Khamis, 2 Februari 2012

CAKAP2 NI MEMUJUK HATI AJE...BAGI DIRI SENDIRI AGAR HILANG GUSAR DIHATI...ALLAH SAJE APA YANG DIFIKIRKAN..JANGAN TAK NAK DISERANG..KITA BOLEH PULA SERANG...JANGAN GITU SIFAT DOUBLE STANDARD

Cina pura-pura sokong Pas
NORJIMI AZMI LATIF
1 Februari 2012
yen yen
KLANG – MCA menganggap sokongan Cina terhadap Pas hanya sementara kerana mengetahui mereka tidak mampu memajukan ekonomi bangsa itu dan pada masa yang sama melaksanakan dasar mendiskriminasikan golongan wanita .
Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata, orang Cina telah tersedar dari mimpi indah dan janji-janji yang ditaburkan parti Islam itu sebenarnya tidak memberi manfaat kepada bangsanya.
“Pas banyak tabur janji kepada orang Cina daripada bekerja kuat membuktikan mereka berjaya melaksanakan apa yang dijanjikan dan ini dapat dilihat pemerintahannya di Kedah dan Kelantan. Mereka tidak boleh menipu kami setiap masa dengan kenyataan untuk menyedapkan mulut.
“Mereka perlu sedar, orang Cina mahu pembangunan dalam ekonomi sedangkan Pas tidak mempunyai kemahiran itu. Atas sebab itu Barisan Nasional (BN) menjadi pilihan, bukan Pas ataupun Pakatan,” katanya selepas membuat lawatan ke Galeri DiRaja Sultan Abdul Aziz, semalam.
Hadir sama, Tengku Indera Pahlawan DiRaja, Datuk Tengku Putra al-Haj Tengku Bendahara Azman Shah al-Haj dan Pengerusi Penyelaras BN Parlimen Klang, Datuk Teh Kim Poo.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Raub berkata, Pas perlu sedar, orang Cina tidak sepenuh hati menyokong mereka dan kerjasama parti itu dengan DAP juga dilihat satu lakonan untuk mendapatkan kuasa serta menang pilihan raya sahaja.
Lebih tepat, menurutnya, orang Cina hanya berpura-pura menyokong Pas kerana parti itu tidak boleh dipercayai dan ini dapat dilihat apabila gagal berbuat demikian pada orang Melayu.
“Di Kedah, orang Cina masih sakit hati apabila dilarang mengusahakan ladang khinzir dan Pas seolah-olah memilih makanan mana yang boleh makan, mana yang tidak boleh kepada kami. Isu ini belum selesai dan ia menunjukkan Pas gagal di negeri berkenaan.
“Bukan itu sahaja, kami melihat Pas tidak banyak membantu kehidupan seharian dan dasarnya yang mahu melaksanakan hudud dan pada masa yang sama, DAP menentang, menunjukkan kedua-dua parti itu tidak ada persefahaman,” katanya.
Yen Yen berkata, cukuplah dengan pura-pura itu.
Mengulas mengenai kenyataannya yang Pas gagal memartabatkan kedudukan golongan wanita, beliau berkata, parti itu sejak sekian lama mahu wanita tinggal di rumah dan tidak pernah mengiktiraf dalam arus pembangunan negara.
“Pernah lihat Pas memberi bantuan kewangan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina? Itu sudah cukup mempersoalkan sumbangannya kepada orang Cina,” katanya.
Mengulas mengenai janji parti Islam itu mahu melunaskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Yen Yen berkata, ia jelas menunjukkan Pas bukan sahaja tidak bertanggungjawab dan mengambil jalan mudah mendapat undi, malah bukti mereka tidak mampu menguruskan kewangan dengan baik sekiranya berjaya mengambil alih Putrajaya.
“Pas mahu kerajaan yang mereka tubuhkan nanti, setiap hari kerjanya mencetak wang untuk menampung perbelanjaan pelajar berkenaan,” katanya.
PERKASA janji tak ulangi kesilapan 'ang pow putih'
Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, hari ini mengakui ia membuat kesilapan dalam pemberian 'ang pow putih' dan berjanji bahawa kejadian seumpama itu tidak akan berulang.

NONESetiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali, berkata episod itu telah satu pengajaran kepada PERKASA dan semua pihak untuk lebih berhati-hati supaya sesuatu tindakan tidak menyentuh sensetiviti budaya kaum tertentu.

“PERKASA mengambil iktibar komen perdana menteri dalam isu ang pow sampul putih pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina.

“Memang benar ia satu pengajaran kepada PERKASA dan semua pihak untuk lebih berhati-hati,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut Syed Hassan, PERKASA juga menghormati dan bersetuju dengan ulasan Ketua Pemuda MCA Datuk Wong Ka Siong supaya setiap kaum peka dan sensitif akan budaya kaum yang lain.

“Bagaimana pun PERKASA juga berharap kenyataan Ketua Pemuda MCA itu bukan sahaja ditujukan pada PERKASA dan NGO Melayu (sahaja), tetapi juga kepada NGO atau pihak-pihak lain kaumnya sendiri juga.

perkasa open house 290112 ibrahim ali 3“Bukan sedikit juga kaumnya telah mengusik sensitiviti orang Melayu terutama (berhubung) isu-isu Islam, namun sekali pun susah mendengar permohonan maaf dari mereka,” katanya.

Menurut Syed Hassan lagi, PERKASA melihat komen Wee itu sebagai sesuatu yang sihat untuk  tidak mengeruhkan lagi isu berkenaan.

“PERKASA harap ia selesai. PERKASA mengakui kesilapan yang tidak disengajakan dalam isu ang pow sampul putih itu dan akan pastikan ia tidak berulang lagi.”

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan ang pow putih yang melambangkan ‘kematian’ mengikut budaya Cina mempunyai apa-apa kaitan dengan kerajaan.

“Saya berpendapat bahawa jika kita benar-benar faham budaya dan pantang larang kaum Cina, kontroversi seperti ini boleh dielakkan.

najib moderate appeal 250112 front"Kita semua tahu perkataan angpau ertinya envelop merah, yang warnanya mestilah merah dan bukan warna lain. Insiden ini boleh dijadikan satu pengajaran sosial,” tulis Najib dalam Facebook berbahasa Cina beliau, “Ah Jib Gor”.

PERKASA diselar pelbagai pihak termasuk daripada parti komponen BN apabila presidennya Datuk Ibrahim Ali mengagihkan ang pow putih pada majlis ruma terbuka Tahun Baru Cina anjurannya pada 29 Januari.
MB Terengganu nafi nilai peralatan SSMZA dicuri RM50j

1 Februari 2012
Ahmad Said sambut baik keputusan FAM
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu hari ini menafikan nilai peralatan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang
dicuri sebanyak RM50 juta sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar tempatan semalam.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata ini kerana taksiran sebenar nilai barang-barang yang hilang sedang dibuat oleh pihak JKR.

"Kerugian saya rasa lebih rendah daripada yang dilaporkan. Macam mana mereka dapat RM50 juta, siapa yang berikan angka itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Semalam akhbar itu melaporkan peralatan pendawaian elektrik, sistem elektronik dan pelbagai lagi termasuk dua set janakuasa di SSMZA yang semuanya bernilai RM50 juta lesap dilarikan pencuri sejak stadium itu ditutup dua tahun lalu selepas sebahagian bumbungnya runtuh.
Ahmad berkata sebenarnya perkara itu sekarang ini dalam tindakan dan siasatan pihak polis.

Beliau berkata sepatutnya kejadian itu tidak berlaku kerana pengawal-pengawal keselamatan telah ditempatkan di SSMZA.

"Tidak tahulah...takut harapkan pagar, pagar makan padi," katanya.

Ahmad berkata kemungkinan juga pengawal tidak menjalankan tugasnya dengan sempurna menyebabkan pencuri dapat masuk dan mengambil peralatan yang ada di stadium itu.
Beliau berkata kerajaan negeri sekarang dalam proses menukar syarikat pengawal keselamatan di stadium itu.
Katanya kerja-kerja untuk membaik pulih stadium itu bergantung kepada tender yang dikeluarkan pihak JKR. - Bernama
Wisma Putra: Tak wajar kata Najib gagal tunai janji

1 Februari 2012
KUALA LUMPUR - Wisma Putra menjelaskan adalah salah untuk mengatakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah gagal melaksanakan janjinya dalam melakukan prubahan politik dan ekonomi.
Setiausaha Bahagian Penerangan dan Diplomasi Awam Kementerian Luar Ahmad Rozian Abdul Ghani dalam suratnya bertajuk 'Malaysia’s Reforms are Real' yang disiarkan dalam Wall Street Journal hari ini, berkata dalam tempoh kurang tiga tahun menjadi Perdana Menteri,
Najib telah melakukan pelbagai perubahan.
Antaranya, memudahkan syarikat asing untuk melabur di Malaysia, memansuhkan undang-undang yang menindas, menyediakan pendidikan percuma untuk semua, mengurangkan pengangguran dan meningkatkan pendapatan purata.
"Untuk rasuah, Perdana Menteri mengambil tindakan untuk menangani pelbagai isu seperti meluluskan Akta Pemberi Maklumat, mewujudkan mahkamah rasuah khas dan melancarkan ikrar integriti korporat untuk perniagaan," tulisnya dalam surat beliau yang disiar dalam kolum surat untuk editor WSJ.
Ahmad Rozian merujuk kepada kritikan bekas Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia John Malott terhadap pentadbiran Perdana Menteri dan Barisan Nasional (BN) dalam artikel bertajuk 'Testing Malaysia’s Promises' yang disiarkan WSJ pada 12 Januari.
Beliau menjelaskan bahawa perdana menteri dan kerajaan bekerja keras untuk memberi kemakmuran, keselamatan dan demokrasi kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau politik.
"Telah tiba masanya bagi Mr (John) Malott, yang pandangannya sering dilihat dipengaruhi oleh hubungan peribadinya yang rapat dengan keluarga (Datuk Seri)Anwar (Ibrahim), untuk mengakui perkara itu dan memberi kredit yang sepatutnya," katanya. - Bernama
Angpau putih Perkasa 'satu pengajaran'
Wartawan Sinar Harian
31 Januari 2012
Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR - Pemberian angpau berwarna putih pada satu perhimpunan Tahun Baru Cina anjuran Perkasa pada Ahad lepas, yang dianggap menghina kaum Cina kerana ia biasanya diberikan semasa kematian, tidak ada kaitan dengan kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata pemimpin Perkasa, sebuah badan bukan kerajaan, adalah Datuk Ibrahim Ali yang merupakan Anggota Parlimen bebas, dan oleh itu, pemberian paket berwarna putih pada majlis itu tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang dipersetujui oleh kerajaan.
Menulis dalam Facebook berbahasa Cina beliau, "Ah Jib Gor", Najib berkata: "Saya berpendapat bahawa jika kita benar-benar faham budaya dan pantang larang kaum Cina, kontroversi seperti ini boleh dielakkan.
"Kita semua tahu perkataan angpau ertinya sampul merah, yang warnanya mestilah merah dan bukan warna lain. Insiden ini boleh dijadikan satu pengajaran sosial."
Semalam Naib Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong meminta Perkasa memohon maaf kepada masyarakat Cina berhubung kejadian itu manakala Setiausaha Agung Pemuda MCA Chai Kim Sen menyifatkan tindakan Perkasa itu sebagai tidak
menghormati adat budaya kaum Cina.
Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar telah menjelaskan bahawa angpau berwarna merah memang digunakan pada majlis itu tetapi disebabkan ia telah kehabisan, envelop putih terpaksa digunakan. - Bernama
Aziz Bari: 'Tak payah serang saya'
Wartawan Sinar Harian
31 Januari 2012
Aziz Bari
SHAH ALAM - "Tak payahlah serang saya." Demikian respons Dr. Abdul Aziz Bari berhubung kenyataan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bahawa beliau tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu akhir Disember lalu.

Abdul Aziz bersara dari UIA pada 31 Disember lalu.

Pakar perlembagaan itu berkata, beliau tidak menjangkakan pengurusan UIA sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian, yang dibawa oleh akhbar tempatan hari ini.

"Ada penulis yang jahil menulis pasal isu gelaran profesor saya. Untuk pengetahuan umum, saya masih tanda kertas peperiksaan, masih menyelia tesis, saya tak tuntut apa-apa bayaran, tidak ada gaji pun.

"Saya lakukan ini atas rasa tanggungjawab saya kepada pelajar-pelajar saya," kata beliau pagi ini.

Menurut Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIA, Abdul Rahim Ahmad, sebarang aktiviti Abdul Aziz selepas ini juga tiada kaitan dengan universiti itu.

Namun katanya, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu.

''Pensyarah yang tamat perkhidmatan dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam, tidak boleh menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik.

''Dengan penjelasan ini, saya harap, semua pihak dapat mengetahui gambaran sebenar tentang Abdul Aziz dan berharap sebarang aktiviti beliau selepas ini tiada kaitan dengan UIA," katanya.

Ada penulis mempersoalkan bidang pengkhususan dan pihak yang memberi pengiktirafan kepada Abdul Aziz sebagai pakar undang-undang dan perlembagaan.

Dalam ulasannya, Abdul Aziz juga berkata, beliau diserang sedemikian ekoran laporan-laporan media dan cakap-cakap bahawa akan bertanding dalam pilihan raya umum.

Hasan: Khalid penghalang utama
RISWANDI RAZAK
1 Februari 2012
Khalid Abdul Samad
SHAH ALAM - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa, selain pemimpin DAP dan PKR, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad penghalang utama kerja beliau sewaktu menjadi Exco Agama Kerajaan Negeri, sebelum ini.
Menurutnya, beliau memahami bantahan dibuat oleh DAP dan PKR kerana pemimpin tersebut terdiri daripada orang bukan Islam.
Sebaliknya, Hasan menegaskan beliau tidak faham mengapa Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas menentang beliau, termasuk pernah mempersoalkan pengharaman penjualan arak di kawasan majoriti Melayu.
“Kalau DAP dan PKR itu saya faham kerana mereka bukan Islam, tetapi yang saya tidak faham Ahli Parlimen Shah Alam berdiri di barisan hadapan menentang apa yang saya lakukan.
“Tuan-tuan bayangkan, saya mahu bersihkan Shah Alam daripada judi, tidak boleh, saya nak lihat rumah urut dibersihkan pun tidak boleh,” katanya dalam ceramah Bicara Memurnikan Akidah Ummah di sini, kelmarin.
Turut hadir, bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri dan bekas Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Datuk Aidit Ghazali.
Beliau berkata, penduduk di Shah Alam perlu menolak pemimpin yang didakwa mengkhianati perjuangan Agama Islam dalam pilihan raya akan datang.
“Kalau dia bertanding dalam pilihan raya akan datang ini, jangan beri satu undi pun kepadanya,” katanya.
Menurutnya, pelbagai pelan dan strategi telah dirangka bagi menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah, sewaktu beliau menjadi Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.
Beliau berkata, pelan ini termasuk usaha memelihara akidah dengan mengadakan pemeriksaan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), 3 Ogos lalu.
Sementara itu, Hasan turut menegaskan dalam isu pemecatan beliau sebagai ahli Pas, sehingga kini pertuduhan-pertuduhan terhadapnya masih belum diketahui.
“Sehingga kini, saya masih lagi belum dipanggil membela diri atas pemecatan saya,” katanya.
Hasan berkata, beliau terima pemecatan beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri atas prinsip perjuangan memelihara akidah, syariah dan Agama Islam.
“Isteri dan anak-anak saya tidak menitiskan air mata pun, atas pemecatan ini, kami reda kerana kami tahu apa yang kami lakukan.
“Tetapi sekiranya saya dilucutkan kerana rasuah, menipu dan mengumpul kekayaan, pastinya saya tidak boleh tidur malam,” katanya.

"Di luar negara, orang menggunakan gelaran profesor berdasarkan tahap ilmu dan prinsip kebenaran yang dipegang, walaupun seseorang itu sudah lagi berkhidmat.

"Walaupun mereka tidak lagi berkhidmat, walaupun tidak menggunakan gelaran profesor emiretus, mereka masih dikenali sebagai profesor. Bagi saya hanya UIA, universiti yang pertama membuat kenyataan mengatakan gelaran profesor digugurkan," katanya lagi.
SU Agung: BN tidak terdesak panggil PRU

27 Januari 2012
 Adnan Tengku Mansor
SHAH ALAM - Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak terdesak untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam masa terdekat walaupun spekulasi terbaru menyebut ia akan diadakan menjelang Jun ini, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Sebaliknya kata beliau, tempoh bagi mengadakan PRU13 masih panjang. Mandat kerajaan semasa hanya akan berakhir akhir April 2013.
“Kerajaan Barisan Nasional prihatin dengan permasalahan rakyat dan kita berusaha untuk meringankan beban kehidupan masyarakat dengan memberikan pelbagai bantuan dan subsidi tanpa menghiraukan kepada manipulasi atau spekulasi berkaitan tarikh PRU,” kata Tengku Adanan yang juga Setiausaha Agung Umno, dipetik Umno Online hari ini. Beliau berkata demikian dalam penjelasan kepada delegasi dari Britain di pejabatnya, semalam.
“Kita menggunakan ruang sepenuhnya untuk pastikan apa yang dikehendaki rakyat dapat dipenuhi berdasarkan kepada perancangan yang telah digariskan dalam Bidang Keberhasilan Utama Nasional dan memastikan Pelan Transformasi Kerajaan, Pelan Transformasi Ekonomi dan Pelan Transformasi Politik mencapai matlamatnya,” katanya.
Dalam satu wawancara yang diterbitkan Wall Street Journal pertengahan bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau berharap PRU13 akan dapat diadakan "tidak lama lagi" tetapi menurutnya kerajaan masih perlu membuktikan bahawa pembaharuan ekonomi berjaya memberikan kesan sebenar sebelum beliau bersedia mengembalikan semula kuasa kepada rakyat.
Najib berkata "pilihan raya adalah satu tindakan yang perlu dilakukan berasaskan faktor keyakinan, dan ketika itulah anda melakukannya. Tetapi akhirnya ia adalah suatu keputusan yang mengikut gerak hati."
"Anda boleh memiliki semua tarikh tetapi anda mesti merasakan bahawa inilah masa yang sesuai.
"Saya berharap ia akan menjadi satu masa yang tepat tidak lama lagi, tetapi kami masih perlu mengotakan janji-janji kami dan ini amat penting kepada rakyat untuk merasakan bahawa pembaharuan yang dijanjikan sebenarnya memberi manfaat kepada mereka," kata beliau yang menerajui kerajaan BN sejak awal 2009.
PRU13 adalah yang pertama di bawah kepimpinannya sebagai Perdana Menteri.
Dalam pertemuan dengan delegasi Britain itu, Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya turut ditanya berkaitan keadaan politik semasa dan perancangan-perancangan bagi menghadapi permasalahan agar tidak berlaku krisis besar sebagaimana di beberapa negara di Eropah dan Timur Tengah.
“Kita adalah sebuah parti yang mempunyai struktur mantap iaitu berteraskan ahli-ahli di akar umbi yang bercambah memastikan kekukuhan sebuah kerajaan sebagaimana yang ada sejak merdeka lebih 50 tahun yang lalu hinggalah ke hari ini.
“Teras dan kunci keamanan yang kita kecapi selama ini adalah toleransi, persefahaman, perpaduan dan ia akan diteruskan dari semasa ke semasa kerana kita percaya kesatuan dalam kepelbagaian mampu menghasilkan masyarakat 1Malaysia yang unik,” kata beliau dalam laporan itu.
Zambry: Sokongan kaum Cina di Perak terhadap BN semakin positif

31 Januari 2012
IPOH - Sokongan kaum Cina di Perak terhadap Barisan Nasional (BN) semakin meningkat walaupun terdapat pihak yang cuba menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
"Saya dapat lihat (sokongan positif) malah Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sendiri dapat merasai tahap sokongan dari segi bahasa badan yang ditunjukkan oleh masyarakat Cina negeri Perak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Bertemu Pelanggan di sini, hari ini.
 
Sabtu lepas, Najib merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina di Sitiawan yang dihadiri lebih 50,000 orang dan keesokannya Perdana Menteri turut melapangkan masa menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA Perak, di sini.
 
Zambry berkata selain masyarakat Cina, sokongan kaum lain seperti Melayu dan India juga amat penting bagi memastikan BN menang pada pilihan raya umum akan datang.
 
"Sebenarnya apa yang terjadi adalah sebaliknya. Walaupun ada usaha pihak tertentu yang cuba menghakis sokongan orang Cina kepada BN tetapi apa yang berlaku sokongan orang Cina kepada BN sangat positif. Itu yang saya dapat saksikan," katanya.
 
Ditanya mengenai bakal calon BN Perak pada pilihan raya umum akan datang, Zambry yang juga Pengerusi BN negeri berkata perbincangan mengenai bakal calon diadakan dari masa ke masa.

"Kita dalam proses perbincangan. Perbincangan mengenai calon perkara besar, kita akan terus berbincang perkara itu," katanya.

Mengenai peratusan muka baru yang akan bertanding pada pilihan raya akan datang, beliau berkata ia tidak ditetapkan kerana perkara yang paling penting ialah pemilihan calon yang boleh menang.
 
Katanya BN Perak juga akan memastikan calon yang dipilih bukan semata-mata berdasarkan populariti dalam parti tetapi turut popular di kalangan rakyat. - BERNAMA
Umno Kelantan: Tawaran Hadi tanda 'Pas bergolak'

28 Januari 2012
KOTA BHARU - Hasrat Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mahu bertanding pada pilihan raya umum ke-13 akan datang menunjukkan sesuatu yang tidak kena dalam parti itu, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussein.
Beliau berkata, kenyataan terbuka presiden parti itu adalah sesuatu yang amat luar biasa sebagai petanda bahawa Pas kini berada dalam kancah pergolakan.
"Mungkin ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam parti itu menyebabkan Presiden sebuah parti sanggup menyatakan pendirian terbuka untuk tidak bertanding dalam pilihan raya," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas meyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman kerjasama pemasaran antara syarikat AFPM Lifestyle Sdn Bhd dengan Jalinan Prospek (M) Bhd di sini, hari ini. Syarikat AFM Lifestyle diwakili oleh Pengarah urusannya, Agil Faisal Ahmad Fadzil, manakala Jalinan Prospek diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Haliza Mahidi.
Awang Adek berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang memetik Abdul Hadi antaranya berkata keputusan beliau itu dibuat memandangkan khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama sebagai wakil rakyat, iaitu lebih 30 tahun lepas.
Beliau berkata dengan kenyataan Abdul Hadi itu, Pas tidak boleh bersembunyi dengan pergolakan yang berlaku memberi kesan kepada pemimpin tertinggi parti itu.
"Sebagai parti yang besar, kenyataan itu amat luar biasa, ini mungkin kesan konflik yang berlaku dalam Pas, termasuk isu pemecatan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali," katanya.
"Situasi ini juga mungkin memberi tamparan hebat kepada Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang sepatutnya membuat keputusan seperti itu memandangkan beliau telah uzur dan sudah lama sebagai Menteri Besar Kelantan," katanya. - Bernama
MIC: Pakatan Rakyat tak akan tahan lama

28 Januari 2012
Dr S. Subramaniam
KUALA LUMPUR - Pakatan pembangkang Pas, PKR dan DAP tidak akan kekal lama kerana menghadapi banyak masalah dalaman, ketara berbeza
pandangan, lemah mentadbir kerajaan negeri dan gagal menyelesai masalah masyarakat setempat, kata Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata ketiga-tiga parti itu terpaksa berkongsi kuasa politik sekarang semata-mata untuk menumbangkan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Rakyat sedar permainan politik mereka. Bagaimana pembangkang hendak memerintah negara jika berdepan pelbagai masalah dalaman dan perbezaan di segi menentukan dasar negara kelak," katanya selepas merasmikan persidangan anjuran sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Panel Pemikir Rasional Masyarakat India Malaysia, di sini hari ini.

Dr Subramaniam berkata parti-parti komponen BN sebaliknya telah berkerjasama sejak zaman kemerdekaan sehingga sekarang dan mentadbir negara dengan baik berdasarkan prestasi ekonomi dan kestabilan politik berbanding pembangkang.

Ditanya mengenai penerimaan terhadap MIC dan BN, beliau berkata masyarakat India sedar parti itu lebih banyak membela nasib dan masalah mereka berbanding pembangkang yang hanya menabur janji ketika pilihanraya tetapi tidak mengotakan janji apabila menang.

Terdahulu dalam ucapan pada persidangan tersebut Dr Subramaniam yang juga Menteri Sumber Manusia meminta peserta termasuk yang datang dari India memikirkan penyelesaian terhadap masalah dihadapi masyarakat India sekarang.

Beliau berkata masalah yang dihadapi termasuklah ibu tunggal yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya seperti hak nafkah, hak penjagaan anak dan penglibatan anggota masyarakat itu dalam kegiatan jenayah. - Bernama

Tiada ulasan: