ZAID IBRAHIM
SHAH ALAM - Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) negeri Kedah dan Pulau Pinang dipecat berkuat kuasa serta-merta atas kesalahan melanggar peraturan-peraturan parti itu.
Setiausaha Pusat Kita, Masrum Dayat berkata, Tan Tee Beng dan Zamil Ibrahim, masing-masing ketua Kita Kedah dan Pulau Pinang telah diputuskan pemecatan mereka dalam mesyuarat Jawatankuasa Disiplin malam tadi.
"Jawatankuasa Disiplin mendapati mereka telah melanggar peraturan-peraturan parti dengan membuat kenyataan secara berterusan mengecam parti dan kepimpinan parti," kata Masrum ketika dihubungi.
Dalam pada itu, kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Wan Hasemah @ Wan Norjam Wan Sulaiman berkata, "Jawatankuasa Disiplin Kita dalam mesyuaratnya pada 6.2.2012 (semalam) telah sebulat suara memutuskan memecat keahlian Tan Tee Beng dan Zamil Ibrahim kerana terus-menerus melakukan pelanggaran melampau terhadap disiplin parti, berkuat kuasa serta-merta."
Kata beliau, kedua-dua mereka boleh merayu kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat terhadap pemecatan tersebut dalam masa 14 hari.
Tee Beng juga merupakan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat dan Ahli Parlimen Nibong Tebal.
AKAN MENYUSUL
'Khir Toyo seolah-olah balas dendam pada Umno'
Penafian bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo bahawa beliau tidak terlibat menyerahkan konsesi air negeri Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) didakwa seolah-olah mahu membalas dendam kepada Umno.

Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin mendakwa, ini kerana Umno tidak melindunginya ketika dituduh di mahkamah - layanan yang didakwa berbeza dengan isu Pusat Fidlot Nasional (NFC).

"Khir kecewa perkara yang sama tidak dilakukan ke atasnya sebagaimana keistimewaan yang diperolehi Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam isu lembu- NFC," dakwa Faekah.

Khir kelmarin dilaporkan menafikan menyerahkan pengurusan air kepada SYABAS semasa menjadi menteri besar sebagaimana sangkaan ramai, sebaliknya ,menyerahkannya kepada kerajaan pusat bagi mengatasi krisis air Selangor sekitar 1997 dan 1998.

Tambahnya, beliau tidak terlibat kerana Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang memberikan kontrak 30 tahun kepada Puncak Niaga Sdn Bhd yang kemudiannya melantik SYABAS menguruskannya, lapor sebuah portal berita.

Beliau menjelaskan, kerajaan BN Selangor menyerahkan projek bekalan air kepada kerajaan pusat kerana tidak mampu menguruskannya ekoran krisis air membuatkan Selangor perlu membina empangan di Kuala Kubu Baru bernilai RM2.4 bilion.

Dalam kenyataannya semalam, Faekah juga berkata, kenyataan Khir itu membuktikan beliau tidak layak dan gagal selaku menteri besar atas sikap menuding jari terhadap orang lain.

"Sebagai bekas pemimpin nombor satu di negeri Selangor, Khir sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan SYABAS menguruskan perkhidmatan pembekalan air dengan baik seperti yang dipersetujui dalam perjanjian bersama," katanya.

Menurut Faekah lagi, Khir terlupa perjanjian yang ditandatangani pada 2004 antara tiga pihak dan kerajaan negeri turut terlibat bersama kerajaan pusat dan Puncak Niaga.
Kesatuan diminta tolak skim guna RM1.5b dana KWSP
Pemimpin kesatuan dan perwakilan profesional yang menganggotai Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diminta membuat penjelasan sekiranya mereka membantah rancangan kerajaan bagi menggunakan dana RM1.5 bilion KWSP membiayai skim perumahan kos rendah dan mampu dimiliki untuk rakyat.

NONE"Kami gesa Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sebagai ahli dalam Lembaga KWSP untuk ambil pendirian rasmi bagi membantah salah guna dana itu. Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan menganggotai lembaga itu bersama tiga lagi orang bagi mewakili pihak pekerja.

"Mereka yang lain ialah Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Loke Yim Pheng, Hadiah Leen dari Kesatuan Pekerja Bank Sarawak (SBEU) dan setiausaha agung Kesatuan Pekerja Perdagangan Sabah (SCEU) Azlin Awang Chee," kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua (atas, kanan) dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau lagi, tiga perwakilan profesional lain yang turut menganggotai lembaga KWSP ialah Lee Lam Thye, Heng Hock Cheng dan Halim Din. Mereka juga kata Pua perlu membuat jelas berhubung pendirian mereka berhubung skim perumahaan itu.

Isnin lalu, akhbar The Sun melaporkan bahawa dana KWSP sebanyak RM1.5 bilion akan disalurkan untuk "skim pembiayaan mudah" bagi penjualan rumah-rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Wakil-wakil mesti menyuarakan bantahan mereka yang terhadap skim pinjaman perumahan itu kerana ia akan meletakkan simpanan pekerja Malaysia pada risiko tinggi dan tindakan berkenaan juga melanggar Akta KWSP.

azlanMemetik laman web KWSP, Pua berkata, tujuan dana berkenaan ini adalah untuk mengurus dan menambahkan simpanan ahlinya secara berhemah, selaras dengan amalan terbaik pelaburan dan korporat.

"Oleh itu, ia tidak harus dieksploitasi dan diambil risiko dengan program perumahan kos rendah untuk individu yang penilaian kredit dianggap lemah," katanya.

Sebelum ini, Pua berkata meskipun DAP menyokong inisiatif kerajaan menyediakan skim perumahan kos rendah dan mampu dimiliki untuk rakyat, namun, program tersebut tidak perlu dibiayai oleh KWSP.

Ini kerana, katanya misi KWSP adalah untuk menjamin 11 juta warga kerja Malaysia mempunyai wang hasil titik peluh mereka selepas bersara manakala tugas utama KWSP adalah memaksimumkan pulangan dengan pelaburan yang paling rendah risikonya.
Mukhriz: Pakatan nafi hak pemimpinnya bersuara
Arahan "tutup mulut" yang dikenakan kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhubung isu Kolej Universiti Insaniah (KUIN) adalah satu lagi bukti Pakatan Rakyat menafikan hak pemimpinnya bersuara.

manek urai by election tuan aziz and mukhriz mahathir bn campaign 070709 06Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berkata tindakan itu juga mencerminkan sikap sebenar pembangkang yang tidak boleh menerima pandangan yang tidak memihak kepada mereka.

"Sesiapa yang menonjol dengan pandangan bertentangan prinsip dalam pakatan akan menerima padah, yang jelas menunjukkan mereka tidak telus dan ikhlas memperjuangkan demokrasi kononnya diamalkan oleh parti," katanya kepada pemberita, diAlor Setar hari ini.

Beliau yang ditemui selepas sambutan Maulidur Rasul di Kampung Wang, Kodiang  berkata demikian sebagai mengulas laporan media mengenai arahan agar Azizan berhenti mengeluarkan kenyataan mengenai penggantungan lima penuntut KUIN.

Azizan dalam laporan itu bagaimanapun tidak menyatakan siapa yang memberi arahan tersebut.

Universiti itu menggantung lima pelajarnya kerana membantah tindakan KUIN mengarahkan pelajarnya mengosongkan asrama untuk dijadikan Sekolah Insan Bestari tahun lalu.

- Bernama