Giliran Azmin beri keterangan isu 901 esok
14 Februari 2012
Naib Presiden PKR N. Surendran berkata, penyiasatan ini dilihat berat sebelah dan membuktikan Akta Perhimpunan Aman hanya merupakan sekatan tambahan terhadap hak rakyat untuk berhimpun.
Beliau berkata, janji-janji perubahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terbukti tidak bermakna dan menggesa Najib serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menghentikan siasatan ini serta-merta.
“Polis sepatutnya membanteras jenayah sebenar dan bukannya dibazirkan bagi menekan musuh politik Barisan Nasional (BN).
“Tindakan terbaru ini membuktikan golongan sosok keras Umno terus berkuasa di dalam kerajaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Semalam, beberapa pimpinan PKR dipanggil untuk membantu siasatan termasuk Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar Mat Akim.
Menurut Surendran, penyiasatan ini bermotifkan politik dan dibuat dengan niat jahat oleh polis bagi mengganggu serta menakut-nakutkan kepimpinan PKR.
Tambah beliau, tindakan polis ini dilihat seolah-olah memberi amaran kepada rakyat supaya tidak menggunakan hak mereka untuk berhimpun dan bersuara seperti termaktub di dalam Perlembagaan.
“Harus diingat polis sendiri yang bersetuju agar perhimpunan 901 diadakan di hadapan bangunan Mahkamah Jalan Duta. Justeru mengapa diadakan siasatan ini?
“Perhimpunan tersebut telah berlangsung secara aman dan sah mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Anwar: Kenyataan Tun Dzaiddin 'sangat berat'
14 Februari 2012
Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenyataan itu turut mengesahkan bahawa setiap keputusan perundangan dipengaruhi unsur politik.
“Kenyataannya itu sangat berat memandangkan ia mengesahkan bahawa rombakan tersebut memberikan implikasi kepada keputusan awal penghakiman berkaitan politik.
“Sebagai contoh kes yang berlaku seperti krisis di Perak dan penghakiman terhadap diri saya sendiri,” katanya pada sidang media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, semalam.
Sehubungan itu, Anwar berkata, PR mahukan sebuah badan kehakiman yang bebas, dan sekiranya berjaya memerintah, pihaknya akan memperbetulkan kesilapan-kesilapan era Dr Mahathir.
Jumaat lalu, Mohd Dzaiddin dalam ucapan dasarnya di Memorial Tunku Abdul Rahman mengaitkan pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an sebagai langkah yang telah melemahkan sayap badan kehakiman.
Beliau yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara dari 2000 hingga 2003 mendakwa Dr Mahathir merupakan pihak yang bertanggungjawab merombak undang-undang berkenaan dan melemahkan sistem kehakiman dengan meletakkan kuasa Parlimen sebagai penentu kehakiman negara.
Bagaimanapun, Dr Mahathir telah membidas kenyataan Dzaiddin sambil menegaskan, dakwaan itu merupakan satu fitnah terhadapnya.
Jangan persoal pendirian Pas
14 Februari 2012
Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, Karpal tidak perlu
mempersoalkan pendirian Pas kerana mereka tidak pernah menghalang
masyarakat bukan Islam daripada meraikannya.
“Pemuda Pas konsisten dalam menegaskan isu ini kerana ia bukanlah
ajaran Islam, tetapi kita tidak larang orang bukan Islam menyambutnya.
“Apa yang menjadi fokus adalah umat Islam terutamanya generasi muda.
Orang Islam punya cara tersendiri meraikan kasih sayang antara suami
isteri dan kekasih. Tidak perlu ada hari tertentu untuk meraikannya,”
katanya di Ibu Pejabat Pas, semalam.
Katanya, sebagai parti memperjuangkan Islam, pihaknya bertanggungjawab menentang sambutan itu terhadap umat Islam.
Pendirian itu turut disokong oleh Timbalan Ketua Pemudanya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Ahad lalu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata,
pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih bukanlah satu pendirian
yang baik.
Beliau berkata, pihaknya kecewa dengan tindakan Pas yang bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan.
Beliau juga menggesa Pas menarik balik pendirian tersebut sebelum 14 Februari.
Menurut Nasrudin, Pemuda Pas sentiasa menghormati hak orang lain dan
mereka tidak akan campur tangan dalam urusan agama lain, sebaliknya
mereka menegur sikap golongan muda Islam yang meraikan sambutan Hari
Kekasih.
“Jika Karpal mahu bercakap soal hak asasi dan hak individu dalam
meraikan sesuatu sambutan, maka beliau juga perlu menghormati umat Islam
yang terikat dengan tatacara digariskan dalam Islam. Itu yang kita
tegaskan dan Karpal perlu memahami perkara ini,” katanya.
Katanya, Majlis Fatwa jelas menyatakan umat Islam dilarang meraikan
sambutan Hari Kekasih itu kerana ia bukan daripada ajaran Islam.
14 Februari 2012
KUALA LUMPUR – Pas meminta Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak
mempolemikkan isu sambutan Hari Kekasih kerana apa yang ditentang Pas,
bertepatan dengan perjuangan mereka dalam Pakatan Rakyat.
Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, Karpal tidak perlu mempersoalkan pendirian Pas kerana mereka tidak pernah menghalang masyarakat bukan Islam daripada meraikannya.
“Pemuda Pas konsisten dalam menegaskan isu ini kerana ia bukanlah ajaran Islam, tetapi kita tidak larang orang bukan Islam menyambutnya.
“Apa yang menjadi fokus adalah umat Islam terutamanya generasi muda. Orang Islam punya cara tersendiri meraikan kasih sayang antara suami isteri dan kekasih. Tidak perlu ada hari tertentu untuk meraikannya,” katanya di Ibu Pejabat Pas, semalam.
Katanya, sebagai parti memperjuangkan Islam, pihaknya bertanggungjawab menentang sambutan itu terhadap umat Islam.
Pendirian itu turut disokong oleh Timbalan Ketua Pemudanya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Ahad lalu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih bukanlah satu pendirian yang baik.
Beliau berkata, pihaknya kecewa dengan tindakan Pas yang bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan.
Beliau juga menggesa Pas menarik balik pendirian tersebut sebelum 14 Februari.
Menurut Nasrudin, Pemuda Pas sentiasa menghormati hak orang lain dan mereka tidak akan campur tangan dalam urusan agama lain, sebaliknya mereka menegur sikap golongan muda Islam yang meraikan sambutan Hari Kekasih.
“Jika Karpal mahu bercakap soal hak asasi dan hak individu dalam meraikan sesuatu sambutan, maka beliau juga perlu menghormati umat Islam yang terikat dengan tatacara digariskan dalam Islam. Itu yang kita tegaskan dan Karpal perlu memahami perkara ini,” katanya.
Katanya, Majlis Fatwa jelas menyatakan umat Islam dilarang meraikan sambutan Hari Kekasih itu kerana ia bukan daripada ajaran Islam.
14 Februari 2012
SHAH ALAM – Kerajaan boleh melaksanakan pendaftaran secara automatik
kepada mereka yang layak untuk memilih calon dan parti politik pada
pilihan raya umum akan datang kerana tidak melanggar hak asasi manusia.
Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Muhammad Sha’Ani Abdullah berkata, kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu segera berbuat demikian untuk memberi ruang kepada rakyat negara ini, menentu hala tuju kepimpinan dan masa depan negara.
“Jika dilaksanakan pendaftaran secara automatik, ia seolah-olah menunjukkan semua orang boleh terlibat dalam urusan pentadbiran negara kerana diberi hak untuk memilih wakil rakyatnya secara mudah.
“Bagi kami, malah tidak timbul ia boleh menjejaskan hak asasi seseorang untuk menyertai dan mempengaruhi urusan pentadbiran negara. Begitu pun, kita tidak boleh memaksa seseorang supaya mendaftarkan diri sebagai pemilih,” katanya mengulas kenyataan Bicara Isnin, semalam mengenai 2.1 juta orang Melayu berumur 21 tahun belum mendaftarkan diri sebagai pemilih dengan SPR.
Beliau berkata, hak membuang undi adalah perkara lain dan tidak ada kena-mengena dengan pendaftaran secara automatik.
Sekiranya seseorang dipaksa untuk mengundi atau dikenakan denda kerana gagal menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih, kata Muhammad Sha’Ani, ia boleh menjadi kesalahan dan dituduh melanggar hak asasi manusia.
“Untuk memastikan ketelusan dalam melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik, SPR perlu menitikberatkan aspek keselamatan untuk mengelakkan berlaku sebarang penyelewengan.
“Kerajaan juga harus membuat satu undang-undang dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan perkara ini supaya tidak timbul keraguan mengenai sistem berkenaan,” katanya.
Menurutnya, Suhakam mengalu-alukan ia dilaksanakan pada masa terdekat.
“Tanya kerajaan kenapa tidak mahu berbuat demikian kerana bagi kami, ia sepatutnya boleh dilaksanakan,” katanya.
Karpal diminta usah polemikkan isu sambutan Hari Kekasih
14 Februari 2012
Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, Karpal tidak perlu mempersoalkan pendirian Pas kerana mereka tidak pernah menghalang masyarakat bukan Islam daripada meraikannya.
“Pemuda Pas konsisten dalam menegaskan isu ini kerana ia bukanlah ajaran Islam, tetapi kita tidak larang orang bukan Islam menyambutnya.
“Apa yang menjadi fokus adalah umat Islam terutamanya generasi muda. Orang Islam punya cara tersendiri meraikan kasih sayang antara suami isteri dan kekasih. Tidak perlu ada hari tertentu untuk meraikannya,” katanya di Ibu Pejabat Pas, semalam.
Katanya, sebagai parti memperjuangkan Islam, pihaknya bertanggungjawab menentang sambutan itu terhadap umat Islam.
Pendirian itu turut disokong oleh Timbalan Ketua Pemudanya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Ahad lalu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih bukanlah satu pendirian yang baik.
Beliau berkata, pihaknya kecewa dengan tindakan Pas yang bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan.
Beliau juga menggesa Pas menarik balik pendirian tersebut sebelum 14 Februari.
Menurut Nasrudin, Pemuda Pas sentiasa menghormati hak orang lain dan mereka tidak akan campur tangan dalam urusan agama lain, sebaliknya mereka menegur sikap golongan muda Islam yang meraikan sambutan Hari Kekasih.
“Jika Karpal mahu bercakap soal hak asasi dan hak individu dalam meraikan sesuatu sambutan, maka beliau juga perlu menghormati umat Islam yang terikat dengan tatacara digariskan dalam Islam. Itu yang kita tegaskan dan Karpal perlu memahami perkara ini,” katanya.
Katanya, Majlis Fatwa jelas menyatakan umat Islam dilarang meraikan sambutan Hari Kekasih itu kerana ia bukan daripada ajaran Islam.
Suhakam sokong laksana pendaftaran automatik
14 Februari 2012
Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Muhammad Sha’Ani Abdullah berkata, kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu segera berbuat demikian untuk memberi ruang kepada rakyat negara ini, menentu hala tuju kepimpinan dan masa depan negara.
“Jika dilaksanakan pendaftaran secara automatik, ia seolah-olah menunjukkan semua orang boleh terlibat dalam urusan pentadbiran negara kerana diberi hak untuk memilih wakil rakyatnya secara mudah.
“Bagi kami, malah tidak timbul ia boleh menjejaskan hak asasi seseorang untuk menyertai dan mempengaruhi urusan pentadbiran negara. Begitu pun, kita tidak boleh memaksa seseorang supaya mendaftarkan diri sebagai pemilih,” katanya mengulas kenyataan Bicara Isnin, semalam mengenai 2.1 juta orang Melayu berumur 21 tahun belum mendaftarkan diri sebagai pemilih dengan SPR.
Beliau berkata, hak membuang undi adalah perkara lain dan tidak ada kena-mengena dengan pendaftaran secara automatik.
Sekiranya seseorang dipaksa untuk mengundi atau dikenakan denda kerana gagal menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih, kata Muhammad Sha’Ani, ia boleh menjadi kesalahan dan dituduh melanggar hak asasi manusia.
“Untuk memastikan ketelusan dalam melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik, SPR perlu menitikberatkan aspek keselamatan untuk mengelakkan berlaku sebarang penyelewengan.
“Kerajaan juga harus membuat satu undang-undang dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan perkara ini supaya tidak timbul keraguan mengenai sistem berkenaan,” katanya.
Menurutnya, Suhakam mengalu-alukan ia dilaksanakan pada masa terdekat.
“Tanya kerajaan kenapa tidak mahu berbuat demikian kerana bagi kami, ia sepatutnya boleh dilaksanakan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan