19 Tanda Kematian yang mulia
MEMANG
amat tersentuh dan mengalir air mata ketika melihat jenazah adik-adik
kecil yang dipanggil Pemiliknya. Mereka dikebumikan serentak dalam satu
lahad.
Takziah kepada keluarga mangsa semoga tabah menghadapi ujian
kehilangan yang tersayang. Al-Imam Qurtubi pernah merakamkan hadis nabi
yang bermaksud, mati mengejut bagi orang yang baik adalah nikmat
manakala mati mengejut bagi yang zalim dan jahat adalah azab.
Memang sedih apabila de ngar berita kematian, tapi bagi yang tahu
kategori kematian, ada anugerah di sebalik itu iaitu mati syahid.
Bagi keluarga yang sedang bersedih dengan tragedi terbabit, sedikit hiburan dari tulisan kali ini.
Ini kerana di sana ada satu senarai pakej kematian yang sangat mulia
iaitu husnul khatimah atau mati syahid terutama di senarai yang ke lapan
dan kesembilan dalam tulisan ini.
Pertama: Mereka yang dapat
mengucapkan syahadah menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan dalam
banyak hadis sahih, antaranya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“(Barang siapa yang ucapan terakhirnya Laa ilaaha illallah maka dia
masuk syurga).” (Hadis Hasan)
Kedua: Kematian yang disertai
dengan basahnya kening dengan keringat atau peluh berdasarkan hadis
Buraidah bin Hushaib r.a: Dari Buraidah bin Khusaib r.a (bahawa ketika
dia berada di Khurasan sedang membesuk seorang sahabatnya yang sakit dia
mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya berkeringat maka dia
berkata: Allahu Akbar, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud: (Kematian seorang mukmin disertai keringat di keningnya).
(Hadis Sahih)
Ketiga: Mereka yang (baik-baik dan soleh)
meninggal dunia pada malam Jumaat atau siangnya berdasarkan sabda
Rasulullah s.a.w (tidaklah seorang Muslim yang meninggal pada hari
Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah melindunginya daripada seksa
kubur).
Keempat: Meninggal dalam keadaan syahid di medan perang
sebagaimana ertinya: (Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa
orang-orang yang terbunuh di jalan Allah mati, tetapi mereka hidup
diberi rezeki di sisi Tuhan mereka. Mereka bergembira dengan kurnia yang
diberikan Allah kepada mereka dan memberi khabar gembira kepada orang
yang belum mengikuti mereka di belakang janganlah mereka takut dan
sedih. Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan
kurnia-Nya dan bahawa Allah tidak mensia-siakan balasan bagi orang-orang
beriman). (Surah Ali Imran ayat 169-171)
Rasulullah s.a.w bersabda:
“(Orang yang syahid mendapat kan enam perkara: Diampuni dosanya sejak
titisan darahnya yang pertama, diperlihatkan tempatnya dalam syurga,
dijauhkan dari seksa kubur, diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat
di hari kiamat, dipakaikan mahkota keimanan, dinikahkan dengan bidadari
syurga, diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya.”
Kelima: Mereka yang meninggal ketika berjuang di jalan Allah (bukan
terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: “(Apa yang kalian nilai
sebagai syahid antara kalian? Mereka berkata: Ya Rasulullah siapa yang
terbunuh di jalan Allah maka dia syahid. Beliau berkata: (Jadi
sesungguhnya syuhada’ umatku sedikit ). Mereka berkata: Lalu siapa
mereka Ya Rasulullah?
Baginda berkata: (Barang siapa yang terbunuh
di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati di jalan Allah syahid,
barang siapa yang mati kerana wabak taun syahid, barang siapa yang mati
kerana penyakit perut syahid dan orang yang tenggelam syahid).”
Keenam: Mati kerana satu wabak penyakit taun berdasarkan beberapa hadis
antaranya: Rasulullah s.a.w bersabda: (Wabak taun adalah kesyahidan
bagi setiap Muslim).
Ketujuh: Mereka yang mati kerana penyakit dalam perut berdasarkan hadis di atas.
Kelapan dan kesembilan: Mereka yang mati kerana teng gelam dan terkena
runtuhan berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: (Syuhada ada lima:
yang mati kerana wabak taun, kerana penyakit perut, yang tenggelam,
yang terkena runtuhan dan yang syahid di jalan Allah).
Kesepuluh: Mereka yang matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan
melahirkan anaknya: Dari Ubadah bin Shamit r. a bahawa Rasulullah s.a.w
menjenguk Abdullah bin Rawahah dan berkata: Beliau tidak berpindah dari
tempat tidurnya lalu berkata: Tahukah kamu siapa syuhada’ dari umatku?
Mereka berkata: Terbunuhnya seorang Muslim adalah syahid. Beliau
berkata: (Jadi sesungguhnya para syuhada’ umatku, terbunuhnya seorang
Muslim syahid, mati kerana wabak taun syahid, wanita yang mati kerana
janinnya syahid (ditarik oleh anaknya dengan tali arinya ke syurga).
Kesebelas dan kedua belas: Mereka yang mati kerana terbakar dan sakit
bengkak panas yang menimpa selaput dada di tulang rusuk, ada beberapa
hadis yang terkait yang paling masyhur: Dari Jabir bin ‘Atik dengan
sanad marfu’: (Syuhada’ ada tujuh selain terbunuh di jalan Allah: yang
mati kerana wabak tha’un syahid, yang tenggelam syahid, yang mati kerana
sakit bengkak yang panas pada selaput dada syahid, yang sakit perut
syahid, yang mati terbakar syahid, yang mati terkena runtuhan syahid,
dan wanita yang mati setelah melahirkan syahid).
Ketiga belas:
Mereka yang mati kerana sakit TB berdasarkan hadis: Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud: (Terbunuh di jalan Allah syahid, wanita yang
mati kerana melahirkan syahid, orang yang terbakar syahid, orang yang
tenggelam syahid, dan yang mati kerana sakit TB syahid, yang mati kerana
sakit perut syahid). (Hadis Hasan)
Keempat belas: Mereka yang
mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas. Dalam hal itu
ada beberapa hadis di antaranya: Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud: (Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya (dalam riwayat:
barang siapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan yang benar lalu
dia mempertahankannya dan terbunuh) maka dia syahid).
Kelima
belas dan keenam belas: Mereka yang mati kerana mempertahankan agama dan
dirinya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Barang siapa yang
terbunuh kerana hartanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana
keluarganya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana agamanya syahid,
barang siapa yang terbunuh kerana darahnya syahid).
Ketujuh belas: Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga di perbatasan)
di jalan Allah. Ada dua hadis dalam hal itu salah satunya: Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud: (Ribath sehari semalam lebih baik dari
berpuasa dan qiyamul lail selama sebulan, dan jika mati maka akan
dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan
rezekinya dan di amankan dari fitnah).
Kelapan belas: Mati
ketika melakukan amal soleh berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud: (Barang siapa yang mengucapkan: Laa ilaaha illallah
mengharapkan wajah Allah lalu wafat setelah mengucapkannya maka dia
masuk syurga, barang siapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah Allah
lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga, barang siapa
yang bersedekah dengan satu sedekah meng harapkan wajah Allah lalu wafat
ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga).
Kesembilan
belas: Mereka yang dibunuh oleh penguasa yang zalim kerana memberi
nasihat kepadanya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Penghulu
para Syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Mutalib dan seseorang yang
mendatangi penguasa yang zalim lalu dia memerintahkan yang baik dan
melarang dari yang mungkar lalu dia dibunuh nya) Hadis dikeluarkan oleh
Al-Hakim dan disahihkannya dan Al Khatib.
Sama-samalah kita berdoa agar kita sama termasuk dalam senarai di atas. Amin Ya Rabbal ‘aalamin
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Khamis, 23 Februari 2012
SEMUA PASTI MATI BAIK YANG TAAT ATAU YANG DERHAKA...MUSLIM ATAU NON MUSLIM...KITA DIHIDUPKAN UNTUK BERIBADAH...BUKAN ENJOY SAKAN...CARI HARTA SAKAN...HINGGAN BEKALAN AKHIRAT DAH TAK DIPENDULIKAN...ORANG MACAM NI DISESATKAN OLEH SYAITAN...RASA DIRI PANDAI DAN BIJAK...SEBENAR IA BODOH SESANGAT2...ORANG SENTIASA INGATKAN MATI...MEREKA INILAH YANG BIJAKSANA...MAKSUD HADIS
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan