Kelantan perkenal dasar Keluarga Mawaddah
Salmah Mat Husain, | 07 Feb 2012 |
KOTA BHARU, 7 Feb: Kelantan memperkasakan lagi konsep Membangun Bersama Islam yang dilaksanakan sejak 21 tahun lalu dengan memperkenalkan pula dasar Keluarga Mawaddah.
Buku Panduan Keluarga Mawaddah Negeri Kelantan yang digubal sejak 2009, mengambil kira pelbagai pandangan dan akan dilancarkan pada 9 Febuari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, buku panduan itu sebagai ‘check list’ bagi setiap keluarga.
Katanya, kalau sebelum ini kita hanya bercakap mahu melahirkan keluarga mawaddah, namun tidak ada buku panduan mengenainya.
“Buku panduan khas yang ditunggu-gunggu masyarakat akhirnya berjaya diterbitkan. Buku berkenaan digubal sebagai usaha memperkasakan institusi keluarga selaras tuntutan Islam.
“Setiap keluarga dapat mengenal pasti sendiri tahap pencapaian keluarga mereka sama ada memenuhi ciri keluarga mawaddah atau sebaliknya,” katanya di sini.
Isi kandung buku itu meliputi mengenai solat, batasan aurat, amalan beragama dalam sesebuah keluarga, budaya membaca al-Quran dan berbagai lagi.
Pelancaran buku berkenaan diadakan sempena Sambutan Hari Suami Isteri yang akan disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Islam Lundang, bermula jam 8.30 pagi.
Wan Ubaidah berkata, sambutan Hari Suami Isteri akan diisi slot motivasi ‘Membina Cinta Hingga Ke Syurga akan disampaikan bekas personaliti TV9, Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuldin.
Selain itu diselit persembahan zikir oleh Kumpulan Ar-Rasy dan Megat Haiqal. Cabutan bertuah dan sesi soal jawab turut diadakan.
Ulamak yakini PAS kekal di Kelantan
Yaakub Dasan, | 07 Feb 2012 |
RANTAU PANJANG, 7 Feb: Gelombang merah, bantuan rakyat 1Malaysia (RM500) dan baucar buku (RM200) yang dieksploitasikan sepenuhnya Umno Kelantan dianggap belum mampu menarik perhatian rakyat.
Malah bagi Dewan Ulamak PAS Kelantan selagi kepimpinan parti itu tidak berpecah seperti tahun 1973 ketika PAS menyertai gabungan Barisan Nasional (BN), kerajaan PAS di Kelantan akan terus bertahan.
Ketuanya, Dato’ Muhamed Daud Iraqi berkata, dua lagi faktor yang perlu diambil kira iaitu penipuan dalam daftar pemilih dan tahap sokongan rakyat di bawah.
“Selagi tiga faktor itu tidak berlaku, PAS diyakini akan terus mentadbir Kelantan selepas pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
“Lagi pun sekarang kepimpinan PAS di Kelantan bertambah kukuh. Insya-Allah kita akan terus menang dengan majoriti selesa,” katanya ketika ditemui selepas majlis Maulidurrasul di Markas PAS Rantau Panjang, di sini malam kelmarin.
Sebelum ini Umno membayangkan mampu merampas Kelantan pada PRU-13. Malah mereka mensasarkan dapat menawan 23 kerusi Dun.
Ketika datang ke Kelantan baru-baru ini Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak membayangkan sekali lagi Umno dapat merampas Kelantan.
Kenyataan seperti itu diulang-ulang sejak Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai Umno Kelantan. Ia diulang pula Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang Najib.
Pada pilihan raya umum 2004 Umno dan BN berjaya memenangi 21 kerusi Dun. Dun Kelantan mempunyai 45 kerusi. Kemenangan tersebut dilihat kerana faktor Abdullah dan kejayaan memanipulasi daftar pemilih.
Bagaimanapun sekarang faktor Abdullah sudah tidak wujud lagi, sebaliknya keperibadian Najib dilihat pelbagai pihak tidak mampu melonjatkan semula kedudukan Umno.
Sementara itu dalam perkembangan lain krisis dalaman antara Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin tidak mampu lagi disembunyikan.
Guan Eng lagi rasis, kata Perkasa
6 Februari 2012
ALOR SETAR - Perkasa mendakwa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng lebih rasis kerana sering membangkitkan isu atau mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Guan Eng kini cuba mengapi-apikan orang Cina dengan mengatakan Perkasa sebuah pertubuhan rasis hanya kerana memperjuangkan kepentingan orang Melayu.
Beliau berkata, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dilihat cuba membakar emosi orang Cina agar membenci Perkasa dan Barisan Nasional (BN) atau parti komponennya dengan menimbulkan pelbagai isu demi kepentingan dan perjuangan politik sempitnya.
"Guan Eng kini dilihat menghasut orang Cina agar hanya menyokong DAP dan membenci orang lain. Isu terbarunya ialah mengaitkan Perkasa kononnya mempunyai hubungan dengan MCA.
"Dia cabar Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek agar melarang ahli dan pemimpin parti itu mengadakan apa-apa hubungan dengan Perkasa atau menyertai program anjuran kami," katanya kepada media di pekarangan kompleks mahkamah Alor Setar, hari ini.
Menurutnya, Perkasa tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan MCA selama ini dan jika ada pun, ia adalah atas dasar hubungan antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan isu yang ada kepentingan awam atau kebajikan orang ramai.
"Perkasa tidak pernah mempunyai apa-apa hubungan dengan MCA. Guan Eng sepatutnya menunjukkan bukti sebelum mengeluarkan kenyataan seperti itu," katanya.
Guan Eng sebelum ini dipetik oleh portal berita sebagai berkata Soi Lek patut melarang ahli MCA daripada menghadiri apa-apa majlis anjuran Perkasa dan jika tidak, ini bukan sahaja membuktikan komponen BN itu mempunyai hubungan dengan Perkasa tetapi menyokong kumpulan yang mempunyai perwatakan rasis dan ekstrem.
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas menganggap kenyataan itu sebagai kenyataan paling jahat dan melabelkan Guan Eng sebenarnya pemimpin yang paling rasis kerana bermian dengan politik perkauman.
"Itulah matlamatnya agar rakyat, terutama orang Cina membenci Perkasa yang memperjuangkan agenda dan kepentingan orang Melayu dan agama Islam.
"Adakah ini menjadi satu kesalahan. Banyak lagi pertubuhan lain yang memperjuangkan kepentingan kaum tertentu tetapi DAP tidak pernah mempersoalkannya," katanya.
Menurutnya, ramai juga ahli Perkasa yang terdiri daripada ahli Pas, terutama di Perlis dan Kedah yang dianggarkan merangkumi antara empat hingga lima peratus daripada jumlah keseluruhannya.
"Adakah Guan Eng atau DAP akan mendesak pemimpin Pas agar melarang ahlinya menyertai Perkasa. Kita nak tunggu kenyataan Guan Eng mengenai perkara itu," katanya.
Sehubungan itu, Ibrahim juga meminta DAP mempertimbangkan hubungannya dengan Pas kerana parti Islam juga boleh dianggap rasis dan ekstrem.
"Pas juga rasis. Jadi kita nak lihat adakah DAP akan memutuskan hubungan dan kerjasama dengan Pas sama seperti yang ditohmahkan terhadap Perkasa.
"Kita nak tengopk sejauh mana komitmen Guan Eng dalam isu ini. Adakah dia akan terus bermain sandiwara. Kalau dengan Perkasa dia riuh tetapi dengan Pas buat tidak tahu sahaja," katanya
PM akan disaman RM55 bilion dalam Tamil, BM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin akan menerima saman pertama dalam bahasa Tamil, di samping bahasa Melayu yang disyaratkan.
Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) hari ini berkata akan memfailkan saman terhadap lelaki pertama dan kedua Malaysia itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Khamis.
Pengasas bersama Hindraf P Uthayakumar dan peguam M Manoharan berkata, mereka akan memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya kesemua 523 sekolah Tamil ditaja sepenuhnya oleh kerajaan, setiap sekolah diberikan 10 ekar tanah dan sebuah kampus khas melatih guru India diadakan di Universiti Malaysia.
Mereka juga menuntut ganti rugi RM55 bilion setahun untuk dakwaan 55 tahun diskriminasi terhadap bekas penuntut sekolah Tamil oleh kerajaan dan sektor swasta.
"Kami sudah minta, dan minta, dan minta perkara itu ratusan kali," kata Uthayakumar yang turut mengedarkan risalah mencari sokongan di tengah-tengah perayaan Thaipusan di Batu Caves hari ini.

Najib tegaskan India perlu 'nambikei'
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini sekali lagi menegaskan bahawa masyarakat India memerlukan "nambikei" atau kepercayaan terhadap kerajaan supaya banyak perkara boleh dilakukan.
Bercakap di harapan ribuan penganut Hindu yang merayakan Thaipusam di Batu Caves, beliau berkata negara ini memerlukan kerjasama antara masyarakat dan NGO India dengan kerajaan.
"Kamu tolong saya, dan saya tolong kamu. Nambikei. Kamu percaya saya dan saya percaya kamu," kata perdana menteri disambut sorakan daripada hadirin.
Beliau turut mengingatkan tentang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan sekolah RM100 dan baucar buku RM200 kepada pelajar yang diberikan kerajaan. [Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan, Najib memberi jaminan segala janji yang dibuat BN, sama ada bagi komuniti India mahupun bangsa lain, akan tetap dilaksanakan.
Katanya seperti mana pentingnya Hari Thaipusam bagi masyarakat Hindu, sebagai hari untuk berhajat dan berdoa untuk kehidupan yang lebih baik, kerajaan juga berharap dapat memberi masa depan yang lebih terjamin dan menambah kualiti kehidupan rakyat.
Beliau berkata komitmen kerajaan untuk membantu kaum India dalam semua aspek termasuk pendidikan, ekonomi, keagamaan dan masalah kewarganegaraan telah menunjukkan kesan positif kerana bantuan yang dihulurkan jauh lebih besar daripada yang pernah dilakukan sebelum ini.
"Kita tidak pernah mungkir janji... kalau kita janji untuk melakukan sesuatu, kerajaan BN akan laksanakan," beliau dipetik sebagai berkata oleh agensi berita nasional itu.
Najib berkata selain pelbagai suntikan yang telah diberikan untuk meningkatkan taraf pendidikan kaum India, kerajaan juga akan meluluskan pembinaan enam buah lagi SJKT baru di Selangor, Perak, Kedah dan Johor, seperti yang diputuskan pada pertemuan dengan guru-guru besar SJKT baru-baru ini.
Hadir sama ialah isteri perdana menteri Rosmah Mansor, menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishanmuddin Hussein.

Utusan: Nik Aziz tidak sedar keadaan diri sendiri
February 05, 2012
KUALA LUMPUR, 5 Feb — Utusan Malaysia hari ini menyifatkan kesediaan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk terus bertanding pada pilihan raya umum ke-13 membuktikan pemimpin veteran PAS itu tidak memahami realiti bahawa dirinya sudah uzur.
Mengambil contoh umur Nik Aziz, akhbar milik Umno itu mendakwa pemimpin berusia 80-an itu masih “ghairah untuk berkuasa” walaupun sudah memimpin Kelantan selama empat penggal atau lebih 21 tahun.
Tidak sangka dalam keadaan yang agak uzur, Nik Aziz (gambar) masih mahukan jawatan tersebut. Khabarnya, hendak menyampaikan taklimat kepada beliau juga sukar atas masalah pendengaran dan fikirannya yang tidak lagi tajam,” kata akhbar itu dalam ruangan Awang Selamat.
“Kenyataannya juga selalu mencelarukan, yang tidak mencerminkan beliau seorang Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS. Itu belum menyentuh soal prestasi pentadbiran beliau yang dianggap lemah.”
Akhbar itu juga mengatakan walaupun perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad — pemimpin yang dikritik Nik Aziz kerana terlalu lama berkuasa — tahu untuk berundur walaupun masih ramai yang memerlukan kepimpinannya.
“Jika Dr. Mahathir yang tidak dikaitkan dengan imej ulama mempunyai keyakinan untuk berundur dan tidak selamanya mahu bergayut pada jawatan, mengapa Nik Aziz tidak boleh berbuat demikian?
Utusan Malaysia juga mempersoalkan jika Nik Aziz tidak yakin terhadap generasi baru dalam PAS dan ditanya jika penggantinya merupakan seorang yang “buruk” dan “dungu” untuk memegang jawatan menteri besar Kelantan.
“Sesungguhnya Awang kasihankan Nik Aziz, beliau sudah hilang keyakinan untuk mencermin diri dan memahami realiti. Apa pun, kuasa sememangnya mudah melekakan manusia. Kalau Tok Guru sudah sedap - peduli apa,” katanya.
Kelmarin Nik Aziz yang mula bertanding sejak pilihan raya 1967 mengumumkan beliau akan menyertai pilihan raya umum ke-13, menolak desakan Umno agar berundur.
Pemimpin berusia 81 tahun ini popular di peringkat negeri dan kebangsaan di mana dianggap membawa imej parti Islam dan jenama Islam.
Umno mengarahkan menteri Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk menawan semula Kelantam yang tewas kepada PAS sejak pilihan raya umum 1990.
Kedua-dua parti Melayu itu memulakan kempen yang agresif demi memenangi pilihan raya akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan