Khamis, 9 Februari 2012

TAU LAH..MAKNANYA BOLEH BELI AYAM...KAMBING...KILANG2 GANDUM BOLEH MAKAN ANGIN...BLA..BLA..BLA......JAWAB BIAR PAKAI OTAK...JANGAN PUSING2..BERBELIT2...AKHIRAT JAWAB KALAU TIPU DAN ADA PENYELEWENGAN..

NFC: Perjanjian pinjaman tak larang pelaburan hartanah
Perjanjian untuk pinjaman mudah RM250 juta dari kerajaan kepada National Feedlot Corporation (NFC) tidak melarang syarikat tersebut daripada menggunakan dana untuk pelaburan yang tidak berkaitan dengan industri ternakan lembu, kata ketua pegawai eksekutif (CEO), Wan Shahinur Izmir Salleh.

Dalam satu kenyataan hari ini, Wan Shahinur Izmir berkata, oleh itu, syarikat tersebut tidak boleh disalahkan kerana membeli hartanah apabila projek fidlot tersebut dihentikan sementara untuk kajian daya maju.

Menurutnya, perjanjian pinjaman itu tidak menyatakan sebarang larangan untuk membuat pelaburan.

NONEKatanya, daripada hanya meletakkan wang dalam instrumen pasaran wang, maka ia dianggap lebih bijak untuk melabur dalam hartanah dalam jangka pendek.

Adalah difahamkan bahawa pelaburan itu merujuk kepada harta yang dibeli di bawah nama syarikat tersebut, termasuk dua unit kondominium One Menerung di Bangsar, Kuala Lumpur dan sebidang tanah di Putrajaya.

Tiga unit kondominium mewah di Singapura yang didedahkan oleh PKR, telah dibeli di bawah nama pengerusi eksekutifnya, Datuk Seri  Mohd Salleh Ismail, yang merupakan suami menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dan anak-anak mereka.
Timbalan presiden Gerakan mahu Shahrizat berundur
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menerima satu lagi tamparan - kali ini dari sebuah parti komponen BN - ketika tekanan semakin memuncak terhadap menteri kabinet tersebut supaya berundur.

Hari ini, turut menyertai desakan terhadap Shahrizat itu - ekoran pembabitan keluarga menteri berkenaan dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC) - ialah Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn.

NONEDalam satu kenyataan, Chang (kiri) berkata walaupun beliau
amat "bersimpati" dengan Shahrizat yang sedang berdepan dengan serangan yang "tidak adil dan kejam", tetapi tegasnya, Shahrizat sepatutnya melepaskan jawatan menteri demi kepentingan yang lebih besar bagi BN.

Demi kepentingan BN, beliau berharap Shahrizat akan dengan rendah hati mengosongkan jawatan menteri dalam kabinet dan menumpukan tenaga memerangi serangan terhadap keluarganya.

"Beliau boleh kembali semula ke kabinet selepas episod ini selesai dan namanya dibersihkan," kata Chang.

Mengakui bahawa Shahrizat dan keluarganya sepatutnya dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan, Chang berkata, keluarga menteri itu juga perlu menjawab tuduhan terhadap mereka.

Menurutnya lagi, "pengorbanan" oleh menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu akan melepaskan BN daripada "beban" NFC.

NONESementara itu, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek (kanan) berkata,
beliau percaya Shahrizat akan mengambil tindakan yang terbaik "demi kepentingan Umno dan BN".

"Beliau adalah seorang pemimpin kanan parti dan kami mempunyai keyakinan terhadap kebijaksanaan politiknya," katanya dipetik dalam laporan oleh akhbarThe Star.
Shahrizat dan keluarga dicabar isytihar aset
NGO berkaitan PKR - JINGGA 13 - hari ini mencabar menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya, yang memiliki National Feedlot Corporation (NFC) supaya mengisytiharkan aset mereka dari tahun 2008 hingga 2011.

pkr congress 271110 fariz musaDalam satu kenyataan yang dihantar - selepas membuat satu lagi laporan terhadap Shahrizat dan keluarganya, kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) - penyelaras JINGGA 13, Fariz Musa (kiri) berkata pengisytiharan aset itu adalah untuk membuktikan mereka tidak memiliki sebarang hartanah mewah di Singapura.

"JINGGA 13 (juga) mencabar Shahrizat untuk menjelaskan bagaimana keluarganya mampu pembayaran balik pinjaman yang besar (untuk unit-unit tersebut), yang dianggarkan RM137,000 sebulan untuk pinjaman rumah biasa (bagi tempoh) 25 tahun," katanya.

Ini berikutan pendedahan PKR bahawa suami Shahrizat - Datuk Seri Mohd Salleh Ismail dan anaknya, Wan Shahinur Izran memiliki dua unit kondominium mewah di Marina Bay bernilai lebih RM34.5 juta.
Kenyataan Noh Omar jadi titik penting isu NFC
Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, kenyataan Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar yang mempertahankan National Feedlot Corporation di Parlimen menjadi titik penting dalam isu berkenaan.

Selepas kenyataan itulah, beliau menerima satu salinan buku tunai berhubung projek fidlot tersebut melalui e-mel, kata Rafizi dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu.

Katanya, serangan PKR sebelum itu hanyalah berhubung
pengunegarahan projek kepada anggota keluarga menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang ternakan lembu.

NONEIsu utama yang ditonjolkan PKR sebelum itu juga melibatkan prestasi projek berkenaan yang menurutnya tidak mencapai sasaran.

"Jika Noh Omar (kiri) tidak pergi ke Parlimen dan kata 8,000 lebih
lembu itu satu kejayaan nasional, (isu itu) mungkin mati di situ saja," katanya.

Selepas kenyataan Noh Omar pada awal November itu, Rafizi berkata kemudiannya menerima salinan penyata yang menyenaraikan bayaran tunai itu daripada seorang yang tidak dikenalinya.

"NFC berkeras untuk mengetahui siapakah pemberi maklumat itu kerana mereka tidak mahu pendedahan lanjut.

NONE"Tapi daripada cara email itu ditulis, (saya tahu pemberi maklumat itu) bukanlah kartel (daging) atau pekerja yang tidak puas hati," katanya yang tidak mengenali individu berkenaan.

Sebaik sahaja beliau menerima buku tunai itu, Rafizi berkata, beliau kemudiannya menyemak senarai berkenaan untuk mengesan pembayaran yang diragui.

"Bayaran untuk kondominium, dan juga kepada pemaju hartanah mewah tidak... masuk akal dengan syarikat seperti itu," katanya.

Selepas itulah PKR mengetahui mengenai pembelian hartanah, termasuk kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur.

"Kita sudah tahu perkara ini apabila kita mendapat buku tunai itu tetapi kita turun (untuk periksa). Saya rasa kami ambil masa
dua hingga tiga minggu sebelum sidang akhbar pertama untuk mendedahkannya."

NONEKatanya, 50 peratus daripada usaha itu merupakan kerja-kerja yang dijalankan untuk mengesahkan pembelian tersebut, termasuk melawat sendiri hartanah tersebut dan juga membuat semakan melalui sumber awam.

"Jadi 15-20 peratus lagi itu sebenarnya mengikut naluri dan risiko yang kami ambil... kerana jika anda mahu dapatkan dokumen lengkap, saya tidak fikir anda akan dapat apa-apa," katanya.

[Baca berita penuh]


VIDEO | 19.01 mins

Wawancara dijalankan oleh Salhan K Ahmad dan Aidila Razak.
Bahagian 1
Umno Cheras: Selesaikan isu NFC sebelum p'raya
Ketua Umno bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee berkata kontroversi yang timbul berhubung isu syarikat National Feedlot Corporation perlu diselesaikan sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Katanya, beliau tidak mahu isu yang membelenggu ketua sayap wanita parti itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, menghakis sokongan rakyat terhadap kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Isu tersebut bakal menjadi beban besar kepada Umno sekiranya tidak ditangani, katanya seperti dipetik blog umnobahagiancheras.blogspot.com.

"Jangan salahkan rakyat (pengundi) jika mereka beralih sokongan disebabkan kegagalan kerajaan menangani isu berkaitan kepentingan umum termasuk NFC," katanya lagi.

NONEKenyataannya itu timbul berikutan pendedahan terbaru PKR semalam berhubung dakwaan pembelian dua lagikondominium, bernilai RM34.6 juta di di kawasan mewah Pusat Kewangan Marina Bay, Central Boulevard, Singapura.

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli semalam berkata, pembelian tersebut dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana National Feedlot Centre dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki keluarga Shahrizat mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut.

Deposit berkenaan didakwa merupakan sebahagian daripada dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi National Feedlot Centre.

Kedua-dua hartanah itu dimiliki oleh suami Shahrizat, Datuk Mohd Salleh Ismail dan anak mereka, Wan Shahinur Izran.

Syed Ali juga menegaskan bahawa rakyat mahu isu yang mendapat perhatian media antarabangsa itu dijelaskan secara sahih.

"Jika semua dakwaan pembangkang terutama PKR itu fitnah, saya minta pihak berkenaan menafikannya secara terbuka berserta bukti atau fakta yang tepat bagi meyakinkan rakyat," katanya lagi.

Masyarakat umum mungkin membentuk persepsi bahawa dakwaan tersebut sebagai sesuatu yang "benar" sekiranya tidak dinafikan oleh keluarga Shahrizat, tambahnya.

Katanya lagi, keluarga Shahrizat juga tidak perlu takut jika mereka benar-benar tidak terlibat dalam penyelengan mahupun salahguna kuasa dalam kes tersebut.
NFC dakwa jadi mangsa PKR
National Feedlot Corporation (NFC), syarikat kontroversi yang sedang disiasat oleh pihak berkuasa berhubung dakwaan menyalahgunakan pinjaman kerajaan, mengulangi bahawa ia tidak bersalah dan mendakwa ia menjadi mangsa PKR.

NONEPengarah Eksekutif NFC, Wan Shahinur Izran Salleh (kiri), dalam Twitternya, semalam berkata tidak ada apa yang hendak disembunyikan oleh pihaknya.

Sebaliknya, tegas beliau, syarikatnya jujur untuk menjayakan Pusat Fidlot Kebangsaan, tetapi menegaskan ia mengambil masa.

Sambil menekankan bahawa syarikat itu telus dalam semua operasinya, Izran menuduh PKR memutarbelit isu tersebut.

Izran berkata, pihaknya tidak pernah menyembunyikan apa-apa.

Menurutnya lagi,  terdapat liputan media bagi setiap langkah, termasuk apabila perjanjian pinjaman ditandatangani.

Sekali lagi, Izran mendakwa PKR telah memutarbelit segala-galanya.

NFC, sebuah syarikat yang dimiliki anggota keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, telah diberikan pinjaman mudah RM250 juta oleh kerajaan untuk melaksanakan projek Pusat fidlot Kebangsaan.

Izran adalah anak lelaki Shahrizat, manakala suami menteri itu, Datuk Seri Mohd Salleh Ismail merupakan pengerusi syarikat berkenaan.
PKR dakwa keluarga Shahrizat beli dua lagi kondo
Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan bahawa keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah membeli dua lagi kondominium bernilai RM34.6 juta di Marina Bay Suites, yang terletak di kawasan mewah Pusat Kewangan Marina Bay, Central Boulevard, Singapura.

NONEKatanya, pembiayaan pembelian tersebut dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana National Feedlot Center dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki keluarga Shahrizat mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut, yang didakwanya sebahagian daripada dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan.

Rafizi (dua dari kiri) berkata kondominium berkenaan, yang terletak di tingkat 8 dan 11, didaftarkan di bawah nama suami Shahrizat - Datuk Seri Mohd Salleh Ismail dan anaknya dan pengarah eksekutif NFC, Wan Shahinur Izran Salleh.

"Tingkat 8 telah dibeli melalui pinjaman dari Bank UOB bernilai S$7.114 juta (RM17.205 juta) manakala yang satu lagi - bernilai S$7,177 juta (RM17.357 juta) - adalah dari pinjaman Maybank," katanya.

"Pembelian tersebut dibuat pada bulan Mei 2010," kata Rafizi dalam satu pendedahan terbarunya.

Sebelum ini, didedahkan bahawa keluarga Shahrizat telah membeli kondominium mewah yang lain di Anthony Road Orchard Scotts di Singapura, juga pada tahun 2010.

Rafizi berkata ekoran pendedahan terbaru ini, maka jumlah pembelian yang didakwanya dikaitkan kepada pinjaman NFC, mencecah RM62 juta.

Ini termasuk dua unit di One Menerung, Bangsar, sebuah kereta Mercedes Benz, dua plot tanah di Putrajaya, sebuah kondo di Orchard Scotts dan kini dua lagi kondo di Marina Bay Suite.
NFC elak kontroversi, serang PKR
National Feedlot Corporation (NFC), yang hari ini berdepan dengan dakwaan baru berhubung satu lagi pembelian kontroversi dua kondominium di Singapura, mengelak menjawab pendedahan tersebut, tetapi sebaliknya memilih untuk menggesa PKR supaya memberi tumpuan kepada masalahnya sendiri, iaitu Selangor.

NONEKetua Pegawai Eksekutif NFC, Wan Shahinur Izmir Mohd Salleh (kiri) berkata Rafizi Ramli, selaku ketua pegawai eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, perlu menumpukan perhatian kepada isu-isu di bawah bidangkuasanya di negeri ini.

Khususnya, dakwa Wan Shahinur, berlaku rasuah, sindiket perlombongan pasir dan pembunuhan pembocor maklumat Patrick Wong yang menurutnya, seperti yang dinyatakan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin dalam satu temubual.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, ia adalah tiga daripada banyak isu kepentingan awam yang memberi kesan kepada kerajaan negeri Selangor yang sepatutnya menjadi tumpuan utama Rafizi, berbanding dengan isu-isu di sektor swasta yang tidak berada di bawah bidangkuasanya.

Beliau mendakwa, seperti yang dakwaan Raja Petra hari ini dalam blog Malaysia Today, bahawa dia mempunyai bukti rasuah di Selangor, perlombongan pasir sindiket dan pembunuhan Wong.
Rafizi dakwa NFC ditakdir gagal sejak awal lagi
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata, kali pertama beliau mendengar mengenai National Feedlot Corporation (NFC) bukanlah melalui laporan Ketua Audit Negara tetapi melalui majalah gaya hidup masyarakat kelas tinggi – Malaysia Tatler.

tenang by election nomination day 220110 shahrizat abdul jalil"Sangat glamour," fikirnya apabila melihat anggota keluarga
Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ditampilkan dalam majalah berkenaan sekitar empat atau lima tahun lalu.

Keluarga menteri itu nampaknya seronok dengan perhatian seperti itu, kata Rafizi lagi dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sekiranya projek National Feedlot Centre yang diusahakan syarikat berkenaan merupakan satu projek 'gajah putih.'
Rafizi ditanya demikian susulan dakwaannya bahawa projek itu ditakdirkan untuk gagal sejak awal lagi.

"Jika ia merupakan satu projek gajah putih, yang mereka tahu sebagai satu sabotaj kepada mereka, saya tidak fikir mereka akan berseronok dengan glamour...," katanya lagi.

Beliau juga mendakwa, keluarga menteri itu sejak awal lagi mengetahui bahawa projek ternakan lembu itu tidak akan berjaya.

"Tapi saya fikir mereka tahu sejak awal lagi bahawa untuk mencapai sasaran 276,000 ekor lembu setahun adalah mustahil dan sebab itulah saya fikir mereka menghabiskan banyak masa membuat perkara lain," katanya.

Rafizi mendakwa projek NFC itu hanyalah satu "samaran", sedangkan suami dan anak-anak menteri berkenaan menggunakan pinjaman RM250 juta itu sebagai modal untuk perniagaan yang lebih "glamour" seperti pelaburan hartanah dan juga kedai makan kelas tinggi.

"Jadi apabila anda dapat orang yang mendapatkan kontrak dan pembiayaan bukan untuk tujuan sebenar dasar tersebut, tentulah ia ditakdirkan gagal sejak awal lagi," katanya.

Beliau juga mendakwa, keluarga menteri itu telah menggunakan kawalan mereka ke atas pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan kerajaan itu untuk perniagaan lain.

nfc office storyAkauntan berkanun itu memberi alasan mudah – walaupun
seseorang itu tidak dilantik sebagai pemegang saham dalam sesuatu syarikat, individu berkenaan boleh membuktikan bahawa mereka mempunyai kawalan ke atas dana yang besar seperti pinjaman RM250 juta dari kerajaan.

"...Itu saja sudah cukup sebagai jaminan kepada bank untuk memberikan anda pinjaman untuk membeli begitu  banyak hartanah," dakwanya.

Rafizi juga sangsi dengan kenyataan yang diberikan oleh salah seorang anak Shahrizat – Wan Shahinur Izmir Salleh – ketika menafikan dakwaan bahawa beliau serta anggota keluarganya rakus membelanjakan pinjaman wang tersebut.

NONEWan Shahinur antara lainnya berkata dakwaan itu tidak
munasabah kerana keluarganya masih perlu membayar pinjaman tersebut.

Rafizi yang melihat isu tersebut dari sudut akauntabiliti berkata, penjelasan itu tidak sah di sisi undang-undang.

"Saya setuju jika setiap orang (pemilik National Feedlot Corporation) meletakkan jaminan peribadi ke atas pinjaman RM250 juta, letakkan semua aset atas nama mereka sebagai cagaran kepada RM250 juta itu, barulah kita bercakap dengan masuk akal sedikit," katanya.

Tanpa akauntabiliti seperti itu, kata Rafizi, tindakan yang dapat dijalankan hanyalah dengan menutup syarikat induk yang mengawal NFC – Agroscience Industries Sdn Bhd yang juga dimiliki keluarga menteri berkenaan.

Wan Shahinur juga sebelum ini telah mengemukakan hujah bahawa langkah menubuhkan syarikat pengedar untuk daging dan juga rangkaian restoran mewah Meatworks dibuat untuk menyokong pusat ternakan fidlot itu.

NONEPenjelasan itu dicabar oleh Rafizi yang berkata, kerajaan dan
syarikat NFC sendiri tidak mempunyai hak ke atas dua anak syarikat tersebut – National Livestock dan Meat Corporation dan Real Food Company – yang telah menerima pemindahan wang daripada syarikat NFC.

National Livestock and Meat Corporation bertanggungjawab mengeluarkan produk lembu daripada daging tersebut dan Real Food Company pula mengedarkan produk berkenaan, selain menguruskan rangkaian restoran mewah Meatworks.

"Anda tanya sesiapa saja dalam syarikat runcitan, bukan saja dalam (industri) daging. Mereka tidak tubuhkan begitu banyak operasi (tapi) mungkin hanya satu bahagian atau seksyen pemasaran di dalam syarikat itu.

"Tapi yang paling penting, anda tidak boleh bercakap mengenai membina rangkaian pengedaran produk lembu seperti didakwa, apabila mereka tiada lembu.

"Anda perlu ada jumlah lembu yang perlu sebelum anda boleh mula buat (perkara ini)," katanya.

Tiada ulasan: