Luahan penyokong k'jaan isu bantuan RM500 BR1M
http://waghih.blogspot.com, | 12 Feb 2012 |
Entah kenapa kenalan saya yang boleh dikatakan penyokong kuat kerajaan yang juga merupakan kakitangan kerajaan mengadu kepada saya mengenai masalah yang dihadapi oleh beliau serta kakitangan yang lain dalam isu agihan bantuan RM500 BR1M. Dia mengeluh entah bila proses agihan BR1M ni nak selesai. Lepas tu pula PM umum boleh buat rayuan, mereka pun terpaksalah terima permohonan rayuan.
Yang jadi mangsa sekarang ni kakitangan dan pejabat kerajaan yang uruskan proses permohonan dan agihan BR1M ini. Pejabatnya yang sepatutnya banyak urusan lain perlu buat, dah jadi tempat orang mengadu pasal isu BR1M. BR1M jadi isu utama di pejabat tersebut ketika ini.
Kesian pula saya dengar keluhan pegawai kerajaan tadi yang merupakan penyokong kuat kerajaan. Dah tu pula katanya nak agihkan BR1M ni satu hal, bukan boleh main agih sahaja. Perlu buat acara rasmi, sediakan kemudahan untuk orang datang ambil, kemudian aturkan pula orang politik khususnya wakil rakyat untuk berucap dan agihkan kepada penerima.
Katanya lagi itu belum lagi masuk kes ada yang dapat RM500 ni dua kali kerana sistem agihan baucer BR1M adalah secara manual dari senarai nama yang dicetak dari komputer. Saya kata agihan sepatutnya ditulis cek melalui komputer , barulah komputer hanya akan cetak 1 cek sahaja untuk seorang penerima. Sedangkan baucer RM500 ditulis secara manual.
Saya kata pada dia, memang masa satu dua bulan tak cukup dan tak masuk akal nak proses BR1M ini. Saya katakan pada dia , perlu masa setahun baru boleh agihkan dengan sempurna dan menyeluruh.
PAS berhak ajak kepada kebaikan, banteras maksiat
Harakahdaily, | 12 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 12 Feb: Hak untuk mengajak rakyat Malaysia ke arah kebaikan dan membanteras maksiat dan keburukan adalah merupakan hak demokrasi PAS.
Demikian ditegaskan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr Khairuddin Razali (gambar) ketika mengulas ada pihak-pihak tertentu yang tidak senang dengan usaha PAS untuk menghalang Sambutan Hari Kekasih di kalangan umat Islam di negara ini.
“Sambutan Hari Kekasih bercanggah dengan Islam, sebagai seorang Islam mereka perlu terikat dengan hukum hakam beragama sebagai menggambarkan disiplin beragama,” jelasnya kepada Harakahdaily.
Menurut beliau lagi, untuk orang bukan Islam, mereka bebas mengamalkan apa yang mereka percayai di dalam kerangka yang dibenarkan.
“Dalam konteks Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, pihak media perlu mempunyai tanggungjawab untuk menyedarkan orang Islam tentang haram sambutan Hari Kekasih.
“PAS sebagai sebuah parti Islam yang mendukung prinsip demokrasi, insya Allah akan terus dan konsisten untuk menegur masyarakat Islam yang menjadi teras majoriti rakyat Malaysia dari melakukan perkara yang bercanggah dengan agama yang boleh menghapuskan keberkatan hidup bernegara,” ujar beliau lagi.
Menurut beliau lagi, mana-mana parti komponen dalam Pakatan Rakyat diperingatkan agar menghormati prinsip asas rakan Pakatan seperti PAS, di samping menghormati hak majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk menentang kemungkaran yang melibatkan umat Islam.
Bayangkanlah kita ada sekurang-kurangnya 3.4 juta isi rumah yang layak dapat BR1M ini. Kira punya kira, bermakna kalau proses dalam masa 1 bulan , bermakna setiap negeri perlu proses 1413 borang setiap jam. Itu baru nak proses, belum lagi dapat nak sahkan, dengan silap tulis namanya, ada yang isi borang 2 3 kali, di bandar isi borang, balik kampung isi lagi borang.
Memang haru biru
Nampaknya ceramah saya malam nanti saya perlu perjelaskan kepada orang kampung supaya bersabar dalam agihan RM500 ni, kesian saudara mara dan sahabat kita di pejabat kerajaan yang tertekan sekarang ini dalam isu BR1M ini, tak kiralah mereka ni penyokong kerajaan sedia ada atau tidak.
Harap-harap pemimpin kerajaan dapatlah beri gambaran sebenar isu agihan BR1M ini agar tidak memberi tekanan kerja yang melampau terhadap kakitangan kerajaan terutamanya penyokong mereka sendiri.
INTIPATI BAJET 2012
Kerajaan bercadang membuat pemberian tunai secara one-off atau sekali sahaja seperti berikut: Bantuan sebanyak 500 ringgit kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada bantuan ini. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos.
Permohonan maaf BBC memalukan Malaysia
Harakahdaily, | 12 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 12 Feb: Nama negara tercalar teruk dengan permohonan maaf terbuka British Broadcasting Corporation (BBC) atas kesalahan menyiarkan program berbayar yang berat sebelah termasuk lapan yang melibatkan Malaysia.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman BBC semalam, media antarabangsa tersebut mengakui terhadap sebilangan “kecil” program yang disiarkan dalam BBC World News antara Februari 2009 hingga Julai 2011 telah melanggar protokol dalaman yang diwujudkan untuk menjaga integriti editorialnya.
“Sebilangan kecil program-program disiarkan di BBC World News antara Februari 2009 dan Julai 2011 melanggar peraturan-peraturan BBC bertujuan untuk melindungi integriti editorial kita.
“Peraturan-peraturan ini memastikan yang program-program bebas , dan dilihat untuk menjadi bebas, dari komersial atau tekanan-tekanan luar lain,” kata kenyataan tersebut.
Dalam kenyataannya, BBC secara jelas menyatakan terhadap 8 program yang dikesan mempunyai pertalian kewangan dengan kerajaan Malaysia.
“Ini bermaksud terdapatnya potensi satu konflik kepentingan , walaupun BBC tidak sedar tentangnya apabila program-program itu disiarkan,” tambah kenyataan itu.
Semalam juga, akhbar The Independent melaporkan bahawa permohonan maaf BBC akan disiarkan ke seluruh dunia secara berperingkat pada empat waktu berlainan, dari Kuala Lumpur ke Khartoum supaya sampai ke semua penonton di zon berbeza.
Namun begitu, dalam kenyataan BBC tidak disebutkan nama firma yang menerbitkan lapan dokumentari tersebut iaitu FBC Media Ltd, yang diakui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibayar kerajaan Malaysia sebanyak Euro 19.6 juta (RM80 juta) antara 2007 dan 2010 untuk menaikkan imej pentadbiran beliau di seluruh dunia.
Dokumentari-dokumentari tersebut memberikan bayangan baik kepada industri kepala sawit dan layanan terhadap orang Asli di Malaysia.
Menurut laporan The Malaysian Insider, BBC juga digunakan FBC ntuk membuat sebuah dokumentari mengenai pemberontakan di Mesir tanpa mengetahui firma dibayar melakukan kerja PR untuk rejim bekas diktator Hosni Mubarak.
“Jawatankuasa editorial BBC Trust telah mengenalpasti beberapa kepincangan di dalam panduan editorial akibat daripada program-program bermasalah ini. Ia bersetuju dengan tahan kepincangan yang serius, satu permohonan terbuka dan siaran terus kepada penonton adalah wajar,” tambah kenyataan itu lagi.
Kelantan terpaksa bina sendiri lebuh raya
Rizal Tahir, | 12 Feb 2012 |
KOTA BHARU, 12 Feb: Memandangkan Kerajaan Persekutuan masih gagal melaksanakan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai telah dicadangkan oleh Kerajaan Pusat di bawah Rancangan Malaysia ke 5 (1986-1990), kerajaan negeri terpaksa mengambil insiatifnya sendiri untuk menjayakannya.
Pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dan R9 persimpangan bertingkat serta 2 buah kawasan Rehat dan Rawat (R & R) dengan tawaran kos sebanyak RM1.5 hingga RM1.8 billion.
Dalam kenyataan media hari ini anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, berkata Kelantan telah membuka tawaran bagi cadangan projek pembinaan lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai pada 2 Januari lalu dan ditutup pada 9 Februari 2012.
“Alhamdulillah Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan Lebuhraya ini telah menerima tawaran dan kertas cadangan dari 5 syarikat.
“Kita terpaksa merancang sendiri pembinaan jalan raya ini berikutan kegagalan Kerajaan Pusat menjalankan tanggungjawabnya hingga ke hari ini walaupun ianya telah diluluskan sekali lagi dalam Rancangan Malaysia ke 9 dan sebuah syarikat pemaju telah dilantik untuk melaksanakan pembinaan projek tersebut.
Sambungnya, kerajaan negeri terpaksa berbuat demikian memandangkan lebuh raya berkenaan amat diperlukan oleh rakyat di negeri ini termasuk pelancong luar terutama waktu menyambut hari raya atau sewaktu musim cuti sekolah.
Tegasnya, pemilihan syarikat yang berjaya akan diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan selepas Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan menilai cadangan-cadangan tersebut dalam masa terdekat.
“Penelitian awal terhadap cadangan-cadangan tersebut pada hari ini iaitu 11 Februari 2012 dan pada umumnya Jawatankuasa ini berkeyakinan cadangan yang dikemukakan adalah berdaya maju.
“Insya Allah harapan rakyat Kelantan untuk mempunyai jaringan pengangkutan yang moden dan selesa akan dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat,” ujarnya.
Tanah adat: Kenapa perlu rampas hak anak Sabah?
Mohd Firdaus, | 12 Feb 2012 |
KOTA KINABALU, 12 Feb: Pemuda PAS Sabah hari ini melahirkan rasa terkejut dan kekesalan terhadap kenyataan Peguam Negeri Sabah, Datuk Roderic Fernandez yang jelas bercanggah dengan Ordinan Tanah Sabah (OTS) berkaitan hak asasi anak negeri ke atas pemilikan tanah di Sabah.
Ketua Penerangannya, Mohd Julpikar Abd Mijan(gambar) menyifatkan tafsiran yang dibuat oleh Peguam Negeri Sabah berhubung tuntutan hak asasi oleh Anak Negeri Sabah selepas 1930 sebagai tidak sah, adalah tindakan menghina keputusan-keputusan mahkamah sebelum ini yang mana telah mengiktiraf wujudnya hak asasi Anak Negeri walaupun selepas 1930.
“Kita amat kesal dengan kenyataan Peguam Negeri Sabah ini. Ini bakal menjerumuskan kesulitan anak Sabah mengenai pemilikan tanah dibawah undang-undang yang sedia ada,” ujarnya.
Menurutnya, PAS cukup sangsi dengan keupayaan beliau sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan Anak Negeri Sabah.
“Isu ini bukan perkara yang sepatutnya dibuat main-main oleh kerajaan. Ianya perlu dibawa ke muka pengadilan yang seadilnya bagi memastikan tanggungjawab kerajaan mempertahankan hak Anak Negeri Sabah tidak terabai dan dipandang rendah,” jelasnya.
PAS juga berpendirian bahawa, hak asasi Anak Negeri Sabah mesti dipertahankan dan meminta mana-mana pihak yang merampas tanah-tanah adat negeri sama ada melalui pemalsuan dokumen dan identiti diri dapat memulangkan semula hak anak negeri tersebut kepada pemiliknya.
“Hak Anak Negeri Sabah perlu dipertahankan dengan sebaik mungkin. Ini hak kita, ini tanah kita... kenapa perlu mereka merampas hak kita?
“Di mana suara pemimpin-pemimpin kerajaan kita... yang selama ini merekalah mendabik dada memperjuangkan hak. Di mana mereka ketika ini?
“Anak-anak Negeri Sabah hidup dibelenggu ketakutan dan ancaman,” jelas Julpikar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan