Rabu, 15 Februari 2012

NI BETUL..TERIMA SAJA...LETAK DIMANA PUN..JANGAN ORANG TU NAK LETAK KAWASAN SELAMAT...TAK NAK KAWASAN YANG SUKAR NAK MENANG...CAKAP KEMAIN HEBAT TAPI SIKAP PENAKUT....TAKUT KALAH...

Lembah Sireh: Bukti kemampuan PAS mentadbir

Rossem, 14 Feb 2012

KOTA BHARU, 14 Feb: Biar pun seringkali dipertikai pemimpin Umno, namun pembangunan bandar metropolitan di Lembah Sireh yang tersergam indah di tebing Sungai Kelantan tetap berjalan lancar.

Hari ini di kawasan itu boleh dilihat Pasaraya Besar Tesco, lot-lot kedai, Kolej Poly-Tech Mara, Kolej Masterskill, pejabat, terminal bas, riverfront dan restoran terapung.

Berbeza berbanding sebelum ini lokasi itu merupakan kawasan pertanian yang di kelilingi semak dan samun. Ketika itu seramai 130 penduduk pernah mengusahakan aktiviti pertanian di kawasan berkenaan.

Namun sekarang hampir 1,500 penduduk mencari rezeki di Lembah Sireh.

Tanpa mengeluarkan sebarang modal kerajaan Kelantan berjaya membangun Lembah Sireh dan sehingga sekarang pemaju, Liziz Standaco Sdn Bhd menyumbang berjumlah RM46 juta bagi pembangunan perumahan kos rendah (RM3 juta), sumbangan kepada petani (RM2 juta) dan penyerahan tanah bagi pembinaan tapak istana (RM41 juta).

Kejayaan itu menggambarkan keupayaan ulama mentadbir sehingga berjaya membangunkan bandar baru yang kini merubah wajah Bandar Kota Bharu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, seramai 130 petani dipindahkan ke lokasi baru di Kampung Tikat dan kini menjadi pusat pertanian komersial.

Selain itu kerajaan negeri juga menerima hasil daripada premium tanah hampir RM1.2 juta, hasil tanah (RM230,000 setahun), cukai bandar bagi kompenan yang telah disiapkan (RM720,000 setahun), terminal bas dan ruang niaga (RM50,000 sebulan).

“Kalau dahulu sebelum ada projek pembangunan hanya seramai 130 penduduk yang bekerja sebagai petani di kawasan itu.

“Namun sehingga kini hampir 1500 penduduk tempatan dapat mencari rezeki melalui pelbagai peluang pekerjaan yang disediakan,” katanya di sini.

Baru-baru ini sebuah badan bukan kerajaan tajaan Umno yang dikenali sebagai Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak) diketuai bekas pemimpin Angkatan Muda KeADILan, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad menyifatkan projek terbabit gagal dan kemungkinan syarat perjanjian tidak dipatuhi pemaju, Liziz Standaco Sdn Bhd.

Pemimpin berkenaan juga sebelum ini terbabit demontrasi di hadapan Kota Darulnaim tahun lepas, mendakwa kerajaan negeri merampas tanah rakyat.

(Ikuti berita lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)

Lawatan Presiden PAS fokus kerusi ditandingi

Hazayani Zakaria, 14 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 14 Feb: Ahli khususnya jentera pilihan raya PAS negeri diseru turun ke program sehari misi menawan Negeri Sembilan, 19 Februari ini yang akan dirasmikan oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Taufek Abdul Ghani berkata, program itu sempena lawatan kerja sehari ke negeri itu bagi memantau persediaan terakhir PAS.

"PAS Negeri Sembilan mengatur pelbagai program sempena lawatan Presiden ini.

"Paling penting, Presiden akan menyampaikan amanat khusus bagi menghadapi pilihan raya umum," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Menurut Taufek juga, Presiden dijangka mengadakan lawatan ke kawasan-kawasan yang dikenal pasti akan bertanding di samping mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin PAS negeri dan Jabatan Pilihan raya Negeri (JPN).

"PAS sudah mengenal pasti kerusi-kerusi yang akan dipertandingkan jadi Presiden akan fokus ke kawasan-kawasan tersebut," katanya.

Berikut ialah tentatif program lawatan rasmi Presiden PAS ke Negeri Sembilan:
Masa Program Tempat

07:45 pagi


Kuliah Dhuha dan Majlis Pelancaran  ”Majlis Ilmu” dan sarapan pagi bersama Presiden PAS.

PASTI Wildan (Sebelah Masjid Ampangan),  Jalan Jelebu.


09:30 pagi

Majlis Pelancaran “Dokumen Negara Berkebajikan” dan Manifesto Pakatan Rakyat NS ”Prihatin Rakyat”

Kuala Pilah.
12:30 t/hari

Jamuan bersama rakyat
~ Ucapan Yang DiPertua PAS Kuala Pilah
~ Ucapan Dato’ Seri  Abdul Hadi Awang
Dataran Dioh, Kuala Pilah.
04:45 ptg Minum Petang bersama peneroka Felda Di Felda Raja Alias 4.
~ majlis serahan bantuan peneroka miskin
Rumah YDP PAS Jempol, Felda Raja Alias 4, Bandar Baru Serting.
7:30 malam Solat Maghrib Masjid Senama, Chembong.
8:00 malam Jamuan bersama rakyat
~ Ucapan Yang DiPertua PAS Rembau
~ Ucapan Presiden PAS
Kampung Batu, Rembau.

10:30 malam

Ceramah Perdana
~ Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
~  Mohd Taufek Abdul Ghani
~ Dato’ Kamarul Baharin Abbas
~ Anthony Loke Siew Fook

Kg Tengah, Batu 8, Labu.





 





Deportasi Kashgari sukar diberi komen objektif

Mohamed Hanipa Maidin, 14 Feb 2012
Isu deportasi rakyat Arab Saudi, Hamzah Kashgari yang kini hangat dibincangkan merupakan satu isu yang agak sukar untuk diberi komen yang objektif.

Hamzah Kashgari telah didakwa menulis satu kenyataan yang menghina Rasulullah s.a.w.melalui twitter dan menurut laporan Reuters selepas beberapa jam tulisan beliau itu, beliau telah memadamkannya dan menulis dengan panjang lebar dengan memohon maaf dan bertaubat atas tulisannya itu.

Dilaporkan juga beliau telah keluar dari Arab Saudi dan bercadang untuk lari ke New Zealand atas alasan beliau takut akan dibunuh jika tidak melarikan diri. Kini semua orang tahu proses deportasi beliau ke Arab Saudi telah dilakukan meskipun terdapat keputusan Mahkamah Tinggi di negara itu yang menghalang proses deportasi itu dilakukan.

Berdasarkan senario di atas pendirian saya berhubung isu ini adalah seperti berikut:-

Islam memandang serius sebarang kenyataan yang sama ada secara langsung atau tidak langsung menghina mana-mana Rasul atau Nabi apatah lagi Rasulullah s.a.w. Jika menghina manusia yang lain juga dilarang oleh Islam sudah tentu menghina manusia yang Allah dan MalaikatNya memuji dan berselawat atasnya iaitu Rasulullah s.a.w. sudah tentu lebih lebih lagi dilarang.

Meskipun Islam amat menyanjung tinggi kebebasan bersuara dan kebebasan berekspresi namun sepertimana yang diterima dan diakui oleh mana-mana undang-undang di dunia ini dan piagam hak asasi manusia sejagat kebebasan bersuara tidak bersifat mutlak dan harus dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

Islam mempunyai piawaian atau standardnya tersendiri dalam menentukan hak dan kebebasan bersuara dan ianya wajar dihormati.

Islam meletakkan penghinaan ke atas mana-mana Nabi atau Rasul sebagai satu perbuatan jenayah dan jika terdapat bukti seseorang itu melakukan kesalahan tersebut beliau wajar dibicarakan mengikut lunas-lunas undang-undang dan prinsip-prinsip keadilan sebelum sebarang hukuman dijatuhkan ke atas orang tersebut.

Islam mengiktiraf prinsip sejagat undang-undang jenayah iaitu seseorang yang dituduh adalah dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. Dalam menentukan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak , beliau tidak boleh sama sekali dihakimi oleh sentimen orang ramai sebaliknya hendaklah ditentukan oleh Mahkamah yang akan mengambil kira segala bukti dan keterangan yang ada. Kebencian kepada seseorang tidak boleh digunakan untuk menafikan proses keadilan ke atas orang tersebut.

Bertolak dari prinsip di atas jika benar Hamzah Kashgari ada mengeluarkan kenyataan yang dikatakan menghina Rasulullah s.a.w beliau sewajarnya diambil tindakan berdasarkan undang-undang yang dikuatkkuasa di negara beliau. Ini kerana beliau adalah rakyat Arab Saudi dan tuduhan kesalahan tersebut dilakukan di sana maka Mahkamah Arab Saudi, bagi saya, mempunyai bidangkuasa untuk membicarakan beliau atas prinsip undang-undang dan keadilan yang dinyatakan di atas.

Kita percaya jika sekalipun beliau didapati bersalah atas kesalahan yang dikatakan dilakukan oleh beliau mahkamah di sana akan pasti mengambil kira perisytiharan taubat beliau. Bagi kesalahan yang termasuk dalam kategori ' irtidad' Islam mengkehendaki mahkamah mengambil kira hak seseorang untuk bertaubat.

Bagaimanapun jika beliau tidak melakukan kesalahan tersebut beliau tidak sewajarnya merasa takut untuk berhadapan dengan proses perbicaraan di sana bagi mempertahankan dirinya dari tuduhan yang tidak benar itu.

Jika benar dakwaan Kashgari bahawa beliau menjadi mangsa kerana menyokong kebangkitan Arab (Arab spring) dan mendesak supaya proses demokrasi dibuka di negara beliau ianya satu tindakan yang amat dikesali. Jika benar dakwaan Kashgari tersebut adalah munasabah untuk mana-mana pihak mendesak pihak Arab Saudi tidak mengambil tindakan ke atas Kashgari atau mana-mana rakyatnya yang menuntut demokrasi dibuka di sana bagi mewujudkan satu kerajaan yang lebih terbuka dan tidak dilihat menindas dan mencengkam rakyatnya.


Penulis adalah AJK PAS Pusat

'Terpulang kepada PAS nak letak saya di mana'

Nazri Abdullah, Muhammad Faizal, 14 Feb 2012
SHAH ALAM, 14 Feb: Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahudin Ayub yang didakwa akan balik bertanding di negeri kelahirannya di Johor berkata, dakwaan itu hanya sekadar khabar angin.

Menurutnya, PAS sendiri pun belum membuat sebarang keputusan berhubung kerusi yang bakal ditandingi calon-calon mereka apatah lagi terhadap dirinya.

"Itu rumours yang kata saya akan balik ke Johor.

"Parti pun belum putuskan di mana saya akan bertanding," katanya ketika ditemui Harakahdaily semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desas desus bahawa beliau akan meninggalkan Kelantan dan bertanding di Johor sebagai persediaan Pakatan Rakyat menawan negeri itu.

Salahudin juga sebelum ini disebut-sebut sebagai calon menteri besar Johor jika Pakatan Rakyat dapat menguasai negeri itu pada PRU-13 nanti.

Mengulas lanjut Salahudin yang juga Naib Presiden PAS berkata, beliau tidak ambil pusing soal kerusi mana yang akan ditentukan PAS terhadapnya, sebaliknya beliau mahu memberi fokus kepada usaha memenangkan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya.

"Setakat ini saya mainkan peranan sebagai naib presiden parti.

"Lebih penting bagi saya mahu melihat PAS dan Pakatan Rakyat menang dengan cemerlang pada PRU-13 akan datang," katanya lagi.

Soal kerusi mana untuk beliau bertanding pula, beliau sekali lagi mengulangi pendiriannya sebelum ini bahawa terpulang kepada pimpinan dan akan akur dengan segala ketetapan parti kelak.

"Saya akan buat keputusan ikut kehendak parti di mana nak letak saya bertanding.

"Kalau parti rasa saya boleh membantu kemenangan parti, saya bersedia di mana-mana sahaja," katanya.

Salahudin telah menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan selama dua penggal sejak menang dalam PRU 2004.

Pada PRU 2008, beliau berjaya pertahankan kerusi sama dengan majoriti 10,642 undi.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta mengulas hasrat Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed mahu menarik Salahuddin bertanding di negeri itu juga membayangkan bersedia melepaskan Salahudin.

Apa-apa pun kata Nik Aziz, terserah kepada PAS Johor berbincang dahulu dan menentukannya.

Tiada ulasan: