Hasan Ali: 5 sebab Pas terus menyimpang
9 Februari 2012
KUALA LUMPUR - Bekas naib presiden Pas Datuk Dr Hasan Ali, yang dipecat
daripada parti itu 8 Januari lepas memberikan lima sebab kenapa beliau
rela dilihat berpatah arang berkerat rotan dengan Pas.
Dalam satu temu bual eksklusif dengan Bernama, Hasan menggariskan sebab-sebab itu ialah:
- Pas meninggalkan perjuangan asalnya untuk menubuhkan sebuah Negara
Islam dan menggantikannya dengan Negara Kebajikan, yang boleh
dilaksanakan di mana-mana negara sekular dalam apa juga sistem dan
amalan politik.
- Pas sudah hilang pendirian dan ketegasan yang boleh dihormati apabila
diperkotakkatikkan oleh rakan sekongkolnya dalam pakatan pembangkang
khasnya DAP sehingga menolak bulat-bulat Negara Islam.
- Pas terlalu ghairah memimpikan Putrajaya sehingga mengorbankan Islam
dengan bersekongkol dengan DAP yang terang merupakan musuh Islam.
- Pemikiran ulama di dalam Pas yang ada sekarang sudah "dilarutkan"
dengan kehadiran sebanyak 70 peratus "parasit" di dalam kepimpinannya
yang membawa kepentingan politik berlainan daripada hala tuju Pas.
- Kesetiaan wakil rakyat Pas dalam Parlimen lebih besar kepada Datuk
Seri Anwar Ibrahim kerana memberi perhatian besar dan hadir dengan ramai
setiap kali ketua pembangkang itu berucap sedangkan ketika Presiden Pas
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap, banyak bangku yang kosong.
Hasan berkata, Pas kini sudah menyimpang jauh dan terus hanyut daripada
perjuangan asalnya selagi parti itu berada dalam pakatan pembangkang
bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Menjelaskannya, beliau berkata apa yang dijanjikan kepada masyarakat
Islam di negara ini sebelum ini adalah penubuhan sebuah Negara Islam
tetapi impian itu sudah mustahil untuk dicapai apabila pakatan
pembangkang ditubuhkan dan Pas, atas pertimbangan kepentingan politik
semata-mata, telah menyertainya.
"Yang kita dapat di Selangor sekarang, samalah akan terjadi di Putrajaya.
Kalau mereka (pembangkang) menang atas konfigurasi komponen (parti)
yang ada, tak akan adalah Negara Islam, tak akan adalah hukum hudud.
Begitu juga pelaksanaan Islam dalam ekonomi, sosial, pertanian dan dasar
luar negara.
"Jadi bila gabung dengan DAP dan PKR, Pas tak boleh lagilah dengan
negara Islam. Ketua Umum PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pun tak
berminat.
"Saya baru 15 tahun dalam Pas. Saya masuk Pas kerana saya nak Islam dan
kepimpinan ulama iaitu 'tagline' Pas. Itu sebab utama saya masuk Pas.
(Tapi) kepimpinan ulama tidak lagi dominan. Negara Islam tak ada lagi,
jadi saya nak bergantung ke mana?" katanya.
Hasan, yang sebelum ini Anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, berkata
Pas terpaksa mengubah inti perjuangan kepada Negara Kebajikan.
"Negara Kebajikan semua negara boleh buat. Negara di Eropah misalnya,
Norway, Sweden pun buat tetapi atas prinsip sekular, mereka tak nampak
faktor agama.
"Dalam keadaan banyak umat Islam bergantung harapan kepada Pas, parti
itu sendiri menolak Negara Islam. Alasan yang dahulunya dikatakan oleh
Pas sendiri bahawa ia dituntut oleh Islam telah tiba-tiba diputar
belitkan oleh Pas juga bahawa tiada disebut dalam al-Quran," katanya.
Menyentuh cita-cita Pas untuk menawan Putrajaya, Hasan berkata beliau
tidak mempertikaikannya semasa masih berada di dalam parti itu tetapi
tidak mahu Islam dikorbankan dalam usaha berkenaan.
"Orang Pas mungkin dah tak sabar nak jadi menteri, itu yang nak ke
Putrajaya, itu agak sayalah, sampaikan prinsip perjuangan diketepikan.
Dalam soal ini, saya tidak setuju.
"Saya dari awal lagi sudah menentang Negara Kebajikan ni. Walaupun
Putrajaya itu penting tetapi mendaulatkan Islam, Melayu dan Raja adalah
matlamat perjuangan politik kita," katanya.
Hasan berkata tarikan ke Putrajaya itu sangat kuat disebabkan Pas terus
digula-gulakan dan dikipas oleh pemimpin parti pembangkang, dan banyak
kepimpinan Pas sekarang rela memejamkan sebelah mata walaupun mereka
mungkin sedar Pas sedang diperalatkan oleh rakan pakatan untuk mencapai
cita-cita itu.
"Bila ke Putrajaya sekalipun, akan berlaku perebutan kuasa antara Pas,
DAP dan PKR dalam kementerian-kementerian penting. Dalam pakatan
pembangkang pun tak kukuh kerana ini sekadar gabungan tidak kukuh, dan
bukannya desakan kemahuan ikhlas dan suci untuk mendaulatkan Islam.
Beliau juga berkata kepimpinan Pas perlu berubah dan membuat 'islah'
kerana pelbagai prinsip di dalam parti itu dilihatnya sudah tidak betul.
Contohnya, Hasan berkata beliau dimaklumkan oleh rakan-rakan dalam
parti bahawa apabila Abdul Hadi berbahas di Parlimen, tidak ramai yang
berada di kerusi mereka tetapi berbeza apabila Anwar yang berucap, itu
pula yang diberi perhatian penuh.
"Takkan kita dalam Pas, kesetiaan kita adalah kepada orang lain pula.
Pada saya ini prinsip yang sangat tak betul. Prinsip berjemaah tak
betul, prinsip berketua tak betul dan prinsip pengikut tak betul.
Akhirnya prinsip mengurus organisasi tak betul dan ini yang berlaku
sekarang.
"Saya dah gambarkan sebelum ini selepas menjadi kerajaan di Selangor
selama tiga tahun dan 10 bulan dengan melihat semula kekuatan, kelemahan
dan peluang.
"Saya boleh senaraikan 20 kelemahan tetapi pakatan pembangkang tak buat dan tak berani buat," katanya.
Hasan juga membidas Anwar kerana suka menimbulkan reaksi masyarakat dengan mengadakan demonstrasi.
"Bukan tak bagus demonstrasi tapi bukan semuanya sesuai untuk demonstrasi.
Akhirnya (negara) akan jadi anarki dengan masing masing mentafsir
berdasarkan pemikiran masing-masing. Itupun perlu mengikut kehendak
syariat," katanya.
Beliau mengakui diberitahu bahawa di dalam pakatan pembangkang apa juga
perkara perlu dirujuk kepada Anwar dan akhirnya akan berlaku amalan
autokratik dan dengan itu senang untuk 'menunggangi' Pas.
"DAP tak mudah ditunggangi," katanya.
Khalid dedah ‘sejarah’ Hasan9 Februari 2012
Beliau berkata, hubungan bersama Hasan sebelum itu baik sehingga beliau dilantik menjadi Timbalan Pesuruhjaya II oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia.
Menurutnya, pelantikan tersebut jelas menunjukkan, Hasan tidak menganggap beliau sebagai parasit, tetapi sebaliknya sebagai orang kanan dalam Pas Selangor.
“Pada 2008 hubungan mula berubah, apabila saya menolak berkerjasama dengan Umno yang dikemukakan (Hasan).
“Sekiranya kerjasama itu menjadi, Hasan Ali akan dilantik sebagai menteri besar dan itu adalah apa yang ditawarkan Umno,” katanya dalam blog, semalam.
Khalid berkata, hubungan menjadi lebih rapuh setelah beliau menamakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.
“Beliau terdiam, kecewa, mungkin beliau merasakan saya mengkhianati nya.
“Mungkin beliau inginkan saya, sebagai orang kanan memperjuangkan ‘haknya’ untuk menjadi menteri besar,” katanya.
Khalid mendakwa, setelah pelantikan menteri besar selesai, Hasan berusaha menimbulkan ketidakstabilan dalam pentadbiran kerajaan PR Selangor.
Menurutnya, Hasan berusaha mencari peluang menunjukkan perbezaan antara Pas dan DAP khususnya dan menimbulkan pergeseran antara parti komponen PR.
“Saya sering mengingatkan beliau tentang keputusan muktamar Pas yang diadakan di Ipoh supaya PR diperkukuhkan.
“Malangnya beliau terus dengan usahanya dengan mengatakan beliau mempunyai agenda tertentu tanpa menjelaskan apa agendanya itu,” katanya.
Jelajah Hasan bukan agenda BN
8 Februari 2012
Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, program jelajah yang dilakukan Hasan itu adalah hasil usaha sendiri dan BN sama sekali tidak terlibat.
"Kita tahu mereka yang keluar dari parti (pembangkang) mempunyai prinsip tertentu salah satunya kerana jelas kepimpinan mereka bercanggah daripada prinsip yang sepatutnya diamalkan.
"Apabila Hasan keluar Pas, ini akan memberi satu impak tambahan kepada setiap program yang disusun dan ternyata, kandungan ceramah yang disampaikan mendedahkan kelemahan Kerajaan Negeri Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dan Majlis Pecah Tanah bagi Pembinaan Surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Burong, di sini, hari ini.
Pembangkang sering tidak mahu menerima kesilapan mereka malah menuding jari menyalahkan kita dalam segenap hal.
Hadir sama, Pengarah Pelajaran Negeri Selangor, Abdullah Yunus dan Pengetua SMK Sungai Burong, Marpuaton Sastero.
Mengulas lanjut, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, rakyat boleh menilai dan pastinya mempunyai keyakinan dengan sebarang maklumat yang disampaikan Hasan berikutan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu pernah menjawat jawatan tinggi Kerajaan Negeri dan parti.
Lagi pula menurutnya, mana-mana pemimpin pembangkang yang keluar parti pasti akan membuat ‘road show’ sendiri bagi menyedarkan rakyat mengenai kepincangan parti pembangkang dengan matlamat tidak mahu rakyat terpedaya.
"Program jelajah yang beliau lakukan adalah hasil usahanya sendiri, kita tidak terlibat, pembangkang sering tidak mahu menerima kesilapan mereka, malah menuding jari menyalahkan kita dalam segenap hal," katanya.
Jati: Bukan Islam tak perlu gelisah, kata Hasan
8 Februari 2012
Hasan, yang dipecat daripada PAS pada 9 Jan lepas, berkata walaupun perjuangan JATI bertumpu kepada IMR -- iaitu singkatan kepada perjuangan untuk Islam, Melayu serta mendaulatkan institusi Raja-raja, hak bukan Islam tetap terjamin menurut Perlembagaan Malaysia.
"Bila saya kata IMR, orang bukan Islam jangan rasa tersisih. Dalam perlembagaan kita tak seorang pun terkeluar daripada garis, ruang atau tak dapat ruang, keselesaan dan hak di dalam negara ini.
"Jangan takut dan bimbang. Islam tak menyisihkan (orang lain, Melayu tak menyisihkan (orang lain), manakala Raja-raja adalah 'point of solidarity, togetherness and convergence' (titik perpaduan, bersatu hati dan pertemuan)," katanya dalam satu temubual eksklusif dengan Bernama dan Bernama TV di sini baru-baru ini.
Beliau berkata penubuhan JATI seolah-olah ditunggu-tunggu masyarakat dan mendakwa ribuan orang sudah menyatakan berminat untuk menyertai pertubuhan itu.
"Dah ramai yang bertanya mana borang untuk diisi, dah wujud atau belum laman web dan sebagainya. Alhamdulillah," kata Hasan, yang juga pernah menjadi Naib Presiden PAS selama lima tahun.
Katanya struktur organisasi JATI sedang disusun dan diketuai oleh seorang presiden tetapi ia bukan sebuah pertubuhan politik.
"Jadi tekanan ke arah itu (kewujudan JATI) tak payah didesak. Our forte is (Kekuatan kami ialah) aqidah Islam, Melayu yang reflect the authenticity ofIslam (yang menggambarkan ketulenan Islam)," katanya.
Beliau berkata walaupun JATI tidak bermotifkan politik, anggotanya tidak akan dihalang sama ada secara bergabung sesama mereka atau secara individu untuk menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.
Ditanya sama ada ia akan dianggotai oleh nama-nama besar, beliau berkata ia bergantung pada pandangan seseorang individu tetapi sebahagian besarnya adalah aktivis.
Hasan berkata pada masa ini penubuhannya bukan bertujuan mewujudkan satu lagi parti politik berasaskan Islam.- Bernama
Hasan Ali disaran berdakwah tanpa bayaran
YB Datuk Hasan Ali yang saya hormati,
Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Datuk merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Datuk juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Datuk sekeluarga.
Secara ikhlas, saya mula mengkagumi Datuk sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Datuk menceburkan diri ke dalam bidang politik. Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Datuk mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan.
Kesedaran bahawa apa yang telah Datuk lemparkan kepada mantan parti Datuk sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Datuk di media dan juga lewat ceramah-ceramah Datuk yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini.
Sebagai ahli akademik yang mengkaji bidang gerakan Islam, politik Islam dan juga Usul al-Fiqh, saya berasa terpanggil untuk mengarang surat terbuka ini kepada Datuk untuk menilai beberapa kenyataan Datuk dari pertimbangan ilmu dan kacamata ilmiah di dalam bidang pengkajian saya.
Saya kira tulisan surat terbuka saya sebagai ahli akademik ini adalah sebagai tanggungjawab saya kepada kejujuran terhadap disiplin ilmu yang saya pikul dan bukannya sebagai ahli politik.
Islam moderat
Saya bukanlah ahli parti PAS, yang tampil untuk membela PAS dari serangan Datuk. Maka saya bertegas menyatakan apa yang saya tulis ini hanyalah semata-mata pendangan orang luar dan ahli akademik yang neutral dan tidak berpihak, baik kepada Datuk mahupun kepada parti PAS yang telah memecat Datuk.
Saya kira Datuk mungkin telah maklum dengan pencapaian gerakan-gerakan Islam moderat di utara Afrika seperti Ikhwan Muslimun di Mesir, parti Ennahda di Tunisia, parti keadilan dan pembangunan (PJD) di Morocco dan juga parti-parti Islam lain selepas kebangkitan rakyat (Arab Spring).
Kemenangan semua gerakan-gerakan tersebut secara empirikalnya seperti yang telah dianalisis oleh pakar politik di rantau berkenaan merujuk kepada tiga perkara utama: ‘Wacana Islam moderat yang segar’; Kesediaan ‘perkongsian kuasa’ (power sharing); dan juga ‘pengaruh di kalangan rakyat’ melalui jaringan kerja kebajikan dan juga pendidikan yang menyeluruh, berterusan serta meluas.
Apa yang dimaksudkan dengan wacana moderat yang segar ialah kemampuan gerakan-gerakan tersebut untuk menawarkan apa yang diperlukan oleh rakyat dan apa yang diperlukan oleh sesebuah Negara di dalam pendekatan mereka.
Wacana moderat juga telah memperlihatkan bagaimana gerakan-gerakan Islam, tidak lagi memaksakan apa yang mereka mahukan atau percaya ke atas rakyat tanpa kerelaan majoriti. Maka, di dalam wacana baru mereka, gerakan-gerakan Islam tidak lagi menawarkan retorik ‘Dawlah Islamiyyah’ (Negara Islam) yang agak bersifat utopia dan tidak tentu apakah modelnya.
Mereka juga tidak menawarkan hukuman jenayah Islam ‘secara paksaan’ seperti yang pernah dilakukan oleh Taleban di Afghanistan, sebelum keadaan ekonomi dan kebajikan yang kondusif disediakan di dalam negara mereka.
Mereka juga tidak mempamerkan diri sebagai penghukum, tetapi mereka muncul sebagai pembawa harapan, pejuang kebebasan dan pelaksana keadilan setelah rakyat ditindas dan dizalimi selama berdekad-dekad lamanya oleh para diktator.
Proses kematangan
Perkara ini telah membuatkan ramai dari kalangan pengkaji di barat telah mula mengatakan bahawa golongan ini telah merubah sikap dan prinsip mereka, lantas menggelar fenomena ini sebagai post-Islamism (pasca-Islamisme).
Saya konsisten untuk tidak menyokong istilah pasca-Islamisme yang sarat dengan makna neo-kolonialisme. Hakikatnya gerakan-gerakan Islam yang terlibat tidak pernah merubah prinsip.
Mereka juga tidak meninggalkan landasan perjuangan, apatah lagi mengubah pendirian. Apa yang berlaku ialah proses kematangan gerakan-gerakan terlibat untuk melihat Islam dalam kerangkanya yang lebih luas dan komprehensif. Kejayaan beberapa individu berlatarbelakangkan Islamis di Turki melalui agenda neutral AKP, telah menjadi sumber inspirasi gerakan-gerakan tersebut.
Wacana ini juga bertunjangkan konsep Maqasid al-Shariah dan melihat ajaran Islam dari aspek yang holistik, terutamanya aspek moral dan keadilan. Gelombang perubahan pada pendekatan inilah yang telah melanda kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia mutakhir ini, tidak ketinggalan PAS yang Dato pernah sertai dahulu.
Gelombang ini sekaligus melenyapkan pengaruh model Iran yang pernah mendominasi wacana gerakan-gerakan Islam sedunia dengan melaungkan pembinaan sebuah republik Islam dan juga pemerintahan mutlak golongan agama (Wilayatul Faqih).
Menurut kajian saya ke atas wacana baru PAS, terutamanya melalui konsep ‘Negara Berkebajikan’, PAS juga tidak terlepas dari arus perubahan ini. Jika Datuk merasakan pendekatan baru PAS ini bermakna PAS telah meninggalkan perjuangan Islamnya, saya kira Datuk tersilap.
Perubahan pada PAS bukanlah kerja parasit sepertimana yang Datuk dakwa, tetapi ia merupakan satu dinamisme tabi’i bagi sebuah gerakan Islam yang matang. Jikalaulah parasit yang telah menyebabkan perubahan pada PAS, maka pastinya kesemua gerakan Islam di Utara Afrika dan Asia Barat, termasuk Ikhwan Muslimin di Mesir dan juga parti Ennahda juga telah dilanda parasit.
Timbul dilemma di dalam pemikiran saya, apakah pemimpin dan tokoh ideolog gerakan Islam sedunia, Rashid Ghannoushi yang telah mencetuskan wacana gerakan Islam yang baru itu juga telah dijangkiti parasit? Apakah mungkin Datuk ingin mengatakan bahawa Rashid Ghannoushi yang merupakan sumber inspirasi perubahan fikrah pada gerakan-gerakan Islam moderat sedunia itu pula merupakan bapa parasit?
Ditakuti Umno
Yakinlah Datuk, sepertimana gerakan-gerakan tersebut telah berjaya mendapatkan majoriti undi di dalam pilihanraya di negara-negara mereka kerana pendekatan baru ini, PAS juga sedang meniti langkah tersebut.
Inilah yang ditakuti oleh Umno dan kerajaan BN. Pihak lawan tidak mahukan PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Pihak lawan mahu PAS kekal sebagai parti kampung milik Pak Lebai dan Pak Haji.
Pihak lawan juga tidak mahu PAS bangkit sebagai parti milik semua rakyat Malaysia, mereka lebih selesa PAS dikenali sebagai parti ekstrimis dan fundamentalis yang hanya tahu memotong tangan orang sahaja. Hanya dengan wacana Islamis global yang baru ini sahajalah niat buruk mereka akan terhalang.
Malang sekali apabila Datuk pula yang mula bercakap senada dan seirama dengan pihak lawan menentang perubahan pada PAS. Lebih malang lagi kini Datuk menjadi suara pihak lawan untuk memaksa PAS kembali ke kerangka persepsi lama rakyat terhadap mereka yang telah dilelong oleh pihak Umno dan BN.
Saya yakin, di dalam PAS masih terdapat segelintir yang termakan umpan Datuk lantas mempercayai kewujudan parasit. Mereka ini golongan yang ikhlas tetapi hanya kurang mendapat pendedahan terhadap dunia luar sahaja.
Ada di antara mereka juga yang berkepentingan, lantas menggunakan hujah Dato’ untuk kekal berpengaruh, tetapi saya yakin mereka ini teramat kecil bilangannya. Melalui pengamatan saya, PAS akan terus menggalas harapan rakyat dan juga kefahaman Islam yang sebenar berteraskan wacana baru gerakan Islam sedunia untuk menempuh hari muka mereka.
Gelombang perubahaan
Seperkara yang perlu Datuk ketahui, wacana baru gerakan Islam moderat ini juga telah mendapat restu dari para ulama terkemuka seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr Tawfiq al-Wa’ie, Dr Rashid al-Ghannoushi. Amat kasihan kerana Dato’ tidak dapat bersama lagi dengan realiti baru ini.
Apabila melihat kepada isu ‘Negara Berkebajikan’ pula, pada hemat saya, setelah meneliti dokumen ‘Negara Berkebajikan’ PAS dan membandingkannya dengan manifesto parti-parti Islam moderat lain di dunia Arab, saya mendapati PAS ternyata senada dengan mereka yang telah berjaya di negara masing-masing.
Saya berkeyakinan gagasan ‘Negara Berkebajikan’ merupakan satu langkah drastik PAS di dalam membawa perubahan dan menyuarakan persiapan mereka untuk muncul sebagai alternatif kepada parti pemerintah yang sedia ada. Prinsip-prinsip konsepsual ‘Negara Berkebajikan’ yang dibentangkan di dalam dokumen tersebut dan juga cadangan mekanisme perlaksanaannya merupakan satu anjakan paradigma bagi sebuah gerakan dakwah dan parti politik yang telah matang seperti PAS.
Jelas sekali PAS sudah melayakkan dirinya untuk menyertai gelombang perubahan yang melanda gerakan Islam di seluruh dunia dengan membuktikan bahawa golongan Islamis mampu dan bersedia untuk berkongsi kuasa dan memerintah di dalam kerangka demokrasi dan tatakelola yang baik. Malangnya, hal ini tidak disambut positif oleh Datuk, malah dipandang sinis.
Melihat kepada isu hudud yang Datuk anggap telah ditinggalkan oleh PAS, saya kira itu juga agak kurang tepat. Sebagai sebuah parti Islam, saya berpendapat PAS dilihat amat konsisten memperjuangkan apa yang mereka yakini, iaitu kewajipan melaksanakan hukum hudud.
Memaksakan hudud
Apa yang menarik ialah pendekatan PAS yang terbuka untuk membicarakan isu tersebut di ruang umum dan bersedia untuk meyakinkan rakyat melalui proses pendidikan dan dakwah adalah sesuatu yang patut dihargai.
Apa yang saya dapati melalui metod obervasi ke atas ruang ‘discursive’ PAS selama ini, PAS tidak memilih untuk memaksakan hudud ke atas orang lain secara kekerasan. Malah di dalam banyak kenyataan PAS, mereka bersedia untuk mendengar suara majoriti di dalam melaksanakan hukum jenayah Syariah itu.
Pendekatan diplomasi PAS ini harus dihormati kerana ia mencerminkan sikap professionalisme PAS dan keterbukaan para pimpinannya. Saya kira kerana sikap konsisten PAS inilah yang menyebabkan parti itu telah berjaya meraih sokongan ramai bukan Islam melalui ‘Kelab Penyokong PAS’.
Akhirkata, jika Datuk benar-benar ingin memperjuangkan aqidah dan memerangi gejala murtad yang dikatakan sebagai mengancam umat Islam di Selangor, saya mempunyai pelan tindakan yang boleh Datuk lakukan berdasarkan kekuatan yang ada pada diri Datuk.
Mungkin juga Datuk boleh menggunakan kemahiran tersebut juga untuk berdakwah kepada mat-mat rempit, tahi dadah, remaja berpeleseran yang terdapat di dalam negeri Selangor secara sukarela tanpa sebarang bayaran.
Jika dulu mungkin Datuk sibuk dengan tugas exco, kini Datuk lebih mempunyai waktu lapang. Buktikanlah kata-kata Datuk yang ingin menjaga aqidah itu.
Saya kira Datuk juga boleh berdakwah di Hard Rock Café menyeru umat Islam agar bertaubat dan menghayati agama Islam. Saya pasti pemilik Hard Rock Café tidak akan menghalang kerja murni Datuk itu.
Saya yakin 10,000 atau lebih orang yang turut berHIMPUN bersama Datuk untuk menyelamatkan aqidah umat Islam boleh Datuk kerahkan dari seluruh negara untuk sama-sama turun padang demi menyelamatkan aqidah umat Islam secara praktikal.
Saya amat meyakini, jika Datuk berdakwah seperti itu, Datuk akan tetap dikenang kawan ataupun lawan sebagai ‘pejuang aqidah yang sebenar!’.
Penulis adalah ahli akademik politik warga UIAM.ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.
Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Datuk merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Datuk juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Datuk sekeluarga.
Secara ikhlas, saya mula mengkagumi Datuk sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Datuk menceburkan diri ke dalam bidang politik. Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Datuk mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan.
Kesedaran bahawa apa yang telah Datuk lemparkan kepada mantan parti Datuk sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Datuk di media dan juga lewat ceramah-ceramah Datuk yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini.
Sebagai ahli akademik yang mengkaji bidang gerakan Islam, politik Islam dan juga Usul al-Fiqh, saya berasa terpanggil untuk mengarang surat terbuka ini kepada Datuk untuk menilai beberapa kenyataan Datuk dari pertimbangan ilmu dan kacamata ilmiah di dalam bidang pengkajian saya.
Saya kira tulisan surat terbuka saya sebagai ahli akademik ini adalah sebagai tanggungjawab saya kepada kejujuran terhadap disiplin ilmu yang saya pikul dan bukannya sebagai ahli politik.
Islam moderat
Saya bukanlah ahli parti PAS, yang tampil untuk membela PAS dari serangan Datuk. Maka saya bertegas menyatakan apa yang saya tulis ini hanyalah semata-mata pendangan orang luar dan ahli akademik yang neutral dan tidak berpihak, baik kepada Datuk mahupun kepada parti PAS yang telah memecat Datuk.
Saya kira Datuk mungkin telah maklum dengan pencapaian gerakan-gerakan Islam moderat di utara Afrika seperti Ikhwan Muslimun di Mesir, parti Ennahda di Tunisia, parti keadilan dan pembangunan (PJD) di Morocco dan juga parti-parti Islam lain selepas kebangkitan rakyat (Arab Spring).
Kemenangan semua gerakan-gerakan tersebut secara empirikalnya seperti yang telah dianalisis oleh pakar politik di rantau berkenaan merujuk kepada tiga perkara utama: ‘Wacana Islam moderat yang segar’; Kesediaan ‘perkongsian kuasa’ (power sharing); dan juga ‘pengaruh di kalangan rakyat’ melalui jaringan kerja kebajikan dan juga pendidikan yang menyeluruh, berterusan serta meluas.
Apa yang dimaksudkan dengan wacana moderat yang segar ialah kemampuan gerakan-gerakan tersebut untuk menawarkan apa yang diperlukan oleh rakyat dan apa yang diperlukan oleh sesebuah Negara di dalam pendekatan mereka.
Wacana moderat juga telah memperlihatkan bagaimana gerakan-gerakan Islam, tidak lagi memaksakan apa yang mereka mahukan atau percaya ke atas rakyat tanpa kerelaan majoriti. Maka, di dalam wacana baru mereka, gerakan-gerakan Islam tidak lagi menawarkan retorik ‘Dawlah Islamiyyah’ (Negara Islam) yang agak bersifat utopia dan tidak tentu apakah modelnya.
Mereka juga tidak menawarkan hukuman jenayah Islam ‘secara paksaan’ seperti yang pernah dilakukan oleh Taleban di Afghanistan, sebelum keadaan ekonomi dan kebajikan yang kondusif disediakan di dalam negara mereka.
Mereka juga tidak mempamerkan diri sebagai penghukum, tetapi mereka muncul sebagai pembawa harapan, pejuang kebebasan dan pelaksana keadilan setelah rakyat ditindas dan dizalimi selama berdekad-dekad lamanya oleh para diktator.
Proses kematangan
Perkara ini telah membuatkan ramai dari kalangan pengkaji di barat telah mula mengatakan bahawa golongan ini telah merubah sikap dan prinsip mereka, lantas menggelar fenomena ini sebagai post-Islamism (pasca-Islamisme).
Saya konsisten untuk tidak menyokong istilah pasca-Islamisme yang sarat dengan makna neo-kolonialisme. Hakikatnya gerakan-gerakan Islam yang terlibat tidak pernah merubah prinsip.
Mereka juga tidak meninggalkan landasan perjuangan, apatah lagi mengubah pendirian. Apa yang berlaku ialah proses kematangan gerakan-gerakan terlibat untuk melihat Islam dalam kerangkanya yang lebih luas dan komprehensif. Kejayaan beberapa individu berlatarbelakangkan Islamis di Turki melalui agenda neutral AKP, telah menjadi sumber inspirasi gerakan-gerakan tersebut.
Wacana ini juga bertunjangkan konsep Maqasid al-Shariah dan melihat ajaran Islam dari aspek yang holistik, terutamanya aspek moral dan keadilan. Gelombang perubahan pada pendekatan inilah yang telah melanda kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia mutakhir ini, tidak ketinggalan PAS yang Dato pernah sertai dahulu.
Gelombang ini sekaligus melenyapkan pengaruh model Iran yang pernah mendominasi wacana gerakan-gerakan Islam sedunia dengan melaungkan pembinaan sebuah republik Islam dan juga pemerintahan mutlak golongan agama (Wilayatul Faqih).
Bapa parasit
Realitinya
kini, gerakan-gerakan Islam moderat yang wujud lebih memilih ruang
demokrasi untuk membawa perubahan. Mereka juga melaungkan pembentukan
negara sivil milik semua warga dengan menjamin kebebasan politik,
penegakan keadilan, hak upaya masyarakat sivil, hak wanita, tatakelola
yang baik, kebajikan rakyat yang terpelihara, ekonomi yang lebih berdaya
saing serta bebas dari korupsi, pecah amanah dan rasuah, serta
perkongsian kuasa bersama rakyat dari segala lapisan dan kumpulan.Menurut kajian saya ke atas wacana baru PAS, terutamanya melalui konsep ‘Negara Berkebajikan’, PAS juga tidak terlepas dari arus perubahan ini. Jika Datuk merasakan pendekatan baru PAS ini bermakna PAS telah meninggalkan perjuangan Islamnya, saya kira Datuk tersilap.
Perubahan pada PAS bukanlah kerja parasit sepertimana yang Datuk dakwa, tetapi ia merupakan satu dinamisme tabi’i bagi sebuah gerakan Islam yang matang. Jikalaulah parasit yang telah menyebabkan perubahan pada PAS, maka pastinya kesemua gerakan Islam di Utara Afrika dan Asia Barat, termasuk Ikhwan Muslimin di Mesir dan juga parti Ennahda juga telah dilanda parasit.
Timbul dilemma di dalam pemikiran saya, apakah pemimpin dan tokoh ideolog gerakan Islam sedunia, Rashid Ghannoushi yang telah mencetuskan wacana gerakan Islam yang baru itu juga telah dijangkiti parasit? Apakah mungkin Datuk ingin mengatakan bahawa Rashid Ghannoushi yang merupakan sumber inspirasi perubahan fikrah pada gerakan-gerakan Islam moderat sedunia itu pula merupakan bapa parasit?
Ditakuti Umno
Yakinlah Datuk, sepertimana gerakan-gerakan tersebut telah berjaya mendapatkan majoriti undi di dalam pilihanraya di negara-negara mereka kerana pendekatan baru ini, PAS juga sedang meniti langkah tersebut.
Inilah yang ditakuti oleh Umno dan kerajaan BN. Pihak lawan tidak mahukan PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Pihak lawan mahu PAS kekal sebagai parti kampung milik Pak Lebai dan Pak Haji.
Pihak lawan juga tidak mahu PAS bangkit sebagai parti milik semua rakyat Malaysia, mereka lebih selesa PAS dikenali sebagai parti ekstrimis dan fundamentalis yang hanya tahu memotong tangan orang sahaja. Hanya dengan wacana Islamis global yang baru ini sahajalah niat buruk mereka akan terhalang.
Malang sekali apabila Datuk pula yang mula bercakap senada dan seirama dengan pihak lawan menentang perubahan pada PAS. Lebih malang lagi kini Datuk menjadi suara pihak lawan untuk memaksa PAS kembali ke kerangka persepsi lama rakyat terhadap mereka yang telah dilelong oleh pihak Umno dan BN.
Saya yakin, di dalam PAS masih terdapat segelintir yang termakan umpan Datuk lantas mempercayai kewujudan parasit. Mereka ini golongan yang ikhlas tetapi hanya kurang mendapat pendedahan terhadap dunia luar sahaja.
Ada di antara mereka juga yang berkepentingan, lantas menggunakan hujah Dato’ untuk kekal berpengaruh, tetapi saya yakin mereka ini teramat kecil bilangannya. Melalui pengamatan saya, PAS akan terus menggalas harapan rakyat dan juga kefahaman Islam yang sebenar berteraskan wacana baru gerakan Islam sedunia untuk menempuh hari muka mereka.
Gelombang perubahaan
Seperkara yang perlu Datuk ketahui, wacana baru gerakan Islam moderat ini juga telah mendapat restu dari para ulama terkemuka seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr Tawfiq al-Wa’ie, Dr Rashid al-Ghannoushi. Amat kasihan kerana Dato’ tidak dapat bersama lagi dengan realiti baru ini.
Apabila melihat kepada isu ‘Negara Berkebajikan’ pula, pada hemat saya, setelah meneliti dokumen ‘Negara Berkebajikan’ PAS dan membandingkannya dengan manifesto parti-parti Islam moderat lain di dunia Arab, saya mendapati PAS ternyata senada dengan mereka yang telah berjaya di negara masing-masing.
Saya berkeyakinan gagasan ‘Negara Berkebajikan’ merupakan satu langkah drastik PAS di dalam membawa perubahan dan menyuarakan persiapan mereka untuk muncul sebagai alternatif kepada parti pemerintah yang sedia ada. Prinsip-prinsip konsepsual ‘Negara Berkebajikan’ yang dibentangkan di dalam dokumen tersebut dan juga cadangan mekanisme perlaksanaannya merupakan satu anjakan paradigma bagi sebuah gerakan dakwah dan parti politik yang telah matang seperti PAS.
Jelas sekali PAS sudah melayakkan dirinya untuk menyertai gelombang perubahan yang melanda gerakan Islam di seluruh dunia dengan membuktikan bahawa golongan Islamis mampu dan bersedia untuk berkongsi kuasa dan memerintah di dalam kerangka demokrasi dan tatakelola yang baik. Malangnya, hal ini tidak disambut positif oleh Datuk, malah dipandang sinis.
Melihat kepada isu hudud yang Datuk anggap telah ditinggalkan oleh PAS, saya kira itu juga agak kurang tepat. Sebagai sebuah parti Islam, saya berpendapat PAS dilihat amat konsisten memperjuangkan apa yang mereka yakini, iaitu kewajipan melaksanakan hukum hudud.
Memaksakan hudud
Apa yang menarik ialah pendekatan PAS yang terbuka untuk membicarakan isu tersebut di ruang umum dan bersedia untuk meyakinkan rakyat melalui proses pendidikan dan dakwah adalah sesuatu yang patut dihargai.
Apa yang saya dapati melalui metod obervasi ke atas ruang ‘discursive’ PAS selama ini, PAS tidak memilih untuk memaksakan hudud ke atas orang lain secara kekerasan. Malah di dalam banyak kenyataan PAS, mereka bersedia untuk mendengar suara majoriti di dalam melaksanakan hukum jenayah Syariah itu.
Pendekatan diplomasi PAS ini harus dihormati kerana ia mencerminkan sikap professionalisme PAS dan keterbukaan para pimpinannya. Saya kira kerana sikap konsisten PAS inilah yang menyebabkan parti itu telah berjaya meraih sokongan ramai bukan Islam melalui ‘Kelab Penyokong PAS’.
Akhirkata, jika Datuk benar-benar ingin memperjuangkan aqidah dan memerangi gejala murtad yang dikatakan sebagai mengancam umat Islam di Selangor, saya mempunyai pelan tindakan yang boleh Datuk lakukan berdasarkan kekuatan yang ada pada diri Datuk.
Turun padang tanpa bayaran
Sebagai
seorang motivator yang begitu meyakinkan dan berupaya bermain dengan
emosi orang ramai, saya rasa sudah sampai waktunya Datuk untuk turun
padang bertemu dengan mereka yang didakwa murtad berdasarkan senarai
yang rakan-rakan Datuk miliki.Mungkin juga Datuk boleh menggunakan kemahiran tersebut juga untuk berdakwah kepada mat-mat rempit, tahi dadah, remaja berpeleseran yang terdapat di dalam negeri Selangor secara sukarela tanpa sebarang bayaran.
Jika dulu mungkin Datuk sibuk dengan tugas exco, kini Datuk lebih mempunyai waktu lapang. Buktikanlah kata-kata Datuk yang ingin menjaga aqidah itu.
Saya kira Datuk juga boleh berdakwah di Hard Rock Café menyeru umat Islam agar bertaubat dan menghayati agama Islam. Saya pasti pemilik Hard Rock Café tidak akan menghalang kerja murni Datuk itu.
Saya yakin 10,000 atau lebih orang yang turut berHIMPUN bersama Datuk untuk menyelamatkan aqidah umat Islam boleh Datuk kerahkan dari seluruh negara untuk sama-sama turun padang demi menyelamatkan aqidah umat Islam secara praktikal.
Saya amat meyakini, jika Datuk berdakwah seperti itu, Datuk akan tetap dikenang kawan ataupun lawan sebagai ‘pejuang aqidah yang sebenar!’.
Penulis adalah ahli akademik politik warga UIAM.ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan