Jumaat, 10 Februari 2012

JENAYAH POLITIK AGAK TERSELINDUNG..KEMANA AKHIRNYA..AKHIRAT MEREKA PEMBUAT JENAYAH POLITIK AKAN DISUMBAT DALAM NERAKA AKHIRNYA JUA...MEREKA TAK BOLEH LARI BILA BERADA DI PADANG MAHSYAR

Polis: Kematian Patrick Wong diklasifikasi sebagai bunuh
Polis hari ini menjelaskan kematian bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) Datuk Patrick Wong pada 2009 telah diklasifikasikan sebagai kes bunuh sejak awal lagi.
    
bakri zinin police cid chief p balasubramaniam pc 100708 04Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Persekutuan Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata demikian sebagai merujuk kepada
artikel bertajuk "Episode 2: The Murder of a Whistleblower" yang disiarkan oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin dalam portal berita online Malaysia Today.
    
"Polis menyangkal andaian bahawa kami memutuskan bahawa kematian Datuk Patrick Wong adalah akibat jatuh," kata Mohd Bakri dalam kenyataan hari ini.
    
"Dari awal lagi, kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen   302 Kanun Keseksaan. Kes masih belum ditutup dan penyiasatan masih diteruskan," tegasnya.
    
Mohd Bakri merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu agar tampil dan membantu siasatan polis.
    
Dalam artikel itu, Raja Petra membangkitkan persoalan berhubung kematian Wong, mendakwa ahli pernigaaan itu telah mengumpulkan maklumat mengenai skandal
perlombongan pasir di Selangor sejak beberapa tahun sebelum kematiannya.
    
Raja Petra mendakwa Wong mati di tangan pembunuh upahan dan bukannya akibat rompakan. Bernama
Lelaki dakwa dipukul 20 polis selepas hadiri Thaipusam
Kira-kira 20 anggota polis didakwa menyerang seorang lelaki di Penang Road malam tadi, selepas dia menghadiri perayaan Thaipusam.

Mangsa, S Morale,  30, dari Perak, hadir di ibupejabat polis di Dickens Street hari ini, selepas perintah reman empat hari diperolehi terhadapnya, sehingga 12 Februari.

Dia disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana didakwa menghalang seorang anggota polis daripada melaksanakan tugasnya.

NONEAnggota keluarga Morale - bapanya K Shammugam dan adik lelakinya S Rajee -  telah membuat laporan polis di balai Jalan Pattani tengah hari tadi.

Morale, yang diiringi oleh keluarganya, dan ADUN PKR - Jason Ong dan S Raveentharan - telah bertemu dengan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk  Ayub Yaacob (kiri) di pejabatnya.

Suaram Pulau Pinang telah menyerahkan memorandum kepada Ayub supaya menjalankan siasatan segera dan serius terhadap dakwaan Morale itu.

Menurut keluarganya, Semangat dipercayai seorang yang "lembam".

Menurut Rajee, pergelutan antara abangnya dan anggota polis itu berlaku kira-kira jam 2 pagi ketika seorang lelaki didakwa menghampirinya dan merampas tin bir yang sedang diminumnya.

Morale dikatakan bertindak balas dengan cuba menghalang lelaki itu daripada merampas minumannya,  tanpa mengetahui bahawa lelaki itu adalah seorang anggota polis, tambah Rajee.

Anggota polis tersebut kemudiannya dikenal pasti sebagai ASP Bathumalai dari jabatan narkotik negeri.

Rajee berkata, Morale telah meminta pengenalan diri lelaki yang menghampirinya itu, untuk mengesahkan yang dia sebenarnya anggota polis.

Kemudian, dakwanya,  sekumpulan kira-kira 20 anggota polis muncul dan mengheret Morale ke lorong belakang di Penang Road dan memukul dan menendangnya.

"Morale mengidap selesema, dan sukar bernafas dan mengalami sakit dada," katanya.
Ketua sindiket penipuan internet RM10b diberkas
Ketua sindiket penipuan antarabangsa terbesar menggunakan internet berpangkalan di Pulau Pinang, yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM10 bilion, dikenali sebagai Huang berjaya diberkas Polis Taiwan.
    
Difahamkan Huang ditahan di lapangan terbang Tai Joo, Taiwan pada 22 Januari lepas sebaik tiba dari China setelah polis Taiwan menggunakan 10 warga Taiwan, yang ditahan di Malaysia, untuk memujuk Huang pulang ke negara itu.
    
Kejayaan penangkapan Huang ekoran satu serbuan ke pangkalan pusat penipuan internetnya di Pulau Pinang pada 6 Januari lepas hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan polis Taiwan.
    
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan ia merupakan kejayaan polis dalam membanteras penipuan melalui internet melibatkan sindiket antarabangsa.
    
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, katanya.

Pada 6 Jun lalu, polis berjaya menahan 37 orang dalam dua serbuan serentak di Pulau Pinang yang dipercayai terbabit dengan sindiket yang lebih dikenali sebagai “Penipu Macau” dan diketuai seorang warga Taiwan.
    
Tempat tersebut dijadikan pusat membuat panggilan kerana polis menemui beberapa peralatan khidmat komunikasi termasuk, komputer riba, moderm, penyambung panggilan, telefon dan telefon bimbit di situ.
    
Media melaporkan mereka yang ditahan dalam serbuan itu ialah lima orang rakyat Malaysia, 22 warga China dan 10 rakyat Taiwan. Cara penipuan dilakukan sindiket itu ialah dengan menghubungi mangsa menyamar sebagai pegawai polis atau bank.
    
Sindiket itu, yang beroperasi sejak 2010, telah berjaya menipu ramai warga China secara memperdayakan mereka supaya memasukkan wang ke dalam akaun pihak ketiga.   
  
Mereka memberitahu mangsa bahawa akaun bank atau kad kredit mereka (mangsa) telah diceroboh oleh pihak ketiga dan wang dalam akaun akan dicuri oleh penipu sekiranya tidak dipindahkan ke akaun lain.
    
Difahamkan kesemua warga Taiwan yang ditahan itu telah diekstradisi ke negara mereka oleh Polis Taiwan untuk membantu siasatan.

- Bernama
Dua cek RM4j kepada Sosilawati tak ditunai
Perbicaraan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini diberitahu tertuduh pertama N Pathmanabhan telah mengeluarkan dua cek berjumlah RM4 juta untuk dibayar kepada jutawan kosmetik itu tetapi kedua-duanya tidak ditunaikan.
    
Pengurus operasi Hong Leong Bank cawangan Banting, Yvonne Tiong Guat Choo, 39, berkata dua keping cek bertarikh 9 September 2010 itu adalah daripada akaun peribadi Pathmanabhan untuk dibayar kepada Southern Symphony Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki oleh Sosilawati.
    
"Merujuk kepada penyata akaun Hong Leong Bank atas nama Pathmanabhan, kedua-dua cek itu tidak ditunaikan sehingga 15 September 2010," katanya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Idham Abdul Ghani.
    
Tiong memberi keterangan pada hari ke-66 perbicaraan kes Pathmanabhan, yang merupakan bekas peguam, serta tiga pekerja ladang T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Khatavarayan yang didakwa membunuh Sosilawati, 47, serta pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
    
Pathmanabhan, 42, Thilaiyalagan, 20, Matan, 21, dan Kathavarayan, 31, dituduh melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tiong berkata Pathmanabhan telah membuka akaun peribadi atas namanya pada 25 Jun 1999 manakala akaun syarikat adalah atas nama Pathmanabhan Nalli & Partners yang dibuka pada 22 April 2000.
    
Kepada soalan Idham, saksi itu berkata bahawa berdasarkan penyata akaun peribadi atas nama Pathmanabhan sehingga 30 Ogos 2010, baki simpanan dalam akaun itu adalah RM1,383,943.85 dan bagi akaun atas nama Pathmanabhan Nalli & Partners sehingga 30 Ogos 2010, ialah RM106,369.73.
    
Saksi ke-98 pendakwaan itu seterusnya berkata berdasarkan penyata akaun atas nama Pathmanabhan, terdapat empat pengeluaran dibuat melalui empat keping cek berjumlah RM1,010,000 pada 30 Ogos 2010, dua pengeluaran dibuat melalui dua keping cek berjumlah RM800,000 pada 1 September 2010 dan dua pengeluaran dibuat melalui dua keping cek berjumlah RM500,000 pada 3 September 2010.
    
Tiong berkata bagi kemasukan pula, penyata akaun menunjukkan bahawa terdapat kemasukan wang tunai berjumlah RM800,000 ke dalam akaun atas nama
Pathmanabhan pada 25 Ogos 2010 dan dua transaksi kemasukan wang tunai berjumlah RM1.6 juta ke dalam akaun yang sama pada 26 Ogos 2010.
    
Seorang lagi saksi, pegawai penyiasat ASP Mohd Ishak Yaakob, 36, berkata beliau telah dihubungi oleh pegawai soal siasat Cif Inspektor N.Govindan, pada 12 September 2010 memaklumkan bahawa tertuduh kedua, Thilaiyalagan, tertuduh ketiga, Matan dan tertuduh keempat, Kathavarayan (ketika itu suspek) bersedia untuk menunjukkan beberapa lokasi yang berkaitan dalam kes itu.

Katanya ketika berada di Ladang Gadong di Banting, Kathavarayan telah menunjukkan satu kawasan lapang yang mempunyai kesan pembakaran dan ketika berada di atas jambatan Sungai Panchau di Banting, tertuduh keempat itu telah menunjukkan ke arah dalam sungai di situ.
    
"Ketika berada di kunci air Jalan Pasar Besar, Banting, saya lihat tertuduh keempat (Kathavarayan) menunjuk ke arah kunci air," katanya.
    
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir disambung esok.

- Bernama
'Syarikat Johor berdagang minyak sawit dengan Israel'
Bercanggah dengan kempen Malaysia yang pro-Palestin, sebuah NGO mendakwa bahawa dua syarikat di Johor berdagang minyak sawit dengan rakan perniagaan mereka dari Israel.

NONEMenurut Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin (kiri), dua syarikat tersebut didakwa
mengeksport minyak sawit ke Israel melalui Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang.

Minyak sawit itu dihantar ke sebuah pelabuhan terbesar di Israel, Ashdod, dakwa Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard.

Chegubard berkata dia mempunyai borang Kastam dan pengesahan tempahan membabitkan syarikat-syarikat pengeksport minyak sawit di Johor untuk menyokong dakwaannya itu.

Beliau mendakwa, pihaknya juga mempunyai bukti bergambar bahawa pegawai kerajaan Israel telah datang ke Johor untuk memeriksa penghantaran minyak sawit sebelum dihantar kepada Israel.

Sepatutnya, tegas Chegubard, ianya menyalahi undang-undang kerana negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Tiada ulasan: