Jumaat, 3 Februari 2012

TAK KAN NAK JAGA DOSA...SERTA MAKSIAT PADA MAULIDUR RASUL SAJA...JIKA HARAM...HARAMLAH SAMPAI HARI KIAMAT...JANGAN BERPURA2 DENGAN ALLAH...ALLAH TAHU SAPE YANG MUNAFIK...

PERKASA: Apa warna angpau BN bagi?
Setelah kumpulan pendesak Melayu PERKASA dituduh menghina masyarakat Cina dengan pemberian angpau bersampul putih, hari ini Setiausaha Agung NGO itu, Syed Hasan Syed Ali mendedahkan tindakan itu juga dilakukan oleh BN.

NONE“Cuba lihat berita bergambar dalam Sinar Harian hari ini, apa warna angpau BN bagi?” katanya dalam kenytaan akhbarnya kepada Malaysiakini.

Syed Hasan merujuk laporan akhbar Sinar Harian bahawa penduduk di Seri Setia yang menerima angpau dalam sampul putih berisi RM100 daripada penyelaras BN Seri Setia Abdul Halim Samad.

Akhbar itu memetik seorang penduduk Taman Dato Hormat, Loh Miew Lin, 57, yang mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi mereka wang.

Walau bagaimanapun, Ketua MCA Bahagian Kelana Jaya Ong Chong Swen yang juga hadir pada majlis itu, menafikan dakwaan yang dibuat PERKASA itu.

Ong berkata ia adalah kes yang berbeza dan PERKASA tidak seharusnya mengheret mereka dengan kontroversi yang melanda diri mereka.

NONE"(Datuk) Ibrahim Ali sepatutnya bertanggungjawab atas kesilapannya sendiri dan tidak harus cuba mengheret orang lain."

Jelasnya, sampul putih yang digunakan oleh Abdul Halim sebenarnya adalah sampul khas yang bercetak dengan logo BN dan Umno. Sampul berkenaan digunakan oleh mereka sepanjang tahun.

Sampul surat berkenaan, tegas beliau, jauh berbeza daripada sampul putih yang telah digunakan oleh PERKASA.

"Kami gunakan sampul ini sepanjang tahun, bukan hanya semasa Tahun Baru Cina.

"Kami juga gunakan sampul ini pada Hari Raya, Deevapali dan juga apabila kami mengagihkan sumbangan. Ini berbeza daripada apa yang dilakukan oleh Ibrahim Ali," kata Ong lagi.
Dana KWSP diguna bagi wang saku BN, kata PKR
PKR hari ini menyelar tindakan kerajaan untuk menggunakan RM1.5 bilion daripada dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membantu mereka yang gagal mendapatkan pinjaman bank bagi membiayai pembelian rumah awam kos rendah.

"Malah bank-bank juga tidak bersedia memberi pinjaman. Apakah yang dilakukan oleh panel pelaburan KWSP?

NONE"Mengapa wang KWSP yang digunakan sebagai wang saku BN?" soal naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar (kanan) pada sidang media hari ini.

Sekurang-kurangnya empat bank telah diminta membantu menggubal draf perjanjian pembiayaan, kata Nurul Izzah sambil menyoal mengapa dana KWSP digunakan jika bank komersial sendiri tidak menganggap skim itu sebagai berdaya maju.

"Kita tidak mahu situasi seperti krisis pajak gadai subprima di Amerika Syarikat, di mana peminjam tidak dapat membayar ansuran mereka, jadi KWSP bukan bank (dalam kesusahan)," katanya, sambil mengingatkan bahawa dana KWSP juga telah digunakan untuk membiayai projek transit aliran ringan (LRT).

"Kerajaan tidak boleh membeli undi sesuka hati semata-mata kerana pilihan raya semakin dekat.

"Awak (kerajaan) boleh membantu Projek Perumahan Rakyat (PPR), tetapi jangan gunakan dana KWSP bagi maksud itu," kata Nurul Izzah yang juga ahli parlimen Lembah Pantai.

low cost housing ppr 131108 02Isnin lalu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin dilapor mengumumkan "skim pembiayaan mudah" untuk 20,000 penyewa PPR yang layak dan bakal pembeli yang tidak layak mendapatkan pinjaman bank.

Ketua Penerangan DAP Tony Pua juga menyelar tindakan itu dengan mengatakan bahawa peranan KWSP adalah memastikan pencarum mempunyai simpanan yang mencukupi apabila mereka bersara kelak.

Kedua-dua mereka, Pua dan Nurul Izzah mencadangkan Bank Rakyat dan Malaysia Building Society Bhd mengambil-alih tanggungjawab itu.
Hadi sah tanding p'raya ke-13
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akur dengan keputusan Lajnah Politik PAS yang menolak hasratnya mengundurkan diri menjadi calon dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Keputusan itu dibuat selepas lajnah itu bermesyuarat semalam dan sebulat suara menolak hasratnya untuk tidak dicalonkan dalam pilihan raya umum sama ada di peringkat DUN atau parlimen.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan man"Dengan pengumuman ini, maka isu penarikan diri beliau tidak berbangkit kerana parti melihat beliau masih diperlukan bagi memimpin parti dan Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRU ke-13.

"Kita yakin dengan karisma kepimpinan, wibawa dan kedudukan Tuan Guru Haji Hadi untuk memimpin parti," kata ketua penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kiri).

"Malah, dengan kepercayaan gerakan Islam antarabangsa kepada beliau bagi menjadi pimpinan utama dalam menghadapi sebarang kemelut negara-negara Islam boleh dinobatkan sebagai pimpinan Muslim agung abad ini."

Minggu lalu, dalam wawancara eksklusif yang disiarkan Sinar Harian, Abdul Hadi dilapor menawarkan berundur berdasarkan khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai yang berhormat.

Ekoran kenyataan tersebut, ia mengundang pelbagai reaksi dari pemimpin Pakatan, termasuk Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

hadi awang sinar harianDalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim berkata PAS bersetuju dengan pandangan Nik Aziz yang menegaskan perjuangan Islam tidak mempunyai tempoh masa bahkan sehingga akhir hayat dan pemimpin Pakatan masih memerlukan khidmat Abdul Hadi.

Menurut Tuan Ibrahim lagi, hasrat Abdul Hadi membuat tawaran itu "lahir dari sifat tawaduk dan akhlak Islam yang mana jawatan bukan perkara yang direbut, tetapi ianya adalah amanah".

"Islam mengajar kita agar tidak meminta jawatan, tetapi di waktu yang sama kita tidak boleh melarikan diri bila mana jemaah mengharap dan memerlukan kita untuk terus memimpin," katanya.
KITA Kedah mahu kerjasama dengan Hasan Ali
Daripada membubarkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), pengerusi parti itu di Kedah, Zamil Ibrahim berkata adalah lebih baik bagi mereka bekerjasama dengan pergerakan “kuasa ketiga” yang diterajui Datuk Hasan Ali yang dipecat dari PAS, baru-baru ini.

NONEKatanya, pilihan bersatu dengan NGO baru, JATI yang ditubuhkan bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu, lebih logik daripada menyokong Pakatan Rakyat.
"Kita perlu berdialog dengan Hasan, kuasa ketiga yang baru, dan bukannya membubarkan parti itu.

"Ia adalah pendirian non-partisan yang telah menarik ramai ahli dan beberapa kenyataan saya yang mesra BN tidak bermakna saya sokong BN. Sebaliknya, saya puji mereka kerana membuat  keputusan yang baik," kata Zamil.

Bercakap pada sidang akhbar di Putrjaya sebagai mengulas pengumuman presiden KITA Datuk Zaid Ibrahim yang parti pimpinannya itu akan didibubarkan, Zamil yang berang berkata KITA sedang berkembang dan boleh berdiri kukuh tanpa kehadiran Zaid.

NONE"Dari segi dana, sokongan Zaid adalah minimum ... dia hanya beri kami 10 peratus daripada kos pejabat negeri semasa perasmian," katanya.

Zamil yang pada sidang akhbar ini yang disertai oleh pengerusi KITA Selangor Azmi Othman dan Ketua KITA Johor Mohd Zaid Mohd Yusof berkata beliau mengesyaki ketuanya itu mempunyai "kepentingan peribadi" dalam cubaan membubarkan KITA.

"Adakah beliau cuba untuk merapatkan diri semula dengan (Ketua Umum PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim? Saya tidak pasti, tetapi jika ya, beliau  hanya perlu letakkan jawatan sebagai kPresiden KITA," katanya.

zaid ibrahim quits pkr 191110 03Menurut Zamil, tindakan Zaid sejak kebelakangan ini menunjukkan bahawa pelantikan beliau sebagai presiden KITA adalah satu "kesilapan".

"Saya tidak fikir pemimpin Akim menyedari perkara ini apabila mereka membiarkan beliau  mengambil alih parti itu tahun lalu," katanya lagi.

Dzulkifly dakwa kejadian bermotif politik
Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkifly Ahmad mendakwa  kejadian rumahnya dibaling bom molotov awal hari ini bermotifkan politik.

Beliau yang bekerja sebagai perunding hartanah turut menolak kejadian ada kaitan dengan perniagaan, sebaliknya mendakwa bermotifkan politik.

"Saya yakin kejadian ini ada kaitan dengan isu pengambilan QSR Brands Bhd and KFC Holdings (M) Bhd (KFCH) oleh Johor Corporation, syarikat kerajaan negeri Johor dan isu tanah Kampung Ladang, Tanjung Kupang yang diambil oleh Iskandar Investment Berhad yang saya kendalikan Khamis lalu," katanya.
  
Dzulkifli juga berkata beliau tidak pernah menerima sebarang ugutan.
  
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara, ACP Ruslan Hassan mengesahkan kejadian tersebut dan berkata pihaknya akan menyiasat kes itu dari semua sudut.
  
Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan menggunakan api, katanya.

Sementara itu, Dzulkifly berkata kejadian itu menyebabkan kereta jenis BMW miliknya rosak teruk manakala kereta jenis Toyota Camry pula mengalami kerosakan pada bahagian depan.
  
Kerugian dianggar RM300,000 termasuk kerosakan perabot serta kompresor pendingin hawa, katanya.
  
Dzulkifli, 44, berkata ketika kejadian, beliau bersama isteri serta tiga anak dan kakak iparnya berada di rumah tersebut di Jalan Kemajuan 20, Taman Universiti di Johor Bahru.

- Bernama
Maulidur Rasul, pusat hiburan JB dilarang operasi
Pengendali pusat hiburan di Johor Bahru mahu pihak majlis tempatan memberi sedikit kelonggaran berhubung larangan aktiviti hiburan pada hujung minggu ini yang kebetulannya jatuh pada hari keputeraan Nabi Muhammad SAW atau Maulidur Rasul pada Ahad ini.

johor bahru baru bharu 031106 old palacePihak berkuasa tempatan sejak Isnin lalu telah mengedarkan surat pekeliling kepada semua pengusaha dan pengendali pusat hiburan memaklumkan kepada mereka larangan itu akan dikuatkuasakan mulai jam 7 petang 4 Februari ini hingga jam 7 pagi keesokannnya.

Menurut presiden, Persatuan Pengendali Pusat Hiburan Johor, Tan Yam Meng, larangan itu meliputi semua kelab malam, pub, pusat karaoke, spa, rumah urut, pusat biliard dan semua panggung wayang.

Tan berkata meskipun persatuan itu "100 peratus" menghormati hari kelepasan cuti agama itu tetapi merayu pihak berkuasa "melonggarkan" larangan itu kerana tindakan berkenaan akan menjejaskan teruk sumber mata pencarian mereka.

azlanKatanya, mereka yang terbabit dengan industri hiburan itu menaruh harapan dan ingin mengambil kesempatan jumlah orang ramai yang akan keluar pada malam Sabtu ini kerana hujung minggu yang panjang. Ini kerana sesetengah negeri juga mengisytiharkan cuti umum sempena Thaipusam pada Selasa ini.

"Ramai pengendali pusat hiburan yang bercuti panjang semasa Tahun Baru Cina dan berharap sekarang masa terbaik bagi menjalankan perniagaan sebelum musim perayaan berakhir.

"Bagaimanapun, larangan pihak berkuasa itu telah merampas satu hari perniagaan yang penting dari kami," katanya sambil menambah bahawa kira-kira 500 hingga 600 perniagaan akan terjejas.

Tiada ulasan: