Najib ajak rakyat pilih PAS
Harakahdaily, | 20 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 20 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia
(DPPM) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak yang menyarankan umat Islam di negara ini memilih parti politik
yang benar-benar dapat memartabat dan menjamin kesucian agama Islam di
negara ini.
Justeru, DPPM menganggap Datuk Seri Najib baru sedar atau insaf bahawa menjadi kewajipan serta tanggungjawab umat Islam untuk memilih pemimpin dan parti politik yang benar-benar memartabatkan agama Islam.
“Selama ini, pemimpin-pemimpin Umno lebih bercakap soal politik dengan mengenepikan kepentingan Islam dalam politik. Malah Islam dianggap terpisah dari pemerintahan dan pentadbiran negara
“Islam dianggap perkara sampingan yang hanya duduk di masjid dan upacara keagamaan dan tidak boleh dicampurkan dengan politik,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar) kepada Harakahdaily.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Najib yang menyebut demikian sewaktu berucap di majlis Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaaan di Kuala Lumpur, semalam.
Tambahnya, pemimpin PAS yang bercakap soal Islam dituduh mempergunakan agama demi kepentingan politik sedangkan itulah tuntutan agama Islam.
Oleh yang demikian, ujarnya DPPM menyarankan supaya umat Islam memilih PAS sebagai wadah perjuangan dan pilihan mereka.
Ini, katanya kerana PAS sejak dahulu sehingga kini memperjuangkan Islam sebagai teras perjuangannya.
“Dengan namanya Parti Islam Se-Malaysia, latar belakangnya Islam, Perlembagaannya serta dasarnya untuk menegakkan agama Islam di negara ini, malah kepemimpinannya diterajui Majlis Syura Ulamak,” jelasnya lagi.
Beliau menambah, sifat perjuangan PAS juga menyeluruh dengan menjadikan semua umat Islam sebagai saudara seperjuangannya tanpa mengira warna kulit mahupun bangsa atau kaum.
“Justeru, apakah alasan lain bagi menafikan PAS sebagai parti Islam yang wajar diterima dan dipilih oleh rakyat?” tanya beliau.
Selain itu, katanya kepemimpinan yang amanah dan bersih diterapkan sesuai dengan dasar Islamnya.
Menurutnya lagi, Negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS sejak 20 tahun dahulu memperlihatkan kebersihan pemimpinnnya dari rekod rasuah atau penyalahgunaan kuasa.
Katanya, Negeri Kedah menyusul kini dengan juga mencatat rekod bersih pemerintahannya.
Jelasnya, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am PAS juga memperlihatkan kehidupan seperti yang dituntut oleh Islam dengan hidup serba sederhana, sifat itu juga dicontohi oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Sebaliknya, kata beliau Umno bukanlah parti yang boleh memartabatkan dan menjamin kesucian agama Islam di negara ini kerana ia parti perkauman yang hanya khusus untuk bangsa Melayu semata-mata, dasar dan matlamat perjuangannya hanyalah untuk bangsa Melayu sahaja.
Lebih dari itu, ujarnya pemimpin-pemimpin mereka sering dipalitkan dengan kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, pemborosan, bermewah, ketirisan dan lain-lain lagi.
Pemimpin Islam, jelasnya tidak akan bersikap sedemikian kerana ianya jelas melanggar syariat Islam dan sunnah Rasulullah s.a.w.
Justeru, katanya kenyataan Najib secara jelas meminta umat Islam memilih PAS sebagai parti politik pilihan menjelang PRU13 nanti.
Justeru, umat Islam khususnya penyokong Umno tidak perlu lagi berfikir panjang kerana presidennya sendiri telah meminta PAS sebagai parti pilihan rakyat.
KUALA LUMPUR, 20 Feb:
Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional, Profesor Madya Dr
Ridhuan Tee Abdullah berkata, pemimpin negara yang gagal mendidik
anggota keluarga dengan ajaran Islam sebenar tidak boleh dijadikan role
model kepada generasi akan datang.
Sambil melahirkan rasa kecewa, beliau berkata terdapat pemimpin di negara ini yang tidak berjaya membentuk sahsiah suami dan isteri mereka.
“Sekiranya ahli keluarga sendiri tidak menutup aurat misalnya, bagaimana dia hendak memimpin negara dan menyuruh orang lain berbuat demikian. Begitu juga anak-anak mereka perlu terlebih dahulu dijaga kerana ini memberi imej kepada pemimpin berkenaan.
“Manakala bagi wanita bergelar isteri yang menerajui parti politik dan sesebuah pertubuhan, sekiranya mereka tidak boleh menegur suami sendiri, saya rasa ia juga memang pelik,” katanya yang dipetik Sinar Harian.
Beliau dilapor berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja berjudul 1Malaysia dan Penghayatan Islam sempena Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012, semalam.
Menurut Ridhuan Tee lagi, seseorang pemimpin perlu utamakan agenda bangsa dan negara, namun sekiranya si isteri dan anak-anak kepada pemimpin hidup bermewah, perkara ini menunjukkan ada tidak kena.
Beliau berkata, tidak kena jika rakyat disuruh berjimat sedangkan isteri sendiri atau suami tidak berbuat sedemikian.
Ditanya sama ada menegur peribadi pemimpin dikatakan satu kesalahan, katanya, dalam Islam, ia digalakkan dan apa dilakukan pemimpin itu menjadi perbualan.
Malah, kata Ridhuan Tee, menegur keluarga pemimpin tidak melanggar hak asasi manusia kerana sekiranya ia dibiarkan, lama-kelamaan pemimpin itu menjadi sasaran musuh politik dan beliau tidak mahu itu berlaku.

Kereta Anwar dihentak dan dilontar batu
Mohd Sayuti Omar, | 20 Feb 2012 |
Alhamdulilah
saya bersama Dr Wan Suhaimi Wan Daud dan Mohd Zaki Abdul Rahman
selamat sampai dari mengikuti program ceramah dan majlis muhibbah
tahun baru Cina bersama Anwar di Endau dan Semberong Johor.
Ingat tadi terus hendak letakkan kepala, tidur kerana eosk harus bagun pagi kerana ada dua appoitment, tetapi mata tidak mahu lelap pula.
Peristiwa yang berlaku kira-kira empat jam tadi di mana kereta yang dinaiki Anwar Ibrahim diserang oleh kira-kira 200 sekumpulan manusia liar. Kejadian itu berlaku di Semberong iaini kawasan Parlimen Hihsmuddin Hussein.
Kejadian itu berlaku sebaik kereta Anwar memasuki ke kawasan ceramah di pejabat PKR Semberong, kira-kira jam 11:30 malam ia diserbu oleh kumpulan manusia liar itu yang sudah sedia menanti sejak awal lagi.
Gara-gara serangan yang dirancang itu menyebabkan kereta Mercedez Band dinaiki Anwar remuk cermin hadapan dan kemek pintu belakang di sebelah kanan.
Selain itu beberapa buah kereta yang mengiring kereta Anwar juga turut menjadi mangsa. Seorang ahli PKR katanya Ketua Angkatan Muda (AMK) cedera kerana dibelasah kumpulan liar.
Saya dibekalkan dua keping gambar keadaan kereta berkenaan oleh salah seorang mangsa yang sempat merakam gambar kereta berkenaan.
Rasa bersalah kalau saya tidak postingkan dua keping gambar kereta berkenaan untuk menjelaskan betapa sadis dan 'beruknya' perangai pemuda liar di parlimen Semberong itu.
Saya akan ulas pagi esok mengenai kejadian tadi yang sungguh menyedih dan menyesalkan. Maaflah saya nak tidur dulu kerana badan terlalu letih sangat. [wm.kl.4:02 am 20/02/12] - http://msomelayu.blogspot.com/

Kecewa keluarga pemimpin boros, tak tutup aurat
Harakahdaily, | 20 Feb 2012 |
Sambil melahirkan rasa kecewa, beliau berkata terdapat pemimpin di negara ini yang tidak berjaya membentuk sahsiah suami dan isteri mereka.
“Sekiranya ahli keluarga sendiri tidak menutup aurat misalnya, bagaimana dia hendak memimpin negara dan menyuruh orang lain berbuat demikian. Begitu juga anak-anak mereka perlu terlebih dahulu dijaga kerana ini memberi imej kepada pemimpin berkenaan.
“Manakala bagi wanita bergelar isteri yang menerajui parti politik dan sesebuah pertubuhan, sekiranya mereka tidak boleh menegur suami sendiri, saya rasa ia juga memang pelik,” katanya yang dipetik Sinar Harian.
Beliau dilapor berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja berjudul 1Malaysia dan Penghayatan Islam sempena Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012, semalam.
Menurut Ridhuan Tee lagi, seseorang pemimpin perlu utamakan agenda bangsa dan negara, namun sekiranya si isteri dan anak-anak kepada pemimpin hidup bermewah, perkara ini menunjukkan ada tidak kena.
Beliau berkata, tidak kena jika rakyat disuruh berjimat sedangkan isteri sendiri atau suami tidak berbuat sedemikian.
Ditanya sama ada menegur peribadi pemimpin dikatakan satu kesalahan, katanya, dalam Islam, ia digalakkan dan apa dilakukan pemimpin itu menjadi perbualan.
Malah, kata Ridhuan Tee, menegur keluarga pemimpin tidak melanggar hak asasi manusia kerana sekiranya ia dibiarkan, lama-kelamaan pemimpin itu menjadi sasaran musuh politik dan beliau tidak mahu itu berlaku.
Najib silap, bilionair bukan kebanggaan negara
Harakahdaily, | 20 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 20 Feb: Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi tersilap membuat congakan
politik ekoran kenyataannya tentang 30 bilionair seperti didedahkan
dalam Majalah Malaysian Business disangkanya adalah satu yang baik baginya.
Najib menyinggung perkara itu ketika memberi ucaputama dalam debat antara Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng kelmarin dan lebih malang lagi ketika beliau menyebutkan setiap seorang mereka menjadi kaya kerana dasar BN secara langsung atau tidak langsung.
Justeru, bagi AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar), sudah sampai masanya supaya pemimpin Umno BN khasnya Najib, memahami bahawa akibat dari urus-tadbir secara hubungan sumbang (incenstuous-relationship) antara segelintir pimpinan politik Umno BN dengan elit bisnes itulah yang dinamakan dalam bahasa ekonominya rent-seeking behaviour –crony capitalism atau bahasa mudahnya ‘amalan kronisme’, maka wujud pembolotan kekayaan yang keterlaluan di tangan beberapa individu yang hari ini bergelar ‘billionaires’.
Katanya, habuan elit politik mendapat ‘suapan balik’ atau kickbacks dalam pelbagai bentuk – langsung dan tidak langsung - dan susunatur hubungan ini kekal dalam satu amalan patronage dan kronisme yang berakhir dengan fenomena elit kewujudan super-rich.
“Golongan ini didakwa kemudian berperanan mengekalkan sistem ‘patronage’ dan amalan kronisme ini dengan ‘membiayai kantung politik pemerintah’,” ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor mengambil contoh musim pemberian projek mega-besar adalah juga seperti sekarang, yakni sebelum pilihan raya.
Menurutnya, lebih besar dan berbilion ringgit lepih baik untuk penguasa kerana ‘kickbacks’ atau‘payback’ atau ‘bayaran-balik’ pun besar.
“Kalau 10% yang dituntutseseorang menteri itu sudah di fikirkan banyak bagi rakyat – ini saya tahu sendiri amalan biasa sebab didedahkan oleh seorang pemaju yang saya kenal sendiri yang mengaku ‘membayarnya kickback’ (baca rasuah) sendiri kepada menteri kerjaraya itu secara ‘upfront’ maka ‘kickbacks’ untuk parti-parti pemerintah sebagai ‘wang politik’ untuk pilihanraya dikatakan biasa sahaja oleh mereka yang telah mendapat projek mega mewah ini,” jelasnya.
Beliau menambah, projek penswastaan seperti lebuh raya, utiliti seperti air dan tenaga (IPP) dan perkhidmatan lain telekomunikasi, pelabuhan, pembentungan, Pos, perkhidmatan kesihatan, itu yang menjadikan kewujudan ‘super-rich’ segera itu fenomena yang menjadi rahsia umum.
Menurutnya lagi, meneliti setiap satu nama dari 30 bilionaire akan mendedahkan kepada umum , siapa sebenarnya entrepreneur yang bermula dari bawah dan akhirnya membina kekayaan dari titik-peluh mereka sehingga menjadi ‘bilionaire’.
“Yang ‘bilionaire segera’ ciptaan Tun hari ini punya hutang sepuluh kali keliling pinggang...nama-nama tak payah saya sebutkan dah jadi rahsia umum juga! Semasa zaman mewah atau ‘boom time’ dahulu ini, mereka digelar ‘harimau’ atau ‘tiger’ baru dunia korporat Malaysia tetapi tatkala ekonomi Asia mengalami ‘meltdown’ atau ‘merudum’ mereka dipanggil dengan joolokan ‘Fat Cat’ atau ‘Kucing Gemuk’,” katanya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan