Harussani: Nabi anjur pertahan Raja, kaum
Mufti
Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini menyokong usaha untuk
memperjuangkan Islam seperti yang dipromosikan pertubuhan pro-Melayu
JATI yang disifatkannya sebagai satu jihad kepada orang Islam.
Katanya jihad itu diwajibkan ke atas orang Islam, apatah lagi apabila serangan ke atas Islam kini "begitu hebat sehingga ramai di kalangan orang Islam menjadi murtad."
"Wajib kita pertahankan akidah kita daripada serangan ejekan atau diperhina. Namun hari ini kita lihat agama kita tidak diambil berat oleh orang Islam sendiri, malah ada yang mempertahankan perbuatan itu," katanya lagi.
Tambahnya, orang Islam juga wajib mempertahankan Raja-raja Melayu memandangkan golongan itulah yang mula-mula sekali menerima Islam di negara ini.
"Maka raja tidak boleh terpisah dengan kita," katanya lagi dalam ucapannya di majlis perasmian penubuhan NGO tersebut di Shah Alam hari ini.
Tambahnya, perjuangan untuk mempertahankan raja juga dianjurkan oleh Nabi Muhammad melalui sabda baginda bahawa "raja itu adalah bayang Allah di bumi ini."
"Jadi kita pertahankan kerana itu disebut oleh Rasulullah. Bukan dalam satu riwayat saja tapi banyak riwayat," tambahnya.
Mengulas mengenai pandangan sesetengah pihak mengenai perjuangan kaum, Harussani berkata Nabi Muhammad sendiri telah menyeru kepada kaum Quraisy pada waktu itu supaya mempertahankan bangsa mereka.
"Ada orang kata kalau kita bercakap bangsa Melayu dikatakan kita ini orang yang nasionalis. Nabi juga bercakap tentang kaumnya.
"Kita pertahankan bangsa kita bukan bermakna taksub dan memang wajib pun kita pertahankan kerana negara ini adalah kepunyaan orang Melayu.
"Salah satu wasiat raja-raja sebelum merdeka ialah selain gunung ganang, sungai atau lubuk-lubuk maka setengah daripada tanah Melayu itu mestilah hak orang Melayu, yang lain itu biarlah berebut sesama kamu," katanya lagi.
Wasiat berkenaan - dokumen yang sering didakwa sebagai asas perjanjian kepada raja-raja Melayu dalam pembentukan Persekutuan Malaysia - turut dinyatakan dalam tayangan video ketika majlis perasmian tersebut.

Hasan Ali akan dedah video 'pembaptisan'
Presiden
pertubuhan pro-Melayu JATI Datuk Dr Hasan Ali berkata, badan itu akan
mendedahkan satu bukti video berhubung usaha memurtadkan orang Islam
yang ditimbulkannya sebelum ini.
Katanya, rakaman yang menunjukkan pengakuan yang dibuat oleh sepasang suami isteri itu akan didedahkan dalam beberapa hari lagi.
Dalam video tersebut, pasangan berkenaan antara lainnya menimbulkan dakwaan mengenai kegiatan gereja tertentu yang berlaku secara rahsia dan juga secara terang-terangan.
"Mereka memang telah pun dibaptis, telah masuk Kristian dan dimurtadkan, mereka kembali semula kepada Islam dengan bantuan Lembaga Zakat Selangor, dengan bimbingan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) dan MAIS (Majlis Agama Islam Selangor).
"Siapa yang berkehendakkan (video itu) kita akan dedahkannya," katanya lagi dalam sidang media selepas pelancaran NGO tersebut di Shah Alam hari ini.
Video berkenaan akan didedahkan oleh Unit Selamatkan Akidah, satu unit yang sebelum ini diletakkan di bawah portfolio beliau, kata bekas exco hal ehwal agama Selangor itu lagi.
Katanya, unit berkenaan kini bebas daripada JAIS namun masih bekerjasama rapat dengan jabatan tersebut dan juga dengan Lembaga Zakat Selangor.
"Jadi mudah kita hala tuju bila letakkan di luar sistem JAIS," katanya yang menjelaskan bahawa unit berkenaan sejak awal lagi digerakkan dengan sumbangan individu dan bukannya sumbangan JAIS.
Malah, individu yang didakwa telah dimurtadkan itu juga telah dibawa ke lembaga berkenaan untuk diberikan bantuan, katanya lagi.
Selain Hasan sebagai presiden, JATI yang didaftarkan minggu lalu turut membariskan beberapa lagi pemimpin dalam jawatankuasa syuranya termasuk pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Datuk Sidek Baba.
Turut hadir dalam majlis perasmian program hari ini ialah bekas pemimpin angkatan muda PKR, Senator Ezam Mohd Nor (atas).

Mufti: Lambakan filem tahyul, hantu membimbangkan
Lambakan
filem dan drama berunsur tahyul, hantu dan seram yang ditayangkan
terutama melalui televisyen memberi kesan negatif terhadap pembinaan
masyarakat yang bertamadun, kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya hari ini.
Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) memantau serta mengawal penayangan filem dan drama seumpama itu yang antaranya menggambarkan tahap penghinaan yang serius terhadap Islam.
Bercakap kepada pemberita di pejabatnya hari ini, beliau berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang bersidang semalam turut membangkitkan perkara itu kerana bimbang ia mungkin mempengaruhi akidah umat Islam.
"Ia bukan hanya untuk filem-filem atau drama tempatan tetapi juga yang diimport," katanya.
Juanda percaya lambakan filem dan drama seumpama itu adalah kerana ia mendapat sambutan masyarakat sedangkan kesan jangka panjang kepada penonton adalah buruk.
Beliau turut mencadangan supaya satu kajian mengenai impak penonton terhadap filem-filem seumpama itu.
Selain itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis juga membangkitkan isu eksploitasi terhadap wanita melalui iklan produk tertentu sehingga mempamerkan aurat mereka secara tidak terkawal.
"Islam meletakkan wanita pada kedudukan yang tinggi dan tidak sewajarnya mereka dieksploitasi untuk melariskan barangan," katanya.
Beliau berkata wanita Islam yang terpilih sebagai model barangan tertentu sepatutnya menutup aurat manakala yang bukan Islam perlu berpakaian sopan.
Sementara itu, Juanda melahirkan rasa kecewa dengan iklan penjualan kismis yang kononnya telah dibawa tawaf di Kaabah untuk meningkatkan khasiatnya begitu juga iklan mengenai air zam zam yang kononnya telah dibawa ke tempat solat hajat semata-mata untuk mendapatkan harga yang lebih tinggi berbanding biasa.
Beliau menyifatkan iklan seumpama itu bertujuan menipu pengguna di samping melakukan eksploitasi agama dalam perniagaan.
- Bernama
21 Februari 2012
SHAH ALAM - Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) yang menjadikan Islam, Melayu
dan Institusi Raja (IMR) sebagai teras perjuangannya akan mendedahkan
satu rakaman video mengenai usaha memurtadkan orang Islam di Selangor.
Presidennya, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, rakaman video khasitu merupakan pengakuan sepasang suami isteri yang pernah dimurtadkan dan kini telah kembali kepada Islam.
"Kita ada satu video khas mengenai mereka yang telah dibaptis iaitu rakaman daripada sepasang suami isteri yang dimurtadkan.
"Unit Selamatkan Akidah juga membantu usaha menyelamatkan akidah mereka," katabeliau pada sidang media selepas pelancaran Jati di Shah Alam Convention Center (SACC) di sini, hari ini.
Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor ini pernah beberapa kali menekankan isu murtad khususnya yang wujud di negeri itu.
Perkara itu pernah dibangkitkan oleh Hasan ketika berucap pad aHimpunan Sejuta Umat (Himpun) pada Oktober lalu tanpa menyatakan angka sebenar umat Islam yang telah murtad.
Kenyataan itu membawa kepada desakan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada November lalu agar Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan senarai nama-nama individu Islam yang didakwa telah murtad dan menyertai agama lain.
Asri beranggapan tindakan Hasan mendedahkan sejumlah besar umat Islam di negeri tersebut telah murtad seolah-olah mengaibkan agama kerana tidak melampirkan senarai penama yang telah memeluk agama lain.
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu juga pernah mendakwa, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ada mengesan kegiatan di kalangan Kristian menggunakan alat-alat canggih seperti kitab Injil menggunakan kuasa solar untuk memurtadkan Muslim.
Dalam kenyataan bulan lalu, Hasan berkata, umat Islam yang dimurtadkan sendiri yang memberi maklumat berhubung wujudnya dakwaan mubaligh Kristian mendekati umat Islam melalui pemakaian jubah dan bersolat Zohor berjemaah sekali dengan mereka.
Beliau berkata, maklumat itu diperoleh dalam sesi pendengaran bawah Unit Selamatkan Akidah yang ditubuhnya sewaktu masih bertugas sebagai exco hal ehwal Islam.
Unit itu kini diuruskannya walaupun selepas dipecat dari jawatan itu.
Pas telah Hasan pada awal bulan lalu.
Sementara itu, ketika berucap pada majlis pelancaran badan itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, usaha memperjuangkan bangsa dan negara merupakan satu jihad dan sebagai rakyat, menjadi kewajipan untuk mempertahankannya.
"Melayu dan raja tidak dapat dipisahkan. Jika kuasa raja ditarik, maka Melayu akan hilang di negara ini.
"Ada orang cakap, bila berkata mengenai Melayu, kita ialah seorang nasionalis... kita pertahankan bangsa kita, bukan taksub, dan wajib bagi kita untuk mempertahankan negara ini kerana ia memang milik orang Melayu," katanya.
Selain itu, sambil menahan sebak, Harussani berkata, "kedaulatan agama, bangsa dan raja perlu dikembalikan di negara kita sendiri agar tidak dihina dan pijak. Jangan sampai kita dipijak di negara sendiri," katanya.
Sehubungan itu, katanya, menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam untuk berjihad bagi mempertahankan agama ALLAH dan negara daripada sebarang serangan, ejekan atau hinaan.
Antara yang hadir ialah Pengasas Waris Malaya, Senator Ezam Mohd Nor.
Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) memantau serta mengawal penayangan filem dan drama seumpama itu yang antaranya menggambarkan tahap penghinaan yang serius terhadap Islam.
Bercakap kepada pemberita di pejabatnya hari ini, beliau berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang bersidang semalam turut membangkitkan perkara itu kerana bimbang ia mungkin mempengaruhi akidah umat Islam.
"Ia bukan hanya untuk filem-filem atau drama tempatan tetapi juga yang diimport," katanya.
Juanda percaya lambakan filem dan drama seumpama itu adalah kerana ia mendapat sambutan masyarakat sedangkan kesan jangka panjang kepada penonton adalah buruk.
Beliau turut mencadangan supaya satu kajian mengenai impak penonton terhadap filem-filem seumpama itu.
Selain itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis juga membangkitkan isu eksploitasi terhadap wanita melalui iklan produk tertentu sehingga mempamerkan aurat mereka secara tidak terkawal.
"Islam meletakkan wanita pada kedudukan yang tinggi dan tidak sewajarnya mereka dieksploitasi untuk melariskan barangan," katanya.
Beliau berkata wanita Islam yang terpilih sebagai model barangan tertentu sepatutnya menutup aurat manakala yang bukan Islam perlu berpakaian sopan.
Sementara itu, Juanda melahirkan rasa kecewa dengan iklan penjualan kismis yang kononnya telah dibawa tawaf di Kaabah untuk meningkatkan khasiatnya begitu juga iklan mengenai air zam zam yang kononnya telah dibawa ke tempat solat hajat semata-mata untuk mendapatkan harga yang lebih tinggi berbanding biasa.
Beliau menyifatkan iklan seumpama itu bertujuan menipu pengguna di samping melakukan eksploitasi agama dalam perniagaan.
- Bernama
Hasan Ali mahu dedah video pasangan akui murtad
21 Februari 2012
Presidennya, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, rakaman video khasitu merupakan pengakuan sepasang suami isteri yang pernah dimurtadkan dan kini telah kembali kepada Islam.
"Kita ada satu video khas mengenai mereka yang telah dibaptis iaitu rakaman daripada sepasang suami isteri yang dimurtadkan.
"Unit Selamatkan Akidah juga membantu usaha menyelamatkan akidah mereka," katabeliau pada sidang media selepas pelancaran Jati di Shah Alam Convention Center (SACC) di sini, hari ini.
Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor ini pernah beberapa kali menekankan isu murtad khususnya yang wujud di negeri itu.
Perkara itu pernah dibangkitkan oleh Hasan ketika berucap pad aHimpunan Sejuta Umat (Himpun) pada Oktober lalu tanpa menyatakan angka sebenar umat Islam yang telah murtad.
Kenyataan itu membawa kepada desakan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada November lalu agar Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan senarai nama-nama individu Islam yang didakwa telah murtad dan menyertai agama lain.
Asri beranggapan tindakan Hasan mendedahkan sejumlah besar umat Islam di negeri tersebut telah murtad seolah-olah mengaibkan agama kerana tidak melampirkan senarai penama yang telah memeluk agama lain.
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu juga pernah mendakwa, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ada mengesan kegiatan di kalangan Kristian menggunakan alat-alat canggih seperti kitab Injil menggunakan kuasa solar untuk memurtadkan Muslim.
Dalam kenyataan bulan lalu, Hasan berkata, umat Islam yang dimurtadkan sendiri yang memberi maklumat berhubung wujudnya dakwaan mubaligh Kristian mendekati umat Islam melalui pemakaian jubah dan bersolat Zohor berjemaah sekali dengan mereka.
Beliau berkata, maklumat itu diperoleh dalam sesi pendengaran bawah Unit Selamatkan Akidah yang ditubuhnya sewaktu masih bertugas sebagai exco hal ehwal Islam.
Unit itu kini diuruskannya walaupun selepas dipecat dari jawatan itu.
Pas telah Hasan pada awal bulan lalu.
Sementara itu, ketika berucap pada majlis pelancaran badan itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, usaha memperjuangkan bangsa dan negara merupakan satu jihad dan sebagai rakyat, menjadi kewajipan untuk mempertahankannya.
"Melayu dan raja tidak dapat dipisahkan. Jika kuasa raja ditarik, maka Melayu akan hilang di negara ini.
"Ada orang cakap, bila berkata mengenai Melayu, kita ialah seorang nasionalis... kita pertahankan bangsa kita, bukan taksub, dan wajib bagi kita untuk mempertahankan negara ini kerana ia memang milik orang Melayu," katanya.
Selain itu, sambil menahan sebak, Harussani berkata, "kedaulatan agama, bangsa dan raja perlu dikembalikan di negara kita sendiri agar tidak dihina dan pijak. Jangan sampai kita dipijak di negara sendiri," katanya.
Sehubungan itu, katanya, menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam untuk berjihad bagi mempertahankan agama ALLAH dan negara daripada sebarang serangan, ejekan atau hinaan.
Antara yang hadir ialah Pengasas Waris Malaya, Senator Ezam Mohd Nor.
Apakah Islam galakkan perjuangan perkauman?
Apakah Islam dan Nabi Islam Muhammad SAW menggalakkan perjuangan yang bersifat perkauman?
Islam agama universal ini wajarkah dikaitkan dengan ‘jihad perkauman’ yang telah mencetuskan pelbagai perbalahan sepanjang sejarah?
Wajarkah Islam dikaitkan dengan perjuangan perkauman?
Sehingga semasa saya di Malaysia baru-baru ini, dalam seminar bersama para penulis maya, seorang tokoh agama berjawatan tinggi dalam forum melahirkan rasa tidak puas hati kerana di Tanah Melayu ini ada masjid India, Benggali dan Cina.
Kelihatan, begitu sekali Islam itu diacuankan secara perkauman sehingga menafikan hak budaya muslim kaum lain. Untuk menjawab persoalan ini, saya ingin sebutkan beberapa noktah berikut;
Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir samada untuk dia menjadi Arab, atau Melayu, atau Inggeris atau India atau selain itu. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang.
Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya. Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil.
Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu.
Allah menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya) “dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).
Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titih keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua.
Sabda Nabi SAW:
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Jika hal ini tidak dihayati, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah.
Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal ‘I have a dream’ menyebut: “I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character”.
Maka, berdasar dua asas di atas, apa-apa sahaja tindakan atau pembahagian ekonomi dan sosial yang berasaskan bangsa terdedah kepada unsur-unsur ketidakadilan disebabkan faktor di atas. Hakikatnya, menilai berdasarkan agama lebih luas dari berasaskan bangsa. Kemudian, menilai keperluan kehidupan berdasarkan latar ekonomi seseorang lebih luas dari penilaian berdasarkan agama atau bangsa.
Tujuan Allah menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain.
Firman Allah: (maksudnya) “Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).
Lihat dalam ayat ini, Allah memanggil “Wahai manusia!”. Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan.
Kata Sayyid Qutb dalam menafsirkan ayat ini: “Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah.
Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq).
Maka, apa-apa sahaja tindakan atau peraturan yang boleh membawa permusuhan kaum, atau permusuhan atas dasar bangsa dan etnik, maka ia menjurus kepada unsur ketidakadilan yang ditolak oleh prinsip asas Islam.
Tiada kaum yang boleh menganggap mereka ‘lebih tuan’ dalam ertikata racial supremacy. Adapun hadis Nabi: “Para pemimpin dari Quraish” (Hadis sahih riwayat Ahmad, al-Tabarani, al-Baihaqi dll) tidak boleh dijadikan hujah ketuanan sesuatu bangsa. Hadis ini bukan soal ketuanan, tetapi soalan kemampuan dan pengaruh politik diambil kira dalam perlantikan pemimpin. Oleh kerana Quraish mempunyai pengaruh dan kemampuan politik dalam kalangan Arab ketika itu, maka mereka paling layak.
Dalam masa yang sama Nabi bersabda:“Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah” (Riwayat Muslim).
Hadis ini menafikan ketuanan kaum (racial supremacy) tertentu.
Di samping itu, kita hendaklah tahu bahawa setiap mukmin itu bersaudara tanpa mengira bangsa dan puak. Hak-hak persaudaraan Islam telah ditentukan oleh Allah dan rasulNya. Nilai persaudaraan ini hendaklah sentiasa kita pegang. Perbezaan keturunan dan bangsa tidak boleh menjejaskan hal ini.
Inilah asas perpaduan yang terpenting. Inilah perpaduan yang menyelamatkan kita dunia dan akhirat. Firman Allah: (maksudnya) “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara jantung hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara (persaudaraan Islam).
Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu darinya (disebabkan nikmat Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya." (Surah Ali ‘Imran ayat 103).
Menolong seseorang berdasarkan agama memberikan ruang yang lebih terbuka daripada menolong seseorang berdasarkan bangsa. Ini kerana seseorang boleh memilih agamanya, tetapi tidak boleh memilih bangsanya.
Menolong Kaum Dalam Islam
Setelah kita faham dan beriman dengan asas-asas yang disebutkan di atas. Bertindak berteraskan asas ini, maka tidaklah menjadi kesalahan jika kita dalam masa yang sama berusaha memajukan bangsa atau keturunan kita dengan syarat kita tidak menzalimi dan menghina kaum yang lain. Dalam Islam pun, harta pusaka juga diwarisi oleh kaum keluarga.
Kita juga disuruh menghubungkan silaturrahim sesama keluarga dan al-Quran juga menyuruh kita membantu keluarga di sudut harta. Firman Allah: (maksudnya) “Maka (sebagai tanda syukur) berikanlah kepada kaum kerabatmu, miskin dan orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya." (Surah al-Rum, ayat 37)
Nabi juga memuji sikap tolong menolong dalam memajukan atau membantu kaum atau puak sendiri, dengan syarat tidak menzalimi puak yang lain. Sabda Nabi: “Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ertinya, walaupun Islam menentang ‘asabiyyah namun Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan kaum sendiri, jika ada keperluan ke arah itu dan tidak membawa kepada pemusuhan antara puak dan kaum.
Adapun asabiyyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang membawa kepada membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada kepada pihak lain. Sikap fanatik puak itu mungkin menjelma dalam bentuk bangsa, ataupun parti politik, atau mazhab, atau kumpulan atau apa sahaja yang fanatik dan menolak kebenaran orang lain.
Sabda Nabi: “Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (Muslim).
Rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) adalah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil, namun membela atas dasar ketaksuban. Ertinya, jika ada ciri demikian maka itu ‘asabiyyah yang dilarang; samada perjuangan parti atau perjuangan kaum. Maka, bukan sahaja perjuangan politik bangsa boleh menjadi ‘asabiyyah, perjuangan atas nama Islam jika fanatik dan menolak kebenaran hanya kerana keputusan parti juga boleh dinamakan ‘asabiyyah.
Usaha memartabatkan kaum bukan prinsip perjuangan tetapi boleh menjadi keperluan sementara yang dilakukan apabila keadaan mendesak seperti yang berlaku kepada kabilah al-Asy’ariyyin dalam hadis di atas. Sebab itu al-Quran bukan sahaja menyebut membantu kaum kerabat yang susah, tetapi juga membantu golongan miskin, orang musafir yang kesusahan tanpa dikaitkan dengan kaum kerabat atau bangsa.
Ertinya; prinsip Islam mengatasi segalanya termasuk isu bangsa. Perjuangan bangsa jika bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam yang disebutkan tadi adalah diharamkan. Namun, usaha memartabatkan bangsa jika tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti prinsip persaudaraan Islam, keadilan untuk semua dan tidak menghina bangsa lain, maka ia diizinkan, bahkan terpuji.
Namun, berjihad menentang kaum lain atas nama bangsa, bukan ajaran Islam.
Penulis bekas mufti Perlis dan kini bertugas sebagai zamil di Universiti Oxford.
ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.
Minggu ini saya kembali ke Oxford, UK. Beberapa minggu berada di
Malaysia. Di samping menyambut kedatangan ‘puteri baru’, banyak juga
aktiviti yang sempat saya sertai. Bahang pilihanraya semakin kuat
sehingga segala perkara berbau politik. Semalam semasa seminar ‘Islam and Europe’
di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), directornya Dr Farhan
Nizami bersembang dengan kami dengan memberi pandangannya tentang
Malaysia. Katanya, betapa dia tidak menyangka bahawa bangsa melayu yang
kelihatan sopan santun itu apabila tiba kepada bab politik, mereka
berpolitik habis-habisan. Saya senyum sahaja mendengar ulasannya.
Berkaitan fenomena piliharaya juga, beberapa hari lepas saya menerima begitu banyak soalan berhubung dengan ‘Raja adalah bayangan Allah di bumi’. Hadis ini katanya telah diwar-warkan oleh pihak tertentu dalam menjustifikasikan perjuangan tertentu. Saya dengar ada yang lebih lantang lagi dengan menyebut lafaz asal hadis itu ‘al-Sultan adalah bayangan Allah di bumi’ bagi merujuk sultan pilihannya. Ada pula yang seakan ingin menyuburkan feudalisme melayu dengan hadis tersebut. Saya bergurau dengan sesetengah pihak yang berminat menggunakan hadis itu dengan berkata: “Raja yang menjadi bayangan Allah itu Raja Jordan ke, atau Raja Saudi? Atau Raja Morocco? Oleh kerana terlalu umum, apakah boleh juga digunakan oleh Raja Siam?”
Sebenarnya, perkataan yang digunakan dalam hadis ‘al-Sultan’ bukan al-Malik (Raja). Jika ia difaham secara bahasa melayu, mungkin para sultan seperti Sultan Qabos di Oman atau Sultan Brunei tergambar semasa membaca hadis ini. Sudah pasti bukan Sultan Damsyik Jani dari ‘Negara Pasir Berdengung’ dalam filem Doremi arahan P.Ramlee.
Sebenarnya hadis tersebut mempunyai banyak riwayat. Ada yang palsu, ada yang sangat daif (daif jiddan),
ada yang daif dan ada yang hasan ataupun mungkin boleh mendekati sahih.
Antara lafaz yang palsu atau sekurang-kurang teramat daif:
Ada juga riwayat dalam al-Jami’ al-Saghir oleh al-Sayuti (meninggal 911H) yang menyebut:
Apakah Maksud ‘al-Sultan’?
Perkataan al-Sultan bukanlah bermaksud pemerintah yang memakai gelaran ‘sultan’. Jika tidak sudah pasti al-Khulafa al-Rasyidin menggunakan gelaran sultan. Sultan bermaksud pihak yang berkuasa. Ertinya ia merangkumi semua mereka yang mempunyai kuasa pemerintahan tanpa mengira apapun gelarannya. Abu Bakr al-Siddiq naik memerintah selepas Rasulullah memakai gelaran ‘Khalifah Rasulillah’, kemudian pada zaman ‘Umar mula diperkenalkan gelaran ‘Amir al-Mukminin. Secara umumnya dipanggil keempat sahabat pemerintah itu dengan khalifah. Semasa Umawiyyah dan ‘Abbasiyyah dikekalkan gelaran khalifah. Selepas itu beberapa dinasti seperti Ayyubiah, Mamalik dan ‘Uthamaniyyah memakai gelaran sultan. Mereka itu kebanyakannya bukan arab. Ada juga yang memakai al-Malik iaitu ‘raja’ dan sebagainya.
Maka hendaklah jelas, perkataan sultan dalam hadis merujuk kepada ulul amri iaitu mereka yang berkuasa memerintah. Jangan putarkan hadis untuk pemainan politik. Ertinya, secara literal dalam konteks Malaysia, Perdana Menteri juga zhillu Allah ataupun bayangan Allah di bumi. Demikian Presiden Mesir, Libya dan sebagainya. Kini kita wajar bertanya apakah maksud bayangan Allah? Apakah kita memahami seperti golongan literalis yang akan melihat sultan atau raja atau penguasa atau presiden sebagai benar-benar bayangan Allah yang kemudian mungkin dijustifikasikan segala tindakannya. Jika mereka itu berjudi di London ini sehingga tergadai balak dan minyak di negara mereka apakah itu bayangan Allah? Jika mereka kejam seperti Assad di Syria, atau mereka rasuah dan bermewahan dengan harta rakyat jelata, apakah mereka tetap dimuliakan sebab mereka bayangan Allah?
Bayangan Allah
Jika kita faham makna khalifah, ia bermaksud pengganti ataupun wakil. Apabila kita menyebut manusia khalifah Allah bermaksud manusia mengganti Allah di bumi. Ketika menafsirkan Surah al-Baqarah ayat 30 berhubung manusia sebagai khalifah Allah di bumi, al-Imam al-Baidawi berkata:
Dalam masa yang sama kita hendaklah sedar, bahawa berlebihan dalam menggunakan agama untuk kepentingan politik telah mengorbankan agama itu sendiri. Inilah yang berlaku di Barat yang diistilahkan sebagai secularism ataupun lebih mudah difahami sebagai ‘a movement towards the separation of religion and government’. Walaupun secularism itu mempunyai akar yang lama sejak zaman Greek dan Roman tetapi di Eropah ia subur dan diperjuangkan pada era Enlightenment akibat dari kesedaran rakyat tentang betapa buruk peranan agama dalam politik. Saya akan bahaskan nanti. Islam memandu politik supaya harmoni dan kudus. Islam bukan alat politik tetapi cahaya yang menerangi jalan politik yang dibina atas maslahah rakyat.
Sultan ataupun penguasa bayangan Tuhan boleh disalahtafsirkan seperti yang berlaku dalam sejarah politik pelbagai bangsa. Akibatnya, kerakusan penguasa mencengkam rakyat dan dihalalkan atas nama Tuhan. Jika hendak memahami maksud penguasa bayangan Tuhan dalam Islam, fahamilah ucapan Abu Bakr al-Siddiq apabila menjadi khalifah:

Bilakah Sultan Menjadi Bayangan Allah Di Bumi?
BILAKAH SULTAN MENJADI BAYANGAN ALLAH DI BUMI?
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Berkaitan fenomena piliharaya juga, beberapa hari lepas saya menerima begitu banyak soalan berhubung dengan ‘Raja adalah bayangan Allah di bumi’. Hadis ini katanya telah diwar-warkan oleh pihak tertentu dalam menjustifikasikan perjuangan tertentu. Saya dengar ada yang lebih lantang lagi dengan menyebut lafaz asal hadis itu ‘al-Sultan adalah bayangan Allah di bumi’ bagi merujuk sultan pilihannya. Ada pula yang seakan ingin menyuburkan feudalisme melayu dengan hadis tersebut. Saya bergurau dengan sesetengah pihak yang berminat menggunakan hadis itu dengan berkata: “Raja yang menjadi bayangan Allah itu Raja Jordan ke, atau Raja Saudi? Atau Raja Morocco? Oleh kerana terlalu umum, apakah boleh juga digunakan oleh Raja Siam?”
Sebenarnya, perkataan yang digunakan dalam hadis ‘al-Sultan’ bukan al-Malik (Raja). Jika ia difaham secara bahasa melayu, mungkin para sultan seperti Sultan Qabos di Oman atau Sultan Brunei tergambar semasa membaca hadis ini. Sudah pasti bukan Sultan Damsyik Jani dari ‘Negara Pasir Berdengung’ dalam filem Doremi arahan P.Ramlee.
السلطان ظل الله تعالى في الأرض فإن أحسنوا
فلهم الأجر وعليكم الشكر وإن أساءوا فعليهم الإصر وعليكم الصبر لا يحملنكم
إساءته على أن تخرجوا من طاعته فإن الذل في طاعة الله خير من خلود في
النار لولاهم ما صلح الناس
(terjemahan) “al-Sultan bayangan Allah di bumi. Jika mereka berbuat baik bagi mereka pahala dan wajib ke atas kamu syukur. Jika mereka jahat, mereka mendapat dosa, wajib ke atas kamu sabar. Janganlah kejahatannya itu menyebabkan kamu keluar dari ketaatan. Ini kerana, sesungguhnya kehinaan dalam mentaati Allah (dengan mentaati sultan yang jahat) lebih baik dari kekal dalam neraka (kerana menentang sultan). Jika tidak kerana mereka, manusia tidak akan aman”. (hadis ini dihukum oleh al-Albani sebagai ‘terlalu daif’ dalam Silsilah al-Daifah/no. 1664)Namun secara kesimpulan penilaian hadis, setakat lafaz “Al-Sultan bayangan Allah di bumi” adalah sahih disebabkan pelbagai riwayat. Adapun tambahan selepas lafaz tersebut ada yang hasan, daif, sangat daif dan palsu.
Ada juga riwayat dalam al-Jami’ al-Saghir oleh al-Sayuti (meninggal 911H) yang menyebut:
السلطان ظل الله في الأرض، فإذا دخل أحدكم بلدا ليس به سلطان فلا يقيمن به
“al-Sultan bayangan Allah di bumi. Jika seseorang kamu memasuki sesuatu negeri yang tiada sultan padanya, janganlah dia tinggal dalamnya”.Saya bimbang menjelang musim berkempen ini akan ada yang menggunakan riwayat yang daif ini untuk melarang orang tinggal di negeri-negeri yang tiada sultan seperti Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Kemudian, di Negara Arab hanyalah Negara Oman yang boleh tinggal dalamnya sebab masih ada Sultan Qabos. Selainnya sudah tiada sultan. Indonesia pun tidak boleh tinggal dalamnya kerana sudah tiada sultan. Hanya Brunei yang sesuai. Jangan sampai begitu pulak tafsiran kita.
Perkataan al-Sultan bukanlah bermaksud pemerintah yang memakai gelaran ‘sultan’. Jika tidak sudah pasti al-Khulafa al-Rasyidin menggunakan gelaran sultan. Sultan bermaksud pihak yang berkuasa. Ertinya ia merangkumi semua mereka yang mempunyai kuasa pemerintahan tanpa mengira apapun gelarannya. Abu Bakr al-Siddiq naik memerintah selepas Rasulullah memakai gelaran ‘Khalifah Rasulillah’, kemudian pada zaman ‘Umar mula diperkenalkan gelaran ‘Amir al-Mukminin. Secara umumnya dipanggil keempat sahabat pemerintah itu dengan khalifah. Semasa Umawiyyah dan ‘Abbasiyyah dikekalkan gelaran khalifah. Selepas itu beberapa dinasti seperti Ayyubiah, Mamalik dan ‘Uthamaniyyah memakai gelaran sultan. Mereka itu kebanyakannya bukan arab. Ada juga yang memakai al-Malik iaitu ‘raja’ dan sebagainya.
Maka hendaklah jelas, perkataan sultan dalam hadis merujuk kepada ulul amri iaitu mereka yang berkuasa memerintah. Jangan putarkan hadis untuk pemainan politik. Ertinya, secara literal dalam konteks Malaysia, Perdana Menteri juga zhillu Allah ataupun bayangan Allah di bumi. Demikian Presiden Mesir, Libya dan sebagainya. Kini kita wajar bertanya apakah maksud bayangan Allah? Apakah kita memahami seperti golongan literalis yang akan melihat sultan atau raja atau penguasa atau presiden sebagai benar-benar bayangan Allah yang kemudian mungkin dijustifikasikan segala tindakannya. Jika mereka itu berjudi di London ini sehingga tergadai balak dan minyak di negara mereka apakah itu bayangan Allah? Jika mereka kejam seperti Assad di Syria, atau mereka rasuah dan bermewahan dengan harta rakyat jelata, apakah mereka tetap dimuliakan sebab mereka bayangan Allah?
Bayangan Allah
Jika kita faham makna khalifah, ia bermaksud pengganti ataupun wakil. Apabila kita menyebut manusia khalifah Allah bermaksud manusia mengganti Allah di bumi. Ketika menafsirkan Surah al-Baqarah ayat 30 berhubung manusia sebagai khalifah Allah di bumi, al-Imam al-Baidawi berkata:
“Khalifah itu bermaksud (dari segi bahasa) sesiapa yang menggantikan tempat pihak yang lain atau menjadi penggantinya. Yang dimaksudkan dengan khalifah dalam ayat ini adalah Adam a.s. kerana beliau merupakan khalifah Allah di bumiNya. Demikian sekelian nabi yang Allah utuskan mereka sebagai pengganti (khalifah) bagi memakmurkan bumi, menguruskan manusia, menyempurnakan keperluan mereka dan melaksanakan perintah Allah ke atas mereka” (Al-Baidawi, Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Takwil, 1/64).Makna yang sama merujuk kepada sultan ataupun penguasa itu bayangan Allah di bumi. Bukan bermaksud kesucian penguasa sehingga tidak boleh dibahas dan dipertikaikan. Sama sekali tidak! Sebab betapa ramai manusia ini yang Allah tabalkan menjadi khalifah telah melakukan kerja yang sebaliknya. Apakah kita tetap mempertahankannya atas nama khalifah Allah?! Justeru al-Imam al-Munawi dalam Faidh al-Qadir ketika menafsir maksud: “Al-Sultan bayangan Allah di bumi” beliau berkata “kerana dia memelihara manusia dari keburukan seperti bayang memelihara dari panas matahari”. Ya! Demikianlah tugasan penguasa!
Dalam masa yang sama kita hendaklah sedar, bahawa berlebihan dalam menggunakan agama untuk kepentingan politik telah mengorbankan agama itu sendiri. Inilah yang berlaku di Barat yang diistilahkan sebagai secularism ataupun lebih mudah difahami sebagai ‘a movement towards the separation of religion and government’. Walaupun secularism itu mempunyai akar yang lama sejak zaman Greek dan Roman tetapi di Eropah ia subur dan diperjuangkan pada era Enlightenment akibat dari kesedaran rakyat tentang betapa buruk peranan agama dalam politik. Saya akan bahaskan nanti. Islam memandu politik supaya harmoni dan kudus. Islam bukan alat politik tetapi cahaya yang menerangi jalan politik yang dibina atas maslahah rakyat.
Sultan ataupun penguasa bayangan Tuhan boleh disalahtafsirkan seperti yang berlaku dalam sejarah politik pelbagai bangsa. Akibatnya, kerakusan penguasa mencengkam rakyat dan dihalalkan atas nama Tuhan. Jika hendak memahami maksud penguasa bayangan Tuhan dalam Islam, fahamilah ucapan Abu Bakr al-Siddiq apabila menjadi khalifah:
“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Orang yang lemah dalam kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat dalam kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya Allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).Inilah insan yang paling faham maksud sultan itu bayangan Allah di bumi. Jangan kita gadaikan Islam untuk suatu penafsiran nas yang akhirnya akan menimbulkan syak manusia terhadap Allah dan RasulNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan