Selasa, 14 Februari 2012

MENGETAHUI LARANGAN2..AGAMA LAIN AMAT PENTING BAGI AHLI2@PIMIMPIN POLITIK...SESUAI PELBAGAI AGAMA DAN KAUM...SEBAB KEFAHAMAN DAN CARA BERFIKIR BERLAINAN..HORMAT MENGHORMATI SANGAT PENTING...JANGAN SAMPAI KITA TAK PANDAI HIDUP BERMASYARAKAT

Lagenda bola sepak negara, Abdullah Ali sertai PAS

Rizal Tahir, 14 Feb 2012


KOTA BHARU, 14 Feb: Lagenda bola sepak negara, Abdullah Ali, 57, hari ini menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada majlis ringkas di sini sebentar tadi.

Anak kelahiran Bukit Payong, Kuala Terengganu itu hari ini mengisytiharkan secara rasmi untuk menyertai PAS memandangkan parti itu satu-satunya yang memperjuangkan Islam.

Hadir pada majlis itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan di JKR 10. Pemimpin PAS Terengganu yang turut hadir meraikan penyertaan Abdullah itu ialah timbalan-timbalan pesuruhjaya, Muhyiddin Abdul Rashid dan Dr Alias Razak, bendahari dan ketua penerangan, M Shukrimun Shamsudin dan Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Selain Abdullah, turut menyerahkan borang keahlian lagenda bola sepak Kelantan yang juga pemain Olimpik 1972, Salleh Ibrahim dan Kamarudin Abdullah yang juga pemain kebangsaan.

Abdullah yang juga bekas Pewngurus Petronas (Dagangan), berkata dengan rasuah, ketidakdilan yang berlaku dan kerajaan yang dipimpin Umno dan BN tidak ada sebab untuknya menyertai parti itu.

“Saya yakin dengan perjuangan PAS yang memperjuangkan Islam, dengan dasar perjuangannya, dengan model yang ditonjolkan oleh pemimpinnya membuatkan saya yakin inilah parti yang wajar diberi sokongan,” ujarnya.

Abdullah juga turut berhasrat untuk turun berkempen pada pilihanraya umum nanti di seluruh negara sekiranya beliau diperlukan oleh parti.

“Insyaallah saya bersedia turun membantu untuk berkempen,” ujarnya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur dengan penyertaan lagenda bola sepak negara itu untuk menyertai PAS.

Tuan Guru berharap, semoga dengan penyertaan Abdullah Ali akan lebih ramai lagi yang akan menyertai PAS memandangkan tidak ada sebab rakyat di negara ini menolak perjuangan yang berlandaskan Islam itu.

“Saya benar-benar berbangga dan bersyukur,” ujarnya sambil tersenyum.

Abdullah menyertai ahli PAS seumur hidup dan borang keahliannya diserahkan terus kepada Takiyuddin untuk diurus segera di peringkat PAS Pusat.

“Insya Allah bulan hadapan permohonan ini akan selesai,” ujarnya ketika ditemui pada majlis itu.

Kenyataan Karpal Singh dikecam oleh rakyat Malaysia

David Saminathan,
Sambutan hari kekasih turut di sambut di Malaysia. Pemuda PAS melarang orang Islam menyambut hari tersebut mengikut akidah Islam akan tetapi Pengerusi DAP pulak memberi komen terhadapnya.

Sebenarnya Karpal Singh harus memahami dan menghormati agama lain. Bukan sahaja orang Islam  tidak berpuashati dengan kenyataan akhbar baru-baru ini akan tetapi orang bukan Islampun tidak bersetuju dengan pandangan beliau.

PAS hanya melarang orang Islam tetapi tidak melarang bukan Islam. Maka Karpal Singh harus memohon maaf kepada keatas kenyataan beliau secara terbuka.
Sensitiviti agama lain harus diberi keutamaan sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan. Perbuatan beliau dianggap keterlaluan.



Pengerusi e-Community Service

Nik Aziz berjaya wujudkan keharmonian pelbagai kaum

Rizal Tahir, 14 Feb 2012
KOTA BHARU, 14 Feb: Rakyat Kelantan pelbagai anutan agama di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diakui berjaya mewujudkan keharmonian pelbagai kaum walaupun pemimpinnya beragama Islam.


Perkara itu diakui oleh Jawatankuasa Mempromosi Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMKPA) yang diketuai Datuk Azman Amin.

Perkara itu didedahkan pada pertemuan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, di JKR 10, di sini tengah hari tadi sempena lawatan selama empat hari.

Jawatankuasa itu dianggotai oleh pelbagai anutan agama seperti Islam, Kristian, Budha, Sikh dan lain-lain anutan agama yang diketuai oleh ketua agama masing-masing.

Selain itu, jawatankuasa ini juga turut mengagumi Masjid Jubli Perak Rantau Panjang atau lebih dikenali Masjid Beijing memandangkan reka bentuknya berupa rumah ibadat Buddha.

Azman dalam ucapan aluannya berkata, anggota jawatankuasa berkenaan begitu berpuas hati dengan lawatan itu.

“Hasil pertemuan kami dengan penganut agama lain di negeri ini mereka mengakui begitu aman di bawah pentadbiran kerajaan negeri hari ini.

“Mereka juga mendakwa tiada sebarang masaalah yang dihadapi oleh kaum mereka di sini, perkembangan ini jelas membuktikan suatu kehebatan yang ada di negeri Serambi Mekah ini,” ujarnya.

Kelantan dipilih negeri kedua dilawati selepas negeri Sabah.

Sementara itu, Daozhang Tan Hoe Chieow, melahirkan kekaguman di atas pembinaan Masjid Beijing.

“Kalau tak masuk dalam masjid ni, tentu saya anggap ianya rumah ibada kaum Buddha, sungguh mengagumkan,” ujarnya ketika berucap pada majlis lawatan di masjid tersebut.

Pemuda AKP Turki kunjungi Pemuda PAS

Hazayani Zakaria, 14 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 14 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini menerima kunjungan rasmi daripada beberapa wakil pemuda Parti AK, Turki.

Menurut Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil, dalam pertemuan tersebut, fokus perbincangan menjurus kepada gerakan pemuda di Malaysia dan juga Turki.

"Kami banyak bertukar-tukar pandangan dan Pemuda PAS ingin tahu bagaimana AKP mendekati anak muda di sana memandangkan meraka mempunyai kira-kira 1.2 juta pemuda, lebih ramai daripada ahli PAS di Malaysia," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

AKP diketuai oleh Pengerusi Legal Youth Organization, Ismail Karaosmanoglu dan beberapa ahli yang lain.

Manakala DPPM turut disertai Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad, ahli jawatankuasa Yusapisa yaakob dan Fawaz Aminudin.

Faizi juga berkata, dalam pertemuan tadi, DPPM turut menceritakan perkembangan PAS yang mendapat sokongan orang bukan Islam di Malaysia.

"Mereka agak terkejut mendengar laporan kita ini dan amat tertarik dengan penyertaan orang bukan ISlam ke dalam PAS," katanya.

Sehubungan itu ujar Faizi, AKP akan berusaha untuk menjemput DPPM berkunjung ke Turki dan melihat sendiri gerak kerja mereka di sana.

"Mereka akan menjemput pemuda ke Turki dan meneruskan perhubungan yang baik di antara kedua-dua pihak," katanya.

Tahun lalu, AKP berjaya memenangi pilihan raya Turki kali ketiga berturut-turut.

Dalam pilihanraya Turki 12 Jun, AKP memecahkan rekod pilihan raya Turki apabila menjadi satu-satunya parti politik yang menang pilihan raya tiga kali berturut-turut dengan meningkatkan peratusan undinya pada setiap kali pilihan raya.

Tiada ulasan: