Rabu, 1 Februari 2012

NGELATLAH DIDUNIA...AKHIRAT TAK LEPAS...DIDUNIA SILAP2 ALLAH TURUN JUGA BALA SESUAI DENGAN NGELAT@PENIPU...TIPU RAKYAT PULAK...LAGI BERAT...

Awang Adek ketinggalan maklumat – Exco

Attif Zayyad, 01 Feb 2012

KETEREH, 1 Feb: Datuk Dr Awang Adek Hussin agak ketinggalan apabila mengulangi kenyataan Yayasan Islam Kelantan (Yik) belum menghantar senarai pelajar bagi mendapatkan bantuan RM100.

Sedangkan senarai penuh sudah dihantar pada 25 Januari lalu setelah Yik menerima pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bertarikh 15 Januari 2012.

Malah taklimat juga diadakan kepada pengetua-pengetua pada 19 Januari lalu.

Anggota Exco, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan itu agak ketinggalan apabila tidak mendapat maklumat sebenar.

"Sebagai seorang Timbalan Menteri Kewangan II beliau mesti cermat mengeluarkan kenyataan supaya tidak menimbulkan salah faham," katanya  selepas mengumumkan keputusan peperiksaan STAM 2011 di Kolej Yik di sini, hari ini.

Baru-baru ini Awang Adek beberapa kali mengulangi kenyataan dengan mengharapkan Yik memberi kerjasama kepada Jabatan Pelajaran Negeri untuk membolehkan pelajarnya menerima bantuan persekolahan sebanyak RM100.

Pada Disember lalu ketika datang ke Kelantan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji untuk memberi bantuan RM100 kepada pelajar-pelajar sekolah agama di bawah Yik seperti dinikmati pelajar lain.

Mesyuarat agung khas halang penyenaraian FGVH

Hazayani Zakaria, 01 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 1 Feb: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan memanggil mesyuarat agung khas dengan persetujuan perwakilan atau pemegang saham Koperasi Permodalan Felda (KPF) bagi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke Bursa Malaysia.
Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, akan menuntut mesyuarat agung tersebut menggunakan peruntukan fasal 29 (1) Undang-undang Kecil KPF.

Menurut Undang-undang Kecil KPF, Lembaga pada bila-bila masa boleh, dan apabila ada rekuisisi yang ditandatangani oleh sekurang-kurangnya satu perlima atau satu ratus perwakilan mengikut mana yang kurang hendaklah memanggil suatu mesyuarat agung perwakilan khas mengikut subseksyen 40 (1) Akta.

"Kita telah mendapat penjelasan oleh KPF tentang peruntukan fasal 29 ini dan mereka kata boleh buat EGM berasingan atas tuntutan yang berbeza.

"Maksudnya satu pihak nak buat EGM untuk luluskan penyenaraian (FGVH ke Bursa Saham), kita pula boleh buat satu lagi EGM untuk menentang penyenaraian dan kita dah bincang dengan peguam," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Mazlan berkata, pihaknya mendapat maklumat, Mesyuarat Agung KPF akan diadakan pada 22 Februari ini dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sehubungan itu, Mazlan berkata, Anak akan bekerjasama dengan Gerakan Selamatkan Felda (GSF) untuk mendapatkan sokongan perwakilan mengadakan mesyuarat agung menntang penyenaraian sebaik sahaja menerima notis panggilan mesyuarat agung KPF.

"Kita tidak menolak kemungkinan, kita akan gerakkan satu kekuatan untuk mendapatkan senarai daripada pemegang-pemegang saham terutama bagi mereka yang menentang usaha penyenaraian FGVH ini," katanya.

Beliau juga yakin kumpulan yang menentang penyenaraian FGVH lebih besar daripada kumpulan yang meyokong usaha itu.

"Saya berkeyakinan kumpulan yang menentang (penyenaraian) lebih besar daripada kumpulan yang menyokong penyenaraian.

"Tidak mudah untuk kerajaan melakukan penyenaraian ini," tegasnya.

Penjawat awam pusat dikerah sambut TPM esok

Aslani M, 01 Feb 2012
KUALA KRAI, 1 Feb: Kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kampung Manek Urai Baru esok mungkin terkejut melihat projek pembesaran jambatan (gambar) yang tersasar daripada jadual asal.
Malah kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed pembinaan jambatan itu mengikut jadual, ditolak penduduk tempatan.
Biar pun kerja-kerja pembinaan dimulakan ketika menjelang kempen pilihan raya kecil Dun Galas pada Oktober 2010, namun struktur asas di sungai belum kelihatan.
Sehingga kini hanya kelihatan kerja-kerja membina gelegar jambatan dan tiang di bahagian daratan sahaja.
Difahamkan juga subkontrak yang terbabit dengan pembinaan jambatan itu sudah beberapa kali bertukar tangan.
Ketika kempen pilihan raya kecil Dun Manek Urai pada Julai 2009 Muhyiddin menganggarkan peruntukan sebanyak RM7 juta hingga RM10 juta bagi membesarkan jambatan yang sedia ada.
Namun sekarang peruntukan sudah meningkat kepada lebih RM14 juta. Projek jambatan itu dilihat senasib dengan projek jambatan kedua Sultan Yahya Petra di Kota Bharu yang sudah jauh melewati tarikh asal disiapkan.
Muhyiddin juga mungkin malu apabila melihat projek kompleks sukan di Kampung Manjor yang bernilai RM300,000 hanya sekadar disiapkan padang dan astana kecil sahaja.
Seorang penduduk tempatan, Zamri Jusoh, 43 berkata, kompleks sukan yang diuar-uarkan Umno hanya sekadar meratakan tanah dan membina astaka kecil.
“Tak kan pula sekadar meratakan padang dan membina rumah kecil membabitkan kos sehingga RM300,000. Penduduk di sini ingatkan kompleks sukan lengkap dengan pelbagai kemudahan.
“Namun ia tidak lebih sekadar gimik politik semata-mata bagi mengelabui mata rakyat,” katanya di sini.
Difahamkan juga kehadiran Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menyebabkan pihak sekolah memberi kebenaran pelajar pulang lebih awal esok bagi membolehkan guru-guru hadir pada program berkenaan.
Menurut sumber kakitangan kerajaan persekutuan di tempat-tempat lain di sekitar Kuala Krai turut diarah hadir pada program terbabit.
Penjawat awam tersebut termasuk guru, kakitangan hospital dan pelbagai lagi jabatan lain. Mereka difahamkan dibekalkan baju khas berwarna merah bagi menggambarkan gelombang merah.
Ketua Umno Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman sebelum ini mensasarkan seramai 15,000 orang hadir pada program itu.
Manakala guru-guru di Kota Bharu pula dikerah hadir pada program Muhyiddin di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di Peringat pada sebelah pagi.
Kedua-dua program terbabit akan diselit dengan penyampaian bauncer Bantuan Rakyat 1Malaysia.
Sementara pada 4 Febuari ini pula guru-guru difahamkan akan dihimpunkan di Kok Lanas bagi mendengar ceramah yang akan disampaikan pemimpin Umno.

Jangan ambil duit KWSP biayai projek kerajaan

Harakahdaily, 01 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 1 Feb: Kerajaan Barisan Nasional diseru jangan mengambil duit daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membiayai projek di bawah inisiatifnya kerana ia boleh mengancam pencaruman 11 juta rakyat Malaysia di masa tua mereka.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin baru-baru ini berkata sebanyak RM1.5 bilion telah diambil daripada KWSP untuk membiayai Skim Pembiayaan Khas Penjualan Program Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR-MTEN) dan Perumahan Awam DBKL.
Menurut Nong Chik, skim perumahan yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membolehkan mereka yang gagal mendapat pinjaman daripada bank, kerasa bersara atau tidak berpendapatan tetap, tapi berkelayakan untuk membeli rumah untuk memiliki sebuah rumah milik mereka sendiri.
Nong Chik berkata melalui skim itu, mereka yang layak dapat membeli rumah jenis pangsapuri dengan harga antara RM25,000 dan RM35,000.
"Mereka hanya perlu membayar balik (pembiayaan itu) antara RM150 dan RM300 sebulan selama 25 tahun," katanya.
Dalam satu kenyataan hari ini, ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata walaupun beliau menyokong inisiatif kerajaan untuk menyediakan rumah kos rendah dan mampu milik, tapi langkah kerajaan untuk menggunakan duit KWSP sememangnya tidak boleh dipersetujui.
Objektif KWSP, kata Pua ialah untuk melindungi titik peluh pendapatan 11 juta rakyat Malaysia dengan memaksimakan pulangan dengan pelaburan yang paling kurang risiko untuk memberikan jaminan pendapatan selepas ahli-ahlinya bersara.
“KWSP bukan pemimjam yang terakhir untuk golongan miskin ataupun ia adalah sebuah organisasi kebajikan awam. Dengan menggunakan RM1.5 bilion duit para pekerja Malaysia untuk dipinjamkan kepada pembeli-pembeli yang tidak lulus mendapat pinjaman daripada bank hanyalah membahayakan caruman

Nasib stadium sudah jatuh ditimpa tangga

Khairul Azlam Mohamad, 01 Feb 2012
KUALA TERENGGANU, 1 Feb: PAS Terengganu mendesak kerajaan negeri segera mengumumkan kepada rakyat sama ada Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) masih boleh diperbaiki atau wajar dirobohkan sahaja.

Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak berkata kejadian malang menimpa Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin berharga RM292 juta dan bumbungnya runtuh amat memalukan seluruh rakyat Terengganu.

(Gambar fail: Stadium SSMZA yang berharga RM292 juta runtuh bumbungnya dan kini kecurian peralatan RM50 juta.)

Malah, katanya lebih malang lagi setelah dua tahun ‘terbiar’ sepi pelbagai peralatan pendawaian elektrik, sistem elektronik, dua set jana kuasa serta kelengkapan lain dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Inilah kata orang, ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ nasib yang dialami oleh stadium (SSMZA) kita. Bila dah dua tahun terbiar sepi berlaku pula kecurian kepada peralatan dan harta benda stadium.

“Buat (SSMZA) mahal, kos RM292 juta tidak lebih setahun guna runtuh bumbung dan ini memalukan rakyat dan Tuanku (Sultan) sendiri.

“Kita (PAS) minta pihak kerajaan negeri jelaskan (umum) sama ada stadium ini masih boleh diperbaiki atau perlu dirobohkan sahaja dan buat yang lain (baru),” ujarnya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa isu di pejabat PAS Terengganu, semalam.

Menurutnya, kecurian peralatan stadium tersebut dilaporkan bernilai RM50 juta berlaku sejak tahun 2010 lagi selepas sebahagian bumbung runtuh.

Katanya, pihak berkuasa sebelum ini telah membiarkan keadaan struktur bumbung stadium yang runtuh itu selama lebih dua tahun.

Dr Alias menyifatkan ‘kelembapan’ pentadbiran kerajaan negeri dengan membiarkan lebih dua tahun bumbung stadium runtuh akhirnya merugikan rakyat.

“Dua tahun tidak diusik keadaan bumbung stadium runtuh, ‘dok soh ke nok’ baiki, barang (peralatan) pun kena curi. Akhirnya rakyat juga yang rugi.

“Saya pun pelik, macam mana dengan ada pengawal keselamatan barang boleh kena curi termasuk dua set jana kuasa yang bernilai RM70,000 seunit,” ujarnya.
Katanya, PAS melahirkan rasa dukacita dan mahukan siasatan segera dilakukan serta mendakwa mana-mana pihak yang bertanggungjawab mencuri harta rakyat.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin adalah sebahagian dari Kompleks Sukan Gong Badak yang bernilai RM500 juta mula dibina pada Mei 2006 dan siap tahun 2008 serta pernah dijadikan lokasi pertandingan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-12.

(Gambar fail: YDP PAS Kemaman, Ismail Harun meninjau keadaan bumbung Masjid Baru Batu Putih Kertih yang runtuh.)

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tunggal berkata isu stadium tersebut sering kali dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu oleh PAS.

“Kita (PAS) acap kali bawa isu stadium ini di Dewan Undangan Negeri. Kita bukan menentang pembangunan (stadium) tetapi menentang penyelewengan dan rasuah yang boleh menyebabkan runtuhnya pembangunan itu,” jelasnya.

Bahkan, katanya jawapan lisan Exco kerajaan negeri ketika itu Dato’ Yahya Khatib Mohamad mengatakan banyaknya berlaku ‘keruntuhan’ di Terengganu kerana banyaknya pembangunan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sepanjang tempoh dua penggal kerajaan BN Terengganu memerintah negeri pelbagai kejadian berlaku termasuk bumbung masjid runtuh di Kertih, bumbung terminal bas runtuh di Kuala Berang, menara telekomunikasi tumbang di Hulu Besut, Dewan Sekolah Menengah Wakaf Tapai di Ajil runtuh dan banyak lagi.
mereka dan ini adalah satu jenis salahguna kuasa kerajaan,” tegas Pua.
Jika perkara ini dibolehkan kali ini, Pua membayangkan lebih banyak projek inisiatif BN untuk tujuan politik akan dibenarkan menggunakan duit EPF atas nama kebajikan.
“Ini adalah satu selekoh berbahaya yang mengancam simpanan hari tua ahli KWSP,” kata Pua, sambil menegaskan kerajaan harus mencari dana untuk programnya sendiri dan bukannya melalui KWSP.

 

 

Tiada ulasan: