Rabu, 8 Februari 2012

RASUAH NI SALAH DISEGI ISLAM ..BEGITU UNDANG2 NEGARA...DALAM ISLAM PEMBERI DAN PENERIMA... DUA2 MASUK NERAKA...

DAP: Korupsi dan kapitalis kroni jadikan Malaysia muflis

February 07, 2012
KUALA LUMPUR, 7 Feb — Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan hari ini amalan korupsi dan kapitalis kroni oleh Barisan Nasional (BN) yang akan menjadikan negara ini muflis dan bukannya konsep negara kebajikan yang dibawa Pakatan Rakyat (PR).
Ketua Menteri Pulau Pinang ini berkata tiada sebab mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ingin menentang negara berkebajikan yang akan membantu semua rakyat Malaysia terutamanya yang miskin, melainkan beliau merasa bimbang untuk segelintir kroni kapitalis yang akan rugi.
“Negara kebajikan yang memastikan bahawa yang miskin dan lemah tidak dipinggirkan tidak akan menjadikan Malaysia muflis. Korupsi dan kapitalisme kroni yang akan menjadikan Malaysia muflis .
“Sudah tiba masanya untuk kita membasmi kemiskinan, melaksanakan gaji minima dan mengurangkan beban kewangan golongan 60 peratus bawahan yang mempunyai purata pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan dan 40 peratus golongan yang terpaksa hidup dengan kurang daripada RM1,500 sebulan,” Lim dalam perutusan khasnya sempena sambutan Thaipusam hari ini.
Tambah Ahli Parlimen Bagan ini lagi, kadar inflasi yang melambung menyukarkan kehidupan rakyat Malaysia dan program-program sosial tidak akan menyaksikan Malaysia kerugian  RM1.077 trilion yang telah dibawa keluar daripada negara kita ekoran kegiatan korup dan kapitalis kroni. 
Unjuran kerugian tersebut berdasarkan jumlah keluaran wang secara haram dari Malaysia antara tahun 2000 hingga 2009 mengikut laporan terbaru Global Financial Integrity.
“Kerugian satu trilion ringgit ini bermakna bahawa 10 tahun pertama dalam abad ke-21 adalah dekad yang telah hilang dek korupsi.
“Tiada tindakan yang telah diambil ke atas skandal RM52 bilion saham Bumiputera  yang sepatutnya diagihkan kepada masyarakat itu yang miskin tetapi telah lenyap begitu sahaja,” tambah Lim.
Lim (gambar) turut menjelaskan keadaan sama turut berlaku dalam skandal Perwaja dan kerugian dalam tukaran matawang asing oleh Bank Negara yang berjumlah RM20 bilion.
Tambahnya lagi bukanlah perkara yang pelik apabila  kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International telah menjunam ke tahap yang paling teruk selama 60 tahun.
 Menurut Lim, kegagalan BN untuk melaksanakan sistem tender terbuka juga telah mengakibatkan kapitalisme kroni.
“Lebuhraya Pantai Barat yang bernilai RM7.07 bilion dengan tempoh konsesi selama 60 tahun serta keengganan untuk memansuhkan tol Lebuhraya Utara-Selatan dan Jambatan Pulau Pinang walaupun pengendali tol sudahpun mengaut keuntungan lebih daripada 100% ke atas pelaburan modal menunjukkan bagaimana kroni-kroni mendapat untung yang besar,” tegasnya.
Jelas beliau, situasi itu telah merugikan hampir seluruh 28 juta orang populasi Malaysia.
“DAP mengucapkan selamat menyambut Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu, DAP berharap bahawa pesanan kebaikan mengatasi kejahatan serta kebijakan dan pengetahuan akan mengukuhkan komitmen kita untuk membanteras korupsi dan kapitalisme kroni,” tambah Lim dalam kenyataan tersebut.
Perdana Menteri semalam pada majlis sambutan Chap Goh Mei di Klang berkata negara yang mencuba model negara berkebajikan seperti yang cuba diperkenalkan PAS hanya berakhir dengan kegawatan ekonomi.
Menurut beliau, walaupun Malaysia bukan negara kebajikan namun kerajaan tetap menyedia dan melaksanakan dasar jaringan keselamatan sosial demi kebajikan rakyat, termasuk golongan kurang bernasib baik.
Tambahnya, melalui dasar jaringan keselamatan sosial dan memberi keutamaan kepada kebajikan, sebuah masyarakat yang lebih adil dan lebih seimbang daripada segi perkongsian kekayaan negara akan dapat diwujudkan.

PAS bantah tiada perarakan calon p’raya

Harakahdaily,08 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 8 Feb: PAS mengambil pendirian dengan tegas menolak cadangan ditiadakan perarakan calon semasa hari penamaan calon dalam pilihan raya umum akan datang.


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan tiada sebarang alasan yang munasabah diberikan untuk memansuhkan perarakan itu khususnya daripada sudut keselamatan.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan media cetak beberapa hari lalu melaporkan bahawa Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah mencadangkan perarakan calon semasa hari penamaan calon ditiadakan dalam pilihan raya umum nanti.

“Perarakan calon semasa penamaan calon pilihan raya ini sudah dilaksanakan sejak sebelum merdeka lagi dan ianya telah menjadi sebahagian dari proses demokrasi berpilihanraya di dalam negara kita ini,” kata Tuan Guru Abdul Hadi kepada Harakahdaily.

PAS juga, katanya ingin mengingatkan SPR, supaya tidak sibuk merangka peraturan baru yang belum dibuktikan mengganggu proses pilihan raya, sedangkan 8 tuntutan rakyat terhadap proses pilihan raya yang lebih adil dan telus masih belum dilaksanakan sepenuhnya.

Tambahnya, PAS ingin menegaskan bahawa pilihan raya bukan sekadar memangkah calon Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) atau Ahli Parlimen semata-mata tetapi melibatkan seluruh proses demokrasi dan menunaikan hak rakyat untuk mendapat maklumat secara adil dan saksama.

“Sepatutnya SPR juga memberikan perhatian untuk menghalang aktiviti merasuah dan mengugut pengundi oleh parti yang memegang tampuk kekuasaan selama lebih 50 tahun ini agar dihentikan dengan segera,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

PAS terpesong dari prinsip Islam hanya tohmohan

Harakahdaily,08 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 8 Feb: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berpandangan sehingga ini PAS masih konsisten mempertahankan prinsip Islam dalam perjuangannya.

“Kami tidak melihat sebarang tanda PAS telah menggadaikan Islam seperti yang didakwa setengah pihak.

“Kami berpendirian adalah tidak wajar dibiarkan berlanjutan gejala saling tuduh menuduh dengan mengguna istilah yang tidak menjaga adab dalam berbeda pendapat dikalangan para aktivis Islam,” kata presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Beliau berkata, jika hujahnya ialah persoalan label negara Islam, pendirian Teras ia bukan persoalan pokok.

Ini, katanya kerana  dalam penelitian Teras jika sebuah negara menggunakan label Islam tetapi melaksanakan dasar yang bercanggah dengan Islam akan menjadi lebih merbahaya dan membuka kepada potensi untuk menjadi fitnah kepada Islam.

Tambahnya, persoalan pokok yang harus ditumpu ialah adakah semua ciri pemerintahan sebuah negara itu dilaksanakan secocok dengan Islam atau tidak.

PAS, ujarnya dengan kepimpinan yang ada tidak menunjukkan anjakan dari segi prinsip itu namun nampaknya telah menggunakan strategi yang sesuai dengan keadaan semasa.

Katanya, keyakinan masyarakat bukan Islam untuk mendampingi PAS adalah kerana mereka semakin yakin dengan penjelasan PAS terhadap konsep Negara Berkebajikan.

Oleh yang demikian, kata beliau lagi untuk menyerang PAS dengan hujah bahawa ia telah terpesong dari prinsip Islam, hanya suatu tohmahan.

“Kami mendapati juga struktur keorganisasian PAS seperti ujudnya Muktamar Tahunan , Dewan SHURA, Dewan Ulama, Dewan Pemuda, Dewan Muslimah dan pelbagai lujnah yang ada tidak memungkin sebarang prinsip Islam digadai tanpa melalui perbahasan dan tapisan yang ketat.

“Apatah lagi PAS sudah cukup matang melalui pelbagai karenah ahli serta kepimpinan semada diperingkat bawah mahupun diperingkat tertinggi,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Teras memperhatikan walaupun PAS bukan sebuah parti yang maksum namun dengan dasar Islam yang dipegang secara istiqamah telah menyebabkan perjalanannya sebagai sebuah jamaah gerakan Islam, dapat terkawal dan telah dapat menjamin parti itu terlindung dari sebarang penyelewengan besar.

“Kami mengharapkan agar sekarang keterbukaan PAS untuk menerima pandangan dari pelbagai pihak demi mengujudkan keadaan dan ruang perbahasan berasaskan ilmu dan adab disuburkan dalam PAS,” katanya.

Katanya, hanya dengan itu PAS boleh menjadi bukan sahaja sebuah parti politik dalam persaingan piliharan raya akan tetapi sebuah parti berteraskan ilmu yang subur dan sihat

Menitis air mata terima sumbangan Harakah

Zaili Muhammad,08 Feb 2012
MELAKA, 8 Feb: Seorang mangsa kemalangan hampir menitiskan air mata kerana terharu menerima kunjungan dan sumbangan daripada Tabung Kemiskinan Harakah (TKH) di rumahnya di Kampung Bukit Pegoh, Telok Mas, di sini, baru-baru ini.

Ahmad Khir Muhamad, 33, yang mengalami masalah lumpuh sejak 12 tahun lalu disebabkan kecederaan tulang belakang selepas kemalangan jalan raya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan TKH dan Majlis Tindakan Dun (MTD) Telok Mas.

Menurut Penyelia MTD Telok Mas, Yusof Rahmat sumbangan dan kunjungan itu bertujuan meringankan kesusahan yang dialami mangsa dan sebagai tanda keprihatinan pihak MTD dalam membantu masyarakat setempat.

"Kami mengadakan konvoi bergerak dari rumah ke rumah di sekitar Telok Mas dan menyampaikan barangan keperluan harian serta wang tunai kepada golongan yang kurang bernasib baik dengan kerjasama TKH.

"Bila kita turun sebegini secara tak langsung kita dapat menyampaikan mesej PAS iaitu slogan Negara Berkebajikan dan kita dapat mendengar dengan lebih dekat lagi permasalahan orang kampung," ujarnya.

Beliau turut menyatakan bahawa program tersebut akan dilaksanakan dari masa ke semasa agar nasib golongan yang memerlukan itu terbela dapat dibantu termasuk memanjangkan permasalahan mereka kepada pihak yang bertanggungjawab.

Antara yang turut dikunjungi ialah Kasmani Resat, 77, yang terlantar disebabkan angin ahmar sejak sebulan lalu, manakala isterinya Rubiah Abdullah, 62, terpaksa dipotong sebelah kakinya kerana penyakit kencing manis

Tiada ulasan: