PAS bersama air mata rakyat Palestin
22 Feb 2012 |
Seperti yang ditegaskan Mursyidul Am PAS, PAS sekali lagi ingin menegaskan pendirian parti bahawa kita tetap bersama rakyat di Palestin yang berjuang bagi mendapatkan balik hak negara mereka yang telah dirampas oleh rejim Israel. Keselamatan rakyat Palestin tetap menjadi agenda utama, kerana nyawa, harta dan tanah air mereka terus diganyang oleh Israel. Justeru semua pihak perlu memberi jaminan keselamatan kepada rakyat Palestin dari kebiadaban rejim Israel.
Sekali lagi ditegaskan, bagi PAS apa jua perancangan masa depan negara Palestin hendaklah mengambil kira pendirian Hamas yang telah menerima mandat rakyat.
PAS juga menolak road map yang ditaja oleh kuasa Barat dan mana-mana pihak yang terlibat, yang sedang memaksakan penyelesaian road map ke atas Palestin dan seluruh dunia.
Maka PAS bersama tangisan, air mata dan derita rakyat di Palestin bagi memperjuangkan sebuah negara merdeka.
PAS mengecam tindakan bermuka-muka kerajaan Barisan Nasional yang diterajui yang berterusan berurusniaga atau menjalin apa saja hubungan dengan rejim Israel, ketika mana rakyat di Palestin terus dibunuh dan ditekan.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,
Ketua Penerangan PAS Pusat.
Pejabat Agung PAS,
23 Februari 2012.
PAS bersama tangisan, derita rakyat Palestin
Harakahdaily, | 22 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 23 Feb:
PAS hari ini menegaskan lagi pendirian untuk kekal bersama ‘tangisan,
air mata dan derita rakyat di Palestin bagi memperjuangkan sebuah negara
merdeka’.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar)
menegaskan bahawa keselamatan rakyat Palestine tetap menjadi agenda
utama, kerana nyawa, harta dan tanah air mereka terus diganyang oleh
Israel.
“Justeru semua pihak perlu memberi jaminan keselamatan kepada rakyat Palestin dari kebiadaban rejim Israel,” tegas beliau.
Mengenai pertemuan antara Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata pertemuan itu adalah bertujuan untuk membuka ruang penjelasan kepada Anwar berhubung kenyataannya dalam Wall Street Journal pada penghujung Januari lalu.
“Seperti yang ditegaskan Mursyidul Am PAS, PAS sekali lagi ingin menegaskan pendirian parti bahawa kita tetap bersama rakyat di Palestin yang berjuang bagi mendapatkan balik hak negara mereka yang telah dirampas oleh rejim Israel,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu.
Tuan Ibrahim juga menegaskan bahawa PAS berpendirian bahawa apa jua perancangan masa depan negara Palestin hendaklah mengambil kira pendirian Hamas yang telah menerima mandat rakyat.
PAS, tegasnya juga menolak road map yang ditaja oleh kuasa Barat dan mana-mana pihak yang terlibat, yang sedang memaksakan penyelesaian road map ke atas Palestin dan seluruh dunia.
Beberapa pemimpin Umno, termasuk ketua pemudanya Khairy Jamaluddin dan anak Tun Dr Mahathir, Datuk Mukhriz Mahathir semalam mengaku bahawa Malaysia sememangnya ada hubungan perdagangan dengan Israel.
Khairy berkata, kerajaan mempunyai polisi dan pendirian yang jelas bahawa Malaysia tidak mempunyai hubungan politik dan diplomatik dengan Israel.
"Sebagai seorang ahli parlimen, saya sedar bahawa ada hubungan perdagangan antara Malaysia dan Israel tetapi ia adalah hubungan antara syarikat.
"Saya harap perkara ini dapat diketahui umum bahawa kita berdagang bukan kerana kita sokong Israel tetapi ini keperluan dari segi globalisasi," katanya.
Selain menolak kenyataan bloger Umno, kenyataan Khairy juga menolak kenyataan pihak pengurusan Perlabuhan Klang baru-baru ini.
Westport, Port Klang melalui Ketua Korporatnya, Mejar (B) Manisegaran seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian mengakui kehadiran Kapal Israel, ZIM Integrated Shipping Services Ltd yang berlayar dari Israel.
“PAS mengecam tindakan bermuka-muka kerajaan Barisan Nasional yang diterajui yang berterusan berurusniaga atau menjalin apa saja hubungan dengan rejim Israel, ketika mana rakyat di Palestin terus dibunuh dan ditekan,” tegas Tuan Ibrahim.

Najib perlu jelaskan urusan dagang Malaysia-Israel
Muhammad Faizal, | 22 Feb 2012 |
KLANG, 22 Feb:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak menjelaskan urusan
dagangan yang dilakukan antara Malaysia dengan entiti haram Israel yang
telah lama berlaku.
Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berharap Najib tampil untuk membuat penjelasan kepada seluruh rakyat yang telah ditipu oleh Kerajaan Barisan Nasional mengenai pendirian Malaysia dengan negara tersebut.
"Kita kesal kerana selama ini telah dibohongi oleh kerajaan yang selama ini mengatakan menentang kekejaman Israel tetapi pada masa yang sama telah menjalinkan urusan perdagangan.
"Kita mahu Najib tampil beri penjelasan kenapa kerajaan jangan mengambil sikap berdiam diri kerana segala bukti mengenai urusan perdagangan dan kapal Zim itu telah kita perolehi," katanya pada himpunan aman membantah kemasukan kapal hak milik Israel Zim Integrated di West Port, Pelabuhan Klang, petang ini
Tambahnya lagi, kenyataan yang dibuat oleh pihak pengurusan West Ports mengatakan kapal tersebut hanya singgah sebelum ke destinasi seterusnya adalah satu pembohongan.
"Rakyat hari ini tidak boleh ditipu lagi, adalah suatu yang mustahil apabila mengatakan kapal tersebut hanya singgah tanpa ada urusan perdagangan sedangkan kita lihat sudah banyak lori membawa kontena menulis perkataan Zim keluar masuk pelabuhan.
"Apa yang nak dibohongkan, bukti kita jelas jangan cuba menyembunyikan sesuatu yang telah kita ketahui, Najib dan Kerajaan Malaysia perlu bertanggungjawab atas penghinaan yang telah dilakukan ini," sambungnya lagi.
Sementara itu, Setiausaha MTD PAS Kawasan Pandan, Mohd Hafis Razak yang mewakili Dewan Pemuda PAS turut menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat membantah sekeras-kerasnya hubungan dagang yang dilakukan oleh kerajaan.
"Kita hari ini kecewa dan membantah hubungan dagang yang dilakukan oleh kerajaan, malah jelas selama ini kerajaan hanya berbohong menentang kezaliman yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.
"Ini bukti jelas bahawa wujud hubungan sulit dan bersekongkolnya kerajaan dengan negara rejim itu, kita mahu hubungan ini dihentikan segera jika tidak rakyat akan bangkit membuat bantahan yang lebih besar lagi," katanya.
Sebelum itu, demostrasi bantahan kemasukan kapal Israel itu dihadiri lebih 150 orang yang terdiri dari anggota parti dalam Pakatan Rakyat, badan bukan kerajaan (NGO) termasuk juga wakil Soladiriti Mahasiswa Malaysia (SMM).
Dalam ucapan ringkan, Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI), Khalid Mohd Ismath turut meminta kerajaan hentikan segera hubungan dagangan mahupun diplomatik secara tidak langsung.
Malah, beliau turut memberitahu kegagalan kerajaan bertindak mahasiswa akan tampil sekali lagi untuk membuat demostrasi besar-besaran di West Ports ini.
Sebelum itu, dalam satu kenyataan media Ketua korporat West Ports Malaysia, Mejar (B) Manisegaran memberitahu West Ports tidak pernah memberi lampu hijau kepada kapal didaftar di Israel untuk berlabuh.
Beliau turut menyatakan memang ada kapal Zim masuk tetapi hanya untuk singgah, mereka tidak dibenarkan menetap dan anak kapal pula dilarang menjejak kaki ke darat, jauh sekali melakukan urusan perniagaan dengan kapal itu.
KUALA LUMPUR, 22 Feb:
Ahli-ahli politik di kalangan umat Islam perlu berhujah dengan al-Quran
dan hadis untuk menjelaskan dasar-dasar politik pemerintahan negara
supaya selaras dengan tuntutan agama kerana segala aktiviti politik itu
sendiri perlu diselaraskan mengikut kehendak Islam.
Al-Quran dan hadis penuh dengan pelbagai prinsip politik dan pemerintahan yang sekiranya diikuti akan menjamin keadilan dan kebajikan bagi seluruh rakyat muslim dan bukan muslim.
Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali berkata, akibat kefahaman menyeleweng bahawa agama tidak boleh digunakan dalam berpolitik, menyebabkan politikus di kalangan orang Islam sendiri akhirnya mencedok pelbagai idea daripada tulisan penulis politik bukan Islam atau Barat.
Menurutnya, sedangkan tulisan-tulisan tersebut hanyalah berpaksikan pemikiran semata-mata tanpa merujuk kepada wahyu sehingga menyebabkan dasar-dasar negara tersasar daripada keadilan yang sebenar.
Katanya, ahli politik Islam perlu menjelaskan bahawa dalam persoalan mengundi wakil rakyat dalam pilihanraya mestilah merujuk kepada kriteria pemimpin seperti yang digariskan oleh al-Quran dan hadis.
"Segala dasar negara perlu dibahas menurut kerangka dasar-dasar agama. Segala aktiviti politik perlu dihalakan ke arah matlamat mendapatkan syurga di hari akhirat dan terselamat daripada neraka," katanya yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mohd Khairuddin At-Takiri ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pihak-pihak tertentu yang mengatakan agama dan politik tidak boleh disatukan malah mesti terpisah.
Terbaru, termasuklah tulisan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang kini bertugas sebagai zamil di Universiti Oxford seperti yang disiarkan media tempatan baru-baru ini.
Dalam tulisannya, Asri antara lain berkata, "Seperti yang saya pernah catatkan bahawa saya tidak menyokong pemisahan agama dari politik, tetapi saya menyokong memisahkan agama dari penyalahgunaan golongan politik.
"Lebih elok politik yang berpisah dari agama dibandingkan politik yang mempergunakan agama. Saya insya Allah akan bahaskan tentang secular state dalam tulisan yang akan datang."
Menurut Khairuddin, memisahkan pemerintahan daripada al-Quran diriwayatkan telah diperingatkan oleh Rasulullah saw akan berlaku dalam sebuah hadis yang lemah riwayat Tabrani dan Muslim dalam Kitab al-Malahim bermaksud: "Sesungguhnya Kitab Allah dan kuasa pemerintahan akan berpisah maka janganlah kamu berpisah dengan Kitab Allah".
Katanya, mengulas hadis itu, salah seorang ulama dan pensyarah universiti terkenal Jordan, Dr Solah al-Khalidi dalam tulisannya bertajuk "Berputar Bersama al-Quran" mengatakan, "Mengkagumkan sekali bahawa Rasulullah saw menjelaskan tentang perpisahan antara al-Quran dan pemerintahan.
"Ia berlaku paling ketaranya pada hari ini di alam Islam yang sangat luas di mana para pemerintah melalui jalan yang bertentangan dengan jalan al-Quran, rakus untuk mendapatkan keredhaan musuh dan mengenepikan syariat al-Quran.
"Mereka berpisah dengan al-Quran kerana mereka menurut hawa nafsu mereka sedangkan al-Quran tidak mungkin memperakui kehendak nafsu mereka.
"Oleh itu, mereka memisahkan diri daripada al-Quran. Hari ini telah berlaku dua jalan yang bertentangan; jalan al-Quran dan jalan pemerintah."
21 Februari 2012
KUALA PILAH – Pas tidak pernah menjadikan Islam sebagai senjata politik untuk meraih kuasa.
Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berharap Najib tampil untuk membuat penjelasan kepada seluruh rakyat yang telah ditipu oleh Kerajaan Barisan Nasional mengenai pendirian Malaysia dengan negara tersebut.
"Kita kesal kerana selama ini telah dibohongi oleh kerajaan yang selama ini mengatakan menentang kekejaman Israel tetapi pada masa yang sama telah menjalinkan urusan perdagangan.
"Kita mahu Najib tampil beri penjelasan kenapa kerajaan jangan mengambil sikap berdiam diri kerana segala bukti mengenai urusan perdagangan dan kapal Zim itu telah kita perolehi," katanya pada himpunan aman membantah kemasukan kapal hak milik Israel Zim Integrated di West Port, Pelabuhan Klang, petang ini
Tambahnya lagi, kenyataan yang dibuat oleh pihak pengurusan West Ports mengatakan kapal tersebut hanya singgah sebelum ke destinasi seterusnya adalah satu pembohongan.
"Rakyat hari ini tidak boleh ditipu lagi, adalah suatu yang mustahil apabila mengatakan kapal tersebut hanya singgah tanpa ada urusan perdagangan sedangkan kita lihat sudah banyak lori membawa kontena menulis perkataan Zim keluar masuk pelabuhan.
"Apa yang nak dibohongkan, bukti kita jelas jangan cuba menyembunyikan sesuatu yang telah kita ketahui, Najib dan Kerajaan Malaysia perlu bertanggungjawab atas penghinaan yang telah dilakukan ini," sambungnya lagi.
Sementara itu, Setiausaha MTD PAS Kawasan Pandan, Mohd Hafis Razak yang mewakili Dewan Pemuda PAS turut menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat membantah sekeras-kerasnya hubungan dagang yang dilakukan oleh kerajaan.
"Kita hari ini kecewa dan membantah hubungan dagang yang dilakukan oleh kerajaan, malah jelas selama ini kerajaan hanya berbohong menentang kezaliman yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.
"Ini bukti jelas bahawa wujud hubungan sulit dan bersekongkolnya kerajaan dengan negara rejim itu, kita mahu hubungan ini dihentikan segera jika tidak rakyat akan bangkit membuat bantahan yang lebih besar lagi," katanya.
Sebelum itu, demostrasi bantahan kemasukan kapal Israel itu dihadiri lebih 150 orang yang terdiri dari anggota parti dalam Pakatan Rakyat, badan bukan kerajaan (NGO) termasuk juga wakil Soladiriti Mahasiswa Malaysia (SMM).
Dalam ucapan ringkan, Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI), Khalid Mohd Ismath turut meminta kerajaan hentikan segera hubungan dagangan mahupun diplomatik secara tidak langsung.
Malah, beliau turut memberitahu kegagalan kerajaan bertindak mahasiswa akan tampil sekali lagi untuk membuat demostrasi besar-besaran di West Ports ini.
Sebelum itu, dalam satu kenyataan media Ketua korporat West Ports Malaysia, Mejar (B) Manisegaran memberitahu West Ports tidak pernah memberi lampu hijau kepada kapal didaftar di Israel untuk berlabuh.
Beliau turut menyatakan memang ada kapal Zim masuk tetapi hanya untuk singgah, mereka tidak dibenarkan menetap dan anak kapal pula dilarang menjejak kaki ke darat, jauh sekali melakukan urusan perniagaan dengan kapal itu.
Politikus Islam mesti berpolitik guna agama
Aziz Muda, | 22 Feb 2012 |
Al-Quran dan hadis penuh dengan pelbagai prinsip politik dan pemerintahan yang sekiranya diikuti akan menjamin keadilan dan kebajikan bagi seluruh rakyat muslim dan bukan muslim.
Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali berkata, akibat kefahaman menyeleweng bahawa agama tidak boleh digunakan dalam berpolitik, menyebabkan politikus di kalangan orang Islam sendiri akhirnya mencedok pelbagai idea daripada tulisan penulis politik bukan Islam atau Barat.
Menurutnya, sedangkan tulisan-tulisan tersebut hanyalah berpaksikan pemikiran semata-mata tanpa merujuk kepada wahyu sehingga menyebabkan dasar-dasar negara tersasar daripada keadilan yang sebenar.
Katanya, ahli politik Islam perlu menjelaskan bahawa dalam persoalan mengundi wakil rakyat dalam pilihanraya mestilah merujuk kepada kriteria pemimpin seperti yang digariskan oleh al-Quran dan hadis.
"Segala dasar negara perlu dibahas menurut kerangka dasar-dasar agama. Segala aktiviti politik perlu dihalakan ke arah matlamat mendapatkan syurga di hari akhirat dan terselamat daripada neraka," katanya yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mohd Khairuddin At-Takiri ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pihak-pihak tertentu yang mengatakan agama dan politik tidak boleh disatukan malah mesti terpisah.
Terbaru, termasuklah tulisan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang kini bertugas sebagai zamil di Universiti Oxford seperti yang disiarkan media tempatan baru-baru ini.
Dalam tulisannya, Asri antara lain berkata, "Seperti yang saya pernah catatkan bahawa saya tidak menyokong pemisahan agama dari politik, tetapi saya menyokong memisahkan agama dari penyalahgunaan golongan politik.
"Lebih elok politik yang berpisah dari agama dibandingkan politik yang mempergunakan agama. Saya insya Allah akan bahaskan tentang secular state dalam tulisan yang akan datang."
Menurut Khairuddin, memisahkan pemerintahan daripada al-Quran diriwayatkan telah diperingatkan oleh Rasulullah saw akan berlaku dalam sebuah hadis yang lemah riwayat Tabrani dan Muslim dalam Kitab al-Malahim bermaksud: "Sesungguhnya Kitab Allah dan kuasa pemerintahan akan berpisah maka janganlah kamu berpisah dengan Kitab Allah".
Katanya, mengulas hadis itu, salah seorang ulama dan pensyarah universiti terkenal Jordan, Dr Solah al-Khalidi dalam tulisannya bertajuk "Berputar Bersama al-Quran" mengatakan, "Mengkagumkan sekali bahawa Rasulullah saw menjelaskan tentang perpisahan antara al-Quran dan pemerintahan.
"Ia berlaku paling ketaranya pada hari ini di alam Islam yang sangat luas di mana para pemerintah melalui jalan yang bertentangan dengan jalan al-Quran, rakus untuk mendapatkan keredhaan musuh dan mengenepikan syariat al-Quran.
"Mereka berpisah dengan al-Quran kerana mereka menurut hawa nafsu mereka sedangkan al-Quran tidak mungkin memperakui kehendak nafsu mereka.
"Oleh itu, mereka memisahkan diri daripada al-Quran. Hari ini telah berlaku dua jalan yang bertentangan; jalan al-Quran dan jalan pemerintah."
Abdul Hadi: Pas tidak jadikan Islam senjata politik
21 Februari 2012
Sebaliknya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, politik
adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang telah menjadi tanggungjawab
bagi umatnya untuk berjuang menegakkan hukum Islam dalam kehidupan
mereka sehari-hari, termasuk urusan politik.
Sehubungan itu, menurutnya, tanggapan pihak tertentu bahawa parti itu
menggunakan agama sebagai senjata politik, sama sekali tidak benar.
“Politik adalah sebahagian daripada ajaran Islam, bukan sebaliknya.
Kita tidak boleh mempolitikkan Islam, tetapi perlu mengislamkan politik.
Siapa kata politik terpisah daripada Islam?,” katanya ketika diminta
mengulas kenyataan bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri
Zainul Abidin yang menggesa pemimpin politik supaya berhenti daripada
menggunakan agama sebagai senjata politik.
Abdul Hadi berkata, Islam sentiasa mengajar umatnya supaya ikhlas dalam melakukan sesuatu.
“Bukan sahaja ikhlas dalam bersolat, tetapi dalam politik juga kita
perlu ikhlas. Ada orang berjuang dalam politik hendak dapatkan nama,
pangkat, projek atau harta, ini adalah tidak betul dan sudah tentu tidak
dapat pahala,” katanya ketika menghadiri Majlis Pelancaran Dokumen
Negara Berkebajikan dan Mesyuarat Agung Cawangan-cawangan Pas kawasan
Kuala Pilah, di sini, kelmarin.
Hadir sama, Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Taufek Abdul Ghani; Ahli
Jawatankuasa Pas Pusat, Zulkefly Mohamad Omar; Timbalan Pesuruhjaya II
Pas Negeri, Abdul Rahman Ramli dan Yang Dipertua Pas Kuala Pilah,
Zaharuddin Othman.
18 Februari 2012
KUALA LUMPUR - Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul
Abidin menggesa pemimpin-pemimpin politik supaya berhenti daripada
menggunakan agama sebagai “senjata politik” kerana ia dilihat
merendahkan martabat Islam dan boleh mengelirukan orang ramai.
Beliau yang juga felo Pusat Pengajian Islam Oxford berkata, langkah itu perlu diberi perhatian memandangkan sesetengah pemimpin politik dilihat semakin mengeksploitasikan agama sebagai satu landasan untuk meraih simpati semata-mata demi kepentingan peribadi masing-masing.
“Memisahkan agama daripada politik mungkin dianggap negatif, tetapi kalau agama sering digunakan untuk tujuan politik yang menjurus kepada penyalahgunaan itu, ia lebih buruk.
“Bahaya menggunakan agama Islam sebagai senjata untuk politik, untuk menegakkan yang salah dan untuk kepentingan kuasa semata-mata," kata beliau ketika berucap pada majlis Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 di sini, hari ini.
Dilihat merujuk kepada perkembangan arena politik tempatan sejak kebelakangan khususnya selepas Pilihan Raya Umum 2008, beliau yang lazimnya mengulas dan menganalisis perkembangan politik semasa berkata, tindakan menjadikan agama sebagai mainan politik juga menyebabkan fatwa yang diputuskan tidak konsisten dan tidak ada keseragaman.
“Fatwa yang ada kejap boleh kejap tidak boleh, kemudian ada saja fatwa baru yang keluarkan, baik dari Barisan Nasional dan juga Pas... fatwa politik sangat bahaya, agama perlu dibebaskan dari mainan politik," kata pensyarah Universiti Sains Malaysia ini.
Dalam ucapannya, Asri turut menyentuh sikap pemimpin-pemimpin politik yang menggunakan tulisan maya di laman sesawang sendiri untuk menyebarkan fitnah bagi menzalimi mereka yang tidak berdosa.
Sehubungan itu tegas beliau, pemimpin-pemimpin politik sepatutnya bersaing dana arena politik dengan cara yang sihat kerana ia melibatkan soal maruah seseorang.
“Apa yang ditulis dan disebarkan bukannya mahu bersaing idea yang baik, tetapi bersaing 'melondehkan' pihak lain. (Jadi) bagaimana nak berkembang perkara yang baik?
“Kita boleh nak kritik, tetapi biar berlapik, ada nilai, akhlak dan adil… bukan fitnah dan memburukkan orang lain," katanya tanpa merujuk mana-mana kes secara khusus.
Asri juga mengulas langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves pada 7 Februari lalu sambil menyifatkannya sebagai tidak salah kerana itu adalah tuntutan tugas selaku seorang pemimpin kerajaan dan negara.
“Masuk ke kuil atas rasa tugas seperti polis tidak apa, macam itulah juga pemimpin politik, beliau tidak menyambut perayaan itu tetapi hadir sebagai seorang Muslim dan pemerintah.
“Beliau hadir untuk berhujah bukannya nak menyokong… beliau pemimpin rakyat, takkan nak buat tak peduli kepada rakyatnya yang berbilang kaum," katanya.
Asri juga meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menetapkan garis panduan berkenaan kesesuaian umat Islam melibatkan diri dalam majlis agama lain supaya tidak berlaku kekeliruan.
Henti guna Islam senjata politik, kata Dr Asri

Tiada ulasan:
Catat Ulasan