Ceramah PKR diganggu, Nurul Izzah nyaris ditumbuk
27 Februari 2012
PETALING JAYA - Ceramah Pakatan Rakyat sekali lagi diganggu dan kali
ini melibatkan serangan ke atas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar
ketika menyampaikan ceramah di Felda Lepar Hilir, Gambang, Kuantan
semalam.
Ceramah yang bermula 8.30 malam itu turut disertai Pengarah Komunikasi
PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang dianjurkan cabang PKR kawasan tersebut.
Menurutnya, sebelum ceramah diadakan, hampir 30 orang berada berdekatan
dengan tempat kejadian dengan memegang bendera dan menyanyikan lagu
Umno dan Barisan Nasional.
“Ketika giliran saya menyampaikan ceramah selepas Nazmi, seorang lelaki
yang memakai baju berwarna merah meluru ke arah saya dan menunjukkan
tangan seolah-olah mahu menumbuk tetapi di halang penyokong yang berada
berdekatan.
“Kami terpaksa menghentikan ceramah atas nasihat polis walaupun baru
beberapa minit saya memulakan ucapan,” katanya ketika ditemui media
selepas membuat laporan polis di Balai Polis Merchant Square, di sini,
semalam.
Beliau berkata, ceramah tersebut sudah dimaklumkan kepada pihak polis
dan mereka yang menyerang ceramah tersebut dipercayai orang tempatan.
“Saya menganggap kejadian ini satu serangan mengila daripada mereka
yang tidak bertanggungjawab terutama sekali sebagai satu usaha untuk
melumpuhkan usaha kami.
“Kami hanya mahu memberi penerangan kepada penduduk setempat dan
serangan yang dilakukan dianggap sesuatu yang provokasi kepada parti
terutama untuk menarik perhatian pengundi,” katanya
Nurul Izzah berkata, mereka terpaksa diiringi Polis Bantuan Felda untuk
keluar daripada kawasan ceramah kerana dikepung sekumpulan penyerang.
Sementara itu, Nazmi berkata, identiti lelaki yang menyerang Nurul
Izzah sudah dikenal pasti dan pihaknya mahukan pihak berkuasa untuk
mengambil tindakan selanjutnya.
Exco: Azizan serah kepada Phahrolrazi, Ismail
27 Februari 2012
Katanya, beliau tidak dapat memastikan bahawa kedua-dua Exco itu akan kekal walaupun Jawatankuasa PAS Pusat telah memutuskan bahawa semua Exco kerajaan negeri Kedah akan kekal untuk tempoh setahun lagi.
Beliau berkata walaupun Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali berkata parti itu akan mengambil tindakan yang sepatutnya bagi memastikan kesemua 10 Exco itu kekal, namun ia tetap terpulang kepada Phahrolrazi dan Dr Ismail.
"Jika jawatankuasa parti mahu semua 10 Exco kekal, saya boleh patuh tetapi adakah kedua-dua mereka mahu kekal sebagai Exco," katanya di sini hari ini.
Phahrolrazi dan Dr Ismail telah menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan mereka dilantik semula ke jawatan itu yang dijadual diumum esok.
Phahrolrazi merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga, selain merupakan Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah.
Dr Ismail pula adalah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi negeri di samping menjadi Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah.
Mereka dipercayai berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini.
Azizan berkata, beliau belum dihubungi oleh Jawatankuasa Pas Pusat berkenaan isu itu.
Majlis pelantikan anggota exco kerajaan negeri Kedah bagi tahun 2012 akan diadakan di Istana Anak Bukit di sini esok.
Lapan anggota Exco kerajaan negeri Kedah telah menerima tawaran pelantikan semula untuk menyandang jawatan berkenaan bagi 2012 dan akan mengangkat sumpah esok. Dua lagi Exco, yang mungkin muka baru akan berbuat demikian kemudian.
Mustafa pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini dilaporkan sebagai berkata, Pas Pusat melihat wujud keperluan untuk campur tangan dalam urusan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang berhadapan dengan kemelut berkaitan pelantikan anggota Exco.
Beliau berkata, Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub akan ke Kedah esok bagi mengadakan pertemuan dengan Azizan dan anggota Exco berkenaan. - Bernama
Benarkah undi Melayu pecah?
28 Februari 2012
Menurut Profesor Datuk Mohamad Abu Bakar (Prof Mohd), apapun jawapan dari politikus di negara ini, hakikat sebenar ialah perpecahan undi memang dirasai merata, sehingga menjadi perbincangan serius di kalangan umat Melayu-Islam dewasa ini. Ia kelihatan begitu real, semasa PRU12, dan menjelang PRU13.
Secara lebih terperinci, persoalan ini lebih banyak dibangkitkan di kalangan generasi lama, iaitu mereka yang pernah mengharungi kehidupan pertengahan kurun ke 20, ketika isu perpaduan menguasai minda Melayu disebabkan ancaman luar kepada keselamatan negara, dan cabaran bukan Melayu dalam pembangunan nasional. Golongan inilah yang dilihat sangat menghargai perpaduan Melayu dan menoleh ke zaman lepas dengan penuh nostalgik.
Namun sayangnya jumlah mereka tidak besar.
Senario yang membuktikan perpecahan undi Melayu semakin tertonjol akhir-akhir ini ialah kebimbangan yang diperlihatkan Umno itu sendiri, yang selama ini menjadikan ‘perpaduan Melayu’ sebagai tali hayat nya untuk kekal dominan, sama ada didalam atau di luar BN. Semasa kegemilangannya, ia tidak keberatan mengurus pelakuan istana, dan begitu bertenaga semasa bertarik tali dengan komponen bukan-Melayu dalam Perikatan/BN.
Anda boleh perhatikan, dalam senario seperti itu, Umno berjaya dengan sekian lamanya memastikan Pas berkedudukan sebagai parti pinggiran sahaja dengan menafikan sokongan besar-besaran orang Melayu. Bagi Umno, Pas hanya relevan selagi ia lemah dan tidak mampu mencabar dominasinya di peringkat kebangsaan.
Namun keadaan sudah berubah. Keretakan perpaduan Melayu telah menghakiskan pengaruh Umno, sekali gus menggugat status tradisionalnya sebagai pencorak Malaysia.
Faktor perpecahan
Faktor rawak yang boleh dibangkitkan ialah faktor keturunan, kenegerian, keagamaan dan kepartian, atau ideologi politik. Tetapi itu tidaklah mencetus perpecahan berpanjangan dan meluas seperti hari ini. Sebaliknya, beberapa faktor semasa bertanggungjawab mewujudkan senario sekarang, di samping diperkukuhkan oleh sesetengah faktor lama, demikian pendapat Prof Mohd.
- Politik
Melayu umumnya kini terbahagi kepada tiga kelompok utama; Umno, Pas dan Keadilan(PKR). Ini tidak termasuk mereka yang terserap dalam pertubuhan siasah lain. Persyarikatan ini ditentu corak oleh komitmen ideologi dan visi parti, perkiraan kuasa dan pertimbangan kebendaan dan peribadi, sambil digulai perasaan anti-establishment, anti-penyalahgunaan kuasa dan anti-korupsi, jika mereka daripada kalangan pembangkang.
- Ekonomi
Terdapat orang Melayu yang kuat menyokong Umno/BN disebabkan ketergantungan mereka kepada parti itu. Namun ada juga sebilangan besar di beberapa negeri dan kawasan bandar yang terlepas daripada ketergantungan ini, sekali gus bertindak bebas menyokong pembangkang. Ia ketara di Kelantan, Selangor dan semakin nyata di Johor. Bandar dan bandar raya utama seperti Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu sudah lama menyaksi fenomena ini.
- Globalisasi
Globalisasi berupa pengembangan nilai luar, seperti hak asasi dan demokrasi, mendorong sebahagian anggota penting masyarakat Melayu mendukung cita-cita yang tidak semestinya selari dengan aspirasi kebangsaan yang selama ini menjadi tunggak Umno. Mereka berkemungkinan juga sealiran dengan bukan Melayu, dan menolak politik kepartian yang menyemarakkan affirmative action, atau hak istimewa dan Fasal 153 dalam Perlembagaan.
Ramai mereka ini berpendidikan Barat atau anak kelas menengah Melayu yang tidak lagi merasa terganggu oleh persoalan kemunduran bangsa. Sejarah yang memuat perjuangan nasionalis begitu asing kepada mereka. Jurang ekonomi Melayu-bukan-Melayu, sekalipun semakin melebar, tidak begitu menyentuh perasaan mereka yang berada dalam zon selesa ini.
Keadaan ini bertambah parah apabila masyarakat Melayu turut terkelompok oleh media massa, sehingga berlakunya pemecahan (fragmentation) akibat menonton saluran berbeza. Bukan sahaja penduduk bandar dan golongan berada yang terpisah akibat situasi ini; penghuni di pedalaman dan kampung telah terbawa sama oleh gelombang tersebut.
- Tiada ancaman luar
Penyebab tambahan ialah tiada ancaman luar yang mampu merapat dan mengeratkan hubungan sesama Melayu, dan menggerakkan mereka untuk bersatu, sebagaimana yang berlaku ketika Konfrontasi Indonesia. Suka diingat, pada Pilihan Raya 1964, ketika penentangan Jakarta terhadap gagasan Malaysia memuncak, penyokongan terhadap Umno/Perikatan begitu hebat, dan parti itu telah menempa kemenangan besar. Orang Melayu umumnya bangkit sama menyokong parti pemerintah.
- Rangsangan psikologi
Terpenting daripada segala faktor ini ialah rangsangan psikologi daripada PRU12 apabila banyak pihak, khasnya Pas dan PKR, yang juga mewakili orang Melayu, meraih kejayaan dan merasakan mereka juga boleh berkuasa dan mendirikan kerajaan. Baginya, pemerintahan negara bukan lagi monopoli Umno. Perasaan di kalangan penentang parti itu melonjak, dan memberi keyakinan bahawa sejarah PRU12 boleh berulang.
Adakah ia mencetuskan senario baru politik Malaysia?
Bagi Prof Mohd, ia merupakan politik orde baru, yang dihasilkan oleh alignment atau susunan yang dibentuk bersama oleh Pas, DAP dan PKR. Malah susunan ini dijangka kekal untuk suatu jangka waktu yang lama, apapun yang berlaku ke atas pencetusnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Alignment ini mempunyai nyawa tersendiri (life of its own), dengan pergerakannya ditentukan momentum dalamannya.
Bercakap mengenai ciri utama orde baru ialah pengurangan kesedaran ideologi politik dan komitmen perkauman di kalangan organisasi kepartian yang bertarung. Semakin ramai orang Melayu juga dibaluti perasaan serupa. Oleh itu, dalam menghadapi PRU13, masing-masing beria-ia menempah ‘winnable candidates’, iaitu calon yang mempunyai ketokohan tersendiri pada kaca mata rakyat yang berkesedaran global atau ke Malaysianan itu. Wakil rakyat yang mahu diketengahkan ialah manusia yang bertanggungjawab, ikhlas dan adil. Semangat keMelayuan jenis lama sudah terkubur dalam situasi ini.
Mampukah sokongan politik Melayu disatukan kembali?
Kita melihat beberapa tahun kebelakangan ini, banyak pihak bangkit menyeru Melayu kembali bersatu, tetapi gagal menghasilkan sesuatu yang konkrit. Mulut pemimpin tertinggi negara berbangsa Melayu tidak semasin dahulu lagi apabila berdepan realiti semasa. Sebelum ini, seruan dibuat menerusi agensi kerajaan seperti Pejabat Penerangan, atau media massa milik Umno menyebabkan rakyat akur kepada tuntutan perpaduan dan menyokong gagasan pemerintah.
Namun hari ini, seruan itu seperti tidak sampai ke telinga rakyat, atau mereka tidak mempedulikannya.
Seruan yang dibuat PERKASA bukanlah tidak diterima langsung, tetapi ia jelas hanya menerima sokongan terhad. Gagassan 'Kuasa Ketiga' juga dibatasi faktor kekangan yang sama. Perhimpunan ‘Sejuta Umat’ untuk menyelamatkan akidah orang Islam tidak mencetus minat menyeluruh sebagaimana gesaan menentang Malayan Union dahulu. Ini perlu difikirkan mengapa?
Habuan dan hadiah untuk menarik rakyat Melayu bersatu di belakang Kerajaan Pusat juga tidak begitu menjadi, sekalipun Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden Umno terpaksa bekerja barangkali lima kali ganda lebih keras daripada perdana-perdana menteri sebelumnya. Bukan sedikit warganegara yang telah menerima dividen dan ‘duit’, melihatnya sebagai hak mereka sebagai rakyat sebuah negara demokrasi, dan bukannya suatu keistimewaan yang seharusnya dijaja atau dihebohkan.
Lebih dari itu, dalam konteks hari ini, kronisme juga sudah tidak lagi dapat digambar atau digemparkan sebagai ancaman kepada keselamatan negara, dan dijadikan hujah untuk menyatupadukan orang Melayu.
Hasil analisis yang dibuat mendapati; Pertama, Perang Dingin sudah lama berlalu, dan konflik ideologi antara Komunisme dan Barat tidak dapat dijadikan sandaran untuk bersatu. Kedua, beberapa negara ASEAN terdiri daripada negara komunis yang turut memupuk hubungan diplomasi dan berbaik-baik dengan Malaysia. Ketiga, Malaysia pula menyaksi kedatangan mereka dari negara-negara ini, yang berkunjung sebagai pelancong, peniaga, pelawat dan pelajar.
Oleh itu amat sukar untuk Umno/BN mengembalikan zaman lepas sebelum PRU12, supaya ia dapat berperanan seperti dahulu, lantaran alignment politik yang sedang berkembang.
Benar, dalam politik segalanya boleh berlaku atau politik adalah the art of the possible, namun melihat kepada situasi hari ini, kesukarannya untuk mewujudkan status quo ante menyamai kesukaran lembu yang terkeluar daripada sebuah lubang dan berkeinginan untuk kembali memasukinya.
Mempunyai pendapatnya tersendiri, Prof Mohd berpandangan gerakan di sebalik tabir individu, yang terdiri bijak-pandai yang berkepentingan Islam-Melayu dan berpemikiran strategik, boleh berperanan menyedar dan menghala kepimpinan politik kepartian Melayu supaya sentiasa terbimbing oleh misi dan visi bangsanya. Ia tidak seharusnya berbentuk pertubuhan, atau diinstitusikan sedemikian, apatah jika ia didalangi atau dibiayai oleh orang berpihak dari segi politik. Pendekatan ini hanya mengundang perpecahan yang bertambah dalam masyarakat Melayu.
Menguntungkan atau tidak?
Perpecahan orang Melayu boleh merugikan mereka jika dibiarkan berlarutan sehingga menjejas dan merosakkan kedudukan sebagai umat Islam. Tetapi jika keadaan ini diterjemahkan menjadi persaingan sihat menegakkan kebenaran, ia bukan sahaja mampu bertindak sebagai faktor-campur dalam pembangunan ummah, tetapi juga berkeupayaan mengukuhkan sistem demokrasi. Namun bagaimana caranya?
Menurut Prof Mohd, Orang Melayu yang berkuasa tidak akan sewenang-wenangnya bertindak rakus dan tidak mudah korup, jika mereka menyedari bahawa kedudukannya boleh tercabar oleh orang Melayu lain. Iaitu sekiranya terdapat kesedaran bahawa mereka boleh dijatuhkan pada pilihan raya. Sebaliknya, jika mereka dikebalkan oleh kuasa, dan merasa sedemikian pula lantaran kekuasaan berada di tangan, mereka sebagai penguasa boleh bermaharajalela. Soal accountability atau rasa tanggungjawab, dan perasaan amanah mungkin tidak lagi menguasai jiwa. Bagi sesetengah Melayu, mereka sudah terlalu lama hidup di bawah bayangan penguasa seperti ini, dan inginkan perubahan.
Kesan kepada keputusan PRU13
Untuk ini Prof Mohd berpendapat, dahulunya, kita asyik berpegang kepada teori bandul (pendulum theory), iaitu kemenangan besar Perikatan/BN berselang seli dengan kegagalannya untuk menempa kejayaan serupa. Sememangnya realiti menjelaskan pola ini: 1955/1959; 1964/1969…2004/2008.
Dalam satu sesi soal jawab bersama pelajar-pelajar di Universiti Kaherah dalam tahun 2006, Prof Mohd telah membuat telahan bahawa BN akan mengalami kemerosotan pengaruh dan kehilangan pengundi dalam pilihan raya berikutnya, iaitu dalam tahun 2008. Itu berpedomankan teori bandul. Pada kali ini, berlatarbelakangkan senario politik semasa dengan alignment yang telah dijelaskan, mungkin teori bandul ini tidak mengena lagi. Besar kemungkinan kedudukan kerusi BN dan PR tidak banyak berubah dari segi jumlahnya.
MB sedia akur 'formula' Pas Pusat
28 Februari 2012
Menurutnya, keputusan sama ada untuk kekal atau tidak dalam barisan Exco terpulang kepada mereka sendiri.
"Kalau Pas Pusat kata mahu semua barisan Exco dikekalkan, saya akan akur tetapi adakah mereka mahu," katanya.
Pada sidang media di ibu negara semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, pimpinan tertinggi parti perlu mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah dan Pas Pusat akan menghantar Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub sebagai perantara bagi menyelesaikan kemelut itu.
Dua Exco yang didakwa menolak dilantik semula ialah Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga) dan Dr Ismail Salleh (Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi).
Azizan dalam sidang media sebelum ini berkata, hanya lapan Exco akan mengangkat sumpah jawatan hari ini manakala dua lagi dijangka mengangkat sumpah jawatan dalam majlis kedua, memandangkan tempoh lantikan bagi penggal 2011 hanya akan berakhir 7 Mac ini.
Sementara itu, lapan nama yang dijadual mengangkat sumpah jawatan hari ini ialah Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul (Agama, Pelajaran dan Koperasi), Datuk Ir Amiruddin Hamzah (Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan), Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib (Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan), Datuk Siti Ashah Ghazali (Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat) dan Abd Ghani Ahmad (Penerangan dan Pembangunan Usahawan).
Tiga Exco dari PKR, Datuk S Manikumar (Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam), Lim Soo Nee (Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia) dan Tan Chow Kang (Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan) turut berada dalam senarai.
Hadi bidas kenyataan Najib
27 Februari 2012
Abdul Hadi berkata, selama lebih 55 tahun Malaysia di bawah pentadbiran
kerajaan Barisan Nasional (BN), apakah sumbangan parti itu dalam
memartabatkan Islam, sedangkan kerajaan BN dilihat lebih banyak
menjatuhkan martabat Islam melalui tindak tanduk mereka.
“Apa sudah jadi dengan tulisan jawi di negara ini sepanjang BN
memerintah. Peranan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dilemahkan, hak istimewa
orang Melayu juga diusik. Bagaimana Malaysia hilang Singapura dan banyak
lagi yang melemahkan Islam dibuat sewenang-wenangnya,” katanya ketika
menyampaikan ceramah perasmian Karnival Kedah Sejahtera, di Kompleks Pas
Pokok Sena, minggu lalu.
Menurutnya, kenyataan Najib sewaktu berucap di majlis Himpunan Ulama,
Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan di Kuala Lumpur itu juga,
lebih bersesuaian dengan apa yang diperjuangkan Pas yang dilihat
benar-benar ikhlas mahu memartabatkan Islam, berbeza dengan BN yang
sentiasa memperlekeh dan meminggirkan Islam.
Abdul Hadi berkata, fitnah yang dilemparkan terhadap Pas juga berleluasa sehingga sebahagiannya tidak berasas.
“Sebagai contoh, dakwaan konon jika Terengganu jatuh ke tangan Pakatan
Rakyat (PR), maka DAP akan berkuasa di negeri itu. Bagaimana ianya
berlaku jika tiada satu kerusi pun DAP bertanding. DAP hanya bertanding
di kawasan majoriti Cina di negeri-negeri PR,” katanya.
Menurutnya, kejayaan di negeri-negeri PR harus diuar-uarkan supaya rakyat dapat membuat penilaian sewajarnya.
“Pentadbiran di negeri PR amat baik dan tiada penyelewengan atau
rasuah. Ini kejayaan kita mentadbir, rakyat perlu tahu mengenai perkara
ini,” katanya.
26 Februari 2012
PELABUHAN KLANG - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, Pakatan
Rakyat tidak perlu diberi "tempoh lanjutan" untuk terus memerintah
Selangor yang menyaksikan banyak janjinya tidak tertunai malah
membebankan rakyat dengan pelbagai masalah.
Perdana Menteri berkata Selangor selama ini maju kerana dasar-dasar dan prasarana yang dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini, dan pihak pembangkang tidak boleh mendapatkan pujian terhadap hasil titik peluh BN itu.
"Kita akui mungkin kita ada buat sedikit sebanyak kesilapan pada masa dulu sebab itu rakyat tidak menyokong kita. Tapi kita sudah insaf daripada kesilapan dulu dan kita mohon maaf kepada rakyat Selangor kalau ada apa-apa kesilapan.
"Dan kita berikrar daripada kesilapan itu, atas kesedaran itu, kita akan bangunkan satu kekuatan baru untuk mengubah landskap di Selangor supaya di bawah kepimpinan BN, kita akan menjurus kepada masa depan yang lebih baik lagi," katanya pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Selangor di sini.
Dalam ucapan selama setengah jam itu, Najib yang juga Pengerusi BN Selangor berkata sejak dua minggu lepas, beliau telah turun padang ke Perak, Melaka, Kedah dan hari ini di Selangor, dan mendapati suasana dalam negara kini menjurus menyokong BN pada pilihan raya umum kelak.
Hujan lebat yang turun sebelum ketibaan Perdana Menteri pada kira-kira 5 petang tidak mematahkan semangat penyokong BN yang hadir untuk terus berada di lokasi majlis bagi mendengar amanat Najib yang membuat lawatan sehari ke Selangor hari ini.
Sambil memanggil hadirin yang membanjiri majlis itu sebagai 'bala tentera BN Selangor', Najib berkata BN boleh merampas kembali Selangor jika bilangan bala tentera itu lebih ramai, lebih berani, pintar dan nekad serta sanggup bekerja lebih keras daripada pihak lain.
"Semangat dah ada, matlamat sudah dapat dilihat, perancangan sudah ada... semuanya sudah lengkap... ayuh kita turun berjuang habis-habisan," kata Najib dengan penuh bersemangat sambil disambut sorakan gemuruh.
Najib berkata anggota BN perlu akur dengan pucuk pimpinan dalam soal pemilihan calon dan memberi sokongan penuh kepada mereka yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya nanti.
"Jangan sabotaj parti kita sendiri sebab jika kita sabotaj parti, ibarat kita menjaringkan gol sendiri dan bila jaring gol sendiri kita akan kalah dan seterusnya kita akan merana," tegas Perdana Menteri.
"Sudah cukup empat tahun Selangor di bawah pakatan pembangkang, jangan kita bagi tempoh lanjutan sebab kalau bagi tempoh lanjutan nanti susah nak dapat balik. Inilah peluang terbaik untuk mengembalikan bumi Selangor kepada BN," katanya.
Najib mengingatkan calon-calon BN supaya menjaga kepentingan semua kaum dan bukan hanya kaum tertentu kerana ini menjadi asas dalam memastikan kemenangan BN.
Katanya, semangat BN menjadi pudar kerana terkena tsunami politik pada pilihan raya umum lepas.
"Tetapi dalam tempoh empat tahun kita telah bina semula jentera BN di Selangor sedikit demi sedikit, semangat kita yang pudar itu, moral kita yang luntur itu hari ini telah bertukar wajah," katanya. - Bernama
25 Februari 2012
PENDANG - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat perlu bijak memilih
parti yang mementingkan rakyat dan bukannya parti yang banyak masalah.
Perdana Menteri meminta rakyat tidak memberi sokongan kepada parti yang banyak masalah seperti mempunyai ideologi bertentangan.
"Ada kata itu, ada kata ini. Ada yang sokong Israel dan ada yang banyak masalah peribadi. Kita tak boleh pakai parti banyak masalah ini," katanya pada Karnival Kasih Perdana Menteri Bersama Masyarakat Siam Kedah dan Perlis di Wat Nanai, Kampung Tok Set dekat sini hari ini.
Hadir sama isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Anggota Dewan Negara yang mewakili masyarakat Siam Senator Boon Som Inong.
Najib berkata rakyat perlu menyokong Barisan Nasional (BN) kerana BN adalah kerajaan yang membela rakyat.
"Kita tak main politik. Kita tak janji bulan, bintang dan cakerawala. Kita tak janji tetapi kita buat. Kita dah buat sejak tiga tahun ini... beri kita lima tahun lagi dan kita akan ubah landskap sosio-ekonomi negara ini.
"Kita akan capai wawasan kita untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Tapi untuk laksanakannya kita perlukan sokongan rakyat," tegas Perdana Menteri. - Bernama
25 Februari 2012
ALOR SETAR - Desas-desus dua anggota Exco Kerajaan Negeri dikatakan
menolak tawaran menyambung jawatan sebagai protes terhadap Menteri
Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, di luar pengetahun barisan Exco
sedia ada.
Exco Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, beliau tidak mendapat maklumat berkenaan perkara itu.
“Saya tidak tahu pula ada kalangan Exco menyatakan hasrat untuk tidak dilantik semula. Setahu saya, semua Exco bersedia galas amanah jika ditawarkan peluang,” katanya kepada Sinar Harian.
Amiruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Anak Bukit mengulas spekulasi melanda politik Kedah sejak kelmarin, mendakwa kononnya kedua-dua Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, iaitu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga) dan Dr Ismail Salleh (Exco Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan, Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi) menolak dilantik semula sebagai Exco.
“Jika saya mendapat tawaran dilantik semula sebagai Exco, saya akan terima amanah itu dan hadir pada majlis pelantikan 28 Februari di Istana Anak Bukit.
“Saya tiada masalah dan bersedia pikul tanggung jawab. Saya menyokong kepimpinan Azizan yang saya anggap sebagai seorang bapa dalam keluarga besar Kerajaan Negeri,” katanya.
Menurutnya, masih banyak perancangan untuk melonjakkan ekonomi negeri ini yang belum dilaksana.
Ditanya sama ada Azizan kini berdepan tekanan, Amiruddin berkata, Azizan dilihat tenang atau tertekan dengan pelbagai dakwaan, malah menjalankan tugasnya dengan lancar.
“Menteri Besar seperti biasa sahaja, semua mesyuarat lancar, seolah tidak ada apa-apa berlaku,” katanya.
Najib: Kami sudah insaf, beri BN peluang
26 Februari 2012
Perdana Menteri berkata Selangor selama ini maju kerana dasar-dasar dan prasarana yang dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini, dan pihak pembangkang tidak boleh mendapatkan pujian terhadap hasil titik peluh BN itu.
"Kita akui mungkin kita ada buat sedikit sebanyak kesilapan pada masa dulu sebab itu rakyat tidak menyokong kita. Tapi kita sudah insaf daripada kesilapan dulu dan kita mohon maaf kepada rakyat Selangor kalau ada apa-apa kesilapan.
"Dan kita berikrar daripada kesilapan itu, atas kesedaran itu, kita akan bangunkan satu kekuatan baru untuk mengubah landskap di Selangor supaya di bawah kepimpinan BN, kita akan menjurus kepada masa depan yang lebih baik lagi," katanya pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Selangor di sini.
Dalam ucapan selama setengah jam itu, Najib yang juga Pengerusi BN Selangor berkata sejak dua minggu lepas, beliau telah turun padang ke Perak, Melaka, Kedah dan hari ini di Selangor, dan mendapati suasana dalam negara kini menjurus menyokong BN pada pilihan raya umum kelak.
Hujan lebat yang turun sebelum ketibaan Perdana Menteri pada kira-kira 5 petang tidak mematahkan semangat penyokong BN yang hadir untuk terus berada di lokasi majlis bagi mendengar amanat Najib yang membuat lawatan sehari ke Selangor hari ini.
Sambil memanggil hadirin yang membanjiri majlis itu sebagai 'bala tentera BN Selangor', Najib berkata BN boleh merampas kembali Selangor jika bilangan bala tentera itu lebih ramai, lebih berani, pintar dan nekad serta sanggup bekerja lebih keras daripada pihak lain.
"Semangat dah ada, matlamat sudah dapat dilihat, perancangan sudah ada... semuanya sudah lengkap... ayuh kita turun berjuang habis-habisan," kata Najib dengan penuh bersemangat sambil disambut sorakan gemuruh.
Najib berkata anggota BN perlu akur dengan pucuk pimpinan dalam soal pemilihan calon dan memberi sokongan penuh kepada mereka yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya nanti.
"Jangan sabotaj parti kita sendiri sebab jika kita sabotaj parti, ibarat kita menjaringkan gol sendiri dan bila jaring gol sendiri kita akan kalah dan seterusnya kita akan merana," tegas Perdana Menteri.
"Sudah cukup empat tahun Selangor di bawah pakatan pembangkang, jangan kita bagi tempoh lanjutan sebab kalau bagi tempoh lanjutan nanti susah nak dapat balik. Inilah peluang terbaik untuk mengembalikan bumi Selangor kepada BN," katanya.
Najib mengingatkan calon-calon BN supaya menjaga kepentingan semua kaum dan bukan hanya kaum tertentu kerana ini menjadi asas dalam memastikan kemenangan BN.
Katanya, semangat BN menjadi pudar kerana terkena tsunami politik pada pilihan raya umum lepas.
"Tetapi dalam tempoh empat tahun kita telah bina semula jentera BN di Selangor sedikit demi sedikit, semangat kita yang pudar itu, moral kita yang luntur itu hari ini telah bertukar wajah," katanya. - Bernama
Najib: Jangan sokong parti banyak masalah
25 Februari 2012
Perdana Menteri meminta rakyat tidak memberi sokongan kepada parti yang banyak masalah seperti mempunyai ideologi bertentangan.
"Ada kata itu, ada kata ini. Ada yang sokong Israel dan ada yang banyak masalah peribadi. Kita tak boleh pakai parti banyak masalah ini," katanya pada Karnival Kasih Perdana Menteri Bersama Masyarakat Siam Kedah dan Perlis di Wat Nanai, Kampung Tok Set dekat sini hari ini.
Hadir sama isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Anggota Dewan Negara yang mewakili masyarakat Siam Senator Boon Som Inong.
Najib berkata rakyat perlu menyokong Barisan Nasional (BN) kerana BN adalah kerajaan yang membela rakyat.
"Kita tak main politik. Kita tak janji bulan, bintang dan cakerawala. Kita tak janji tetapi kita buat. Kita dah buat sejak tiga tahun ini... beri kita lima tahun lagi dan kita akan ubah landskap sosio-ekonomi negara ini.
"Kita akan capai wawasan kita untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Tapi untuk laksanakannya kita perlukan sokongan rakyat," tegas Perdana Menteri. - Bernama
'MB Azizan seperti bapa'
25 Februari 2012
Exco Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, beliau tidak mendapat maklumat berkenaan perkara itu.
“Saya tidak tahu pula ada kalangan Exco menyatakan hasrat untuk tidak dilantik semula. Setahu saya, semua Exco bersedia galas amanah jika ditawarkan peluang,” katanya kepada Sinar Harian.
Amiruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Anak Bukit mengulas spekulasi melanda politik Kedah sejak kelmarin, mendakwa kononnya kedua-dua Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, iaitu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga) dan Dr Ismail Salleh (Exco Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan, Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi) menolak dilantik semula sebagai Exco.
“Jika saya mendapat tawaran dilantik semula sebagai Exco, saya akan terima amanah itu dan hadir pada majlis pelantikan 28 Februari di Istana Anak Bukit.
“Saya tiada masalah dan bersedia pikul tanggung jawab. Saya menyokong kepimpinan Azizan yang saya anggap sebagai seorang bapa dalam keluarga besar Kerajaan Negeri,” katanya.
Menurutnya, masih banyak perancangan untuk melonjakkan ekonomi negeri ini yang belum dilaksana.
Ditanya sama ada Azizan kini berdepan tekanan, Amiruddin berkata, Azizan dilihat tenang atau tertekan dengan pelbagai dakwaan, malah menjalankan tugasnya dengan lancar.
“Menteri Besar seperti biasa sahaja, semua mesyuarat lancar, seolah tidak ada apa-apa berlaku,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan