Kolumnis Saudi hina Islam, Nabi ditahan di KLIA
9 Februari 2012
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang kolumnis akhbar Arab Saudi, Hamza Kashgari, yang dikehendaki oleh kerajaan negara itu kerana dilaporkan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Sumber Interpol memberitahu Bernama hari ini, lelaki itu ditahan polis sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang semalam setelah melarikan diri dari negara itu.
Kolumnis berkenaan dilaporkan telah mengeluarkan satu laporan yang menghina Islam melalui twitternya, yang menyebabkan kemarahan rakyat Arab Saudi.
Difahamkan, pihak kerajaan Arab Saudi menunggu penghantaran pulang Hamza ke negara itu.
Menurut laporan media Arab Saudi, Hamza mengeluarkan laporan itu pada hari sambutan Maulidur Rasul minggu lepas dengan membayangkan seolah-olah dirinya berinteraksi dengan Nabi Muhammad SAW dan seolah-olah kedua-dua mereka adalah
sama taraf.
sama taraf.
Hamza turut menyatakan ada sifat Nabi Muhammad SAW yang disukai dan tidak disukainya.
Media negara itu melaporkan susulan laporan Hamza, sebanyak 30,000 entri twitter yang marah dengan laporannya dibuat dalam tempoh kurang 24 jam. - Bernama
Hasan: Mana bukti saya 'gila meroyan' mahu jadi MB
9 Februari 2012
KANGAR - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mencabar pemimpin parti itu menunjukkan bukti kononnya beliau 'gila meroyan' untuk menjadi Menteri Besar (MB) termasuk rakaman video percakapan jika ada.
Beliau membuat cabaran itu bagi membersihkan namanya yang teruk terjejas setelah Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mendakwanya bercita-cita menjadi MB Selangor melalui pembentukan kerajaan perpaduan antara Pas dan Umno sejurus Pakatan Rakyat (PR) memenangi lima negeri dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.
Menurutnya, isu mengejar pangkat dan jawatan tidak timbul dalam perjuangan politiknya, sebaliknya usaha menyatupadukan umat Islam di negara ini yang menjadi teras utama.
"Saya tuntut pemimpin berkenaan tunjukkan bukti rakaman video dan sebagainya yang boleh menyokong dakwaan kononnya saya gila talak, meroyan hendak jadi MB Selangor selama ini.
"Saya sanggup lepaskan jawatan Exco Kerajaan Negeri dan menjadi Adun Bebas kerana tidak sanggup bersekongkol dengan parasit Pas yang mempunyai agenda peribadi berbanding perjuangan menegakkan syiar Islam," katanya sewaktu menyampaikan Ceramah Perdana Selamatkan Akidah di Dataran Dato' Sheikh Ahmad, malam kelmarin.
Turut hadir bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin.
Hasan berkata, beliau turut terkilan apabila ada ulama Pas yang menuduhnya sombong dan ego sehingga sanggup tidak membuka pintu rumah dan enggan melayan tetamu.
Menurutnya, fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kesemua pemimpin dan ulama Pas berkenaan akan dituntutnya di akhirat kelak.
"Sejurus difitnah seorang ulama Pas menuduh saya tidak buka pintu untuk tetamu, isteri saya terus berasa marah dan sedih kerana senario sebenar menunjukkan keadaan sebaliknya.
"Selama ini, saya menghormati ulama dan tidak pernah menghentam mereka walaupun saya dipecat daripada parti. Hari ini, baru saya sedar wajah sebenar segelintir pemimpin Pas yang layak digelar parasit kerana menggunakan parti untuk kepentingan diri," katanya.
Sehubungan itu, Hasan menggesa rakyat Perlis memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR) yang didukung Jati dan berharap lebih 100,000 rakyat negeri itu menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu yang bakal dilancarkan pada 21 Februari ini.
"Kehadiran 5,000 hadirin hari ini yang majoritinya terdiri golongan anak muda adalah bukti jelas Jati mempunyai objektif penubuhan kukuh untuk memperjuangkan syiar Islam dan menyelamatkan akidah umat yang jauh terpesong.
"Kehadiran yang ramai membuktikan usaha pihak tertentu mensabotaj ceramah saya dengan mengoyakkan poster, kain rentang serta menyebarkan 'pembatalan' ceramah menerusi blog tidak berkesan. Ia tidak mampu menghalang niat murni ini semata-mata kerana Allah," katanya.

Sedik Za · Top Commenter
wahai Dato Hasan Ali awak bukan meniggal jawatan exco,Awak di pecat dari jawatan tersebut.kalau awak orang yang ada maruah kosong kan kerusi awak,ini baru di kata awak saorang pejuang ,awak ini betul betul munafik,
Parang Kontot · Subscribe
Berdasarkan rumusan kamu, Sekiranya berlaku 16 September, sudah semestinya ramai yang letak jawata exco, bukan begitu? Mungkin ada baiknya tidak terjadi 16 September mungkin kita ada masa meniilai balikk yang disangkan jihad yang tersembunyi mungkin merupakan mazmumah kita semata-mata.- abubakar_roslan (signed in using yahoo)
huh... sanggup konon...sanggup tinggalkan jawatan....yang buat deal dengan umno tu nak tinggalkan jawatan dalam pas ke untuk jadi MB perpaduang yer...saper duduk serumah dengan dier pahamla sikap semase jadi PJ dulu... takder yang tak hebat...anta hebaaaaat syeh...... Allah gugurkan die banyak baiknya ...kami amat bersyukur......
Yang Reti Base · Top Commenter
Hendak sesat ke mana Jati diseret oleh Hassan makhluk perosak? Hassan sekadar hendak memuaskan nafsu amarah kesyaitanannya sahaja sehingga sanggup berusaha menghancurkan PAS. Dia sanggup berasuah berhabis-habisan demi mendapat sokongan. Pulangan usahanya itu sudah tentu akan diraih oleh UMNO. Maka akan berpuas hatilah dan mengeluh kelegaan apabila "kejayaan" dapat dicapai.
Walau bagaimanapun, inginlah aku mengingatkan kamu Hassan bahawa kamu tidak akan berjaya dalam misi sesatmu itu; kamu akan gagal. Kamu menentang PAS; bermakna kamu menentang perjuangan Islam. Aku yakin, Allah SWT tidak merestui usaha jahat kamu.
Bertaubatlah kamu, Hassan. Kembalilah kamu kepada Allah dengan segera. Semoga kamu selamat.
Parang Kontot · Subscribe
Tentang PAS tentang ISLAM ?Itulah pasal bila disingkap hijab akan kepincangan PAS mati-mati kamu tak mengaku. tanpa disedari kamu hanyut antara Bual Politik dan hakikat Islam itu sendiri. Tidak hairanlah betalu-talu dicampakan balik kata-kata dan amalan PUAK yang mengaku lebih ISLAM dari orang lain, lagi terhijab mata hati mereka. BUkan PAS yang salah membuat kamu terhijab akan tetapi sikap PERASAN yang menghijab kamu antara haq dan batil. Mungkin amalan yang dikejar jauh dari ikhlas maka adillah ALLAH menhijab kaum yang merasa lebih ISLAM dari yang lain. wallahualam.
Haji Mohd Yusof Muda · Top Commenter · Maktab Perguruan Sultan Idris
Adat manusia semasa bersama nampak baik tetapi apabila berpisah berlakulah tuduh-menuduh; masing-masing menyatakan keburukan pihak lawan walaupun dilarang oleh Allah melalui firmannya bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. " - al Hujuraat (11).
Ahmad Saifullah Razali · Top Commenter · Kolej Matrikulasi Pahang
Hassan Ali sekarang dah tercapai cita cita dia. taraf dia lagi tnggi dari PM. aku TERtengok berita TV3 aritu Najib sendiri sokong Hassan time cramah dia. berkobar kobar Najib brckp psl Islam. pumpangpumpang. tp mgkin Najib telupa dia PM so ada kuasa. last last tak kemana jugak.
p/s- Hassan Ali sila jumpa Najib gunakan karisma anda suruh Najib laksanakan negara Islam yg kononnya Pas x mampu laksanakan. sekian
Moktaru Mok · Top Commenter
semua pemimpin bila dipecat akan menubuhkan parti...semua hendak mencari kuasa...akhir nya melayu berpecah banyak parti...melayu tidak lagi kuat...akhir nya malaysia akan di miliki oleh DAP...baru melayu puas hati..alang2 tak dapat kuasa biar semua tak dapat..biar cina perintah malaysia lagi bagus...
Fadzli Hussin · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
"Saya sanggup lepaskan jawatan Exco Kerajaan Negeri dan menjadi Adun Bebas kerana tidak sanggup bersekongkol dengan parasit Pas"...KAH! KAH! D LEPASKAN ke DILEPASKan? Habis kenapa T.S Khalid kata Hasan Ali tulis surat supaya tidak melantik EXCO baru kerana dia masih ada peluang merayu. Kah Kah Kah! NAK BOHONG JUGAK LAGI.
Azli Abd Gani · Top Commenter · SMK Batu Gajah, Tanah Merah
setelah dipecat pas bagi peluang merayu dlm tempuh sebulan..mengikut logik boleh dikatakan jwtn tu masih boleh dikekalkan kepada DHA lg sehingga habis tempuh rayuan..umpama masih dlm edah la katakan..selepas edah sekiranya dh tak ada jodoh jgak nk lucut..lucut la..bercerai laki bini pn islam membenarkan selepas edah baru si isteri leh kawin lain..kah kah kah.. kalau ikut ala2 cerai laki bini tu adil la kan..nmpak la islam ckit..
Zack Zbi · Top Commenter · Sekolah pondok
Org Malaysia dah tahu sebelum DHA masuk Pas cara mana berceramah setelah masuk pas bagaimana ceramah semasa dlm kerajaan dulu DHA exco kerajaan negeri bukan Khalid Samad siapa yg ada kuasa dan bila ada kuasa dia pecat Khalid Samad sedangkan Khalid Samad tu dahulu dari DHA menjadi ahli Pas kenapa beliau lupa kwn sendiri yg lama dlm Pas kerana apa? nak kejar MB Selagor ? DHA tak boleh pakai cakap beliau gila pangkat dan kuasa
Azli Abd Gani · Top Commenter · SMK Batu Gajah, Tanah Merah
Zack Zbi : org lain sampai melalak sampai ke luar negara tu tak gila pangkat dan kuasa ke?..tp yg peliknya boleh pakai lak..lagipn bagi saya tak salah seseorang ahli politik nk kejar pangkat dan kuasa sbb itulah matlamat org berpolitik yang penting jgn lupa asal usul dan tidak tergelincir dari landasan sebagai seorang warganegara..
Harun Mohammad · Top Commenter · Appalachian State University
selamat menubuhkan' JATI' kpd Dato Hasan Ali walau kini jadi YB' BEBAS...'
Jamal Ahmad · Top Commenter · Peniaga at Kerja sendiri
Teruskan perjuangan mu DHA dan kami di bawah sentiasa akan bersama mu di mana saja DHA pergi berceramah .
Wak Jono · Top Commenter · Works at Walmart
wak sokong datok hasan ali...moto yg datok perjuangkan tu jempolan....Parti anggok saja...sekarang dah mula geleng geleng kepala....lepas PRU 13 terjun sungai lah tuuu.
Muhamad Azhar · Ampang, Kuala Lumpur
aikkk dato, dok tembak pas bertalu2 tanpa bukti rakaman video & sebagainya takpe pulak bole aje kire betol sunguh. skrg pas tembak balik tau pulak suruh tunjuk bukti. apara cakap serupa orang........ tak sangup nak tulis....- butuk15 (signed in using yahoo)
nak dirikan neg islam tp bpakat dgn kapir. nabi pn x bt mcm ni. pas pulak nk bt. ni dh bohong besar. pas dh khianati sokongan umat islam. pemimpin pas yg bjiwa besar mesti keluar pas. jika tidak sah lh mrk parasit perosak islam. cakap dlm ceramah degar2, ekor penuh tahi.
Bronze Age · Subscribe · Director at TS Excellent
slalunya dizaman sekarang ni yg banyak bunyi lerr yg tak betul...
Ismahaji Abu · Top Commenter
Org ade PHD pun x faham dgn bahasa sindiran ke....kita tgk le gaye dia berckp kat media perdane camne...seantero Malaysia ni dah tgk dia berckp kat roadshownye..dah brape ramai org murtad bersyahadah kembali depan dia tu...
Gee Karan · Top Commenter · Smk tunku putra langkawi
oii dtok hasan aliii...lu dok diam2 laaa..jgn bsing2...gua bosan lu punya hujahhh...melayu pala hotak kawww...
Ainsyam Mujahid Abi Ikhwan · Top Commenter
pada saya...pimpinan ummat islam sudah hancur dan tidak ada siapa lagi yang perlu dipercayai dan diharapkan. semua pimpinan politik parti adalah tikus-tikus politik yang kotor dan jijik. mereka semua adalah tidak layak sebagai pemimpin ummat. dalilnya...sudah 50 tahun lebih ummat islam dipimpin oleh pimpinan parti politik...apa yang ummat dapat pelajari daripada mereka hingga ke hari ini?? di mana pencapaian ummat islam hari ini?? jgn hanya pandai menuding jari kepada umno-bn semata-mata mereka satu-satunya berada diatas kuasa. pihak pembangkang juga patut dipersalahkan kerana mereka gagal mendidik hatifikir ummat menjadi lebih baik daripada 50 tahun yang lalu. hari ini..ummat islam semakin lunyai dan semakin parah. walaupun ilmu tinggi di dada tapi ilmu yang ada pada diri merosakkan hatifikir. ulama' Pas gagal berperanan yang sepatutnya. terlalu berdiam diri untuk menjaga status quo yang tidak membawa apa-apa makna. ummat islam kini sedang menghadapi krisis kepimpinan paling kritikal!!! ada baiknya...urusan kepimpinan dipulangkan kembali kepada institusi raja2 melayu dan institusi para ulama' zuriat Rsaw!!! siapa nak menentang?? Zack Zbi?? Ismahaji Abu?? Gee Karan?? Harun Mohammad dan lain2??
Azizan Md Saman · Top Commenter · Works at Kpm GURU
Takdak bukti kira takbetul lah dakwaan Pas kpd DHA. Semua org kena faham perasaan DHA, menyertai PAS ketika zaman reformasi mendaki hingga hampir ke puncak ( Naib Presiden) tup-tup tercampak ke bawah. Siapa-siapa pun yg berada ditempatnya pasti "mengamuk sakan"
JoHn Labu · Top Commenter · Selangor, Selangor, Malaysia
Tak payah bukti, Skrg ini pun org nampak DHA sedang hebat meroyan
Shukur Hasran
Teruskan road show dato...asal roadsow dato mendidik rakyat Malaysia..moga ia menjadi dakwah...asal jangan kutuk orang lain..peduli la orang nak tuduh dato ke apa..bila banyak road show, dato membantu rakyat x tengok berita tv3, tv1 dll..so far saya tengok roadshow dato berat sebelah..asyik tibai PAS saja...FOKUS pada menarik org yang nak Islam, pertahankan Raja dan Perlembagaan k dato...- mantoya1007 (signed in using yahoo)
memang betulah mamat ni meroyan. Tak dapat nak beza kena pecat dgn letak jawatan. Sahlah Hasan ni kaki temberang.
Mohamed Farid Abd Karim · Top Commenter · Works at FELCRA BERHAD
panggil jer hasan ali dan khalid samad berdebat, habis cerita.
Pucuk Niding · Penoreh getah at Kebun getoh
cukuplah bercakap wahai hassan.. nampak benor gileenyaa..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan