Jumaat, 17 Februari 2012

LUMRAH..ADA YANG BAIK ADA YANG TIDAK..BEGITU JUGA YANG TAKWA..ADA YANG TIDAK... YANG SOLEHA DENGAN YANG TIDAK SOLEHA...YANG BERAMAL ISLAM SEPENUH ADA YANG TIDAK...MUSLIM DAN NON MUSLIM..ALLAH MENYURUH SEMUA MANUSIA BERTAQWA KEPADANYA...SEDARLAH IA ALLAH YANG ESA..SEDANGKAN KITA MAKHLUK YANG WAJIB TAAT..SEBAB TU ADA SYURGA DAN NERAKA..ADA YANG BERAMAL AHLI SYURGA...ADA YANG BERAMAL AHLI NERAKA...

Curtin mohon maaf iktiraf Rosmah wanita pertama
Universiti Curtin di Australia memohon maaf kerana merujuk kepada Datin Seri Rosmah Mansor sebagai wanita pertama Malaysia, apabila mengumumkan bahawa isteri perdana menteri itu akan dianugerahkan dengan ijazah Doktor Kehormat Persuratan.

NONEDalam satu kenyataan hari ini naib canselor universiti itu, Jeanette Hacket, berkata Curtin mengambil perhatian berhubung bidasan orang ramai atas pemberian ijazah berkenaan dan juga mengenai penggunaan istilah "wanita pertama".

"Kami juga mengakui penggunaan istilah ‘wanita pertama’ mungkin menyinggung sesetengah pihak dan kami memohon maaf mengenainya.

“Kami tidak lagi akan menggunakan istilah itu dan telah menerbitkan semula kenyataan media kami dengan perubahan yang dibuat itu," kata Hacket.

Kenyataan itu dipaparkan pada laman web rasmi universiti itu di Facebook. Sebelum ini, warga maya, khususnya dari Malaysia yang tidak berpuas hati telah membuat bantahan dan mencemuh Curtin.

Mengenai kritikan sama ada Rosmah layak dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat Persuratan,  Hacket berkata bahawa universiti berkenaan tetap dengan pendirian mereka.

Hasan Ali: Maklumat murtad dari 'mubaligh berjubah'
Datuk Hasan Ali berkata umat Islam yang dimurtadkan sendiri yang memberi maklumat berhubung wujudnya dakwaan mubaligh Kristian mendekati umat Islam melalui pemakaian jubah dan bersolat Zohor berjemaah sekali dengan mereka.

NONEBeliau berkata, maklumat itu diperolehi dalam sesi pendengaran bawah 'Unit Selamatkan Akidah' (USA) yang ditubuhnya sewaktu masih bertugas sebagai exco hal ehwal Islam.

Unit itu kini diuruskannya walaupun selepas dipecat dari jawatan itu.

"(Maklumat) daripada mereka itu kita petik... Kenyataan mereka kita petik. Saya tidak boleh menyatakan siapa dan bila, atas sebab-sebab keselamatan mereka.

"Cukuplah saya menyatakan apa yang disebut hasil daripada pendengaran yang kita dapat daripada teman-teman terbabit," katanya dalam sidang media di Shah Alam.

Dr Hasan berkata, ketika ini seramai 56 orang yang berada dalam unit itu dan masih memberi maklumat bagaimana mereka terbabit dengan gejala murtad.

"Dalam hati mereka masih ada keimanan dan nak balik kepada Islam. Kita memberi kaunseling serta memberi gambar tentang kehidupan dalam Islam dan hati sebagai seorang Muslim," katanya.

NONEHasan diminta menjelaskan berhubung dakwaannya sebelum ini bahawa ada usaha licik memurtadkan umat Islam melalui kaedah itu.

Beliau dilapor sebagai berkata ada 51 orang Islam yang sudah menjalani proses pembaptisan dan minum ‘air suci' sedang dibantu untuk mengembalikan semula akidah mereka.

Hasan dalam jelajahnya dilapor berkata, sasaran utama golongan itu ialah orang Islam miskin, kurang pengetahuan agama, lemah akidah, berhutang, menghadapi masalah keluarga.

Golongan berfikiran liberal, terbuka dan tidak mengamalkan cara hidup Islam juga termasuk dalam senarai itu.
Lim: Tranformasi Najib gagal sekat perpindahan bakat
DAP hari ini melabelkan program transformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untukuntuk menarik bakat manusia telah gagal dengan satu lagi bakat tidak ternilai tokoh korporat negara meninggalkan Malaysia menuju ke Singapura.

hassan merican“Jika seorang ikon pemimpin korporat seperti Tan Sri Hassan Marican terpaksa berlepas ke Singapura di mana bakat beliau tidak diabaikan, program transformasi kerajaan Najib untuk menarik bakat manusia adalah gagal,” kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Menurut Lim, yang juga ketua menteri Pulau Pinang, Hassan kini menyertai senarai hampir dua juta rakyat Malaysia yang telah dibiarkan untuk tinggal dan bekerja di luar negara sejak merdeka.

“Ini merupakan hari yang menyedihkan bagi Malaysia apabila kita tidak dapat menjaga yang terbaik dan cemerlang seperti bekas Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Marican yang merupakan senarai terbaru dalam perpindahan bakat (brain drain) dan sekarang bekerja di luar negara di Singapura.,” katanya.

Lim berkata bakat seperti Hassan tidak datang setiap hari dan kerajaan mesti mengambil langkah-langkah segera bagi memastikan ramai lagi bakat seperti beliau tidak terlepas mengalir ke negara luar.

Beliau memetik pakar ekonomi kanan Bank Dunia, Philip Schellekens yang tahun lalu, memberi amaran bahawa situasi penghijrahan bakat rakyat Malaysia dijangka meruncing dengan bilangan rakyat yang mahir tinggal di luar negara meningkat tiga kali ganda dalam dua dekad yang lalu.

“Adalah jelas, selagi politik ‘know-who’ ditekankan berbanding dengan ilmu dan pengetahuan, perjanjian melalui rundingan terus lebih disukai berbanding tender terbuka kerana ia tiada akautabiliti dan ketelusan, Malaysia akan tewas dalam usaha membendung pemindahan bakat,” kata Lim.

petronasBeliau mengulas laporan media bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Petronas itu akan dilantik sebagai Pengerusi Singapore Power Limited (SP) pada Jun ini bagi menggantikan Ng Kee Choe yang akan bersara.

Selepas meninggalkan syarikat petroleum nasional itu pada 2010 akibat dakwaan pergeseran dengan pentadbiran politik semasa, Hassan telah dipelawa oleh firma berprestij asing seperti syarikat  minyak dan gas gergasi Amerika Syarikat Conoco Philips, sebelum ditawarkan jawatan tertinggi dalam SP.
Isu Palestin: PKR berkongsi hasrat dengan PAS
Setelah digesa oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ini tampil menjelaskan pendiriannya berhubung isu Palestin-Israel yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

NONEAnwar berkata, beliau memahami perbezaan pendirian antara PKR dan PAS dalam isu itu tetapi menegaskan mereka berkongsi hasrat untuk melihat tertegaknya Palestin yang merdeka.

"Ini berbeza dengan adu domba Umno yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka," katanya.

Ketua pembangkang berkata, tatkala dia diserang sebagai ejen Israel, menteri luar dari Umno sendiri secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Berikut kenyataan penuh Anwar:

Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel).

Sedangkan kenyataan penuh selepas itu, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya.

NONEMedia, pimpinan Umno dan Datuk Seri Najib Razak berterusan menabur fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Kenyataan saya kepada ASWJ secara jelas meletakkan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan, keamanan dan maruahnya dihormati sebagai syarat kepada tuntutan Israel agar keselamatannya dijamin.

Pendirian saya ternyata diterima pimpinan dunia Islam seumpama kerajaan Arab Saudi seperti yang diungkapkan menteri luarnya, Putera Saud al Faisal bahawa:

"This [2002 Arab Peace Initiatve] is the way toward security.. Israel can't keep the land and want security at the same time. It has to withdraw and give the Palestinians their rights. If Israel does that, the Arab states will put an end to the state of war. That will give Israel its security".

Baru-baru ini Raja Abdullah dari Jordan juga mengulangi pendirian yang sama:

"The Palestinian right to statehood and their cry for justice and a homeland free of occupation remain the Arab people's foremost cause. In Jordan, the "final-status" issues-including borders, refugees, security and Jerusalem-are at the heart of our priorities. This means making real the promise of a viable, independent, sovereign Palestinian state, as part of a two-state agreement that resolves all final-status issues and guarantees security for Israel."

Makanya, persoalan tuntutan jaminan keselamatan Israel yang bersyaratkan kepada keadilan dan keamanan diberikan kepada rakyat Palestin bukanlah perkara baru.

Sedangkan saya tuntas mendokong aspirasi rakyat Palestin sekian lama, bermula dari memimpin demonstrasi membantah keganasan Israel yang mendapat dokongan Amerika pada tahun 1973 di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dan mewakili Malaysia pada tahun 1983 ke Persidangan PLO di Algiers setelah menerima undangan dari Yasser Arafat.

Pendirian saya tuntas menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keamanan, keadilan dan kehidupan yang bermaruah bertepatan dengan semangat yang disuarakan oleh Ismail Haniyeh, perdana menteri palestin:

israel us syria"If Israel withdraws to the '67 borders, then we will establish a peace in stages.. Number one, we will establish a situation of stability and calm which will bring safety for our people - what (Hamas founder) Sheikh (Ahmed) Yassin called a long-term hudna (truce). If Israel declares that it will give the Palestinian people a state and give them back all their rights, then we are ready to recognise them".
Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari PAS, Majlis Syura PAS dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.

Ketetapan PAS yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya memahami perbezaan pendirian PAS dengan PKR. PAS berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.

Walaupun begitu PKR berkongsi hasrat dengan PAS untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur, yang juga merupakan hasrat seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan.

Ini berbeza dengan adu domba Umno yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka. Tatkala media Umno menyerang saya sebagai ejen Israel, menteri luar dari Umno secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara (two-state solution) di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Manakala saya dituding mengkhianati aspirasi rakyat Palestin, menteri pertahanan dari Umno jugalah yang duduk berbincang dengan menteri pertahanan Israel pada tahun 2009, walaupun perkara ini cuba dipadamkan. Namun rakyat tidak lupa bahawa pentadbiran Perdana Menteri bergegas melantik APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua perlindungan dan keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat mejar jeneral.

azlanMalah, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menerus memfitnah saya pernah bertemu perdana menteri israel dan menteri luarnya, Shimon Peres di Paris pada tahun 1994. Pada masa yang sama sesuatu yang tidak dapat dinafikan pimpinan Umno bahawa Malaysia merupakan rakan dagang Israel ke-15 terbesar. Jumlah dagangan antara Malaysia dan Israel mencecah 667.6 juta Euro.

Sikap bermuka Umno dalam isu Palestin bukanlah perkara baru, sebab itu saya jelas menyeru sahabat-sahabat dan rakyat Malaysia supaya menumpukan tenaga membantu meringankan penderitaan saudara-saudara di Palestin.

Derita ini ditanggung setiap hari tatkala rakyat Palestin menyabung nyawa menyelamatkan diri dari serangan dan pendudukan tentera Israel. Ini kenyataan kehidupan seharian seorang rakyat Palestin yang harus kita insafi.

Saban hari, keperluan asas seperti air minuman, makanan, ubat-ubatan, simen untuk pembinaan dan pelbagai keperluan lain tidak dibenarkan masuk ke Gaza akibat sekatan Israel. Sengsaranya rakyat Palestin bila mana 80 peratus dari mereka memerlukan bantuan makanan, 90 peratus hidup dalam kemiskinan, lebih separuh daripada isirumah hanya makan sekali sehari dan lebih 60 peratus kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan.

Sebab itu saya yakin bahawa aspirasi rakyat Palestin yang mengambil kira kepayahan seharian mereka seperti yang disuarakan oleh pimpinan-pimpinan mereka wajib dijunjung dan dihargai. Semangat setiakawan rakyat Malaysia yang selari dengan aspirasi itu bukanlah satu pengkhianatan kepada perjuangan mereka, sebaliknya menjadi dokongan utama kepada usaha mewujudkan keamanan dan memberikan keadilan kepada rakyat Palestin.

palestine hamas and fatah unite 270209 01Oleh kerana itu wajar buat kita memahami, menghargai dan menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang disuarakan melalui dua pertubuhan utama tersebut. Sepertimana pertemuan saya baru-baru ini di Doha dengan Khalid Mashaal, sebelum termeterainya persetujuan bersama tersebut, saya ulangi dokongan saya buat perjuangan rakyat Palestin, Hamas dan Fatah. Manakala pengiktirafan negara Israel tertakluk selagi mana Israel menghormati kedaulatan wilayah dan keselamatan rakyat Palestin.

Justeru adalah mustahak untuk kita sedari suara rakyat Palestin mutakhir ini adalah melalui Hamas dan Fatah sebagaimana yang tertera dalam persetujuan bersama Hamas dan Fatah di Doha hari ini. Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin. Seandainya ini dihormati maka kewujudan Israel akan diiktiraf.

Inilah juga semangat yang terkandung dalam kenyataan saya, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." (Pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin).
Rosmah tak senang dengan sikap dwistandard
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, - Datin Seri Rosmah Mansor hari ini membidas sikap dwi-standard masyarakat dalam perbandingan sifat-sifat di antara lelaki dan wanita.

"Sering kali apabila seorang wanita tegas beliau dilihat sebagai menyusahkan. Ada kalanya, beliau dituduh mengawal suaminya.

NONE"Namun, apabila seorang lelaki menunjukkan sifat tegas, beliau dipuji dan dikatakan mempunyai keyakinan diri sendiri," kata Rosmah kepada kira-kira 250 hadirin yang terdiri dari wakil dunia korporat semasa ucaptamanya pada Forum Kepimpinan Wanita.

Beliau memetik perkara itu semasa menjelaskan mengapa tidak terdapat banyak wanita bertindak sebagai ‘game changers' atau ‘pengurup permainan' dalam perniagaan, seperti pengasas bersama Apple Steve Jobs, pengasas Microsoft Bill Gates dan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg.

Katanya, walaupun separuh daripada penduduk dunia adalah wanita, namun peranan mereka adalah kecil.

Merujuk, majalah Time dan The Huffington Post baru-baru ini yang menerbitkan ruangan khas bagi ‘game changers' - hanya terdapat satu usahawan wanita di kalangan mereka - pengasas Code for Amerika, Jennifer Pahlka.

Tiada ulasan: