Rabu, 29 Februari 2012

PERISTIWA AKHIR ZAMAN...APABILA HARTA NEGARA HANYA BEREDAR PADA ORANG2 TERTENTU SAJA....

Editor kanan The Star dipanggil KDN

Harakahdaily, 28 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 28 Feb: Para Editor kanan akhbar milik MCA, The Star telah dipanggil oleh Kementerian Dalam Negeri ekoran penyiaran gambar tatoo nama Allah dalam akhbar itu.


(Gambar laporan The Star 27 Februari....gambar tatoo disamarkan oleh kami)

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Lee Chee Leong dalam kenyataannya sebagaimana yang disiarkan Bernama berkata, Managing Editor, Ketua Editor Berita dan Editor Kanan The Star telah dipanggil kementeriannya untuk memberikan penjelasan ekoran laporan itu.

"Tindakan selanjutkan akan dibuat berdasarkan penjelasan bertulis mereka," kata Lee Chee Leong, anggota Parlimen Kapar dan juga AJK Pusat MCA dalam kenyataannya.

Semalam The Star menyiarkan gambar besar penyanyi Amerika Eryka Badu yang mempunyai tatoo nama Allah pada dadanya yang terdedah.

Ia disifatkan satu penghinaan kepada umat Islam di negara ini kerana nama Allah  seolah-olah dipermain-mainkan.

Ekoran pendedahan Harakahdaily mengenainya, The Star telah memohon maaf.

Namun, pelbagai pihak tidak berpuashati kerana sebelum ini akhbar MCA itu juga membuat kesilapan yang hampir sama iaitu menyentuh sesnsitiviti umat Islam.

Semasa bulan Ramadhan yang lalu, The Star menyiarkan resipi masakan daging babi kononnya sebagai juadah berbuka puasa.

Apabila dibuat bantahan, The Star memohon maaf.

Namun, apakah permohonan maaf ini benar-benar melambangkan pengakuan kesilapan akhbar milik MCA ini dipertikaikan.

Ini kerana, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek juga tidak habis-habis menghina Islam khasnya hukum syariah.

Ia dapat dilihat dengan jelas dalam debat beliau dengan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP baru-baru ini.

Ekoran itu, Pemuda PAS, Mufti Perlis dan badan NGO, Isma mendesak permit The Star digantung untuk memberikan pengajaran kepada semua pihak agar jangan mempermainkan sensitiviti agama Islam yang menjadi agama rasmi negara.

Namun dengan penglibatan timbalan menteri KDN dari MCA, ramai yang ragu kalau-kalau tindakan yang berpatutan diambil ke atas akhbar milik MCA, The Star ini.

"Bagaimana AJK Pusat MCA yang jadi timbalan menteri KDN ni nak siasat dan hukum akhbar MCA? Kelakarlah pentadbiran Umno ini," kata Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda PAS ketika mengulas isu ini.

Sehubungan itu, beliau meminta KDN lebih serius dalam hal ini dan menjaga kepentingan umat Islam dan tidak takut kepada MCA yang sudah semakin galak menghina Islam.


BERITA BERKAITAN


Pemuda PAS dan mufti mahu permit The Star digantung

Konsert Erykah batal, Star mesti dihukum juga

The Star terus menerus hina Islam

Mohon maaf demi maaf dari The Star

Haramkan The Star, mana pergi NGO beras kampit

Mohd Sayuti Omar, 28 Feb 2012
Ekoran mendedahkan gambar artis Amerika, Erykah Badu yang bertatu nama Allah para pengarang kanan akhbar The Star telah dipanggil oleh pihak KDN yang bertanggungjawab mengeluarkan permit. Saya yakin dan percaya tindakan paling kuat dikenakan kepada akhbar yang biadap itu hanya memberi amaran keras bertulis.

KDN tentu tidak berani untuk bertindak ke atas akhbar kroni Umno itu. Tindakan-tindakan yang lebih bersifat untuk mengambil hati begitulah menyebabkan akhbar itu jadi keras kepala dan terus mempermainkan perasaan umat Islam. Cara akhbar itu menyiarkan artis bertatu Allah itu untuk memalu dan satu penghinaan kepada Islam.

Kepada saya tindakan paling sesuai ialah bukan amaran keras atau mengggantungkan permitnya, tetapi haram terus biar akhbar itu lenyap dari atas muka bumi ini. Akhbar itu dan sesiapa juga yang tidak peka kepada kepentingan dan agama lain harus dikenakan tindakan tegas jangan berlemah lembut lagi. Dengan mengharamkan terus saja perkara itu tidak akan berulang dan akan menjadi pedoman oleh akhbar lain.

Saya yakin selagi akhbar itu wujudnya ia akan melakukan perkara sama. Ia hanya berhenti sekejap saja kemudian akan mengulangi lagi kemudian membuat opolegetik dengan alasan tersalah pandangan.

Menghairankan macam mana berlaku tersalah pandangan dalam penerbitan yang sebegitu besar dan profesional. The Star adalah akhbar nombor satu dari segi edarannya. Bukan soal tersalah faham saja sepatutnya semua karyawan di akhbar itu diberi didikan dan pengetahuan mengenai tatacara bersurat khabar. Saya nak tanya apa yang orang Islam yang ada dalam pejabat surat khabar itu buat? Tidur kah atau semua mereka hanya jadi operator mesin saja.

Umat Islam wajib terus desak dan berikan tekanan. Sikap The Star bagi saya jauh lebih berbahaya berbanding aktiviti memurtadkan umat Islam di negara ini yang dihebohkan oleh sebuah NGO berjenama beras kampit itu. Kenapa NGO itu diam? Mungkin kerana ketuanya jahil mengenai strategi The Star dalam menghina umat Islam menyebabkan dia boleh ambil The Star untuk menudung kepalanya dari ditimpa hujan.

Akidah The Star perlu diperbetulkan dulu sebelum hendak perbetulkan akidah pihak lain. Dengan diam membisunya ketua NGO berjenama sama dengan sejenis beras itu maka jelas perjuangannya tidak lebih mengambil upah sesen dua untuk dijadikan bekalan di musim banjir. - http://www.msomelayu.blogspot.com/

Skandal NFC: Najib kena jelaskan kenapa Felda tidak terpilih

Rafizi Ramli dan Suhaimi Said, 28 Feb 2012
Pendedahan yang dibuat setakat ini menunjukkan bahawa NFC yang diterajui suami Datuk Seri Shahrizat Jalil dan anak-anak mereka gagal memenuhi sasaran kerana mereka langsung tidak ada pengalaman di dalam industri penternakan berskala besar.

Perkara ini turut diakui oleh Datuk Seri Salleh Ismail sendiri, bahawa mereka sebenarnya tidak berpengalaman dalam satu temuramah dengan media perdana bertarikh 17 November 2011.

Ini menimbulkan persoalan bagaimanakah sebuah projek berstatus nasional yang dikategorikan sebagai “projek berimpak tinggi” dengan peruntukan melebihi RM300 juta boleh diberikan kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri yang tidak berpengalaman.

KEADILAN telah menyemak kembali semua sumber rasmi untuk memahami proses penganugerahan tender itu.

Hakikatnya, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sendiri mengakui bahawa tidak ada tender terbuka untuk memilih operator yang terbaik. Sebaliknya, kerajaan Barisan Nasional hanya memanggil beberapa buah syarikat yang tidak dikenali bersama-sama dengan Agroscience Sdn Bhd (milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil) untuk mengemukakan kertas cadangan.

Ini diterangkan beliau di Dewan Rakyat pada 31 Oktober 2011, seperti berikut:

“Pusat Fidlot Nasional ini Tuan Yang diPertua, matlamat utama pelaksanaan Pusat Fidlot Nasional ialah untuk kita mewujudkan sistem pengeluaran daging lembu fidlot secara komersial sepanjang rantai nilai bagi meningkatkan pengeluaran daging dalam negara. Bagi merealisasikan pelaksanaan program ini, kerajaan telah menjemput beberapa syarikat untuk membentangkan cadangan projek tersebut. Hanya enam buah syarikat yang membentangkan cadangan projek kepada Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN pada 25 September 2006.

Enam syarikat ini terdiri daripada FELDA Farm Product Sdn Bhd, Group Five Bonsmara Breeding Centre Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd, Lamberts Agriculture Trade (M) Sdn Bhd – ini syarikat dari Australia ini – yang kelima, MIG Farm Sdn Bhd dan yang keenam MLC Industries Sdn Bhd. Melalui mesyuarat tersebut, Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN memilih dua syarikat iaitu Syarikat Agroscience Industries Sdn Bhd dan juga Lamberts Agriculture Trade (M) Sdn Bhd yang mana Lamberts diberikan 500 ekar dan Agro Science diberi sebanyak 5,000 ekar.”


Umum sedia maklum bahawa Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Semakan awal KEADILAN menunjukkan dari segi pengalaman, saiz kapital, pengurusan dan rekod industri, syarikat yang paling berdaya maju di antara keenam-enam syarikat tersebut adalah Felda Farm Product Sdn Bhd.

Perbandingan dari segi saiz kapital dan perolehan (yang menjadi salah satu kayu ukur kekuatan kapital, pengurusan dan pengalaman) berdasarkan carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang disertakan bersama adalah seperti berikut:



Jelas sekali bahawa hanya Felda Farm Products Sdn Bhd adalah satu-satunya syarikat yang mempunyai operasi sedekad sebelum Projek Fidlot Nasional dirancang, berbeza dengan syarikat-syarikat lain termasuklah Agroscience Industries Sdn Bhd yang hanya ditubuhkan setahun sebelum kontrak dianugerahkan.

Jelas juga bahawa ada pertimbangan yang tidak telus kerana lantikan Agroscience Industries Sdn Bhd mengenepikan pertimbangan asas kewangan dan pengalaman, yang memihak kepada Felda Farm Products Sdn Bhd. Dari segi impak nasionalnya pula, Felda mempunyai rancangan tanah yang besar dan peneroka-peneroka boleh dilatih menjadi penternak berjaya untuk meningkatkan lagi hasil pendapatan mereka, selain tanaman kelapa sawit.

Sebagai individu yang bertanggungjawab menganugerahkan kontrak ini kepada syarikat milik keluarga menteri yang kini terbukti tidak berjaya memenuhi sasaran dan menyelewengkan wang bagi tujuan lain, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh mencuci tangan dan berdiam diri. Beliau wajib memikul tanggungjawab dan tindakan menolak isu ini kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil semata-mata membayangkan beliau seorang ahli politik Umno yang pentingkan diri.

Oleh yang demikian, KEADILAN mendesak supaya semua minit mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN yang dipengerusikan Perdana Menteri, didedahkan serta-merta agar beliau boleh menerangkan kepada ratusan ribu warga Felda:

1.      Kenapa beliau mengenepikan warga Felda sedangkan mereka lebih layak dan berpengalaman berbanding keluarga menteri;

2.      Apakah kriteria yang digunapakai sehinggakan Felda Farm Products Sdn Bhd diketepikan berbanding Agroscience Industries Sdn Bhd yang tidak mempunyai pengalaman?

Perkara ini sudah tentu akan terus mengheret Datuk Seri Najib kecualilah beliau mendedahkan kesemua minit mesyuarat yang dipengerusikan beliau.



Mohd Rafizi Ramli
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

Haji Suhaimi Said
PENGERUSI, BIRO FELDA DAN ORANG ASAL KEADILAN

RM50 hanya beli sekilo ikan, udang dan 3 sayur

Tinjauan barang-barang dapur sama ada di pasar tani, pasaraya dan pasar besar didapati harga ikan dan makanan laut yang lain naik begitu mendadak sekali yang kadangkala boleh membuatkan kita pening kepala mana satu hendak diutamakan kerana harganya melambung-lambung dari hari ke sehari.

Mana tidaknya harga ikan cencaru yang dahulu boleh kita dapat RM4 sekilogram tetapi kini mencecah RM10 dan begitu juga ikan kembung dahulu boleh dibeli dengan harga RM6 tetapi kini sudah mencecah RM20. Harga sotong basah kini RM24 dan udang juga RM24 dan ketam kini RM28 sekilogram.

Serai tidak ada lagi harga 20 sen tetapi kini RM1 seikat, harga cili merah hanyalah 3 atau 4 biji  RM1 dan begitu juga dengan sayuran yang lain agak mahal harganya berbanding dengan harga 2 tahun yang lalu.

Nampaknya kita sudah kembali di zaman 60-an atau 70-an di mana walaupun harga ikan hanya di bawah RM1 sekilogram di masa itu tetapi masih tidak mampu membelinya sekati atau sekilogram dan hanya mampu membeli seekor atau 2 ekor ikan kembung untuk sarapan sekeluarga tengah hari dan malam.

Dengan membawa RM50 ke pasar hanyalah dapat membawa balik sekilo ikan kembong dan sekilo udang serta 2 atau 3 jenis sayur sahaja. Ada juga di antara pelanggan membeli ikan-ikan yang separuh busuk dijualkan di sana yang mana kadang kala kucing pun 'reject' untuk menjamahnya menjadi menu sekeluarga di rumah nanti.

Ini adalah realiti kehidupan sekeliling kita di mana tiada kaitannya sama ada yang hidup ataupun yang mati dan ianya adalah sebagai renungan sahaja.

Syed Abdullah Osman Jamalullail,
Seremban.

3 jam dengar ceramah Umno sebelum dapat RM500

Aslani M | Foto Yusri Amin, 28 Feb 2012

TUMPAT, 28 Feb: Dua, tiga jam terpaksa memekak telinga mendengar ceramah pemimpin Umno sebelum mendapat duit RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia.

“Kalau program penyampaian dibuat pada waktu petang, ada penduduk yang tidak sempat hendak menunaikan solat.

“Ini kerana semua pemimpin Umno mahu berceramah, bukan seorang dua. Sedangkan duit itu bukan duit Umno,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdulllah.

Seorang peniaga yang mahu dikenali Ahmad, 54, dari Melor pula berkata, beliau terpaksa mendengar ceramah pemimpin Umno termasuk Ketua Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa sebelum mendapat duit RM500.

Katanya, bukan seorang yang bercakap, malah semua pemimpin Umno mahu menggunakan program penyampaian BR1M bagi menghodohkan PAS dan kerajaan negeri.

“Saya mendapat RM500 pada majlis yang diadakan di Yayasan Kemiskinan Kelantan baru-baru ini,” katanya.

Mohd Amar yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, Umno menggunakan sepenuhnya program penyampaian wang BR1M bagi menarik undi rakyat.

“Sedangkan wang bantuan tersebut milik kerajaan dan bukannya hak Umno,” katanya pada ceramah isu semasa di Wakaf Baru malam tadi.

Hadir sama Adun Wakaf Baru, Che Abdullah Mat Nawi, anggota Dewan Negara, Senator Mumtaz Mohd Nawi, bekas Setiausaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua, Ketua Pemuda PAS Tumpat, Rosli Abdullah dan Ketua Cabang PKR Tumpat, Che Awang Che Mat.

Beliau juga berkata, perjuangan PAS dan Umno berbeza jauh biar pun pemimpin kedua-dua parti ada yang memakai serban dan digelar ulama.

Katanya, ulama dalam Umno hanya digunakan pada musim-musim tertentu menjelang pilihan raya diadakan.

“Tindak tanduk mereka tidak ubah seperti kukur kelapa hanya digunakan pada musim kenduri sahaja.

“Selepas kenduri diletak di bawah rumah sehingga menjadi tempat cicak dan ayam bertelur,” katanya.

Lau yang juga bekas guru besar berkata, sebahagian besar penjawat awam termasuk guru, askar dan pegawai kerajaan takut kalau tidak sokong Umno kerana tidak dinaik pangkat dan ditukar ke kawasan pedalaman.

Namun katanya selepas pencen mereka beramai-ramai melompat menyertai PAS dan Pakatan Rakyat.

Menurutnya pengalaman sepanjang lebih 20 tahun bersama dengan BN didapati perjuangan parti itu hanya untuk kepentingan diri dan keluarga sahaja.

“Contohnya ada di hadapan kita sekarang, peruntukan projek menternak lembu sebanyak RM250 juta diguna untuk membeli kondominium mewah, kereta mercedes dan buat makan angin,” katanya.




Hadis Ke Tiga Puluh Lima : -


LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA


H.R. TERMIZI



Daripada Ali bin Abi Thalib ra ... Rasulullah SAW Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.


3. Zakat dijadikan hutang.


4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.


10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.


12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".





Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah SAW ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

Tiada ulasan: