PAS Negeri Sembilan tidak sentuh isu perkauman
Hazayani Zakaria, | 09 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 9 Feb: Pemimpin parti politik berhak mengeluarkan kenyataan yang boleh memberi semangat kepada jentera parti, selagi tidak menyentuh isu-isu sensitif melibatkan agama dan perkauman.
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani berkata, tiada salahnya PAS berceramah dan berkempen mengenai tawaran parti itu kepada rakyat Negeri Sembilan, sambil menafikan beliau mengeluarkan kenyataan berbau perkauman seperti didakwa Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
"PAS telah melakukan gerak kerja pilihan raya di Negeri Sembilan, jadi apa salahnya saya mengeluarkan kenyataan untuk menaikkan semangat dan memberi keyakinan kepada jentera parti bahawa PAS boleh menang dalam pilihan raya umum ke-13," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Mohamad Hasan seperti dilaporkan media semalam berkata, Pakatan Rakyat harus berhati-hati dengan apa yang diperkatakan agar tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mohd Taufek baru-baru ini yang menyatakan PAS telah mengenalpasti lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang berpotensi dimenanginya pada pilihan raya umum akan datang.
Membalas kenyataan itu, Taufek berkata, sebagai pemimpin politik, beliau harus mempunyai keyakinan untuk menawan sesebuah kerusi sejajar dengan gerak kerja yang dilakukan.
"Saya tidak tahu beliau merujuk kepada kenyataan saya yang mana satu, tapi memang saya ada sebut tentang lapan Dun berpotensi itu.
"Jadi apa masalahnya? Saya bercakap berdasarkan gerak kerja yang dilakukan. Kalau dahulu tiada siapa menjangka Pakatan Rakyat dapat mengambil alih Selangor daripada BN. Jadi di Negeri Sembilan, tidak mustahil perkara itu berlaku. Kenapa perlu ada yang tersinggung sedangkan saya tidak sebut isu sensitif pun," katanya.
Adun Paroi itu juga berkata, Mohamad Hasan seharusnya turut menasihatkan pemimpin-pemimpin BN agar tidak mengeluarkan kenyataan berkempen yang menyentuh isu perkauman.
Katanya, apa yang dilakukan beliau selari dengan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga turun ke negeri-negeri Pakatan Rakyat untuk berkempen.
"Pakatan Rakyat tidak seperti BN yang sering mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman. DAP ancam Melayu dan sebagainya.
"Perdana Menteri sendiri pernah turun ke Kelantan dan kata yakin boleh rampas Kelantan. Tentulah ada rakyat Kelantan yang tersinggung. Jadi Mohamad Hasan perlu nasihatkan Najib jugalah agar tidak berkempen," sindirnya.
Manis.fm: Apakah Terengganu sangat perlukannya?
Harakahdaily, | 09 Feb 2012 |
KUALA TERENGGANU, 9 Feb: Ketika rakyat berada ditangga kedua tercorot dalam jumlah rakyat termiskin di negara ini, langkah kerajaan negeri Terengganu membeli stesen radio Manis.fm mengejutkan rakyat negeri ini.
Ini kerana, mereka tidak fikir ini langkah yang perlu dibuat oleh kerajaan negeri Terengganu dalam memenuhi keperluan sebenar rakyat negeri itu.
Menurut Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, ramai kalangan rakyat Terengganu tertanya-tanya mengenai pembelian stesen Radio Manis FM yang berpangkalan di Kota Bharu oleh kerajaan negeri dengan harga RM7 juta.
Stesen ini pada asalnya merupakan stesen Radio KADA milik Tan Sri Hussein Ahmad yang diberi lesen radio berkenaan melalui Husa Network Sdn Bhd.
Radio Manis FM dengan rasminya menjadi radio kerajaan negeri apabila proses mengambilalih stesen berkenaan dilakukan oleh Lembaga Tabung Amanah Terengganu (LTAT) pada pertengahan tahun lalu.
Stesen berpangkalan di Kelantan itu juga dijangkakan berpindah ke bangunan berhampiran Wisma Darul Iman untuk menempatkan stesen berkenaan menjalankan operasi siaran harian.
Kawasan liputan stesen ini merangkumi negeri Kelantan, Pahang, Terengganu, Selatan Thailand dan sebahagian di kawasan tengah dan selatan tanah air.

(Tiga pemimpin utama PAS Terengganu sekarang...Wahid, Dr Syed Azman dan Yahaya membantah pembelian Manis.fm)
Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohamad Abdul Wahid Endut mempertikaikan langkah kerajaan negeri dalam menjaga kepentingan rakyat terbanyak di Terengganu.
Beliau turut mengkritik tindakan kerajaan negeri yang bercadang membina bangunan berkembar 30 tingkat di muara sungai Terengganu.
"Saya tidak fikir rakyat dan kerajaan negeri sendiri memerlukan stesen radio ini kerana kita sudah ada Radio Terengganu...buat apa kita bazir RM7 juta untuk pembelian satu lagi stesen radio," kata Yahaya Ali, Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu.
Terengganu sekarang sudah ada stesen radio RTM Pantai Timur Terengganu, Hot FM Terengganu dan Terengganu FM (TFM) yang disiarkan setiap hari di seluruh pelosok negeri.
Bagi Yahya, RM7 juta ini besar nilainya jika digunakan dengan baik untuk membantu rakyat negeri ini yang sedang dihimpit dengan pelbagai tekanan hidup ekoran kenaikan harga barangan yang mendadak di negeri ini.
"Ada yang berkata, kos hidup di Terengganu antara yang paling tinggi di Malaysia dengan harga barangan yang sangat tinggi khasnya barang makanan.
"Bagi saya, ia akan lebih bermanafaat kalau kerajaan memberikan tumpuan kepada usaha untuk membantu rakyat meringankan bebanan sebegini," kata Yahaya yang juga bekas Exco kerajaan negeri Terengganu.
Tentangan terhadap pembelian stesen radio ini disuarakan oleh PAS melalui Mohamad Abdul Wahid sejak pertengahan tahun lepas lagi apabila kerajaan negeri mula membayar wang pendahuluan untuk pembelian ini pertengahan tahun lalu.
Ketika itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said telah membayar wang pendahuluan sebanyak RM4 juta untuk pembelian stesen ini.
Namun, pembelian ini tetap diteruskan oleh kerajaan negeri.

Tidak mustahil tsunami politik 2008 berulang lagi
Mohamad Iqbal Ab Wahab, | 09 Feb 2012 |
Tahniah kepada pergerakan Ikhwanul Muslimin atas kemenangan serta dominasi undi menerusi parti politik baharunya iaitu Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) dalam pilihan raya di Mesir yang telah dilaksanakan bermula 28 November 2011 sehingga 11 Januari 2012.
Ini merupakan suatu mandat kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat Mesir setelah kejatuhan rejim Hosni Mubarak yang telah bertapak selama tidak kurang 30 tahun di kerusi pemerintahan.
Perkara ini sememangnya merupakan suatu indikator kepada masyarakat dunia amnya, serta masyarakat Mesir khususnya, mengenai kemahuan akan perubahan yang diharapkan oleh seluruh rakyat di negara tersebut yang sebelum ini berada dalam keadaan yang serba kekurangan disebabkan ketidakcaknaan daripada bekas pemerintah sebelum ini.
Gagasan kebebasan dan keadilan yang dipromosikan oleh pergerakan Ikhwanul Muslimin melalui parti politiknya itu diharapkan oleh rakyat untuk mencipta perubahan serta menaik taraf kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.
Melihat kepada angin perubahan yang berlaku dalam pilihan raya di Mesir, landskap politik di merata-rata dunia juga bakal mempamerkan suatu kejutan dalam pilihan raya yang bakal berlangsung termasuklah di Malaysia.
Suatu tindakan populis bagi memenangi pilihan raya termasuklah dengan melaungkan slogan Negara Berkebajikan dan bekerja untuk merealisasikan slogan tersebut merupakan suatu perkara yang menjadi pemerhatian rakyat juga merupakan para pengundi bakal menentukan nasib para politikus yang bakal bertanding.
Tsunami politik yang berlaku pada 2008 yang menyaksikan suatu kejutan dalam keputusan pilihan raya tidak mustahil untuk melanda buat kali kedua berdasarkan prestasi yang ditonjolkan oleh kedua-dua belah pihak sama ada dari sudut pembangkang mahupun kerajaan.
Namun, dalam masa yang sama, terdapat satu lagi situasi yang harus diperhatikan dalam pilihan raya di Mesir apabila pergerakan Ikhwanul Muslimin melalui parti politiknya menerima dominasi undi daripada rakyat, serta parti politik yang lebih bersifat fundamental iaitu Parti Al-Nur. Perkara ini mempamerkan berlakunya perubahan minat masyarakat untuk mengangkat parti-parti Islam dalam usaha untuk menyaksikan suatu reformasi dalam pentadbiran yang diharapkan lebih baik daripada pemerintahan terdahulu.
Situasi ini berkemungkinan juga akan merebak ke serata dunia termasuklah apabila berlakunya kegagalan dalam sistem ekonomi dunia hari ini yang menyaksikan para penganalisis mula mengintai akan kemungkinan untuk mencari suatu mekanisme yang baru bagi mentransformasikan secara total sistem sedia ada.
Dalam memahami situasi ini juga dalam konteks politik, perubahan minat terhadap agama itu sendiri bakal memberi suatu kesan yang besar dalam undi dalam pilihan raya termasuklah di Malaysia.
Dalam kesempatan ini, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM bakal melaksanakan satu konferens berkenaan kepemimpinan dan perubahan sosial dalam dunia Muslim yang dijadualkan berlangsung pada 11 hingga 13 Februari 2012.
Konferens yang bertemakan Leadership and Social Change in the Muslim World: Prospects and Challenges ini juga bakal dihadiri oleh Dr. Abdel Moneim Aboul Fotouh Abdel Hady, juga merupakan calon presiden yang bertanding dalam pilihan raya pemilihan presiden Mesir yang dijangka berlangsung sebelum Jun 2012.
MPP UIAM sangat-sangat mengalu-alukan kehadiran beliau ke konferens ini dan seterusnya mengharapkan suatu impak yang positif menerusi idea-idea yang bakal didiskusikan secara bersama bagi pembinaan sebuah masyarakat sivil yang mapan dan teguh.
Mohamad Iqbal ialah Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan