Siri jelajah pelajar diteruskan meskipun diganggu samseng
Program
jelajah seluruh negara bagi menuntut kebebasan akademik tidak akan
dibatalkan meskipun mereka ceramah mereka di di Kampung Idaman, Klang,
malam Sabtu lalu diganggu sekumpulan remaja yang bertindak ganas.Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Ab Razab (kiri) ketika dihubungi berkata bagi siri jelajah seterusnya di Batu Pahat, Johor, pada 26 Februari, pihaknya telah mengambil langkah-langkah keselamatan.
"Kami juga telah menghubungi penduduk tempatan bagi mendapatkan sokongan mereka. Pada acara di Klang hujung minggu lalu, penduduk tempatan yang membantu kami ketika keadaan tegang,” katanya.
Menurut Ahmad Syukri, pihak polis juga telah dimaklumkan dan mereka sedang menunggu bagi mendapatkan permit bagi acara di Batu Pahat itu yang akan diadakan di dewan komuniti.
"Kami juga akan membawa pengawal keselamatan sendiri dan memastikan jumlah kami kali ini ramai, jika sesuatu yang tidak diingini berlaku," katanya.
Pada kejadian 12 Februari lalu, 14 aktivis pelajar telah dikepung oleh sekumpulan samseng di Kampung Idaman sehingga memaksa mereka berlindung di sebuah gerai makanan berhampiran.
"Satu kumpulan remaja di Kelantan juga telah menjemput kami untuk berceramah esok, dan kami meminta mereka membuat persiapan sewajarnya dan memaklumkan kepada kami tentang rancangan mereka," katanya.
Ahmad Syukri juga berkata bahawa mereka belum mendapat maklum balas dari polis berhubung kejadian Klang itu.
Pada kejadian itum kira-kira 100 samseng yang bermotosikal memecahkan kerusi dan menyelerakkan dewan serbaguna itu sebelum ceramah bermula. Mereka kemudiannya mengekori pelajar yang cuba membuat laporan polis.
Walaupun diiringi polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang untuk membuat laporan, kumpulan samseng bermotosikal itu membaling batu dan memukul kereta pelajar berkenaan dengan kayu sehingga salah sebuah kereta remuk.
Israel: PERKASA dakwa Nik Aziz mungkin sandiwara
PERKASA
menyifatkan kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mendesak Datuk Seri
Anwar Ibrahim menarik balik kenyataan atau menyaman Wall Street Journal (WSJ) berhubung isu keselamatan Israel mungkin "kenyataan sandiwara".
Presiden kumpulan pendesak Melayu itu, Datuk Ibrahim Ali (bawah) juga berpendapat kenyataan Mursyidul Am PAS itu sebagai percubaan untuk mengelirukan rakyat.
"PERKASA berpendapat kenyataan Nik Aziz ini mungkin satu kenyataan sandiwara, nak membersihkan diri PAS daripada bersekongkol dengan Anwar yang jelas berpegang teguh dengan sokongan politik Amerika.
"PAS sedar, apabila Anwar dapat serangan bertubi-tubi dari dalam dan luar negara termasuk tokoh-tokoh Islam dan pemimpin negara Islam.
"Oleh kerana itu, Nik Aziz terpaksa mengambil sikap (itu) selepas (Presiden PAS) Haji Hadi Awang mengatakan sokongan kepada Israel adalah haram," kata Ibrahim.
Nik Aziz malam tadi mahu Anwar menarik balik kenyataannya yang menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan AWSJ baru-baru ini ataupun menyaman media itu jika laporan berkenaan tidak benar.
Menurut menteri besar Kelantan lagi, gesaan itu dibuat selepas dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Syura Ulama PAS yang juga selari dengan pendirian parti itu yang tidak mengiktiraf negara Israel.
'Tak nampak PAS akan buat apa-apa'
Bercakap dalam sidang media di pejabatnya hari ini, Ibrahim berkata tindakan PAS mengeluarkan desakan tersebut dianggap "terlalu lewat" selepas mendakwa mungkin mendapati Anwar "tidak memberi keuntungan kepada PAS".
"Dia berasa rugi kalau dia tidak mengeluarkan kenyataan yang memperlihatkan berasingan dengan Anwar," katanya.
Selain itu, Ibrahim turut mempersoal Nik Aziz, mengapa tidak mendesak Anwar supaya menyaman individu seperti Ummi Hafilda, Ezam Mohd Noor, Datuk S Nalakaruppan yang didakwa membuat "macam-macam tuduhan" terhadapnya.
Katanya, PAS dan Nik Aziz tidak boleh memilih isu secara terpilih sedangkan mendakwa sebelum ini parti itu menuduh kerajaan BN, polis atau peguam negara membuat pendakwaan terpilih.
"Kenapa mereka tidak mendesak Anwar mengambil tindakan, sehingga ada gerakan mengumpul tandatangan, agar Anwar mengambil tindakan terhadap mereka yang membuat bermacam-macam tuduhan," katanya.
Sehubungan itu, Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas menggesa supaya rakyat keliru dengan "sandiwara politik" tersebut.
Ditanya jika Anwar tidak menarik balik atau menyaman ASWJ, Ibrahim berkata beliau tidak nampak PAS akan berbuat apa-apa.
"Dia akan berdiam diri, dan dia akan tetap dengan Anwar. Cuma mesej yang hendak disampaikan, kami dah buat pendirian, ini pendirian PAS.
"Itu hal Anwar. Kita dah nyata dah pendirian kita. Soal-soal lain, itu kerjasama politik kita dengan Anwar," katanya.

Asri: Hadir Thaipusam boleh, tapi bersyarat
Bekas
mufi Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini berkata pemimpin Islam
dibenarkan hadir ke sambutan perayaan bukan Islam, seperti yang
dilakukan perdana menteri pada Sambutan Thaipusam baru-baru ini selagi
mematuhi beberapa syarat.
Antaranya, kata Dr Asri (bawah), mereka tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang bentuk ritual, melibatkan aspek pakaian, perarakan dan tindakan yang menunjukkan tanda "restu" pada amalan agama lain.
"Tetapi sebagai pemimpin dan pentadbir (negara) hadir untuk memberi nasihat dibolehkan selagi tidak terlibat dengan disiplin dan ritual agama lain," katanya yang juga zamil pelawat di Universiti Oxford, United Kingdom.
"Cuma silapnya PM ini terlibat dalam upacara. Saya tak kata kufur. Mungkin beliau tidak diberikan pandangan jelas," katanya ditanya tentang pemakaian Najib pada hari itu.
Datuk Seri Najib Razak dan isteri pada 7 Februari lalu hadir ke sambutan Thaipusam lengkap berpakaian kurta kuning muda dan dipakaikan kalungan bunga yang amat besar.
Gambarnya juga didirikan setinggi patung berhala di Batu Caves sehingga mencuri tumpuan.
Pemimpin PAS, PKR pun terlibat
Tindakan itu - yang tidak pernah dilakukan dua perdana menteri sebelumnya - mengundang kritikan pelbagai pihak, termasuk pemimpin agama, NGO Islam dan PAS.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dilaporkan antara yang paling lantang dalam isu itu apabila meluahkan rasa terkilan dengan tindakan Najib yang didakwa "menggadai akidah" walaupun sudah ditegur setiap tahun.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Asri berkata, larangan menghadiri sambutan keagamaan bukan Islam terhadap orang Islam bukan bersifat mutlak dan bergantung kepada keadaan.
Beliau menjelaskan, orang Islam awam kebanyakan secara jelas tidak dibenarkan terlibat manakala pegawai yang terlibat dengan urusan pentadbiran pada hari itu, seperti pegawai polis pula dibolehkan.
Mengulas gesaan Pemuda PAS yang mahukan fatwa jelas berhubung perkara itu, Dr Asri menasihatkan dewan itu tidak bersifat terlalu keras kerana pemimpin parti Islam itu juga terlibat dalam program seumpamanya, yang ditafsir sebagai "perayaan budaya".
"Jangan terlalu keras, esok kalau awak perintah pun awak tak boleh buat nanti," katanya lagi sambil mendakwa pemimpin PKR juga terlibat dalam program hampir sama.
Antara yang jelas, kata Dr Asri lagi, apabila terdapat pemimpin utama PAS terlibat hadir dalam majlis Buddha di Wat Siam tertentu.
Gan Ee Seng, seorang pelabur dalam syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd, telah mogok lapar tanpa mengambil sebarang kanan selama lebih daripada 24 jam.
Beliau telah berikrar akan terus mogok lapar di tapak yang sama di Padang Kota Damansara, Selangor, apabila keluar dari hospital.
Beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat sebelum ini melawat Gan yang terbaring di atas kertas kotak dan hampir tidak boleh ercakap. Beliau terpaksa dibantu untuk minum air.
"Saya sokong bantahan secara aman tetapi saya sama sekali tidak bersetuju dengan apa-apa bentuk bantahan yang akan memudaratkan sesiapa, termasuk diri penunjuk perasaan itu sendiri. Jadi saya akan cuba cari jalan terbaik bagi memujuk Gan daripada cubaan membunuh diri itu,” kata ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng.
Selepas gagal memujuk lelaki itu membatalkan niat dan rancangannya, Alim bersama beberapa ahli parlimen Pakatan menelefon bagi mendapatkan bantuan perkhidmatan ambulans.
Menurut pengarah urusan syarikat berkenaan, Lee Sin, - Gan (berbaju hitam) mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, kencing manis dan telah menjalani angioplasti (satu prosedur pembedahan untuk meluaskan saluran darah).
Gan membuat bantahan berikutan kegagalan kerajaan negeri Pahang mematuhi keputusan mahkamah supaya membayar syarikat itu, RM63 juta. Semalam,beliau juga mengugut akan membunuh diri jika kerajaan negeri terus mengenkari arahan mahkamah itu.
Ditanya mengapa hanya Gan sahaja yang meneruskan bantahan, sedangkan mogok lapar yang lalu mempunyai 10 orang, Lee menjawab: "Kami tidak lagi mahu buat bantahan. Apa yang kami lakukan cuma adalah sia-sia "
Ahli parilimen Cheras Tan Kok Wai dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, yang juga di lokasi mengecam kerajaan negeri Pahang kerana gagal mematuhi arahan mahkamah tinggi.

Protes k'jaan Pahang: Lelaki dikejar ke hospital
Seorang
penunjuk perasaan yang melancarkan mogok lapar terpaksa dikejarkan ke
Hospital Sungai Buloh hari ini selepas paramedik gagal mengesan tekanan
darahnya semasa beliau rebah.Gan Ee Seng, seorang pelabur dalam syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd, telah mogok lapar tanpa mengambil sebarang kanan selama lebih daripada 24 jam.
Beliau telah berikrar akan terus mogok lapar di tapak yang sama di Padang Kota Damansara, Selangor, apabila keluar dari hospital.
Beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat sebelum ini melawat Gan yang terbaring di atas kertas kotak dan hampir tidak boleh ercakap. Beliau terpaksa dibantu untuk minum air.
"Saya sokong bantahan secara aman tetapi saya sama sekali tidak bersetuju dengan apa-apa bentuk bantahan yang akan memudaratkan sesiapa, termasuk diri penunjuk perasaan itu sendiri. Jadi saya akan cuba cari jalan terbaik bagi memujuk Gan daripada cubaan membunuh diri itu,” kata ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng.
Selepas gagal memujuk lelaki itu membatalkan niat dan rancangannya, Alim bersama beberapa ahli parlimen Pakatan menelefon bagi mendapatkan bantuan perkhidmatan ambulans.
Menurut pengarah urusan syarikat berkenaan, Lee Sin, - Gan (berbaju hitam) mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, kencing manis dan telah menjalani angioplasti (satu prosedur pembedahan untuk meluaskan saluran darah).
Gan membuat bantahan berikutan kegagalan kerajaan negeri Pahang mematuhi keputusan mahkamah supaya membayar syarikat itu, RM63 juta. Semalam,beliau juga mengugut akan membunuh diri jika kerajaan negeri terus mengenkari arahan mahkamah itu.
Ditanya mengapa hanya Gan sahaja yang meneruskan bantahan, sedangkan mogok lapar yang lalu mempunyai 10 orang, Lee menjawab: "Kami tidak lagi mahu buat bantahan. Apa yang kami lakukan cuma adalah sia-sia "
Ahli parilimen Cheras Tan Kok Wai dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, yang juga di lokasi mengecam kerajaan negeri Pahang kerana gagal mematuhi arahan mahkamah tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan