Ahad, 19 Februari 2012

BENCI SANGAT KE DIA...TAKUT KAH DIA...YANG NAK DIBAWA KEADILAN..BERPANDUKAN QURAN DAN HADIS...NI LAH KAWAN2 MEREKA/YANG MENGATAKAN MEM[ERJUANGAN AGAMA@MELAYU...BERTANDINGLAH SELAGI ADA HAYAT...PEMIMPIN AKAN DITANYA KEPIMPINANNYA OLEH ALLAH DIAKHIRAT NANTI....

Orang terkaya M'sia hasil konsesi k'jaan
Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata golongan yang muncul sebagai individu terkaya Malaysia merupakan hasil daripada dasar kerajaan BN.

"Kesemua mereka menjadi kaya disebabkan dasar kita, sama ada secara langsung (atau tidak langsung).

NONE"Sebabnya, apa yang mereka dapat, mereka tidak dapat kontrak tapi mereka dapat konsesi untuk cetak wang.

"Saya kaji setiap seorang daripada mereka, ada di kalangan mereka ada di dalam bilik ini hari ini," katanya lagi.
Perdana menteri merujuk kepada angka terbaru yang dikeluarkan oleh Malaysian Business yang mendedahkan bahawa negara ini kini mempunyai 30 bilionair.

Menurut majalah itu, tiga teratas di dalam senarai tersebut adalah hartawan Tan Sri Robert Kuok, Pemilik TV satelit Astro Tan Sri Ananda Krishnan dan pengasas Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow.
Perdana menteri berkata, walaupun individu itu tidak menerima konsesi kerajaan, mereka juga "berada di tempat yang betul pada masa yang betul."

Najib berkata, dasar BN juga telah memberikan kestabilan untuk membolehkan perniagaan dijalankan serta perkembagan ekonomi dicapai.

Tambahnya, golongan tersebut juga mempunyai semangat keusahawanan yang lebih tinggi berbanding golongan bumiputera.

Golongan masyarakat itu juga berjaya disebabkan sikap mereka yang berjimat-cermat, kata Najib lagi.

Tambahnya, kerajaan akan bersikap adil dalam usaha transformasinya "yang lebih tersusun, sistematik" berbanding usaha "reformasi" oleh seteru politik BN.

Beliau yang merayu supaya diberikan mandat dalam pilihan raya umum akan datang, turut memuji masyarakat Cina yang banyak memberi sokongan politik, selain menyumbang kepada pembangunan negara khususnya dari segi ekonomi dan pendidikan.
"Komuniti Cina tidak akan mendapat keuntungan jika negara ini berada dalam kucar-kacir," katanya lagi ketika berucap di satu persidangan masa depan politik masyarakat Cina di Kuala Lumpur hari ini.
Najib turut mengambil peluang untuk menyelar individu tertentu dalam pembangkang yang didakwa tidak menjalankan usaha untuk memastikan kewujudan sekolah Cina.

Sebaliknya, beliau sanggup mengambil risiko politik untuk meminda Akta Pendidikan bagi menjamin kewujudan sekolah berkenaan ketika dilantik menjadi menteri pendidikan.

Usaha itu berbeza dengan apa yang telah dilakukan "seorang ahli pembangkang" yang tidak menjalankan perubahan tetapi lebih cenderung untuk mendapat sokongan golongan berhaluan kanan dalam Umno.

"Hari ini ia bukan lagi soal sama ada sekolah Cina wujud atau tidak, satu-satunya persoalan ialah bagaimana untuk dapatkan lebih banyak pembiayaan, dapatkan lebih banyak guru atau pembesaran (sekolah) tapi soal kewujudan sekolah Cina bukan lagi satu kemusykilan," katanya lagi.

Tambahnya, kerajaan juga mahu mendengar keluhan masyarakat itu.

"Jika anda tidak mahu MRT lalu di kawasan tertentu, kita boleh bincang, kita boleh perbaiki jajaran di kawasan itu," katanya lagi.

Kenyataannya itu jelas merujuk kepada bantahan yang disuarakan oleh pemilik bangunan dan peniaga di Jalan Sultan Kuala Lumpur yang terjejas dengan pembinaan laluan tren itu.
Tarikan utama dalam program anjuran institut kajian strategi ASLI dan juga pusat kajian MCA itu ialah debat perdana di antara presiden parti tersebut, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Chua: Undi kepada DAP rintis jalan PAS jadi 'Taiko'
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata setiap undi yang diberi kepada DAP akan memperkukuhkan PAS dan membuka jalan bagi parti itu menjadi "taiko" dalam kerajan negeri dan persekutuan.
  
Katanya DAP memberi janji palsu kepada pengundi Cina bahawa sebuah kerajaan yang diterajui orang Cina boleh menjadi kenyataan di Malaysia dan mendakwa masyarakat Cina di negara ini telah ditipu oleh MCA.
  
"Dalam kempennya, terutama di hadapan hadirin penduduk Cina, DAP gemar menyebut kejayaan mereka membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang dengan ketua menterinya adalah seorang pemimpin DAP.
  
"Ini memberi harapan palsu kepada kaum Cina bahawa perkara serupa boleh berlaku di negeri lain. Secara tradisi, perkara ini hanya boleh berlaku di Pulau Pinang, tidak di negeri lain," katanya di persidangan sehari "Cina Malaysia di Persimpangan Politik" anjuran bersama Institut Strategi dan Kepimpinan  Asia (ASLI) serta kumpulan pemikir MCA, Insap, di ibunegara.
  
Persidangan itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dr Chua berkata hakikat itu dapat dilihat dalam pilihan raya sebelum ini di Perak iaitu walaupun DAP memenangi 18 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tujuh dan PAS hanya enam, tetapi wakil PAS yang menjadi menteri besar.

"Sekarang DAP mahu menjadikan Johor pula sebagai negeri di barisan hadapannya. Bagaimanapun, PAS dengan pantas membuat tuntutan bahawa seorang pemimpin PAS Johor, yang kini Anggota Parlimen di Kelantan, sepatutnya menjadi MB Johor," kata beliau.
  
Mengenai pendirian keras PAS berhubung pelaksanaan hukum Hudud, Dr Chua berkata ia merupakan satu ancaman terhadap sistem undang-undang dan kehakiman sedia ada di negara ini, di samping memberi kesan langsung dan tidak langsung terhadap orang bukan Islam di Malaysia. 
  
Katanya ancaman yang dibawa oleh hukum Hudud adalah sesuatu yang nyata, walaupun ada ahli politik pembangkang dan golongan yang bersimpati dengan mereka berhujah bahawa ia tidak sepatutnya menjadi suatu kebimbangan kerana perkara itu tidak terkandung di dalam "Buku Jingga" dan tidak akan dijadikan manifesto bersama Pakatan Rakyat.
  
"Bagaimanapun, ini tidak memberi jaminan bahawa PAS tidak akan mendesak agar hukum Hudud dilaksanakan sekiranya ia berkuasa di Putrajaya," katanya.

- Bernama

Kes 'potong' peruntukan NGO, exco disaran cuti
Exco kerajaan negeri, Tan Chow Kang yang didakwa terbabit dengan isu pemotongan sebahagian daripada peruntukan kepada badan bukan kerajaan (NGO), disaran supaya bercuti untuk memudahkan siasatan terhadap kes itu dijalankan.
  
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan negeri itu seharusnya perlu turut bertanggungjawab dan tidak boleh melepaskan diri begitu sahaja.
  
"Kalau Exco itu minta pembantu peribadinya bercuti, Exco itu juga harus bertanggungjawab dengan melakukan perkara sama supaya senang pihak berkuasa nak buat siasatan.
  
"Nampak tidak ada ketelusan. Perkara ini belum pernah berlaku dan ia membabitkan duit rakyat," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Maulidur Rasul di SMK Simpang Kuala semalam.

Beliau berkata pihak berkuasa juga diharap dapat menjalankan siasatan dengan segera bagi mengetahui sama ada perkara itu benar-benar berlaku seperti yang didakwa.
  
Ahmad Bashah turut menyeru kepada mana-mana NGO yang mengalami kes yang sama di negeri ini supaya tampil membuat laporan bagi memastikan perkara itu dapat dibendung pada masa akan datang.

"Kenapa mereka perlu ambil balik wang peruntukan itu? Bukan setakat 30 peratus, satu peratus pun tak layak ambil sebab itu hak penerima," katanya.
  
Pengerusi MCA Kedah Datuk Chong Itt Chew sebelum ini mendakwa lapan NGO di negeri ini memaklumkan kepada pihaknya mengenai pemulangan balik kepada kerajaan negeri atau rebat antara 25 dan 30 peratus daripada jumlah bantuan yang disalur kerajaan negeri.
  
Akhbar berbahasa Cina melaporkan Tan mengakui perbuatan berkenaan berlaku dan susulan pendedahan itu juga, difahamkan pembantu peribadi Tan digantung tugas atas arahan Jawatankuasa Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga siasatan terhadapnya berhubung dakwaan itu selesai.

- Bernama

Ibrahim Ali: Saya akan bertanding dalam PRU13
Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali mengumumkan akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 ini namun belum menetapkan kawasan yang akan ditandinginya.
  
Beliau berkata sama ada dirinya akan mewakili mana-mana parti, atau terus kekal sebagai calon bebas, juga akan ditentukan kemudian.
  
perkasa open house 290112 ibrahim ali speech"Mungkin juga akan bertanding di Pasir Mas (untuk mempertahankan kerusi) dan itu nanti akan diumumkan kemudian," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan masyarakat Cina di Pasir Mas malam tadi.
  
Dalam pilihan raya umum 2008, beliau memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas sebagai calon bebas menggunakan tiket PAS setelah menewaskan calon BN, Datuk Ahmad Rosdi Mahmad dengan majoriti 8,991 undi.
  
Ibrahim yakin sokongan masyarakat terhadapnya tidak susut, terutama bukan Melayu, walaupun beliau kini menerajui Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang dilihat sesetengah pihak sebagai mewakili satu bangsa sahaja.
  
"Anda boleh lihat sokongan masyarakat Cina di sini dan saya rasa faktor sokongan ini juga antara faktor untuk saya bertanding," katanya.

- Bernama

Tiada ulasan: