Sabtu, 18 Februari 2012

JIKA NAK JADI KERAJAAN...BIAR KERAJAAN YANG TELUS DAN AMANAH...BUKAN KERAJAAN..BOLOS...BOROS SERTA PUNAH....

Curtin gantung komen tentang Rosmah di FB
Selepas Facebook Universiti Curtin menjadi sasaran hebat rakyat Malaysia, institusi pengajian tinggi tersebut telah menggantung komen di dinding Facebooknya.

NONE"Disebabkan pelanggaran berterusan terhadap terma penggunaan dan syarat serta terma Facebook, dan risiko pencabulan Akta Fitnah 2006 serta Kanun Jenayah Komanwel, maka kami tiada pilihan kecuali menggantung sementara komen di dinding ini," katanya dalam satu pos di Facebook.
Penggantungan itu dibuat ekoran amaran berkali-kali terhadap warga siber ketika membuat komen tentang anugerah ijazah Doktor Kehormat Persuratanan universiti itu kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Menurutnya lagi, terdapat begitu banyak serangan peribadi, tuduhan mengenai aktiviti ciminal, dan kebencian yang disebar, dan pihaknya perlu mematuhi Akta Fitnah 2006 untuk membuang kandungan seperti ini.

Walaupun pengguna tidak lagi boleh memberi komen terus di dinding Facebook Universiti Curtin, tetapi komen boleh dibuat di posting universiti berkenaan.

Pembangkang pertikai daftar pemilih tambahan
Parti pembangkang mempertikai daftar pemilih tambahan untuk suku keempat 2011 yang dikesan tidak menyertakan senarai pemilih yang telah meninggal dunia dan juga nama yang telah dikeluarkan dari daftar pemilih induk.

Ketua biro pilihan raya pemuda PAS Johor, Mohd Faizul Mohd Salleh berkata, kesemua daftar pemilih tambahan untuk sesuatu penggal tertentu sebelum ini biasanya menyenaraikan nama pemilih yang telah meninggal dunia.
Selain itu, daftar pemilih tambahan itu juga biasanya menyenaraikan pengundi yang baru didaftarkan, pengundi yang bertukar alamat dan juga pengundi yang dilucut taraf kerakyatan.

Mohd Faizul berkata, daftar pemilih tambahan itu kali ini agak ganjil kerana tidak disertakan dengan senari pemilih yang telah berubah status seperti itu.
Amalan itu juga tidak selari dengan prinsip ketelusan yang ingin ditonjolkan SPR, katanya dalam satu kenyataan.

Beliau telah menyemak dengan biro pilihan raya pemuda PAS di negeri lain yang turut mengadu mengenai perkara sama, katanya lagi ketika dihubungi.

Semakan dengan biro pilihan raya PKR Perak dan juga DAP Pulau Pinang juga menunjukkan perkara sama berlaku.
                     
Suruhanjaya Pilihan Raya mempamerkan daftar pemilih tambahan untuk suku tahun terakhir 2011 itu untuk pemeriksaan orang ramai bermula 8 Februari hingga 14 Februari lalu.

MP dakwa tabung persatuan penduduk biayai program menteri
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini mendakwa peruntukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk aktiviti persatuan perumahan rakyat tahun lalu, digunakan bagi membiayai majlis yang dihadiri menteri wilayah dan kesejahteraan bandar.

NONEBercakap dalam sidang medianya di Bangsar hari ini, Nurul Izzah
berkata penduduk dalam kawasan parlimennya  mengadu bahawa permohonan mereka telah ditolak oleh DBKL dan duit tersebut digunakan untuk membiayai "program Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin".

"Bila mereka menghubungi DBKL untuk menggunakan peruntukkan mereka, mereka diberitahu bahawa peruntukan tersebut digunakan untuk membiayai program yang dianjurkan oleh Umno di mana menteri turut dijemput.

"Apabila kami membawa perkara ini kepada DBKL, datuk bandar KL berkata kami perlu membawanya kepada menteri kerana beliau hanya sekadar penjawat awam," kata Nurul Izzah.

Mengesahkan perkara tersebut, ahli jawatankuasa penduduk Apartmen Sri Putra Abdul Rahi Mohd Noor berkata program mencegah kebakaran yang dijadualkan April 2011 telah dibatalkan disebabkan alasan berkenaan.



Dermawan MCA dapat bantuan k'jaan RM500
Seorang pemimpin bahagian MCA di Pahang yang berpangkat Datuk turut  menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 dan ini telah menimbulkan tandatanya di kalangan penduduk tempatan dan warga internet.

NONEPengerusi MCA bahagian Bera, Datuk Tang Hock Lok (kanan),
yang juga seorang pemimpin masyarakat dan dermawan terkenal di Triang, telah menyumbangkan wang RM500 itu kepada seorang penduduk kampung yang kurang upaya.

Berita mengenai Tang menerima BR1M telah mencetuskan bantahan di beberapa forum internet serta media sosial.

Ramai mempersoalkan kelayakannya untuk menerima bantuan tersebut, dan sama ada program BR1M telah disalahgunakan.

Menurut laporan di akhbar harian Cina hari ini, Tang menolak sebarang dakwaan penipuan.

"Saya memohon melalui prosedur yang betul dan pihak berkuasa telah meluluskan permohonan saya kerana saya layak," Tang dipetik sebagai berkata.

Tang juga dipetik berkata bahawa tidak ada unsur-unsur yang menyalahi undang-undang atau penyalahgunaan kuasa dalam proses tersebut.

Beliau menemui pemberita selepas memberi wang RM500 itu kepada seorang penduduk kurang upaya di kampung baru Triang. Tang adalah ketua kampung di situ.

"Niat awal saya memohon bantuan itu adalah untuk menyumbangkan wang RM500 itu kepada mereka yang memerlukannya," kata Tang.

DAP: K'jaan manipulasi undang-undang 'halalkan' hutang
DAP menyalahkan kerajaan BN terhadap peningkatan tahap hutang negara kerana menaikkan siling pinjaman berkanun "beberapa kali" untuk "menghalalkan" hutang.

NONESetiausaha publisiti DAP kebangsaan, Tony Pua mengecam kerajaan kerana mengubahsuai siling itu "dengan sewenang-wenangnya sepanjang dekad yang lalu, menjadikan siling hutang undang-undang tidak bermakna".

Oleh itu, katanya, hutang kerajaan sebanyak 53.8 peratus daripada KDNK seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ekonomi 2011/2 di bawah siling pinjaman berkanun 55 peratus, adalah ekoran hasil "manipulasi kreatif" kerajaan.

"Apa yang membimbangkan ialah hakikat bahawa 'siling pinjaman berkanun' sebenarnya telah dinaikkan beberapa kali oleh kerajaan BN sepanjang dekad yang lalu untuk 'menghalalkan' tahap hutang kerajaan persekutuan yang telah meningkat pada kadar yang lebih cepat daripada KDNK kita."

Siling pinjaman berkanun 55 peratus hanya berkuatkuasa pada bulan Julai 2009 atas arahan Menteri Kewangan kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah.

azlan"Sebelum had semakan itu, had berkenaan ditetapkan pada 45
peratus pada bulan Jun 2008, kira-kira 13 bulan sebelumnya, oleh Menteri Kewangan kedua ketika itu, Tan Sri Nor Md Yakcop," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah bahawa had itu dinaikkan kepada 40 peratus lima tahun sebelum itu, oleh Menteri Kewangan kedua ketika itu, Datuk Jamaluddin Jarjis.

"Oleh itu siling pinjaman berkanun kita telah dinaikkan sebanyak 15 peratus daripada KDNK kita hanya dalam masa enam tahun.

"Persoalannya ialah jika siling berulang kali dinaikkan dengan sikap acuh tak acuh itu, jadi apa perlunya untuk kerajaan menetapkan hadnya?" kata Pua, yang juga PJ Utara MP.

Tiada ulasan: