Selasa, 21 Februari 2012

DEBAT..JANGAN SOROK2...KATA BENAR LAGI BETUL...JUJUR DAN AMANAH...CEKAP DAN MENDAHULUKAN RAKYAT...DEBATLAH..SIAR DISELURUH SALURAN TV DAN RADIO...JADI RAKYAT BOLEH DENGAR..KALAU KITA RASA SENTIASA BETUL..DEBATLAH...JANGAN BERDALIH2...ORANG CAKAP...JANGAN JADI PENGECUT@TAKUT...KITA KAN PEMIMPIN YANG HEBAT...BANYAK PENYOKONG...

Warga maya marah Sin Chew siar laporan berat sebelah
Selepas isu “Kak Tunda”, akhbar Cina Sin Chew Daily pula menjadi sasaran keberangan warga maya berhubung perbahasan  antara presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, Sabtu lalu.

Ini kerana, menurut warga maya, laporan Sin Chew terlalu “berat sebelah" yang memberikan liputan yang menonjol kepada Chua dalam edisi akhbar itu semalam.

NONEIni memaksa akhbar itu membuat penjelasan yang berulang kali di Facebook - tetapi mereka gagal meredakan kemarahan pembaca.

Pada edisi Ahad, Sin Chew melaporkan hujah umum antara Chua dan Lim di muka depan, tetapi pada halaman berikut, iaitu pada muka surat 2, 3 dan 4, tumpuan hanya diberikan kepada Chua dan ucapan pemimpin BN yang lain.

Ucapan Lim hanya dilaporkan pada muka surat 31, iaitu dua halaman terakhir dalam akhbar itu.

Tindakan itu mengundang kemarahan warga maya yang membidas Sin Chew kerana didakwa berat sebelah pada laman Facebook akhbar itu.

"Sin Chew Daily memberi Chua liputan luas, manakala berita Lim hanya dapat liputan kecil. Protes amalan harian berat sebelah itu," tulis seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Tan.

"Sin Chew Daily menipu pembaca," kata seorang lagi pengguna Facebook yang menggunakan nama Samc Chen.
PKR: Tengku Adnan patut atur debat PM-Anwar
PKR berkata kenyataan setiausaha agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur yang meluahkan sokongan kepada debat terbuka seharusnya merintis jalan untuk perbahasan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEMenurut setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution (kiri) hari ini, beliau berharap Tengku Adnan boleh berperanan sebagai orang tengah bagi mengaturkan perdebatan berkenaan.

"Saya percaya ini bukan komen secara sambil lewa dan saya mengalu-alukan keterbukaan sedemikian oleh BN yang mahu pemimpinnya berbahas dengan kami.

"Di pihak Anwar, kami mengulangi jemputan untuk perbahasan. Kami berharap Tengku Adnan boleh bertindak bagi pihak Najib supaya menganjurkan debat di antara kedua-dua pemimpin besar itu," katanya.

The Star hari ini melaporkan bahawa Tengku Adnan, yang juga setiausaha agung Umno, berkata parti pemerintah itu sentiasa bersedia untuk mengambil bahagian dalam perbahasan itu seperti mana yang dilakukan antara presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng pada Sabtu lalu.

Tengku Adnan dilaporkan sebagai berkata perdebatan adalah sesuatu yang "menyihatkan".

Star akui kesilapan berhubung petikan Guan Eng
Akhbar harian Inggeris, the Star hari ini menerbitkan kenyataan ringkas berhubung kesilapan dalam laporannya dalam artikel semasa perdebatan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang dibuat semasa persidangan 'Kaum Cina di persimpangan’, Sabtu lalu.

NONE"Kami dimaklumkan bahawa semasa perdebatan dengan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang bertajuk ‘Apakah sistem dua parti menjadi sistem dua bangsa? setiausaha agung DAP Lim Guan Eng tidak ada membuat kenyataan berikut: ‘Kami tidak bersetuju Perdana Menteri mesti sentiasa terdiri daripada orang Melayu kerana kami mahu rakyat yang membuat keputusan’.

"Kesilapan dalam terjemahan itu amat dikesali," petik kenyataan dua perenggan pengakuan kesilapan itu yang dicetak pada halaman enam akhbar berkenaan.

Bertajuk 'Ralat dalam terjemahan', artikel itu tidak membawa sebarang permohonan maaf atau menyiarkan petikan yang betul.

Lim, semalam menuntut permohonan maaf daripada harian milik MCA itu berhubung laporannnya mengenai perdebatan dua gergasi politik itu.

"Petikan yang dikatakan dikeluarkan oleh saya adalah palsu dan tidak benar kerana tiada rujukan sekalipun pernah dibuat oleh saya mengenai isu ini yang tidak ditimbulkan semasa perbahasan,” kata Lim dalam kenyataannya itu.
Pemimpin BN, Pakatan mahu lebih banyak debat
Pelbagai pihak mahu menyaksikan lebih banyak perdebatan terbuka mengenai isu-isu negara terutama yang membabitkan ekonomi, untuk kepentingan bersama.

NONEAntara sememangnya ditunggu-tunggu adalah perdebatan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (kanan) sambil menambah dengan bersemuka, masing-masing tidak lagi perlu melontarkan pelbagai dakwaan antara satu sama lain.

“Najib perlu bersedia untuk berdebat secara terbuka, bukannya berceramah ke seluruh negara tanpa berhadapan dengan Anwar.

“Melalui debat, Najib dan Anwar boleh bertemu, Mereka boleh melontarkan buah fikiran masing- masing mengenai isu yang diketengahkan supaya memberikan kesan lebih baik kepada masyarakat,” katanya dipetik akhbar Sinar Harian.

Menurut Mahfuz, debat dua pemimpin tertinggi itu perlu, terutama bagi Najib menjelaskan pendirian mengenai isu ketirisan ekonomi yang berlaku, sebelum pilihan raya umum akan datang supaya rakyat boleh menilai kewibawaan mereka.

“Jangan hantar wakil. Rakyat mahukan debat antara Najib dan Anwar, bukannya wakil mereka seperti sebelum ini apabila Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dihantar untuk berdebat dengan Anwar,” katanya lagi.

NONESinar juga memetik naib presdien PKR, Nurul Izzah Anwar (kiri) yang bersetuju supaya perdebatan diadakan antara Najib dengan Anwar.

“Ia merupakan kesinambungan yang paling tepat setelah debat selepas Guan Eng dan Soi Lek,” katanya.
Anwar sebelum ini telah berulang kali mencabar perdana menteri  untuk berdebat pada bila-bila masa tetapi Najib hanya berdiam diri tidak mahu menyahut cabaran berkenaan.
Sabtu lalu, dua tokoh politik masyarakat Cina bersemuka dalam debat yang disiar secara langsung dengan presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berdepan dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Tajuk debat tersebut ialah 'Kaum Cina di persimpangan: Apakah sistem dua parti menjadi sistem dua bangsa?'
Sementara itu, Bernama pula melaporkan pemimpin BN berkata mereka bersikap terbuka terhadap cadangan untuk mengadakan lebih banyak debat.

NONETimbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata para pemimpin BN pernah bersemuka dalam debat dengan tokoh pembangkang sebelum ini dan mereka bersedia berdepan lagi dengan pembangkang asalkan ada forum serta isu yang bersesuaian untuk didebatkan.

"Pada Ogos 2008, Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon juga berdepan dengan Lim Guan Eng dalam debat di auditorium DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka), beberapa bulan selepas beliau kalah dalam pilihan raya umum.

"Banyak lagi pemimpin lain dalam BN seperti Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut berdebat dengan pemimpin pembangkang sebelum ini," katanya.

NONEPresiden LDP Datuk VK Liew (kiri) pula dipetik berkata beliau menyambut baik cadangan untuk mengadakan lebih banyak debat antara ahli politik dan berharap debat seperti itu akan diperluaskan supaya merangkumi pelapis kedua dalam kepimpinan parti.

"Dalam sebuah demokrasi yang matang, anda tidak boleh menghalang pemimpin parti daripada mengambil bahagian. Ini perkembangan yang sihat terhadap demokrasi. Ia satu peluang untuk memperjelaskan tentang perbezaan kita," katanya.

Beliau berkata ahli politik tidak boleh mengelak sentimen penyokong mereka dan memang sifat semula jadi untuk mereka menaruh harapan agar pemimpin masing-masing mengeluarkan hujah bernas, lebih-lebih lagi membabitkan isu kepentingan bersama.
Sementara itu, bendahari agung Parti Bersatu Rakyat Sarawak Datuk David Teng dipetik Bernama sebagai berkata beliau mengalu-alukan sebarang usaha untuk mengadakan perdebatan yang sihat antara pemimpin politik untuk menyuarakan pandangan atau dasar yang mereka galakkan.
"Bagaimanapun, perdebatan seperti itu tidak boleh digunakan sebagai platform untuk memarahi orang lain atas apa jua sebab. Jika tidak, ia tidak akan membawa apa-apa makna. Setiap orang yang mengambil bahagian dalam debat ini mesti memahami tujuan perdebatan," katanya.

Polis pantau rapi setiap ceramah politik di Kelantan
Polis akan memantau rapi setiap majlis ceramah atau program parti-parti politik, sama ada yang mempunyai permit ataupun tidak.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihaknya sentiasa membuat penyiasatan setiap program yang melibatkan perhimpunan ramai, yang dianjurkan oleh mana-mana parti politik tanpa menunggu aduan daripada orang awam.

"Ini untuk mengelakkan perhimpunan yang dianjurkan itu boleh menjejaskan ketenteraman dan keselamatan awam," katanya ketika menjawab soalan peserta Program "Community Policing" Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan bersama Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) di Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata mengikut Akta Polis 1967, setiap parti politik mesti meminta kebenaran atau permit daripada polis untuk mengadakan sesuatu perhimpunan melebihi lima orang.

Beliau berkata polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana parti politik yang mengadakan kegiatan ceramah tanpa kebenaran, terutama menjelang pilihan raya umum akan datang.
  
- Bernama

Tiada ulasan: