Sabtu, 25 Februari 2012

PENYELEWENGAN2 YANG SENTIASA DITUTUP...LEPASLAH DIDUNIA...AKHIRAT NANTI NAK LARI MANA...SEMUA YANG TERLIBAT..DAN YANG MENYOROKAN KES2 NI AKAN DIDAKWA...SABIT MASUK NERAKALAH MEREKA NI...INGAT NERAKA ITU MENUNGGU PENYELEWENG2 NI...

Zaid ibrahim 'digulingkan' ahli tak puas hati
Sekumpulan ahli Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), yang mendakwa mewakili sebahagian besar ahli parti itu, telah 'mengguling' Datuk Zaid Ibrahim sebagai presiden KITA dalam satu mesyuarat tergempar pagi ini.

NONEZamil Ibrahim (kanan), yang sebelum ini dipecat oleh Zaid, telah
dinamakan sebagai 'ketua' baru parti itu dalam mesyuarat tersebut yang diadakan di Kota Baru.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa 'kepimpinan' baru akan berjumpa dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) minggu depan untuk mengesahkan kesahihannya dalam parti.

Parti berusia satu tahun itu, yang ditukar oleh Zaid dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), terbabit dalam perebutan kuasa selepas beliau membuat keputusan mengejut bulan lepas untuk membubarkan parti itu.

Keputusan itu menyebabkan kepimpinan parti itu di beberapa buah negeri memberontak terhadap Zaid, dan mendesak beliau meletak jawatan dan jangan mengganggu parti itu.

Sekretariat parti 'dikawal' oleh Zaid


Kumpulan serpihan itu, yang diterajui oleh Zamil yang merupakan ketua KITA Kedah sebelum dipecat oleh Zaid, membuat laporan polis di Kota Baru semalam, mendakwa pemimpin-pemimpinnya telah melanggar perlembagaan parti.

Beliau menuduh Zaid sengaja menyembunyikan berita bahawa ibupejabat parti itu telah menerima surat tunjuk sebab dari ROS berhubung keputusannya untuk membubarkan parti itu, selepas dia gagal melaksanakan keputusannya melalui jawatankuasa eksekutif pusat parti.

Zamil mendakwa pelantikan beliau itu, yang telah diumumkan oleh ketua KITA Kelantan yang juga anak kepada pengasas Akim, mendapat sokongan dari banyak pemimpin negeri.

"Kami akan menyerahkan kepada ROS (untuk menentukan sama ada mesyuarat berkenaan mengikut perlembagaan parti)," katanya apabila ditanya mengenai kesahihan mesyuarat itu dan pelantikannya.

Zamil menjelaskan kumpulan yang memberontak itu tidak mempunyai pilihan kecuali memanggil mesyuarat tergempar kerana permintaan mereka supaya diadakan mesyuarat agung luar biasa seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti, tidak dihiraukan oleh kepimpinan pusat, yang didakwanya dikawal oleh Zaid.

Ahli perniagaan yang berusia 45 tahun itu adalah ahli exco Pemuda PKR dan pembantu kepada seorang ahli Parlimen PKR sebelum beliau menyertai KITA.

Kit Siang: Tiba masa audit penuh kerugian Mahathir
DAP menggesa supaya dilakukan audit penuh terhadap kerugian akibat skandal kewangan yang didakwa berlaku sewaktu pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang - dalam satu kenyataan semalam - berkata langkah itu perlu kerana pentadbiran sekarang "nampaknya seperti tidak mengambil sebarang pengajaran daripada (skandal yang lalu)".

Katanya, rakyat Malaysia terkejut dan marah dengan komen sinis bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang menjustifikasikan tindakan kerajaan menyelamatkan MAS yang mengakibatkan kerugian dana awam, atas alasan terdapat kes yang lebih teruk daripada itu selepas beliau (Dr Mahathir) bersara.

Lim (kanan) menyifatkan alasan Mahathir semalam untuk menerangkan tindakan menyelamat MAS membabitkan RM1.8 bilion sewaktu pentadbirannya sebagao "logik sesat".

Bekas perdana menteri itu membidaskan pihak media yang menurutnya hanya memberi tumpuan kepada perkara itu, sedang orang lain, contohnya pengganti beliau, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, juga kerugian sejumlah besar wang awam.

Lim menganggap penyelesaian antara bekas pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli dan pihak pengurusan Danaharta Nasional Bhd, sebagai kesinambungan contoh yang dibuat oleh Dr Mahathir, dan berkata sudah tiba masa untuk menyiasatnya.
Oleh itu, katanya, sudah tiba masanya untuk melakukan audit penuh kerugian RM100 bilion dalam skandal-skandal kewangan selama 22 tahun Tun Dr Mahathir menjadi perdana menteri,  "terutama apabila kerajaan Najib nampaknya seperti tidak mengambil sebarang pengajaran daripadanya."
Tony Pua dedah perjanjian pinjaman NFC
Ahli Parllimen Petaling Jaya Utara, MP Tony Pua hari ini mendedahkan kandungan perjanjian pinjaman antara National Feedlot Corporation (NFC) dengan kerajaan, yang mengesahkan persepsi bahawa ia berat sebelah dan pembelian hartanah mewah melanggar perjanjian tersebut.

NONEDokumen 35 muka surat itu dengan jelas menyatakan bahawa tujuan
pinjaman mudah dari kerajaan itu pada kadar faedah tahunan dua peratus adalah semata-mata untuk projek Pusat Fidlot Kebangsaan.

Oleh itu, katanya, kenyataan sebelum ini yang dibuat oleh pengarah NFC bahawa pinjaman itu boleh digunakan untuk pelaburan hartanah, adalah tidak betul sama sekali.

Dalam sidang akhbar di ibupejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini, Pua turut mengedarkan salinan perjanjian pinjaman itu kepada pemberita.

Beliau juga menyifatkannya sebagai "satu perjanjian pinjaman terburuk yang pernah dilihatnya".

Pua mendakwa bahawa dokumen itu adalah tulen dan yang diberikan oleh sumber yang tidak dinamakan.
Panel SPRM mahu isu NFC 'diselesaikan segera'
Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu kontroversi yang menyelubungi Nasional Feedlot Corporation (NFC) "diselesaikan segera" supaya "adil" kepada semua pihak yang terlibat dalam skandal tersebut.

Pengerusinya, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata, kes itu telah terlalu dipolitikkan, maka SPRM perlu memutuskan sama ada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terlibat dalam proses membuat keputusan mengenai pembiayaan projek tersebut.

Beliau pemberita bahawa SPRM telah menyelesaikan siasatannya dan menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara.

Bagaimanapun, Peguam Negara telah menyerah balik kertas siasatan itu dan meminta dijalankan siasatan lanjut terhadap perkara itu.
NFC beli kondominium tanpa kelulusan pengarah
Pelaburan hartanah Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) telah dijalankan tanpa pengetahuan lembaga pengarahnya, akhbar harian Inggeris the Sun melaporkan hari ini.

Menurut laporan muka depan akhbar itu, tiga wakil kerajaan yang menganggotai lembaga itu hanya mengetahui mengenai pembelian beberapa unit kondominium mewah melalui media.

azlanMemetik sumber yang tidak dinamakan tetapi didakwa berkait rapat dengan siasatan yang dijalankan ke atas dakwaan penyelewengan oleh syarikat projek ternakan lembu yang dimiliki oleh keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, the Sun melaporkan bahawa kelulusan lembaga pengarah adalah keperluan berkanun.

"Menurut penyiasat, dokumen yang dirampas dari syarikat itu menunjukkan bahawa tiada resolusi atau usul yang dicadangkan atau diluluskan semasa mesyuarat lembaga. Siasatan dijangka akan selesai dalam beberapa hari lagi," kata sumber itu.

Tiga wakil kerajaan dalam lembaga pengarah NFC adalah Alias Mohd Yassin (Kementerian Pertanian), Manaf Hussein (Kementerian Kewangan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Mat Ali Hassan.

Menurut akhbar itu lagi, lembaga pengarah juga tidak dimaklumkan berhubung perbelanjaan daripada dana pinjaman mudah RM250 juta yang disediakan oleh kerajaan.
Polis syor pengarah NFCorp didakwa CBT

25 Februari 2012
nfc
SHAH ALAM – Polis akan mengesyorkan kepada Peguam Negara agar mendakwa pengarah-pengarah NFCorporation atas tuduhan pecah amanah (CBT) - hasil siasatan yang dijalankan sejak lebih dua bulan lalu.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Syed Ismail Syed Azizan hari ini.
Skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) terdedah susulan Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lalu.
Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail merupakan Pengerusi Eksekutifnya.
Syed Ismail berkata, cadangan itu terkandung dalam kertas siasatan yang sedang disiapkan polis, setelah dikembalikan oleh Jabatan Peguam Negara Selasa lepas bagi
menyiasat beberapa perkara lain.
"Kita ada menyelitkan cadangan ini agar pihak Peguam Negara mengambil tindakan itu. Kertas siasatan ini akan dikembalikan dalam masa terdekat," katanya dipetik Bernama.
Dua anak Salleh juga merupakan pengarah syarikat itu termasuk seorang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif.
NFC  ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan serta mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.
Kelmarin, Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan agar siasatan terhadap kes NFC diselesaikan segera bagi berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat dalam skandal itu.
Pengerusinya, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata, siasatan itu perlu diselesaikan segera untuk mengelak pelbagai spekulasi berhubung kes itu.
"SPRM telah melengkapkan kertas siasatan itu tetapi ia telah dikembalikan oleh Jabatan Peguam Negara kerana ada beberapa perkara yang perlu disiasat lagi," katanya.
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil juga baru-baru ini dipanggil untuk diambil keterangan oleh SPRM di Putrajaya. Keterangan diambil setelah beliau pulang bercuti daripada tugas sebagai anggota Kabinet.
Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengakui telah berlaku kes pecah amanah apabila duit yang seharusnya digunakan untuk tujuan penternakan lembu telah digunakan untuk tujuan lain oleh NFCorp.
Katanya, NFCorp melanggar syarat perjanjian pinjaman dengan Kerajaan Persekutuan.

Bekas imam kesal dakwaan penyelewengan tak dapat perhatian
Hoslan Hussin, 46, yang mencetus kontroversi ekoran tindakannya membaling kasut ke arah hakim Mahkamah Persekutuan Rabu lalu kesal kerana penyelewengan yang didakwa berlaku di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan tidak mendapat perhatian.

NONEHoslan mendakwa, tindakannya  yang sering menimbulkan dakwaan penyelewengan itulah yang menyebabkan dia dipecat daripada jawatannya sebagai imam rawatib dan seterusnya diusir keluar daripada kuarters masjid tersebut.

Beliau mendakwa, dakwaan penyelewengan berjumlah "ratusan ribu" itu antara lainnya melibatkan bayaran sewa tanah masjid, kutipan daripada tabung masjid dan juga sumbangan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Beliau mendakwa, penyelewengan itu berlaku sejak tahun 1990-an lagi.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, beliau mendakwa mula menghidu perkara itu apabila dilantik sebagai imam rawatib di masjid tersebut sejak tahun 2005.

Difahamkan pada tahun itu juga, sebuah jawatankuasa bertindak yang dianggotai empat ahli jawatankuasa yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), dibentuk dan menghantar laporan kepada MAIWP pada Februari 2006, yang kemudiannya menjalankan audit dalaman pada bulan berikutnya.

MAIWP selaku pemegang amanah masjid tersebut kemudiannya dikatakan telah mengadakan mesyuarat dengan memanggil semua ahli jawatankuasa Masjid Ar-Rahimah pada Mei 2006, mengikut peruntukan Seksyen 72, Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.

"Mesyuarat itu sahkan banyak duit hilang," dakwa Hoslan lagi yang merujuk kepada mesyuarat hasil daripada audit dalaman untuk tahun 2003 hingga 2005 – dijalankan jabatan tersebut pada Mac.

Mesyuarat berkenaan dikatakan antara lainnya mendapati perbezaan di antara penyata kewangan, penyata kutipan dan penyata bank masjid tersebut, menurut minit mesyuarat itu yang dilihat Malaysiakini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali itu juga dikatakan mendapati jawatankuasa itu tidak mengetahui mengenai sumbangan jabatannya sebanyak RM2,000 setiap tahun.

Satu laporan polis kemudiannya dibuat pada Julai 2006, atas dakwaan salahlaku dan penyelewengan kewangan terhadap seorang pegawai masjid berkenaan pada Julai 2006 berhubung isu yang dibangkitkan dalam mesyuara berkenaan.

Laporan di ibupejabat kontinjen polis Kuala Lumpur itu juga dibuat berhubung kutipan tabung masjid yang didakwa dibuat tanpa rekod sah.

Ketua imam masjid itu, Zakaria Mohamed ketika dihubungi enggan mengulas dakwaan yang ditimbulkan Hoslan.

"Tidak boleh tanya saya... Kena tanya MAIWP sebab semuanya itu urusan MAIWP," katanya lagi.

Tiada ulasan: