Semakan kehakiman TOL Lynas disebut 28 Feb
Hazayani Zakaria, | 23 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 23 Feb:
Semakan kehakiman menuntut pemberian lesen operasi sementara (TOL)
Lynas di Gebeng, Kuantan akan disebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
pada 28 Februari ini.
Demikian dimaklumkan Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar (gambar).
"Semakan kehakiman ini akan didengar jam 9 pagi di Mahkamah Jalan Duta," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Pada Jumaat lepas, seramai 10 wakil penduduk berada antara tiga ke 10 kilometer dari kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, memfailkan permohonan semakan penghakiman ke atas lesen operasi sementara Lynas yang diluluskan 30 Januari lalu.
Mereka terdiri daripada Zakaria Abdullah, Ramli @ Kamaluddin Awang, Ab Sani Ahmad, Mohd Rasid Hamzah, Mansor Bedu, Ali Akbar Othman, Hashim Bin Awang, R. Nadarajan, Pang Chee Kian dan Tuw Yin Lan dibuat kerana hilang kepercayaan terhadap agensi berkaitan yang dipertanggungjawabkan kerajaan.
Mereka memohon perintah penggantungan iaitu menghalang Lynas daripada memulakan operasi sehingga semakan kehakiman tersebut dilupuskan yang difailkan melalui syarikat guaman Kanesalingam & Co.
Tiga pihak terlibat, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Jabatan Alam Sekitar dan Lynas Corporation dinamakan sebagai responden dalam kes berkenaan.
Semakan kehakiman tersebut dilakukan kerana penduduk dan pihaknya tidak berpuas hati dengan kerajaan yang telah memberi lesen operasi sementara kepada Lynas.
Afidavit tersebut turut disokong afidavit pakar kimia dan sains material, Dr Lee Chee Hong.
Sehubungan itu, Zulkefly menyeru semua pihak yang membantah operasi Lynas turun beramai-ramai ke mahkamah pada 28 Februari ini bagi menyatakan sokongan kepada semakan tersebut.

Fokus penjelasan kepada pengundi Melayu
Harakahdaily, | 23 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 23 Feb:
PAS mengarahkan pimpinan dan tenaga penerangannya agar memberikan fokus
kepada pengundi Melayu agar jangan percaya kepada diayah Umno yang hak
mereka akan terhakis di bawah Pakatan Rakyat.
Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) berkata, penjelasan dan penerangan berulang kepada pengundi Melayu perlu dibuat bahawa tidak terhakis hak mereka di bawah Pakatan Rakyat.
"Fakta bahawa Pakatan Rakyat akan kekal menjaga mereka, malah lebih baik daripada Umno, kerana kita tidak akan mencuri kekayaan milik mereka untuk mengkayakan sebilangan kroni.
"Ketakutan kepada DAP hanyalah satu prasangka terancang oleh Umno yang dilakukan dengan tujuan untuk mengekal kuasa mereka," beritahu Mohamad Sabu.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan apakah isu-isu semasa yang perlu perlu difokuskan PAS untuk PRU-13 ini.
Ia disiarkan dalam kolum Kesatuan Fikrah yang sedang disiarkan oleh Harakahdaily sekarang.
Selain isu itu, Mohamad meminta isu good governance dari segi pelaksanaan mesti dibuktikan oleh PAS dan Pakatan sekarang, dan ditonjolkan lagi di peringkat negeri dan persekutuan sekiranya menang dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.
Selain itu, umat Islam Melayu mesti difahamkan bahawa perjuangan Islam antara PAS dengan Umno jauh berbeza.
PAS sentiasa berusaha melaksanakan ajaran agama Islam itu sendiri, termasuk berusaha melaksanakan enakmen syariah, manakala Umno pula hanya menjadikan Islam sebagai slogan dalam pemerintahannya.
"Perkara ini juga boleh dilihat bagaimana tingginya komitmen PAS dalam menhapuskan rasuah dan menonjolkan pentadbiran yang bersih.
"Usaha PAS sebagai penyatu kaum melalui Islam turut dapat dilihat dalam penubuhan Kelab Penyokong PAS (DHPP)," jelas beliau.
Di bawah pentadbiran Pakatan, kata Mohamad, PAS yakin orang bukan Islam, walaupun tidak memeluk Islam, tidak akan bersifat anti-Islam seperti MCA di bawah pemerintahan Umno.
Mohamad dipercayai mengulas sikap Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang jelas anti Islam berbanding dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang jelas amat memahami hubungan antara agama.
Ia dibayangkan oleh kedua-duanya dalam debat antara mereka baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, 23 Feb:
Akademi Belia Muslim Cemerlang (B'Muslim) akan menganjurkan Karnival
Mahabbah Rasulullah s.a.w. pada hari Sabtu ini, 25 Februari di Padang
Awam Kubang Gajah, Temerloh.
Karnival setengah hari yang akan bermula dari jam 8.00 pagi itu akan menjadi lebih menarik apabila turut dihadiri tokoh pendakwah dan ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus.
Penasihat program, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, karnival tersebut akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti santai yang melibatkan kanak-kanak dan remaja.
“Selain pertandingan mewarna yang akan melibatkan kanak-kanak berumur 9 tahun ke bawah, kami juga akan mengadakan pertandingan azan dan bercerita yang melibatkan para pelajar yang berumur 12 tahun ke bawah," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.
Sempena karnival itu, menurutnya, pihak penganjur akan turut melancarkan kelab basikal fixie Temerloh menerusi program khusus yang telah disusun.
“Program ilmiah akan bermula dengan solat Dhuha diikuti Kuliah Dhuha Perdana oleh Ustaz Nasruddin Hassan dan seterusnya sesi Soal Jawab Permasalahan Agama dengan Ustaz Azhar Idrus,” tambahnya.
Sehubungan itu, pihaknya menjemput semua pihak khususnya golongan muda hadir ke karnival tersebut bagi bersama-sama mendapatkan manfaatnya.
Orang ramai khususnya golongan muda yang ingin menyertainya dialu-alukan datang lebih awal bagi memudahkan pihak penganjur melaksanakan acara-acara yang telah disusun.
Selain itu, mereka juga diminta membawa bersama sejadah untuk keperluan mendirikan solat dan tikar untuk dijadikan alas tempat duduk.

Karnival Mahabbah Rasulullah 25 Feb
Aziz Muda, | 23 Feb 2012 |

Syabas setuju sambung bekalan air pagi ini
Harakahdaily, | 23 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 23 Feb:
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bersetuju untuk menyambung
bekalan air Taman Pandan Utama 2 pagi ini, kata Pengerusi Jawatankuasa
Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan negeri, Iskandar A
Samad (gambar).
Ini, katanya setelah pemaju menghantar surat akujanji kepada Syabas semalam yang menyatakan mereka akan mengemukakan Bank Guarantee bernilai RM1.9 juta dalam masa satu minggu.
Katanya, Bank Guarantee itu adalah untuk menjamin pemaju akan menyiapkan kerja-kerja berkaitan bekalan air yang tertangguh dalam masa 12 bulan.
Semalam, beliau telah mengadakan mesyuarat dengan pihak Syabas dan wakil pemaju Taman Pandan Utama 2, di pejabat Syabas Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur mengenai pemotongan bekalan air di taman tersebut.
Pihak Syabas telah diketuai oleh Sanusi Sulieman (Pengarah Eksekutif Bahagian Perancangan) dan Kelvin Siew Weng Ho (Ketua Wilayah, Kuala Lumpur).
Pemaju pula, Sri Wijaya Sdn Bhd, Menara Nikmat Sdn Bhd dan Amal Mawar Sdn Bhd telah diwakili oleh Tan Cheng Foo.
Pada 20 Februari lepas, kata Iskandar pemaju telah mengemukakan surat akujanji bahawa mereka akan menyiapkan kerja itu dalam masa yang ditetapkan itu.
Menurutnya, di antara kerja yang perlu disiapkan adalah pembinaan tangki air dan pemasangan paip.
“Saya juga akan mengadakan rundingan dengan penduduk setinggan di atas tapak tangki air itu untuk memastikan tangki dapat dibina,” ujarnya yang juga Adun Cempaka.
Beliau memberitahu, mesyuarat semalam adalah mesyuarat kedua membincang perkara tersebut.
Mesyuarat pertama, katanya telah diadakan pada 15 Februari lepas juga di pejabat Syabas.
Jelasnya, pada 20 Februari lepas pula beliau telah mengadakan dialog bersama penduduk, Syabas dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
“Saya berharap pihak pemaju akan dapat mengotakan janji mereka untuk menghantar surat akujanji dan pihak Syabas akan menyambung bekalan secepat mungkin selepas menerima surat itu agar penderitaan penduduk akan berakhir,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Walau bagaimanapun, ujarnya adalah wajar pihak Syabas menyambung semula bekalan air dengan segera di atas sebab-sebab kemanusian memandangkan persetujuan telah dicapai dan menunggu untuk dilaksanakan.
Beliau berkata, buat masa ini terdapat penduduk yang terpaksa mengangkut air dari tingkat bawah ke tingkat lima dan terdapat kemungkinan akan berlaku kemalangan atau musibah sekiranya keadaan seperti itu berlarutan.

Tengku Mahkota rasmi Tahun Melawat Kelantan
Salmah Mat Husain, | 23 Feb 2012 |
KOTA BHARU, 23 Feb: Tengku Mahkota Kelantan akan mewakili Sultan Muhammad Ke-V merasmikan Tahun Melawat Kelantan (TMK@12) pada 2 Mac ini.
Acara yang bakal bermula 9.00 malam pada sesi sebelah malam itu akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar) memberitahu, program penuh bermakna itu akan diserikan dengan persembahan hiburan.
“Kita menjemput artis tidak asing lagi, Papa Rock Malaysia Ramli Sarif, artis Indonesia Opic dan Kumpulan Nasyid Al-Walid bagi mewarnai majlis yang penuh gemilang ini,” ujarnya.
Katanya, akan turut serta Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta pimpinan kerajaan negeri untuk sama-sama memeriahkan majlis ini.
Takiyuddin juga turut menambah, pada 2 Mac juga berlangsung acara majlis kuliah yang berpusat di Medan Ilmu yang bermula sejak jam 8.00 pagi.
Menurutnya, ceramah agama akan disampaikan pendakwah terkenal, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz dan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bermula jam 9.30 pagi.
“Manakala di Medan Ilmu juga motivasi terkenal Ustaz Azhar Idrus bakal menyampaikan kuliah ‘Perdana Belia’ kira-kira jam 5.00 petang.
“Malah khutbah Jumaat khas yang bertajuk Pelancongan Adalah Sunnah akan disampaikan di semua masjid di seluruh negeri ini,” ujarnya.
Ketika ditanya berhubung perkembangan pelancong yang mengunjungi negeri ini dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, beliau berkata ianya begitu membanggakan.
Katanya, maklumat yang diperolehi dari Pusat Penerangan Pelancongan (TIC), memberitahu perkembangan begitu positif apabila kadar kehadiran pelancong begitu bertambah berbanding biasa pada tempoh yang sama tahun lalu.
Tegasnya, perkembangan itu dapat dilihat sewaktu musim cuti Tahun Baru Cina dan cuti umum baru-baru ini.
“Kita menjangkakan dengan perkembangan awal ini target kita untuk mencapai kedatangan pelancong ke negeri ini antara 5.8 juta hingga 6 juta orang akan berjaya,” ujarnya.

ABU Melaka dilancar malam esok
Ahmad Danial, | 23 Feb 2012 |
MASJID TANAH, 23 Feb: Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Cawangan Melaka, Zuraidi Abdullah
berkata, NGO Asalkan Bukan Umno (ABU) diwujudkan adalah untuk
menyedarkan rakyat mengapa kerajaan Umno BN yang melakukan pembaziran
dan penyelewengan mesti ditolak pada Pilihan raya Umum ke-13 akan
datang.
Katanya, pelancaran ABU peringkat negeri Melaka akan diadakan pada 24 Februari ini bagi menyeru rakyat bangkit menentang Umno BN dari terus melakukan pembaziran sehinggakan menjejaskan kehidupan rakyat.
"Pembaziran ini berlaku ketika rakyat dipaksa untuk berhemah dalam berbelanja.
“Pembaziran ini juga menjadi punca ketirisan selain membantu kedudukan indeks rasuah negara mencecah paras terburuk dalam sejarah," ujarnya pada sidang media di pejabat PAS Masjid Tanah di sini, semalam.
Mengenai tindakan ala samseng pihak tertentu baru-baru ini, beliau melahirkan rasa kecewa dengan tindakan ala gangsterism dan melakukan vandalisme terhadap program dan premis Pakatan Rakyat di Melaka.
Menurutnya, Melaka juga tidak kurang hebatnya dengan kebiadaban pihak tertentu secara jelas dan terbuka menyerang program Pakatan Rakyat seperti yang telah diadakan di Gadek dan Hutan Percha pada 12 Februari lepas sehingga berlaku pergaduhan kecil.
Pelancaran ABU peringkat negeri ini diadakan di pejabat PAS Kawasan Masjid Tanah di Hujan Panas, di sini jam 9.00 malam esok.
Antara pimpinan yang akan menyampaikan ucapan ialah Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Demo esok bantah tentera Amerika bakar al-Quran
Harakahdaily, | 23 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 23 Feb:
Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menyerahkan memorandum dan menganjurkan
himpunan aman selepas solat Jumaat, esok di hadapan Kedutaan Amerika, di
sini.
Ketuanya, Nasrudin Hassan (gambar) berkata, himpunan itu bagi mengutuk keras tindakan jahat dan cuai tentera Amerika Syarikat yang membuang dan membakar al-Quran yang diambil dari perpustakaan penjara di Pangkalan Udara Afghanistan, kelmarin.
Katanya, peserta berkumpul di Masjid Tabung Haji.
Menurutnya, pada 2010, Gereja Florida telah mencetus kemarahan umat Islam apabila merancang untuk membakar al-Quran pada ulang tahun kesembilan peristiwa 11 September di New York dan Washington.
Rancangan serupa, ujarnya diulang oleh Terry Jones Paderi Amerika Syarikat pada tahun lalu 2011 sempena ulang tahun peristiwa 11 September, malah pembakaran al-Quran telah dilakukan oleh Paderi Wayne Sapp di bawah pengawasan Jones.
Beliau berkata, al-Quran ada waktu itu telah direndamkan dalam minyak tanah selama sejam dan diletakkan dalam dulang besi di tengah-tengah gereja sebelum ianya dibakar dengan pemetik api barbeku, al-Quran dibakar selama 10 minit dan gambar pembakarannya dirakam.
“Semalam timbul lagi isu pembakaran al-Quran, kini dilakukan pula oleh tentera Amerika Syarikat dan kononnya tindakan mereka tidak disengajakan. Persoalannya berapa kali lagi ia akan berlaku?” katanya.
Sehubungan itu, tegasnya Dewan Pemuda PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan propaganda yang mencetus kemarahan umat Islam seluruh dunia.
“Suatu tindakan yang tidak selayaknya dilakukan oleh insan yang bertamadun justeru ianya mempertajamkan lagi permusuhan antara mereka dengan ummat Islam.
“Semoga Allah SWT melaknat segala usaha untuk menghina dan memperlekehkan Islam dan memberi kekuatan kepada ummat Islam untuk terus bangkit mempertahankan maruah agama dan harga diri,” ujarnya.

Penduduk minta atasi hakisan tanah
Harakahdaily, | 23 Feb 2012 |
MIRI, 23 Feb:
Sebuah keluarga yang tinggal di pinggiran Sungai Dalam B, Lambir di
sini merayu pihak kerajaan agar segera menyelesaikan masalah hakisan
tanah di hadapan rumah mereka kerana sebahagian rumah telah roboh akibat
hakisan tanah pada tahun lalu.
Keluarga tersebut bernasib baik, kerana hanya sebahagian saja rumah mereka yang roboh, kalau tidak sudah tentu perkara yang lebih buruk berlaku ke atas mereka.
Penduduk kampung, menasihatkan keluarga tersebut agar meminta bantuan dari pejabat tanah dan ukur untuk mengatasi masalah tanah mereka.
Puan Minah Sulong, dan suaminya, Aban Juhai pernah mengadu kepada pejabat tanah dan ukur di Miri mengenai masalah tempat tinggal mereka tetapi tiada sebarang tindakan diambil. Mereka pernah juga memohon bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, tetapi tiada sebarang bantuan yang dihulurkan.
Suami yang agak berumur tetapi masih lagi bekerja di supermarket berdekatan dan terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membina semula bahagian rumah mereka yang runtuh akibat tiada bantuan atau peruntukan daripada pihak yang berwajib.
"Sepatutnya pihak berwajib mengambil tindakan segera memperbaiki dan membina benteng pertahanan di pinggir sungai tersebut untuk mengelak berlaku hakisan tanah yang lebih teruk lagi akibat hujan lebat," kata Yang Dipertua PAS Miri, Jofri Jaraiee.
Beliau berkata, Jabatan Perparitan dan saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya sepatutnya, membina parit dan juga jalan untuk kemudahan penduduk di Kampung Sungai Dalam tersebut, agar mereka tidak dilanda oleh masalah tanah hakisan dan banjir di kawasan tersebut.
"Kita mendesak pihak berwajib segera datang ke Kampung Sungai Dalam dan meninjau keadaan sungai di kawasan tersebut, agar tidak berlaku hakisan tanah lagi. Jangan sampai berlaku kecelakaan barulah pihak yang berwajib mahu bertindak.
"Kita harap mereka yang diamanah oleh rakyat dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan jujur dan adil tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik," katanya.
(Antara anak muda yang menyertai majlis Hi Tea anjuran Geram di PPR Jelatek)
KUALA LUMPUR, 23 Feb: PAS mendakwa penduduk miskin di sekitar Kuala Lumpur amat sukar untuk mendapatkan rumah khasnya melalui Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Peguam muda, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi yang juga penasihat undang-undang Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa (PKWR), peraturan yang ditetapkan tidak pro rakyat walaupun nama projeknya perumahan rakyat.
Beliau memberikan contoh PPR Jelatek. Walaupun ramai antara mereka sudah lama tinggal di situ, namun ramai yang masih tidak mampu memiliki rumah sendiri meskipun telah bertahun menetap di situ.
Ekoran itu, beliau menggesa anak muda supaya melakukan perubahan dalam pilihan raya umum akan datang ini.
Ahmad Zamri (gambar) berkata demikian ketika berucap di majlis Hi Tea anjuran Gerakan Anak Muda (GERAM) yang dipelopori oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa.
Mereka berjaya mengadakan program susulannya selepas majlis pelancarannya pada 21 Januari 2012 yang lalu di PPR Jelatek, Datuk Keramat, Titiwangsa.
GERAM mendekati anak muda di PPR Jelatek itu dengan mengadakan aktiviti Hi Tea dan Sembang Santai Anak Muda pada 19 Februari 2012.
GERAM memilih kedai makan di pintu masuk utama PPR jelatek sebagai lokasi aktiviti dan seramai 50 orang anak muda hadir dalam majlis ini.
Hi Tea dimulakan pada jam 5.00 petang dengan persembahan hiburan oleh kumpulan nasyid As Saufi dengan menyanyikan dua buah lagu.
Kumpulan As Saufi yang dipimpin oleh Ustaz Shafiee merupakan kumpulan nasyid yang pernah suatu ketika dulu berada di kemuncak persada industri nasyid negara turut bersama dalam perjuangan Islam kini.
Majlis diteruskan dengan ucapan yang disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa, ustaz Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz.
Dalam ucapannya, Suhaimi menyentuh kewujudan GERAM iaitu bagi memupuk minat anak muda untuk berpartisipasi dengan pelbagai kegiatan kepemudaan. Selain itu, GERAM sebagai platform anak muda berorganisasi bagi memimpin kebangkitan anak muda di negara ini.
Anak muda perlu menjadi penggerak kepada kebangkitan rakyat, dan sensitif dalam melihat segala kepincangan yang berlaku di negara ini dari sudut penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, penindasan, kezaliman, ketirisan, serta jenayah yang dilakukan oleh pemimpin negara.
Beliau menggesa supaya anak muda tidak berdiam diri sebaliknya bangkit menyelamatkan negara dari kemusnahan oleh tangan-tangan pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan peranan utama anak muda adalah dalam PRU ke 13 dalam memimpin perubahan.
Beliau turut mengumumkan program susulan GERAM bersama anak muda Jelatek dengan Konvoi Anak Muda ke Sungai Hulu Yam bulan depan.
Majlis diakhiri dengan persembahan khas Kumpulan As Saufi serta serahan T Shirt GERAM kepada anak muda PPR Jelatek.
Rata-rata anak muda yang hadir merasa puas dengan penjelasan dan program tersebut dan mahu program lebih kerap diadakan bagi mengisi masa anak muda di kawasan tersebut.

Penduduk miskin sukar dapat rumah di KL
Harakahdaily, | 22 Feb 2012 |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan