Selasa, 14 Februari 2012

SEGALA BENTUK HARAM...MEROSAKKAN AQIDAH...MUNGKAR@MAKSIAT MEMANG KENA SEKAT...ITU SURUHAN ALLAH..SEDARLAH KITA DIHIDUPKAN..DUDUK DIBUMI ALLAH..JANGAN NAK KERAS KEPALA PADA ALLAH SWT....

Baitulmal: Jamil Khir mohon, dia sendiri lulus?

Muhammad Faizal, 13 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 13 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia mempersoalkan bagaimana orang yang sama iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir yang merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan memegang jawatan Pemegang Amanah Yayasan Taqwa boleh memohon dan meluluskan peruntukan dari Baitulmal MAIWP.

Ketuanya, Nasrudin Hassan pada sidang media di Ibu Pejabat PAS mendakwa, perkara tersebut menimbulkan persoalan bagaimana jumlah permohonan berjumlah RM1 juta tetapi diluluskan RM4 juta itu dilakukan oleh Jamil Khir yang merupakan pemohon serta yang meluluskan permohonan tersebut.

"Persoalan ini perlu dijawab dan kami mahu Jamil Khir menjelaskan perkara tersebut yang telah menimbulkan tanda tanya bagaimana beliau yang juga merupakan Pengerusi MAIWP dan juga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa boleh meluluskan permohonan tersebut.

"Dalam pada itu juga permohonan yang dibuat oleh Yayasan Taqwa haya RM1 juta tetapi kelulusan dari Baitulmal MAIWP adalah sebanyak RM4 juta," jelasnya.

Dalam pada itu, Nasrudin berkata Yayasan Taqwa jua mendakwa bahawa RM2 juta yang dibelanjakan untuk pengurusan bukan sekadar perbelanjaan pengurusan tetapi meliputi semua perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan program.

"Kita melihat perincian perbelanjaan tersebut telah diperakui dan disahkan mengikut skim mahupun peraturan yang ditetapkan malah ia diperakui oleh semakan audit.

"Tetapi demi kepentingan pembayar zakat dan sensitiviti seluruh umat Islam maka kita hari ini turut mendesak agar Jamil Khir membuat pendedahan secara terperinci perbelanjaan pengurusan RM2 juta itu, tindakan ini adalah sebagai menghapuskan keraguan yang timbul," katanya lagi.

Katanya lagi, untuk apa diwujudkan Yayasan Taqwa kerana pada masa sekarang peranan MAIWP dalam urusan menyampai bantuan zakat sudah mencukupi apatah lagi dengan bantuan kakitangan yang cekap dalam urusan tersebut termasuk segala maklumat penerima yang ada.

"Kita melihat permohonan RM4 juta itu kalau diberikan kepada mereka yang layak menerima zakat sudah tentu lebih ramai dapat merasakannya tetapi wang tersebut disalurkan kepada sebuah yayasan yang dilihat mempunyai kepentingan peribadi.

"Malah perbelanjaan RM2 juta itu juga satu yang besar, kalau dikira berapa ramai penerima zakat dapat menikmati wang tersebut jika ia disalurkan melalui sebuah badan yang layak," sambungnya lagi.

Dalam masa yang sama Dewan Pemuda PAS Pusat juga ingin penjelasan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri atas tujuan apakah Yayasan Taqwa yang berada di bawah MAIWP itu ditubuhkan sedangkan sebelum ini segala urusan mengenai zakat telah dilakukakan oleh pihak Baitumal MAIWP.

Sesat: Kenyataan Ahmad Said pecah belah rakyat

Harakahdaily, 13 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 13 Feb: Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau) memandang serius kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said  bahawa PAS sebuah 'parti ajaran sesat'.


Setiausahanya, Suhaimi Embong berkata, ini kerana ia seolah-olah menyamakan PAS yang diiktiraf sebagai satu-satunya parti politik Islam di negara ini sebaris dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat lain yang difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan serta majlis-majlis fatwa negeri.

Katanya, kenyataan itu adalah sangat keterlaluan dan bakal mengundang perpecahan yang lebih ketara di kalangan umat Islam khususnya di Terengganu ekoran Ahmad menyifatkan bahawa PAS sebagai "parti ajaran sesat"ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal pada 8 Februari lepas.

“Sebagai pemimpin sebuah kerajaan negeri, menteri besar wajar berhati-hati membuat kenyataan yang boleh memecah-belahkan masyarakat dan merujuk kepada pihak berkuasa agama terlebih dahulu sebelum menghukum sesuatu pihak sebagai sesat dan menyeru Ahmad Said segera menarik balik kenyataan tersebut serta memohon maaf kepada seluruh ahli dan pimpinan PAS yang telah dilabelkannya sebagai sesat,” katanya kepada Harakahdaily.

Mengenai kenyataan cabar mencabar atau debat antara Ahmad dengan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah berhubung tuduhan sesat itu yang dibalas pula Adun Bukit Payong itu dengan UMNO sebagai United Musyrik National Organization, kata Suhaimi tidak akan memberikan apa-apa faedah kepada rakyat Terengganu.

Beliau seterusnya menyarankan kepada pemimpin Umno dan PAS Terengganu segera menghentikan politik caci mencaci atau kata mengata antara satu sama lain, sebaliknya terus bekerja membangun dan memajukan rakyat negeri Terengganu yang jauh ketinggalan berbanding dengan jirannya Kelantan yang diperintah PAS dan Pahang yang diperintah Umno.

“Rakyat Terengganu tidak suka pemimpin politik yang keterlaluan dan mereka akan menentukan sikapnya dalam pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya.

Hari Kekasih: Mana suara pemimpin Umno

Harakahdaily, 13 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 13 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak pendirian rasmi Umno dalam isu sambutan Valentine’s Day (Hari Kekasih) yang disambut setiap tahun di negara ini.

“Ini kerana sejak isu ini timbul tidak sedikitpun suara pemimpin Umno kedengaran bagi menyatakan pendirian berhubung isu yang menjadi pertikaian umat Islam sejak dahulu.

“Dalam hal ini, DPPM menyatakan pendirian PAS sejak dahulu sehingga kini tetap bertegas bahawa sambutan Hari kekasih adalah haram untuk umat Islam dan tidak wajar bagi kerajaan mempromosikan hari tersebut kepada masyarakat khususnya kepada umat Islam,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor kepada Harakahdaily.

Ini, ujarnya telah dikuatkan lagi dengan fatwa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah menghukumkan haram terhadap sambutan itu.

Katanya, ketegasan PAS tetap dipegang sekalipun yang menentangnya adalah rakan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat.

Ini, tegasnya menunjukkan PAS tidak pernah mengikut telunjuk atau menjadi kuda tunggangan mana-mana pihak.

PAS, jelasnya lagi adalah parti Islam sejak dahulu sehingga kini dan tetap berpegang kepada prinsip dan dasarnya walau dengan siapa ia berkawan.

Namun demikian, katanya DPPM merasa kesal kerana media utama hanya sibuk mencari titik perbalahan antara parti dalam Pakatan Rakyat sebaliknya Umno yang menjadi tunjang dalam kerajaan tidak sedikitpun mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung sambutan hari tersebut.

Malahan, ujarnya pemimpin Umno diam seribu bahasa dengan mengambil sikap jalan selamat demi mengelakkan persengketaan dalaman antara parti komponen dalama Barisan Nasional.

Bagi DPPM, kata beliau pemimpin Umno tidak wajar berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang pendirian rasmi berhubung sambutan Valentine’s Day.

“Sebagai pemimpin umat Islam di negara ini pemimpin utama Umno wajib menyatakan pendirian mereka.

“Kemungkaran mesti dicegah walau ditentang oleh rakan-rakan sekutunya kerana ia adalah perintah Allah SWT,” ujarnya.

Tambahan lagi, ujar beliau umat Islam di negara ini pasti akan merasa kecewa sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri membiarkan terus polemik itu berlalu tanpa sebarang kenyataan mahupun tindakan tegas diambil.

Beliau menambah, lebih dikesali apabila ulama dalam Umno serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga urusan hal ehwal agama Islam di negara ini turut berdiam diri berhubung isu itu.

Akhirnya, ujar beliau lagi DPPM mengharapkan umat Islam di negara ini membuka mata dengan melihat sikap sebenar Umno dalam soal mempertahankan syariat Islam.

“Dalam keadaan seluruh negara riuh rendah dengan penolakan dan penentangan terhadap isu ini, pemimpin-pemimpin Umno menutup mulut dan terus membiarkan kemungkaran berleluasa,” katanya.

Salah faham tuduh PAS sekat Hari Valentine

Jofri Jaraiee, PAS Miri, 13 Feb 2012
Setiap hari kita perlu menunjukkan perasaan kasih sayang antara satu sama lain tanpa perlu menunggu hari-hari tertentu.

Sikap sesetengah pihak yang cuba membuat fitnah terhadap saranan PAS melarang penganut agama Islam dari menyambut Hari Valentine telah disalahertikan dengan mengatakan PAS menyekat kebebasan hak orang ramai.

Mereka memberi gambaran seolah-olah PAS cuba menyekat kepercayaan agama lain dari menyambut Hari Valentine dengan menuduh PAS tidak sepatutnya menyekat mereka yang hendak meraikan Hari Valentine tersebut.

Akibat salah faham, mereka ini menuduh PAS sudah menyimpang dari perjuangan mereka selama ini iaitu memberi kebebasan beragama kepada semua penganut agama di negara ini.

Sebenarnya tiada Isu PAS melarang penganut agama lain untuk meraikan Hari Valentine. Kalau penganut yang bukan beragama Islam hendak meraikannya terserah kepada kepercayaan masing-masing dan mereka bebas melakukannya.

Apa dilarang oleh PAS ada bersesuaian dengan larangan agama Islam sendiri kepada penganut agama Islam bukannya melarang penganut agama lain dari melakukannya.

Jadi jelas, PAS tidak pernah mengatakan Hari Valentine mesti dilarang kepada semua. Mungkin ada sesetengah pihak tidak faham atau sengaja buat tidak faham maksud PAS melarang menyambut Hari Valentine.

Berdasarkan kepada pandangan sebahagian besar tokoh-tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak.

Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Maka bagi orang Islam sudah jelas meraikan Hari Valentine adalah bertentangan dengan akidah Islam dan bagi yang bukan Islam terserah kepada kepercayaan masing-masing.

Diharap perkara sebegini tidak akan menimbulkan salah faham, antara penganut Islam dan bukan Islam dalam negara ini sebab kita kena menghormati kepercayaan agama masing-masing.

Tiada ulasan: