Sabtu, 18 Februari 2012

MAKLUMLAH 50 TAHUN TAK DAPAT DUIT BEGINI....TENTU BEREBUT...LAINLAH YANG BANYAK DUIT...YANG DAPAT TENDER PROJEK BESAR...TUJUH KETURUNAN PUN TAK ABIS MAKAN...FIKIR SENDIRI TAHAP LAYANAN YANG DIBERI...RAKYAT BERHARGA...DAN SANJUNG KITA INGIN UNDINYA...LEPAS TU...PANDAI2LAH NAK HIDUP...

Umat Islam jangan pandang ringan pilih pemimpin

Harakahdaily, 17 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 17 Feb: Seluruh umat Islam digesa melibatkan diri dalam proses Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13)yang bakal berlangsung dengan mendaftar sebagai pengundi dan terlibat secara agresif dalam kempen-kempen bagi memilih pemimpin yang baik menurut Islam.

Demikian tegas Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali At-Takiri (gambar) ketika memperkatakan tentang tuntutan agama untuk melibatkan diri dalam politik untuk memilih pemimpin yang berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.
"Inilah yang dilakukan oleh para sahabat Nabi s.a.w. secara ijma' dan sepakat sebaik kewafatan baginda s.a.w. pada hari Isnin 12 Rabi'ul Awal.
“Urusan pengkebumian Rasulullah s.a.w. telah ditangguhkan sehingga  dua hari dua malam kerana mendahulukan urusan pemilihan Khalifah yang bakal menggantikan baginda s.a.w. sebagai pemimpin dan pemerintah negara Islam sehingga akhirnya terpilihnya sahabat Nabi  s.a.w. bernama Abu Bakar r.a. sebagai Khalifah menggantikan baginda s.a.w.," kata beliau.
Oleh itu, katanya ulama-ulama yang membicarakan tentang politik pemerintahan dalam Islam seperti Abu Ya'la al-Farra' (meninggal 458H) dalam karyanya al-Ahkam al-Sultaniyyah menegaskan bahawa melantik khalifah dan pemerintah adalah satu kewajipan.
Bahkan menurut beliau lagi, Imam Ahmad pengasas Mazhab Hambali menegaskan fitnah akan berlaku sekiranya tiadanya pemerintah menguruskan urusan manusia.
Ujar beliau, atas dasar itulah umat Islam tidak boleh memandang ringan urusan pendaftaran sebagai pengundi yang melayakkan mereka memilih pemimpin dalam PRU13.
"Kegagalan mendaftar sebagai pengundi bererti membiarkan orang lain menentukan siapakah pemerintah negara pada masa akan datang, akhirnya ia memberi kesan secara langsung kepada tertegaknya atau runtuhnya agama," tegas beliau.
Justeru itu, katanya adalah sangat tidak wajar bagi orang beragama membiarkan urusan pemerintahan dikuasai oleh golongan yang jauh daripada agama hingga akhirnya membawa kepada kerosakan dalam pengurusan harta negara dengan polisi-polisi pemerintahan yang songsang dan menyeleweng daripada landasan Islam.
Malah, ujarnya Nabi Yusof alaihissalam telah meminta untuk menjadi pengurus harta negara kerana kebimbangan ianya dikuasai oleh golongan yang rosak akhlak dan tidak berkelayakan sebagaimana tawaran baginda yang dirakamkan oleh al-Quran dalam surah Yusof ayat 55 bermaksud: "Jadikan saya penjaga khazanah bumi kerana saya seorang pemegang amanah (hafiiz) lagi berilmu.
Kata beliau, dalam keadaan dunia akhir zaman yang dipenuhi oleh golongan yang fasiq melanggar perintah Allah, orang-orang beragama perlu tampil menawarkan diri menjadi pemerintah untuk mengelakkan negara dikuasai oleh golongan yang rakus untuk menjadi pemerintah tetapi dalam masa yang sama mempunyai kerosakan akhlak dan perangai.

Skim 1Care for 1Malaysia abai rakyat miskin

Senator S. Ramakrishnan, 17 Feb 2012
Cadangan skim penjagaan kesihatan (1Care for 1Malaysia) adalah satu lagi rancangan besar untuk merompak rakyat yang sakit dan susah untuk memperkayakan kroni-kroni UMNO. Semasa menyediakan cadangan skim ini kerajaan tidak berunding dan berdialog dengan pihak berkepentingan. Ini mengesahkan fakta bahawa kerajaan tidak mengambil kira masalah rakyat biasa. Kerajaan seolah-olah lebih prihatin untuk menjaga atau melindungi kontrak lumayan kroni dan pemimpin UMNO. Setiap hari rakyat Malaysia melihat satu skandal selepas satu skandal yang lain. Seperti skandal RM250 juta Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), lebuhraya pantai barat dengan 60 tahun konsesi yang membebankan pengguna dan pembalakan haram bernilai RM900 juta setahun adalah senarai terbaru skandal yang seolah-olah tidak merisaukan kerajaan. Sekarang kerajaan mahu merompak rakyat yang sakit dan miskin dengan skim 1Care for 1Malaysia.



Dalam bajet 2012, Menteri Kewangan memperuntukkan RM17 bilion daripada RM233 bilion kepada Kementerian Kesihatan untuk menyediakan penjagaan kesihatan. Peruntukan ini termasuk RM8 bilion untuk pembayaran emolumen dan RM6.61 billion bagi pembelian bekalan dan perkhidmatan seperti ubat-ubatan, barang-barang kegunaan, penyelenggaraan dan utiliti dan bakinya untuk pembangunan penjagaan kesihatan seperti membina hospital-hospital baru. Projek-projek hospital seperti pembinaan hospital di Shah Alam bernilai RM482 juta yang terbengkalai masih terus diberikan kepada kroni UMNO melalui rundingan terus. Namun, kerajaan tidak mempunyai dana untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang sempurna kepada rakyat Malaysia. Tahun lepas Ketua Audit Negara mendedahkan bahawa sebanyak RM5.51 bilion dibelanjakan ke atas pembayaran yang tiada dalam senarai (unbudgeted) disebabkan pembelian barangan dan perkhidmatan yang berkualiti rendah dan pembelian balik, penalti yang dibayar kerana kecuaian dan cukai kerajaan yang tidak dikutip pada tahun 2010. Di Malaysia, setiap kali sesuatu diswastakan, ia bukan membawa kehidupan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia, sebaliknya kita yang perlu membayar. Elektrik, Pos, Telekom, jalan bertol, Indah Water adalah beberapa contoh.

Malaysia berada pada kedudukan 151 daripada 193 negara dalam perbelanjaan penjagaan kesihatan mengikut peratusan daripada KDNK di antara tahun 2000-2005. (http://www.photius.com/rankings/healthranks.html). Perbelanjaan penjagaan kesihatan kita adalah sekitar 4-5% daripada KDNK setiap tahun. Ini menunjukkan Malaysia adalah salah satu daripada negara-negara yang kurang melabur (under invest) untuk kesihatan rakyat. Malaysia berada di kedudukan ke-90 dalam jangka hayat yang sihat. Secara amnya, Malaysia kurang berprestasi (underperformed) dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada rakyat. Pencapaian sistem kesihatan dan prestasi Malaysia adalah pada kedudukan 89 daripada 191 negara. Oleh itu, kita mesti melabur dan meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam sistem perkhidmatan kesihatan. Dengan meningkatkan perbelanjaan penjagaan kesihatan, kerajaan melepaskan tanggungjawab membayarnya kepada rakyat yang sudah dibebani dengan kenaikan kos sara hidup dan gaji yang tidak dinaikkan. Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan sumber asli dan sumber manusia mampu menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih baik tanpa terus membebankan rakyat.

Sekiranya kerajaan melaksanakan skim 1CARE, apa yang akan berlaku kepada orang-orang yang menganggur, miskin dan orang-orang tua? Di mana mereka akan pergi untuk mendapatkan penjagaan kesihatan? Di bawah skim 1CARE, kerajaan mahu menetapkan pesakit hanya berjumpa seorang doktor dan pesakit tidak akan dapat berjumpa dengan doktor yang lain. Selain itu, pesakit hanya akan dapat berjumpa doktor enam kali setahun dan kerajaan mahu kita membayar 10 peratus daripada pendapatan kita setiap bulan untuk insurans ini. Pendapatan pekerja-pekerja miskin telah ditekan oleh kehadiran berjuta-juta pekerja asing. Malah, 40% tenaga kerja Malaysia adalah pekerja asing dan 34% pekerja Malaysia hidup dalam kemiskinan tegar. Bagaimana mereka akan membayar untuk penjagaan kesihatan?

Malaysia mempunyai salah satu sistem penjagaan kesihatan yang terbaik di dunia sebelum tahun 1980-an. Tetapi apabila keseronokan penswastaan​​ bermula semasa di bawah pemerintahan Mahathir semuanya gagal dan merugikan, kemudian tumpuan beralih kepada memperkayakan kroni UMNO yang tamak. Kerajaan telah mengabaikan tanggungjawab sosialnya demi untuk melahirkan jutawan-jutawan BUMIPUTRA. Tetapi pada hakikatnya orang Melayu miskin terus dibebani untuk mengkayakan beberapa jutawan UMNOPUTRA. Semua program transformasi Perdana Menteri hanyalah cakap besar tanpa ada hasil. 15 tahun defisit bajet berturut-turut menunjukkan bahawa kerajaan menyalahgunakan hasil tanpa apa-apa manfaat kepada rakyat. Sebaliknya, Perdana Menteri sibuk membelanjakan RM500 untuk setiap orang miskin tetapi ramai kaum India yang miskin masih dipinggirkan dan juga RM100 bagi setiap pelajar. UMNO dan sekutu-sekutunya tiada kehendak politik untuk mengubah penjagaan kesihatan. Mereka hanya memikirkan untuk mengkayakan diri mereka sendiri.

Shahrizat wanita Bani Makhzum versi Umno

14 Feb 2012
Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Bahawa orang-orang Quraisy digelisahkan oleh perkara seorang wanita Makhzum yang mencuri. Mereka berkata: Siapakah yang berani membicarakan masalah ini kepada Rasulullah s.a.w.? Mereka menjawab: Siapa lagi yang berani selain Usamah, pemuda kesayangan Rasulullah s.a.w. Maka berbicaralah Usamah kepada Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apakah kamu meminta syafaat dalam hudud Allah?"

Kemudian baginda berdiri dan berpidato:

"Wahai manusia! Sesungguhnya yang membinasakan umat-umat sebelum kamu adalah apabila seorang yang terhormat di antara mereka mencuri, maka mereka membiarkannya. Namun bila seorang yang lemah di antara mereka mencuri, maka mereka akan melaksanakan hukum hudud atas dirinya. Demi Allah, sekiranya Fatimah puteri Muhammad mencuri, nescaya akan aku potong tangannya." (hadis riwayat Muslim)

Ketika berkunjung ke pejabatnya pada suatu hari di tahun 1995, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Megat Junid Megat Ayub (Allahyarham) pernah menceritakan kisah seorang polis trafik berpangkat sarjan yang dibuang kerja tiga bulan sebelum bersara.

Kesalahannya kerana menerima wang rasuah bernilai RM50 daripada seorang pemandu lori.

Kita juga pernah mendengar kes pecah amanah membabitkan bekas Pengurus Cawangan Pejabat Pos Putrajaya melibatkan wang berjumlah RM95,500. Tindakannya itu didorong oleh desakan kewangan bagi membiayai belanja perubatan beliau yang menghidap penyakit barah rahim.

Banyak lagi cerita-cerita rakyat marhain yang dihukum mahkamah kerana kesalahan rasuah dan pecah amanah. Bila rasuah makin membarah, tentunya yang menjadi mangsa adalah rakyat dan negara.

Buku Jingga yang menggariskan dasar dan program Pakatan Rakyat turut memaparkan krisis yang dihadapi negara ekoran budaya rasuah dan penyelewengan ini. Walaupun dibakulsampahkan seorang Timbalan Menteri Kerajaan BN dalam program penerangan membabitkan wakil-wakil rancangan Felda seluruh negara baru-baru ini, fakta-fakta berhubung gejala rasuah yang dimuatkan dalam buku itu gagal dinafikan kerajaan BN yang menguasai Putrajaya.

Sebagai contoh, Malaysia jatub 26 anak tangga dalam indeks integriti institusi awam dalam laporan Daya Saing Global oleh Forum Ekonomi Dunia dari tahun 2007 ke 2009.

Sejumlah RM28 bilion kerugian ditanggung negara setiap tahun akibat ketirisan, penyelewengan perolehan dan rasuah yang berleluasa; tiga kali ganda hasil negara hilang melalui rasuah berbanding yang dibelanjakan untuk subsidi minyak rakyat.

Persepsi rakyat tentang rasuah negara juga teruk. Sejumlah 46% rakyat yang ditinjau Transparency International menyatakan bahawa gejala rasuah semakin berleluasa dalam tahun 2010 berbanding 2009.

Paling akhir adalah skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) membabitkan pinjaman mudah kerajaan berjumlah RM250 juta yang dianugerahkan kepada syarikat anak beranak Menteri Pembangunan Masyarakat, Wanita dan Keluarga, Dato' Seri Shahrizat Jalil yang juga Ketua Wanita Umno.

Skandal ini mula menarik perhatian umum apabila kegagalan NFC didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011. Maklumat dalaman yang diterima KeADILan menunjukkan bagaimana di sebalik kegagalan itu, NFC didapati berbelanja mewah menggunakan dana diperolehi dari kerajaan.

Ini termasuk pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, tiga lagi unit kondominium mewah di Singapura, dua bidang tanah di Putrajaya, pembelian kereta mewah serta pakej percutian untuk keluarga Shahrizat, tidak terkecuali belanja untuk melakukan ibadah umrah!

Walaupun dikecam hebat oleh pihak luar dan dalam parti, Shahrizat masih bertegas mengatakan dirinya tidak bersalah. Dengan menyingsing lengan, beliau mencabar dua pemimpin KeADILan yang mendedahkan skandal lembu fidlot itu sambil menerima sorakan sokongan para perwakilan Wanita Umno, November tahun lalu.

Beliau akhirnya mengambil keputusan untuk bercuti selama tiga minggu dan terbang ke Makkah untuk menunaikan umrah; satu lagi amalan biasa ahli politik Umno yang ditimpa masalah.

Sekembalinya daripada bercuti, Shahrizat dipanggil memberi keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan disoalsiasat selama dua jam di ibu pejabat SPRM Putrajaya.

Namun dia terus berpendirian bahawa NFC adalah urusan suami dan anak-anaknya dan tiada kaitan langsung dengan dirinya.

Bagaimanapun silat pencak Shahrizat mengelak diri daripada skandal penyelewengan NFC itu dipayahkan lagi oleh kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamed Nazri Abd Aziz.

Nazri menasihatkan ahli keluarga rakan kabinetnya itu supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kerajaan jika tidak mahu isu ini berlarutan.

Tindakan itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Beliau (Shahrizat) tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan," katanya dipetik akhbar Sinar Harian, 13 Fabruari lalu.

Nampaknya dengan syarat mengembalikan wang RM250 juta kepada kerajaan, Shahrizat dan keluarganya diberi jaminan oleh menteri yang menjaga SPRM akan bebas daripada segala dakwaan penyelewengan, pecah amanah dan salah guna kuasa.

Maksudnya, yang penting bagi Nazri adalah duit dan bukannya intergriti, kredibiliti, sikap amanah dan kejujuran menteri terbabit dan ahli keluarganya.

Sifir Nazri ini juga mungkin boleh digunakan kepada sarjan polis dan bekas Pengurus Cawangan Pejabat Pos yang dinyatakan di atas.

Tapi adakah pelawaan Nazri itu turut terpakai kepada para penerima rasuah berskala kecil yang berita pendakwaan mereka menghiasi dada-dada akhbar saban hari dan saban minggu.

Atau ia hanya terpakai kepada Shahrizat kerana statusnya umpama wanita Bani Makhzum yang dinyatakan dalam hadis riwayat Muslim di atas. Jika Nazri boleh diibaratkan wakil Bani Quraisy untuk bertemu Rasulullah s.a.w. bagi meminta hukuman hudud tidak dilaksanakan, masih adakah pemimpin Umno yang akan bangun mencontohi sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud; "Demi Allah, sekiranya Fatimah puteri Muhammad mencuri, nescaya akan aku potong tangannya."

Kongres Melayu Pulau Pinang kutuk Hasan Ali

Rahmad Isahak,
Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) hari ini mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan oleh Dato Dr. Hasan Ali yang dibuatnya di Bandar Baru Bangi bahawa terdapat usaha oleh pihak-pihak tertentu terutamanya Pakatan Rakyat yang kononnya berhasrat untuk mewujudkan negara Malaysia sebagai sebuah negara republik serta menggugurkan Perkara 153
Perlembagaan Malaysia.

Lanjutan dari kenyataan beliau yang tidak mengambilkira soal integritikaum telah mendatangkan situasi panik dikalangan rakyat Malaysia yang majmuk ini.

Apakah kenyataan tersebut dibuat bagi kepentingan politik murahan demi bagi tujuan meneruskan survival politik beliau? Ianya sangat memalukan orang-orang melayu.

KMPP menilai situasi Dato Dr. Hasan Ali sekarang lebih menonjol dan bebas mengeluarkan kenyataan yang melampaui keraguan munasabah kerana terdapat immuniti yang diberikan disamping mendapat liputan daripada pihak media tempatan.

Gara-gara dipecat dari Parti PAS maka kesempatan tersebut digunakan sebaik mungkin menerusi anjakan motivasi untuk mencari publisiti.

Kenapa sewaktu beliau masih bersama PAS dahulu perkataan “PARASIT” tidak digunakannya dan hanya setelah dipecat barulah pemimpin professional Islam ini melabelkan perkataan tersebut secara drastik?

Kenapa perlu tunggu hingga dipecat baru bertindak dan tidakkah situasi tersebut dilihat sebagai membalas dendam? Bekas exco ini sepatutnya melepaskan jawatannya terlebih dahulu dalam Kerajaan Negeri Selangor jika sudah tahu bahawa ada seteru dari Parti PAS yang menghalangnya dari melaksanakan hukum Islam.

Cerminlah diri sendiri sebelum menagih simpati dari rakyat atau alasan dianiayai.

Jika beliau berpendapat dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berasaskan kepada khabar angin dengan hasrat untuk menakutkan rakyat di negara ini maka ini bermakna beliau menggali lubang sendiri.

Jangan menjadikan agenda Melayu, Islam dan Raja-raja Melayu sebagai perisai bagi tujuan menyatupadukan melayu dinegara ini, tetapi pada masa yang sama meraih sokongan bukan melayu diatas tiket JATI yang kononnya akan menjadi bentang ketiga dalam arena
politik negara.

Situasi sebegini hanya akan ditolak oleh rakyat berfikiran waras.

Walaubagaimanapun pihak KMPP menyanjung tinggi hasrat beliau untuk mewujudkan satu NGO berbilang kaum yang dikenali sebagai JATI.

Namun kepada rakyat Malaysia soal tersebut tidak relevan serta sama sekali tidak penting. Yang lebih penting adalah harus ada sebuah Kerajaan yang dapat memberikan keutamaan kepada soal kebajikan serta ekonomi yang manpan kepada rakyat.

Rakyat lebih bijak menggunakan minda sebagai pengundi demi bagi memastikan hak mereka terpelihara daripada membuang masa mendengar motivasi yang akhirnya mendatangkan defisit kepada mereka.

Oleh yang demikian tanpa prasangka pihak KMPP mencabar Dato Dr. Hasan Ali menunjuk bukti bahawa negara Malaysia akan menjadi sebuah negara Republik dan Perkara 153 dalam Perlembagaan Negara akan digugurkan.

Sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa, kenyataan yang berteraskan khabar angin daripada seorang pemimpin professional seperti beliau adalah tidak boleh diterima sama sekali.

Ianya hanya menyerlahkan sikap serta peribadi beliau yang sebenarnya. Maka rakyat boleh menilai siapakah sebenarnya Dato Dr. Hasan Ali.

Dalam masa yang sama pihak KMPP atas nama rakyat Malaysia turut mendesak agar pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat khususnya Parti DAP dapat memberikan penjelasan serta jawapan yang terang apakah benar seperti mana didakwa oleh Dato Dr. Hasan Ali tersebut?

Apa jua penjelasan nanti akan dianggap sebagai janji oleh pihak Pakatan Rakyat yang bakal disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

KMPP melihat kenyataan Dato Dr. Hasan Ali tersebut sebagai amat serius dan tidak boleh berkompromi kerana ianya melibatkan kesejahteraan kaum dinegara ini. Sesungguhnya inilah satu kenyataan berbentuk “PARASIT” daripada seorang pemimpin atau wira yang tidak didendang.

Sekian, terima kasih.

KONGRES MELAYU PULAU PINANG

.................
RAHMAD BIN ISAHAK
PRESIDEN (KMPP), (019-472 8509)

Ratusan serbu kaunter BR1M di Jinjang
Satu majlis pemberian baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Jinjang, Kuala Lumpur hari ini kecoh apabila ratusan penerima bantuan itu mengerumuni pentas untuk mendapatkan habuan masing-masing.

NONEMalah ada di antara kumpulan penerima bantuan itu saling tolak-menolak sehingga menyebabkan pemberian baucar tersebut dihentikan seketika.

Seorang petugas BN kemudiannya terpaksa menenangkan individu berkenaan dengan menyatakan bahawa jumlah baucar itu mencukupi untuk diedarkan kepada semua penerima.

"Baucer cukup! Baucer cukup! Kita akan selesaikan tak kira sampai pukul berapa.

"Urusetia dalam perjalanan untuk bawa baucer lagi," kata petugas itu lagi melalui pembesar suara.

Kumpulan penerima baucear itu mula mengerumuni pentas setelah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin beredar meninggalkan majlis berkenaan pada kira-kira jam 6 petang ini.

NONEPara petugas itu kemudiannya berpecah kepada beberapa kumpulan di sekitar tapak program berkenaan untuk membahagikan baucer bernilai RM500 itu.

Dalam pada itu, seorang penerima baucer berkenaan ketika ditemui Malaysiakini berkata beliau gembira kerana mendapat baucer BR1M.

"Saya tunggu dari jam 1 (petang) lagi. Sekarang baru dapat," katanya yang enggan dinamakan.

Bagaimanapun beliau berpendapat bahawa majlis seperti itu tidak sepatutnya diadakan di kawasan seperti di Projek Perumahan Rakyat Beringin itu.

Ia sepatutnya diadakan di lokasi yang lebih mudah dikunjungi seperti bangunan sekolah, katanya lagi.

Tiada ulasan: