Selangor jamin tidak berlaku krisis air 2014
Muhammad Faizal, | 15 Feb 2012 |
Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Kesihatan, Pekerja, Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr Xavier Jayakumar berkata, krisis air yang dibangkitkan itu merupakan propaganda politik kerajaan Barisan Nasional.
"Ini adalah usaha BN untuk meracun pemikiran dan bertujuan menakut-nakut rakyat Selangor dalam usaha mereka untuk merampas kembali negeri ini.
"Kerajaan negeri berpendapat bahawa projek mega pemindahan air dari Pahang ke Negeri Selangor serta tindakan Syabas memaksa Kerajaan Negeri meluluskan pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat (Langat 2) yang menelan berbilion-bilion ringgit itu tiada tujuan lain.
"Apa yang diketahui ia hanya bertujuan memberi kontrak dan habuan keuntungan kepada syarikat-syarikat kroni yang rapat kepada pemimpin-pemimpin BN," jelasnya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di sini, hari ini.
Dalam pada itu beliau menyatakan, Kerajaan Selangor dengan menggunakan teknologi rawatan air terkini telah mengenalpasti beberapa punca air yang telah dirawat dan boleh digunapakai bagi menampung keperluah rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
"Bagi menampung keperluan air kita akan mengambil air mentah dari bekas-bekas lombong yang banyak terdapat di seluruh negeri Selangor, pengambilan air bawah tanah, rawatan dan penapisan air singai, penggunaan air hujan dan juga air mentah dari takungan air hujan.
"Malah kerajaan negeri juga bersetuju dengan cadangan Persatuan Pengguna untuk memaksimakan penggunaan sumber-sumber air tersebut untuk menampung keperluan harian rakyat Selangor," jelasnya lagi.
Tambahnya lagi, cadangan ini merupakan alternatif yang lebih bermanafaat dan menjimatkan daripada projek pembangunan infrastruktur pemindahan air dari Pahang yang menelan belanja berbilion ringgit wang pembayar cukai.
Kerajaan negeri juga sedang mempercepatkan langkah bagu merawat air sungai untuk penggunaan sektor perindustrian di Negeri Selangor.
"Bagi tujuan ini kerajaan negeri telah meluluskan lesen pemindahan air mentah kepada anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Konsortium Air Sdn Bhd yang mempunyai trek rekod dan kepakaran teknologi terkini dalam menguruskan dan merawat air.
"Sekali lagi kerajaan negeri memberi jaminan bahawa isu bekalan air tidak akan timbul malah ia mencukupi sehingga tahun 2020," sambungnya lagi.
Lantaran itu, kerajaan negeri bertegas untuk terus meneruskan tadbir isu bekalan air bagi memastikan rakyat Selangor terus mendapat manafaat pemberian 20 meter padu air percuma.
Ahmad Said cabar kewibawaan ROS
Yaakub Dasan, | 15 Feb 2012 |
RANTAU PANJANG, 15 Feb: Kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menganggap PAS sebagai parti ajaran sesat secara tidak langsung mencabar kewibawaan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Ini kerana ROS bertanggungjawab melulus pendaftaran PAS sebagai sebuah parti politik sejak 61 tahun lalu.
Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr Johari Mat (gambar) berkata, tuduhan melulu yang dibuat itu juga memperlihatkan Pengerusi Umno Terengganu tidak meneliti langsung impaknya terhadap Islam.
Kata beliau, tuduhan yang dilemparkan tersebut amat merbahaya dan menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat.
“Namun lebih dibimbangi lagi boleh menjejaskan akidah orang yang mengeluarkan kenyataan tersebut,” katanya yang juga bekas pensyarah kanan Akademi Islam Universiti Malayaketika ketika ditemui selepas kuliah Maulidurrasul di Masjid Beijing di sini malam kelmarin.
Turut hadir anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff, Adun Gual Periok, Ustaz Mohamad Awang dan anggota jawatankuasa masjid berkenaan.
Baru-baru ini Ahmad Said ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal dilapor menuduh PAS kini tersasar jauh daripada perjuangan Islam dan menyifat sebagai ‘parti ajaran sesat’.
Ekoran itu Pemuda PAS mendesak Menteri Besar Terengganu menarik balik dan meminta maaf secara terbuka dalam tempoh seminggu sebelum diambil tindakan undang-undang.
Dr Johari yang juga anggota Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan menyifatkan Ahmad sebagai pemimpin yang tidak berhemat ketika mengeluarkan kenyataan.
Kelantan bina lebuh raya, Umno mati akal
Salmah Mat Husain, | 15 Feb 2012 |
Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rosli Abdullah berkata, dengan inisiatif kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz itu, Umno selepas ini 'mati akal' untuk memburukkan kerajaan negeri dengan isu pembangunan.
“Tak perlu pihak Umno Kelantan nak canang nak tawan Kelantan kerana tiada pembelaan untuk rakyat, isu kemiskinan, air dan sebagainya.
“Ia hanya isu lapuk yang sudah tidak boleh didendangkan lagi di zaman siber ini,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed yang mendakwa rakyat sudah hilang sokongan kerana tidak berjaya menyelesaikan masalah air dan kemiskinan.
Exco Kelantan, Datuk Husam Musa dalam satu kenyataan sebelum ini berkata kerajaan negeri terpaksa mengambil tindakan membina sendiri lebuh raya itu memandangkan cadangan pembinaan itu kepada kerajaan Pusat sejak Rancangan Malaysia ke 5 (1986-1990) sehingga sekarang belum dapat dilaksanakan.
Pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dan R9 persimpangan bertingkat serta 2 buah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) itu dijangka menelan kos antara RM1.5 hingga RM1.8 billion.
Mengulas lanjut, Rosli berkata, andainya kerajaan negeri Kelantan tidak mampu menjaga kebajikan rakyat, masakan pula bercadang untuk membina lebuh raya itu.
“Malah Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan Lebuhraya ini telah menerima tawaran dan kertas cadangan dari 5 syarikat,” ujarnya lagi.
Sementara itu, beliau bagaimanapun menyeru semua jentera Pakatan Rakyat di seluruh negara khususnya negeri-negeri yang dimenangi bekerja keras untuk mempertahankan kemenangan masing-masing.
Ahmad Maslan ulangi sejarah ‘Maharaja Rom’
Muhamad Yusri Amin, | 15 Feb 2012 |
KOTA BHARU, 15 Feb:
Tindakan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan ‘membakul sampahkan’
Buku Jingga dianggap mengulangi sejarah Maharaja Rom mengoyak surat
yang dihantar Rasulullah saw.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, tindakan itu menunjukkan sikap yang tidak menghormati orang lain.
“Soal nak terima atau tidak, soal lain. Tapi buang Buku Jingga dalam bakal sampah di hadapan orang ramai di atas pentas menunjukkan sikap yang tidak bertamadun.
“Sebagai seorang timbalan menteri sepatutnya beliau lebih berdisiplin, lebih-lebih lagi perbuatan itu menjejaskan kewibawaan dirinya sendiri,” katanya di sini.
Baru-baru ini media melaporkan Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri memasukkan Buku Jingga ke dalam tong sampah pada perjumpaan bersama ketua-ketua tanah rancangan Felda di Kuala Lumpur.
Mohd Amar yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, tindakan tersebut menjejaskan kewibawaan individu, parti dan jawatan yang dipegangnya.
“Itulah sikap biadab yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya.
Pakatan Rakyat mengeluarkan Buku Jingga mengariskan tawaran jangka pendek dan jangka panjang dalam mentadbir negara sekiranya mengambil alih pentadbiran di Putrajaya.
Buku Jingga dipersetujui parti-parti Pakatan Rakyat dan diumumkan di konvensyen kedua di Pulau Pinang pada 19 Disember 2010.
Sementara itu beberapa peneroka ketika dihubungi meluahkan rasa kesal di atas tindakan timbalan menteri yang bertanggungjawab menjaga Felda menghina buku Jingga di hadapan mereka.
Zulkifli Muhamad, 53 dari Ciku 1 Gua Musang berkata, rata-rata masyarakat peneroka kesal terhadap apa yang dilakukan Ketua Penerangan Umno menghina program ditawarkan Pakatan Rakyat di hadapan orang ramai.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan