Pemimpin Najib sebut ada dalam PAS, bukan Umno
Harakahdaily, | 20 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 20 Feb:
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bersetuju dengan kenyataan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta supaya umat Islam di
negara ini memilih pemimpin dan parti politik yang benar-benar dapat
memartabat dan menjamin kesucian agama Islam.
“Pemimpin yang dinyatakan tersebut hanyalah boleh didapati di dalam PAS dan bukan daripada kalangan pemimpin Umno,” kata ketuanya, Hasbullah Mod Ridzwan (gambar) dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas kenyataan Najib yang menyebut demikian sewaktu berucap di majlis Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaaan di Kuala Lumpur, semalam.
Katanya, Pemuda PAS Selangor merasakan bahawa pimpinan PAS adalah pemimpin yang selayaknya diberikan amanah untuk menjaga kesucian agama Islam dan memartabatkan hukum Islam di dalam negara ini.
Menurutnya, rakyat telah melihat selama 50 tahun lebih Umno diberikan kuasa pemerintahan di dalam negara ini agama Islam telah menjadi semakin terpinggir dan menjadi cacian oleh segelintir orang Islam dan bukan Islam.
Tambahnya, undang-undang dan hukum Islam jangan haraplah akan dilaksanakan oleh pemimpin Umno kerana merekalah penentang kuat terhadap undang-undang sebegini.
Pimpinan PAS, ujarnya telah menunjukkan contoh teladan pentadbiran yang berlandaskan tuntutan agama Islam di negeri Kelantan Darul Naim selama lebih kurang 20 tahun lebih sejak tahun 1990 an.
“Pentadbiran negeri Kelantan yang ditadbir oleh pemimpin PAS telah diiktiraf sebagai negeri yang mempunyai urustadbir yang baik, telus, berhemah dan tidak rasuah oleh Lembaga Audit Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan lain-lain jabatan kerajaan pusat lagi.
“Kini jejak negeri Kelantan diikuti oleh negeri Kedah Darul Aman yang juga dipimpin oleh pimpinan PAS,” ujarnya.
Oleh itu, katanya Pemuda PAS Selangor menggesa rakyat sekalian untuk memberikan sepenuh kepercayaan dan undi di dalam pilihan raya umum akan datang kepada pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat yang telah terbukti dapat menjaga agama Islam dan kebajikan rakyat seperti yang telah ditunjukkan di negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Perintah injunksi mahkamah diserah kepada KPF
Nazri Abdullah, | 20 Feb 2012 |
Penyerahan itu dibuat peguam yang mewakili mereka, Mohd Harris Abdullah kepada Pengurus Pentadbiran dan Operasi KPF Ahmad Tarmizi di ibu pejabat koperasi itu di Jalan Semarak di sini.
Turut serta pada penyerahan itu Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.
Pada 17 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuantan telah membenarkan injunksi interim melarang KPF (defendan) berbincang atau membuat keputusan untuk melupuskan ekuitinya kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).
Hakim Datuk Mariana Yahya membuat keputusan itu petang ini selepas mendengar Saman Dalam Kamar (Ex-Parte) yang dikemukakan lapan pemegang saham KPF tersebut.
"Pagi tadi injunksi itu telah dimetrai di Mahkamah Tinggi Kuantan dan secara elok kami serahkan kepada pengurus KPF tadi.
"Kami juga serahkan satu saman yang akan diuruskan di mahkamah pada 19 Mac manakala injunksi akan di dengar kedua-dua pihak pada 8 Mac ini," kata Mohd Harris kepada media selepas penyerahan itu.
Sehubungan dengan perintah mahkamah itu, Mesyuarat Agung Khas (EGM) KPF yang akan berlansung 22 Februari ini juga tidak boleh menyentuh perkara berkaitan pelupusan ekuiti mereka kepada FGVH untuk tujuan penyenaraian di Bursa Saham.
Menurut Mohd Harris, jika perintah itu tidak dipatuhi, KPF boleh didakwa kerana menghina mahkamah.
Pada 17 Februari lalu juga, mahkamah turut membenarkan permohonan plaintif untuk melarang KPF menguatkuasakan sebarang keputusan (sekiraya sudah diperolehi) untuk melupuskan samaada kesemua atau sebahagian ekuiti yang dimiliki oleh defendan dalam Felda Holdings dan sepuluh anak syarikat milik Felda Holding kepada FGVH.
Selain itu, KPF juga dilarang untuk melupuskan samaada kesemua atau sebahagian ekuiti yang dimiliki oleh defendan dalam Felda Holding dan sepuluh anak syarikat milik Felda Holdings kepada FGVH.
Sementara itu, Mazlan pula mendedahkan dalam notis EGM KPF yang dihantar kepada perwakilan itu turut mengandungi usul dan penerangan berkaitan penyenaraian.
Sehubungan itu beliau sekali lagi mendesak agar EGM KPF nanti tidak melanggar perintah yangg telah diputuskan mahkamah.
"Kita harap usul-usul yang berkait penyenaraian ini jangan dibincangkan sama sekali, kalau tidak mereka menghina mahkamah.
"Kita tak halang EGM, tetapi isu-isu yang hendak dibincang itu adalah perintah mahkamah yang harus dipatuhi," katanya.
Mazlan berkata, mesyuarat agung khas (EGM) KPF pada 22 Februari ini boleh diadakan tetapi tidak boleh membincangkan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.
Beliau menyifatkan berita gembira itu sebagai kejayaan awal peneroka menghalang penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.
"EGM 22 Februari ini boleh diadakan tapi mereka tak boleh bincang tiga perkara yang dipohon itu.
"Keputusan yang sangat menggembirakan warga Felda dan perjuangan kita untuk memastikan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia tidak berlaku," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Sementara itu, peguam Harris Abdullah berkata, jika EGM tersebut tetap membincangkan penyenaraian FGVH, mereka boleh didakwa menghina mahkamah dan dikenakan tindakan undang-undang.
"Kami tak halang mereka buat EGM tapi jangan bincang soal pelupusan ekuiti KPF untuk penyenaraian FGVH.
"Kalau mereka tetap usulkan perkara ini, kita boleh dakwa mereka hina mahkamah dan tindakan undang-undang boleh diambil. Jadi mereka kena patuh pada perintah mahkamah," katanya yang juga ahli jawatankuasa Anak.
Pemuda PAS Perak terus perkukuh Pakatan
Safarizal Saleh, | 20 Feb 2012 |
IPOH, 20 Feb:
Misi Dewan Pemuda PAS Negeri Perak untuk mengukuhkan hubungan di dalam
Pakatan Rakyat diteruskan dengan mengadakan kunjungan hormat ke pejabat
DAP negeri bertemu Pemuda Sosialis DAP, kelmarin.
Kunjungan yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Perak, Zawawi Hassan itu banyak membincangkan kerangka kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke - 13 nanti.
Hadir sama adalah timbalannya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss, setiausahanya, Salman Saleh dan beberapa Exco Pemuda PAS negeri.
Bagi pihak Pemuda DAP Perak pula diketuai oleh ketuanya, Wong Kah Woh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Canning bersama beberapa orang exco.
Perbincangan mesra tersebut sebahagian daripada pertemuan yang telah dilakukan sebelum ini bersama Angkatan Muda PKR Negeri Perak.
Antara perkara yang turut dibincangkan adalah berkaitan Manifesto Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Perak yang akan ditawarkan kepada generasi muda Perak di dalam PRU13 nanti.
Apabila dibuka laman web tambang murah AirAsia walaupun harga bersihnya seperti apa yang terdapat di dalam iklan di akhbar-akhbar tetapi ianya belum dimasukkan beberapa cukai yang perlu dibayar. Bayangkan jika harga tiket itu berharga RM50 tetapi dengan beberapa cukai yang dikenakan ianya menjadi ratusan ringgit Malaysia.
AirAsia sepatutnya apabila membuat promosi hendaklah menyatakan harga bersih yang mana telah termasuk semua cukai terlebih dahulu dan jika sekiranya hendak dikenakan cukai kepada bagasi yang lebih berat timbangannya itu hendaklah diasingkan terlebih dahulu atau dibayar semasa 'check in' sebelum berlepas sahaja.
Dalam masa yang sama nampaknya AirAsia kurang prihatin tentang warga emas dan kanak-kanak
Kunjungan yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Perak, Zawawi Hassan itu banyak membincangkan kerangka kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke - 13 nanti.
Hadir sama adalah timbalannya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss, setiausahanya, Salman Saleh dan beberapa Exco Pemuda PAS negeri.
Bagi pihak Pemuda DAP Perak pula diketuai oleh ketuanya, Wong Kah Woh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Canning bersama beberapa orang exco.
Perbincangan mesra tersebut sebahagian daripada pertemuan yang telah dilakukan sebelum ini bersama Angkatan Muda PKR Negeri Perak.
Antara perkara yang turut dibincangkan adalah berkaitan Manifesto Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Perak yang akan ditawarkan kepada generasi muda Perak di dalam PRU13 nanti.
Debat Anwar-Najib paling ditunggu-tunggu
Harakahdaily, | 20 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 20 Feb:
Sekurang-kurangnya dua siri debat antara tokoh-tokoh politik tanah air
yang sedang dinantikan penuh harapan oleh rakyat negara ini.
Paling ditunggu agar benar-benar menjadi realiti adalah debat antara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Satu lagi debat yang juga menjadi penantian rakyat khususnya di Selangor adalah antara Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berhubung skandal pasir yang didakwa Noh berlaku di negeri itu.
Namun bagi debat Anwar dan Najib, penantian bukan baru, tetapi sudah berbualan bulan malah Anwar sendiri beberapa kali mengemukakan cabaran kepada Najib untuk berdebat isu-isu negara khususnya membabitkan soal ekonomi.
Sehingga kini harapan itu masih kabur apabila Najib dilihat langsung tidak mahu menyahut cabaran itu bairpun diutarakan berkali-kali.
Malah pujian juga wajar diberikan kepada kedua-dua pemimpin parti majoriti Cina iaitu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang lebih terkehadapan apabila membuktikan keberanian mereka berhujah di pentas debat Sabtu lalu.
Terbaru, beberapa lagi harapan dilontarkan mahu melihat Najib selaku ketua kerajaan itu menyatakan persetujuan untuk berdebat dengan Anwar.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika mengulas perkara itu berkata, debat itu perlu disegerakan seelok-eloknya sebelum berlangsung Pilihan Raya Umum ke-13.
Ini kerana rakyat mahu melihat kedua-dua mereka berhujah secara berhadapan, tidak lagi masing-masing melontarkan pelbagai dakwaan antara satu sama lain di media yang menghalang mereka untuk menyoal dan menjawab secara langsung.
“Najib perlu bersedia untuk berdebat secara terbuka, bukannya berceramah ke seluruh negara tanpa berhadapan dengan Anwar.
“Melalui debatlah Najib dan Anwar boleh bertemu, Mereka boleh melontarkan buah fikiran masing- masing mengenai isu yang diketengahkan supaya memberikan kesan lebih baik kepada masyarakat,” katanya seperti dilapor media semalam.
Selain PAS, PKR juga tenyata menanti penuh harapan agar Najib menerima cabaran Anwar itu agar debat yang bersejarah antara kedua-duanya dapat direalisasikan.
“Ia merupakan kesinambungan yang paling tepat setelah debat selepas Guan Eng dan Soi Lek, “ kata Naib Presdien PKR, Nurul Izzah Anwar.
Bukan setakat parti politik sahaja, malah NGO serta persatuan mahasiswa juga turut mahu melihat idea dan hujah kedua-dua pemimpin itu di pentas debat.
Dalam satu kajian yang dikendalikan Merdeka Center, majoriti Profesional Melayu mahu debat antara kedua pemimpin politik tanah air itu direalisasikan segera.
Malah sejak awal lagi beberapa NGO turut menyatakan kesedian menjadi penganjur debat tersebut.
Ianya termasuk pertubuhan pelajar, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) yang mendakwa debat adalah kaedah terbaik meraikan perbezaan, malah menjadi medan penilaian bagi masyarakat khususnya anak muda untuk memilih pemerintahan negara kelak.

Politik perkauman hanya merenggang perpaduan
Ahmad Danial, | 20 Feb 2012 |
ALOR GAJAH, 20 Feb: Parti politik yang memperjuangkan perkauman sempit hanya akan memecah belahkan keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin berkata ianya juga bukan sahaja bertentangan dengan ajaran agama malah bercanggah dengan tamadun manusia.
"PAS tidak pernah berjuang untuk kepentingan bangsa tetapi kita berjuang untuk menegakkan ketuanan Islam yang mana Islam akan menyelamatkan semua bangsa tidak kira Melayu, Cina dan India.
"Perjuangan perkauman sempit (hanya) akan merenggangkan perpaduan dan menyebabkan negara berada di jurang yang bahaya," katanya ketika berceramah di pekan Kuala Sungai Baru di sini malam semalam.
Menurut Nizar yang juga Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat, politik perkauman itu bagaimanapun menjadi senjata BN khususnya Umno, MCA dan MIC untuk mendapatkan sokongan kaum masing-masing.
Katanya, Umno sering mendakwa kononnya orang Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah ekoran DAP akan menguasai pemerintahan negara dan akan membentuk negara republik.
"Bila bertemu orang Melaku mereka kata jangan sokong PAS nanti DAP akan menang dan perintah Malaysia, PAS kuda tunggangan DAP. MCA bertemu orang Cina (pula) dia kata, jangan sokong DAP kerana DAP kuda tunggangan PAS dan kalau PAS menang Malaysia jadi negara Islam"
"Jadi mana satu yang benar ini, sekali PAS kuda tunggangan DAP, pada masa lain kata DAP kuda tunggangan PAS," soal Nizar.
Cabar Umno
Dalam pada itu, bekas menteri besar Perak itu turut mencabar Umno menggunakan nama Melayu mereka 'Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu' dan bukan lagi nama Inggeris 'United Malays National Organisation' atau Umno.
Menurut Nizar, ianya penting jika benar Umno mahu memartabatkan Bahasa Melayu dan sekaligus mahu memperjuangkan ketuanan Melayu.
"Orang Umno sendiri yang sudah berpuluh tahun menyertai Umno tidak tahu nama melayu Umno kerana pemimpin mereka tidak suka nama itu digunakan, kalau nama pun nama orang putih macam mana hendak diharapkan untuk memperjuangkan Melayu" katanya.
Ceramah malam semalam itu diadakan sempena program jelajah Konvoi Lajnah Penerangan PAS Pusat ke Melaka.
Turur berceramah pada program anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat dan Melaka itu ialah Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pusat, Ustaz Misbahul Munir Masduki, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bachang, Lim Jak Wong dan Penolong Setiausaha Parti Keadilan Rakyat Melaka, Wahab Ibrahim.

Masa tunggu ke IPT terlalu lama
Tidak lama lagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan diumumkan dan hampir 500
ribu calon sedang menunggu dengan penuh debaran kerana SPM dan STPM akan
menentukan nasib mereka sama ada layak atau pun tidak untuk
menyambungkan pengajian yang lebih tinggi nanti.
Difahamkan mulai tahun ini semua pelajar yang layak mendapat tempat ke IPTA dan IPTS hanya akan bermula sesi pengajian mereka pada bulan September nanti dan sebelum ini pelajar bermula sesinya pada bulan Jun atau pun Julai.
Kalau sekiranya keputusan SPM dan STPM diumumkan pada pertengahan bulan Mac dan begitu juga mereka yang telah pun tamat pengajian di kolej matrikulasi pada bulan Mac, mengapakah perlu menunggu selama 5 bulan untuk mendapatkan tempat di mana-mana pusat pengajian tinggi kerana ianya tidakkah akan merugikan masa dan membiarkan masa terluang begitu sahaja dan dalam masa 5 bulan penantian agak terlalu lama bagi belia-belia kita itu menunggu dan berbagai masalah sosial akan timbul apabila terdedah dengan dunia di luar sekolah nanti.
Diharap Kementerian Pengajian Tinggi dapat mengkajikan semula hasrat untuk menganjakkan sesi sambung belajar ke pusat-pusat pengajian tinggi ini supaya tidak terlalu lama seperti yang dicadangkan untuk tahun ini dan sebaik-baiknya mengikut prosedur lama yang ditetapkan sebelum ini iaitu bermula sesi hanya pada bulan Jun atau Julai sahaja.
Ini memandangkan sistem komputer yang canggih yang boleh mengendalikan pengisian borang melalui internet sahaja itu sudah cukup dapat menjimatkan masa bagi pengambilan pelajar baru ke pusat-pusat pengajian tinggi di negara kita ini.
Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail,
Ampangan, Seremban.

Promosi: AirAsia digesa nyatakan harga bersih
Syarikat penerbangan AirAsia apabila mempromosikan harga tiket murah ke beberapa destinasinya sama ada penerbangan tempatan atau ke luar negara hendaklah menyatakan harga bersih (all-in) kerana kadang kala pelanggan agak terkeliru dengan promosi yang di dalam iklan di akhbar-akhbar tempatan.Apabila dibuka laman web tambang murah AirAsia walaupun harga bersihnya seperti apa yang terdapat di dalam iklan di akhbar-akhbar tetapi ianya belum dimasukkan beberapa cukai yang perlu dibayar. Bayangkan jika harga tiket itu berharga RM50 tetapi dengan beberapa cukai yang dikenakan ianya menjadi ratusan ringgit Malaysia.
AirAsia sepatutnya apabila membuat promosi hendaklah menyatakan harga bersih yang mana telah termasuk semua cukai terlebih dahulu dan jika sekiranya hendak dikenakan cukai kepada bagasi yang lebih berat timbangannya itu hendaklah diasingkan terlebih dahulu atau dibayar semasa 'check in' sebelum berlepas sahaja.
Dalam masa yang sama nampaknya AirAsia kurang prihatin tentang warga emas dan kanak-kanak
Felda Cahaya Baru: Kamu terimalah akibatnya
Aziz Muda , | 17 Jan 2012 |
ALOR SETAR, 17 Jan:
"Sudah tidak boleh buat apa-apa lagi, nasi sudah menjadi bubur. Kamu
semua yang menyerahkan tanah-tanah itu kepada syarikat itu untuk
dimajukan, jadi sekarang kamu sendirilah yang mesti menerima akibatnya."
Begitulah kata-kata pemimpin-pemimpin Umno apabila 377 peneroka Felda Cahaya Baru di Masai, Johor Bahru, Johor mengadu kepada pemimpin-pemimpin pati itu, setelah menyedari mereka menjadi mangsa penipuan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan tanah-tanah milik mereka tergadai.
Pada hal, kejadian itu berlaku setelah mereka dipengaruhi oleh para pemimpin Umno sendiri agar menyerahkan tanah-tanah milik mereka itu kepada pihak pemaju terbabit dengan janji dan harapan akan menjadi jutawan segera.
Wakil peneroka, Siti Khalijah Mohamad (gambar) berkata, namun apabila tibanya musim pilihanraya, pelbagai janji manis akan ditabur oleh para pemimpin Umno kepada para peneroka terbabit, termasuk akan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi, agar mereka memberikan undi kepada Umno BN.
Menurutnya, para peneroka terbabit berada dalam keadaan amat tertekan sejak 17 tahun lalu dan kini ternyata tiada apa lagi yang mampu diharapkan oleh mereka kepada para pemimpin Umno BN.
Tidak percaya Umno lagi
"Terus terang saya katakan, kini para peneroka sudah tidak mempercayai lagi kepada pemimpin-pemimpin Umno BN. Jadi kepada para peneroka lain di seluruh negara, tukarkanlah sokongan anda daripada Umno BN kepada Pakatan Rakyat bagi membela nasib kita sendiri," katanya ketika ditemui Harakahdaily, di sini.
377 peneroka Felda Cahaya Baru kini sedang berhadapan dengan masalah rumit sehingga kemungkinan hilang hak milik ke atas tanah mereka kerana tanah-tanah itu telah digadai oleh pihak pemaju kepada bank.
Kejadian tersebut berlaku apabila 1,495 daripada 3,135 hektar tanah keseluruhannya termasuk kawasan kediaman yang dimiliki oleh 377 peneroka terbabit telah digadai oleh syarikat pemaju, Cahaya Bari Development Berhad (CBDB) kepada sebuah bank tempatan kerana hendak dibangunkan untuk tujuan komersial (projek perumahan dan perindustrian).
CBDB adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada 1 September 1993 untuk melaksanakan projek pembangunan semula kawasan Felda Cahaya Baru yang dianggotai 13 ahli lembaga pengarah yang terdiri daripada kalangan peneroka.
Bagi membangunan projek komersial itu, CBDB bersama Syarikat Lotus Consolidated (M) Sdn Bhd telah menubuhkan sebuah syarikat usaha sama yang bernama Pinggir Setar (M) Sdn Bhd.
Lotus Consolidated (M) Sdn Bhd telah mendapat pinjaman sebanyak RM100 juta daripada Allied Bank (M) Bhd pada bulan September 1996 dengan mencagarkan tanah-tanah peneroka Felda Cahaya Baru.
Daripada jumlah itu, RM75 juta telah dibayar kepada CBDB, manakala peneroka-peneroka yang telah menyerahkan hak milik mereka kepada CBDB telah menerima RM140,000 tiap-tiap seorang sebagai pembayaran peringkat pertama.
Cadangan pembangunan komersial di Felda Cahaya Baru itu telah mendapat sokongan Kerajaan Negeri Johor ketika itu di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Muhyiddin Yassin, malah Kerajaan Johor sendiri telah bersetuju pada dasarnya pada 7 Jun 1995 bagi tujuan pembangunan tanah Felda Cahaya Baru.
Ini menyebabkan 377 orang peneroka Felda terbabit telah menandatangani surat serah kuasa tanah milik mereka untuk tujuan pembangunan komersial itu, manakala CBDB pula telah menggunakan surat serah kuasa para peneroka itu untuk mendapatkan pinjaman bank.
Bagaimanapun, projek pembangunan komersial di Felda Cahaya Baru itu sehingga kini tidak dapat dimulakan kerana tanah-tanah itu dikategorikan dalam kelas Tanah Rezab Melayu.
Kerajaan Johor pimpinan Menteri Besar sekarang, Datuk Abdul Ghani Othman, bagaimanapun tidak pula membantu peneroka-peneroka terbabit yang kini ternyata tertipu dan teranianya oleh Lembaga Pengarah CBDB yang terdiri daripada pimpinan Umno dan juga janji-janji kosong sokongan awal Kerajaan Negeri Johor terdahulu.
Pada 14 Januari lalu, Khalijah turut menyuarakan perkara yang sama ketika berucap pada acara Ucapan Suara Nurani Rakyat pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Ketika berucap bagi mewakili warga Felda pada acara yang dipengerusikan oleh Datuk Johari Abdul itu, beliau menegaskan, pihak pengurusan CBDB masih lagi belum menyelesaikan baki pampasan tanah-tanah tersebut kepada peneroka-peneroka terbabit sehingga sekarang.
Katanya, tujuh peneroka yang menjadi anggota Lembaga Pengarah CBDB itu pula tidak menyerahkan surat kuasa bagi tanah mereka kepada bank, sedangkan 377 peneroka lain sudah berbuat demikian dan ini menjadikan tanah-tanah milik tujuh ahli Lembaga Pengarah CBDB itu tidak digadai.
"Maklumat berhubung pembangunan semula tanah-tanah peneroka secara komersial itu tidak dijelaskan secara terperinci kepada peneroka ketika mereka bersetuju menandatangani surat serah kuasa tanah milik mereka kepada CBDB.
"Beberapa ahli lembaga pengarah CBDB itu ternyata mempunyai kepentingan sendiri yang cuba dilindungi ketika memujuk peneroka-peneroka menandatangani surat serah kuasa," katanya.
Oleh kerana projek pembangunan itu tidak dapat dijalankan, tambahnya, tuntutan utama para peneroka itu kini adalah untuk mendapatkan kembali hak milik mereka ke atas tanah-tanah mereka yang telah tergadai itu.
"Mereka menuntut untuk membatalkan surat kuasa yang telah mereka tandatangani itu. Namun, sikap Kerajaan Negeri Johor yang mahu lepas tangan dan mengelakkan diri daripada memikul tanggungjawab itu amatlah dikesali, sehingga menyebabkan para peneroka terbabit terus berada dalam keadaan amat tersepit sehingga sekarang," tegas beliau.
Ucapan beliau mendapat perhatian khusus para pemimpin Pakatan Rakyat kerana apa yang dicakapkan beliau adalah suara hati peneroka sendiri.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan