Isnin, 13 Februari 2012

JANGAN GHAIRAH DENGAN DASAR..BUDAYA..KEBEBASAN..ANUTAN AGAMA...JADI ORANG CERDIK...BERHEMAH...TIDAK GOPOH GAPAH...JANGAN SANGKA BURUK...LARANG NI HANYA TERHADAP ORANG ISLAM SAHAJA..MUDAH...SANGAT MUDAH..KALAU INI TAK FAHAM...MAKA KENA BELAJAR LAGI LAH...ORANG POLITIK NI...

PAS tegas tentang umat Islam sambut hari Valentine
PAS tetap dengan pendirian menentang umat Islam menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day), kata presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

hadi awang pc 060609 02Beliau dipetik Bernama sebagai berkata PAS tidak akan menarik balik pendirian parti itu seperti yang didesak DAP kerana penentangan itu hanya ditujukan untuk orang Islam sahaja.

"Orang bukan Islam (sambutan) itu hak dia, kita tidak boleh ganggu. Kita nak gesa orang Islam kerana ini tanggungjawab agama.

"Di Kelantan dan Terengganu kita haramkan arak bagi orang Islam tetapi pengharaman itu tidak membabitkan orang bukan Islam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan di Klang petang semalam.

Abdul Hadi diminta mengulas kenyataan pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh semalam yang menggesa PAS menarik balik pendirian parti itu yang menentang sambutan Hari Kekasih yang untuk tahun ini, akan disambut Selasa ini.  
Cegah kemungkaran

muktamar pas youth 020611 nik abduhDAP berpendapat pendirian PAS itu sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan di Malaysia, kata Karpal.

Sementara itu, timbalan ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz (kanan) di laman sosial Facebooknya menyelar Karpal yang tidak bersetuju dengan pendirian parti Islam itu yang menentang sambutan Hari Kekasih.

Katanya, keputusan itu bukan hanya pendirian PAS, tetapi juga adalah pendirian semua umat Islam.

Sambil meminta Karpal belajar menghormati agama lain, Nik Abduh turut menegaskan peguam itu sepatutnya tidak memaksa pandangannya diterima oleh orang lain.

“Karpal kena belajar walau sudah tua untuk menghormati agama lain, bukan memaksa pandangan sendiri ke atas orang lain. Politik bukan mahkamah.

valentines day 200209 01“Mencegah kemungkaran adalah kebaikan yang dipromosi agama secara unggul. Dalam diri umat Islam ada agama. Ia hak tertinggi. Justeru, mendidik umat agar menghormati ajaran agama adalah hak asasi umat Islam,” katanya.

7 Februari lalu Pemuda PAS menggesa kerajaan melancarkan kempen menentang sambutan Hari Kekasih termasuk menyiarkan iklan anti sambutan bagi mencegah umat Islam menyambutnya.


Hadi: Percanggahan pendapat perkara biasa
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengakui terdapat percanggahan pendapat di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat tetapi berkata perbezaan itu sebagai "perkara biasa" dan bukan "satu masalah besar".

"Ya, (percanggahan itu) perkara biasa. Pakatan melihat perbezaan (pandangan) itu ada, dan mengutamakan titik persamaan untuk menubuhkan kerajaan yang adil untuk rakyat seluruhnya. Dan kita terima titik persamaan dalam konvensyen Pakatan Rakyat.

"(Percanggahan) itu, tidak besar. Dalam Umno ada percanggahan pendapat, antara Tun Dr Mahathir dengan perdana menteri. Ada percanggahan pendapat dalam MCA bahkan ada krisis.

"Kita bercanggah, tapi tidak krisis... Kita utamakan perubahan dalam negara terlebih dahulu," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat.

pakatan convention alor setar abdul hadi awangAbdul Hadi mengulas perbezaan pendapat antara partinya dengan kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu Israel dan negara Palestin.

Justeru, katanya, beliau akan memohon penjelasan dari Anwar yang juga adalah ketua umum PKR bagi meleraikan percanggahan mereka.

Abdul Hadi sebelum ini, dalam tulisan dalam blognya menegaskan sejak PAS ditubuhkan tidak mengiktiraf "negara haram" Israel kerana merampasnya dari rakyat Palestin.

Anwar pula ketika ditemuramah oleh Asian Wall Street Journal didakwa mempertahankan Israel.

NONEBagaimanapun, dalam kenyataan balasnya,  Anwar berkata, pandangannya itu sejajar dengan prinsip PKR yang menjunjung keadilan sejagat dan tegas membela hak yang dizalimi, serta selari dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab berteraskan "Penyelesaian Dua Negara".

Malahan, katanya, dasar luar negara juga menekankan prinsip penyelesaian itu, sebagaimana diungkapkan menteri luar ketika perbahasan perhimpunan agung PBB ke-66 pada 27 September tahun lalu di New York.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi sekali lagi menegaskan kembali bahawa PAS mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara sah dan Israel adalah sebuah negara haram dan ia sejajar dengan pandangan gerakan Islam yang lain.

Oleh itu, katanya, beliau akan memohon penjelasan lanjut daripada Anwar, dalam satu kesempatan yang lain, memandangkan beliau baru sahaja pulang dari luar negara.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dijangka akan bermesyuarat minggu ini.
Hadi: Pas tetap tentang sambutan Hari Kekasih

12 Februari 2012
Abdul Hadi Awang
KLANG - Pas tetap dengan pendirian menentang sambutan Hari Kekasih walaupun beberapa pihak termasuk rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) tidak bersetuju, kata Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.
Dipetik Bernama, Ahli Parlimen Marang ini berkata, Pas tidak akan menarik balik pendirian parti itu seperti yang didesak DAP kerana penentangan itu hanya ditujukan untuk orang Islam sahaja.
"Orang bukan Islam (sambutan) itu hak dia, kita tidak boleh ganggu. Kita nak gesa orang Islam kerana ini tanggungjawab agama.
"Di Kelantan dan Terengganu kita haramkan arak bagi orang Islam tetapi pengharaman itu tidak membabitkan orang bukan Islam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) di sini, petang ini.
Abdul Hadi diminta mengulas kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh semalam yang menggesa Pas menarik balik pendirian parti itu yang menentang
sambutan Hari Kekasih yang untuk tahun ini, akan disambut Selasa ini.
DAP berpendapat pendirian PAS itu sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan di Malaysia, kata Karpal.

Nik Abduh nasihat Karpal hormati agama lain
SAPINAH AB GHANI
12 Februari 2012
Karpal Singh
KOTA BHARU - Dewan Pemuda Pas menasihatkan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh supaya belajar untuk menghormati agama lain dan tidak memaksa masyarakat untuk menerima pandangan peribadinya.
Timbalan Ketua Pemudanya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dalam nada sinis berkata, pemimpin tertinggi DAP itu sepatutnya lebih menghormati agama lain dan tidak menyamakan ia dengan mahkamah.
“Walaupun sudah berusia, Karpal Singh sepatutnya belajar untuk menghormati setiap agama yang ada negara ini, dan bukan hanya memaksa pandangan sendiri ke atas orang lain, politik bukan mahkamah,” katanya di sini, hari ini.
Nik Abduh berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal yang tidak bersetuju dengan pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih.
Pada 7 Februari lalu, Nik Abduh dilaporkan berkata, kerajaan perlu menyiarkan iklan antisambutan Hari Kekasih untuk mencegah umat Islam dari menyambutnya.
Nik Abduh yang juga anak kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ketika Pas rancak mempromosikan hak-hak bukan Islam supaya ia lebih adil, Karpal pula seolah-olah mengambil kesempatan menyekat hak asasi umat Islam yang sepatutnya dihormati oleh semua pihak.
Menurutnya, keputusan menentang Hari Kekasih bukan hanya pendirian Pas semata-mata, sebaliknya ia juga dimahukan oleh semua umat Islam.
Katanya, semua pihak perlu terlibat dalam mendidik dan menyeru umat Islam ke arah kebaikan beragama, dan mencegah kemungkaran adalah kebaikan yang dipromosikan Islam secara unggul.
“Dalam diri umat Islam ada agama, yang merupakan hak tertinggi, jadi mendidik mereka agar menghormati ajarannya adalah hak-hak asasi yang perlu ditegakkan,” katanya.
Akhabar Sinar Harian ini melaporkan kenyataan Karpal yang tidak bersetuju pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih pada Selasa ini.

Menurutnya, pendirian Pas tidak boleh dipertahankan kerana sambutan Hari Kekasih diterima umum, dan disambut hampir di semua negara.

“DAP berpendapat pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih, bukan satu langkah yang baik.

“Tindakan Pas adalah sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan," katanya.

Tiada ulasan: