Selasa, 21 Februari 2012

ELAUN BIARLAH SELARAS SAMA TAK KIRA GRED...HARGA BERAS...BAYAR MASUK TANDAS...SEWA RUMAH...TOL2 DAN BANYAK LAGI...BAYAR TAK IKUT GRED...PATUT GRED YANG TINGGI BAYARAN TINGGI SEBAB ELAUNNYA TINGGI...JANGAN MAKIN JAUH JURANG...SAPE DAYUS..BIAR MAKSIAT DEPAN MATA...LAGI TERUK MENGANJURKAN MAKSIAT...

Cuepacs: Tarikh kuat kuasa SBPA harus 1 Jan

20 Februari 2012
PUTRAJAYA - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu tarikh kuat kuasa Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikekalkan pada 1 Jan lepas, dan tunggakan gaji dibayar kepada semua penjawat awam dari tarikh itu.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata permintaan itu adalah wajar memandangkan kerajaan sebelum ini menetapkan tarikh kuat kuasa SBPA bermula 1 Januari tetapi pelaksanaan sahaja ditangguhkan berikutan semakan semula beberapa perkara dalam skim baru itu.
"Jadi permintaan Cuepacs ialah supaya tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari itu dikekalkan. Itu yang kita mahu.
"Ia juga adalah satu perbincangan sewaktu saya bertemu dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tempoh hari. Jadi kekalkan tarikh kuat kuasa itu, tangguh pelaksanaan, semak semula dan sehingga dapat penyelesaian dalam tempoh tiga bulan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yakin lima tuntutan Cuepacs dapat diterima selepas pembentangan  kertas cadangannya kepada pasukan petugas khas semakan semula SBPA pada mesyuarat ketiganya yang dijadualkan Rabu ini.
Lima tuntutan Cuepacs itu ialah mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat Gred 54 ke bawah; mengekalkan status kekananan penjawat dalam Skim Saraan Malaysia (SSM); mengkaji semula tangga gaji maksimum; menyenaraikan penjawat yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.
Omar berkata satu perhimpunan besar membabitkan penjawat awam dari semua gred akan diadakan pada akhir bulan depan bagi memberi penerangan secara terperinci mengenai intipati SBPA.
Terdahulu beliau bersama anggota Kelab Umno Pesara (Kumpulan Pelaksana) kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) mengunjungi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini. - Bernama
Mahfuz: BN ‘iktiraf’ Israel, jadi wajar minta maaf
ZULAIKHA ZULKIFLI
20 Februari 2012
Datuk Mahfuz Omar
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menggesa agar kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kenyataan mereka sebelum ini yang kononnya tidak mengiktiraf Israel.

Beliau berkata, walaupun tiada hubungan diplomatik secara rasmi dibuat, tetapi dengan membenarkan kehadiran pasukan kriket Israel pada 1997 membuktikan bahawa Malaysia memberi pengiktirafan secara tidak langsung.

“Kerajaan Umno dan BN perlu minta pada seluruh rakyat Malaysia kerana secara tak langsung mengiktiraf kewujudan negara haram Israel. Ia berdasarkan, pertama, kehadiran pasukan kriket yang mana pada waktu itu saya ditahan dan dibicara.

"Kedua, dengan membenarkan mereka masuk seperti kehadiran kapal-kapal dagang milik Israel di Pelabuhan Klang. Ini membuktikan kita iktiraf mereka. Jadi mereka perlu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan rakyat Palestin," katanya pada sidang media hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena ini membuat gesaan ini ketika Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhadapan dengan kontroversi susulan temu bual dengan Wall Street Journal (WSJ) bulan lalu, yang mendakwa menyatakan sokongan terhadap semua usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan negara Israel.

Rentetan daripada kejadian itu, Anwar dikecam oleh pelbagai pihak dengan mengatakannya sebagai pro-Israel sehingga menyebabkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluar kenyataan meminta beliau menarik balik kenyataan atau menyaman media antarabangsa itu.

Khamis lalu, Anwar mengeluarkan kenyataan bahawa PKR yang diketuainya berkongsi hasrat dan pendirian dengan Pas untuk melihat kewujudan sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur.

Sambil menegaskan beliau memahami perbezaan pendirian Pas dan PKR, Anwar menambah, parti Islam itu berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.

"Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari Pas, Majlis Syura Pas dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.

"Ketetapan Pas yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia," kata Anwar.
Pas bantah SPR mansuh perarakan penamaan calon

20 Februari 2012
HADI AWANG
KUALA LUMPUR - Pas menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya perarakan semasa hari penamaan calon pilihan raya dimansuhkan dalam pilihan raya umum akan datang.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tiada sebarang alasan yang munasabah diberikan untuk memansuhkan perarakan ini khususnya daripada sudut keselamatan.
"Perarakan calon semasa penamaan calon pilihan raya sudah dilaksanakan sejak sebelum merdeka lagi dan telah menjadi sebahagian dari proses demokrasi berpilihan raya di dalam negara kita ini," katanya dalam satu kenyataan melalui laman sesawang rasmi parti itu.
Pada 1 Februari lepas, SPR mahu menghentikan amalan calon yang bertanding pada pilihan raya membawa kumpulan penyokong dalam jumlah yang besar pada hari penamaan calon.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dipetik sebagai berkata perarakan mengiringi calon ke pusat penamaan calon sepatutnya dimansuhkan bagi memastikan suasana aman pada hari berkenaan.
Menurutnya, SPR mencadangkan hanya 10 penyokong dan wakil-wakil calon dibenarkan mengiringi calon pada hari berkenaan.
Abdul Hadi berkata, pilihan raya bukan sekadar memangkah calon Ahli Dewan Undangan Negeri atau Anggota Parlimen semata-mata tetapi melibatkan seluruh proses demokrasi dan menunaikan hak rakyat untuk mendapat maklumat secara adil dan saksama. - Bernama
Najib, Anwar perlu debat
NORSHAHZURA MAT ZUKI
20 Februari 2012
SHAH ALAM – Datuk Seri Najib Tun Razak perlu sedia bersemuka dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, berdebat mengenai isu-isu negara terutama yang membabitkan ekonomi.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, debat antara Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang sememangnya ditunggu-tunggu untuk mereka berhujah secara berhadapan, tidak lagi masing-masing melontarkan pelbagai dakwaan antara satu sama lain yang menghalang mereka untuk menyoal dan menjawab secara langsung.
 
“Debat dua pemimpin tertinggi itu perlu, terutama untuk Perdana Menteri menjelaskan pendirian mengenai isu ketirisan ekonomi yang berlaku. Seeloknya sebelum pilihan raya umum akan datang supaya rakyat boleh menilai kewibawaan mereka.
 
 “Najib perlu bersedia untuk berdebat secara terbuka, bukannya berceramah ke seluruh negara tanpa berhadapan dengan Anwar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
 
Mahfuz berkata, debat antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, kelmarin adalah di peringkat lain yang mewakili dua parti bermajoriti Cina.
 
“Jangan hantar wakil. Rakyat mahukan debat antara Najib dan Anwar, bukannya wakil mereka seperti sebelum ini apabila Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dihantar untuk berdebat dengan Anwar.
 
“Melalui debatlah, Najib dan Anwar boleh bertemu, Mereka boleh melontarkan buah fikiran masing- masing mengenai isu yang diketengahkan supaya memberikan kesan lebih baik kepada masyarakat,” katanya.
 
Naib Presdien PKR, Nurul Izzah Anwar juga bersetuju supaya perdebatan itu antara Najib dengan Anwar.
 
“Ia merupakan kesinambungan yang paling tepat setelah debat selepas Guan Eng dan Soi Lek, “ katanya.
PKR harap Pas, Dap tidak termakan fitnah
Wartawan Sinar Harian
20 Februari 2012
KANGAR - Pas dan DAP perlu mengetepikan fitnah berterusan yang dilemparkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya memberi fokus bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang."

Pengerusi PKR Perlis, Muhammad Faisol Abdul Rahman berkata, dakwaan terbaru kononnya Anwar menyokong kewujudan negara Israel sebagaimana dilaporkan wartawan Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini menyerlahkan kedangkalan Barisan Nasional (BN) dan Umno yang sanggup melakukan apa sahaja untuk melumpuhkan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, sebagai pemimpin yang memperjuangkan al-Quran dan Sunnah sejak menyertai Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pada 1970-an, Anwar tidak pernah berkompromi dengan ejen Amerika Syarikat sehinggalah dipenjarakan atas pertuduhan yang tiada kaitan dengan­ fitnah seks.

“Sehingga hari ini, Anwar teruk dihentam media arus perdana dari pelbagai sudut sehingga maruah, kredibiliti dan integritinya dipermainkan tanpa diberi ruang memberi penjelasan.

“Saya yakin Pas dan DAP tidak akan termakan fitnah yang dilemparkan terhadap Anwar. Pengundi bukan Melayu kini lebih tidak sabar untuk memangkah calon PR pada PRU akan datang,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian semalam.

Pas dayus jika ikut telunjuk Anwar
Wartawan Sinar Harian
20 Februari 2012
Mohamed Aziz
BATU PAHAT – Pas akan terus dianggap dayus jika tidak berani bersuara dan hanya mengikut telunjuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang semakin hari semakin berani ‘mengawal’ parti berkenaan.
 
Timbalan Pengerusi Tetap Umno, Datuk Mohamed Aziz mendakwa, Pas juga sudah berbeza berbanding dahulu kerana pemimpin mereka tidak lagi mementingkan Islam akibat terlalu tamakkan kedudukan dan bercita-cita menawan Putrajaya.
 
Mohamed berkata, Pas seharusnya sedar parti mereka digunakan Anwar untuk menjayakan impiannya dan mereka tidak akan mendapat manfaat jika beliau menang.
 
“Dulu Pas kata perjuangkan Islam... sekarang tidak lagi. Mereka ini sebenarnya memperjuangkan sekutu Israel iaitu Anwar, selain mereka termakan janji Anwar yang terlalu pandai berkata-kata.
 
“Harap ahli Pas akan sedar, jangan terus terpengaruh dengan janji kosong Anwar. Kerana Anwarlah, Pas sudah rosak sekarang,” katanya pada Program Lestari Rakyat, Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-mukim (JPMM) Dun Parit Raja, di Kampung Sri Pandan, semalam.

Tiada ulasan: