Khamis, 16 Februari 2012

BILA KITA TAK TAKUT ANCAMAN ALLAH...AZAB SERTA SEKSAAN ALLAH...KITA MUDAH2 PECAH AMANAH HARTA RAKYAT..ALANGKAH SUSAH JIKA DIAKHIRAT RAKYAT MENDAKWA KITA...ADAKAH KITA DAH READY UNTUK JADI BAHAN PEMBAKAR DALAM NERAKA..SEDANGKAN KITA DAH LANJUT USIA...TARIKH KEMATIAN KIAN HAMPIR..ALLAH TIDAK MENANGGUH2 AJAL WALAUPUN SESAAT PUN....

Selepas 30 tahun masalah Kg Perepat selesai

Harakahdaily, 15 Feb 2012
SHAH ALAM, 15 Feb: Lebih 300 peneroka asal Kampung Perepat, Kapar yang mengusahakan tanah untuk pertanian di bawah Skim Rancangan Tanah Revolusi Hijau yang dimulakan pada 1981 akhirnya mendapat kepastian tentang pemilikan hak milik tanah.

Penyelesaian ini dicapai hasil usaha Task Force yang ditubuhkan khas oleh Kerajaan Negeri Selangor setelah meneliti masalah yang melibatkan lebih 400 lot tanah di kampung berkenaan.

Akhirnya lebih 300 lot tanah telah mendapat kepastian tentang hak milik dan kini hanya tinggal tidak lebih 40 lot tanah yang belum diselesaikan kerana beberapa masalah termasuk pertindihan pemilik, tidak tetap pemilikan dan tanah disewakan kepada orang lain.

Perkara ini diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibarahim dalam satu kenyataannya hari ini.

Khalid berkata, majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah menerima cadangan Task Force bagi pihak yang terlibat menyelesaikan masalah secara rundingan bersama pejabat tanah dan daerah.

Jika tiada persetujui dicapai, rundingan ini akan dibawa ke Arbitrasi (timbangtara) yang ditubuhkan Kerajaan Negeri dan dianggotai pakar-pakar hal ehwal tanah, katanya.

"Pejabat Tanah dan Daerah Klang  akan menghubungi 40 pemilik lot tanah ini untuk penyelesaian dan sekiranya gagal, kita akan menggunakan saluran undang-undang menerusi Arbitrasi," beritahu Khalid.

Katanya, kerajaan negeri juga mengucapkan terima kasih kepada Task Force ini yang dipengerusikan Orang Besar Daerah Klang,  Dato’ Setia Diraja Haji Abdul Ghani Pateh Akhir dan ahli-ahli panel lain, Orang Besar Daerah Petaling, Dato’ Emran Kadir, Dato’ Mat Lazim, bekas Pegawai Daerah Kuala Selangor, Tuan Haji Abdul Ghani Zainuddin dan Setiausaha Task Force, Puan Hajjah Latipah Suliman serta mereka yang terlibat kerana berjaya menolong Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah ini yang lama tertangguh.

"Masalah Kampung Perepat ini jelas menunjukkan bahawa sistem pemilikan tanah yang tidak telus dan adil akhirnya akan mendatangkan banyak masalah kepada Kerajaan Negeri.

"Oleh itu, adalah amat penting untuk kita memastikan setiap pemberimilikan tanah dilakukan dengan penyiasatan dan semakan bagi menghalang dari berlaku salah guna kuasa, pertindihan dan pemberian kepada mereka yang tidak layak," tegas beliau.

Dengar nasihat godfathers tu Kak Ijat mow! mow!

Harakahdaily, 15 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 15 Feb: Tekanan kepada Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil semakin berat apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir terus mendesak beliau.

Ekoran itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi berkata kepada Shahrizat: "Dengarlah segera nasihat Godfathers tu Kak Ijat...Mow! Mow! Mow!"

Mahathir hari ini menasihatkan Shahrizat melepaskan jawatan itu dan jangan terlalu sayangkan jawatan.

"(Beliau) mesti fikirkan kesan kepada parti. Jangan terlalu sayangkan jawatan terlalu banyak,” kata bekas presiden Umno itu kepada pemberita pada sidang media selepas ucapan sulungnya sebagai Canselor Universiti Perdana di Serdang hari ini.

Seorang pemimpin, kata Mahathir, perlu tahu apabila sudah tiba waktunya untuk berundur, sambil memberi contoh, dirinya sendiri yang rela berundur secara sukarela selepas 22 tahun berkuasa.

"Malah saya, apabila sudah terlalu lama (berkuasa) dan rakyat mulai bosan, saya pergi," sindirnya.

"Terpulanglah kepada beliau," katanya lagi.

Mahathir mengulas komennya sebelum ini yang mahu Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Umno, supaya berundur.

Shahrizat sebelum ini enggan melepaskan jawatan itu dengan alasan beliau tidak ada kaitan dengan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) itu.

Ini kerana, ia diuruskan oleh suami dan anak-anaknya bukannya beliau.

Ketua Audit Negara sebelum ini dalam laporannya berkata, NFC mempunyai masalah.

Ekoran itu, pelbagai pendedahan dibuat bagaimana wang pinjaman mudah kerajaan bernilai RM250 juta dibelanjakan oleh NFC.

Antaranya membeli kondo mewah di Bangsar, Orchid Road Singapura dan Marina Bay Singapura.

NFC juga didakwa membeli kenderaan mewah di samping membelanjakan duitnya untuk pelancongan mewah.

NFC ditubuhkan untuk memajukan pertanian negara melalui ternakan untuk mengurangkan pergantungan negara kepada daging import.

Ia diluluskan oleh kerajaan melalui Rancangan Malaysia ke 9 dan peruntukannya diluluskan melalui satu Jawatankuasa Berimpak Besar yang dipengerusikan Datuk Seri Najib Razak, timbalan perdana menteri ketika itu.

Ekoran itu, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, bukan Shahrizat sahaja yang bersalah kerana pihak yang patut bertanggungjawab terhadapnya adalah menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika itu iaitu Tan Sri Muhyidin Yasin.

Oleh itu, Muhyidin dan Najib yang turut patut meletakkan jawatan ekoran terdedahkan skandal yang memalukan ini.

Baru-baru ini, Shahrizat telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Putrajaya berkaitan dengan NFC ini.

RM589.4 juta Tajudin-Danaharta ke bawah permaidani?

Harakahdaily, 15 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 15 Feb: Pelbagai pihak tertanya-tanya bagaimanakah caranya penyelesaian dibuat antara syarikat kerajaan Pengurusan Danaharta Berhad (Danaharta) dengan bekas Pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli.

Ini kerana, ia melibatkan jumlah wang yang besar iaitu RM589.14 juta wang yang diarahkan oleh mahkamah agar dibayar oleh Tajudin kepada Danaharta sebelum ini.

Ia berlaku di Mahkamah Rayuan semalam apabila Peguam Tajudin, Lim Kean Leong berkata, anakguamnya bersetuju untuk menarik balik semua 27 rayuan, 11 antaranya terhadap Danaharta.

"Dan dia (Tajudin) berharap, semua kos akan ditanggung oleh pihak yang berkenaan," Lim memberitahu mahkamah berikutan persetujuan antara Tajudin dan Danaharta yang bersetuju untuk menanggung kos masing-masing.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi dalam kenyataannya mempertikaikan penyelesaian ini.

"Adakah ini satu lagi skandal? Apa isi penyelesaiannya? Sila jelaskan maklumat terperinci kepada rakyat," kata beliau melalui Twitternya.

Pada tahun 2009, Danaharta serta dua anak syarikatnya berjaya dalam saman RM589.14 mereka terhadap Tajudin di Mahkamah Tinggi.

Ogos 2011, media melaporkan, kerajaan telah mengarahkan semua anak-anak syarikatnya (GLC) agar menggugurkan semua tuntutan mereka terhadap Tajuddin, anak didik bekas bendahari Umno, Tun Daim Zainudin ini.

Dalam surat yang dihantar oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, semua GLC dan Danaharta diberitahu, Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan semua saman terhadap Tajudin di luar mahkamah.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, terserah kepada rakyat negara ini untuk membuat keputusan samada penyelesaian di luar mahmamah satu usaha untuk menutup kes ini.

“Ini negara demokratik. Jika kamu fikir kerajaan cuba menyapu perkara ini ke bawah permaidani, kamu boleh tidak menyokong kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang," kata Mahathir di Universiti Perdana.

Tiada ulasan: