Robert Kuok kekal orang terkaya di Malaysia
Robert
Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai orang Malaysia paling kaya,
dengan aset bernilai RM45.7 bilion, walaupun kekayaannya susut 8.0
peratus, diikuti T Ananda Krishnan dan Tan Sri Teh Hong Piow dari Public
Bank.
Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd mengekalkan kedudukan di tempat keempat manakala usahawan Bumiputera terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, di tempat kelima, demikian menurut laporan Malaysian Business mengenai 40 rakyat Malaysia paling kaya.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berada pada kedudukan ke-15, dengan aset bernilai RM1.77 bilion.
Malaysian Business berkata aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu adalah berasaskan nilai pegangan mereka dalam syarikat-syarikat senaraian sehingga 20 Jan, 2012.
Ananda merapatkan jurang dengan Kuok dengan memiliki kekayaan bernilai RM42.99 bilion, namun ia turun kira-kira 6.0 peratus tahun ini berbanding 2011.
Teh secara relatifnya mengekalkan kekayaannya berjumlah RM12.64 bilion, susut satu peratus berbanding sebelumnya.
Walaupun kekayaannya merosot 10.8 peratus kepada RM11.36 bilion, Lee (IOI Corp) mengekalkan kedudukan di tempat keempat manakala Syed Mokhtar dari Yayasan Albukhary -- dengan syarikat utamanya DRB-Hicom Group -- menambah kekayaannya sebanyak 8.0 peratus kepada RM9.53 bilion.
Penerbitan itu melaporkan gabungan aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu merosot tahun ini akibat krisis kredit dunia serta pasaran ekuiti yang lemah.
Nilai aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu secara kolektifnya berjumlah RM193.2 bilion sehingga 20 Jan, susut 7.0 peratus berbanding RM206.37 bilion setahun lepas, lapor Malaysian Business dalam terbitan 16 Feb.
Bagaimanapun tahun ini terdapat penambahan tiga jutawan berbanding 27 pada 2011.
Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Malaysia tidak berubah di tempat keenam, dengan aset merosot 25 peratus kepada RM8 bilion.
Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) turun dua anak tangga kepada tempat ketujuh dengan kekayaan bernilai RM7.58 bilion, susut kira-kira 30 peratus.
Ibunya Puan Sri Lee Kim Hua, kembali ke tangga kelapan dengan harta dianggarkan bernilai RM6.58 bilion, merosot 11 peratus.
Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan jutawan yang menetap di Singapura, Ong Beng Seng, masing-masing mengekalkan kedudukan di tempat kesembilan dan 10.
Aset Tiong dianggarkan bernilai RM6.41 bilion manakala Ong menokok 23 peratus kepada RM4.92 bilion.
Tiga jutawan baharu yang menyertai senarai 40 orang paling kaya itu ialah Datuk AK Nathan dari Eversendai Corporation Bhd dan Ngau Boon Keat (Dialog Group Bhd), yang pertama kali tersenarai, manakala Datuk Abdul Hamed Sepawi (Ta Ann Holdings Bhd) kembali selepas empat tahun.
Senarai penuh 40 jutawan dan maklumat mengenai kekayaan mereka dimuatkan dalam majalah itu. Ia juga menyiarkan senarai 10 jutawan paling kaya di Pasaran Ace.
- Bernama
Sebaliknya, kata Hasan, kewujudan JATI dan kumpulan pendesak Melayu itu menjadi "pelengkap dan menghargai" antara satu dengan lain.
JATI yang berperanan untuk mengagungkan Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan mempertahankan institusi Raja akan dirasmikan pada 21 Februari ini dengan motto
"Gerakan Memartabatkan Umat".
"Saya tidak bimbang, tidak ragu-ragu dan tidak ambil concern over duplication... Yang penting kita mengamalkannya.
"Kita compliment dengan mana-mana badan yang menjunjung Islam, Melayu dan Raja-raja. Aasalkan ada tiga elemen ini, kita sedia bekerja sama," katanya.
Bercakap dalam sidang media mengenai majlis pelancaran NGO itu, Hasan berkata kerjasama tersebut antaranya atas dasar mewujudkan jaringan atau dengan menganjurkan program bersama.
Menurutnya, majlis pelancaran tersebut akan berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada tarikh 21 Februari jam 2 petang yang akan diserikan, antaranya persembahan musik angklung mengiringi lagu nasyid Asma al-Husa dendangan pelajar.
Ia juga akan turut diserikan dengan persembahan monolog penyair dan penggiat seni Nuri Angkasa serta persembahan multimedia dan video mengenai JATI.
Hasan yang akan merasmikan penubuhan JATI berkata, pihaknya mensasarkan kehadiran kira-kira 1,000 jemputan.
Menurut Hasan, JATI akan menjanakan tiga perkara penting, iaitu mengagungkan agama Islam di Malaysia, mengamal dan menentukan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW yang mempunyai elemen akidah, syariah dan akhlak.
Selain itu, JATI juga mahu memartabatkan Melayu termasuk menjalankan aktiviti dan membangunkan keserasian kaum bumiputera dan Melayu di Malaysia serta mahu generasi
muda memahami tugas dan tanggungjawab institusi raja serta mempertahankan institusi itu dalam konteks perlembagaan.
Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Ketua eksekutif JATI, Datuk Aidit Ghazali serta tonggak utama NGO itu, Nor Azizan Abdul Majid.
Hasan berkata, keahlian JATI dibuat melalui talian mulai tarikh pelancarannya atau orang ramai boleh mengisi borang keahlian, yang menurutnya, mendapat sambutan rakyat sepanjang berlangsung siri jelajahnya.
Negeri Perak adalah negeri pertama akan melancarkan JATI di peringkat negeri pada 27 April ini.
Katanya, beliau tidak mahu NGO yang ditubuhkannya terlibat dengan politik dan beliau tidak ada masalah jika ahli JATI mahu bertanding dalam pilihan raya melalui parti masing-masing atau sebagai calon bebas.
"Tidak boleh membawa logo, nama yang membabitkan JATI dalam gelanggang politik," katanya.
Sementara itu, Aidit berkata 1,000 jemputan itu di majlis pelancaran JATI minggu depan terdiri daripada kumpulan NGO belia, wanita, usahawan serta kumpulan profesional.
Malah, kata penasihat undang-undang universiti itu Prof Datuk Emeritus Shad Saleem Faruqi, bukan sahaja siasatan dalaman UiTM telah membersihkan Sahol Hamid (kiri) tetapi Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu juga mendapati tiada bukti untuk mensabitkannya.
“Mereka mewawancara beberapa pegawai UiTM dan memeriksa sistem pemilihan biasiswa (universiti). Didapati tiada bukti salah guna kuasa. Tetapi mereka buat beberapa cadangan untuk menambah baik sistem untuk menjadikannya lebih telus,” kata Shad Saleem.
Pakar perlembagaan itu turut memaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga ada menjalankan siasatannya sendiri. Shad Saleem bagaimanapun tidak mendedahkan hasilnya.
Malaysiakini sebelum ini difahamkan BPR (ketika itu belum dinaiktaraf sebagai suruhanjaya) pada 2008 pernah menyiasat Sahol Hamid atas dakwaan salah gunakan kuasa dan kedudukan rasminya bagi memilih dua anak perempuannya di bawah skim TPM.
Menurut sumber, BPR kemudiannya menyarankan naib canselor ketika itu Tan Sri Profesor Ibrahim Abu Shah (kiri) mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu berkenaan. Sahol Hamid ketika itu bertugas sebagai timbalan naib canselor.
Difahamkan, antara yang dimaklumkan BPR kepada UiTM:
Dalam kenyataan balasnya kepada Malaysiakini baru-baru ini, Shad Saleem (kiri) berkata, siasatan UiTM yang dimulakan pada 19 Mac 2007 juga mendapati tiada pengaruh tidak wajar Sahol Hamid terhadap terhadap fakulti yang mengendalikan permohonan.
“Bagaimanapun, jawatankuasa menemui bahawa terdapat perbezaan yang tidak diingini antara fakulti dalam beberapa aspek proses pemilihan, seperti komposisi jawatankuasa pemilihan fakulti.
“Beberapa kriteria seperti 'bidang kritikal' juga terlalu subjektif' dan boleh menjurus kepada keadilan yang tidak sama rata,” kata Shad Saleem.
Manakala dari segi kelayakan pula, katanya lagi, seorang anak perempuan Sahol Hamid yang terpilih mendapat Purata Mata Gred Terkumpul (CGPA) ketiga tertinggi dalam fakultinya iaitu 3.62.
Seorang lagi anaknya pula walaupun mendapat CGPA 3.20 tetapi mendahului dalam kriteria lain seperti kemahiran sosial dan penguasaan bahasa Inggeris serta pertimbangan bidang pengajiannya yang kritikal dalam kejuruteraan jambatan.
Sementara itu, Sahul Hamid pula dalam respons ringkas melalui SMS kepada Malaysiakini sebelum ini menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai “palsu dan bersifat fitnah”.
Pada tahun itu, seramai 700 calon dicadangkan untuk biasiswa itu dengan 250 terdiri daripada kakitangan tetap dan 450 lagi melalui TPM.
Aksi ganas penyokong BN di Felda Tun Ghafar Baba di Machap, Melaka pada Isnin lalu adalah petanda awal apa yang boleh diajngkakan oleh Pakatan Rakyat apabila pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.
Ahli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him yang hadir pada kejadian Isnin itu memberitahu Malaysiakini, ketika kejadian penyokong BN tiba-tiba muncul dengan kira-kira 20 hingga 30 motosikal serta puluhan lagi kereta bagi mengganggu ceramah Pakatan.
"Sejurus sebelum ceramah bermula, sekumpulan penyokong Umno telah menampar seorang lelaki ahli PKR yang cuba meletakkan bendera parti sebagai persiapan ceramah.
“Tidak lama kemudian, sekumpulan 20 hingga 30 motosikal dan kereta BN pula tiba dan berkumpul di kawasan itu sehingga mengganggu lalu lintas.
"Walaupun semasa saya berceramah, mereka membuat bising dengan menekan minyak motosikal,” kata Sim.
Menurutnya, beliau kemudiannya menasihatkan kumpulan itu supaya tidak membazirkan petrol dan bahawa jika mereka mahu berbahas, maka lakukan dengan betul dan tidak mengganggu ceramah itu. Namun, nasihatnya itu tidak dipedulikan.
Sim berkata kira-kira 200 hingga 300 orang di penempatan Felda itu yang datang untuk mendengar ceramah berkenaan.
"Ramai juga peneroka lain yang membuka tingkap rumah untuk mendengar ceramah pembangkang. Namun tingkah laku penyokong Umno itu amat dikesali.
"Mereka banyak membuat bising, khususnya semasa Anwar berucap dan cuba mengejeknya dengan pelbagai panggilan. Antaranya Anwar dituduh sebagai tali barut Yahudi dan khaki liwat,” katanya.
Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd mengekalkan kedudukan di tempat keempat manakala usahawan Bumiputera terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, di tempat kelima, demikian menurut laporan Malaysian Business mengenai 40 rakyat Malaysia paling kaya.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berada pada kedudukan ke-15, dengan aset bernilai RM1.77 bilion.
Malaysian Business berkata aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu adalah berasaskan nilai pegangan mereka dalam syarikat-syarikat senaraian sehingga 20 Jan, 2012.
Ananda merapatkan jurang dengan Kuok dengan memiliki kekayaan bernilai RM42.99 bilion, namun ia turun kira-kira 6.0 peratus tahun ini berbanding 2011.
Teh secara relatifnya mengekalkan kekayaannya berjumlah RM12.64 bilion, susut satu peratus berbanding sebelumnya.
Walaupun kekayaannya merosot 10.8 peratus kepada RM11.36 bilion, Lee (IOI Corp) mengekalkan kedudukan di tempat keempat manakala Syed Mokhtar dari Yayasan Albukhary -- dengan syarikat utamanya DRB-Hicom Group -- menambah kekayaannya sebanyak 8.0 peratus kepada RM9.53 bilion.
Penerbitan itu melaporkan gabungan aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu merosot tahun ini akibat krisis kredit dunia serta pasaran ekuiti yang lemah.
Nilai aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu secara kolektifnya berjumlah RM193.2 bilion sehingga 20 Jan, susut 7.0 peratus berbanding RM206.37 bilion setahun lepas, lapor Malaysian Business dalam terbitan 16 Feb.
Bagaimanapun tahun ini terdapat penambahan tiga jutawan berbanding 27 pada 2011.
Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Malaysia tidak berubah di tempat keenam, dengan aset merosot 25 peratus kepada RM8 bilion.
Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) turun dua anak tangga kepada tempat ketujuh dengan kekayaan bernilai RM7.58 bilion, susut kira-kira 30 peratus.
Ibunya Puan Sri Lee Kim Hua, kembali ke tangga kelapan dengan harta dianggarkan bernilai RM6.58 bilion, merosot 11 peratus.
Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan jutawan yang menetap di Singapura, Ong Beng Seng, masing-masing mengekalkan kedudukan di tempat kesembilan dan 10.
Aset Tiong dianggarkan bernilai RM6.41 bilion manakala Ong menokok 23 peratus kepada RM4.92 bilion.
Tiga jutawan baharu yang menyertai senarai 40 orang paling kaya itu ialah Datuk AK Nathan dari Eversendai Corporation Bhd dan Ngau Boon Keat (Dialog Group Bhd), yang pertama kali tersenarai, manakala Datuk Abdul Hamed Sepawi (Ta Ann Holdings Bhd) kembali selepas empat tahun.
Senarai penuh 40 jutawan dan maklumat mengenai kekayaan mereka dimuatkan dalam majalah itu. Ia juga menyiarkan senarai 10 jutawan paling kaya di Pasaran Ace.
- Bernama
Mukhriz akui faktor 'anak Dr M' bantu karier politik
Timbalan
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr
Mahathir berkata beliau menerima hakikat bahawa faktor beliau anak Tun
Dr Mahathir Mohamad membantu karier politiknya.
Bagaimanapun anggota Parlimen Jerlun itu berharap diberi peluang untuk membuktikan kemampuan beliau sendiri.
"Mahu tak mahu saya terpaksa terima hakikat itu satu faktor (anak Dr Mahathir) yang membantu. (Bagaimanapun) saya sedang berusaha atas daya usaha saya sendiri untuk menunjukkan apa yang saya mampu lakukan," katanya kepada pemberita selepas melawat Universiti Tun Abdul Razak di Alor Setar hari ini.
Mukhriz (kiri) berkata beliau tidak kisah dibayangi bapanya yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun dan dianggap "anak bapa" sebaliknya menganggapnya sebagai satu penghormatan.
"Saya bangga dengan pencapaian ayah saya. Bukan tempat saya untuk menidakkan apa yang beliau usahakan. Saya takkan kata saya nak keluar daripada bayangan beliau.
"Dah nama saya pun bin Mahathir...itu hakikat tak boleh saya ubah. Saya tak kisah orang nak kaitkan saya dengan beliau. Itu kaitan yang positif.
"Kalau orang nak bandingkan saya dengan beliau, itu jauh sangat. Kita ini baru setahun jagung nak bandingkan dengan beliau," katanya.
Mukhriz berkata sewaktu Dr Mahathir (kanan) menerajui negara, pembangkang membangkitkan isu nepotisme tetapi kini pihak berkenaan tidak kisah pula untuk melakukannya.
"Waktu itu beliau (Dr Mahathir) bersungguh-sungguh elak nepotisme termasuk saudara maranya tidak boleh aktif dalam politik. Malah itu antara sebab abang saya, Datuk Mokhzani karier politik tersekat...tidak direstui ayah kami.
"Saya pula terpaksa tunggu dia bersara baru bertanding jawatan dalam parti dan pilihan raya. Sebabnya ayah saya tak nak dituduh amal nepotisme, dan mengelakkan konflik kepentingan rakyat dan keluarga.
"Ia berbeza dengan pembangkang. Tak pelik kalau lihat ayah dan anak sebagai ahli Parlimen dan anggota Dewan Undangan Negeri. Ada parti yang tiga jawatan tertinggi daripada satu keluarga sahaja.
"Ini tidak pula dibangkitkan," katanya.

TPM: BR1M wang rakyat, bukan 'rasuah'
Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Bantuan Rakyat
Malaysia (BR1M) bukan "rasuah" sebaliknya adalah wang rakyat yang
diberikan semula kepada mereka yang memerlukan.
Beliau berkata bantuan berkenaan diberikan kepada semua yang layak tanpa mengira latar belakang dan ideologi politik.
"Itu duit rakyat, dan tidak salah beri balik, orang PAS (pun) naik pentas ambil bantuan itu," katanya ketika berucap di majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Pusat Rekreasi Air Balok, Beserah yang dihadiri lebih 20,000 orang di Kuantan, hari ini.
Muhyiddin berkata kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa prihatin akan bebanan yang ditanggung rakyat ketika ini.
"BN tawar apa yang mampu sahaja, dan tidak buat pinjaman untuk beri bantuan termasuk BR1M, kita guna simpanan sendiri," kata Muhyiddin.
Muhyiddin berkata kerajaan juga membelanjakan sejumlah RM33 bilion setahun untuk subsidi kepada rakyat.
"RM10 hingga RM12 bilion untuk bahan api, ramai yang tidak sedar, kita juga subsidi harga gula dan harga gula lebih rendah (berbanding) di Thailand, (sedangkan Thailand) merupakan negara pengeluar keenam gula di dunia," katanya.
Timbalan perdana menteri berkata kerajaan telah melakukan pelbagai program dan bantuan semata-mata untuk memastikan rakyat tidak dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi.
"Isu yang dimainkan pembangkang menjelang pilihan raya ialah kenaikan kos hidup, sebenarnya kerajaan telah bantu tingkatkan pendapatan rakyat termasuk beri bantuan kepada petani, usahawan dan sebagainya.
"Pelbagai inisiatif yang diambil adalah bagi pastikan rakyat mendapat pendapatan yang tinggi, produktiviti negara meningkat, kawal inflasi dan kurang perbelanjaan kerajaan," katanya.
Beliau berkata kerajaan juga telah memperkenalkan kawalan harga untuk memastikan harga barang tidak terus membebankan rakyat.
"Jika kerajaan BN tidak masuk campur, harga barang ini adalah tinggi, kos hidup akan lebih tinggi," katanya.
Muhyiddin berkata bagi mencapai sebuah negara maju, kerajaan juga mensasarkan pendapatan per kapita adalah sebanyak US$15,000 menjelang tahun 2020 berbanding ketika ini iaitu US$9,500.
"Kita perlu kekalkan pertumbuhan ekonomi pada kadar lima peratus setahun, kerajaan BN mempunyai wawasan dan berpandangan jauh, kita bukan hendak selesaikan masalah hari ini sahaja tapi generasi akan datang," katanya.
Beliau berkata rakyat perlu menyokong usaha transformasi yang dilakukan kerajaan dan mereka (rakyat) perlu sedar bahawa tanpa perancangan dan transformasi yang utuh, negara maju dan kaya seperti negara tertentu di Eropah juga boleh jatuh miskin.
Di majlis berkenaan, Muhyiddin turut mengumumkan beberapa peruntukan untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat di kawasan berkenaan berjumlah RM19.8 juta, antaranya membina masjid Chengal Lempong, Beserah bernilai RM4 juta, membina dewan serbaguna Kampung Peramu, Kuantan (RM1juta), menaiktaraf sistem perparitan di kampung nelayan Beserah (RM3.5 juta), dan pembinaan semula gerai dan pasar ikan di Beserah (RM6 juta).

JATI bukan pesaing PERKASA, objektif sama
Pengerusi
penaja Jalur Tiga (JATI) Datuk Hasan Ali berkata, NGO yang
ditubuhkannya bukan pesaing kepada pihak lain, khususnya PERKASA
memandangkan objektif penubuhan mereka yang sama.Sebaliknya, kata Hasan, kewujudan JATI dan kumpulan pendesak Melayu itu menjadi "pelengkap dan menghargai" antara satu dengan lain.
JATI yang berperanan untuk mengagungkan Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan mempertahankan institusi Raja akan dirasmikan pada 21 Februari ini dengan motto
"Gerakan Memartabatkan Umat".
"Saya tidak bimbang, tidak ragu-ragu dan tidak ambil concern over duplication... Yang penting kita mengamalkannya.
"Kita compliment dengan mana-mana badan yang menjunjung Islam, Melayu dan Raja-raja. Aasalkan ada tiga elemen ini, kita sedia bekerja sama," katanya.
Bercakap dalam sidang media mengenai majlis pelancaran NGO itu, Hasan berkata kerjasama tersebut antaranya atas dasar mewujudkan jaringan atau dengan menganjurkan program bersama.
Menurutnya, majlis pelancaran tersebut akan berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada tarikh 21 Februari jam 2 petang yang akan diserikan, antaranya persembahan musik angklung mengiringi lagu nasyid Asma al-Husa dendangan pelajar.
Ia juga akan turut diserikan dengan persembahan monolog penyair dan penggiat seni Nuri Angkasa serta persembahan multimedia dan video mengenai JATI.
Hasan yang akan merasmikan penubuhan JATI berkata, pihaknya mensasarkan kehadiran kira-kira 1,000 jemputan.
Menurut Hasan, JATI akan menjanakan tiga perkara penting, iaitu mengagungkan agama Islam di Malaysia, mengamal dan menentukan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW yang mempunyai elemen akidah, syariah dan akhlak.
Selain itu, JATI juga mahu memartabatkan Melayu termasuk menjalankan aktiviti dan membangunkan keserasian kaum bumiputera dan Melayu di Malaysia serta mahu generasi
muda memahami tugas dan tanggungjawab institusi raja serta mempertahankan institusi itu dalam konteks perlembagaan.
Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Ketua eksekutif JATI, Datuk Aidit Ghazali serta tonggak utama NGO itu, Nor Azizan Abdul Majid.
Hasan berkata, keahlian JATI dibuat melalui talian mulai tarikh pelancarannya atau orang ramai boleh mengisi borang keahlian, yang menurutnya, mendapat sambutan rakyat sepanjang berlangsung siri jelajahnya.
Negeri Perak adalah negeri pertama akan melancarkan JATI di peringkat negeri pada 27 April ini.
Katanya, beliau tidak mahu NGO yang ditubuhkannya terlibat dengan politik dan beliau tidak ada masalah jika ahli JATI mahu bertanding dalam pilihan raya melalui parti masing-masing atau sebagai calon bebas.
"Tidak boleh membawa logo, nama yang membabitkan JATI dalam gelanggang politik," katanya.
Sementara itu, Aidit berkata 1,000 jemputan itu di majlis pelancaran JATI minggu depan terdiri daripada kumpulan NGO belia, wanita, usahawan serta kumpulan profesional.
VC UiTM nafi guna kuasa beri biasiswa pada anak
Universiti
Teknologi Mara (UiTM) menafikan dakwaan bahawa naib canselornya Datuk
Sahol Hamid Abu Bakar telah menyalahgunakan kuasa dalam pemilihan calon
biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) lima tahun lalu dengan
memberikan biasiswa berkenaan kepada dua orang anaknya.Malah, kata penasihat undang-undang universiti itu Prof Datuk Emeritus Shad Saleem Faruqi, bukan sahaja siasatan dalaman UiTM telah membersihkan Sahol Hamid (kiri) tetapi Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu juga mendapati tiada bukti untuk mensabitkannya.
“Mereka mewawancara beberapa pegawai UiTM dan memeriksa sistem pemilihan biasiswa (universiti). Didapati tiada bukti salah guna kuasa. Tetapi mereka buat beberapa cadangan untuk menambah baik sistem untuk menjadikannya lebih telus,” kata Shad Saleem.
Pakar perlembagaan itu turut memaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga ada menjalankan siasatannya sendiri. Shad Saleem bagaimanapun tidak mendedahkan hasilnya.
Malaysiakini sebelum ini difahamkan BPR (ketika itu belum dinaiktaraf sebagai suruhanjaya) pada 2008 pernah menyiasat Sahol Hamid atas dakwaan salah gunakan kuasa dan kedudukan rasminya bagi memilih dua anak perempuannya di bawah skim TPM.
Menurut sumber, BPR kemudiannya menyarankan naib canselor ketika itu Tan Sri Profesor Ibrahim Abu Shah (kiri) mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu berkenaan. Sahol Hamid ketika itu bertugas sebagai timbalan naib canselor.
Difahamkan, antara yang dimaklumkan BPR kepada UiTM:
- Sahol Hamid selaku anggota Jawatankuasa Latihan Pembangunan Staf (Induk) pada Ogos 2006 didakwa bersetuju dengan laporan lembaga temuduga yang mencalonkan 411 nama selepas temuduga dan sesi mock teaching.
- Sahol Hamid selaku pengerusi jawatankuasa hal ehwal kakitangan juga didakwa memperaku keputusan tawaran TPM tetapi gagal mengisytihar kepentingan dua anaknya dari Fakulti Komunikasi dan Media serta Fakulti Kejuruteraan Awam.
- Sahol Hamid dalam jawatankuasa hal ehwal kakitangan pada Februari 2007 didakwa memaklumkan beliau tidak terlibat dengan pemilihan dan tidak mengisytiharkan dua anaknya sebagai calon.
Dalam kenyataan balasnya kepada Malaysiakini baru-baru ini, Shad Saleem (kiri) berkata, siasatan UiTM yang dimulakan pada 19 Mac 2007 juga mendapati tiada pengaruh tidak wajar Sahol Hamid terhadap terhadap fakulti yang mengendalikan permohonan.
“Bagaimanapun, jawatankuasa menemui bahawa terdapat perbezaan yang tidak diingini antara fakulti dalam beberapa aspek proses pemilihan, seperti komposisi jawatankuasa pemilihan fakulti.
“Beberapa kriteria seperti 'bidang kritikal' juga terlalu subjektif' dan boleh menjurus kepada keadilan yang tidak sama rata,” kata Shad Saleem.
Manakala dari segi kelayakan pula, katanya lagi, seorang anak perempuan Sahol Hamid yang terpilih mendapat Purata Mata Gred Terkumpul (CGPA) ketiga tertinggi dalam fakultinya iaitu 3.62.
Seorang lagi anaknya pula walaupun mendapat CGPA 3.20 tetapi mendahului dalam kriteria lain seperti kemahiran sosial dan penguasaan bahasa Inggeris serta pertimbangan bidang pengajiannya yang kritikal dalam kejuruteraan jambatan.
Sementara itu, Sahul Hamid pula dalam respons ringkas melalui SMS kepada Malaysiakini sebelum ini menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai “palsu dan bersifat fitnah”.
Pada tahun itu, seramai 700 calon dicadangkan untuk biasiswa itu dengan 250 terdiri daripada kakitangan tetap dan 450 lagi melalui TPM.
Umno didakwa guna taktik liar elak kubunya digempur
BN
didakwa menggunakan taktik liar dalam usaha terdesak bagi menghalang
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menembusi kubu-kuat
tradisional Umno di penempatan Felda.Aksi ganas penyokong BN di Felda Tun Ghafar Baba di Machap, Melaka pada Isnin lalu adalah petanda awal apa yang boleh diajngkakan oleh Pakatan Rakyat apabila pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.
Ahli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him yang hadir pada kejadian Isnin itu memberitahu Malaysiakini, ketika kejadian penyokong BN tiba-tiba muncul dengan kira-kira 20 hingga 30 motosikal serta puluhan lagi kereta bagi mengganggu ceramah Pakatan.
"Sejurus sebelum ceramah bermula, sekumpulan penyokong Umno telah menampar seorang lelaki ahli PKR yang cuba meletakkan bendera parti sebagai persiapan ceramah.
“Tidak lama kemudian, sekumpulan 20 hingga 30 motosikal dan kereta BN pula tiba dan berkumpul di kawasan itu sehingga mengganggu lalu lintas.
"Walaupun semasa saya berceramah, mereka membuat bising dengan menekan minyak motosikal,” kata Sim.
Menurutnya, beliau kemudiannya menasihatkan kumpulan itu supaya tidak membazirkan petrol dan bahawa jika mereka mahu berbahas, maka lakukan dengan betul dan tidak mengganggu ceramah itu. Namun, nasihatnya itu tidak dipedulikan.
Sim berkata kira-kira 200 hingga 300 orang di penempatan Felda itu yang datang untuk mendengar ceramah berkenaan.
"Ramai juga peneroka lain yang membuka tingkap rumah untuk mendengar ceramah pembangkang. Namun tingkah laku penyokong Umno itu amat dikesali.
"Mereka banyak membuat bising, khususnya semasa Anwar berucap dan cuba mengejeknya dengan pelbagai panggilan. Antaranya Anwar dituduh sebagai tali barut Yahudi dan khaki liwat,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan