Dewan Ulamak teguh bersama Presiden PAS
Harakahdaily, | 13 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 13 Feb:
Dewan Ulamak PAS Pusat dalam satu kenyataan rasmi menegaskan bahawa
Dewan itu bertegas dan berada teguh di belakang kepimpinan Presiden PAS,
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk terus memimpin bahtera
perubahan dalam Pilihan raya Umum yang akan datang.
Kenyataan rasmi itu diputuskan dalam Mesyuarat Dewan Ulamak PAS Pusat yang diadakan baru-baru ini yang dipengerusikan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib.
Menurut beliau, kepimpinan Tuan Guru Abdul Hadi sebagai Presiden PAS amat diperlukan bukan sahaja di peringkat Parlimen bahkan negeri Terengganu dalam usaha untuk mengemudi bahtera perubahan di Malaysia dengan acuan Islam yang menjadi tonggak utama perjuangan PAS itu sendiri.
Keputusan mempertahankan dan mempertegaskan kepimpinan Datuk Seri Tuan Guru Presiden untuk memimpin bahtera pilihan raya PAS itu dicapai secara sebulat suara oleh semua ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat yang hadir pada mesyuarat pusat dewan tersebut.
KUALA LUMPUR, 13 Feb:
Tragedi Penipuan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengenai
tembakan gas pemedih ke Hospital Tung Shin membuatkan jaminan beliau
untuk memantau keselamatan kilang Lynas terus dipertikai.
Bagi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, ke Tung Shin telah menyebabkan jaminan Tiong Lai dipertikaikan.
"Bolehkah kita mempercayai Pengerusi MCA Pahang dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk memantau keselamatan dan sekuriti pengendalian Loji Bahan-Bahan Maju Lynas (LAMP) di Kuantan?" soalnya.
Padahal, katanya, beliau telah menunjukkan sikap tidak endah, tidak profesional dan tidak bertanggungjawab dengan menipu dan menafikan bahawa polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan Hospital Bersalin Tung Shin semasa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011?
Apabila dibuktikan bahawa polis memang telah menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam kawasan hospital, barulah Liow terpaksa memohon maaf secara terbuka.
Namun demikian, tidak ada tindakan yang telah diambil ke atas mereka yang cuba menutup isu ini dan memberi laporan palsu.
Kini, MCA Pahang telah mengumumkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan Liow untuk memantau operasi LAMP yang baru sahaja diberi Lesen Kendali Sementara (TOL) selama 2 tahun oleh Kerajaan Persekutuan BN.
Bagi Ketua Menteri Pulau Pinang itu, pemberian TOL oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Malaysia untuk loji pemprosesan nadir bumi yang terbesar di dunia adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan membawa risiko kepada keselamatan, kesihatan dan juga nyawa rakyat di Kuantan, terutama sekali apabila dasar-dasar perlindungan antarabangsa masih lagi dipertikaikan.
Umum tidak mempunyai keyakinan terhadap keupayaan BN bukan sahaja untuk bercakap benar tetapi juga untuk memantau keselamatan secara profesional.
Daripada menangani isu-isu yang serius, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengambil keputusan untuk menubuhkan jawatankuasa yang dipengerusikannya untuk memastikan pematuhan LAMP dalam syarat-syarat yang ditetapkan dalam TOL.
"Mengharapkan kredibiliti dan profesionalisme Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk memantau keselamatan LAMP adalah tidak berbeza dengan mempercayai pihak berkuasa Malaysia untuk mengendalikan loji nuklear dengan selamat apabila stadium di Kuala Terengganu pun tidak boleh dibina tanpa keruntuhan bumbung," tegas beliau.
Salah satu daripada lima syarat adalah supaya Lynas menyediakan pelan terperinci dan juga lokasi Fasiliti Pembuangan Sisa (PDF) kepada AELB dalam tempoh 10 bulan dari tarikh pemberian lesen.
Dalam kata lain, AELB dan pihak pengawal selia sendiri tidak mempunyai cadangan pembuangan sisa radioaktif yang jelas daripada Lynas.
Di bawah TOL, Lynas akan bertanggungjawab penuh atas pengurusan sisa termasuk mengembalikannya kepada sumber asal jika perlu.
Tetapi Australia sudah menyatakan bahawa ia tidak akan mengambil balik apa-apa bahan sisa.
"Jika begitu, ke manakah sisa-sisa itu akan dikembalikan?
"Siapakah pakar dalam MCA Pahang yang akan memantau operasi Lynas dan mengenalpasti sama ada ianya selamat atau tidak?" kata Lim Guan Eng dalam kenyataannya.
Adalah jelas, kata beliau, MCA dan BN rela mengorbankan keselamatan rakyat demi keuntungan besar untuk syarikat tersebut dan juga pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dengan membenarkan pengendalian loji nadir bumi Lynas di Kuantan.
KUALA LUMPUR, 13 Feb:
Syarikat berkaitan kerajaan, Sime Darby dan Felda diminta memberikan
penjelasan apakah benar mereka menjual minyak sawit mereka ke Israel.
Penjelasan ini dipohon Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SMMM), Badrul Hisham Shaharin atau che'GuBard melalui satu kenyataan terbuka hari ini.
Terbaru, kata che'GuBard, ialah dokumen di perolehi dari "Index Mundi" dan IMF yang cukup mudah dicari melalui internet.
Link yang ini menunjukkan bagaimana penjualan minyak sawit Malaysia dalam matawang New Israeli Syeqel dan harga minyak sawit Malaysia telah di senaraikan dalam futures trading (harga masa depan) sehingga Januari 2012 juga dalam New Israeli Sheqel.
Tertera dengan jelas, katanya, adalah nama Sime Darby dari Malaysia.
"Kini rakyat Malaysia harus mendapatkan penjelasan dari pihak Felda dan Sime Darby samada mereka ada terlibat dalam apa-apa penjualan minyak sawit Malaysia kepada Israel," kata beliau dalam kenyataannya.
Sebelum ini, SAMM telah membuat pendedahan awal mengenai wujudnya dagangan Sawit terus oleh syarikat tempatan dan penghantaran secara terus dilakukan dari Johor ke Israel.
Namun regim terus mendiamkan dari memberikan jawapan rasmi, katanya.
Hari ini, kata che'GuBard, satu surat rasmi dari SAMM telah dihantar kepada Kemneterian Perdagangan Antarabangsa dengan dihantar salinan ke Perdana Menteri Malaysia serta pihak media untuk memberikan respon mengenai perkara ini.
Namun dalam media baru ramai 'pemain cyber upahan' cuba memberikan penafian lemah, katanya.
Bagi beliau, rakyat harus membuka mata dengan fakta ini kerana di depan rakyat tempatan regim menuduh orang itu dan orang ini sebagai 'agen Amerika' dan sebagainya tetapi hakikat sebenarnya Malaysia terus menerus menjadi pembantu ekenomi Israel.
Pada 8 Febuari lepas, SAMM telah menunjukkan kepada pihak wartawan mengenai beberapa dokumen perniagaan termasuk dokumen rasmi kerajaan yang menunjukkan dua buah syarikat yang menghantar terus minyak sawit ke Israel.
Dua syarikat tersebut ialah Mewaholeo Industries Sdn. Bhd dan IOI Croklaan Sdn Bhd yang mana kedua dua syarikat tempatan tersebut punya alamat beroperasi di Johor.
Bagi beliau, kenyataan sebelum ini yang menyatakan kononya Malaysia tidak mampu menghalang perdagangan terus Malaysia dan Israel kerana ia melibatkan syarikat asing yang melabur di Malaysia ialah bertujuan menipu dan mengelirukan.
"Sudahlah kenyataan tersebut menunjukkan kelemahan negara hanya kerana untuk menarik pelaburan asing maka kita gadaikan prinsip membela Palestin dan usaha pembebasan kiblat pertama umat Islam.
"Malang lebih dari itu regim menyelindungkan urusan bahawa wujud juga perdagangan terus libatkan syarikat tempatan," dakwa beliau.
Utusan Malaysia hari ini di halaman 5 menyiarkan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mempersoalkan pendirian YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang dikatakan berdiam diri berhubung isu Valentine's Day khususnya selepas kenyataan Karpal Singh yang dikatakan mendesak agar sambutan Hari Valentine's Day dibenarkan.
Sedarkah Mashitah bahawa YAB Tuan Guru telah mengeluarkan kenyataan pada hari Khamis, 9 Februari 2012 yang lepas bahawa Valentine's Day tidak boleh disambut dan mencadangkan agar diadakan sambutan Hari Suami Isteri? Dalam hal ini, pendirian YAB Tuan Guru telah jelas. Pendirian PAS ialah Valentine's Day dengan pengisian yang ada pada hari ini tidak boleh disambut oleh masyarakat Muslim.
Sewajarnya Mashitah perlu menoleh kepada rakan-rakannya di dalam Barisan Nasional. Sedarkah Mashitah bahawa Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha telah mendesak agar sambutan Hari Valentine's Day tidak dihalang. Begitu juga dengan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang mendesak agar PAS tidak menentang sambutan Hari Valentine's Day.
Dan yang lebih penting, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini di dalam New Straits Times, halaman 9 menyatakan, "What is wrong with celebrating Valentine's Day? Can a one-day event cause the moral values of Malaysians to go down...?"
APA PENDIRIAN MASHITAH TENTANG PANDANGAN RAKAN-RAKANNYA SENDIRI DI DALAM BARISAN NASIONAL DAN UMNO?
Sila rujuk:
1. Kenyataan Setiausaha Agung MCA: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2012%2F2%2F12%2Fnation%2F10723987&sec=nation
2. Kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Kedah: http://malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/47128-apologise-for-valentines-day-claim-pas-told
KUALA LUMPUR, 13 Feb: Asal Bukan Umno (ABU) akan dilancarkan seluruh negara mulai 17 Februari ini di peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Ia akan dilancarkan di Madrasah Ehsaniah Taman Bukit Anggerik @ METBA (Bersebelahan Padang), Bandar Tun Razak, Cheras.
Antara pemidato yang akan menyertai program ini adalah Haji Mohamd Sabu (Timbalan Presiden PAS), Badrul Hisham Shaharin atau CheGuBard (Ketua Penyelaras SAMM), Tan Sri Samad Said (Sasterawan Negara), Adam Adli (Aktivis Mahasiswa).
Pada 23 Februari pula pelancaran ABU peringkat negeri Selangor akan diadakan di Semenyih iaitu di Dewan Orangramai Beranang, Selangor.
Pada majlis ini, pemidatonya adalah Arulchelvan (PSM), Khalid Samad (PAS), Haris Ibrahim (NGI) dan Adam Adli (Aktivis Mahasiswa).
Selepas itu, ABU Melaka akan dilancarkan di Masjid Tanah pada 24 Februari manakala ABU Perak pula akan dilancarkan di Ipoh pada 25 Februari.
Pada 26 Februari pula, ABU Johor akan dilancarkan di Pasir Gudang dengan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub akan mengetuai pemidatonya.
Pada 3 Mac pula, pelancaran ABU Terengganu akan disempurnakan di Kuala Terengganu manakala pada 4 Mac akan dilancar ABU Kelantan iaitu di perkarangan Stadium Sultan Mohamad ke 1V di Kota Bharu.
Pelancaran pentas ABU seterusnya adalah Negeri Sembilan - Rantau 6hb Mac, WP Kuala Lumpur - Wangsa Maju 9hb Mac, Pahang - Bera 10hb Mac, Penang - Balik Pulau 14hb Mac, dan Kedah- Alor Star 20 Mac.
KUALA LUMPUR, 13 Feb: Persatuan
Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mencadangkan kerajaan Malaysia memanggil
Duta Syria ke Malaysia di samping mendesak OIC bertindak tegas terhadap
kekejaman Syria terhadap rakyatnya.
Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dalam kenyataannya berkata, OIC perlu menempatkan pemerhati dan tentera bagi memantau situasi di Syria.
Tekanan perlu dibuat kepada Kerajaan Syria bagi patuh kepada norma-norma Islam dan antarabangsa dalam menghormati hak rakyat Syria.
PPMM juga menyeru Kerajaan Malaysia memanggil Duta Syria menzahirkan kebimbangan Malaysia terhadap keadaan di Syria dan memberi kata dua kepada Kerajaan Syria mengembalikan keamanan di Syria.
Kezaliman bukan merupakan suatu pilihan bagi menanhani isu perjuangan rakyat, katanya.
"PPMM yakin Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang dihormati masyarakat antarabangsa mampu memainkan peranan dan menggerakkan usaha bermuafakat dengan negara Islam yang lain mencari jalan penyelesaian isu kekejaman di Syria ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
PPMM amat prihatin dengan suasana yang berlaku di Syria ketika ini. Pembunuhan beramai-ramai yang semakin berleluasa oleh Kerajaan dan tentera Syria perlu dihentikan serta merta.
Sehingga kini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan serai 6000 orang telah dibunuh sejak kebangkitan rakyat Syria pada bulan Mac 2011.
Kejadian ini adalah ulangan kekejaman yang dilakukan oleh bapa Bashar Al Assad iaitu Hafez al Assad yang telah membunuh 40,000 rakyat Syria di Hama pada tahun 1982 dalam tempoh 27 hari mengikut perangkaan Syrian Human Rights yang dipimpin oleh adik Hafez iaitu Rifaat Al Assad dari puak Syiah Alawi.
Pembunuhan pula dikatakan terarah kepada masyarakat Sunnah yang mahukan kebebasan di Syria.
Adalah amat malang bagi masyarakat dunia yang bertamadun PBB telah gagal menangani kezaliman ini secara tuntas, kata Zainul.
"PBB sebagaimana yang kita ketahui tetap menjaga anggota tetap Majlis Keselamatan dan sekutunya.
Struktur PBB yang memberikan kuasa veto kepada anggota-anggota tetap Majlis Keselamatan sering menggagalkan usaha meningkatkan keamanan dunia khususnya di Timur Tengah," jelasnya.
Ekoran itu, katanya, dalam banyak keadaan umat Islam telah punah kepercayaannya kepada PBB yang sering dilihat tidaka berupaya mengambil sebarang tindakan yang tuntas dalam menyelesaikan polemik yang dihadapi umat Islam kerana dibayangi kuasa-kuasa besar dunia.
Oleh itu, katanya, PPMM menyeru Pertubuhan Negara Islam (OIC) mengambil tindakan tegas dengan segera terhadap Syria yang merupakan salah sebuah anggota OIC.
"Jika PBB gagal menangani isu ini, janganlah OIC juga melepaskan tangan dengan hanya memandang sahaja pembunuhan demi pembunuhan di bumi Syam itu," tegas beliau.
PPMM juga menyeru Kerajaan Malaysia supaya mengkaji semula hubungan diplomatik dengan Kerajaan Syria bagi menegaskan penghormatan Malaysia terhadap hak asasi rakyat Syria.
PPMM akhirnya menyeru Kerajaan Syria mengembalikan keamanan di Syria dan menghormati hak-hak masyarakat tanpa mengira samada mereka pengikut Syiah ataupun Sunnah.
Lebih penting lagi perjuangan untuk melaksanakan demokrasi di Syria perlu diberi ruang agar keadilan akan menjadi tunjang kepada sistem perundangan di Syria.
Kezaliman yang dilakukan oleh tentera Syria akan hanya meningkatkan pemberontakan di Syria dan akhirnya rakyat keseluruhan akan bangkit melawan kezaliman sebagaimana yang berlaku di beberapa negara di Timur Tengah.
PPMM mengajak Kerajaan Syria mengambil iktibar dari situasi yang berlaku di beberapa negara Timur Tengah beberapa tahun ini.
Pilihan yang tepat bagi menyelesaikan isu ini adalah berunding dengan rakyat tanpa mengira mazhab serta memberikan lebih hak kepada rakyat melaksanakan demokrasi di Syria, katanya.
Sebuah
Jawatan-kuasa Bertindak bagi isu Rampasan Tanah Sekolah Rendah Agama
Darul Bayan telah diwujudkan yang dianggotai dari kalangan para
ibu-bapa, Pengerusi & AJK Ahli Lembaga Pengarah Sekolah serta Guru
Besar dan kakitangan sekolah. Mereka baru mengetahui pada akhir januari
2012 bahawa tanah sekolah mereka telah dirampas oleh 5 penama JKKK
kampung Limbong & kg cacar. Ketua JKKK, setiusaha, naib dan ajk JKKK
sendiri sanggup mengambil tanah sekolah tersebut untuk kepentingan
individu mereka sendiri.
Kenyataan rasmi itu diputuskan dalam Mesyuarat Dewan Ulamak PAS Pusat yang diadakan baru-baru ini yang dipengerusikan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib.
Menurut beliau, kepimpinan Tuan Guru Abdul Hadi sebagai Presiden PAS amat diperlukan bukan sahaja di peringkat Parlimen bahkan negeri Terengganu dalam usaha untuk mengemudi bahtera perubahan di Malaysia dengan acuan Islam yang menjadi tonggak utama perjuangan PAS itu sendiri.
Keputusan mempertahankan dan mempertegaskan kepimpinan Datuk Seri Tuan Guru Presiden untuk memimpin bahtera pilihan raya PAS itu dicapai secara sebulat suara oleh semua ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat yang hadir pada mesyuarat pusat dewan tersebut.
Rekod Tung Shin sebabkan jaminan Tiong Lai dipertikai
Harakahdaily, | 13 Feb 2012 |
Bagi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, ke Tung Shin telah menyebabkan jaminan Tiong Lai dipertikaikan.
"Bolehkah kita mempercayai Pengerusi MCA Pahang dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk memantau keselamatan dan sekuriti pengendalian Loji Bahan-Bahan Maju Lynas (LAMP) di Kuantan?" soalnya.
Padahal, katanya, beliau telah menunjukkan sikap tidak endah, tidak profesional dan tidak bertanggungjawab dengan menipu dan menafikan bahawa polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan Hospital Bersalin Tung Shin semasa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011?
Apabila dibuktikan bahawa polis memang telah menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam kawasan hospital, barulah Liow terpaksa memohon maaf secara terbuka.
Namun demikian, tidak ada tindakan yang telah diambil ke atas mereka yang cuba menutup isu ini dan memberi laporan palsu.
Kini, MCA Pahang telah mengumumkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan Liow untuk memantau operasi LAMP yang baru sahaja diberi Lesen Kendali Sementara (TOL) selama 2 tahun oleh Kerajaan Persekutuan BN.
Bagi Ketua Menteri Pulau Pinang itu, pemberian TOL oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Malaysia untuk loji pemprosesan nadir bumi yang terbesar di dunia adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan membawa risiko kepada keselamatan, kesihatan dan juga nyawa rakyat di Kuantan, terutama sekali apabila dasar-dasar perlindungan antarabangsa masih lagi dipertikaikan.
Umum tidak mempunyai keyakinan terhadap keupayaan BN bukan sahaja untuk bercakap benar tetapi juga untuk memantau keselamatan secara profesional.
Daripada menangani isu-isu yang serius, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengambil keputusan untuk menubuhkan jawatankuasa yang dipengerusikannya untuk memastikan pematuhan LAMP dalam syarat-syarat yang ditetapkan dalam TOL.
"Mengharapkan kredibiliti dan profesionalisme Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk memantau keselamatan LAMP adalah tidak berbeza dengan mempercayai pihak berkuasa Malaysia untuk mengendalikan loji nuklear dengan selamat apabila stadium di Kuala Terengganu pun tidak boleh dibina tanpa keruntuhan bumbung," tegas beliau.
Salah satu daripada lima syarat adalah supaya Lynas menyediakan pelan terperinci dan juga lokasi Fasiliti Pembuangan Sisa (PDF) kepada AELB dalam tempoh 10 bulan dari tarikh pemberian lesen.
Dalam kata lain, AELB dan pihak pengawal selia sendiri tidak mempunyai cadangan pembuangan sisa radioaktif yang jelas daripada Lynas.
Di bawah TOL, Lynas akan bertanggungjawab penuh atas pengurusan sisa termasuk mengembalikannya kepada sumber asal jika perlu.
Tetapi Australia sudah menyatakan bahawa ia tidak akan mengambil balik apa-apa bahan sisa.
"Jika begitu, ke manakah sisa-sisa itu akan dikembalikan?
"Siapakah pakar dalam MCA Pahang yang akan memantau operasi Lynas dan mengenalpasti sama ada ianya selamat atau tidak?" kata Lim Guan Eng dalam kenyataannya.
Adalah jelas, kata beliau, MCA dan BN rela mengorbankan keselamatan rakyat demi keuntungan besar untuk syarikat tersebut dan juga pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dengan membenarkan pengendalian loji nadir bumi Lynas di Kuantan.
Benarkah Felda dan Sime Darby jual sawit ke Israel?
Harakahdaily, | 13 Feb 2012 |
Penjelasan ini dipohon Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SMMM), Badrul Hisham Shaharin atau che'GuBard melalui satu kenyataan terbuka hari ini.
Terbaru, kata che'GuBard, ialah dokumen di perolehi dari "Index Mundi" dan IMF yang cukup mudah dicari melalui internet.
Link yang ini menunjukkan bagaimana penjualan minyak sawit Malaysia dalam matawang New Israeli Syeqel dan harga minyak sawit Malaysia telah di senaraikan dalam futures trading (harga masa depan) sehingga Januari 2012 juga dalam New Israeli Sheqel.
Tertera dengan jelas, katanya, adalah nama Sime Darby dari Malaysia.
"Kini rakyat Malaysia harus mendapatkan penjelasan dari pihak Felda dan Sime Darby samada mereka ada terlibat dalam apa-apa penjualan minyak sawit Malaysia kepada Israel," kata beliau dalam kenyataannya.
Sebelum ini, SAMM telah membuat pendedahan awal mengenai wujudnya dagangan Sawit terus oleh syarikat tempatan dan penghantaran secara terus dilakukan dari Johor ke Israel.
Namun regim terus mendiamkan dari memberikan jawapan rasmi, katanya.
Hari ini, kata che'GuBard, satu surat rasmi dari SAMM telah dihantar kepada Kemneterian Perdagangan Antarabangsa dengan dihantar salinan ke Perdana Menteri Malaysia serta pihak media untuk memberikan respon mengenai perkara ini.
Namun dalam media baru ramai 'pemain cyber upahan' cuba memberikan penafian lemah, katanya.
Bagi beliau, rakyat harus membuka mata dengan fakta ini kerana di depan rakyat tempatan regim menuduh orang itu dan orang ini sebagai 'agen Amerika' dan sebagainya tetapi hakikat sebenarnya Malaysia terus menerus menjadi pembantu ekenomi Israel.
Pada 8 Febuari lepas, SAMM telah menunjukkan kepada pihak wartawan mengenai beberapa dokumen perniagaan termasuk dokumen rasmi kerajaan yang menunjukkan dua buah syarikat yang menghantar terus minyak sawit ke Israel.
Dua syarikat tersebut ialah Mewaholeo Industries Sdn. Bhd dan IOI Croklaan Sdn Bhd yang mana kedua dua syarikat tempatan tersebut punya alamat beroperasi di Johor.
Bagi beliau, kenyataan sebelum ini yang menyatakan kononya Malaysia tidak mampu menghalang perdagangan terus Malaysia dan Israel kerana ia melibatkan syarikat asing yang melabur di Malaysia ialah bertujuan menipu dan mengelirukan.
"Sudahlah kenyataan tersebut menunjukkan kelemahan negara hanya kerana untuk menarik pelaburan asing maka kita gadaikan prinsip membela Palestin dan usaha pembebasan kiblat pertama umat Islam.
"Malang lebih dari itu regim menyelindungkan urusan bahawa wujud juga perdagangan terus libatkan syarikat tempatan," dakwa beliau.
Valentine: Sedarkah Mashitah pandangan rakan BN?
Ahmad Fadhli Shaari, | 13 Feb 2012 |
Utusan Malaysia hari ini di halaman 5 menyiarkan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mempersoalkan pendirian YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang dikatakan berdiam diri berhubung isu Valentine's Day khususnya selepas kenyataan Karpal Singh yang dikatakan mendesak agar sambutan Hari Valentine's Day dibenarkan.
Sedarkah Mashitah bahawa YAB Tuan Guru telah mengeluarkan kenyataan pada hari Khamis, 9 Februari 2012 yang lepas bahawa Valentine's Day tidak boleh disambut dan mencadangkan agar diadakan sambutan Hari Suami Isteri? Dalam hal ini, pendirian YAB Tuan Guru telah jelas. Pendirian PAS ialah Valentine's Day dengan pengisian yang ada pada hari ini tidak boleh disambut oleh masyarakat Muslim.
Sewajarnya Mashitah perlu menoleh kepada rakan-rakannya di dalam Barisan Nasional. Sedarkah Mashitah bahawa Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha telah mendesak agar sambutan Hari Valentine's Day tidak dihalang. Begitu juga dengan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang mendesak agar PAS tidak menentang sambutan Hari Valentine's Day.
Dan yang lebih penting, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini di dalam New Straits Times, halaman 9 menyatakan, "What is wrong with celebrating Valentine's Day? Can a one-day event cause the moral values of Malaysians to go down...?"
APA PENDIRIAN MASHITAH TENTANG PANDANGAN RAKAN-RAKANNYA SENDIRI DI DALAM BARISAN NASIONAL DAN UMNO?
Sila rujuk:
1. Kenyataan Setiausaha Agung MCA: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2012%2F2%2F12%2Fnation%2F10723987&sec=nation
2. Kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Kedah: http://malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/47128-apologise-for-valentines-day-claim-pas-told
ABU akan dilancar seluruh negara
Harakahdaily, | 13 Feb 2012 |
Ia akan dilancarkan di Madrasah Ehsaniah Taman Bukit Anggerik @ METBA (Bersebelahan Padang), Bandar Tun Razak, Cheras.
Antara pemidato yang akan menyertai program ini adalah Haji Mohamd Sabu (Timbalan Presiden PAS), Badrul Hisham Shaharin atau CheGuBard (Ketua Penyelaras SAMM), Tan Sri Samad Said (Sasterawan Negara), Adam Adli (Aktivis Mahasiswa).
Pada 23 Februari pula pelancaran ABU peringkat negeri Selangor akan diadakan di Semenyih iaitu di Dewan Orangramai Beranang, Selangor.
Pada majlis ini, pemidatonya adalah Arulchelvan (PSM), Khalid Samad (PAS), Haris Ibrahim (NGI) dan Adam Adli (Aktivis Mahasiswa).
Selepas itu, ABU Melaka akan dilancarkan di Masjid Tanah pada 24 Februari manakala ABU Perak pula akan dilancarkan di Ipoh pada 25 Februari.
Pada 26 Februari pula, ABU Johor akan dilancarkan di Pasir Gudang dengan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub akan mengetuai pemidatonya.
Pada 3 Mac pula, pelancaran ABU Terengganu akan disempurnakan di Kuala Terengganu manakala pada 4 Mac akan dilancar ABU Kelantan iaitu di perkarangan Stadium Sultan Mohamad ke 1V di Kota Bharu.
Pelancaran pentas ABU seterusnya adalah Negeri Sembilan - Rantau 6hb Mac, WP Kuala Lumpur - Wangsa Maju 9hb Mac, Pahang - Bera 10hb Mac, Penang - Balik Pulau 14hb Mac, dan Kedah- Alor Star 20 Mac.
Malaysia dicadangkan panggil Duta Syria
Harakahdaily, | 13 Feb 2012 |
Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dalam kenyataannya berkata, OIC perlu menempatkan pemerhati dan tentera bagi memantau situasi di Syria.
Tekanan perlu dibuat kepada Kerajaan Syria bagi patuh kepada norma-norma Islam dan antarabangsa dalam menghormati hak rakyat Syria.
PPMM juga menyeru Kerajaan Malaysia memanggil Duta Syria menzahirkan kebimbangan Malaysia terhadap keadaan di Syria dan memberi kata dua kepada Kerajaan Syria mengembalikan keamanan di Syria.
Kezaliman bukan merupakan suatu pilihan bagi menanhani isu perjuangan rakyat, katanya.
"PPMM yakin Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang dihormati masyarakat antarabangsa mampu memainkan peranan dan menggerakkan usaha bermuafakat dengan negara Islam yang lain mencari jalan penyelesaian isu kekejaman di Syria ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
PPMM amat prihatin dengan suasana yang berlaku di Syria ketika ini. Pembunuhan beramai-ramai yang semakin berleluasa oleh Kerajaan dan tentera Syria perlu dihentikan serta merta.
Sehingga kini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan serai 6000 orang telah dibunuh sejak kebangkitan rakyat Syria pada bulan Mac 2011.
Kejadian ini adalah ulangan kekejaman yang dilakukan oleh bapa Bashar Al Assad iaitu Hafez al Assad yang telah membunuh 40,000 rakyat Syria di Hama pada tahun 1982 dalam tempoh 27 hari mengikut perangkaan Syrian Human Rights yang dipimpin oleh adik Hafez iaitu Rifaat Al Assad dari puak Syiah Alawi.
Pembunuhan pula dikatakan terarah kepada masyarakat Sunnah yang mahukan kebebasan di Syria.
Adalah amat malang bagi masyarakat dunia yang bertamadun PBB telah gagal menangani kezaliman ini secara tuntas, kata Zainul.
"PBB sebagaimana yang kita ketahui tetap menjaga anggota tetap Majlis Keselamatan dan sekutunya.
Struktur PBB yang memberikan kuasa veto kepada anggota-anggota tetap Majlis Keselamatan sering menggagalkan usaha meningkatkan keamanan dunia khususnya di Timur Tengah," jelasnya.
Ekoran itu, katanya, dalam banyak keadaan umat Islam telah punah kepercayaannya kepada PBB yang sering dilihat tidaka berupaya mengambil sebarang tindakan yang tuntas dalam menyelesaikan polemik yang dihadapi umat Islam kerana dibayangi kuasa-kuasa besar dunia.
Oleh itu, katanya, PPMM menyeru Pertubuhan Negara Islam (OIC) mengambil tindakan tegas dengan segera terhadap Syria yang merupakan salah sebuah anggota OIC.
"Jika PBB gagal menangani isu ini, janganlah OIC juga melepaskan tangan dengan hanya memandang sahaja pembunuhan demi pembunuhan di bumi Syam itu," tegas beliau.
PPMM juga menyeru Kerajaan Malaysia supaya mengkaji semula hubungan diplomatik dengan Kerajaan Syria bagi menegaskan penghormatan Malaysia terhadap hak asasi rakyat Syria.
PPMM akhirnya menyeru Kerajaan Syria mengembalikan keamanan di Syria dan menghormati hak-hak masyarakat tanpa mengira samada mereka pengikut Syiah ataupun Sunnah.
Lebih penting lagi perjuangan untuk melaksanakan demokrasi di Syria perlu diberi ruang agar keadilan akan menjadi tunjang kepada sistem perundangan di Syria.
Kezaliman yang dilakukan oleh tentera Syria akan hanya meningkatkan pemberontakan di Syria dan akhirnya rakyat keseluruhan akan bangkit melawan kezaliman sebagaimana yang berlaku di beberapa negara di Timur Tengah.
PPMM mengajak Kerajaan Syria mengambil iktibar dari situasi yang berlaku di beberapa negara Timur Tengah beberapa tahun ini.
Pilihan yang tepat bagi menyelesaikan isu ini adalah berunding dengan rakyat tanpa mengira mazhab serta memberikan lebih hak kepada rakyat melaksanakan demokrasi di Syria, katanya.
YB BN lari ke Resident?
http://ustsaifulbahri.blogspot.com/, | 13 Feb 2012 |
Menyedari hal itu Jawatan Kuasa
Bertindak tersebut berusaha untuk mendapatkan kembali hak tanah sekolah
mereka dengan mengemukakan bantahan dan bertemu dengan pihak Pejabat
Tanah Daerah, Pengarah Tanah & Galian Negeri Terengganu. Mereka
menyuarakan simpati tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana
alasannya ini kerja orng politik. Pihak Jawatan kuasa juga cuba menemui
Menteri Besar Terengganu tetapi gagal. Dan surat bantahan itu
diserahkan kepada setiusaha MB.
Beberapa minggu berlalu tanpa respon
akhirnya pihak Jawatan Kuasa menggerakkan demo bantahan secara aman
agar pihak berkuasa memberi maklum balas segera. Hari ini, Ahad (12
Februari - pengarang) hampir 3 ribu orang peserta termmasuk masyrakat
setempat, ibu-bapa, guru-guru dan para pelajar berdemontrasi ditapak
Sekolah Rendah Islam Darul Bayan di jalan Santong, Pekan Paka bermula
jam 12.30 tengahari. Mereka juga turut berarak ke Pejabat Adun Paka
kerana pihak Adun & Ahli Parlimenlah yang terlibat secara langsung
menandatangani kelulusan rampasan tanah tersebut.
Papan tanda pembinaan anak Yatim yg kini dirampas tanahnya oleh JKKK
Peserta demo berarak ke pejabat Adun Paka
Memorandum yang nak diserahkan tetapi YB lari ke Residen Resort berhampiran
Pelajar muslimat juga turut serta
Kenapa YB lari? mana dia slogan berkhidmat tuh!!!
Walaupun pejabat tersebut dibuka pada
pagi tadi tetapi menyedari bahawa peserta demo berarak ke pejabat
mereka lalu dengan segera pejabat tersebut ditutup. Bahkan YB Zakaria
selaku Adun Paka bertindak melarikan diri dan bersembunyi di Resident
Resort, iaitu sebuah resort yang berhampiran. Amat malang apabila
beliau takut untuk berhadapan dengan peserta demo tersebut untuk
menerima memorandum bantahan. Apabila peserta telah bersurai barulah
pada petang ini mereka kembali berkumpul. Mungkin sedang bermesyuarat
tergempar kot!
Apa yang kita dapat maklumat, tindakan
ini sebagai satu sabotaj terhadap kepimpinan Menteri Besar Terengganu
yang dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Said. Semua maklum bahawa Adun Paka
dan Ahli Parlimen Dungun iaitu “Datuk” Matulidi adalah team Idris
Jusoh dan pastinya tidak sebulu dengan Pok Rosli selaku Ketua Bahagian
Dungun yang penyokong kuat & selaku penasihat strategik MB. Dengan
isu yang ada sekarang, mereka boleh berlepas diri dan menyerahkan
kepada Team Mat Said menjawab serta mempertahankan 5 orang JKKK yang
diberi tanah tersebut dalam menghadapi persoalan dan bantahan
orang-ramai. Dan sememangnya begitu kerana kelulusan akhir adalah
ditangan pihak Exco selaku ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)
dan MB sendiri.
Pihak rakyat menunggu respon pihak
berkuasa khususnya Datuk Mat Said dalam memberi jawapan yang munasabah
sebagai sebuah parti yang mewar-warkan sebagai Parti pembela rakyat,
bangsa melayu & agama Islam. Apakah tindakan rampasan tanah Sekolah
Agama ini mengambarkan tanda sebagai rakyat yang didahulukan ?
Sampai bila pihak berkuasa nak membisu???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan