Khamis, 9 Februari 2012

DAH LAH TAK YAH BESAR2KAN HARI KEKASIH NI...DAH ADA FATWA...PENDAPAT BOLEH TOLAK..KECUALI ADA NAS2 YANG KUKUH...BANYAK LAGI CARA NAK MENARIK GOLONGAN MUDA...TAPI BUKAN CARA NI SAJA...

Sambutan Hari Kekasih


09 Feb 2012
1.  Memadu kasih antara dua insan lelaki dan perempuan adalah antara nikmat anugerah Allah swt kepada ummat manusia. Malah kasih dan cinta yang berputik lalu berbunga dan berbuah inilah menjadikan bumi ini meriah dengan penghuninya. Namun Islam tidak menetapkan hari-hari tertentu untuk meraikannya.

2. Adam dan Hawa pernah memadu kasih. Sunnah mereka berdualah menjadi fitrah ummah yang tidak mungkin boleh dipadam. Lantas Islam dibawa datang dari tuhan yang sama dengan tuhan yang telah mencipta manusia lalu menyatukannya dengan kasih dan cinta, malah tuhan yang sama jua telah menyusun kehidupan ini dengan penuh sistematik agar cinta tidak bernoda dan kasih tidak menjadi tragedi.
3. Islam mensyariatkan institusi perkahwinan untuk meluruskan kasih dan cinta. Justeru itu, Islam mengizinkan lelaki dan perempuan saling membina perasaan, memupuk rasa kasih serta memekarkan bunga cinta antara mereka selama mana mereka tidak membiarkan syaitan dan iblis menjadi perantara  yang menjerumuskan hubungan mereka ke lembah maksiat dan mungkar.
4. Anak-anak muda muslim dan muslimah boleh meraikan kekasih hati mereka terutama mereka yang telah berada diambang perkahwinan, samaada sempena hari kekasih ataupun pada hari lebaran yang  lain selama mana mereka memelihara adab dan akhlak Islam.  Antaranya :
a] pastikan tidak berdua-duaan, sebaliknya ditemani mahram
b] tidak mendedahkan aurat apatah lagi berpakaian seksi
c] tidak melakukan perbuatan yang dilarang agama
5. Mereka mungkin perlu bertemu pada saat-saat tertentu dengan memelihara adab dan akhlak yang telah saya nyatakan tadi, bagi mereka saling mengenali dan menyelami isi hati mereka sebagaimana mereka perlu membincangkan rancangan masa depan  dan persiapan mereka menghadapi gerbang perkahwinan.
6. Namun anak-anak muda muslim perlu elakkan budaya asing dan syiar agama lain dibawa masuk mewarnai corak dan gaya kehidupan mereka. Lantaran Islam sudah lengkap dengan tatacara dan gaya hidup yang indah dan  mendamaikan. Islam tidak pernah menghalang kemahuan dan keperluan manusia tetapi Islam memurnikan kemahuan dan mengurus keperluan mereka agar tidak terhindar dari redha Allah swt Tuhan yang mencipta mereka.
7. Meraikan kekasih hati tidak terhad kepada anak-anak muda yang belum berumahtangga, bahkan terlebih wajar ianya diraikan oleh pasangan yang sudah berumahtangga, samaada yang baru dibina ataupun yang sudah lama. Keraian tersebut boleh menyuburkan rasa kasih dan cinta yang sekian lama bersemi. Hubungan suami isteri bertambah intim dan keluarga kian erat. Terutama seorang pejuang, terlebih aula ia memiliki rumahtangga yang mendamaikan agar aksi di medan juang lebih berkesan.
8. Saya mengesyorkan, sempena hari kekasih  ataupun apa jua nama hari lebaran yang membawa maksud serupa, diraikan dengan hadiah dan ziarah. Jika melibatkan pasangan yang belum diijab kabul, pastikan 3 adab dan akhlak yang telah saya tegaskan tadi laksanakan.
9.  Tidak susahkan? hanya perlu ditemani mahram seperti adik beradik ataupun ibubapa serta berpakaian menutup aurat.  Ianya untuk keselamatan anda juga. Ingat, kita hidup di zaman yang sangat terdedah kepada kemungkinan maruah kita dicalar dan diragut dengan begitu mudah dan rakus  jika kita tidak mengambil langkah berhati-hati.
10. Saya ucapkan selamat meraikan kekasih hati anda dengan akhlak Islami. Semoga rumahtangga anda, samaada yang bakal dibina atau yang telah lama dibina akan senantiasa dirahmati dan diberkati Allah swt.
Nota: sempena sambutan Maulidur Risaalah, saya juga mengharapkan semua khasnya anak-anak muda muslim/ah meletakkan rasa kasih dan cintanya kepada Junjungan Besar Nabi kita Muhammad saw. mengatasi cinta dan kasih kita kepada manusia yang lain.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Parlimen bersidang 12 Mac, Najib belum mahu bubar

Mohd Rashidi Hassan,08 Feb 2012
AHLI-Ahli Parlimen sudah menerima notis bahawa, sidang Parlimen akan diadakan pada 12 Mac, dengan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong yang baru, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Sultan Badlishah. Parlimen dijangka bersidang dalam tempoh sebulan.
Pada saat ini agak mustahil Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak akan membubarkan Parlimen untuk memanggil Pilihan Raya Umum ke-13, kerana pelbagai persiapan untuk menyambut perasmian YDP Agong di Parlimen sudah dimulakan.
Namun kuasa mutlak adalah di tangan PM. Beliau berhak membubarkan Parlimen pada bila-bila masa. Tempoh pemerintahan selama lima tahun Barisan Nasional, hanya berakhir April 2013.
Dalam seminggu dua ini memang banyak spekulasi menyatakan PM akan memanggil pilihan raya dalam tempoh terdekat, memandangkan BN jarang mengadakan PRU dalam tempoh genap lima tahun.
Membubarkan Parlimen untuk memanggil PRU, merupakan suatu langkah besar yang bakal menentukan hala tuju masa depan kerajaan. Sama ada BN kekal atau Pakatan Rakyat yang menang, kuasanya ada di tangan rakyat.
Selaku PM, sudah tentu Najib tidak akan berani membubarkan Parlimen jika beliau belum yakin BN boleh kembali memerintah. Pada fikiran Najib, dia terpaksa memerlukan keputusan yang lebih baik daripada 2008 buat BN. Jika keputusan PRU ke-13, sama atau lebih buruk daripada 2008 buat BN, Najib tidak ada jalan lain selain meletakkan jawatan sebagai PM.
Sudah tentu Najib tidak mahu jadi PM sepenggal macam Tun Abdullah Ahmad Badawi. Atau barangkali juga Najib sedang mencongak kemungkinan beliau PM terakhir dari Umno-BN selepas, 60 tahun mereka berkuasa.
Dalam menentukan tarikh PRU, Najib sudah tentu memerlukan laporan-laporan dari agensi kerajaan serta perisik-perisik kerajaan yang diupah untuk memelihara kepentingan BN.
Oleh kerana PRU 2008 menjadi penanda aras kelemahan Umno-BN yang semakin terhakis. Maka Umno-BN harus bergantung kepada laporan Kemas, maklumat Special Branch (SB) ataupun perisik tentera untuk maklumat-maklumat rahsia.
Selaku bekas Menteri Pertahanan, Najib dikhabarkan lebih percaya maklumat perisik tentera atau agen-agen Military Intelligent Officer (MIO). Modus operandi Kemas, SB dan MIO ini sebenarnya sama sahaja.
Namun, Najib lebih mempercayai MIO kerana maklumat dari Kemas sering tersasar, kerana beliau sering menerima laporan positif sedangkan maklumat di bawah negatif.
Begitu juga dengan SB. Kebanyakan SB yang berlonggok di markas-markas pilihan raya BN hanya hendak mengaut duit Umno.
Lalu jika SB membawa laporan negatif, maka mereka tidak akan dapat habuan lagi. Doktrin politik wang sudah merosakkan polis.
Maka Najib tidak ada pilihan selain daripada bergantung laporan MIO, untuk menentukan bilakah wajar Parlimen dibubarkan. Bolehkah BN menang lebih selesa daripada 2008. Justeru dalam kamus Najib, agenda menang besar sudah hampir mustahil.
Maka Najib sedia mengadaptasikan pendekatan 'win some, loose some'. Najib terpaksa menumpukan strategi BN. Khabarnya dalam laporan MIO yang diterima sebulan lepas, petanda untuk BN menang, belum kelihatan.
Dalam laporan itu, BN terpaksa melupakan Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang. Manakala di Perak, peluang BN mengekalkan kuasa amat tipis. Selangor menjadi sasaran utama Najib, tetapi dikhabarkan peluang BN menang di Selangor hanya berlegar di sekitar 40 peratus.
MIO mengatakan BN hanya boleh kembali menerajui Selangor jika BN banyak menabur wang untuk rakyat. Maka Najib terpaksa bergantung kepada BR1M, meninjau peluang BN selepas BR1M habis diedarkan dalam tempoh sebulan lagi.
Tetapi ada khabar buruk yang lebih menggusarkan Najib. Khabar yang diberi MIO kepadanya menunjukkan Negeri Sembilan dan Melaka juga tidak selamat buat BN. Sebahagian Pahang juga terancam, termasuk kawasan di utara dan pantai barat Johor, semuanya menunjukkan BN berada dalam keadaan yang terancam.
Laporan tersebut dikatakan memuatkan prestasi buruk anggota komponen BN iaitu MCA, MIC dan Gerakan yang masih gagal memulihkan sokongan masyarakat Cina dan India kepada BN.
Oleh itu, PRU ke-13 ini jelas merupakan ujian yang paling getir buat BN. Tiada jalan lain untuk BN kembali memerintah selain terpaksa merasuah rakyat sebanyak mungkin.
Rakyat harus terus diberikan kesedaran, rakyat harus berhati-hati dengan apa jua bantuan yang seumpama dengan BR1M, jangan seronok seketika, merana lagi lima tahun. Sokong Pakatan Rakyat, tolak BN!

Syabas Aziz Bari sertai politik

Subky Latif,07 Feb 2012
SYABAS! Dan dialu-alukan jika benar Prof. Aziz Bari mahu menyertai politik yang aktif setelah dibersarakan oleh UIAM.

Prof. Aziz sebenarnya sudah pun berpolitik secara bebas sebagai seorang akadamis cuma tidak terjun ke dalam arena parti politik yang aktif.

Dia tidak teragak-agak menyatakan pandangan menegur perkembangan baik terhadap pembangkang, apa lagilah terhadap kerajaan dan pemimpinnya.

Banyaknya teguran itu adalah terhadap kerajaan dan UMNO kerana pihak itu memang banyak salah silapnya.

Ada juga beberapa kerat orang akadamik berpolitik sepertinya tetapi kebanyakan mengkritik pembangkang. Mereka membisu terhadap UMNO dan kerajaan tetapi tidak kikir untuk membidas pembangkang. Politik mereka boleh dikira mengampu.

Tetapi Aziz tidak mengampu walau pun dia rapat dengan PAS. Semua masih ingat Aziz pernah membuat beberapa teguran kepada Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang.

Dia memilih untuk menjadi pemerhati dan pengkritik. Oleh kerana alam kampus tidak diberi pilihan untuk mengkritik kerajaan, maka politik pasif Aziz itu pun diberi tindakan bersara dari jawatannya.

Aziz dikenakan musibah. Diberhentikan. Musibah itu adalah atas izin Allah juga. Tidak berlaku kalau tidak diizin Allah. Allah mengujinya melalui peraturan zalim universitinya. Ia adalah takdir. Setiap takdir terhadap orang beriman mesti dihadapi dengan bersabar.

Kalau Aziz Bari dapat menerima musibah itu dengan berkata  Alhamulillah dan Inna lilah waina ilaihi rojiun, nescaya sebuah banglo disediakan Allah di syurga.

Ujian musibah itu bergantung tahap iman Prof. Aziz. Jika tebal iman, teruk ujiannya. Jika nifis, ujiannya  ringan atau tidak diuji langsung.

Tidak pilihan buat Aziz melainkan bersyukur atas ujian itu. Bersabar. Menyertai politik itu adalah dalam rangka reaksi sabar itu. Bukan bersabar berdiam diri, menyesali atas kerja baiknya selama ini dan merayu atau minta ampun atas kesalahan yang tidak dilakukan.

Mana parti politik yang akan disertai Aziz? Ketika ulasan ini dibuat, dia belum membuat pilih antara parti Pakatan Rakyat yang dikatakannya melamarnya.

Jika saya ditanya, saya akan kata pilihlah politik yang ada jihad sesuai dengan ujian yang Allah takdirkan terhadapnya.

Itulah pandangan yang saya  tidak sempat beri kepada Anwar  Ibrahim ketika dia mula dilanda musibah politik dan kemanusiaan paling  perit  sejak berbelas tahun lalu. Saya hendak beritahu dia,  sertai PASlah kerana dalam PAS itu ada jihadnya.

Semua orang beriman yang diuji Allah mestilah menerimanya dengan mendekatkan diri kepada Allah. Antara politik yang dekat kepada Allah ialah PAS. Kerana disamping matlamat politik Islamiyahnya, ia ada matlamat dakwah.

Inilah baru saya tulis hal ini. Saya sekeluarga ada ke rumah Anwar untuk menyampaikan pandangan ini, tetapi tiada ruang dan peluang.

Kalau Aziz rasa  sudah terpanggil untuk terjun dalam politik yang aktif sebagai tanda syukur  dan bersabarnya, maka dia mesti terjun dalam politik yang membuat banyak kerja untuk Islam.

Itulah yang Almarhum Necmattin Erbakan, pemimpin ulung parti Islam Turki bagitahu kepada Abdullah Gul yang bekerja dalam syarikat kewangan di Saudi masa itu. Baliklah ke Turki bekerja untuk Islam. Abdullah Gul pun balik berjihad politik bersamanya, dan sekarang Abdullah Gul ada Presiden Turki.

Dalam politik  dan jihad tiada janji indah. Bahkan akan banyak ujian lagi. Mungkin buat Aziz Bari yang terjun ke situ akan menemui ujian lebih berat dari yang dihadapinya di UIAM. Itulah yang dihadapi oleh semua yang menyertai PAS. Ramai yang berjaya tetapi ada juga yang tercicir.

Kedatangan Aziz dalam politik menjelang PRU 13 penuh cabaran ini adalah suatu yang dirasakan untung buat Pakatan. Tetapi percayalah politik paling manis bagi orang Islam ialah politik Islam. Pada Islam politik itu manis. Yang menjadikannya pahit ialah manusia. Dalam politik Islam  saja manusia tidak mati katak.

Apa pun Aziz Bari tetap diberi sambutan dalam politik melalui mana-mana parti pilihannya.

Tiada ulasan: