Lantik Khairy bawa Bumiputra ke belakang - Khalid Ibrahim
Harakahdaily, | 29 Feb 2012 |
Ini kerana, fahaman dan kepentingan politik menjadi asas kepada pelantikan ke jawatan profesional ini, kata beliau.
Ketika Bumiputera digalakkan untuk meningkatkan standard profesionalisme setanding yang terbaik di dunia, pelantikan Khairy Jamaluddin ini jelas menunjukkan fahaman politik adalah menjadi kriteria utama untuk dilantik ke jawatan tertinggi dalam syarikat berkaitan kerajaan, bukannya berdasarkan kemampuan dan pengalaman.
"Sebagai salah seorang pengasas PUNB – sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad di mana saya telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) – saya berbangga dengan pencapaian PUNB yang selama ini diterajui profesional yang berkebolehan," katanya.
Menurut Khalid, walaupun peringkat pengubal dasar terdiri daripada ahli ahli politik tetapi mereka tidak campur tangan dalam operasi.
Malah Ahli Lembaga Pengarah terdiri daripada golongan profesional berpengalaman yang tidak mempunyai kepentingan politik atau kumpulan berkaitan dengan politik.
Bagi Khalid, kumpulan profesional Bumiputera ini telah bekerja keras untuk membawa PUNB hingga ke tahap sekarang ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sepatutnya mensia-siakan usaha mereka ini dengan melantik Khairy Jamaluddin yang tidak berkeupayaan dan tidak berpengalaman menguruskan badan korporat yang sudah berjaya, tegas Khalid yang kini adalah Menteri Besar Selangor.
Bagi beliau, Perdana Menteri sekali lagi gagal mengutamakan antara kepentingan dengan profesionalisme.
Menurut Khalid, tindakan Perdana Menteri ini bukan petanda baik kepada kaum Bumiputera dan Malaysia khasnya.
Bagi pembangunan negara, pemimpin sepatutnya melihat dalam konteks lebih luas dan berfikir di luar fahaman politik di mana ciri-ciri ini telah diketepikan menerusi pelantikan Khairy Jamaluddin ini, katanya.
Untuk apa Isa belanja RM352,687?
Hazayani Zakaria, | 29 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 29 Feb:
Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak) mencabar Pengerusi
Felda, Tan Sri Isa Samad menjelaskan perbelanjaan berjumlah kira-kira
RM352,687 untuk tiga programnya awal tahun lalu.
Menurut Presiden Anak, Mazlan Aliman, ketiga-tiga program iaitu di Felda dalam Dun Tenang, Johor, Felda Lawin Selatan, Lenggong, Perak dan Felda Jengka 22, Pahang melibatkan pemberian buku "Najib Perdana Menteri Malaysia ke-6" kepada peserta.
Program di Dun Tenang melibatkan kos RM118,750, di Felda Lawin Selatan sebanyak RM91,437 dan Felda Jengka 22 sebanyak RM142, 500.
"Di Felda Lawin Selatan merupakan program Gerakan Persatuan Wanita (GPW) dan di Felda Jengka 22 merupakan program pengerusi Felda dengan GPW dan Feldawati.
"Bayangkan buku 'Najib Perdana Menteri Malaysia ke-6' diberi dengan belanja yang begitu besar. Kita persoalkan kewajaran kos ini.
"Kita cabar Tan Sri Isa Samad buat penjelasan program ini menggunakan duit siapa," kata Mazlan pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
Selain itu, Mazlan turut mempersoal tindakan Yayasan Felda memberikan projek secara runding terus kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) CCM Pharmaceuticals untuk program pemberian multivitamin kepada jemaah haji Malaysia tahun lalu.
CCM Berhad merupakan peneraju utama kepada pembangunan produk halal dalam industri farmaseutikal di Malaysia.
Syarikat ini juga adalah salah satu daripada anak syarikat di bawah naungan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Pemberian multivitamin "proviton" dan vitamin C "flavettes suger free 500mg melibatkan 27, 900 orang bakal jemaah haji Malaysia berjumlah RM1,590,300.
"Kita mohon penjelasan daripada Tan Sri Isa Samad sebab projek ini adalah projek di bawah Yayasan Felda dan Isa Samad sebagai pengerusinya.
"Isunya kenapa projek ini diberi secara runding terus dan siapakah mereka di sebalik projek ini?" soalnya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.
KUALA LUMPUR, 29 Feb: PKR hari ini memperbetul kesilapan berhubung lokasi Farmhouse Supermarket yang didakwa dimiliki bersama oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, beroperasi di Star Vista Mall, Singapura.
Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan berkata lokasi sebenar pasaraya yang berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) itu adalah di Rochester Mall yang terletak di Rochester Drive.
Jelasnya, kedua-dua pusat membeli-belah itu terletak berdekatan di antara satu sama lain dan petugasnya yang membuat pengesanan itu telah berkunjung ke lokasi yang salah.
"Saya memandang berat kesilapan ini dan telah berhubung dengan rakyat Malaysia di Singapura yang banyak membantu.
"Semakan pada pagi ini mendapati bahawa Farmhouse Supermarket akan beroperasi di Rochester Mall bersebelahan dengan Star Vista," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai merespon kepada penafian oleh CapitalMall bahawa kompleks membeli belah Star Vista yang sedang dimajukan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Farmhouse Supermarket Pte Ltd yang dimiliki keluarga Shahrizat.
Menurut Rafizi, Farmhouse Supermarket menyewa unit-unit bernombor #02-08 hingga #02-35 di kompleks membeli belah yang dibangunkan bersama-sama kondominium mewah di alamat 35, Rochester Drive, Singapura.
Projek itu katanya dibangunkan oleh pemaju UE One-North Developments Private Limited.
"Semakan di laman rasmi Rochester Mall jelas menyenaraikan Farmhouse Supermarket sebagai salah satu penyewa mereka, seperti yang dilaporkan di laman http://www.rochestermall.com.sg/#02-08to35
"Maklumat di laman itu juga mengesahkan bahawa Farmhouse Supermarket adalah penyewa terbesar di tingkat 2, berbanding kedai-kedai lain," katanya memperincikan dakwaannya itu.
Beliau juga berpendapat, oleh kerana lokasi Rochester Mall adalah bersebelahan dengan Star Vista, anggaran sewa seperti yang didasarkan kepada laporan Competition Commission of Singapore tidaklah banyak berbeza.
"saya percaya selain dari kesilapan alamat sebenar kompleks seperti yang saya sebutkan, keseluruhan pendedahan yang dibuat semalam adalah tepat.
"Kenyataan Datuk Seri Salleh Ismail yang disiarkan oleh The Malay Mail bertarikh 29 Februari 2012 juga mengesahkan bahawa NFC tidak menafikan kewujudan pasaraya mewah ini, malah masih mempertahankan hak mereka untuk menceburi apa-apa perniagaan yang mereka rasa sesuai," tegasnya sambil menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada CapitalMall dan NFC atas kesilapan fakta yang berlaku.

PKR perbetul lokasi pasaraya NFC di Singapura

Jabatan Pelajaran arah guru sertai Himpun
Khairul Azlam Mohamad, | 29 Feb 2012 |
KUALA TERENGGANU, 29 Feb:
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Terengganu diarahkan pihak tertentu
memaklumkan kepada semua pengetua dan guru besar sekolah agar menghantar
sekurang-kurangnya 10 orang guru setiap sekolah menyertai Himpunan
Sejuta Umat (Himpun) Selamatkan Akidah.
(Surat arahan rasmi daripada JPN Terengganu kepada Pengetua dan Guru Besar agar menghantar 10 orang guru bagi setiap sekolah menyertai Himpunan Sejuta Umat di Stadium Negeri Terengganu pada 25 Februari lalu.)
Arahan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Zakariah Ali bagi pihak Pengarah JPN negeri serta disalinkan kepada Timbalan Pengarah Pelajaran pada tarikh 19 Februari lalu.
Program tersebut diadakan pada 25 Februari 2012 di Stadium Negeri, Batu Burok, Kuala Terengganu dengan ucaptamanya oleh bekas ahli PAS yang dipecat, Datuk Dr Hasan Ali.
Harakah dimaklumkan, sebanyak 12 buah sekolah menengah dan 16 buah sekolah rendah di sekitar daerah Kuala Terengganu terlibat dengan program tersebut.
Seorang guru dari sebuah sekolah menengah Guru diarah sertai Himpun yang enggan disebut namanya berkata arahan kepada guru-guru agar menyertai program Himpun diterima beberapa hari lalu.
Katanya, arahan tersebut mengkehendaki agar Pengetua dan Guru Besar mempastikan kehadiran
guru-guru berkenaan ke majlis Himpun Sejuta Umat di Stadium negeri Terengganu.
“Saya akan pergi program ini tetapi harap bukan jadi program politik Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk menghentam pihak lain seperti PAS dan Pakatan Rakyat.
“Sebab, ini menampilkan penceramah politik yang telah dipecat oleh sebuah parti politik tanah air ini,” ujarnya ketika ditemui Harakah.
Rakannya, juga seorang guru di sekolah rendah yang enggan disebut nama menyokong pandangan agar program Himpun tidak dijadikan medan politik pihak tertentu.
Bahkan, katanya penganjur perlu mempastikan agar tidak berlaku cetusan isu perkauman bagi menakutkan orang bukan Islam.
“Kita tidak mahu program Himpun yang mengerahkan guru-guru dan jabatan-jabatan lain ini menjadi pentas politik pihak tertentu untuk menghentam pihak tidak sehaluan dengan kerajaan.
“Kita tidak mahu Himpun jadi seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang bersifat rasis dan perkauman,” tegasnya yang turut menerima arahan ke program Himpun.
Menurut beliau, jika tidak mendapat arahan dan secara sukarela sudah pasti program anjuran Himpun kurang mendapat sambutan rakyat kerana ianya mempunyai agenda pihak tertentu.
Harakah difahamkan, semua banting dan banner Himpun diberikan ‘keistimewaan’ tidak dikenakan pelekat atau permit lesen oleh pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

IDEAS minta PKR perjelas Suruhanjaya Kesihatan
Dr Helmy Haja Mydin, | 29 Feb 2012 |
Saya merujuk kepada cadangan Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail,
untuk menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan sekiranya Pakatan
Rakyat mengambil alih kerajaan. Saya menyeru PKR agar memperjelaskan
prinsip-prinsip utama disebalik dasar kesihatan negara yang mereka akan
perkenalkan demi memastikan suara rakyat akan diambil kira.
Pada amnya, saya merasakan bahawa penubuhan suruhanjaya ini adalah satu cadangan yang baik. Akan tetapi adalah tidak mencukupi bagi sebuah parti yang ingin memerintah negara untuk menggambarkan konsep dasar dalam satu perenggan sahaja tanpa menerangkan intipatinya dengan lebih mendalam.
Pertama sekali, saya ingin mencadangkan agar suruhanjaya ini wajib dibebaskan daripada politik kepartian dan diberikan status ‘suruhanjaya bebas’. Ini akan memastikan ia lebih berupaya untuk memberi sepenuh tumpuan kepada penambahbaikan perkhidmatan kesihatan tanpa dipengaruhi kepentingan politik.
Kedua, saya mencadangkan agar falsafah bahawa "penjagaan kesihatan adalah tanggungjawab individu" dijadikan salah satu prinsip utama yang memacu suruhanjaya ini. Jangan dibiarkan individu yang enggan bertanggungjawab terhadap kesihatan sendiri menjadi beban terhadap negara dan rakyat terbanyak semata-mata atas alasan remeh bahawa itu adalah “hak” mereka. Hak mesti datang bersekali dengan tanggungjawab. Individu yang sengaja tidak mahu bertanggungjawab adalah tidak berhak untuk menuntut orang lain membayar kos rawatan mereka. Bagi mereka yang bertanggungjawab tetapi tidak mampu, satu mekanisme perlu dirangka untuk memastikan kebajikan mereka terjaga.
Ketiga, jumlah perbelanjaan negara tidak boleh menjadi tanda ukur kualiti perkhidmatan kesihatan. Tiada gunanya perbelanjaan kesihatan dinaikkan kepada 5-6 peratus seperti yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia jika kesannya tidak sampai kepada rakyat. Sebagai contoh, perbelanjaan kesihatan kerajaan Amerika Syarikat adalah antara yang paling tinggi di dunia tetapi kualiti perkhidmatan yang diterima oleh rakyatnya tidak konsisten dan amat berbelah-bagi. Adalah lebih berfaedah sekiranya kita boleh menstabilkan perbelanjaan negara secara umumnya tetapi pada masa yang sama mempertingkatkan kualiti perkhidmatan. Maka penanda aras yang digunakan mestilah berdasarkan kesan klinikal ke atas rakyat, bukannya jumlah wang yang dibelanjakan.
Keempat, nisbah perbelanjaan kesihatan swasta berbanding perbelanjaan kerajaan juga tidak boleh dijadikan ukuran. Kewujudan sektor swasta yang mampan tidak bermaksud rakyat berada dalam keadaan perit. Malahan, ia mungkin menunjukkan bahawa sejumlah besar rakyat Malaysia mampu membiayai kos kesihatan tanpa bergantung kepada dana kerajaan. Sebaliknya, persoalan yang perlu ditanya ialah mengapa sebegitu ramai yang memilih untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan swasta? Adakah ini menunjukkan bahawa kualiti perkhidmatan kerajaan perlu diperbaiki?
Pakatan Rakyat mestilah tidak melakukan apa-apa tindakan yang boleh menggugat perkembangan dan sumbangan sektor swasta dalam bidang kesihatan. Tatkala ekonomi dunia sedang tidak menentu, adalah tidak bertanggungjawab sekiranya PKR memperkenalkan dasar yang akan menaikkan jumlah perbelanjaan kerajaan dengan cara merampas peranan yang dimainkan dengan baik oleh sektor swasta. Sebarang bentuk suruhanjaya yang ditubuhkan mestilah berusaha mengharmonikan peranan kedua-dua sektor swasta dan sektor awam dengan baik.
Penulis ialah Felo, Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)

Star: Umno bagi lesen MCA hentam Islam
Harakahdaily, | 29 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 29 Feb: Akhbar
milik MCA, The Star yang sudah berkali-kali terang-terang mengguris
hati orang Islam tanpa dikenakan sebarang tindakan drastik menandakan
Umno memberikan lesen kepada rakan seperjuangannya MCA untuk terus
menghentam Islam, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Dua hari lepas, The Star menyiarkan gambar besar penyanyi Amerika Eryka Badu yang mempunyai tatoo nama Allah pada dadanya yang terdedah.
Ia disifatkan satu penghinaan kepada umat Islam di negara ini kerana nama Allah seolah-olah dipermain-mainkan. Ekoran pendedahan Harakahdaily mengenainya, The Star telah memohon maaf atas “terlepas pandang”.
Ekoran itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Lee Chee Leong dalam kenyataannya sebagaimana yang disiarkan Bernama berkata, Managing Editor, Ketua Editor Berita dan Editor Kanan The Star telah dipanggil kementeriannya untuk memberikan penjelasan ekoran laporan itu.
Ini adalah kali ketiga akhbar MCA melakukan kesalahan yang disifatkan melampau dalam tidak menjaga kesensitifan umat Islam.
Bulan Februari lepas, editor The Star, P Gunasegaram mempersoalkan hukum Islam apabila 3 wanita dijatuhkan hukuman sebat kerana berzina.
(Poster konsert Erykah tanpa tatoo nama Allah tetapi The Star menyiarkan gambar bertatoo nama Allah)
Kemudian, pada bulan Ramadhan yang lalu, The Star menyiarkan resipi masakan daging babi kononnya sebagai juadah berbuka puasa. Apabila dibuat bantahan, The Star memohon maaf.
Ini tidak ditambah lagi dengan kenyataan-kenyataan presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, yang umat Islam sudah muak dengan sifat ‘Islamphobia’nya yang tidak habis-habis menghina Islam khasnya hukum syariah.
Ia dapat dilihat dengan jelas dalam debat beliau dengan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP baru-baru ini.
“MCA dah menjadi lebih ganas di bawah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. Nampaknya Umno ini memang memberikan lesen kepada MCA untuk menghentam Islam dalam dasar pecah dan perintahnya. Hukum minum arak, berjudi, hudud semua boleh dipertikai,” kata Mohamad.
Beliau juga berkata Kementerian Dalam Negeri perlu telus dan adil dalam memberikan hukuman terhadap akhbar The Star.
(Laporan The Star Ramadhan lalu...daging babi panggang untuk berbuka puasa)
“Diharap bukan timbalan menteri MCA yang menyoalsiat editor The Star. Manalah mereka faham apa itu kesensitifan orang Islam dan rakyat akan nampak tidak telus. Sekiranya kali ini juga tidak ada hukuman yang setimpal, maka betullah apa yang saya katakan, menteri-menteri Umno sebenarnya inginkan MCA terus menghentam Islam,” katanya memberitahu Harakahdaily ketika dihubungi malam semalam.
Semalam, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi turut mempertikaikan penglibatan timbalan menteri KDN dari MCA dalam isu ini, kerana ramai yang akan ragu kalau-kalau tindakan yang berpatutan tidak diambil ke atas akhbar milik MCA, The Star ini.
"Bagaimana AJK Pusat MCA yang jadi timbalan menteri KDN ni nak siasat dan hukum akhbar MCA? Kelakarlah pentadbiran Umno ini," kata Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda PAS ketika mengulas isu ini.
Sehubungan itu, beliau meminta KDN lebih serius dalam hal ini dan menjaga kepentingan umat Islam dan tidak takut kepada MCA yang sudah semakin galak menghina Islam.
Seperti Mohamad Sabu, Nasrudin juga berpendapat keadaan kini adalah lebih parah dan mengelirukan apabila kerajaan Umno dan BN memejam sebelah mata terhadap apa yang dilakukan oleh akhbar MCA itu.
“Apakah kerana mereka tidak berani berhadapan dengan MCA?” soalnya.
Menurutnya, harapan ada tindakan tegas justeru ia berkait dengan maruah ummat Islam.
“Kita tidak mahu lagi akhbar Star hina Islam kemudian mohon maaf, buat lagi dan mohon maaf lagi dan buat lagi lalu mohon maaf lagi.
“Soalnya sampai bila?” katanya lagi.
Masih ingat lagi lukisan kartun kontrovesi yang menimbulkan kemarahan
umat Islam seluruh dunia dahulu, di mana seorang pelukis kartun telah
cuba menghina dan mengaibkan Nabi Muhammad S.A.W dengan keganasan.
Ketahuilah bahawa pelukis kartun tersebut telah mati dalam keadaan sangat mengerikan, dia telah mati dalam keadaan rentung.
http://www.zimbio.com/Kurt+Westergaard/articles/7yQwV6okclH/Danish+blasphemer+burns+death
http://nizar-coretanku.blogspot.com

Penghina Nabi rentung terbakar
Siti Nizar, | 28 Feb 2012 |
Ketahuilah bahawa pelukis kartun tersebut telah mati dalam keadaan sangat mengerikan, dia telah mati dalam keadaan rentung.
Bagaimana dia boleh rentung tidak diketahui,kisah
kematiannya juga dikhabarkan telah cuba disembunyikan, tapi
sebusuk-busuk bangkai takkan mampu ditutup dengan daun.
Walaupun dia pernah beberapa kali cuba dibunuh
kerana kontroversi lukisannya, namun beberapa kali juga dia telah
berjaya menyelamatkan diri.
Akhirnya si penghina kekasih ALLAH telah menerima balasannya.
Mungkin dia mahu menghina kekasih ALLAH lagi, dia
sekali lagi menggantikan jubah Nabi dengan bom, dan terus sahaja lukisan
bom itu meletup.. siapa tahu..
Kuasa ALLAH mengatasi apa sahaja yang mampu difikir manusia./tukang lawan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan