Menutup aurat bukan sekadar bertudung
Nik Nasri Nik Malek, | 19 Feb 2012 |
Fenomena baharu sejak kebelakangan ini apabila ramai dari kalangan
artis, selebriti mula memakai tudung selepas ‘puas’ berada dalam bentuk
free hair. Gambar free hair mereka sebenarnya sudah terlalu banyak terpapar di internet.
Alhamdulillah, iman yang masih ada dalam diri masih menjerit-jerit secara halus meminta supaya mereka kembali kepada fitrah. Di antara fitrah itu ialah menutup aurat mereka terutama dari kalangan wanita. Ia bukan kongkongan tetapi bermaksud membimbing masyarakat menjadi baik.
Bagi mereka yang belum insaf, maka ambillah peluang lebih awal sebelum gambar-gambar free hair dan ‘berpakaian tapi bertelanjang’ mereka terpampang dengan banyaknya dalam internet.
Bagi mereka yang mula sedar dan insaf, kita ucapkan tahniah dan terus istiqamah dengan bertudung. Cuma satu perkara yang mesti difahami oleh semua ialah apabila seorang wanita Islam mula bertudung, maka ia sebenarnya baharu kembali kepada fitrah dan bukanlah bermakna ia sudah menjadi ‘malaikat’.
Menutup aurat sebenarnya mesti melihat pelbagai aspek-cara bertudung, jenis pakaian, cara berinteraksi, perangai lama yang masih ada, termasuk konsep tabarruj yang masih jauh dilaksanakan oleh ramai wanita Islam. Sekali lagi ingin saya tegaskan, semua hukum ini tidak bermaksud mengongkong wanita Islam tetapi ia adalah sebagai tanda iman, tanda tunduk kepada perintah Allah, tanda menundukkan nafsu di bawah kehendak Allah dan tanda wanita itu menjaga maruah dan harga dirinya.
Justeru, Kempen Setahun Menjaga Aurat Sepanjang Hayat yang dilancarkan oleh Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Persatuan Persaudaraan Muslimah Negeri Kedah (Salimah) dan Badan Gabungan NGO Islam Kedah (Wehdah) yang bermula sehari dua ini sangat-sangat dialukan. Kempen bertemakan “Menjaga Aurat, Hidup Berkat, Masyarakat Selamat” mesti disokong sepenuhnya oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta masyarakat seluruhnya.
Harakahdaily melaporkan Kempen Jaga Aurat Sepanjang Hayat akan menyebarkan maklumat dan kesedaran ke seluruh masyarakat Islam agar menghayati hikmah dan manfaat menjaga aurat dalam membina watak masyarakat Islam yang bermaruah, berakhlak dan berprinsip.
Kempen merangkumi pelbagai aktiviti seperti menyebar risalah dan poster, forum, ceramah penerangan, dialog, khutbah, penerangan di institusi pendidikan dan demonstrasi tatacara berpakaian dalam Islam, melibatkan seluruh institusi masjid sebanyak lebih 500 buah di negeri Kedah, memorandum khas mengenai kempen yang akan diserahkan kepada kerajaan negeri Kedah, jabatan dan agensi swasta untuk mendapatkan perakuan persetujuan dan sokongan terhadap etika menjaga aurat sebagai kod berpakaian pekerja.
Semua aktiviti dan kempen ini sangat baik dan kena pada tempatnya. Masyarakat bukan sahaja perlukan kepimpinan politik yang baik, bahkan suasana masyarakat yang hampir dan dekat dengan keredhaan Allah.
Sebelum kempen inipun, para wanita Islam sepatutnya mengingati hadis Nabi SAW, “Dua golongan dari kalangan ahli neraka, aku tidak akan memandang mereka di hari akhirat, iaitu lelaki yang bersama mereka cemeti sambil memukul-mukul manusia dan wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, berjalan sambil menggoyangkan kepala dan badan, di atas kepala mereka seumpama bonggol unta”.
KUALA LUMPUR, 19 Feb:
Dewan Ulama PAS Pusat amat kesal dengan sikap segelintir ahli
perniagaan yang mempromosikan pakaian yang bersifat 'berpakaian tapi
telanjang', dengan berselindung di bawah terma pakaian busana muslimah.
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali (gambar) berkata, di antara pakaian wanita yang dipromosikan itu, terdapat juga pakaian yang dikategorikan sebagai 'jubah', tetapi ia hanyalah untuk mengelabui pandangan mata orang ramai sahaja.
Menurutnya, sedangkan hakikatnya, pakaian yang dipromosikan itu tidak menepati ciri pakaian Islam kerana ketat dan menampakkan bentuk badan.
Sehubungan itu, Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong penuh Kempen Setahun Menjaga Aurat Sepanjang Hayat yang dilancarkan oleh Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Persatuan Persaudaraan Muslimah Negeri Kedah (Salimah) dan Badan Gabungan NGO Islam Kedah (Wehdah) yang bermula kelmarin.
"Rakyat negara ini terutama pimpinan Pakatan Rakyat yang beragama Islam di semua peringkat perlu mendokong kempen tersebut yang bertemakan “Menjaga Aurat, Hidup Berkat, Masyarakat Selamat"," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.
Kelmarin Harakahdaily atas tajuk "Kempen Jaga Aurat Sepanjang Hayat dilancar" melaporkan, kempen tersebut akan menyebarkan maklumat dan kesedaran ke seluruh masyarakat Islam agar menghayati hikmah dan manfaat menjaga aurat dalam membina watak masyarakat Islam yang bermaruah, berakhlak dan berprinsip.
Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, walaupun memakai tudung di kalangan wanita Islam kelihatan sangat meluas dewasa ini, namun pakaian tudung dengan segala bentuk dan corak yang difahami oleh masyarakat telah menghilangkan makna menutup aurat seperti yang ditekankan dalam Islam.
Beliau berkata, fesyen berpakaian ketat tetapi bertudung, menggunakan tudung hanya waktu terrtentu sahaja, wujudnya kaum lelaki yang tidak menjaga aurat dalam beriadah dan berseni adalah antara gejala yang kini berleluasa dalam masyarakat.
Katanya lagi, tudung yang kini dilihat suatu fesyen terbaru ditanggapi hanya sebagai trend semasa yang akhirnya memesongkan kefahaman masyarakat terhadap pengertian sebenar menutup aurat seperti yang dituntut oleh Islam.
Menurutnya, kini gaya berpakaian bertudung sedang menjalani era komersialisasi yang amat pesat sehingga ramai artis dan wanita muda memakai tudung bukan kerana kefahaman dan penghayatan yang mendalam, tetapi kerana ia dilihat sebagai trend.
“Kempen ini akan melibatkan seluruh lapisan masyarakat serta pelbagai agensi dan pertubuhan Islam supaya konsep menjaga aurat dihayati dan mencapai kesan yang sepatutnya.
“Ia juga akan melibatkan agensi media, kesatuan sekerja , badan belia, pertubuhan wanita, badan professional, badan korporat dan persatuan mahasiswa IPT,” katanya lagi.
Kempen itu, ujarnya akan melibatkan pelbagai aktiviti seperti menyebar risalah dan poster, forum, ceramah penerangan, dialog, khutbah, penerangan di institusi pendidikan dan demonstrasi tatacara berpakaian dalam Islam.
Menurutnya lagi, kempen itu akan menarik institusi masjid dan surau untuk menyertainya yang akan melibatkan seluruh institusi masjid sebanyak lebih 500 buah di negeri Kedah.
“Memorandum khas mengenai kempen ini juga akan diserahkan kepada kerajaan negeri Kedah, jabatan dan agensi swasta untuk mendapatkan perakuan persetujuan dan sokongan mereka terhadap etika menjaga aurat sebagai kod berpakaian pekerja.
Menurut Khairuddin, kempen tersebut bertujuan untuk mendidik dan menyedarkan masyarakat Islam akan kewajipan semua kaum Muslimin sama ada wanita mahupun lelaki agar menjaga aurat mereka dalam berpakaian seperti yang diwajibkan dalam ajaran Islam.
"Kempen ini selari dengan peringatan Rasulullah s.a.w dalam hadis sahih yang menyentuh secara langsung tentang cara berpakaian dalam Islam," katanya yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mohd Khairuddin At-Takiri.
Hadis tersebut bermaksud; "Dua golongan daripada kalangan ahli neraka, saya tidak akan memandang mereka di hari akhirat, iaitu lelaki-lelaki yang bersama mereka cemeti sambil memukul-mukul manusia dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berjalan sambil menggoyangkan kepala dan badan, di atas kepala mereka seumpama bonggol unta".
SHAH ALAM - Seramai 30 orang peserta akhir pertandingan Pencarian Model Tudung Fareeda bakal merebut gelaran juara yang akan diadakan di Plaza Masalam, Shah Alam di sini hari ini.
Pemilik Fareeda House of Scarf, Faridah Zakaria berkata, pertandingan akhir yang akan bermula pada pukul 2 petang itu menampilkan calon-calon berbakat dalam bidang fesyen terutama gaya tudung.
"Dalam pertandingan akhir yang berlangsung hari ini, pemenang akan dipilih berdasarkan wajah, cara menggayakan tudung dan penampilan mereka.
"Penilaian pemenang akan diadili oleh barisan juri yang arif dalam dunia fesyen," katanya.
Juara akan membawa pulang hadiah RM3,000 dan 10 helai tudung Fareeda bernilai RM2,000.
Semua peserta yang berusia di antara 23 hingga 50 tahun itu akan berentap dalam dua kategori iaitu berumur 40 tahun ke bawah dan 40 tahun ke atas.
KOTA BHARU - Majlis promosi produk SimplySiti milik penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin di Kompleks Beli-Belah KB Mall di sini gamat semalam gara-gara tagline baru loghat Kelantan.
Daripada tagline asal Rahsiaku Kini Milikmu, Siti Nurhaliza menarik perhatian ratusan yang hadir dengan menukarnya kepada Hok Kawe Lo Ni Jadi Hok Demo.
Anggun berkurung moden dan berselendang hijau, Siti Nurhaliza bangga kerana rangkaian produk kecantikannya itu sudah menarik perhatian semakin ramai pelanggan termasuk penduduk Kelantan.
"Sambutan yang diterima di sini memberangsangkan, malah sudah melangkaui sasaran awal kami sejak SimplySiti dilancarkan pada April tahun lalu,'' katanya yang baru pulang daripada menunaikan umrah kelmarin.
SUSAH KE PAKAI TUDUNG ATAU TAK TAHU HUKUM
HANTU Dalam Botol Kicap, filem yang menemukan Mikail Andre Nazrul Andre, 20, dan Md. Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek atau nama komersialnya, Zalif Sidek, 27, dan sudah memulakan tayangannya di pawagam seluruh negara minggu lalu.
Filem komedi seram arahan sulung Azahari Zain itu juga buat pertama kalinya memaparkan aksi tayang badan pelakon baharu, Mikail Andre dan Zalif Sidek dalam beberapa adegan.
Antaranya ketika babak mandi-manda di sebatang tali air dan sewaktu berlawan dengan hantu dengan melumurkan badan mereka dengan kicap di penghujung jalan cerita.
Mungkin bagi sesetengah penonton menganggap aksi itu tidak keterlaluan memandangkan perihal babak itu mustahil untuk dilakonkan berbaju.
Namun, persoalannya tidakkah mereka sebagai pendatang baharu perlu menjaga sedikit sebanyak norma masyarakat kita yang adakalanya kurang selesa melihat pelakon tayang badan ketika menonton.
Menjawab isu itu, ujar Zalif yang memulakan karier lakonan bersama Metrowealth Productions Sdn. Bhd. (MIG) milik David Teo dengan filem Bini Biniku Gangster tahun lalu, aksi tayang badan dilakukan mengikut kehendak pengarah dan penghayatan watak selaku remaja berusia 14 tahun dalam filem itu.
"Jujur saya katakan saya seorang yang pemalu apatah lagi untuk beraksi buka-buka baju. Tapi ternyata itu kehendak pengarah yang mahukan saya lebih mendalami karakter sebagai seorang remaja berusia 14 tahun.
"Malah, kelakar sekiranya memakai baju untuk mandi di tali air, itu perwatakan saya dan saya selesa. Apabila kita masuk ke alam usia seperti watak Epul, itu perkara biasa.
"Saya tidak merasakan diri dieksploitasi, buka baju saya sekadar mengikut kehendak watak," jawabnya yang ditemui sewaktu sidang akhbar dan tayangan perdana filem Hantu Dalam Botol Kicap di Sunway Pyramid, Subang, Selangor, baru-baru ini.
Zalif yang sebelum ini pernah muncul juga dalam filem Papa I Love You melakukan rujukan watak untuk filem Hantu Dalam Botol Kicap menerusi filem Home Alone dan katanya amat berpuas hati dengan lakonannya kali ini.
"Ini filem ketiga saya, banyak yang sudah dipelajari daripada filem lakonan saya sebelum ini. Jelas sekali saya dapat rasa perbezaan berbanding filem terdahulu, hubungan kami sesama pelakon juga amat rapat," ujarnya yang bakal muncul dengan filem Tujuh Petala Cinta dan baru selesai menjalani penggambaran filem Aji Boy.
Mikail tumpang populariti
Salah seorang pelakon utama filem Hantu Dalam Botol Kicap, Mikail Andre, melihat perkara tayang badan bukan isu utama untuk dibangkitkan.
Malah katanya, babak tayang badan dalam filem ketiganya selepas Al-Hijab dan Tokak itu menghidangkan lebih banyak cabaran selaku pelakon yang masih muda dan diberi kepercayaan menggalas peranan utama.
"Cabaran sebagai pendatang baharu memang sukar. Banyak yang saya perlu belajar dan perlu diberikan tunjuk ajar sama ada daripada pengarah mahupun pelakon senior.
"Mengenai isu tayang badan saya tak selesa sangat. Saya terpaksa buat disebabkan kerjaya dan memandangkan itu kehendak skrip, maka saya turutkan. Takut nanti orang cakap saya diva.
"Tapi ada batasan untuk setiap aksi yang saya lakonkan, ia bergantung pada pengarah untuk mendidik pelakon berdasarkan aksi dan karakter yang dibawa"," katanya yang turut menjadi tenaga produksi belakang tabir dalam filem Al-Hijab arahan Pierre Andre.
Mikail yang baru usai penggambaran filem aksi Satu Lawan Satu mengakui sedikit sebanyak menumpang populariti abang dan ibunya, Khatijah Tan yang kedua-duanya melakar nama menerusi bidang lakonan.
"Melihat abang saya menceburi bidang lakonan kadangkala buat saya cemburu. Selepas tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), saya mula perlahan-lahan dengan kerja belakang tabir.
"Kemudian baru cuba berlakon sebagai watak sampingan sehinggalah filem Hantu Dalam Botol Kicap memberikan peluang memegang watak utama.
"Apabila berlakon sendiri, saya rasa puas! Banyak inspirasi saya datangnya daripada abang saya dan saya meletakkan dia sebagai guidance sebab dia yang membimbing saya masuk ke dalam industri. Sedikit sebanyak ada juga menumpang nama mereka untuk peminat mengenali saya," singkapnya.
Ujar Mikail lagi, Pierre dan Khatijah juga banyak menjadi pembimbing untuknya berkarier.
"Di rumah ibu yang ajar teknik berlakon dan menjiwai watak secara tidak langsung. Selain itu, abang yang ajar saya kaedah untuk bergaul dengan orang ramai dan menjadi pelakon yang serba boleh. Mereka ibarat coach tak berbayar!" cerita Mikail lebih lanjut.
Mikail dalam pada itu terlibat dalam filem Chantek lakonan Pierre dan Nurul Ekasari yang bakal ditayangkan tidak lama lagi selain membintangi filem Taikun lakonan Along dan Angah Raja Lawak.
Mon Ryanti merempit
Mon Ryanti, salah seorang pelakon baharu yang sedang mendaki tangga populariti turut terlibat dalam filem keduanya selepas Keramat.
Mendukung watak utama sebagai seorang kakak bernama Rina, gadis berumur 18 tahun yang sosial, ujar Mon, filem Hantu Dalam Botol Kicap pertama kali mengajarnya cara memproses ayam selepas disembelih.
"Filem ini mengajar saya cara memproses ayam yang disembelih, sebelum ini saya tidak pernah tahu kaedah tersebut," tuturnya diiringi ketawa mengekeh.
Malah, ujar Mon lagi dalam filem ini dia dibenarkan menunggang motor dengan lasak di kawasan kampung.
Anak kedua daripada tiga beradik ini bakal muncul bersama filem Nongkrong, Hacks (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) dan Assalamualaikum Cinta.
ISU TUDUNG: PENDUSTA AGAMA MUNCUL LAGI

Kesal promosi 'berpakaian tapi telanjang'
Aziz Muda, | 19 Feb 2012 |

BILA TUDUNG BUKAN UNTUK TAKWA DAN KETAATAN...BAHKAN JADI FESYEN DAN TREND MASAKINI...TAK PENDULI HUKUM...BAGAIMANA TUDUNG DIBENARKAN OLEH SYARAK...TUTUP DADA DAN PUNGGUNG...TAK BOLEH LIHATKAN BENTUK TUBUH BADAN ...JUGA TAK TABARUJ@BERSOLEK...BUNGKUS AURAT BUKAN TUTUP AURAT...AKHIRAT JAWAB...
Juara Model Tudung Fareeda diumum hari ini
SHAH ALAM - Seramai 30 orang peserta akhir pertandingan Pencarian Model Tudung Fareeda bakal merebut gelaran juara yang akan diadakan di Plaza Masalam, Shah Alam di sini hari ini.
Pemilik Fareeda House of Scarf, Faridah Zakaria berkata, pertandingan akhir yang akan bermula pada pukul 2 petang itu menampilkan calon-calon berbakat dalam bidang fesyen terutama gaya tudung.
"Dalam pertandingan akhir yang berlangsung hari ini, pemenang akan dipilih berdasarkan wajah, cara menggayakan tudung dan penampilan mereka.
"Penilaian pemenang akan diadili oleh barisan juri yang arif dalam dunia fesyen," katanya.
Juara akan membawa pulang hadiah RM3,000 dan 10 helai tudung Fareeda bernilai RM2,000.
Semua peserta yang berusia di antara 23 hingga 50 tahun itu akan berentap dalam dua kategori iaitu berumur 40 tahun ke bawah dan 40 tahun ke atas.
Tagline baru SimplySiti gamatkan majlis
KOTA BHARU - Majlis promosi produk SimplySiti milik penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin di Kompleks Beli-Belah KB Mall di sini gamat semalam gara-gara tagline baru loghat Kelantan.
Daripada tagline asal Rahsiaku Kini Milikmu, Siti Nurhaliza menarik perhatian ratusan yang hadir dengan menukarnya kepada Hok Kawe Lo Ni Jadi Hok Demo.
Anggun berkurung moden dan berselendang hijau, Siti Nurhaliza bangga kerana rangkaian produk kecantikannya itu sudah menarik perhatian semakin ramai pelanggan termasuk penduduk Kelantan.
"Sambutan yang diterima di sini memberangsangkan, malah sudah melangkaui sasaran awal kami sejak SimplySiti dilancarkan pada April tahun lalu,'' katanya yang baru pulang daripada menunaikan umrah kelmarin.
SKRIP..PENGARAH DAN YANG TERLIBAT LEBIH POWER DARI HUKUM ALLAH....APA KOMEN MUFTI2...DAN USTAZ2@USTAZAH2 TERSOHOR...KADANG2 SYOK JUGA JADI SYAITAN BISU...
Tayang badan ikut skrip
HANTU Dalam Botol Kicap, filem yang menemukan Mikail Andre Nazrul Andre, 20, dan Md. Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek atau nama komersialnya, Zalif Sidek, 27, dan sudah memulakan tayangannya di pawagam seluruh negara minggu lalu.
Filem komedi seram arahan sulung Azahari Zain itu juga buat pertama kalinya memaparkan aksi tayang badan pelakon baharu, Mikail Andre dan Zalif Sidek dalam beberapa adegan.
Antaranya ketika babak mandi-manda di sebatang tali air dan sewaktu berlawan dengan hantu dengan melumurkan badan mereka dengan kicap di penghujung jalan cerita.
Mungkin bagi sesetengah penonton menganggap aksi itu tidak keterlaluan memandangkan perihal babak itu mustahil untuk dilakonkan berbaju.
Namun, persoalannya tidakkah mereka sebagai pendatang baharu perlu menjaga sedikit sebanyak norma masyarakat kita yang adakalanya kurang selesa melihat pelakon tayang badan ketika menonton.
Menjawab isu itu, ujar Zalif yang memulakan karier lakonan bersama Metrowealth Productions Sdn. Bhd. (MIG) milik David Teo dengan filem Bini Biniku Gangster tahun lalu, aksi tayang badan dilakukan mengikut kehendak pengarah dan penghayatan watak selaku remaja berusia 14 tahun dalam filem itu.
"Jujur saya katakan saya seorang yang pemalu apatah lagi untuk beraksi buka-buka baju. Tapi ternyata itu kehendak pengarah yang mahukan saya lebih mendalami karakter sebagai seorang remaja berusia 14 tahun.
"Malah, kelakar sekiranya memakai baju untuk mandi di tali air, itu perwatakan saya dan saya selesa. Apabila kita masuk ke alam usia seperti watak Epul, itu perkara biasa.
"Saya tidak merasakan diri dieksploitasi, buka baju saya sekadar mengikut kehendak watak," jawabnya yang ditemui sewaktu sidang akhbar dan tayangan perdana filem Hantu Dalam Botol Kicap di Sunway Pyramid, Subang, Selangor, baru-baru ini.
Zalif yang sebelum ini pernah muncul juga dalam filem Papa I Love You melakukan rujukan watak untuk filem Hantu Dalam Botol Kicap menerusi filem Home Alone dan katanya amat berpuas hati dengan lakonannya kali ini.
"Ini filem ketiga saya, banyak yang sudah dipelajari daripada filem lakonan saya sebelum ini. Jelas sekali saya dapat rasa perbezaan berbanding filem terdahulu, hubungan kami sesama pelakon juga amat rapat," ujarnya yang bakal muncul dengan filem Tujuh Petala Cinta dan baru selesai menjalani penggambaran filem Aji Boy.
Mikail tumpang populariti
Salah seorang pelakon utama filem Hantu Dalam Botol Kicap, Mikail Andre, melihat perkara tayang badan bukan isu utama untuk dibangkitkan.
Malah katanya, babak tayang badan dalam filem ketiganya selepas Al-Hijab dan Tokak itu menghidangkan lebih banyak cabaran selaku pelakon yang masih muda dan diberi kepercayaan menggalas peranan utama.
"Cabaran sebagai pendatang baharu memang sukar. Banyak yang saya perlu belajar dan perlu diberikan tunjuk ajar sama ada daripada pengarah mahupun pelakon senior.
"Mengenai isu tayang badan saya tak selesa sangat. Saya terpaksa buat disebabkan kerjaya dan memandangkan itu kehendak skrip, maka saya turutkan. Takut nanti orang cakap saya diva.
"Tapi ada batasan untuk setiap aksi yang saya lakonkan, ia bergantung pada pengarah untuk mendidik pelakon berdasarkan aksi dan karakter yang dibawa"," katanya yang turut menjadi tenaga produksi belakang tabir dalam filem Al-Hijab arahan Pierre Andre.
Mikail yang baru usai penggambaran filem aksi Satu Lawan Satu mengakui sedikit sebanyak menumpang populariti abang dan ibunya, Khatijah Tan yang kedua-duanya melakar nama menerusi bidang lakonan.
"Melihat abang saya menceburi bidang lakonan kadangkala buat saya cemburu. Selepas tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), saya mula perlahan-lahan dengan kerja belakang tabir.
"Kemudian baru cuba berlakon sebagai watak sampingan sehinggalah filem Hantu Dalam Botol Kicap memberikan peluang memegang watak utama.
"Apabila berlakon sendiri, saya rasa puas! Banyak inspirasi saya datangnya daripada abang saya dan saya meletakkan dia sebagai guidance sebab dia yang membimbing saya masuk ke dalam industri. Sedikit sebanyak ada juga menumpang nama mereka untuk peminat mengenali saya," singkapnya.
Ujar Mikail lagi, Pierre dan Khatijah juga banyak menjadi pembimbing untuknya berkarier.
"Di rumah ibu yang ajar teknik berlakon dan menjiwai watak secara tidak langsung. Selain itu, abang yang ajar saya kaedah untuk bergaul dengan orang ramai dan menjadi pelakon yang serba boleh. Mereka ibarat coach tak berbayar!" cerita Mikail lebih lanjut.
Mikail dalam pada itu terlibat dalam filem Chantek lakonan Pierre dan Nurul Ekasari yang bakal ditayangkan tidak lama lagi selain membintangi filem Taikun lakonan Along dan Angah Raja Lawak.
Mon Ryanti merempit
Mon Ryanti, salah seorang pelakon baharu yang sedang mendaki tangga populariti turut terlibat dalam filem keduanya selepas Keramat.
Mendukung watak utama sebagai seorang kakak bernama Rina, gadis berumur 18 tahun yang sosial, ujar Mon, filem Hantu Dalam Botol Kicap pertama kali mengajarnya cara memproses ayam selepas disembelih.
"Filem ini mengajar saya cara memproses ayam yang disembelih, sebelum ini saya tidak pernah tahu kaedah tersebut," tuturnya diiringi ketawa mengekeh.
Malah, ujar Mon lagi dalam filem ini dia dibenarkan menunggang motor dengan lasak di kawasan kampung.
Anak kedua daripada tiga beradik ini bakal muncul bersama filem Nongkrong, Hacks (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) dan Assalamualaikum Cinta.
ISU TUDUNG: PENDUSTA AGAMA MUNCUL LAGI
ASTORA PENDUSTA AGAMA –siri V
BismiLlah.
Ini adalah tulisan kedua saya berkenaan dengan isu tudung atau menutup
aurat bagi wanita Islam. Tulisan pertama diberi tajuk Astora Pendusta Agama (siri III) disiarkan di laman-laman web pada 24/10/99 yang lalu. Ianya masih boleh dirujuk di laman http://www.members.tripod.com/mindarakyat2 (Debat Cyber) atau laman http://sedaka.net.tripod.com (E-Debat).
Dalam
tulisan pertama berkenaan tudung itu saya telah meranapkan hujah Astora
yang berdalilkan wanita-wanita agama yang tidak bertudung untuk
mengatakan secara dusta bahawa hukum tidak bertudung sebagai tidak
berdosa langsung, seterusnya saya mengemukakan dalil-dalil
kewajipan bertudung daripada nas-nas al-Quran dan hadis sahih.
Dalam tulisan itu juga saya mencabar Astora supaya menyebutkan siapakah
wanita di zaman Sahabat yang berdegil tidak bertudung setelah
turunnya ayat memerintahkan wanita Islam supaya menutup seluruh
aurat kecuali yang zahir iaitu muka dan kedua pergelangan tangan
hingga ke hujung jari. Saya juga mencabar Astora supaya
menyebutkan nama kitab dalam mazhab Hanafi dan Maliki yang kononnya
menyatakan hukum tidak bertudung itu sebagai tidak berdosa langsung
atau berdosa kecil sahaja. Namun sampai ke hari ini
cabaran-cabaran itu tidak tersahut dan Astora tidak sanggup
menyiarkan tulisan tersebut dalam ruang Debatnya pada hari Jumaat.
Tiba-tiba dalam Mingguan Malaysia
30/4/2000 (sebelas hari sebelum pemilihan Ketua Wanita Umno),
Astora muncul lagi dengan pendustaan dalam bentuk yang baru
tentang isu tudung dalam ruang Bicara Agama bertajuk “Perbahasan mengikut al-Quran dan hadis: Relevansi pakai tudung” . Kali ini Astora tidak keseorangan menjaja pendustaannya, kerana beliau dibantu oleh Syed Akbar Ali dalam Berita Minggu pada hari yang sama dengan tulisan bertajuk “Apakah bertudung dianggap menutup aurat” dalam ruang Komentar Hujung Minggu.
rukhsah
Tidak
dapat dinafikan bahawa Astora membawa ayat-ayat al-Quran yang berkenaan
dengan kewajipan menutup aurat iaitu ayat 31 dan 60 Surah al-Nur,
serta ayat 59 Surah al-Ahzab seperti mana yang telah saya
bentangkan sebagai hujah kewajipan bertudung dalam rencana Astora Pendusta Agama (siri III).
Tetapi Astora masih mencari ruang untuk merendahkan ilmuan Islam
kita dengan mendakwa mereka berhenti setakat dua ayat (al-Nur: 31
dan al-Ahzab: 59) sahaja untuk membuktikan bahawa wanita wajib memakai
tudung secara mutlak tanpa merujuk ayat 60 Surah al-Nur yang
memberi kelonggaran untuk tidak bertudung bagi wanita tua yang
telah tiada keinginan berkahwin. Sedangkan tiada siapa yang cuba
menyembunyikan ayat 60 surah al-Nur itu termasuk saya dalam
rencana Astora Pendusta Agama (siri III) itu. Cuma perlu diingat bahawa memang benar ayat tersebut memberi kelonggaran (rukhsah),
tetapi menyatakan di hujungnya bahawa kekal dengan bertudung itu
adalah lebih baik bagi mereka (wanita tua). Jadi apa salahnya
kalau tidak memberitahu ayat 60 al-Nur yang memberi pilihan yang
kurang baik, sedangkan yang lebih baik itu ialah kehendak ayat 31 al-Nur
dan 59 al-Ahzab. Apatah lagi hukum memberitahu perkara wajib dan
lebih baik (pemakaian tudung bagi wanita yang ada keinginan
berkahwin) itu adalah wajib, sedangkan hukum memberitahu perkara
yang kurang baik (harus tidak bertudung bagi wanita tua) itu tidak
wajib.
Perlu diperhatikan, walaupun Astora memberi tajuk rencana Bicara Agamanya kali ini sebagai “Perbahasan mengikut al-Quran dan hadis: Relevansi pakai tudung”,
namun tiada satu pun hadis yang dibawa sebagai hujah perbahasannya.
Yang ada hanyalah satu perkataan `hadis’ ketika berkata:
“Dalam pada itu berdasarkan kepada hadis dan fakta sejarah kaum wanita terbahagi kepada dua kumpulan pada zaman awal Islam dahulu. Pertama,
wanita bebas dan mereka tergolongdaripada kaum wanita yang
dituntut memakai tudung seperti disebut dalam kedua-dua ayat di
atas. Kedua, wanita yang tidak bebas (hamba dan amah).
Wanita golongan ini bukan saja tidak dituntut mereka memakai
tudung, tetapi dilarang pun mereka berbuat demikian.
Ini
kerana pada zaman itu dibezakan antara wanita Islam yang bebas dengan
wanita Islam tidak bebas. Pembezaan ini bukan ditetapkan dalam
al-Quran, tetapi ditetapkan oleh adat dan peraturan masyarakat
pada zaman itu. Rasululah s.a.w. dan para sahabat melarang wanita
Islam yang tidak bebas bertudung kerana tunduk kepada realiti
masyarakat pada zaman itu.
Dengan
itu tidak hairan jika sesetengah cerdik pandai Islam berpendapat
kerana tiada lagi realiti masyarakat zaman itu –kerana perhambaan
telah terhapus- maka sebab yang membeza-bezakan wanita (bertudung) tidak
lagi dianggap relevan dengan zaman ini.”
Kita
tercari-cari di mana nas atau terjemahan nas hadis yang Astora katakan
perbahasannya itu mengikut al-Quran dan hadis. Begitu juga, di
mana fakta sejarah yang dimaksudkan (kononnya Nabi s.a.w. dan
sahabat menyuruh wanita bebas bertudung kerana tunduk pada realiti
zaman itu)? Sedangkan tiada satu pun rujukan kepada kitab-kitab
sejarah ditunjukkan. Kalau adapun hanyalah dakwaan ada `cerdik pandai
Islam’ yang berpendapat pemakaian tudung tidak lagi relevan pada
zaman ini kerana tuntutan untuk membezakan dua golongan wanita
(bebas dan hamba) telah tiada, tanpa menyebutkan siapa `cerdik
pandai Islam’ itu. Selain daripada menganggap dirinya sendiri
sebagai `cerdik pandai Islam’, saya rasa antara `cerdik pandai’ yang
selalu menjadi rujukan Astora ialah penulis-penulis aliran `ilmaniyah
(sekularisme) seperti Muhammad Fadhlullah, Ali al-`Asymawi, Farag
Fouda, Jamal al-Banna dan Ahmad Subhi Mansour yang selalu menulis
buku-buku bertaraf picisan dan di jual di tepi-tepi jalan di
Kaherah. Farag Fouda itu ditakdirkan mati dengan peluru pada awal
1990-an kerana terlalu membuat provokasi terhadap umat Islam Mesir.
Walau bagaimanapun Astora tidak menyebutkan nama-nama mereka ini
kerana tulisan dan pemikiran mereka sudah tidak laku lagi di Mesir
dan sudah bankrap. Oleh itu, Astora tidak berani menyebut mereka
sebagai rujukan kerana takut dikatakan membawa pemikiran bankrap
yang sudah dilelong, apatah lagi di Malaysia kini ramai bekas
penuntut Al-Azhar yang menjadi saksi. Jadi sebagai jalan selamat tidak
perlulah menyebut nama mereka itu, cukuplah dengan menyebut
istilah persendirian: `cerdik pandai Islam’.
`illah
Satu
perkara lagi yang perlu diperhatikan ialah Astora menjadikan tuntutan
untuk membezakan dua golongan wanita (bebas dan hamba) sebagai `illah (sebab yang pasti dan muktamad) bagi kewajipan bertudung. Bila tiada `illah
itu (terhapus perhambaan), maka tiadalah hukum wajib bertudung kerana
tiada apa lagi yang perlu dibezakan antara wanita hari ini kerana
mereka semua adalah bebas dan merdeka.
Inilah
satu lagi pendustaan yang besar atas agama Allah s.w.t. dan Rasul-Nya
s.a.w. Oleh sebab itu para ulama mujtahidin amat berhati-hati
dalam menyatakan sesuatu `illah kepada sesuatu hukum yang
bersumberkan al-Quran dan hadis sahih, kerana hak untuk memberi
alasan atau sebab bagi sesuatu hukum Allah itu, pada asalnya hanyalah
milik Allah sahaja. Sebarang pencabulan ke atas pemberian `illah itu adalah pencabulan ke atas hak Allah s.w.t. Melainkan bila `illah
itu secara pasti tidak dinyatakan atau dinaskan dalam al-Quran
ataupun hadis, maka ulama yang cukup syarat ijtihadnya boleh
berijtihad untuk mencari `illah dengan syarat yang ketat (ada 24 syarat, menurut Dr. Wahbah al-Zuhayli) termasuk tidak bercanggah dengan maqasid syar`iyyah (tujuan syariat), `illah itu hendaklah zahir (jelas dan nyata) dan mundhabit (pasti dan muktamad, tiada kemungkinan yang lain lagi dan wujud pada setiap tempat dan zaman).
Itu kalau dipastikan `illah itu tidak dinaskan dalam al-Quran atau hadis. Bagaimana pula hukum bertudung ini? Apakah pasti tiada `illah
yang dinaskan dalam al-Quran dan hadis, sehingga Astora berani
mencabul hak Allah s.w.t. dengan menyatakan kerana hendak
membezakan antara wanita bebas dan hambalah maka diwajibkan wanita bebas
itu bertudung? Kalau Astora itu jenis manusia yang takutkan Allah
s.w.t. maka beliau tidak akan berani untuk berkata begitu, tetapi
kerana beliau jenis manusia yang takutkan selain Allah s.w.t. dan
menghadapi krisis keimanan, maka mulutnya terlalu celupar!
Sebenarnya `illah wajib bertudung itu ada dinyatakan oleh Allah s.w.t. sendiri dalam ayat 59 Surah al-Ahzab yang bermaksud:
“Wahai
Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita
yang beriman supaya mereka melabuhkan pakaian mereka bagi menutup
seluruh tubuh (ketika keluar); cara yang demikian itu lebih
senang supaya mereka dikenal (sebagai wanita yang baik-baik) dan
agar mereka tidak diganggu atau disakiti…”
“Supaya mereka dikenali sebagai wanita yang baik (solehah) dan terhormat serta tidak diganggu” itu adalah `illah yang bersifat zahir dan mundhabit, yang telah dinaskan oleh Allah s.w.t. sendiri, maka tiada siapa yang berhak untuk mencipta `illah yang lain.
Demikianlah disiplin ilmu dalam pengajian Islam (khususnya Usul al-Fiqh), iaitu asal hak untuk menyatakan `illah
itu adalah milik Allah s.w.t. sahaja. Sekira hak itu dicabuli,
semua hukum boleh rosak dan sesatlah umat Islam seperti sesatnya
Yahudi dan Nasrani. Sebagai contoh cuba kita cari apakah `illah
bagi pengharaman zina? Jika ada orang Islam yang berlagak sebagai
`cerdik pandai’ hendak berijtihad untuk mengatakan `illah
haram zina ialah supaya tidak bercampur keturunan, maka perzinaan
dengan perempuan mandul, sedang hamil, belum baligh (tidak subur)
atau dengan memakai kondom adalah halal dan tidak haram kerana
tiada kemungkinan bercampur keturunan bila berzina dengan
perempuan yang keadaannya tidak mungkin menghasilkan anak itu. Ini
tidak mustahil berlaku jika disiplin ilmu Astora diguna pakai.
Sedangkan `illah yang dinaskan Allah s.w.t. sendiri ialah zina itu adalah fahishah
(kotor dan keji) dan jalan yang buruk (berdasarkan Surah
al-Isra’: 32), tanpa mengira dengan perempuan bagaimana zina itu
berlaku.
Sebaliknya terdapat banyak hukum yang memang tidak diketahui `illahnya kerana Allah s.w.t. berhak untuk mensyariatkan apa sahaja hukum tanpa menunggu wujudnya `illah
yang munasabah dan rasional bagi manusia. Itu adalah hak mutlak
Allah s.w.t. yang tidak boleh dipersoalkan. Dan kalau manusia
tidak mengetahui sebarang `illah pun, tidak menjadi
kecacatan kepada ketaatan mereka, kerana tidak menjadi kesalahan
untuk manusia mentaati Allah dan Rasul-Nya secara membuta tuli tanpa
mempedulikan apa orang lain kata. Kita tidak tahu apa `illah
solat diwajibkan lima waktu sehari semalam, puasa diwajibkan pada bulan
Ramadhan, haji wajib sekali sahaja di Mekah dan tidak ditempat
lain dan sebagainya. Manusia boleh meneka dan mengatakannya
sebagai “hikmat disyariatkan demikian ialah…”, tetapi tiada yang
mengetahuinya secara pasti selain Allah s.w.t. sahaja. Perbahasan
lanjut tentang `illah ini boleh didapati dalam Dr. Wahbah al-Zuhayli, Usul al-Fiqh al-Islami, m.s: 646 dan seterusnya dan juga kitab-kitab Usul al-Fiqh yang lain.
tidak relevan
Setelah berfatwa mengatakan pemakaian tudung tidak lagi relevan pada zaman ini kerana sudah tiada perhambaan, di hujung Bicara Agama
30/4/200 itu, Astora memberikan beberapa contoh hukum yang menurutnya
tidak lagi relevan pada zaman ini. Beliau dengan berani menulis, “Perlu
diterangkan bahawa terdapat banyak hukum-hakam yang ada dalam
al-Quran tidak lagi dilaksanakan pada zaman ini kerana tidak
dianggap relevan seperti hukum berkahwin dengan hamba, pembahagian
harta perang (al-ghanimah) dan lain-lain.”
Dengan
menulis sedemikian, Astora telah memperjudikan keimanannya terhadap
al-Quran. Nasib orang berjudi kadang-kadang untung, tetapi
selalunya rugi dan bergolok gadai. Apakah maksud sebenar tidak
relevan itu? Adakah wujud dalam al-Quran hukum yang tidak relevan
dan tidak sesuai? Sedangkan sesiapa yang mengatakan mana-mana hukum
al-Quran tidak sesuai pada sesuatu tempat atau zaman boleh terbatal
aqidahnya. Tetapi kita masih berbaik sangka dengan Astora dengan
menganggap beliau jahil dalam perkara yang beliau tulis. Tetapi
jahilnya jahil sombong dan takkabbur, sebab itu beliau banyak
tersasar dalam berbicara dan menulis. Apa yang penting baginya ialah
tuannya bahagia dengan tulisannya dan beliau boleh hidup `selesa’
sebagai ganjaran (berdasarkan cakapnya kepada seorang `rakan’nya
di pejabat Utusan).
Bagaimana
Astora boleh mendakwa hukum perhambaan (termasuk perkahwinan dengannya)
dan pembahagian harta perang sudah tidak relevan lagi pada zaman
ini? Sebenarnya pemikiran sebegini muncul daripada anggapan hukum jihad fi sabiliLlah
sudah tidak wujud lagi sekarang. Manakala anggapan jihad tidak
wujud lagi ini pula muncul daripada manusia yang berpenyakit al-wahn, iaitu penyakit yang ditafsirkan Nabi s.a.w. sebagai hubb al-dunya wa karahiah al-mawt
(cinta dunia dan takut mati) dalam sebuah hadis yang diriwayatkan
oleh Imam Muslim, yang mana golongan yang takut mati ini telah
wujud di kalangan Sahabat Nabi s.a.w. dulu lagi. Pemikiran yang sebegini
cetek tentang jihad daripada Astora jelas kelihatan dalam
tulisannya bertajuk `Jihad palsu Pas di Sanggang’ dalam Utusan Malaysia
7/4/2000. Jadi dengan mudah kita mengenali siapa Astora, setelah sekian
banyak sifat-sifatnya dikenali pembaca.
Sebenarnya
hukum jihad itu terus relevan sebagaimana relevannya al-Quran itu
hingga Hari Kiamat. Jika hukum jihad relevan, kenapa pula hukum
perhambaan dan pembahagian harta perang tidak relevan? Perlu
disebutkan bahawa perhambaan itu disyariatkan untuk menyelamatkan
nyawa orang-orang kafir yang tewas perang. Demikianlah mulianya
etika peperangan (jihad) dalam Islam, orang kafir yang kalah, tidak
bersenjata, wanita, kanak-kanak dan orang yang tidak
berdaya lagi tidak dibunuh, sebaliknya ditawan dan dijadikan `hamba’
(menurut istilah Islam, bukan istilah Barat) yang
dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada tuannya, diberi makan apa
yang tuannya makan dan diberi pakai apa yang tuannya pakai, tidak
seperti sistem perhambaan Barat di zaman Kunta Kinte.
Sebaliknya
cuba tayangkan semula episod perang orang Kristian di Andalus lebih
lima ratus tahun dahulu, di Bosnia serta Kosovo beberapa tahun
lalu dan di Ambon dan Kepulauan Maluku akhir-akhir ini terhadap
umat Islam, apakah dibiarkan hidup orang-orang Islam yang tidak
berdaya termasuk wanita dan kanak-kanak? Begitu juga episod perang
di Palestin oleh Yahudi dan di Kashmir oleh tentera yang
dikatakan beragama Hindu. Rakyat Malaysia yang bergama Kristian,
Hindu atau Yahudi tidak dapat menafikan hakikat kekejaman
tersebut, tanpa menjadikan trajedi menyayat hati itu sebagai kesalahan
mereka di sini. Untuk mendapat gambaran sebenar tentang jihad dan
perhambaan dalam Islam, sila rujuk hadis-hadis dalam al-Imam
al-Nawawi, Riyadhu al-Salihin, Kitab al-Jihad.
Berbalik
kepada pendustaan Astora, mengatakan hukum perkahwinan dengan hamba dan
pembahagian harta perang sudah tidak relevan adalah satu
kejahilan, manakala mendakwa hukum pakai tudung sudah tidak
relevan kerana sudah tiada perhambaan pula adalah satu kejahilan
lain yang dibina atas kejahilan. Fatwa mengatakan pakai tudung
tidak wajib juga adalah fatwa sesat yang dibina atas kesesatan yang
nyata. Manakala memuatkannya dalam Bicara Agama adalah merupakan satu iftira’ wa kizb wa buhtan `ala al-din `izom (pembohongan, pendustaan dan penipuan yang amat besar atas nama agama) dan merupakan dakwah ila al-dhalal wa al-fusuq wa al-`ishyan (seruan kepada kesesatan, kefasikan dan maksiat).
pandangan ulama
Sementara itu dalam Bicara Agama minggu berikutnya (7/5/2000), Astora menulis rencana bertajuk “Penganut Kristian dan Yahudi juga berserban: Polemik pakaian Islam”
yang diakhiri dengan satu kesimpulan yang amat mencemarkan hukum
Islam yang bersumberkan al-Quran dan hadis sahih, bukan pandangan
ulama semata-mata. Beliau menulis, “Dengan itu apa yang orang Islam berpegang berhubung kewajiban memakai tudung kini adalah pandangan ulama saja.”
Lihat
bagaimana jahatnya tulisan Astora, sedangkan baru seminggu sebelumnya
dia sendiri membawa terjemahan ayat 31 Surah al-Nur yang
antaranya: “…. dan hendaklah mereka (wanita-wanita beriman) menutup belahan baju mereka dengan tudung kepala (khumur) mereka…”
Lihat
bagaimana hukum al-Quran yang sebegitu jelas pun dikatakan pandangan
ulama saja, maka tidak wajib diikuti kononnya. Kejahatan yang sama
berlaku pada tulisan Syed Akbar Ali yang bertajuk `Apakah bertudung dianggap menutup aurat’ dalam Berita Minggu
30/4/2000 (lihat tarikhnya yang serentak dengan tulisan Astora,
seolah-olah satu gerakan kempen untuk calon Ketua Wanita Umno pada
pertandingan 11/5/2000). Saya tidak berhasrat membahaskan
kebatilan tulisan-tulisan jahat ini kerana saya telah hujahkan
dengan panjang lebar dalam rencana Astora Pendusta Agama –siri III, rujuklah di situ dan jangan harapkan Astora menyiarkannya dalam ruang Debat Utusan
hari Jumaat kerana antara rencana saya dengan rencananya umpama
air dengan api. Cuma di sini saya harapkan para pembaca mengerti
kejahatan Astora (dan juga Syed Akbar Ali) demi memuaskan hati
tuannya tanpa mengira dosa pahala. Bagi saya, Syed Akbar Ali bukan
tidak faham makna perkataan khumur itu, yang terjemahan Inggerisnya ialah veils, sedangkan beliau selalu menulis dalam akhbar Inggeris seperti The Sun.
Dalam rencana yang sama (7/5/2000) Astora menyimpulkan bahawa al-Quran tidak menyebutkan batas aurat wanita secara qat`iy al-dilalah (pendalilan yang muktamad, yakin dan pasti) walaupun al-Quran itu sendiri adalah qat`iy al-thubut
(pensabitan dari Allah s.w.t. secara muktamad, yakin dan pasti),
sebaliknya batas aurat wanita itu disebut sahaja dalam hadis yang zanniy (lawan kepada qat`iy, iaitu tidak muktamad) sifatnya. Tetapi Astora tidak sebutkan pula sama ada hadis-hadis itu zanniy al-dilalah sahaja atau zanniy al-thubut sahaja atau zanniy kedua-duanya sekali atau salah satu daripadanya qat`iy.
Apa yang jelas hadis-hadis tentang aurat wanita itu adalah qat`iy al-dilalah
kerana memberi dalil secara jelas, muktamad, yakin dan pasti
mengecualikan muka dan kedua pergelangan tangan hingga ke hujung jari
daripada aurat yang wajib ditutup, dengan erti kata lain seluruh
tubuh selain daripada dua anggota itu adalah wajib ditutup.
Setelah pasti dilalahnya qat`iyyah, maka tinggal persoalan apakah thubutnya juga qat`iy atau zanniy sahaja. Baiklah, kita bersetuju ianya zanniy al-thubut kerana ia adalah hadis-hadis ahad (bukan mutawatir). Tetapi apakah hadis ahad
itu tidak wajib dipakai dalam bab amalan orang Islam, sedangkan
Nabi s.a.w. sendiri mengutuskan wakil-wakilnya untuk berdakwah
mengajarkan bab amal ibadat dan akidah secara ahad? Orang Melayu di zaman Kerajaan Melaka juga menerima Islam daripada pendakwah Arab dan India yang bilangannya ahad! Astora juga menerima hukum-hakam Islam pada awalnya secara ahad! Kalau tidak, cuba Astora buktikan bagaimana mutawatirnya hukum-hakam Islam yang mula-mula dia terima! Kalau demikian (hadis sahih ahad
tidak layak dipakai), nescaya lebih daripada 90 peratus hadis yang
dihimpunkan oleh al-Bukhari, Muslim, al-Tarmizi, al-Nasai, Abu Dawud,
Ibn Majah, Malik, Ahmad dan lain-lain itu adalah sia-sia dan harus
dibakar atau dicampak ke sungai sahaja.
Saya tidak akan membahaskan kebatilan dan pendustaan tentang persoalan hadis ahad ini di sini kerana ianya telah dibahaskan secara panjang lebar dalam rencana `Awas! Astora anti-hadis’
dalam laman web yang alamatnya sama seperti di atas. Dalam
sebuah seminar hadis yang diadakan di Hotel Seri Malaysia Seremban pada
12 dan 13 Mei 2000 yang lepas, Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor
(Pensyarah Jabatan al-Quran dan Sunnah, Universiti Malaya)
menyatakan beberapa contoh amalan Nabi s.a.w. menghantar para
pendakwah secara ahad, seperti yang saya hujahkan dalam rencana `Awas! Astora anti-hadis’, yang menunjukkan secara jelas lagi terang tentang kehujahan hadis atau khabar secara ahad.
Di seminar yang sama, saya mengemukakan soalan (tanpa mengaitkan dengan
nama Astora Jabat) tentang seolah-olah wujud satu gerakan
anti-hadis yang berselindung di sebalik slogan `hadis ahad
tidak kuat dan harus ditolak’ dalam media massa perdana hari ini.
Selain berhujah dengan amalan Nabi s.a.w. yang tersebut tadi, Dr. Abdul
Hayei juga mencadangkan agar saya menjawab tulisan gerakan
sedemikian. Cadangan itu mungkin disebabkan Dr Abdul Hayei tidak
mengetahui bahawa saya telah menjawab dan menyanggah tulisan
Astora sebanyak lebih daripada 13 kali dalam rencana-rencana yang
panjang tetapi tidak disiarkan oleh media massa perdana.
Berbalik kepada tulisan Astora pada
7/5/2000, beliau mencadangkan agar kita merujuk buku Arab yang
ditulis oleh Syeikh Muhammad Al-Ghazali, Turathuna al-Fikri fi Mizan al-Syar` wa al-`Aql (m.s: 175-179) untuk memahami tentang kedudukan hadis ahad
pada pandangan ulama dahulu dan sekarang (ulama al-Azhar). Saya
memiliki buku itu, sayangnya ia belum diterjemahkan ke Bahasa
Melayu, setakat pengetahuan saya. Berdasarkan pembacaan saya
terhadap buku itu dan sebuah lagi bukunya yang bertajuk al-Sunnah al-Nabawiyyah bayna Ahli al-Fiqh wa Ahli al-Hadith, Syeikh al-Ghazali tidak pernah mem`borong’ hadis ahad
sebagai tidak kuat dan harus ditolak walaupun sahih. Beliau cuma
mengkritik beberapa hadis yang sahih sanadnya (terutama yang
diriwayatkan oleh Imam Muslim) tetapi pada pandangannya mempunyai
makna yang bercanggah dengan al-Quran. Sekali lagi diulang: Syeikh
al-Ghazali tidak pernah memborong mengatakan hadis ahad tidak boleh dipakai!!!, lagi pun hadis-hadis yang dikritik oleh Syeikh al-Ghazali adalah hadis ahad dalam bab kepercayaan atau pegangan (akidah), bukan hadis ahad yang sahih dalam bab amalan seperti amalan wajib memakai tudung.
Walau bagaimanapun, perbuatan Syeikh al-Ghazali yang dengan mudah mengetepikan hadis ahad
yang sahih dengan dakwaan ianya bertentangan dengan al-Quran,
dikritik oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Kayfa Nata`amalu ma`a al-Sunnah al-Nabawiyyah (telah diterjemahkan ke B. Melayu oleh Dr. Huda Mohsin dan Dr. Jawiah Dakir dengan tajuk Bagaimana berinteraksi dengan al-Sunnah, ABIM, 1996): “Oleh kerana itu saya tawaqquf (mengambil pendirian berkecuali) dahulu terhadap hadis ini (hadis sahih ahad yang dikatakan bertentangan dengan al-Quran)
sehingga ternyata pada saya maksud atau tafsiran yang memuaskan.
Adapun Syeikh Muhammad al-Ghazali dengan tegas menolak hadis ini
kerana ia bertentangan dengan firman Allah s.w.t. …”.
Pada saya, pendirian Dr. al-Qaradawi ini lebih warak dan tawaddhu` terhadap ulama terdahulu yang meriwayatkan hadis sahih ahad
itu berbanding pendirian Syeikh al-Ghazali. Ada kemungkinan
seseorang itu melihat dua benda yang berbeza pada hari ini sebagai
bertentangan, tetapi keduanya dilihat tidak bertentangan dan ada
jalan untuk jama` (menghimpunkan dan menyelaraskannya) pada
masa yang lain. Kalau kita seorang yang ada sifat rendah diri dan
tidak menganggap kita tahu semuanya, kita akan bertawaqquf
dahulu, apatah lagi bila kedua benda itu sahih. Di zaman dahulu ada satu
golongan orang Islam yang selalu menolak nas hadis yang sahih
atas dakwaan ianya ahad bila dirasakan ianya bercanggah
dengan makna al-Quran pada pertimbangan akal mereka, iaitu
golongan Muktazilah. Untuk menghadapi golongan ini para ulama Ahlu
al-Sunnah bangun menjawab, seperti Imam al-Syafi`ie dengan
kitabnya Mukhtalaf al-Hadith, Ibn Qutaybah dengan kitabnya Ta’wil Mukhtalaf al-Hadith, al-Tahawi dengan kitabnya Musykil al-Athar,
dan lain-lain lagi. Tetapi Syeikh al-Ghazali tidaklah sampai ke tahap
Muktazilah itu, semoga Allah s.w.t. mengampuni segala dosanya dan
membalasnya atas sumbangannya yang amat besar untuk umat Islam.
Malangnya perbuatan Astora menempelkan pendustaannya dengan nama
Syeikh al-Ghazali amatlah mendukacitakan. Jika Syeikh al-Ghazali
masih hidup (beliau meninggal sekitar tahun 1996 kalau tidak
silap) dan mengetahui perbuatan jahat Astora ini, saya rasa kalau tidak
ditempelengnya pun, paling kurang disekeh kepala Astora itu
ataupun diherdik.
syarat sah solat
Astora berhujah dengan hujah selemah pukat labah-labah apabila membawa hadis yang bermaksud: “Tidak diterima sembahyang wanita yang sudah baligh kecuali memakai tudung” (hadis ini bertaraf hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain dengan lafaz yang hampir serupa, lihat al-Zayla`ie, Nasbu al-Rayah, jilid 1, bab Syurut al-Solah)
untuk mendakwa wujudnya kalangan wanita Sahabiat yang bebas
merdeka tidak memakai tudung. Kata Astora dalam mentafsirkan hadis
ini, maka dengan itu baginda (s.a.w.) menyuruh mereka memakai
tudung waktu sembahyang.
Lihat perangai Astora, dia tolak hadis atas alasan ianya hadis ahad walaupun sahih bila bercanggah dengan nafsu duniawinya, tetapi dia pakai hadis ahad juga walaupun hasan
sahaja (kurang daripada darjat sahih) bila menepati hawa
kemaruknya!!! Siapakah Astora ini dalam masyarakat Islam???
Dari aspek lain, ini nampaknya seolah-olah jawapan kepada cabaran saya terhadapnya dalam rencana `Astora Pendusta Agama –siri III’
dahulu supaya beliau buktikan siapakah wanita Sahabiat yang didakwa
tidak pakai tudung di zaman Nabi s.a.w. dan apakah nama kitab
dalam mazhab Hanafi dan Maliki yang mengatakan tidak pakai tudung
itu tidak berdosa langsung atau berdosa kecil sahaja. Namun
jawapan serkap jarang dengan menggunakan hadis di atas tidak boleh
diterima langsung kerana takwilan atau tafsirannya amat jauh. Apakah
dengan pemberitahuan Nabi s.a.w. bahawa solat wanita yang tidak
bertudung itu tidak diterima, secara automatik boleh difahami
bahawa memang wujud wanita merdeka yang tidak bertudung walaupun
selepas turunnya ayat hijab (al-Nur: 31 dan al-Ahzab: 59)? Kenapa
begitu jauh sekali takwilan Astora? Kenapa terpaksa melalui jalan yang
bengkang-bengkok sedangkan jalan yang lurus terbentang luas?
Selalunya orang yang sengaja melalui jalan bengkang-bengkok itu
ada sesuatu `niat’.
Astora
sendiri menyatakan bahawa ada dua golongan wanita di zaman awal Islam,
iaitu wanita bebas dan merdeka yang diwajibkan bertudung dan
wanita hamba yang tidak diwajibkan bertudung. Demikian realiti
sosial ketika itu, yang tidak dapat dinafikan. Tatkala Nabi s.a.w.
mewajibkan semua wanita yang baligh bersolat dengan khimar
(tudung), kenapa ditakwilkan sebagai ada wanita bebas yang tidak
bertudung ketika tidak bersolat? Bukankah hadis itu hanya
memberitahu antara syarat sah solat ialah menutup aurat walaupun
solat berseorangan, sebagaimana syarat mesti suci daripada
kedua-dua hadath dan menghadap kiblat ketika solat? Lagipun hadis
ini diletakkan dalam bab syarat solat oleh ulama fiqah seperti
al-Marghinani dalam kitab Bidayah al-Mubtadi.
Memang pasti ada wanita yang tidak diwajibkan bertudung iaitu hamba,
maka dengan hadis tersebut mereka juga wajib bertudung ketika
solat walaupun di luar solat mereka tidak wajib bertudung bahkan
dilarang. Memang pasti juga ada wanita merdeka yang tidak
bertudung iaitu ketika dalam rumah bersama muhram mereka,
maka dengan hadis tersebut mereka juga wajib bertudung ketika solat
walaupun dalam rumah yang tiada orang lain selain muhram mereka.
Itu sahaja maksud yang hendak dibawa oleh hadis itu. Tetapi adakah
wujud wanita merdeka di kalangan Sahabiat yang berdegil tidak
bertudung setelah turun ayat hijab? Satu persoalan yang jawapannya
ialah pasti tidak wujud. Yang pasti wujud ialah mereka bersegera
mencapai apa sahaja kain untuk menutup kepala sebaik sahaja
dibacakan ayat hijab oleh Nabi s.a.w. seperti yang diriwayatkan
oleh `Aishah r.a. (lihat Astora Pendusta Agama –siri III).
Kalau didakwa wujud Sahabiat yang tidak bertudung pun, ianya tidak
pernah berjaya dibuktikan seperti kegagalan Astora dalam tulisannya
membuktikannya lalu membuat takwilan yang jauh menyeleweng.
Baiklah, kalau pun ditakdirkan memang
ada segelintir wanita bebas di kalangan Sahabiat yang tidak
bertudung (satu andaian yang tidak pernah terbukti), apakah kita
boleh berhujah dengannya bahawa wanita kita hari ini tidak perlulah
bertudung dan bolehlah mendedahkan aurat mereka? Kalau ini
diterima, nescaya tiada hukum dalam Islam sekarang yang tidak
boleh dilanggari, kerana generasi Sahabat dan Sahabiat dahulu pun
pernah melanggarnya. Di kalangan Sahabat dan Sahabiat dahulu ada yang
disahkan berzina, maka bolehkah kita hari ini berfatwa tidak mengapa
berzina sekali sekala kerana Sahabat dan Sahabiat dahulu ada yang
berzina! Tidak mengapa minum arak sikit-sikit kerana di kalangan
Sahabat dahulu ada yang minum arak! Tidak mengapa mencuri kerana
di zaman Sahabat dahulu ada seorang wanita ternama ditangkap mencuri
seperti termaktub dalam sebuah hadis sahih.
bukan malaikat
Demikianlah
rosaknya hukum Islam bila kaedah dan disiplin ilmu Astora diguna pakai.
Sebenarnya perlu kita fahami, walaupun generasi awal Islam itu
merupakan Sahabat yang mendapat didikan khusus daripada Nabi
s.a.w., namun mereka tidak pernah bertukar menjadi para malaikat
dan Nabi s.a.w. pun tidak pernah menukar mereka menjadi malaikat
sehingga tidak pernah melakukan dosa langsung. Mereka semua berdosa
kerana mereka adalah manusia, tetapi mereka menjadi sebaik-baik
manusia kerana mereka sentiasa bertaubat daripada keterlanjuran
dan dosa mereka. Oleh itu kesalahan yang mereka lakukan dahulu jika
ada, tidak menjadi hujah untuk kita hari ini mendakwa kesalahan itu
sebagai tidak salah. Ukuran hukum Islam ialah al-Quran dan hadis
sahih, bukan perbuatan orang-orang tertentu walaupun semulia mana
orang itu. Tetapi kaedah menfatwakan hukum Islam berdasarkan
perbuatan orang-orang tertentu ini telah lama dipakai oleh Astora
terutamanya persoalan menutup aurat atau bertudung ini.
Dalam jawapannya kepada satu e-mel pembaca yang beralamat –cyrex_lynx@anjungcafe.com
, jelas Astora menampakkan ketidak selesaannya terhadap orang
yang bertudung. Iaitu dengan bersetuju terhadap tulisan e-mel itu
yang mendakwa wanita bertudung pun melakukan maksiat yang lebih
teruk daripada berdua-duaan. Hal ini telah dijelaskan dalam Astora Pendusta Agama –siri III. Astora menambah lagi dengan mengatakan di sebuah negara Arab (agaknya Saudi) yang mewajibkan wanita mengenakan tudung dan menutup seluruh tubuh umpamanya, maksiat tetap ada malah lebih hebat.
Lihat
bagaimana kebenciannya terhadap sebuah negara kiblat umat Islam
semata-mata kerana negara itu membuat arahan supaya semua wanita
menutup aurat, sehingga menfitnah mengatakan maksiatnya lebih
hebat. Ini adalah pembohongan yang jelas berdasarkan kebencian
terhadap orang-orang yang beriman. Jika dibandingkan jenayah di
Arab Saudi yang memperundangkan dan melaksanakan hukum Islam dengan
kadar jenayah di Amerika, statistik menunjukkan bilangan jenayah
di Amerika dalam sehari sama dengan bilangan jenayah di Arab Saudi
untuk tempoh sepuluh tahun. Bagaimana pula jika dibandingkan
dengan Malaysia? Tanyalah Bukit Aman. Berkenaan dengan kewujudan
jenayah atau maksiat di negara yang mengamalkan hukum Islam, ianya
memanglah tidak dapat dinafikan kerana rakyat di negara pengamal
hukum Islam itu tidak ditukar menjadi malaikat. Oleh kerana itu
para ulama yang memahami konsep hukum Islam sebagai pencegahan
berkata: “Sesungguhnya Allah s.w.t. menghalang jenayah yang
tidak terhalang oleh al-Quran (pengetahuan tentang hukum haram
jenayah itu) dengan menghalangnya melalui sultan (kuasa
undang-undang Islam).”
syukur
Saya
sebenarnya rasa bersyukur kerana usaha saya selama ini membuahkan
hasil, iaitu ramai pembaca telah mengenali siapa Astora dan apa
perangai sebenarnya. Mereka juga telah dapat mengukur sejauh mana
keikhlasan Astora dalam mengendalikan tulisan-tulisan yang
bercorak keagamaan. Tinggal lagi pembaca yang menyokong Astora
ialah yang taksub dengan beliau atas dasar ketotokan terhadap sebuah
parti politik, bukan atas dasar keilmuan Islam. Dengan majlis
debat atau dialog di P. Pinang tempoh hari pun, para pembaca Utusan
dan penonton malam itu dapat mengukur secetek mana ilmu Astora
tentang Islam yang digembar-gemburkan dan dijaja kononnya beliau
berkelulusan syariah, Ulum al-Quran dan Ulum al-Hadith
dari beberapa negara Arab. Daripada kupasannya dalam tulisan atau
ucapan, sedikit pun tidak menampakkan beliau cekap dalam ilmu-ilmu
tersebut, yang ada hanyalah gendangan tin kosong untuk
membingitkan suasana. Berkenaan dengan dakwaan saya bahawa Astora
PENDUSTA AGAMA, ada yang bersetuju dengan hujah saya tetapi tidak
boleh menerima tuduhan `keras’ saya itu. Jawapan saya, bahawa saya
tidaklah berbid`ah dalam membuah tuduhan itu kerana para ulama
dahulu kala terutamanya ulama al-Jurh wa al-Ta`dil selalu menggunakan perkataan al-Kazzab
(pendusta besar) terhadap periwayat hadis yang jelas berdusta
atas nama Nabi s.a.w. Astora juga daripada kalangan periwayat
hadis dusta itu, bahkan lebih teruk lagi kerana mencelupkan kulit
keagamaan atas kebatilan dan jahiliyyah ataupun sebaliknya
sehingga umat Islam di Malaysia khususnya menjadi bercelaru.
Sekian, wassalam `ala man ittaba`a al-huda.
alimuda@hotmail.com
| |||
Location: Malaysia Joined: 11.07.09 Status: Offline |
| ||
Assalammualaikum
wbt... Saya syah...sy bru di sini...sy tergerak hati nak hntr soalan
kat sini sbb td sy sdg mencari di search engin tentang pemakaian tudung
yg betul tp lain yg kuar. sy jumpa satu blog ini http://patriot1957.blogspot.com/2009/03/pemakaian-tudung-ajaran-islam.html
dan bila sy membacanya sy berasa sgt marah. walaupun ilmu agama sy
tidak dlm, tp sy tahu pemakaian tudung/hijab itu wajib sbb rambut, leher
dan dada harus dilitupi. tp bak kata penulis blog itu, pemakaian
tudung adalah ajaran kristian dan siap mencabar supaya org yg boleh
mengemukakan bukti bahawa ajaran islam yg menyuruh memakai tudung...oleh
itu, sy mohon supaya sahabat2 di forum ini dpt membetulkan penulis
blog ini...wassalam Edited by Abu Hurairah on 25.08.2009 23:45 | |||
Author |
| ||
Location: Australia Joined: 08.01.09 Status: Offline |
| ||
‘Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu
dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya
ke seluruh tubuh mereka”. yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
untuk dikenal, Karena itu mereka tidak diganggu. dan Allah adalah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.’ [Qs. al-Ahzab : 59]. ‘Katakanlah
kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan
kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali
yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain
kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada
suami mereka, ….’ [Qs. an-Nûr : 31]. ‘…. dan janganlah kamu berhias
dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu …’ [Qs.
al-Ahzab : 33]. dan akhir sekali
‘Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi
perempuan yang mukmin, apabila Allah dan rasul-Nya telah menetapkan
suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan
mereka. dan barangsiapa mendurhakai Allah dan rasul-Nya. Maka
sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata [Qs.Al-Ahzab: 36] May be
boleh tgk2 kt sini jugak Why Muslim Women Wear Hijab Tudung Labuh atau Tudung Tiga Segi Kenapa Mereka Memusuhi Hijab waAllahu a'lam Edited by Thuaibah on 11.07.2009 05:35 | |||
Author |
| ||
Joined: 16.05.09 Status: Offline |
| ||
salam, berikut adalah komen(jwapan) saya pda blog trsebut. tp sy tdak pasti sma ada tuan blog itu dh approve atau blum. "assalamu'alaikum bismillahirrahmanirrahim brdsarkan apa yg saudara tulis, dpt sy smpulkn 3 prsoalan utma. -dalil atau bukti spaya brtdung -tudung adalah ajaran kristian -lyakkah ulama mnntukan hkum. (fokus sy kpd aurat wanita, inilah prbncangan kita) DALIL SUPAYA BERTUDUNG 1. “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan khumur (penutup) mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang ‘aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah an-Nur: ayat 31) baiklah, dlm ayat ini jlas bhwa ada prntah mnurup aurat kcuali apa yg zahir iaitu bhagian yg dbnarkan. salah satu kaedah usul fekah ialah al-amru yadullu 'alal wajib, yg brmksud kata printah mnunjukkan hukum itu wajib. dlm ayat ini Allah mmrntahkan agr mnutup kcuali apa yg zahir, jd jlas bhwa mnutup anggota (aurat) kcuali apa yg zahir adalah wajib. apakah yg zahir? Hadis riwayat Aisyah RA, bahwasanya Asma binti Abu Bakar masuk menjumpai Rasulullah SAW dengan pakaian yang tipis, lantas Rasulullah SAW berpaling darinya dan berkata:"Hai Asma, seseungguhnya jika seorang wanita sudah mencapai usia haid (akil baligh) maka tak ada yang layak terlihat kecuali ini," sambil beliau menunjuk wajah dan telapak tangan. (HR. Abu Daud dan Baihaqi). brdsarkan hadis ini, apa yg zahir ialah mka dn tpak tgn. jd wajib mnutup smua kcuali mka dn tpak tgn. (mzhab asy-syafi'e) dlm ayat ini jga dsbut istilah khumur iaitu istilah arab yg brmksud penutup atau sesuatu yg mlindungi. dlm zman skarang antara bnda yg bleh dgunakan utk tutup aurat ialah baju dn sluar yg ssuai atau jubah atau bju krung dn tudung untuk bhagian atas (kepala). jd sdah jlas bhawa ini adalah dalil atau bukti pmakaian tudung dlm al-quran. 2. dalil strusnya ialah dgn kaedah fekah atau qawa'id fiqhiyyah. brdsarkan kpd ksimpulan di atas, kita smua tahu bhwa wajib mnutup aurat, iaitu smua anggota kcuali mka dn tpak tgn. baiklah, kita fkuskan kpd mnutup bhgian atas iaitu kepala dn dada. scara umumnya qawa'id fiqhiyyah adalah kaedah yg brsfat kulli yg dkluarkan oleh ulama brdsarkan dlil2 yg brsifat juz'i dr al-quran dn hadis. atau lbih mdah ialah kaedah yg diambil dr al-quran dn hadis yg dgunakan utk mnntukan ssuatu hkum trutamanya hkum bg prkra yg tdk dttapkan dlm quran atau hadis. kaedahnya ialah, ma la yatimmul-wajib illa bihi fa huwa wajibun. yg brmksud, skiranya ssuatu yg wajib tdak dpat dlksanakan melainkan dgn adanya satu perkara, maka wajiblah prkara itu. kita sdah tahu bhwa mnutup aurat wajib. jika mnutp aurat (wajib) tdk dpt dlksnakan mlainkan dgn brtdung, mka wajiblah brtdung. jlas d sni wajib brtudung. sbnarnya bleh mnutup aurat dgn ssuatu slain tdung. bleh gna plastik, krtas, besi atau kayu atau apa shja asalkan mnutup aurat.tp adakah ssuai mggunakan bsi atau kayu utk mnutup aurat? jika anda rsa ssuai, silakan. jd, sbaik-baik bhan atau pkaian utk tutup aurat ialah tdung, lgpun itulah yg mnjadi kbiasaan bg kaum wanita. ada lg ayat tmbahan; "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan jilbab (pakaiannya) bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. " [Surah Al-Ahzab:59] BERTUDUNG AJARAN KRISTIAN? skrg kita smua tahu bhwa islam mmrntahkan agar kaum wanita brtudung. kristian juga mnyru agar wanita brtdung? wallahu'alam. skiranya bnar kristian mnyru agr brtdung, apa kaitannya dgn islam? kita patuh krna Allah mmrntahknnya bkan krna kristian atau bible atau ingin mniru mreka. tidak smestinya apabila trdpat prsmaan dlm islam dn kristian brmkna islam mniru kristian atau sbaliknya. itu adalah ajran agama masing2, jika trdapat prsmaa, ia adalah kbtulan. sbgai cth, org yahudi jg brkopiah, adakah islam mniru mreka? dlm kristian ortodok ada amalan brpuasa, adkah islam mniru mreka? tentulah tidak sma skali.... LAYAKKAH ULAMA MENENTUKAN HUKUM? ya, mreka layak. apabila seseorng itu sudah menguasai plbagai ilmu agama dn bramal dgnnya, mka ia layak digelar ulama. skiranya ulama itu sudah smpai tahap ulama mujtahid, mka dia sdah lyak mngluarkan hukum dn mmbri ftwa brdsarkan ilmu yg ada pdanya brlandaskan al-quran dan hadis. skian, skiranya ada sbarang prtanyaan, silakan... ni blog saya : http://almomentum.blogspot.com/ " | |||
Author |
| ||
Location: Malaysia Joined: 01.07.09 Status: Offline |
| ||
Perempuan islam,wajib menutup aurat....dan ada dalil yg mengatakan Ini antara hadis Al Quran yg menerangkan tentang kewajipan menutup aurat,jgn main menghina je. islam agama yg suci,klau awak hina islam itu bermakna awak hina umat islam dan dri awak sendri! Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan khumur (penutup) mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang ‘aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah an-Nur: ayat 31) ni ada lagi Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, Karena itu mereka tidak diganggu. dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ [Qs. al-Ahzab : 59]. ‘Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, ….’ [Qs. an-Nûr : 31]. ‘…. dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu …’ [Qs. al-Ahzab : 33]. klau nk jatuhkan islam pun!...guna otak...islam kalau dijatuhkan,islam akan bangkit berdri kerana islam agama suci dan mempunyai kelebihan2 yg tersendri... | |||
Author |
| ||
Location: Egypt Joined: 09.01.08 Status: Offline |
| ||
Kewajipan menutup aurat dengan memakai tudung kepada muslimah merupakan perkara ma'lum biddhorurah di dalam Islam.. Apabila disebut ma'lum biddhorurah ia tidak berhajat kepada dalil lagi kerana ia sudah dimaklumi secara asas di dalam Islam. Tetapi tidaklah bermaksud tidak ada dalil tetapi ia telah menjadi suatu kesepakatan atau ijma' di dalam Islam wajib bertudung. Sudah diketahui dulu kini dan selamanya. Seperti juga kefardhuan solat dan lain2 yang ma'lum biddhorurah.. Sesiapa yang menafikannya dengan makna ingkar maka terkeluar daripada akidah Islam (jadi kafir).. | |||
Author |
| ||
Location: Egypt Joined: 09.01.08 Status: Offline |
| ||
Tambahan.. Ini satu masalah yang selalu dikelirukan oleh sebahagian orang termasuk satu puak di dalam Islam. Apa yang sama dengan kristian maka kita meniru kristian.. Apa yang sama dengan Budha maka kita meniru budha. Di dalam pengajian ilmu usul fiqh disebut syara' man qablana (syariat orang sebelum kita ya'ni syariat agama dulu sebelum datangnya Islam). Ia digunakan oleh ulama' sebagai salah satu kaedah penetapan hukum.. Agama terdahulu berpuasa. Apakah apabila kita berpuasa kita meniru agama lain? Sudah tentu tidak kerana ada syariat terdahulu yang dimansukhkan dan ada yang masih kekal seperti haji. Namun kaifiatnya mengikut apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sebagai Rasul terakhir yang membatalkan syariat lain.. Seperti yang kita biasa dengar ilmu tasawwuf berasal daripada agama Budha dan Yunani. Kerana ada persamaan.. Di dalam pengajian kitab sukatan tasawwuf di Universiti Al-Azhar menjelaskan persoalan ini. Bukan semua yang ada persamaan bermaksud kita meniru mereka kerana kita ada syariat yang tersendiri. Jika berbetulan itu berkemungkinan agama mereka juga datangnya daripada Nabi terdahulu.. So, kita tidak boleh katakan semua perkara yang kebetulan sama dengan agama lain sebagai peniruan selagimana ia terdapat di dalam syariat Islam.. | |||
Author |
| ||
Location: Malaysia Joined: 28.08.08 Status: Offline |
| ||
berdasarkan
dengan hanya TAHU dengan cara pemakaian tudung, ataupun FAHAM cara
pemakaian tudung. tanya diri, TAHU atau FAHAM. kadang2 org hanya tahu,
tapi x fhm.NAS dan Dalil Aurat - bertudung
by Adakah Semua Perempuan Bertudung Baik Dan Solehah on Friday, September 24, 2010 at 1:13pm
1.Aurat itu adalah memakai tudung sahaja. 2.Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek. 3.Bertudung - tetapi tudungnya singkat, atas paras dada menampakkan bonjolan buah dada 4.Bertudung tetapi baju kebarungnya atau kebaya terbelah kainnya. 5.Bertudung tetapi seluarnya ketat dan menampakkan bentuk badan 6.Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’. 7.Bertudung tetapi Kemeja pun singkat dan ketat, kain kemeja itu tidak pun menutup atau dilabuhkan sehingga menutup bahagian kemaluan depan atau belakang seluar.(kalaulah zip seluar terbuka mesti dapat diketahui oleh orang) 8.Bertudung tetapi Berbaju T-Shirt dan berlengan pendek menampakkan lengan dan sikunya yang sesetengahnya lengan berbulu. 9.Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya. 10.Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya. 11.Bertudung tetapi ber seluar jeans,cukup ramai wanita memakai seluar jeans sekalipun ianya ketat, menampakkan bentuk tubuh badan, dan mengikut shape potongan kaki. 12.Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung. 13.Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. 14.Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan. 15.Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya : “Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU... MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31) Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub’ kata jama’ (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju. Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya. Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama... kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya. Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin. Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, ‘Atha’, Auza’i dan lain-lain. Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkena...an batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya. Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram. “Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31) Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu’minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya ...disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan. Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya. Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang... (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim) Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi) ‘Bukhtun’ adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas. Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini Larangan Nipis Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma’ binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan: “Hai Asma’! Sesungguhnya seor...ang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini — sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud) Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah. Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam) Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :- يرحم الله المتسرولات Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Um...mal, no 41245) . Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta’rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831) Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh. Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di at...as pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan. Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : “Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (al-Ahzab: 32) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan