muslim apakah mereka merasakan Islam telah dinobatkan? Sebagai seorang Melayu apakah mereka reda bahawa bangsa Melayu sebagai peribumi terus hidup secara terpinggir? Atau sebagai rakyat yang menghormati Perlembagaan, adakah institusi Raja mendapat tempat yang wajar? Rakyat sudah mula sedar. Di samping nikmat pembangunan yang dapat dikecap secara fizikal mereka inginkan sesuatu yang lebih abadi untuk mengiringi kehidupan mereka di peringkat diri, keluarga, masyarakat dan negara. Jiwa mereka mula tertekan akibat hati dan sanubari yang inginkan pengisian melebihi tuntutan fizikal dan fisiologikal. Ini tidak dapat dilakukan. Ertinya terdapat semacam kekosongan dalam diri mereka walaupun perut mereka sentiasa kenyang. Apa pengisian yang diidamkan? Bagi saya jawapannya ialah IMR.
SINAR HARIAN: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendakwa ada bukti dan fakta (kononnya rahsia Datuk dalam tangan PR) dan akan dedahkan kepada rakyat mengenainya jika Datuk serang kepimpinan PR khususnya di Selangor. Adakah Datuk sedia berdepan situasi itu?
Hasan: Sebagai orang politik serang-menyerang perkara biasa. Sebagai orang politik juga fitnah-memfitnah juga perkara biasa. Orang politik tidak berdaya membina tembok mempertahankan diri daripada serangan dan fitnah. Itulah juga yang terjadi kepada saya sekarang. Sepanjang berkhidmat dalam perkhidmatan awam sejak 40 tahun yang lalu termasuk hampir 15 tahun dalam dunia politik, saya kira rekod penglibatan saya tentang fitnah-memfitnah berani saya katakan sebagai agak baik. Mungkin ada yang mengatakan bahawa saya angkuh. Tetapi, inilah realitinya. Setakat yang saya ingat belum ada laporan polis atau siasatan SPRM ke atas saya. Tak tahulah saya waktu yang mendatang kerana saya dan teman-teman dilihat terlibat dalam program dalaman bagi setengah golongan menganggapnya sebagai menentang arus. Apa pun dengan rendah diri saya cuba sedaya upaya membawa aliran politik bersih melalui IMR.
Saya tidak dapat menelah apa yang ada pada YB Azmin. Saya juga tidak dapat menelah apa bentuk penyelewengan dan salah laku yang melibatkan saya. Seandainya YB Azmin mempunyai bukti-bukti kukuh, kita ada polis untuk dibuat laporan dan kita ada SPRM untuk siasatan lanjut. Saya cadangkan supaya YB Azmin jangan bertangguh lagi gunakan agensi-agensi ini untuk akhirnya mendakwa saya. Saya juga ada maklumat yang disampaikan oleh pihak-pihak tertentu melibatkan orang-orang Pakatan Rakyat. Bukan niat saya untuk mengaibkan sesiapa. Tetapi andainya saya ditolak ke dinding barangkali maklumat-maklumat tersebut boleh dijadikan senjata ampuh mempertahankan diri. Setengah daripada maklumat tersebut boleh mengundang keaiban kepada individu dan parti.
SINAR HARIAN: Biarpun baru di peringkat pemanas badan, adakah Datuk yakin ‘dakwah’ dalam ‘roadshow’ itu nanti akan diterima? Kalau diterima...atas faktor apa? Adakah berlandaskan jumlah kehadiran besar atau menerusi panggilan telefon, SMS diterima menyokong perjuangan Datuk?
Hasan: Saya faham riak-riak sokongan pada langkah-langkah pertama ini tidak membayangkan sokongan yang sebenarnya. Bagi saya aliran politik baru berlandaskan IMR akan menjadi realiti sebenar untuk kelmarin, hari ini dan esok. Saya nampak rakyat sudah dapat membezakan antara ‘form’ dengan ‘substance’. Bagi tujuan keberlangsungan umat, ‘substance’ mesti mendahului ‘form’. IMR adalah ‘substance’. IMRlah yang akan menjadi taruhan kepada umat Islam dan umat Melayu. Semua manusia ada bisikan hati keenam atau ‘sixth sense’. ‘Roadshow’ di Meru dihadiri lebih daripada 1,500 orang. Dari wajah dan raut muka mereka yang hadir, saya boleh membaca hati-hati mereka. Mereka ikhlas ingin mendengar dan mereka ikhlas ingin mengetahui persoalan murtad. Dalam nada yang sama mereka yang hadir ingin mendengar daripada mulut saya sendiri mengenai persoalan pemecatan saya sebagai ahli Pas dan pengguguran sebagai anggota Exco.
SINAR HARIAN: Salahkah saya menyatakan apa yang telah berlaku? Salahkah saya memberi perspektif dan penilaian saya sendiri mengenai kedua-dua peristiwa itu? Dan salahkah saya memberi jawapan untuk menghilangkan kesangsian kepada mereka yang menuntut untuk mengetahui fakta sebenar?
Hasan: Selama ini saya sangat berhati-hati mengeluarkan kenyataan kecuali kalau keadaan memaksa. Saya tidak mengamalkan ‘character assassination’ kerana saya pun tidak suka orang melakukan terhadap saya. Setahu saya, saya tidak memulakan perang mulut. Apa yang saya lakukan adalah untuk menjawab secara objektif fakta-fakta yang diseleweng yang mungkin menjejaskan kredibiliti saya.
SINAR HARIAN: Kesudahan perjuangan Datuk sampai ke mana? Datuk bukan lagi calon Pas PRU3 dan tidak mustahil perjuangan ini akan sepi, lenyap sebab tiada lagi platform. Adakah Datuk kan bertanding pada PRU13? Bertanding atas calon Bebas barangkali?
Hasan: Di hadapan saya banyak pilihan sama ada yang tersedia ada ataupun yang mendatang. Insya-Allah Hasan Ali tidak akan menyepikan diri atau lari ke gua bertapa. Hasan Ali bersama teman-teman akan berjuang habis-habisan mempertahankan IMR. Pentas politik adalah satu opsyen. Banyak lagi pentas-pentas yang tersedia untuk saya. Mungkin pentas berunsur politik, mungkin dakwah, mungkin pendidikan, mungkin latihan, mungkin pengurusan dan banyak mungkin-mungkin yang lain. Nun di sana ratusan ribu yang dulunya anak-anak sekolah kini sudah menjadi dewasa dan mengetuai keluarga masing-masing. Mereka adalah lepasan program ‘Summer Camp’, ‘Smart Learning’, ‘Parenting’ yang telah saya kemudikan sejak 30 tahun yang lalu. Mereka ini berada di Perlis hingga ke Johor merentasi Laut Cina Selatan Sabah dan Sarawak. Saya juga ada alumni di Singapura dan Brunei. Terus terang saya katakan, Hasan Ali tidak keseorangan. Dengan mesej IMR, mesej yang membayangkan degup jantung umat Islam dan umat Melayu yang sebenarnya, sedang disemarakkan. Percikan apinya sudah mula kelihatan. Agaknya inilah yang menjadikan teman-teman saya di sebelah sana mula menggelabah.
SINAR HARIAN: Sepanjang lebih tiga tahun memegang portfolio agama di Selangor, apakah yang telah berjaya Datuk lakukan dalam meningkatkan syiar Islam dan apa pula cabaran yang telah ditempuhi sepanjang melaksanakan tugas tersebut?
Hasan: Saya tidak bercadang untuk menyenaraikan kesemua apa yang saya dan teman-teman di Mais dan Jais telah lakukan. Hanya ingin menyebut beberapa kejayaan. Pertama, Negeri Selangor satu-satunya negeri di negara yang lantikan jawatankuasa masjid dan surau di buat secara pemilihan oleh anak kariah sendiri bukan ditunjuk atau dilantik. Dengan cara ini terpilihlah orang-orang yang sememangnya mempunyai kepakaran, minat serta komitmen untuk memajukan rumah-rumah Allah itu. Ada masjid Nazirnya mempunyai PhD sementara Timbalan Nazirnya juga mempunyai kelulusan yang sama. Itulah di antara sebab masjid dan surau di Selangor kini jauh lebih makmur daripada sebelumnya. Negeri Selangor juga satu-satunya negeri yang telah mempraktikkan sistem KPI sebagai satu pendekatan untuk meningkatkan kemampuan dan keupayaan ahli jawatankuasa yang terlibat melonjakkan prestasi masing-masing. Masjid dalam kategori C akan dipandu menjadi B seterusnya memasuki liga kategori A.
Saya dan teman-teman di Jais sering berbincang hal berkaitan dengan nahi mungkar. Sudah ada yang melabelkan Negeri Selangor sebagai Darul Mungkar. Dalam konteks ini, saya sendiri terlibat mencegah gerakan memurtadkan orang Islam. Saya juga terlibat secara terus dalam beberapa operasi untuk menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor. Seperkara yang perlu saya sebut di sini terdapat halangan demi halangan direntangkan di hadapan saya. Mereka mengatakan tindakan saya dan teman-teman di Jais mengganggu kebebasan peribadi (individual freedom) dan bertentangan dengan semangat hak asasi manusia (human rights).
Ada di antara mereka yang memberi amaran ‘no social policing’. Walaupun tindakan saya dan teman-teman di Jais adalah terkhusus kepada orang-orang Islam sahaja, tetapi bagi mereka alasan ‘human rights’ dan ‘individual freedom’ merentasi ras dan agama. Sebab itu jangan ganggu mereka. Biarkan mereka berpesta arak, tenggelam dalam perjudian, terlibat dalam maksiat urut dan zina, berkhalwat di hotel-hotel bajet dan sebagainya.
Kadang-kadang saya terfikir mungkin secara senyap dan terancang mereka memang ingin melihat orang Melayu/Islam tenggelam dalam kemungkaran tanpa batasan. Orang Melayu yang memang sudah ketinggalan dalam aspek pembangunan akan menjadikan mereka bertambah layu dan longlai. Keadaan ini memudahkan mereka melenyapkan sisa-sisa kekuatan yang ada dengan membiarkan mereka terus terjerumus di lembah kemungkaran.
Saya meramalkan halangan-halangan ini akan menjadi lebih kuat dan bertenaga disebabkan orang-orang Islam dalam Pakatan Rakyat disuruh mengamalkan politik akomodatif. Bagi mereka hal-hal seperti ini boleh diselesaikan apabila mereka berjaya menawan Putrajaya.
SINAR HARIAN: Imej Pas Selangor tercalar teruk dan dilihat hilang taring selepas terlepas portfolio agama yang disandang Datuk sebelum ini. Situasi ini mengesahkan persepsi banyak pihak Pas sememangnya kuda tunggangan komponen PR.
Hasan: Bagi saya siapa yang memegang portfolio agama tidak penting. Yang penting ialah kemampuan, keupayaan dan komitmen untuk melaksanakan Islam dan peraturan-peraturan Syariat. Selain daripada itu persekitaran yang kondusif serta sokongan padu daripada semua pihak khususnya ketiga-tiga komponen parti dalam Pakatan hendaklah diserlahkan. Cuma agak janggal apabila sebuah parti yang berteraskan Islam tidak diberi kepercayaan untuk menerajui hal-hal berkaitan Islam di negeri ini. Setakat yang saya tahu dan pengalaman yang saya lalui, komponen parti tidak akan memberi laluan untuk melaksanakan cara hidup bersendikan Islam. Parti yang berteraskan Islam sendiri larut kekuatan mereka mempertahankan agama kerana lambaian Putrajaya. Sebagai contoh, penyiasatan ke atas DUMC, saya dan teman-teman di Jais dikutuk dan dipersalahkan. Orang yang mempersalahkan saya dan anggota Penguatkuasa Jais adalah pimpinan parti yang menjulang obor Islam itu sendiri. Saya bersimpati dengan Menteri Besar dengan tugas dan tanggungjawab yang sudah sampai ke paras hidung dibebankan lagi dengan portfolio yang paling sensitif. Selain daripada beliau harus menyelesaikan masalah kredibiliti, beliau juga harus berdepan dengan rakan-rakan pembuat dasar bersama beliau yang dilihat oleh banyak pihak sebagai anti-Islam.
SINAR HARIAN: Apa nasib program-program yang telah Datuk laksana dan rancang sepanjang memegang Exco Agama sebelum ini. Adakah Datuk yakin program tersebut akan diteruskan MB Selangor sebagai Exco agama yang baru.
Hasan: Hubungan saya dengan MB sepanjang masa adalah baik. Saya menghormati beliau dan saya nampak beliau pun menghormati saya. Saya telah berusaha sedaya upaya menjadi pembantu beliau sebagai seorang Exco yang dapat melaksanakan amanah yang diberi. Saya sentiasa menyokong beliau untuk melahirkan ‘Baldatun toyyibatun warabbun ghafur’ di Negeri Selangor sebagaimana yang beliau sebut berulang kali dalam ucapan bajet tahunan. Beliau pernah menyaksikan selama dua tahun berturut-turut program sahur perdana di bulan Ramadan. Beliau telah menyaksikan tahun lalu lebih 10,000 orang membanjiri Masjid Negeri jam 3.30 pagi untuk berqiamullail dan bermunajat. Saya mengharapkan program Tazkiyyatun Nafs ini dapat diteruskan. Program ini menjadi antara barometer mengukur kehebatan amalan agama di negeri ini. Program seperti ini atas sifatnya berbentuk amal makruf tidak banyak mendapat tentangan dan rintangan. Saya yakin atas keikhlasan beliau MB dapat menjalankan tanggungjawabnya. Hanya sebahagian daripada teman-teman kerja beliau dalam Exco yang secara nyata atau tidak nyata tidak menyokong usaha memartabatkan Islam yang menjadi tugas dan tanggungjawab utama Exco Agama.
SINAR HARIAN: Ramai berharap program seperti USA (Unit Selamat Akidah) ilham Datuk diteruskan. Bagaimana sekiranya Exco Agama baru memandang sepi dan membiarkan program murni itu lenyap?
Hasan: Saya sedang memikirkan apa cara yang terbaik untuk terus memberi nafas baru kepada USA. Seramai 51 orang yang dulunya Islam kini telah menggugurkan Kalimah Tauhid yang diperdengarkan di telinga mereka waktu mereka dilahirkan. Mereka memerlukan bimbingan. Mereka memerlukan bantuan dan harapan. Saya dan teman-teman berhasrat untuk terus menemani mereka mencari cahaya hidayah. Saya dan teman-teman nampak ada ruang untuk itu. Saya akan cuba setakat kemampuan yang ada untuk terus menghidupkan USA. Sayangnya bila ditubuhkan USA ada pimpinan parti dalam Pakatan memperkecil-kecilkan usaha ini. Sebahagiannya menafikan wujudnya gerakan Kristianisasi dan proses pemurtadan. Orang ini bukan bercakap soal akidah, orang ini bercakap menggunakan bahasa politik. Bayangkan betapa hinanya kita sehingga bab akidah pun sanggup dipolitikkan atas nama menawan Putrajaya.
SINAR HARIAN: YB Khalid Samad menggelar Datuk sebagai budak suruhan Umno. Beliau juga memperkecilkan gerakan kuasa ketiga tidak lebih daripada sebagai pengacau. Dalam ulasan lanjutnya beliau memberi fakta bahawa Hasan Ali sudah hilang sokongan.
Hasan: Kalau ada pihak yang mengikuti dari awal polemik saya dengan YB Khalid Samad, cuba nyatakan siapa yang memulakan serangan ofensif hingga ke peringkat yang agak personal? Cuba semak potongan-potongan akhbar yang lalu yang membabitkan kami berdua. Saya sudah mangli dengan cara YB Khalid Samad. Ada ketikanya beliau terus meloncat dan melenting atas sesuatu isu tanpa usul periksa. Kenyataan demi kenyataan dibuat mengenai Mais dan Jais tanpa usul periksa dan tanpa fakta yang boleh dipertahankan. Itulah YB Khalid Samad. Saya fikir saya tak perlu mengulas. Saya tak perlu melayan orang seperti ini. Saya akan melayan seandainya apa yang disentuh mengenai saya atau teman-teman saya bersandarkan kepada fakta dan terelak daripada hal-hal peribadi.
Cuma saya ingin menerangkan hal pemilihan dalam Muktamar yang YB Khalid timbulkan. Saya akui saya tidak mendapat kedudukan yang baik dari segi ranking dalam pemilihan Muktamar yang lalu. Seingat saya, saya tidak terlibat pergi ke mana-mana meraih undi. Saya tidak terlibat walaupun banyak undangan untuk merasmi mesyuarat-mesyuarat kawasan. Soal jatuhnya ranking tak penting bagi saya. Yang penting saya ada ruang untuk bersuara. Bersuara untuk meletakkan Pas balik ke pengkalan asalnya. Bersuara mengembalikan kepimpinan ulama. Bersuara membebaskan Pas daripada parasit-parasit makhluk perosak yang mengharu-birukan Pas.
SINAR HARIAN: Pusat Penyelidikan Pas (PPP) telah mengadakan tinjauan mengukur kesan pemecatan Datuk terhadap anggota masyarakat. Dapatannya, pemecatan Datuk tidak banyak memberi kesan kepada Pas. Apa komen Datuk?
Hasan: Saya hormati teman-teman di PPP. Saya harap dapatan daripada tinjauan itu sahih. Jika dapatan itu tidak menggambarkan situasi sebenarnya maka tertipulah hampir sejuta ahli Pas. Kasihan ahli-ahli Pas dari kalangan ulama, petani dan nelayan menjadi mangsa penipuan Pusat Penyelidikan Pas seandainya tinjauan itu tidak menggambarkan keadaan sebenarnya. Hanya saya ingin mengatakan bahawa pemecatan saya belum pun sampai tiga minggu lagi. Masa untuk rayuan masih ada berbaki lagi. ‘Roadshow’ baru bermula di satu tempat iaitu di Meru, Kapar. Agaknya sebagai ‘researcher’ mereka harus faham bahawa tinjauan yang sedemikian agak ‘premature’. Namun, saya tidak berhajat untuk menidakkan hasil tinjauan yang dibuat.
Saya minta kalau boleh tunggu lagi sebulan setelah saya dan teman-teman menghabiskan pusingan pertama ‘roadshow’ di Negeri Selangor dan di tempat-tempat lain yang telah dijadualkan. Saya ingin menjemput Pengarah Operasi PPP supaya hadir dalam ‘roadshow’ tersebut. Itu lebih baik daripada melakukan tinjauan.
Disediakan oleh;
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
28 Januari 2012
KEPALA BATAS - Akidah remaja Islam amat rapuh akibat persekitaran dan
suasana kehidupan seharian yang penuh dengan pelbagai daya penarik, kata
bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini.
Menurut beliau, kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia di sekolah mendapati pelajar berusia sembilan hingga 11 tahun sudah mengamalkan seks bebas dan mengandung ketika usia 13 tahun.
Beliau berkata, ketika menyertai operasi pada malam tahun baru di sebuah hotel lima bintang di Selangor dari jam 1 hingga 5 pagi baru-baru ini mendapati, 60 hingga 70 gadis belasan tahun tanpa segan-silu meminum minuman keras.
"Cara pakaian dan rupa paras, mereka adalah anak orang kaya. Ketika kita mengambil keterangan, masih sempat beberapa gadis menuangkan minuman keras di dalam gelas sebelum meneguknya.
"Ada juga yang bersahaja memakan kacang ketika memberi keterangan kepada pegawai penguat kuasa agama. Mereka tidak ada rasa malu berkelakuan sedemikian," katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis Himpun peringkat negeri di Pusat Budi Penyayang di sini, hari ini.
Menurutnya, dalam operasi ke atas hotel bajet keesokannya, pada 1 Januari lalu, pula mendapati kebanyakannya penghuninya adalah pasangan Islam yang bersedudukan atau melakukan maksiat.
"Hotel bajet menyewa bilik mengikut kadar jam. Ada yang menyewa pada harga RM9.99 sejam. Saya yakin semua tempat ada hotel seperti ini.
"Dalam satu bilik, kita dapati terdapat lima remaja lelaki dan seorang remaja perempuan. Mereka ini adalah pelajar institusi pengajian tinggi. Malu saya nak sebut mereka dari universiti.
"Begitulah keadaan remaja kita masa kini. kalau seorang dengan seorang dalam bilik adalah perkara biasa. Tetapi ini bilangan yang ramai," katanya.
Sehubungan itu, ibu bapa perlu melihat semula jadual harian anak-anak dan berbincang untuk menyedarkan mereka mengenai ancaman yang sedang melanda di samping mengukuhkan iman dan akidah mereka sekeluarga.
"Saya ada syarikat yang menganjurkan kem motivasi kepada pelajar dan remaja sejak 35 tahun lalu.
Dalam ujian kepada pelajar sekolah biasa, lebih 95 peratus tidak dapat melakukan demonstrasi solat Subuh dua rakaat dengan betul termasuk dari segi perbuatan dan bacaannya.
"Sekarang ini, ibu bapa perlu meguji semula doa qunut anak gadis berusia 23 tahun atau doa iftitah anak lelaki berusia 20 tahun untuk menilai sama ada mereka tahu dan dapat membacanya dengan betul," katanya.
Hasan berkata, ada juga yang tidak dapat membaca bismillah atau syahadah ketika akad nikah walaupun mereka ini berjawatan besar seperti pegawai perubatan atau jurutera.
Tarikh : January 28, 2012
SHAH ALAM - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali
menggesa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali membuat laporan polis dan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mempunyai bukti
penyelewengan dan salah laku melibatkan beliau.
Menurutnya, beliau sendiri tidak mengetahui bentuk penyelewengan yang didakwa Azmin sebagai rahsia yang kini berada dalam tangan Pakatan Rakyat (PR).
Sebaliknya, Hasan mendedahkan beliau juga mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung salah laku pemimpin PR, menerusi pemberi maklumat dalam gabungan tersebut.
Dapatkan Sinar Harian esok bagi mengikuti kandungan lanjut temu bual bersama Hasan.

"Bukan niat saya untuk mengaibkan sesiapa, tetapi andainya saya ditolak ke dinding, barangkali maklumat-maklumat tersebut boleh dijadikan senjata ampuh mempertahankan diri.
"Ini kerana sesetengah daripada maklumat tersebut boleh mengundang keaiban kepada individu dan parti," kata beliau dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Azmin mempunyai rahsia berkaitannya dan akan dedahkan kepada rakyat sekiranya Hasan terus menyerang kepimpinan PR.
Hasan berkata, sebagai ahli politik, beliau tidak mampu mempetahankan diri daripada serangan dan fitnah kerana ia perkara biasa dalam dunia politik.
Menurutnya, beliau masih mempunyai rekod baik sepanjang 15 tahun berada dalam dunia politik termasuk dalam perkara fitnah-memfitnah.
"Mungkin ada yang mengatakan bahawa saya angkuh. Tetapi, inilah realitinya. Setakat yang saya ingat, belum ada laporan polis atau siasatan SPRM ke atas saya.
"Tetapi tidak tahulah waktu mendatang kerana saya bersama teman-teman dilihat terlibat dalam program dalaman dan bagi setengah golongan menganggapnya sebagai menentang arus," katanya yang memulakan siri jelajah penerangan selepas dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu.
Ekoran keputusan Pas itu, beliau digugurkan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Beliau mempunyai masa 30 hari untuk membuat rayuan.
28 Januari 2012
KLANG - Seorang doktor mendakwa 26 unit rumah yang diwakafkannya untuk
golongan yang memerlukan akan dirobohkan Majlis Agama Islam Selangor
(Mais) bagi memberi laluan kepada projek pembinaan 60 unit pangsapuri
empat tingkat.
Pewakaf tersebut Dr Kamarolzaman Hajar, 53, berkata, beliau menanggung kos membina rumah berkenaan di atas tanah seluas 0.4 hektar miliknya yang siap pada tahun 2000 sebelum menyerahkannya kepada Mais.
Beliau turut kecewa kerana rumah berkenaan yang diniatkan untuk diwakafkan bagi membantu anak yatim, warga emas, golongan muaalaf dan yang memerlukan berada dalam keadaan terbiar dan uzur tanpa penyelenggaraan.
Katanya, rumah-rumah berkenaan dibina lengkap dengan kemudahan asas serta berpagar namun kini rumah tersebut mengalami kerosakan apabila pagar, pintu, besi tingkap, cermin, lampu, kipas, kabel elektrik telah hilang selain siling dan struktur dinding dipecahkan.
"Saya tidak faham mengapa Mais membiarkan rumah ini sehingga menjadi seperti sekarang. Bagi saya harta wakaf adalah satu tanggungjawab yang perlu dipegang dengan amanah bukan dibiarkan tanpa diselenggara," katanya ketika membawa wakil media ke lokasi rumah berkenaan di sini, hari ini.
Dr Kamarolzaman nekad untuk mengambil alih semula pengurusan kesemua rumah berkenaan termasuk sebuah banglo di hadapan deretan rumah berkenaan untuk dijadikan penginapan untuk anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan.
Beliau juga bersedia menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mengadu perkara tersebut kerana kecewa apabila tiada sebarang tindakan diambil pihak kerajaan negeri Selangor mahupun Mais walaupun telah diadukan beberapa kali sebelum ini.
Sementara itu, Mais dalam satu kenyataan semalam berkata, premis berkenaan telah dikosongkan pada awal tahun lepas bagi tujuan menjalankan kerja-kerja penyelengaraan secara berfrasa selepas mendapati ia tidak selamat diduduki kerana tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Setiausaha Mais Mohd Haniff Hassan berkata, pihaknya sedang mencari dana tambahan bagi menampung kos pembaikan dan penyelengaraan premis berkenaan manakala semua barangan seperti pintu, jeriji besi, kipas, tangki air dan peralatan lain disimpan bagi mengelak kecurian.
"Banglo di kawasan perumahan terbabit telah diserahkan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk dijadikan rumah warga emas. Manakala semua wang sewaan premis sejak diwakafkan dan diserahkan kepada Mais disalurkan ke Akaun Manfaat Wakaf.
"Sepanjang tempoh penyewaan premis ini iaitu sehingga penghujung tahun 2010, langkah keselamatan dan penyelengaraan premis dilaksanakan secara berkala," katanya.
Mohd Haniff berkata, Mais berusaha untuk membaiki premis berkenaan dan komited melaksanakan tanggungjawab sebagai pemegang amanah wakaf dan usaha itu berterusan melalui penubuhan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) yang berperanan memajukan hartanah wakaf. - Bernama
"Kita adalah kuasa ketiga kalau bertanding pun atas nama kuasa ketiga dan kita tak kisah sama ada kita bertanding bersama atau tidak bersama dengan mana-mana parti politik," katanya. - Bernama
Hasan Ali: ‘Roadshow’ saya bukan Umno taja

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
JATI SANGGUP MENEBAS KEMUNGKARAN UMNO?
08 Rabi'u al-Awwal 1433 bersamaan 01 Februari 2012
Dewan
Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Datuk Dr Hassan Ali benar-benar
berperanan sebagai ‘kuasa ketiga’ dengan memperjuangkan Islam, Melayu
dan Raja-Raja dengan menubuhkan sebuah NGO –JATI dan tidak mewakili
sentimen mana-mana pihak yang berkepentingan.
DPPM mengalu-alukan sekiranya Dr Hassan benar-benar mahu menegakkan ‘amar ma’ruf nahi mungkar’
tanpa mengira latar belakang sasarannya. Dalam hal ini, DPPM
berpendapat JATI harus berdiri tegak atas platform nya sendiri dengan
menjadi sebuah NGO yang bebas dari kongkongan mana-mana parti politik
tertentu. Dr Hassan Ali sebagai pengemudinya harus bertindak rasional
dalam memperjuangkan Islam di negara ini. Beliau tidak boleh
memperpanjang sentimen isu pemecatannya kerana ia boleh dilihat sebagai
agenda peribadi, bukan agenda umat Islam di negara ini. Beliau juga
tidak boleh cenderung atau ‘bias’ kepada mana-mana pihak supaya dilihat
benar-benar ikhlas dan jujur dalam memperjuangkan Islam dan bangsa
Melayu. Jika tidak beliau hanya dilihat sebagai ‘budak suruhan’ kepada
pihak tertentu terutama kepada parti pemerintah jika beliau hanya
menjadikan Pakatan Rakyat dan pemimpinnya sebagai sasaran kecaman
beliau.
Apa yang menghairankan, beliau hanya
menyerang pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat, sedangkan kemungkaran lebih
besar ada pada kuasa pemimpin utama di negara ini. DPPM kecewa kerana Dr
Hassan Ali hanya melihat kesalahan yang ada dalam PAS dan menuduh
segelintir pemimpin PAS sebagai ‘parasit’. Beliau juga agresif dalam
menyerang PKR dan DAP. Namun kemungkaran besar dan ‘bapa parasit’ yang
dilakukan oleh pemimpin UMNO-BN sedikitpun beliau tidak kisah.
Jika betul beliau mahu memperjuangkan
aqidah umat Islam, seharusnya UMNO terlebih dahulu dan patut diserang
kerana ditangan pemimpin merekalah aqidah umat tergoncang. UMNO pemilik
kuasa di negara ini telah memerintah berpuluh tahun dan mereka mempunyai
kuasa dalam meluluskan Akta, Undang-Undang, dan penguatkuasaan di
negara ini. Dr Hassan Ali elok bertanya kepada pemimpin UMNO apakah yang
telah diperbuat setelah negara merdeka sekian lama, masalah aqidah umat
Islam masih merupakan masalah utama kepada umat Islam. Cuba tanya
pemimpin UMNO, mahukah mereka melaksanakan Hukum Islam secara menyeluruh
dan bila lagi ianya hendak dilaksanakan?
Jika pemimpin Pakatan Rakyat dituduh
sebagai ejen Israel, Dr Hassan juga perlu menyemak latar belakang UMNO
dan pemimpinnya. Mungkin JATI boleh menyemak penglibatan APCO di negara
ini dan kaitannya dengan Israel serta syarikat AsiaSoft sebagai mengawal
sistem komunikasi PDRM. Cuba semak siapa dibelakang syarikat ini dan
kaitannya dengan Israel.
Selain itu, isu penyelewengan wang zakat
oleh pemimpin umat Islam wajar diberikan perhatian dan mesti dijadikan
agenda bertindak oleh JATI. Wang zakat adalah milik asnaf umat Islam dan
tidak wajar pemimpin umat Islam menyalahgunakan wang tersebut. DPPM
mengajak JATI untuk turut lantang membantah isu-isu rasuah dan
penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah kerana ia juga adalah suatu ‘amar
ma’aruf nahi mungkar’ yang perlu ditegakkan di negara ini.
DPPM menasihatkan JATI dan Dr Hassan Ali
supaya jangan mengambil sikap ‘semut seberang lautan nampak, tetapi
gajah didepan mata tidak kelihatan’. Jika tidak, gelagat beliau dalam
perjuangan JATI hanya menjadi bahan gelak ketawa rakyat sahaja.
Disediakan oleh;
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Hasan Ali: Akidah remaja Islam amat rapuh
28 Januari 2012
Menurut beliau, kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia di sekolah mendapati pelajar berusia sembilan hingga 11 tahun sudah mengamalkan seks bebas dan mengandung ketika usia 13 tahun.
Beliau berkata, ketika menyertai operasi pada malam tahun baru di sebuah hotel lima bintang di Selangor dari jam 1 hingga 5 pagi baru-baru ini mendapati, 60 hingga 70 gadis belasan tahun tanpa segan-silu meminum minuman keras.
"Cara pakaian dan rupa paras, mereka adalah anak orang kaya. Ketika kita mengambil keterangan, masih sempat beberapa gadis menuangkan minuman keras di dalam gelas sebelum meneguknya.
"Ada juga yang bersahaja memakan kacang ketika memberi keterangan kepada pegawai penguat kuasa agama. Mereka tidak ada rasa malu berkelakuan sedemikian," katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis Himpun peringkat negeri di Pusat Budi Penyayang di sini, hari ini.
Menurutnya, dalam operasi ke atas hotel bajet keesokannya, pada 1 Januari lalu, pula mendapati kebanyakannya penghuninya adalah pasangan Islam yang bersedudukan atau melakukan maksiat.
"Hotel bajet menyewa bilik mengikut kadar jam. Ada yang menyewa pada harga RM9.99 sejam. Saya yakin semua tempat ada hotel seperti ini.
"Dalam satu bilik, kita dapati terdapat lima remaja lelaki dan seorang remaja perempuan. Mereka ini adalah pelajar institusi pengajian tinggi. Malu saya nak sebut mereka dari universiti.
"Begitulah keadaan remaja kita masa kini. kalau seorang dengan seorang dalam bilik adalah perkara biasa. Tetapi ini bilangan yang ramai," katanya.
Sehubungan itu, ibu bapa perlu melihat semula jadual harian anak-anak dan berbincang untuk menyedarkan mereka mengenai ancaman yang sedang melanda di samping mengukuhkan iman dan akidah mereka sekeluarga.
"Saya ada syarikat yang menganjurkan kem motivasi kepada pelajar dan remaja sejak 35 tahun lalu.
Dalam ujian kepada pelajar sekolah biasa, lebih 95 peratus tidak dapat melakukan demonstrasi solat Subuh dua rakaat dengan betul termasuk dari segi perbuatan dan bacaannya.
"Sekarang ini, ibu bapa perlu meguji semula doa qunut anak gadis berusia 23 tahun atau doa iftitah anak lelaki berusia 20 tahun untuk menilai sama ada mereka tahu dan dapat membacanya dengan betul," katanya.
Hasan berkata, ada juga yang tidak dapat membaca bismillah atau syahadah ketika akad nikah walaupun mereka ini berjawatan besar seperti pegawai perubatan atau jurutera.
Lapor polis jika ada bukti, Hasan Ali cabar Azmin
Tarikh : January 28, 2012
Menurutnya, beliau sendiri tidak mengetahui bentuk penyelewengan yang didakwa Azmin sebagai rahsia yang kini berada dalam tangan Pakatan Rakyat (PR).
Sebaliknya, Hasan mendedahkan beliau juga mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung salah laku pemimpin PR, menerusi pemberi maklumat dalam gabungan tersebut.
Dapatkan Sinar Harian esok bagi mengikuti kandungan lanjut temu bual bersama Hasan.
‘Saya pun ada bukti salah laku pemimpin Pakatan’
29 Januari 2012
Menurutnya, beliau sendiri tidak mengetahui bentuk penyelewengan yang didakwa Azmin sebagai rahsia yang kini berada dalam tangan Pakatan Rakyat (PR).
Sebaliknya, Hasan mendedahkan beliau juga mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung salah laku pemimpin PR, menerusi pemberi maklumat dalam gabungan tersebut.
"Bukan niat saya untuk mengaibkan sesiapa, tetapi andainya saya ditolak ke dinding, barangkali maklumat-maklumat tersebut boleh dijadikan senjata ampuh mempertahankan diri.
"Ini kerana sesetengah daripada maklumat tersebut boleh mengundang keaiban kepada individu dan parti," kata beliau dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Azmin mempunyai rahsia berkaitannya dan akan dedahkan kepada rakyat sekiranya Hasan terus menyerang kepimpinan PR.
Hasan berkata, sebagai ahli politik, beliau tidak mampu mempetahankan diri daripada serangan dan fitnah kerana ia perkara biasa dalam dunia politik.
Menurutnya, beliau masih mempunyai rekod baik sepanjang 15 tahun berada dalam dunia politik termasuk dalam perkara fitnah-memfitnah.
"Mungkin ada yang mengatakan bahawa saya angkuh. Tetapi, inilah realitinya. Setakat yang saya ingat, belum ada laporan polis atau siasatan SPRM ke atas saya.
"Tetapi tidak tahulah waktu mendatang kerana saya bersama teman-teman dilihat terlibat dalam program dalaman dan bagi setengah golongan menganggapnya sebagai menentang arus," katanya yang memulakan siri jelajah penerangan selepas dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu.
Ekoran keputusan Pas itu, beliau digugurkan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Beliau mempunyai masa 30 hari untuk membuat rayuan.
Doktor kecewa Mais mahu roboh 26 rumah wakaf
28 Januari 2012
Pewakaf tersebut Dr Kamarolzaman Hajar, 53, berkata, beliau menanggung kos membina rumah berkenaan di atas tanah seluas 0.4 hektar miliknya yang siap pada tahun 2000 sebelum menyerahkannya kepada Mais.
Beliau turut kecewa kerana rumah berkenaan yang diniatkan untuk diwakafkan bagi membantu anak yatim, warga emas, golongan muaalaf dan yang memerlukan berada dalam keadaan terbiar dan uzur tanpa penyelenggaraan.
Katanya, rumah-rumah berkenaan dibina lengkap dengan kemudahan asas serta berpagar namun kini rumah tersebut mengalami kerosakan apabila pagar, pintu, besi tingkap, cermin, lampu, kipas, kabel elektrik telah hilang selain siling dan struktur dinding dipecahkan.
"Saya tidak faham mengapa Mais membiarkan rumah ini sehingga menjadi seperti sekarang. Bagi saya harta wakaf adalah satu tanggungjawab yang perlu dipegang dengan amanah bukan dibiarkan tanpa diselenggara," katanya ketika membawa wakil media ke lokasi rumah berkenaan di sini, hari ini.
Dr Kamarolzaman nekad untuk mengambil alih semula pengurusan kesemua rumah berkenaan termasuk sebuah banglo di hadapan deretan rumah berkenaan untuk dijadikan penginapan untuk anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan.
Beliau juga bersedia menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mengadu perkara tersebut kerana kecewa apabila tiada sebarang tindakan diambil pihak kerajaan negeri Selangor mahupun Mais walaupun telah diadukan beberapa kali sebelum ini.
Sementara itu, Mais dalam satu kenyataan semalam berkata, premis berkenaan telah dikosongkan pada awal tahun lepas bagi tujuan menjalankan kerja-kerja penyelengaraan secara berfrasa selepas mendapati ia tidak selamat diduduki kerana tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Setiausaha Mais Mohd Haniff Hassan berkata, pihaknya sedang mencari dana tambahan bagi menampung kos pembaikan dan penyelengaraan premis berkenaan manakala semua barangan seperti pintu, jeriji besi, kipas, tangki air dan peralatan lain disimpan bagi mengelak kecurian.
"Banglo di kawasan perumahan terbabit telah diserahkan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk dijadikan rumah warga emas. Manakala semua wang sewaan premis sejak diwakafkan dan diserahkan kepada Mais disalurkan ke Akaun Manfaat Wakaf.
"Sepanjang tempoh penyewaan premis ini iaitu sehingga penghujung tahun 2010, langkah keselamatan dan penyelengaraan premis dilaksanakan secara berkala," katanya.
Mohd Haniff berkata, Mais berusaha untuk membaiki premis berkenaan dan komited melaksanakan tanggungjawab sebagai pemegang amanah wakaf dan usaha itu berterusan melalui penubuhan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) yang berperanan memajukan hartanah wakaf. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan